Saya terbaca berita yang beberapa veteran UMNO telah bertemu secara tertutup untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Diantara yang hadir itu ialah Dr Mahathir Mohammad, Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, TS Sanusi Juned, Datuk Khalid Yunus serta beberapa orang kuat Perkasa termasuk ketua wirawatinya dan pemuda kepada pertubuhan yang sangat ‘famous’ itu.
Saya bersetujulah apa yang mereka lakukan itu, tetapi yang saya nak sentuh kali ini ialah mereka yang berjumpa itu ialah dikalangan orang-orang yang telah memecah belahkan umat Melayu dahulu. Bermula dengan tindakan Dr Mahathir menggunakan peguam Sri Ram untuk mematikan UMNO dan terus menyekat usaha sekumpulan ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO lama benar-benar telah memecah belahkan orang Melayu. Orang Melayu berada dalam dua kumpulan; yang satu adalah kumpulan yang sayangkan UMNO asal itu dan yang satu lagi kumpulan yang membawa ahli-ahli UMNO ke dalam pertubuhan baru yang bernama UMNO baru.
Dalam perpecahan inilah tersingkirnya Ketua Hakim Negara semasa itu, Tun Salleh Abas yang telah mengambil keputusan untuk membawa semua sembilan orang hakim-hakim Mahkamah Agong untuk menghakimkan kes tuntutan bekas ahli-ahli UMNO untuk menghidupkan parti itu. Dr Mahathir tidak bersetuju kerana beliau mahukan UMNO yang baru untuk menyingkirkan semua pemimpin yang tidak sebulu dengannya.
Maka berpecahlah orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO dalam banyak kumpulan. Selepas itu dipecahkan orang Melayu dengan Raja-Raja mereka dalam krisis UMNO dengan Raja-Raja Melayu dahulu. Sanusi Juned yang merupakan ‘general’ Dr Mahathir merupakan orang yang melaksanakan perintah Dr Mahathir untuk melupuskan UMNO untuk digantikan dengan UMNO yang ada pada hari ini. Salah seorang dari kumpulan itu Dato Haji Khalid Yunus telah membuat kenyataan pedas terhadap Raja-Raja Melayu sehingga tidak ada tolok bandingnya.
Sejak dari itu orang Melayu berpecah belah dan sekarang kumpulan ini jugalah yang berjumpa secara tertutup untuk membetulkan orang Melayu. Saya menganggap tindakan mereka ini tidak akan kemana-mana dan Melayu tetap akan berpecah belah sehinggalah pemimpin-pemimpin jenis ini tidak lagi terlibat dalam UMNO.
Elok ramai-ramai baca kembali akhbar-akhbar perdana seperti Utusan, dan kumpulan NST pada tahun 1993 untuk kepentingan mereka yang tidak berada atau bergiat didalam UMNO semasa itu. Kepada pemimpin seperti Hishamuddin, Shafie Apdal dan yang lain-lain yang tidak pernah menjadi ahli UMNO yang dulu elok baca semuanya ini.
Kepada semua yang garang-garang yang kononnya pejuang Melayu dan UMNO elok memulakan membaca semuanya ini kerana ia akan menjadikan mereka lebih faham kenapa orang Melayu kini berpecah belah. Sekarang orang melayu sudah jemu dengan perpecahan ini, maka mereka sekarang mahu bersatu kembali tetapi bukannya dibawah UMNO. Mereka sudah letih dengan kerenah kepimpinan UMNO yang bercakap tentang perjuangan orang Melayu tetapi sampai sekarang orang Melayu tidak kemana jua.
Tempoh 54 tahun dengan retorik kosong ini sudah cukup untuk orang Melayu bersabar. Jika UMNO diberikan kuasa lagi kali ini dalam pilihanraya sekali lagi isu yang sama akan kita dengari dan begitulah sampai bila-bila.
Akhirnya orang Melayu ini akan masuk angin keluar asap. Berniaga pula ibarat berniaga buluh kasap; hujung hilang, pangkal lesap.
13 comments:
Lagi2 cerita tentang Mamak Kuttty, "pengasas kepada pencabulan sistem kehakiman negara" dan "pemecah belah UMNO & Melayu" sehingga parti diperlekeh dan dihina sedemikian rupa hari ini.
Selagi Melayu percaya kepada "mamak" mengaku Melayu ni & nak serahkan tugas "baiki labu" kepada tikus yang kabur asal usul ni, alamat bertambah layu kaum Melayu.
