23 February 2012

Budaya vandalisma semakin berkembang

Apabila terfikir kembali tentang isu penyenaraian Felda, saya tidak dapat melihat apa kah sebabnya yang kerajaan mahukan penyenaraian ini dilakukan dalam apa juga keadaannya. Saya tidak faham kenapa setiap badan-badan serta agensi kerajaan yang maju sentiasa berakhir dengan kerosakan.

Dulu MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan yang premium jika berbanding dengan syarikat-syarikat penerbangan lain di dunia ini. Oleh kerana MAS begitu berjaya di bawah pengurusan Saw Huat Lai dan kemudiannya dikembangkan lagi oleh Tan Sri Aziz Abd Rahman maka setiap mata mereka yang meleleh air liur telah menjualkannya kepada Tajuddin Ramli. Sejak penyerahan MAS kerpada Tajuddin Ramli MAS telah menjadi apa yang kita lihat pada hari ini.

Dibawah pengurusan Tajuddin, MAS telah kerugian berbillion-billion ringgit sehinggakan kerajaan terpaksa melakukan ‘bail-out’ dengan membeli kembali saham-saham syarikat itu dengan harga yang sama yang dijual kepada Tajuddin sebelumnya. Kerugian yang dialami oleh MAS begitu besar sehinggakan MAS tidak lagi boleh bangun sampai ke hari ini.

Hari ini MAS telah dipergunakan oleh Air Asia, dalam satu ‘share swapping’ yang sangat menyedihkan mereka yang memahami keadaan sebenarnya. Tindakan “share swapping’ ini pula diberikan sokongan oleh pihak kerajaan (Khazanah). MAS mendapat hanya air lelehan dari Air Asia sahaja. Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka yang telah kita berikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat itu tidak jujur dan hanya memikirkan kepentingan diri mereka sendiri.

Banyak lagi insiden-insiden buruk seperti ini telah dilakukan oleh pihak yang berkuasa. Sekarang ini penjenayah kolor putih ini sedang cuba untuk memerah dan merosakkan Felda pula. Di mana sahaja ada wang yang besar di situlah pemimpin berlumba-lumba untuk mengambil kesempatan.

Sesungguhnya Felda tidak payah disenaraikan terutamanya KPF itu. Jika sungguh niat pimpinan Najib ini ikhlas dan mahukan juga ada penyenaraiannya elok disenaraikan anak-anak syarikatnya yang banyak telah membuat keuntungan besar dalam mana KPF itu sendiri membeli saham dalam syarikat IPO yang baru itu. Ini lebih bermakna.

Tetapi masalahnya niat kenapa hendak menyenaraikan Felda serta koporasinya itu tidak dapat kita bayangkan. Tentulah ada niat yang terselindung hanya diketahui oleh mereka yang mempunyai niat yang tersembunyi itu.

Apa sahaja agensi kerajaan yang membuat banyak keuntungan di situlah ramai pemimpin berlumba-lumba untuk merosakkannya. Kadangkala saya terfikir juga yang pimpinan kita merupakan kumpulan yang suka melakukan vandalisma terhadap semua perkara yang baik dan kukuh yang telah dilaksanakan oleh pimpinan yang terdahulu.

ATAU dalam bahasa kasarnya mereka ini merupakan kumpulan ‘makhluk perosak’ yang tidak ingin melihat kejayaan kepada rakyat dan negara ini. Usahkan hendak membina kejayaan yang baru….yang sudah berjaya pun hendak dirosakkan.

22 comments:

Anonymous said...

They are the real parasite yg dicari cari oleh hassan ali

adie said...

Spot on AA!

Anonymous said...

Salam AA,

Banyak lagi agensi2 seperti KWSP,Tabung Haji,Tabung Angkatan Tentera..

Petronas pulak dibawah kuasa sepenuhnya dibawah PM.

Cuba AA kupaskan kerosakan2 yg telah dilakukan oleh 'makhluk perosak' tersebut.

Ada yang dijadikan 'bail-out' sykt2 kroni seperti kerugian projek LRT.

Tu tak termasuk IJM-Plus sebagai 'cash cow' UMNO.

Entah berapa billion dah kena sapu..

