Saya telah diberitahu oleh rakan-rakan dalam UMNO yang parti itu akan membawa Tengku Ahmad Rithauddin, Pengerusi jawatankuasa disiplin parti, ke setiap negeri melalui badan-badan perhubungan UMNO setiap negeri. Tujuannya ialah untuk memantau permasalahan yang besar didalam UMNO dalam pilihanraya umum nanti, iaitu sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri.
Saya telah banyak menulis tentang kerapuhan sokongan ahli-ahli UMNO terhadap partinya. Tidak pernah saya terlupa dalam pilihanraya 1999 dan 2008 begitu ramai ahli-ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang dan itu merupakan satu perkara yang begitu normal dalam UMNO sekarang ini. Parti itu sedar yang ia tidak boleh mempercayai ahli-ahlinya apabila sampai waktu pilihanraya.
UMNO ini merupkan satu parti besar tetapi masalah menguruskan ahlinya pun besar. Ahli-ahli UMNO sekarang bukannya seperti dahulu, hanya mengikut lenggang dan tari pemimpin mereka. Sekarang mereka lebih kritis dari dahulu. Dalam pilihanraya yang lalu lebih dari 50 peratus (1.6 juta) ahli-ahlinya telah bertukar haluan dengan mengundi parti-parti ‘alternative’.
Jika semua ahli-ahli UMNO itu menyokong partinya, masakan ramai calon-calon UMNO telah rebah bergelimpangan dalam pilihanraya yang lalu kerana ditolak oleh pengundi-pengundi termasuk oleh ahli-ahlinya sendiri. Inilah masalahnya jika sebuah parti itu terlalu bergantung kepada jumlah ahlinya. Banyak parti-parti didunia ini termasuk di negara kita ini, berjaya tanpa ahli yang ramai. DAP hanya mempunyai 135 ribu orang ahli sahaja tetapi undi yang diperolehi oleh parti ini dalam pilihanraya yang lalu melebihi 2 juta orang.
Yang penting bagi sesebuah parti politik terutamanya yang memerintah ialah kemampuan untuk menggubal dasar yang dihormati bukan sahaja oleh ahli-ahlinya tetapi oleh pengundi yang ramai. Selain dari dasar yang sempurna, dasar itu mesti dilaksanakan dengan baik tanpa tercemar dengan isu rasuah dan isu salah gunakuasa yang keterlaluan.
Sebaliknya UMNO memilih untuk menjadi parti yang besar ahlinya sehinggakan sampai kehari ini ahli-ahlinya melebihi 3.2 juta orang. Kita faham kenapa UMNO memilih untuk mengambil keahlian yang ramai. Tujuannya ialah untuk mengharapkan yang kesemua ahli-ahlinya akan mengundi parti itu dalam pilihanraya. Tetapi jika lebih dari 40 peratus orang Melayu menyertai tanpa tapisan maka parti itu akan disertai oleh ramai yang tidak ada perjuangan.
Tugas yang diberikan kepada Tengku Ahmad Rithauddin itu bukan kerja mudah kerana perasaan tidak puas hati ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan sudah menyeluruh dan tidak ada cara untuk memantau perasaan dan tindakan individu ahli dalam peti undi itu. UMNO telah mengabaikan perasaan ahli-ahlinya dan hanya mahu melakukan pembetulan sesudah penyakit ‘sabo menyabo’ itu sudah mengalir di dalam sanubari mereka. Dulu-dulu kritikan ahli-ahli yang sedar dianggap sebagai membangkang dan itulah yang saya hadapi semasa dalam UMNO dahulu.
Ahli-ahli UMNO nampak jelas bagaimana pemimpin-pemimpin yang mentadbir dan berjuang dalam parti hanya sambil lewa sahaja dan mereka tidak ditunjukkan tauladan yang baik oleh pimpinan mereka di setiap peringkat. Pemimpin UMNO ada satu sikap kepimpinan yang meminta ahli-ahlinya, ‘do what I ask you to do, don’t do like what I do’.
