19 February 2012

Debat CSL vs LGE : MCA tunjukkan lagi sikap chauvinisnya

Perdebatan diantara Lim Guan Eng (LGE) dan Chua Soi Lek (CSL)semalam menampakkan sikap serta pandangan MCA dan Presidennya yang ‘flip-flop’. Pandangan Soi Lek jelas menunjukkan lidah bercabang-cabang diantara parti terbesar dalam BN, UMNO dan MCA. Saya tidak tahu mengapa CSL memberanikan diri untuk berdebat dengan topik sistem dua parti atau sistem dua bangsa dengan Setiausaha Agong DAP itu. Dari awal lagi saya telah menelah yang MCA akan gagal untuk meyakinkan orang ramai yang parti itu adalah sebuah parti yang hampir hilang seluruh kerdibilitinya dimata rakyat ramai.

Kita boleh mempelajari beberapa perkara dalam perbahasan ini. Pertamanya ia menunjukkan yang MCA lah yang anti Islam dengan menjadikan perhubungan baik di antara PAS dan DAP sebagai isu besar dalam perdebatan itu. Bagi MCA, PAS itu adalah parti Islam dan kerjasama DAP dengan PAS itu hanya akan menjadikan DAP sebagai keldai politik PAS untuk kepentingan PAS dan Islamnya.

Dengan kenyataan CSL itu maka hilanglah isu DAP anti Melayu dan Islam itu kerana MCA menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bagi MCA ia mahukan DAP menolak PAS kerana PAS adalah parti Islam yang didominasi oleh orang Melayu Islam. MCA tidak selesa melihat kerjasama DAP dengan parti Islam ini dan ia menunjukkan yang anti Melayu dan anti Islam itu adalah MCA. MCA masih tidak menyedari yang isu rasis dan agama ini adalah isu yang tidak lagi laku kepada generasi sekarang ini.

UMNO pula selalu menyatakan tentang isu ini bertentangan dengan pandangan MCA. Oleh kerana permainan politik yang dianggap tidak bijak UMNO sebaliknya menuduh PAS diperguna oleh DAP pula. Ini menunjukkan yang parti-parti komponen dalam BN masih mahukan cara mengekalkan kuasa dengan memecah belahkan kerjasama yang terjalin diantara parti-parti dalam pakatan itu.

CSL menggunakan isu kerajaan Perak yang diketuai oleh seorang pemimpin PAS (Nizar) walaupun DAP telah memenangi 18 kerusi dalam pilihanraya yang lalu, sedangkan PAS dan PKR hanya memenangi 13 kerusi. CSL telah cuba membuktikan tuduhan beliau yang DAP diperguna oleh PAS sehinggakan calon PAS telah menjadi Menteri Besar Perak sedangkan majoriti kemenagan itu adalah dari pihak DAP. CSL lupa yang UMNO mempunyai majoriti kerusi di Pulau Pinang semasa BN mentadbir negeri itu sedangkan Ketua Menterinya di wakili oleh parti Gerakan.

Dalam kes di Perak CSL mesti faham yang jawatan Menteri Besar mesti seorang Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang tubuh negeri itu maka itulah sebabnya Nizar Jamaludin telah dilantik menjadi Menteri Besar negeri itu sehinggalah BN melakukan rampasan kuasa mengikut pintu belakang dua tahun dahulu.

Dalam kes di Perak itu ia dapat membuktikan yang DAP menjunjung perlembagaan negara dan negeri dan sanggup merelakan seorang Melayu menjadi Menteri Besar walau pun parti itu memenangi kerusi yang lebih dari parti-parti lain dalam komponen PR itu. Oleh kerana itu UMNO, BN dan orang Melayu keseluruhannya tidak ada sebab untuk merasa sangsi untuk memberikan sokongan kepada DAP dari sekarang ini.