Anonymous said...

Mengikut ramalan, ceritanya begini...

UMNO akan cuba sedaya upaya untuk menyenaraikan FGVH sebelum PRU. Sekarang kerana ada injuksi mahkamah, Isa terus ada 'back-up plan' untuk tubuh SPV untuk 'bypass' injuksi tersebut. Ini sudah menunjukkan betapa tekad niat mereka.

Walaupun kini mungkin terdapat bantahan daripada sebahagian peneroka, tetapi bantahan tersebut akan lenyap pada hari penyenaraian saham FGVH. Harga saham tersebut dijangka melonjat naik. Ini akan menyeronokkan peneroka dan mereka semua akan kembali menyokong UMNO. Peneroka tidak akan sedar lonjatan harga saham tersebut mungkin hanya untuk jangka masa pendek.

Ramai pelabur kecilan akan 'menggoreng' harga saham FGVH sekurang-kurangnya untuk jangkamasa pendek. Sudah tentu dana-dana yang dikawal oleh kerajaan seperti PNB, KWSP, Tabung Haji dll akan terlibat 'menolak' naik harga saham FGVH untuk mengujudkan faktor 'feel good'.

Jadi penyenaraian FGVH bukan sahaja setakat membuat keuntungan raksasa untuk kroni-kroni tertentu, tetapi juga untuk mengembalikan sokongan terhadap UMNO/BN. Bukan sahaja peneroka akan seronok dapat durian runtuh tetapi 'market sentiments' akan naik meninggi. Penyenaraian ini adalah diantara yang terbesar di pasaran tempatan iaitu RM6 billion.

Sentiment yang baik adalah penting untuk mengembalikan sokongan kepada UMNO/BN. Kecualilah jika faktor-faktor luaran seperti masalah ekonomi di eurozone mengagalkan lagi usaha ini.

Itulah ramalan saya walaupun saya bukan ahli nujum...

Anonymous said...

Pencuri dan lanun, bila dah rosak tiada yg mengaku,,, ada banyak; mas, proton, uda, hicom, lln, TM,,, semua nya berlaku semasa mahathir

Anonymous said...

ya allah..panjangkanlah umur tun mahathir supaya beliau dapat melihat hasil yang beliau lakukan semasa memerintah...amin...

Anonymous said...

salam tuan
Banyak kerosakan dan perasuah jemaah semasa era mahathir..semuanya lingkup dan berakhir di mahkamah..dan mahathir dan perasuah jemaah bersiri ini sekali lagi masih bernafsu nak merosakkan felda.Mungkin barangkali seperti mana MAS,PROTON,PEWAJA STEEL , UDA , HICOM , RENONG, UEM dan banyak lagi la..yang diUNTUNGKAN untuk jangkapendek dan kemudiannya diRUGIKAN dan berkesudahan dengan masuk-keluar mahkamah..makanya apa pula nasib felda..adakah senario ang sama untung sekejap dan rugi selama-lamanya..aduhh apa jadi negara ni..

MAHApenipu said...

Dulu,semasa Mamak menswastakan agensi2 rakyak,ramai yg memuji beliau PM yg pintar.Sekarang nasi dah jadi bubur lambuk.Apa yg dilakukan Mamak ketika itu ada kapcai disebalik lori.Mamak telah menyerapkan ahli2 keluarga,saudara mara dan rakan2 karib menjadi kroninya.Apa yg diusiknya semuanya kaput kerana apa yg dilakukannya,bukanlah utk kepentingan rakyat tapi sebaliknya.Kalau nak disenaraikan skandal era Mamak kena terbitkan sebuah buku khas baru lengkap

Apa yg berlaku sekarang adalah,'Bapa kencing berdiri,anak kencing berlari'.Jangan sampai kecucu kencing menari sana sini sudahlah.Oleh kerana Mamak dah sapu 3/4 kapal,baki yg tinggal menjadi rebutan pemimpin2 UMNO,dan salah-satunya ialah FELDA.

Acuan peninggalan Mamak ,yang menjadi kilang utk membuat duit BN wajib dipecahan pada PRU13,digantikan dengan acuan membuat duit utk rakyat pula.

Anti Pembelit said...