Saya bercakap dan berhubung dengan rakan-rakan saya yang ramai didalam UMNO setiap hari dan saya merasakan apa yang mereka rasa. Mereka merasakan mereka telah menjadi orang tawanan kerana mereka terpaksa mengangguk kepada perkara yang mereka tidak yakini. Mereka tidak dapat hendak berfikir kerana mereka dimainkan dengan perasaan rasis yang menebal. Mereka diminta untuk percaya yang hanya UMNO boleh menentukan nasib masa depan orang Melayu.
Tetapi nasib mereka masih juga dalam keadaan yang sama; dari dahulu hingga sekarang. Lebih dari 5 dekad orang Melayu dijanjikan dengan kemajuan bangsanya tetapi tidak juga maju. Mereka dijanjikan bulan dan bintang oleh UMNO yang baru ini. Mereka tahu yang pimpinan UMNO merupakan kepimpinan yang ‘clueless’ dan tidak tahu untuk mengatur kemajuan bangsanya dengan baik.
Ramai dikalangan ahli-ahli dan penyokong UMNO didalam perkhidmatan awam juga sangat marah dengan apa yang berlaku dalam isu SSBA yang diluluskan oleh kabinet Najib. Penyelarasan gaji dilakukan oleh SPA sahaja, tidak seperti dahulu. Dahulu ada Suruhanjaya Di Raja diwujudkan untuk melakukan penyelarasan gaji kakitangan awam.
Sekarang itu dipertanggungjawabkan kepada pihak yang berkepentingan. Itulah sebabnya terdapat setangah penjawat awam hanya mendapat kenaikkan gaji kurang dari RM10 dan ada yang naik gaji mereka sehingga RM8000 kepada RM20,000 sebulan. Apa maknanya ini?
Mampukah Tengku Ahmad Rithauddin memantau perasaan semua ahli dan penyokong UMNO ini dalam peti undi dalam PRU nanti? Justru itu, UMNO sepatutnya menumpukan kepada masalah yang sangat besar dalam parti itu terlebih dahulu dari menuding jari kepada pihak pembangkang dalam semua hal.
Tetapi yang kita tahu sekarang, UMNO mengakui bahaya yang mereka bakal hadapi tidak lama lagi. Itulah sebabnya orang seperti Tengku Rithauddin kembali penting untuk memantau geraklaku ahli-ahlinya dalam pilihanraya nanti. Perkara yang terbesar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah calon yang bakal diturunkan nanti. Semuanya merasakan mereka adalah ‘winnable candidates’ dan tidak ada siapa yang tidak ‘winnable’ di kalangan pemimpin-pemimpin di bahagian-bahagian masing-masing.
Dalam kata lain UMNO dan pucuk pimpinan sendiri tidak percayakan ahli-ahlinya yang ramai itu. Keadaan itu akan berlaku lagi kali ini kerana perebutan untuk menjadi calon dan banyak hal yang lain. Jika ahli-ahli UMNO sendiri memangkah pembangkang, apa yang kita hendak sokong sangat UMNO ini?
29 comments:
AA
Kali ini lebih ramai lagi ahli UMNO memangkah PR dalam peti undi.
Abang AA,
Saya senang saja. Kalau DAP turunkan abang bertanding dalam kawasan chinese dominated, saya akan percaya kepada DAP. Saya akan sokong calon-calon DAP di Johor ni.
Ikhlas mesti digantikan dengan keikhlasan bro.
Abang AA,
Den punyo sikap sonang. Kalau Isa, Mat Hasan dan Rais Yatim masih betanding, den akan sokong pembangkang kek NS.UMNO ni ingat diNS ini tak ado oghang lain nak dinaikkan. Den tengok sojak den sokolah sampai sokoghang, balik-balik Isa dan Rais. Mat Asan pula tak boguno. Tak po. Den tunggu.