Sesungguhnya tuduhan MCA dan UMNO terhadap DAP yang bersalah-salahan itu hanya menunjukkan ketakutan MCA terhadap sokongan rakyat berbilang kaum terhadap DAP sekarang ini. Dengan kata-kata CSL semalam ia membuktikan yang MCA sudah terasa ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan rakyat terutamanya kaum Cina kepada parti itu walaupun CSL memainkan isu rasis yang begitu menebal dalam perbahasan itu. BN tidak dapat memberikan pendapat dan pandangan yang sama terhadap DAP; UMNO menuduh DAP rasis dengan mengatakan parti itu memperkudakan PAS dan sebaliknya MCA pula menuduh DAP diperkudakan oleh PAS.

Parti-parti dalam BN begitu gelisah dengan sikap parti-parti dalam PR mampu untuk bertoleransi diantara satu dengan lain didalam gabungannya. Kesemua parti dalam PR adalah parti ‘multiracial’ yang menjadi cara yang terbaik untuk negara dalam zaman sekarang ini. MCA dan UMNO amat resah jika politik rasis ditolak rakyat kerana dengan penolakkan isu-isu rasis ini ia akan menghilangkan ‘confort zone’ BN yang selama ini kekal di atas isu perkauman yang menebal. Lagi berpecah rakyat dengan isu perkauman lagi mudah untuk BN mengekalkan kuasa.

Rakyat sudah mula merasakan nikmat hidup bertoleransi diantara rakyat yang berbilang kaum dan agama. Rakyat tidak mahu lagi diperkotak katikkan oleh politik yang berbau perkauman kerana mereka sedar yang akan menerima kebahgiaan atau celaka didalam hidup adalah mereka sendiri (rakyat) bukannya pemimpin-pemimpin yang sudah kaya raya seperti Qarun di zaman Firaun dahulu.

Jika kita dengar pandangan sempit dan chauvinis MCA ini kita akan kerugian terus terusan. Sikap bermuka-muka MCA sangat jelas kerana suatu masa yang tidak berapa lama dahulu MCA telah mengingatkan PAS yang DAP menentang hukum hudud dan PAS perlu berwaspada terhadap DAP. Tetapi semalam MCA telah menakutkan orang Cina supaya tidak menyokong DAP kerana PAS akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Kedah. Entah mana satu sikap sebenar MCA dan CSL. Sekejap begini sekejap begitu. Mungkin kita patut meminta CSL membuka mulutnya lebar-lebar bagi kita melihat apakah jenis lidah yang ada didalam mulutnya itu dan berapa cabang lidahnya.

Bagi DAP, parti ini sedang mendapat sokongan semua pihak setelah puluhan tahun bersusah payah berjuang dengan tohmahan dan momokan parti-parti yang berkuasa. DAP sangat ditakuti oleh banyak pihak kerana parti itu sedang menjadi parti yang sedang meningkat kepopularitinya di kalangan semua pihak. Adalah amat tidak bermoral bagi mana-mana pihak yang menganggap DAP sebagai chauvinis kerana yang chauvinis sebenarnya ialah BN; UMNO dengan chauvinis Melayunya dan MCA dengan chauvinis cinanya.

Isu rasis tidak lagi mendapat tempat dihati rakyat yang ramai. MCA tidak akan berjaya untuk melabelkan DAP sebagai parti chauvinis kerana DAP sekarang sudah mula mendapat kepercayaan rakyat berbilang kaum. Dengan kemasukan ramai orang-orang Melayu didalamnya, ia amat menggerunkan MCA dan parti-parti dalam komponen BN. MCA tidak boleh disertai oleh orang Melayu kerana parti itu hanya untuk orang Cina. Itulah sebabnya MCA sedang berusaha keras untuk mendapat sokongan orang Cina yang rata-rata memberikan sokongan bukan sahaja kepada DAP, tetapi juga kepada PAS.

Jika rakyat menolak isu rasis untuk hidup aman dan damai dinegara kita ini maka semua parti-parti rasis dalam BN akan mati tegak dan tidak menjadi relevan lagi dalam jangka masa yang singkat ini.

