Hari ini saya mendengar apa yang berlaku di Semberong, Johor malam tadi. Mengikut
laporan, kereta ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, telah dibaling dengan berbagai-bagai objek pada 11.30 malam tadi dan ini merupakan satu budaya yang sedang terbentuk didalam UMNO, iaitu budaya samseng. Budaya memaki hamun dalam UMNO sudah meningkat kepada budaya samseng pula.
Tidak perlu seseorang itu untuk memihak kepada mana-mana pihak tetapi jika benar perkara ini berlaku, maka sahlah UMNO sedang membentuk satu budaya samseng, sebagai satu lagi kaedah untuk menakut-nakutkan orang ramai dari menyokong pihak yang menentang BN. Pelakuan kumpulan yang mengganggu program pihak PR ini adalah satu tindakan yang telah keluar jauh dari moral politik apatah lagi yang melakukan perkara yang tidak bertamaddun ini adalah di kalangan pemuda Melayu.
Tindakan mereka ini dibiarkan sahaja oleh pihak penguatkuasa undang-undang, iaitu pihak polis kita. Politik ini adalah perang psikoloji bukannya peperangan terbuka seperti peperangan tentera diantara dua negara yang bersengketa. Apa yang dilakukan oleh pihak yang menyokong parti pemerintah ini menunjukkan indikasi yang amat jelas, yang parti pemerintah sedang berada didalam keadaan yang panik kerana takut dengan sokongan pihak alternatif yang kian hari kian membesar dan kuat.
Yang amat menjijikkan pihak tertentu tidak dapat menerima hakikat yang mereka adalah seperti telur dihujung tanduk bersabit dengan sokongan rakyat terhadap mereka. Oleh kerana sudah terlalu biasa dengan kuasa sejak berdekad-dekad dahulu, kehilangan sokongan dan kuasa ini amat memedihkan mereka. Sakitnya ibarat memisahkan kulit dengan daging.
Bahagian Semberong ini adalah kawasan yang diwakili oleh Hishamuddin Husein, menteri dalam negeri negara kita. Apa yang berlaku ini memang menjejaskan imej menteri itu, apatah lagi tindakan polis mendiamkan sahaja apa yang berlaku dihadapan mata kepala mereka itu adalah menakutkan kepada sesiapa yang kuat berfikir tentang masa depan anak-anak dan generasi kita.
Setelah kita mencapai kemerdekaan selama 54 tahun, kita masih lagi terbelenggu dengan budaya samseng yang menjijikkan ini semata-mata untuk mendapat kemenangan undi didalam pilihanraya. Kalau beginilah keadaannya, apakah perbezaannya diantara pemerintahan diktator dengan pemerintahan demokrasi? Kalau begini keadaan elok kita haramkan sahaja semua parti dalam negara ini dan kepada siapa yang sedang memerintah, perintahlah negara ini sesuka hati seperti mentadbir reban ayam mak bapak kita.
Bagi saya kelakuan dan gelagat samseng ini adalah kerja yang amat hina sekali dan tidak pula mendapat teguran dari parti mereka. Takkanlah untuk mengekalkan kuasa ahli-ahli serta penyokong parti pemerintah sanggup menjadi kumpulan haram samseng dan mengganggu kegiatan parti lain. Bagaimana kah negara dan rakyat untuk membuat persediaan untuk menjadi rakyat negara maju yang berpendapatan tinggi jika masih terkongkong dengan budaya rakyat negara dunia ketiga. Tidak hairanlah kenapa setangah rakyat kita berpendapat yang negara kita ini adalah negara Zimbabwe atau Congo yang berlainan namanya.
Bagaimana kita boleh mengaku yang negara kita adalah negara yang aman sedangkan samseng-samseng berkeliaran disana-sini untuk memerhatikan segala kegiatan yang asasi bagi rakyat yang inginkan perubahan. Keinginan perubahan yang sedang dilakukan oleh rakyat ini adalah hak mereka. Negara ini bukannya BN yang punya tetapi dipunyai oleh semua rakyat yang berbagai kaum, agama, budaya dan cara hidup mereka.