Salam tuan ASPAN
Saya merupakan salahseorang daripada ahli UMNO dalam perkhidmatan awam . Sejak 2008 lagi saya dah ABU . Kali ini , saya dan kaum kerabat saya dalam 30 orang lebih akan ABU jugak .
AA,
I concur the view of jamian, muar. I am a voter in seremban and has been looking forward to see you being made a candidate in this constituency. I now trust DAP is trying hard to shed the stigma as a racist party.
I shall keep myself at the side line for the time being and shall decide when candidature is announced. I pray that you are not the prey of DAP. As it was you have been the prey of UMNO, that bogus party which have been illegitimately in power for donkey of decades. i am already fucking off UMNO.
One day I shall be meeting you. I have been following your politics since '87 and you are really not bad a person to be with. Your reappearance in politics makes me too excited bro.
jamal, seremban2
Dulu,sekarang dan selama-lamanya =duit. Macam mana tak ABU
Sdr Aspan,
UMNO cuma boleh diselamatkan jika sebilangan pucuk pimpinan peringkat tertinggi parti itu yang bermasalah ditendang keluar sejauh2nya. Kalau ahli2 UMNO mahu parti berkenaan kembali berada di ladasan asal sebagaimana UMNO sebelum era Mamak Kutty, maka ahli2 UMNO perlu pastikan pemimpin2 bermasalah ini ditumpaskan dalam GE 13 nanti.
Ahli2 UMNO peringkat bawahan perlu membuka mata dan sedar situasi sebenar, golongan pimpinan tertinggi yang bermasalah ini sebenarnya berjuang untuk pertahankan diri masing2 daripada kemungkinan terpelosok ke penjara kerana dihantui kesalahan dan dosa diri masing2. Pelbagai slogan yang diperkenalkan kebelakangan ini semata2 untuk meraih sokongan ahli2 UMNO dan rakyat kebanyakan demi kesinambungan kuasa mereka agar mimpi negeri yang menghatui mereka tidak menjadi kenyataan.
Bukalah fikiran dan minda anda seluas2nya. Lihatlah bagaimana puluhan skandal2 yang melibatkan berbilion duit negara hangus, tidak ditangani sewajarnya malah tidak ada satu penyelesaian yang telah dibuat melainkan " sandiwara " pendakwaan semata2.
Kesian ahli2 UMNO peringkat bawahan yang merupakan majoriti, anda hanya menghirup kuah sekian lama walhal isi disebat golongan pimpinan tertinggi yang bermasalah ini. Berdegar2 suara mempertahankan UMNO ( sebenarnya pertahankan pemimpin korup ) sedangkan nasib diri sendiri tidak terbela, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sampai bila untuk melakukan perjuangan yang sia sia ini?. Ayuh kita humbankan sebilangan pimpinan bermasalah dalam UMNO BN ini kalau mahu parti kembali ke landasan asal dan bangkit kembali. Jangan biarkan diri terus diperbodohkan dengan pelbagai retorik dan slogan yang sebenarnya untuk kepentingan diri dan keselamatan hari esok kumpulan berkenaan saja.
Jom kita pastikan pemimpin2 begini dihumban ke longkang sejarah selamanya dan esok kita bongkarkan apa yang telah mereka selama ini lakukan dengan cara seadil2nya. Biar rakyat menjadi saksi segala onar dan kebejatan yang telah mereka lakukan. Ini hanya boleh dilakukan jika golongan ini dinafikan kemenangan mereka dalam GE 13 nanti.
kata pepatah dulu ada juga betul seperti ......
UMNO - U Must Not Object
(kena sokong dan jadi pak
turut, yes men, ok sir )
MCA - Money come Always
(kaum cina memang letak
duit dahulu dlm kehidupan
mereka.
MIC - kaum India biasanya duduk
berdiri atas pagar. siapa
yang nampak akan menang
akan di MAY I COME?