Itulah sebabnya macam2 akta dibuat oleh BN,yg majoritinya adalah utk melindungi BN,bukannya rakyat.Apabila rakyat telah dibisukan,dipekakkan,dibutakan dan dilembukan minda mereka,mudahlah BN merompak harta/duit rakyat.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

The FELDA fiasco truly reflects the mind of pirates at work.

Anonymous said...

bang dia orang berlumba2 menyamun sementara ada kuasa. kalau dah tak ada kuasa payahlah mereka. kalau dah kalah nanti sekurang2nya duit dah ada nak sambung kemewahan hidup.

Yapie said...

Felda listing is just the first issue, later the Lynas pollution if found to be on these Felda plantation. Then this will hurt the Felda in larger scale. Imaging all their plantation goods under quarantine or land has to be put to waste due to the radiation and containmination is inside the underground water source. Whatever government do they are hurting the poor malay group, which is not helping them at all in the long run.

matpenang said...

Tuan Aspan,

Antara dosa UMNO ialah mereka mahu rakyat mengikut apa citarasa mereka.

Mereka benarkan rakyat berfikir, tetapi berfikir cara mereka. Berfikir cara UMNO, semuanya ada dalam akhbar Utusan. Kalau nak tertutup minda, terus lah baca Utusan.

Mereka benarkan rakyat beragama, tetapi mengikut apa yang mereka faham mengenai agama. Agama (Islam) yang mereka nakkan hanya sekadar sembahyang, puasa, haji, berarak maulid nabi, musabaqah. Jika ada rakyat yang dah cerdik dan mahu kepada kehidupan agama yang lebih serius, akan dicop oleh mereka sebagai ekstrim. Justeru, MCA dan MIC dapat bersama dengan UMNO kerana pengamalan agama UMNO yang secebis itu. Apabila rakyat mahukan kehidupan agama yang sebenar yang digariskan syariat, true colours MCA mula terserlah. Walhal, DAP tidak pernah membangkang amalan agama yang dipraktikkan oleh PAS.

UMNO benarkan rakyat belajar, tetapi natijahnya mesti selari dengan citarasa mereka.

Melayu dan Islam hanya `selling point' bagi UMNO. Penganutnya tidak ada lagi yang ikhlas, melainkan semata2 mahu mengaut apa yang ada. Di peringkat cawangan cara cawangan, di peringkat bahagian dah makan jutaan bahkan puluhan juta. Lebih2 lagi di pusat, tak terlarat lagi kita nak sebut.

Menjadi hukum WAJIB bagi kita umat Islam untuk tidak memberi tanggung jawab mentadbir negara kepada puak2 ini dalam PRU akan datang.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Sudah terang lagi bersuluh malahan BN tidak langsung berselindung apabila menyatakan hasrat untuk menyenaraikan FGV. Tujuan utama memastikan semua peneroka terima durian runtuh. Ini telah dijanjikan dalam bajet najib. Peneroka Felda akan gembira dan sebagai balasan mereka akan undi BN. Pada peneroka, kerugian FGV dimasa akan datang bukan urusan mereka asalkan tanah mereka tidak digadaikan.Memang benar tanah peneroka tidak akan digadaikan seperti yg dijanjikan oleh BN. Yg terlibat hanya tanah FELDA yg beribu ekar tu sahaja. Tanah Felda tu pula samada di gadai, jual ataupun di kekalkan seperti sekarang tidak akan langsung memberi kesan pada peneroka.

Berbuihlah mulut kita cuba terangkan tentang bagaimana BN memanipulasi tanah FELDA untuk memastikan kesinambungan pemerintahan mereka, akhirnya yg akan ditanya adalah apakah faedah yg akan peneroka terima. Adakah peneroka salah bila beri undi pada BN setelah menerima durian runtuh yg jumlahnya dijangka hampir RM 10 ribu tanpa perlu mengira berapa juta BN dapat? Tidak.. mereka tidak salah kerana itu hak mereka. Yang namanya pengundi ini memang majoritinya bersifat pentingkan diri sendiri.