Sampai bila mereka hendak terus berkuasa dengan menakut-nakutkan rakyat? Pemimpin BN khususnya UMNO nampaknya sudah hilang hidayah sehinggakan cara samseng kini menjadi begitu lumrah. Bulan lepas dua kejadian di mana usaha setengah pihak untuk menganjurkan perkumpulan untuk politik diganggu di Selangor sehinggakan ada yang telah dimasukan ke hospital kerana kecederaan yang di alami hasil dari tindakan samseng ini. Entah apa imbuhan yang mereka dapat dari tindakan samseng mereka ini tetapi ia nyata merupakan satu budaya yang ketinggalan zaman.
Rakyat harus melakukan sesuatu untuk menolak budaya ini. Semua diantara kita tahu bagaimana hendak melakukannya. Kita lakukan penolakan ini dengan cara yang paling berhemah dan kita tidak boleh terikut-ikut dengan budaya samseng yang menjijikan ini. Hanya lakukan sesuatu yang dihalalkan oleh undang-undang didalam peti undi semasa pilihanraya nanti.
Kita ambil tindakan dengan memberikan reaksi terhadap kegiatan samseng ini dengan cara yang terbaik sesuai dengan ‘attribute’ manusia yang merupakan secantik-cantik kejadian Tuhan ini.
Pihak yang cuba membetulkan keadaan ini jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dan tindakan samseng seperti yang dilakukan oleh mereka yang sedang merasa tertekan ini. Kita mesti yakin jika sesuatu pihak itu berkelakuan seperti samseng ini sahaja sudah menunjukkan yang mereka sedang berada dihujung hayat kuasa yang ada pada mereka sekarang ini.
Jika kita dinesta dan dihamburkan dengan kata-kata kesat hanya beristighfar banyak-banyak. Kita tunjukkan perbezaan diantara kita dengan mereka. Perbezaan inilah yang sedang diperhatikan oleh rakyat ramai sekarang ini.
38 comments:
span, Aspan cepat sungguh kau menuduh....padahal ada kes yg lebih teruk dari iniyang di lakukan PR kau tak nampak....memanglah dasar puak pr yg cuma nampak orang lain tak bagus.
Betul ke umno punyakeje...jangan pakai tuduh aje. Setahu aku PKR cuba cipta ganas kepada orang UMNO sedangkan rakyat memang tau siapa yang suka mengamalkan politik samseng iaitu tak lain dan tak bukan pihak pembangkang.Cuba datuk chek dulu.Datuk mmg tak layak nak pejuangkan kebenaran kalau inila pendirian datuk yang kurang mengkaji
AA, semasa saya membaca komen sdr, saya baru sahaja bercerita kepada sanak sdr saya apa yang berlaku pada malam semalam.
Saya tidak berparti tetapi saya sahkan apa yang berlaku itu adalah dari kumpulan penyokong Umno.
Begitulah AA,saya dah naik ual dengan politik orang BN ni. Susahlah BN nak dapat undi saya. Saya pengundi Semerong. Dulu kami pilih Hisham, tetapi sekarang saya tak mau mengundilah. Saya dah jemu...jemu!
AA, apa yg u kata tu memang benar. Sebenarnya tanda-tanda Umno akan gugur tu memang dah lama kita lihat kalau kita memandang secara dalam. Agaknya kali ini habislah ia.
Orang Seberong tidak boleh buat apa-apa kepada hishamudin. Dia akan lari ke kota Tinggi! kerisnya akan berciciran.
jb man
jiwa melayu
Saya baru nak cakap. But you beat me to it.
Umum tahu, Anwarlah yang mengimpot budaya samseng ini.
Mengajar budak U berdemo dan berbaring di jalanraya.
Mengikut cerita orang-orang tua, memang dari tahun 70am lagi, Anwar berperangai buruk tu.
Street protest is alien to UMNO.It is started by Anwar.
Dan untuk pengetahuan anda, sayapun ada baca yang orang-orang Felda tak kasi masuk ke kawasan mereka kerana tak mahu Anwar meracuni fikiran mereka.
Apa yang Anwar rasa adalah akibat perbuatannya kepada orang lain.
Like the saying goes, What goes around, comes around. God is fair.
Salam AA,
Bayangkan kejadian yang serupa berlaku di Penang,kereta Najib dibaling batu dan diserang samseng dikubu kuat PR..