Tuan Aspan,
Walaupun marah dengan kepimpinan, saya masih kekal dalam UMNO kerana pada saya adalah jelas yg undi saya tidak bergantung kepada parti apa yang saya menjadi ahlinya. Undi saya bergantung kepada keyakinan saya pada pemimpin parti tersebut dalam sekurang2 nya mengekalkan tahap pencapaian kerajaan sedia ada. Pastinya jika Pakatan Rakyat berjaya membuktikan bahawa mereka jauh lebih baik dari BN maka pastinya saya akan mengundi mereka. Parti ini hanya alat sahaja untuk mencapai tujuan hidup kita.
UMNO sudah tiba ke hujung hayat ciptaan nya, sebagaimana setiap ciptaan, mestt ada keunsang nya
Hanya yg kita tak faham, ngapa susah sgt monyet monyet UMNO ni menerima kedatangan nya.
Pan, kau nak bertanding di mano?
Mencari tuhan di mano klu tak kat diri sendiri.
Aku pun orang UMNO. Hakikatnya aku sendiri dah "fed-up" perjuangan tipu Melayu sendiri.Pada 2008 aku sendiri pangkah parti dlm Pakatan.Pilihanraya akan datang pun dah tentu aku & keluarga aku akan pangkah parti bukan UMNO jugak. UMNO da tak boleh nak tolong.Aku juga bukan suka sangat parti PAS (yang suka mencabul hak civil orang lain)& parti PKR yg maseh mengamalkan budaya UMNO tapi itu yang lebih baik untuk negara.
AA, uncle saya seorang bekas menteri kata, Umno patut rehat kali ini. Letih melihat telatah pemimpin dan menteri Umno sekarang. Lagi pula Umno dah tua, memang banyak penyakit.
"Umno can come back after 2 terms as an opposition" katanya.
Saya tetap mengundi UMNO kerana saya yakin dengan perjuangan UMNO- DAHULU KINI DAN SELAMA LAMANYA ! .Kawasan saya di Rembau ramai yang tetap dengan UMNO kerana ia satu satunya parti orang Melayu.
Dahulu banyak unfi protes Kali ini kita semua Akan bersama UMNO ,itu kanji kami.
Mengundi BN/UMNO adalah sama dengan budak kecil yang menyerahkan diri nya kena bully dan ditipu budak besar.
Apapun keadan nya, memang begitu. BN/UMNO tidak akan berubah sabelum mereka menjadi pembangkang dalam dua atau tiga pengal parliament.
Kali ini di PRU13, kita semua akan undi PR dan biarkan mereka meneraju kerajaan kira 2~3 pengal, sudah itu kalau mereka tidak larat nak memerentah baru kita kembalikan BN/UMNO memegang kembali Kerajaan.
Di kebelakangan ini selama lebih 50 tahun, BN/UMNO yang sahaja memerentah dan langsung tak pedulikan rakyaat, rasuah tak habis-habis, sudah Kapal Selam, Lembu masuk Kondo dan semua policy kerajaan hanya memihak kepada UMNOPutra sahaja, yang rakyaat biasa, apa pun tak ada. So sebab itu kita kena ABU pada PRU 13 ini.
Saya ahli umno hampir 40 tahun dah lama amalkan ngundi apa yang saya yakin .Takkanlah yuran rm2 setahun bolih mengikat kita selama2nya itu bodoh namanya.Kalau kau tanding parlimen Soromban bawah tiket DAP den yakin MCA hilang deposit kerano orang dah muak dan loyo ragam , sikap dan kelakuan pemimpin Umno.Balik2 orang itu iaitu Rais ,Isa rais isa rais isa yang lain2 siang2 dah dicantas.Macam jolobu mano poi orang bijak pandai takkan Rais sorang sajo.Bukankah Rais berkali2 kalah bila atas tiket pembangkang.Den dah tak jumpo orang muda sokong umno dan yang menyokong hanya yang potang2 dah tak ramai pun .Teruskan perjuangan lopeh sok kito jumpa.