UMNO bukan lagi tempat Melayu bernaung sebaliknya sebagai medium untuk "mamak" memperkuda Melayu untuk kepentingan peribadi & kroni. Melayu2 yang menempel bersama "mamak" ini adalah kalangan Melayu2 yang bermasalah dan ada niat tersembunyi.
Apa kabar Perkampungan Myanmar di Langkawi ? Apa khabar Perkampungan Burma di Pekan ?. Bertambah ramai lah Melayu Malaysia yer !!!!
Kalau mengikut sejarah Tanah Melayu, jenis MAMAK ini adah PARIAH dalam kumpulan pendatang dalam bumi yang bertuah ini. Untuk membalas dendam kepada MELAYU asal di Tanah melayu, MAMAK ini telah menyimpan DENDAM keatas orang MELAYU ini hingga sekarang.Maka timbullah MAMAK KUTTY (Dajal ) dalam kumpulan ini untuk memulakan peranaan ini.Kumpulan ini mula memasukkan jarum , bertopengkan MELAYU untuk memulakan missie mereka.Orang Melayu telah diberi banyak kemewahaan dan terlena dalam kekenyangan untuk berfikir.Wahai orang2 MELAYU, bangkitlah sekarang dan jangan terperdaya dengan MAMAK ini lagi.Orang Melayu akan jadi papa kedena, dan MAMAK akan berkuasa dan jadi Kaya Raya.
Tikus-tikus ini nak baiki labu, mana boleh jadi?
Salam Sdr Aspan dan pengunjung blok;
Kalau dilihat dari tindak tanduk kaki ini memang mereka dah "desprate". Bagi kita orang Melayu jangan ambilkisah sangat berhubung dengan tindaktanduk gulungan ini yang ada agenda mereka sendiri, yang pertama untuk terus berkuasa agar segala salahlaku yang mereka lakukan dahulu terus dapat disembunyikan dan juga bagi memastikan anak cucu mereka terjamin hidup mewah atas skandal penyelewengan hak Melayu yang telah dilakukan.
Jika diizinkan olehNya InsyAllah sesiapa yang akan diberi amanah untuk memerintah negara akan membetulkan kepincangan yang telah dilakukaan oleh puak2 ini sebaik dan secepat mungkin.
Diharap orang Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya;
Ingat hanya kita rakyat biasa yang boleh mengubah pemerintah kita dengan membuat pilihan yang tepat. Jangan pisang berbuah berkali2, kerana yang menikmati hasilnya puak yang sama.
Sekali kena tengadah, 2 kali kena ingat, 3 kali kena pandai.
Sesal dahulu pengajaran, menang kemudian mengajar. Didiklah anak2 kita agar bersifat bertangungjawab berkaitan memilih wakil yang boleh menjaga amanah generasi Malaysia pada masa hadapan. Cukuplah kita genarasi ke2 ditindas, jangan jenerasi2 berikutnya turut tertindas. Jangan dek kata2 manis dan gula2 yang ditabur kebelakangan ini kita dan anak2 gelapmata dan hilang rasa nestapa.
Orang Melayu boleh hidup tanpa parti yang dipelopori 200 peratus pemimpinnya orang melayu dari umno. Percayalah kekuasan Allah, InsyAllah kita akan makmur berkongsi hidup dibuminya.... Amin
When PR sits in Putrajaya and this mamak,who denied his DNA dies,he should be buried in an open space with lots of parking space.Charge RM100/- to any person who would like to urinate on his grave.At last......this mamak,who divides the Malays and Msians,contributes something useful to Msia.
Dah tak jadi PM,tapi masih sibuk kehulu kehilir macam org dah nyanyuk.Lansung tak beri muka pada Ah Jib Gor.Macam dia seorang shj yg cerdik diMsia.
Macam manalah ahli2 UMNO tak boleh baca perancangan mamak murtad ni?Bila tak ikut cakap dia,keluar UMNO,bila setuju masuk balik.Kalau ahli2 UMNO ingat yg dia sayangkan UMNO,memang tersilap besar.Agendanya adalah utk mempromosi anaknya menjadi PM dan mempastikan kemenangan BN supaya rahsia korupnya terus disembunyikan,hatta dihindarkan dari penjara.
Era mamak murtad ialah zaman yg paling hitam dlm sejarah Msia.