Apa yang perlu dilakukan oleh DAP ialah untuk meneruskan pentadbiran kerajaan bersama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat secara adil dan berjuang habis-habisan untuk mengecilkan atau menghapuskan ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran BN selama ini.

Walaupun ia memakan sedikit masa untuk memberikan bukti tentang ketelusan pantadbiran PR, ia akhirnya akan disedari oleh rakyat jelata, empunya negara yang kita semua cintai ini. Tiada siapa yang bertanggungjawab kepada negara kita selain dari kita rakyat yang ramai ini.

42 comments:

Anonymous said...

Salam tuan,
Satu analisa yg mantap dan bernas. Kekalutan mca jelas dgn kelakuan penyokong mereka semasa menyorak point2 basi csl dan semasa mereka mengajukan soalan, baik pompuan dan lelaki bercakap mcm org hilang akal. Berbanding dgn penyokong lge mereka composed. Disini jelas menunjukkan siapa yg kalut dan desperate. Kayu pengukur yg baik diantara kedua mereka moral siapa yg bagus, bangang sgt lah mca mengangkat pemimpin yg sah2 melangan pelacur. Apakah ini rupa parti yg nak perjuangkan bangsa?

Burung Merbok said...

Bagaimanan pula mengangkat peliwat dan pelanggan pelacur dan pengkhianat bangsa serta penjilat Israel sebagai pemimpin agung ???? Tak payah jawab atau respond di sini kerana semua rakyat, terutama orang Melayu Islam sudah jelas lagi terang tentang kemunafikan puak kamu semua. To say that MCA is chauvinistic more than the DAP, is for sure the under-statement of the year. Not to "punish" PAS for consorting with 'devils and demons' surely speaks of blind faith tainted with hypocrisy of the highest degree.

Anonymous said...

Saudara AA,

CSL 'punched below the belt' even before the bell rang'. He had no issue to highlight except to create fear among the Chinese. But most Chinese do not take his bait.

MCA says DAP is PAS's puppet while UMNO says PAS is DAP's. What paradox!

Anonymous said...

Politik perkauman sudah menjadi asam garam dalam politik tanah air sejak zaman Tun Mamak mengambil alih pemerintahan. Mana tidak perkauman, setiap komponen parti dalam BN memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Inilah taktik dan modus operandi yang digunakan oleh BN selama ini untuk berkuasa bagi mengaburi mata rakyat yang rata-ratanya dibuai mimpi yang kononnya negara berbilang kaum ini rakyatnya hidup bersatu padu, aman dan makmur.

Anonymous said...

I am one Malay who is going to be converted to DAP after following the debate and reading this.Eat your heart out BN.The true colors of mca has emerged but I think its much of csl color though.

Anonymous said...

MCA fights only for the Chinese with 100% of its members are Chinese. DAP is multiracial and now putting up efforts to have more Malays in it.

So Sdr Burung Merbok, DAP is more chauvinistic than MCA?

What a comment!!! Disgusting!!

Chua

Anonymous said...

AA, MCA should be disbanded. It's too racist. So does UMNO... another Malay chauvinist party. MIC too should have been dissolved as the party works only for the Indians but the Indians are also not progressing.
MIC is just like another UMNO for the Indians.

soy

shamsuri udin said...

Aspan,
I am already convinced by you that DAP is a party really for all Malaysian.

shahid said...

UMNO and MCA leaders should be arrested and put behind bars for being racist.

Both parties are the real pest to all Malaysians.

Let's legislate laws to prohibit anyone talking about racial sentiments from now on.

What say you, all Parliamentarians??

wong said...

AA,
CSL is well known for his good 'performance'. Why didn't he perform in yesterday's debate?...or is he just 'performing' in a bedroom?

Anonymous said...

Soi Lek, everyone knows what you did last summer!

Anonymous said...

AA,
I truly won't mind joining DAP once I am back in Malaysia in August.