Pak,
What Malaysian or to be exact Malays, needs to learn is to be political savvy. That is to say that we Malays (who are the majority), are the ones who have the biggest obligation to this country in elect a government that will be good for the country whomever it maybe. We as the majority must exercise our POWER to ensure that the ones elected to sit in PUTRAJAYA are not dishonest, malicious in character and worse of all criminals without conscience.
How do ensure that whomever we elect do not become intoxicated with power and forgetful of their duties and responsibilities? The answer is simple! We vote them out when they are no longer on the right path, when they misuse their position and power or when they misappropriate the nation wealth for their own interest! We must show that the power is in the hand of the voters and the people (not them). We must make them realize that there is no such thing as blind obedience, there's no such thing as continuous support then, now and forever if they are corrupt or forget their place as caretaker not owner of this country. Any time that our elected government is proven unworthy or unsuitable with the burden of government we must vote them out. There is no loyalty to incompetence, no tolerance on corruption and absolutely no forgiveness for crimes against this nation and its people.
We the people, are the check and balances that will keep our government in line. We are the whip that will ensure that every politician will not misuse their position and we are the judge that will pass sentence on those who have betrayed our trust and forsaken us in favor of self interest. That's what we HAVEN"T done for 50 years and that's why we have now a pompous and arrogant men governing our country and leading it to the edge of disaster (in favor of their self interest). It's our responsibility and more importantly, we are the one who will shoulder the blames of our children if we do not exercise this power wisely and decisively. AND WE HAVE THAT POWER and it's our right to exercise it as we see fit, notwithstanding any coercion and bribery from any politician or political party. If there is such a party or politician who tries to coerce and bribe us then that politician and that party has proven themselves as totally unfit to have our votes and they surely deserve to be kicked out and never again be considered as a viable or potential elected official and government. They should be rightly be cast aside by us as we cast garbage and refuse from our home. It doesn't take a genius to know that garbage and refuse does not belong in PUTRAJAYA, let alone exist in our political sphere. After all, GARBAGE IN (PUTRAJAYA), GARBAGE (OUTCOME for Malaysia).
We have one vote BUT acting together, we are THE KING who elects a Prime minister and when necessary, dismissed him from office. Want to experience the sensation of firing a weak and an incompetence PM together with his useless cabinet? May I suggest the first course of ABU (Anything But UMNO)and afterwards, EMV (Earn My Vote)?
Nick.
Pak Aspan, jika pak Aspan bertanding di Seremban, sebagai ahli UMNO, saya akan pinjamkan diri saya kepada DAP. Umno pun dah tak ada apa-apa lagi. Yang ada hanyalah pemimpin seperti pak pandir sahaja. saya mohon pak Aspan bertanding di Seremban. Insyaallah, ramailah nanti yang akan membantu. You have made a terrific move pak. Saya doakan sdr pak.
Aspan,
kalau ada umur nan panjang, saudara akan dapat undi dan sokongan saya se isi keluarga.
guru pencen, sikamat
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur ku yg panjang,
Boleh aku berikan kamu undi.
UMNO Baru bukan lagi sebuah parti utk memperjuangkan nasib org melayu.Ia bagaikan sebuah kelab hanya utk VIP UMNO.MM telah menciplak nama UMNO dan menipu org melayu utk kepentingan keluarga,saudara-mara dan sahabat2nya.
Majoriti yg menjadi ahli UMNO BARU kerana nak cari duit halal atau haram.Puak2 UMNO ni kalau berjumpa hanya cerita projek shj.
Tegaknya UMNO BARU kerana duit bukannya perjuangan utk melayu dan keadilan rakyat.Melayu masih ditahap yg sama dan rakyat semakin berpecah belah.Yang kaya raya adalah golongan kapitalis yg rapat dgn pemimpin2 UMNO.Ahli2 bawahan dan melayu lain bagaikan hamba abdi.
Ibarat sebuah rumah yg telah dimakan anai2,tidak boleh diperbaiki lagi.Satu cara shj,kita bina rumah baru yg bernama PR.