Tuan dah baca dakwaan sahabat blogger tuan yg menyatakan tuan Aspan sudah memberitahu pemandu MB NS supaya menjaga kereta rasmi MB yg bakal tuan miliki selepas election nanti. Ok lah tu, tak perlu melenting kerana itu pun dah dikira doa. Semoga masin mulut sahabat tuan tu.

Quiet Despair said...

Saya selalu doakan Tuan Aspan menang dan DAP menang besar di NS. I want to see how you and DAP will do different if you are the ruling party. Not only different but better, okay.

chempaka said...

Sdra AA

Ada orang dikatakan menyentuh besi menjadi emas. Namun berdasarkan realiti di depan mata kita sekarang lebih sesuai digunakan perumpamaan KERA
DIBERI/MENDAPAT BUNGA. Selagi tak rosak selagi itulah gatal seluruh badan.

Anonymous said...

Kembalikan duit rakyat.

Nordin said...

Dalam budaya haiwan pemangsa FELDA adalah ibarat kerbau gemok yang siap untuk dilapah. Pemangsa mana yang tidak terliur kalau melihat"kerbau" yang sangat montel bahkan jinak pulak tu. Cuma dalam kes FELDA pemangsanya ialah menteri dan kroni asuhan mereka

Quiet Despair said...

Saya sedih bila memikirkan isu FGV Listing dan NFC.
Takkanlah Melayu tak boleh nak berjaya sikit. Asal nak berjaya ada saja yang membantutkan mereka.
Takkanlah non-bumi tak buat business yang crooked. Atau our race tak pandai nak sorok crooked business like the nons.
I would like to see NFC and Felda be successful ranchers and farmers with the help of the government, they indeed can.
I often watched reruns of Dallas series and wish Salleh and family can become like JR Ewing and family.
Yeah man, it's a great feeling to see Bumi farmers be they in the cattle or cow business.
And Gemas be the capital of the meat-packing industry just like Chicago in the days of yore.

Anonymous said...

angan2 je la..duit dah habis beli kondo bang...hutang tinggal kat rakyat tukang bayar...ishhh..UMNO..UMNO....tak habis2 nak malukan melayu

Anonymous said...

Ringgit dan harga minyak dunia :

Kalau ringgit hanya mampu ditambat tidak payahlah puak umngok bn nak MENIPU pasal durian runtuh.Harga minyak dunia NAIK SEKEJAP pun sudah MENGELABAH nak kurangkan subsidi kepada rakyat.Apakah umngok bn hanya MAMPU MENAIKAN HARGA MINYAK tapi TAK MAMPU TURUNKAN HARGA BARANG walaupun pemberian subsidi kepada rakyat ditambah.

Kuasa dan untung/rugi :

Sama-sama kita lihat umngok bn MENGGUNAKAN KUASA semantara masih berkuasa mereka untuk memberikan KEUNTUNGAN DUNIA kepada keluarga dan KRONI mereka sementara rakyat senantiasa cuba diperbodohlkan.Mereka tahu akan dapat untung dan tak rugi apa-apa.

DEB dan Felda :

Mustahil puak umngok bn tidak tahu DEB telah gagal membantu memajukan bangsa melayu.Hampir 50 tahun memerintah,adakah umno bn sedar merekakah yang melaksanakan atau mereka telah MENJAHANAMKAN DEB.Walaupun KEGAGALAN YANG MEMALUKAN(DEB),FELDA adalah satu jalan memajukan bangsa melayu yang lain SELAIN DARI DEB dan telah banyak membantu ekonomi bangsa Melayu.Selepas ini Jika FELDA dalam kedudukan yang GOYAH adalah MUSTAHIL mampu mempertahankan ekonomi para peneroka seperti dahulu.

Anonymous said...

Bagi apa saja kat umno habis hancuss ..... KLIA pun Nigeria dan Iran pun boleh bawak masuk berguni2dadah .... Green Lane kunun ... mana ada negara dalam dunia ni yang tak scan semua penumpang dan beg2 lepas scan baru cerita kastam tax atau tak. Ini scan bukan untuk keselamatan negara tapi nak cek ada barang kena Tax atau Tidak!. Mana ada negara yang buat kempen pengawai imigration dan kastam dengan senyuman!. Negara lain Semua mereka muka "cengih"!.

AMA