Maka berminggu2 TV3 akan buat liputan siang/malam,follow-up makcik2 dan pakcik2 di tepi jalan dan dikedai2 kopi bagi mengutuk perbuatan PR.
Tetapi kita harus berterima kasih dengan samseng2 yang telah memalukan UMNO.
Lagi banyak ugutan,serangan,penindasan maka makin ramai yang terbuka mata dan hati untuk menolak BN pada PRU13 nanti.
Just look at the bright sight.
Surrogate
kamu terlupa sejarah! budaya samseng disegarkan oleh PR! Kalau Anwar boleh biadap degan UMNO, UMNO boleh lagi biadap dengan Anwar! Ingat!
AA,
Tuan mempunyai prinsip sendiri sehingga Tuan sanggup tinggalkan UMNO dalam proses Tuan menegakkan prinsip Tuan.Cuma sebagai peminat tuan,adalah baik tuan tidak tolong mempromosikan blog di blog list tuan yang bertuankan blogger yang tidak berprinsipal.Sebagai contoh bigdogdotcom itu.Rakan Tuan dato sak ada menyebut tentang hal2 felda sehingga pernah diserang secara peribadi oleh bigdog.mungkin Tuan boleh provokasikan lagi bigdog yg mendapat upah lumayan dari jpm itu dengan menyentuh isu felda pula.apa kata Tuan?
jiwa melayu,
Kalau pihak polis biarkan tu,kerja gangster UMNO la.Kalau penyokong PR,tentu dah kena gari masuk lokap.
___________________________________
Inilah yg amat dikhuatiri pada PRU13 nanti.Kalau PR kalah,ianya perkara biasa tapi bolehkah pihak BN menerima kekalahan secara gentleman.Apa yg berlaku diSemberong,Johor adalah petanda2 awal keganasan penyokong2 UMNO,sekali gus memberi amaran kpd rakyat Msia.
Sudah 1/2 abad UMNO memerintah tapi tidak dapat menjadikan majoriti ahli2nya manusia yang bertamadun.Sebaliknya cara tindakan dan minda mereka semakin mundur.Atau pun budaya ketinggalan zaman ini sengaja diterapkan,supaya majoriti ahli2nya jadi bodoh utk golongan elit UMNO sentiasa memperkudakan mereka.
Sdr Aspan,
MSO berada di sana sewaktu peristiwa tu terjadi dan ia berlaku di depan matanya & turut disaksi oleh kawannya, seorang penyokong UMNO.
Baik pimpinan UMNO BN mahu pun penyokong taksubnya rata2 mempunyai sifat "dayus" & "pengecut". Nak berdebat secara ilmiah tak berani..hanya pandai tunjuk samseng . Memang kurang ajar species macam ni.
Golongan tu berani dalam kumpulan besar saja apa tah lagi seolah2 mendapat restu pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan awam.
Kalau lah benar UMNO ni nak adu kekuatan, nak tunjuk hebat tomoi, silat, tinju, kuntau, kung fu atau apa saja..eloklah dia orang anjur acara secara rasmi...biar bertanding " 1 lawan 1 ". Itu lebih baik kalau rasa nak tunjuk jaguh cara begitu.
Tak payahlah pihak PR bersusah payah buat laporan polis lah !. Rasanya dah tau bagaimana akan berakhirnya kes2 begini. Dah berlambak contoh2 lepas yang diam kojol macam tu saja. Cuba kalau yang menyerang tu penyokong PR ! Agak2nya pihak berkuasa merestui rakyat dan orang ramai untuk guna undang2 sendiri hatta undang2 rimba sekali pun ?.
Kes kebakaran kereta & rumah sepupu Sdr kat JB tu hari apa citer ? Ada perkembangan baru dari polis ???.
QD,
Tak kisah apa you kata. Yang penting yg di sebut oleh Tuan Aspan itu benar. Kalau dah jadi samseng, itu dalil UMNO nak rebah. Paham??
AA, I am happy that QD accepts the fact that Umno is now subscribing to gangsterism. That is enough so that he understands why Umno is going to be kicked out.
Thnks.
vyoune
kesian aku dgn QD ni. Tak dapek den nak nolong eh doh.