UMNO BARU:Quantity,yes.Quality,no.
UMNO adalah ibarat pokok durian yg sudah tua.Kalau berbuah pun boleh dikira dengan jari dan kalau ada 10 biji,hanya 1 shj yg elok.
Saya ahli UMNO yang akan bagi bantuan menolak sesetengah calon-calon UMNO Jelebu yang tak berguna. Kalau tengok ketua, timbalan UMNO Bhg Jelebu, tak payah lah. Semua penting labo masing-masing. Kok itu lah calon, saya akan tolong sponsor DAP dan PAS. PKR tak yah lah... 2x5 UMNO je tu..
Ibn Ismail..
undi anda tidak bergantung kepada parti..tetapi kepada pencapaian...adakah masih boleh dibanggakan lagi pencapaian umno skrg?pencapaian salahguna kuasa...rasuah berleluasa...fitnah sinisana..keadilan ntah kemana...ini yg anda katakan pencapaian?
cukop2lah anda memutar definasi pencapaian...PR telah menunjukkan pencapaian mentadbir negeri masing2 dalam laporan Audit...hanya perlu baca dan fahami...jika laporan ini pon anda masih sangsi...anda telah diserang dienal syndrome yg cronic..
jika anda mahu PR menunjukkan tahap pencapaian maksima...beri kepercayaan anda dahulu..spt ayah memberi kepercayaan kepada anak untuk memandu kereta..jika silap corner..jangan beri langsung memandu kereta...senang kan?
what r u afraid of?
Pak Aspan,
Membaca tulisan Tuan Guru Haji Hadi beberapa bulan yang lepas benar2 memberi satu ilmu yang kukuh pada saya.
Kata TGHH, bangsa itu bersandar pada agama. Bukan agama yang bersandar pada bangsa.
Jauh tersasar kefahaman UMNO bila mengatakan Islam akan tidak terbela jika UMNO kalah. Walhal, fakta yang dibuktikan sejarah ialah bangsa itu akan terkenal bila mengagungkan dan meletakkan Islam sebagai matlamat. Tapi bila agama diketepikan, bangsa itu akan dilupakan dan tidak lagi kuat.
Kita nak bangunkan umat secara yang Allah redha dunia dan akhirat. Buat apa bangsa maju tapi dengan acuan yang tidak ditunjukkan Allah dan Rasul.
Kemajuan mengikut kefahaman UMNO sejak Dr Mahathir ialah adanya bangunan tinggi, ada industri berat, ada jutawan2. Soal dosa pahala, langsung tak masuk kira.
Kebanyakan ahli UMNO yang berjumlah 3.2 juta orang itu merupakan ahli sponsor.
Kalau UMNO bermesyuarat walaupun di peringkat cawangan, ahli-ahli sponsor ini perlu di sponsor lagi supaya hadir.
Orang Melayu memang suka bila rasa berada dalam kumpulan yang besar. Kuantiti lebih diutamakan daripada kualiti.
Begitu juga dengan Melayu Islam. Biar si-murtad sudah balik ke gereja atau kuil tetapi dia tetap 'Islam'.
anon 11.55,
Saya dengan jelas menyatakan bahawa jika pakatan berjaya menyaingi pencapaian BN apatah lagi jika melebihi maka saya akan undi Pakatan walaupun saya ahli UMNO. Laporan audit tersebut telah saya baca dan fahami, kerjaya saya yang juga berkait rapat dengan audit memudahkan saya memahami laporan tersebut tanpa perlu bergantung kepada manipulasi ahli politik. Seperti juga pengundi2 yang lain, saya hanya akan mengundi parti yang saya yakini. Tiada sebab untuk saudara tiba tiba melenting seolah olah saya mempertikaikan kewibawaan pakatan juga saudara tidak perlu risau kerana tiada apa yang menakutkan saya dalam buat keputusan.