Dia bukan cerdik tapi nak merompak lagi apa yang ada
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Syabas dan terima kasih sekali lagi. Ya, benar lagi sahih; saya bersetuju 100 % atas segala ulasan yang saya baca sebentar tadi. Malah, saya bersetuju benar apabila saudara pernah mengisahkan kepimpinan 3 PM sebelum Mahathir ini, yang setidak-tidaknya, ada agenda pembangunan jelas. Namun, sayang, apa nak buat; bermula dengan slogan "Bersih, Cekap & Amanah" yang akhirnya mampu diterjemah MB Pulau Pinang yang non-Muslim, pelbagai projek penswastaan, bermacam saham yang berlegar di pasaran saham, hatta ... runtuh lagi tercemarnya kesucian institusi raja-raja dan Islam ... Kini, benarlah bagaikan yang disebutkan rakan-rakan kita, "bagaikan tikus membaiki labu" ... Apakah manusia jenis macam ni?
Juga, harus diingat (bukanlah maksud saya hendak memperleh atau menghina), ketika era dia jadi PM inilah, aqidah umat habis luntur dengan ditanam pelbagai bentuk kesyirikan; dia ni juga yang menyuburkan gejala murtad apabila secara terang-terangan memperlekeh pelaksanaan undang-undang Islam; dasar negara yang tidak "consistant" seperti pelaksanaan PPSMI; institusi perundangan dicabul sesuka nafsunya dengan memecat para hakim berwibawa; penindasan terhadap golongan dha'if lagi tak bersalah seperti tragedi Memali, bulan (November, 1985) yang terkandung trillionan macam "controvercy"; membunuh ikhwan Muslimin kita di Falastin dengan menyokong negara haram Israel dalam diam serta mengalirkan trillionan ringgit Malaysia ke luar negara; ... Entahlah ... Malah kini, sibuk menjadi penasihat UMNO yang "problematic", konon mengikuti jejak Allahyarham Tengku Abdul Rahman semasa era pemerintahannya ... Boleh percaya lagikah tokoh berciri Fir'aun moden dan/atau Hitler sebegini?
Untuk itu, teruskan perjuangan mendedahkan fakta-fakta sejarah ini, dan walau mungkin saya jarang mengulas, saya akan tetap mengikuti insha Allah, setiap artikel saudara. Sebelum berundur, jutaan ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran serta setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas toleransi saudara terhadap segala ulasan saya. Namun begitu, saya tetap suka kiranya saudara menapis yang tak wajar, atau kiranya ulasan itu tidak layak disiarkan, janganlah disiarkan; kelak menimbulkan fitnah.
Terima kasih dan selamat berjihad!!! Allahu akbar!!!
Hidup manaaadir???
Saya sangat bangga dengan apa yang Tun ushakan bagi negara Malaysia selama pemerintahan nya di bawah UMNO.Tun tidak perfect tetapi jasa nya kepada negara sangatlah dihargai.PR belum boleh di bagi mandat selagi mereka masih tidak bersatu.Melayu harus bersatu dibawah UMNO atau PAS dan bukan DAP.Tun adalah negarawan .
Wakil Felda Negeri Sembilan.
Wakil Felda NS,
Tolonglah kami yang bodoh-bodoh ini memahami jasa-jasa TDM yang saudara banggakan itu agar kami yang bodoh ini boleh juga tumpang berbangga dengan saudara.
mat jering
TO Anonymous 22 February 2012 04:09:00 GMT+08:00:
Lagi tinggi tahap kecerdikan seseorang itu,lagi banyak hasil rompakannya,apabila kecerdikannya disalahgunakan.Membuat perkara baik atau jahat memerlukan otak yg cerdas dan perancangan yg rapi.
Makhluk yg paling jahat tapi mempunyai ilmu yg tinggi dan bijak ialah Iblis laknatullah.
May Allah bless u,
Teruskan perjuangan kearah kebenaran.
@Wakil Felda Negeri Sembilan.
Salam kepada saudara..saya bangga juga..mane tidak..m'sia maju...terkenal seluruh dunia..tapi kebanggaan saya mungkin berbeza dari saudara..kebanggaan saya ada limit...bukan disebabkan saya bangga saya kene setuju dengan semua salahlaku yg dibuat oleh TDM..
dan jika saudara seorg muslim..mungkin tiada apa yg boleh dibanggakan dengan TDM ini...jika bercakap dihadapan org luar berkaitan dengan falestine mungkin ramai yg tidak sedar...di dalam m'sia sendiri pon same keadaanya di falestine suatu ketika dulu...saudara ingat memali?
Post a Comment