Let those UMNO supporters act like wild animals.There are trying to provoke,like they did many times before.We,PR supporters,should refrain from doing the same action toward them,cuz if we do,our mentality are similar to them.
Fight we must,but thru the many ballot boxes in the next GE.Our civility and dignity as a human being should remain intact,come what may.
Manusia yg macam QD dan Jiwa Melayu ni lah yg mempercepatkan saya,keluarga,saudara-mara dan rakan2 tinggalkan BN.
Takkan tak boleh bezakan demo memperjuangkan hak rakyat dengan berkumpul lalu membaling batu kepihak lain,ala gangster.
Manusia yang berjiwa besar akan mengaku kesilapan partinya,bukannya bertepuk tangan dan menggalakkan kejahatan.
Gunakanlah fakta dan maklumat tepat menulis komen atau pendapat,bukannya bersandarkan emosi macam budak2 berhingus.
Apa yg kita cakap atau tulis akan mencerminkan keperibadian kita.
Anwar nak berdemo lantak laa..Najib nak berdemo bantai laa..PR atau BN nak berdemo tak saper larang..
Masalahnya yang berlaku kat Sembrong tu demo ke jadah apa ? Awat laa bangang sangat sampai tak tahu nak beza demo dengan serangan ala samseng ! Tak kan tak ingat..kes mata lebam Anwar dulu...tu antara kerja mahaguru "samseng" bertauliah ! Tak heran laa kalau anak2 murid berganda samsengnya.
Assalam Pak Aspan
Saya ingin mengulangi kata kata Pak Aspan "kepada sesiapa yang kuat berfikir tentang masa depan anak anak dan generasi kita"maka
pada saya sudah menjadi wajib pada semua rakyat yang menganggap diri mereka bertamaddun dan cintakan keamanan serta sayangkan bumi pertiwi ini untuk meninggalkan kelompok bertamadun jahiliyah ini(UMNO).Ternyata benar sekarang ini UMNO sekarang berbeza jauh dengan UMNO dahulu.
Bukan hanya penyokong nya malah pemimpin pemimpin nya sudah hilang budi pekerti MELAYU
yang menjadi azimat kelangsungan hidup perjuangan UMNO itu.Rupa rupanya sebelum Dajjal turun dimuka bumi dikembalikan semula
kaum jahiliyah melalui UMNO di muka bumi ini.
W.PARJO
NAJIB tak kisah pun apa jadi kat bawah.. yang penting jawatan PM dia pegang..
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Terima kasih sekali lagi di atas pendedahan terbaru ini; jelas saudara sedang memberi input yang sangat berguna untuk direnung semua, khasnya "PEMERINTAH (UMNO)". Teruskan. Sememangnya kerja amar ma'ruf, nahi mungkar ini, memakan masa.
Bagi saya, mudah sahaja kita simpulkan, inilah namanya tiada semangat kesukanan. Maklum aja seperti yang saudara katakan, dah lama di dalam syurga yang penuh keperdayaan, halal halam (haram) kasi hantam ... Justeru, nak cakap perbetulkan akhlak dan keagamaan, tentu jauh sekali ... Dengan itu, mana tidaknya gejala jenayah dan sosial semakin meningkat? Atas tajaan dan restu siapakah semuanya ini? Tetapi sayang bertrillion kali, golongan pengangkuh sebegini, balik-balik akan menyalahkan individu, pihak dan institusi lain, khasnya ibu bapa, walhal mereka juga merupakan antara ibu dan bapa, kan?
Dengan itu, wajar sekali kita teruskan langkah seperti yang saudara sebutkan; halau mereka daripada kekuasaan dengan perang psikologi pula di peti undi. Semoga setitik dakwat yang kita sumbangkan di atas kertas undi itu sedikit sebanyak menjadi saksi pelepasan diri kita daripada puak-puak sedemikian, meskipun mereka akan sekali lagi menggunakan konsep dan pendekatan "halal halam kasi hantam ...". Mengakhiri ulasan, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan, serta berbanyak ampun maaf dipohon atas segala yang tidak baik. Apapun, bersamalah kita jalin keakraban hubungan insani kita walau hanya dengan cara sebegini, dan semoga suatu hari nanti kita akan bertemu jua, insha Allah.
Terima kasih.
pembaca semua..