Kalau anda katogeri ahli UMNO BN macam orang tua ini ( baca di http://shahbudindotcom.blogspot.com/2012/02/ketakutan-mahathir-jika-anwar-jadi-pm.html ), mungkin wajar untuk anda pertahankan UMNO BN.
Tapi kalau anda masih "kais pagi makan pagi, kain petang makan petang" setelah puluhan tahun bersama UMNO BN, tak perlulah bersusah payah untuk pertahankan UMNO BN..lakukan anjakan untuk pilihan yang lebih menjanjikan.
50 tahun lebih memegang kuasa ( hampir separuh dari tempoh tersebut di bawah pentadbiran orang tua itu ), Malaysia sebaliknya makin menuju kehancuran. Berapa tahun lagi mereka perlu untuk membawa Malaysia ke arah gemilang dalam ertikata sebenar ?. 20 tahun lagi ? 100 tahun lagi ?. Cukuplah!..sudahlah!...dah jelas dan nyata...pimpinan UMNO BN tidak ada niat untuk membela Melayu melainkan memanipulasi kelompok Melayu untuk kepentingan peribadi saja.
Mamak bertambah makmur..melayu makin layu. Selagi mamak menguasai UMNO..melayu kan terus mati pucuk ( pimpinan melayu UMNO dipuncak hanya jadi boneka..kalau tak masa kan Pak Lah ditendang keluar, Najib pula flip flop sikapnya ) kerana mainan mamak & the gang, si orang tua itu !
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Maaf, rasanya sudah lama menyepi; namun begitu, ulasan ini bukan sekadar itu, tetapi, lebih kepada menyetujui apa yang saudara maksudkan. Bayangkan, seandainya saudara suatu ketika dulu pejuang tulen dalam UMNO tetapi hak bersuara diremehkan pucuk pimpinan, apa maknanya tu? Serupalah dengan keimanan ahli-ahli sihir Fir'aun yang ikhlas berimna setelah melihat mukjizat Nabi Musa AS; malah, dalam peristiwa itu, mereka turut disalib! Cuma, kita belumlah sampai ke tahap itu, kan?
Namun begitu, bayangkan sahaja, dengan menyatakan kebenaran, kita digam mulut; bagaimanakah mereka ini nanti, pada hari qiamat, sebagaimana yang dipertontonkan dalam ayat 65 Surah Yasin yang sering kita kumandangkan itu, bahawa, mulut kita dikunci, malah, tangan dan kaki kita yang akan berkata dan menjadi saksi atas trillionan macam maksiat kita, bagaimana ya? Tetapi, inilah hakikat kehidupan segelintir insan yang telah lemas dan tenggelam dalam lautan madu beracun dunia berupa harta, pangkat, kuasa dan wanita ... Malah, penyertaan saudara dalam DAP benar-benar menunjukkan kematangan seorang pejuang! Malah, Islam amat benci sikap fanaticism sebegitu, tetapi, adakah mereka yang mampu melihat ini menatap fakta dan sejarah sebegitu?
Justeru, tepat sekali ulasan saudara, hantarlah sesiapa sahaja, baik dari langit mahupun dari bumi, kononnya untuk memantau "kesetiaan" ahli di peringkat akar umbi ketika barah kebencian telah menebal dalam tulang belulang mereka, nescaya segalanya itu hanyalah pembaziran. Mengakhiri ulasan ini, teruskanlah catatan bernilai sebegini; semoga saudara dikira mereka yang berjihad ke arah kebenaran. Jutaan ampun maaf dipohon seandainya terdapat unsur kurang enak dalam ulasan ini, serta sekalung penghargaan dan terima kasih kepada kalian, khasnya saudara, yang setakat ni, belum pernah membatalkan mana-mana ulasan saya. Apapun, tapislah apa yang kurang wajar agar tidak menimbulkan fitnah, khasnya buat saudara, serta berilah teguran dan nasihat untuk manfaat dan faedah bersama, insha Allah.
Terima kasih.
Post a Comment