Biar la QD dan jiwa melayu (baca jiwa haprak) tu.. mereka ne sedang sakit..
jiwa yang sakit tidak akan perasan kesakitannya, sebelum menerima hidayah..
bersabar dgn kerenah mereka..
sudah 54 tahun mereka dididik begitu.
tentulah mengambil masa untuk memulihkan..
kesiannn jiwa melayu.
Jiwa = roh
Di akhirat yang akan dihisab ialah hati/jiwa/roh. Jasad dah hancur, Allah ganti baru.
Rasulullah mendidik umat 23 tahun untuk membaiki hati/jiwa ini kepada agama Allah.
Nak bawa balik jiwa melayu jumpa Allah buat apa???
Kesiannnnn....tu la orang suruh pi mengaji. Bukan cari projek nego !
slm AA,
Itu lah product drp UMNO di sembrong selama 54 tahun walaupun pak menteri berasal drp sana. samseng taik kucing anak2 muda sembrong yg pro umno. macam kera duku.
mt
Salam Saudara Aspan
The Police was in cahoots for that shameful lawlessness at Seberong. It was very like in Jalan Kebun and will be just the same just as it will be anywhere else as long as and where BN/UMNO fears losing its grip to power. A report against the Police should be made.
In Jalan Kebun there were no local UMNO members involved in the gangsterism (there aren't many or any UMNO youthful members in Jalan Kebun!)
The troublemakers were the trained goons brought in by the UMNO Jalan Kebun warlord. The Police knew the goons well enough and what they were to do. For sure if the Police didn't know beforehand they would all had been arrested and held in remand. Believe it, our Police can be the no-nonsense type to such unsanctioned gangsters. They check in but may not usually check out.
itu gangster jalan kebun sana sudah diambil tindakan ke?.AA tentu boleh korek ini cerita.....
Assalamu'alaikum ,aku nak ucapkan tahniah,syabas dan terima kasih yang tak terhinga kepada jiwa melayu , Quiet Despair, dan juga kepada mereka-mereka yang sentiasa membuat gangguan disetiap ceramah PR kerana anda telah berjaya membuat saya,keluarga,saudara-mara dan rakan2 serta jiran-jiran sedar dan celik mata fikiran untuk tidak lagi memberi undi kepada BN terutama umno pada PRU akan datang.kita semua sudah muak dan mual dengan cara ala-ala samseng ,komen-komen ,pendapat yang seakan cuba memperbodohkan orang.kalau nak orang menyokong kita ,sepatutnya buatlah pekara yang baik yang elok yang senang di terima oleh hati dan jiwa orang yang baik,komen-komen dan pendapat yang menjurus kepada kebenaran,fakta-fakta yang sahih,betul dan dapat di terima oleh akal yang sihat.kerana kalau kita buat benda yang baik kita akan dapat hasil yang baik ,dan begitu juga sebaliknya.TERIMA KASIH sekali lagi saya ucapkan kepada mereka mereka ini,kerana anda telah berjaya membuatkan orang makin celik mata dan hati ,dan teruskanlah begitu sekiranya itu yang anda sukakan.
Kalau benarlah Hisyam selaku menteri yang bertanggung jawab terhadap polis didapati merestui perbuatan samseng kat Sembrong tu..maka beliau boleh dianggap sebagai menteri paling dajal dan sial dalam negara Malaysia ini. Jika ini terbukti..maka dia patut sangat diterajang keluar dari memegang amanah satu kementerian yang sangat penting.
Hisyam patut tanya diri sendiri apakah beliau bersubahat dalam hal ini dan menilai apakah dia layak dan berhak untuk terus pegang amanah tersebut.
Salam tuan,
Samseng Kampung Dusun memang ramai dalam umno tuan.
Kpd QD,
Demo dengan samseng baling batu sama ke? but anyway..setiap komen yang anda berikan membuatkan lebih ramai pengundi atas pagar untuk ABU.
drp; zuki ahmad
alah QD, tak payah la komen kat blog ni lagi..buang masa jer
Rupa2nya ada lagi keturunan Sharif Dol dari Kg. Dusun diMsia ni.
Saya tidak yakin ini adalah kerja tidak baik orang UMNO dan pihak polis yang di tuduh bersama parti pemerintah.Tiada siapa yang senang dengan Anwar ni.PR tidak punyai tempt di Johor.Jangan cuba menganggu gugat kami orang Johor.Felda adalah hasli usha Tun Razak Dari UMNO bukan PAS dan DAP.Harap maklum.
Orang Johor
Orang johor...kenape la tuan begitu jahil? Janganlah terlalu setia sehingga menjadi buta sampai seluar tuan dilucutkan oleh orang yang tuan setia itu.
Janganlah terlalu taksub sehingga sanggup menghalalkan haram. Bukalah fikiran tuan sedikit dan janganlah masih lagi duduk didalam kegelapan.
Anom Orang Johor: Saya orang Johor jugak. Dah lama saya undi DAP. Dah terang dan nyata kelompok yang memerintah sekarang memerah keringat rakyat untuk kesenangan mereka. Tak nampak lagi ke??
UMNO/BN adalah dilahirkan dari Johor.Anda boleh pilih siapa yang anda suka dan ini adalah hak tuan tuan.Tuan tuan juga terlalu taksub dengan PKR,hamPAS dan DAPig itu juga adalah hak tuan tuan.Yang penting kebanyakan orang Johor tidak dapat menerima PR,itu sahaja.Tuan tuan tidak percaya lihatlah kejayaan UMNO/BN di Johor.Lihat keputusan pilihanraya yang lepas lepas.PR tak kemana .Keluarga saya di Johor Baru dan Muar tetap dengan UMNO.Anwar lah yang bertanggung jawab membawa budaya samseng di negara Malaysia yang aman damai ini.Kami tiada simpati pada Anwar dan PR.
Orang Johor
QD,teruskan pandangan anda.Jangan saperti blog Din Marican yang memilih bulu.You see that Sak articles are not getting that many responses of late .It is because some postings were not approved by Sak for reasons you know why.It will not change the result of PRU 13 in my opinion.Dont be surprised you see less of me there.
Will be back for an alumini get together this weekend in Ipoh and meet some of the Felda top management friends to hear what are their opinions on the Felda listing.It is going to go ahead anyway.Have watched that" Naga Tasek Cini" play at Istana Budaya.But that Budak Cini is as ambitious as Anwar.
Burma/France
Tipu lah awk ni...Bukan orang Felda tak kasi masuk kawasan mereka, UMNO yang tak bagi. Aku orang felda aku tau la. Aku tau politik UMNO felda. UMNO ni penakut...takut orang tau dia tipu rakyat, sebab tu sekat semua sumber dari rakyat tau.UMNO tak mau rakyat cerdik...dan menganggap semua rakyat ni bodoh dan tak tahu menilai.Sebab tu PM pun, bila ajak debat pun tak berani, sebab apa? sebab nanti orang tau pemimpin UMNO kurang cerdik dalam mentadbir negara....Rakyat tau menilai, rakyat tau menilai, rakyat tau menilai!...
UMNO ni mana boleh demo...tak dak orang mai....yang mai tu pun bayaq...kalau tak bayaq..tobat lahummm nak maii...Cuba tenggok 'demo'2 UMNO di Kedah dan Penang...asyik2 'muka' sama...Dia lah ahli persatuan tu, dialah juga ahli persatuan ni....Pemimpin2 UMNO ni jauh dari rakyat, sebab tu kalau pemimpin UMNO datang lawat kawasan, walaupun PM sekalipun mesti kena "import" penyokong berbas-bas dari daerah lain. Tu yang UMNO 'dengki' kat Anuar dan pemimpin Pakatan....bila Anuar/PR buat ceramah...berduyun-duyun rakyat mai...tak yah sewa bas pun...tak payah bagi duit...semua duit poket sendiri...Nasib baik DR M pecat Anuar...kalau tak sampai kiamat UMNO tipu orang Melayu...rupanya itulah hikmah dari pemecatan Dato'Sri Anuar Ibrahim...Allah sayangkan umat Melayu....
Xpa la anda tak simpati...kami dan kawan2 kami, dan keluarga kawan2 kami, dan keluarga kawan2 kami simpati.....PR akan menembusi & meruntuhkan UMNO pada PRU13....InsyaAlah....
Post a Comment