Anonymous said...

You are in denial mode. You don't need to tell others about you peliwat n pelacur story here....instead go tell ur own flocks of burung merbok. Your bullshit here , others are not buying it

A.B.U. said...

Sebenarnya CSL lebih perlukan debat ni sebagai satu platform untuk hidupkan MCA yang kini tinggal nyawa-nyawa ikan. Malangnya, sudah jatuh ditimpa tangga kerana orang Cina dah serik dengan taktik gertak MCA melalui isu Hudud! Sebenarnya CSL sendiri tahu jawapan sebenar ialah orang Cina dah muak dengan kanser rasuah yang tidak boleh diubat lagi dalam BN.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Syabas dan terima kasih! Jelas sekali saudara mengikuti fakta dan mengulasnya secara "factual", tak macam mereka tu ... Oleh itu, rasanya, ulasan saya tidaklah perlu panjang lebar lagi. Cukuplah sekadar dua fakta berikut ini yang sempat saya fikirkan untuk puak-puak asabiyah kebangsaan ini muhasabah diri mereka:

1. Al-Quran secara jelas mengiktiraf kewujudan kehidupan yang "multi-ratial"; liat sahaja ayat 13 Surah Al-Hujurat yang telah lengkap menyatakan perincian itu, dengan pernyataan hikmah di sebalik keadaan tersebut. Ayat itu juga menegaskan dengan terang dan jelas, sesungguhnya semula-mulia manusia di sisi-Nya ialah mereka yang bertaqwa, bukan bangsa, apatah lagi, darjat dan rupa yang tak seberapa itu.

2. Fakta sejarah sememangnya relevan sehingga qiamat akan kebinasaan pengamalan fahaman "nationalism" melampau sepertimana yang ditunjukkan bangsa Yahudi dari dulu, kini dan selamanya. Bukankah mereka mengimpkan kelahiran Nabi akhir zaman adalah daripada kalangan mereka, walhal merekalah juga yang menentang keras sekalian ramai Rasul yang diutus sehingga dibunuh secara kejam lebih daripada membunuh haiwan? Juga, kalau benar bangsa yang diutamakan, tentu sekali bangsa Arablah yang paling mulia, kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa itu, kan?

Justeru, elok sangat agar kita gertak BN ni agar jangan jadi seperti Jerman di era Perang Dunia Kedua. Benar seperti hujjah saudara, cukup sudah maruah negara tergadai setengah kurun, nak gadai lagikah? Kalau begitu, lebih baik kita sebutkan BN ni bukan sekadar barisan bangsa-bangsa atau kaum-kaum (Barisan Nasional), tetapi lebih kepada "budak-budak nomad", atau, "bangkai-bangkai neraka"! Kenapa? Kerana, tak lain, demi kocek sendiri, agama sanggup digadai, bangsa rela dperjudi, malah negara hancur, no problem!!!

Mengakhiri bicara, jutaan ampun dan maaf kerana begitu emosi pada ulasan ini; justeru, tapislah mana yang tidak sewajarnya serta berilah nasihat jika sekiranya ulasan ini kelihatan begitu melampau. Insha Allah, saya akan belajar daripada kesilapan.

Terima kasih.

Anonymous said...

saya setuju dan percaya pada Ridhuan Tee drpd Aspan Alias. Sebab apa? alah, mesti ada udang di sebalik batu bila join DAP. he he

http://ridhuantee.blogspot.com/2012/02/tentang-penghinaan-terhadap-islam.html

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Apa pun pandangan dan ulasan anda tentang debat LGE & CSL ni, saya tetap memberi kredit kepada 2 orang tokoh berkenaan yang mewakili parti masing2. Jelas sudah dua orang ini anak jantan dan ada "ball".

Yang saya persoalkan ialah Najib, kepala parti UMNO yang berdolak dalih mengelak debat dengan Anwar (PR). Nampak sangat Najib ni "betina" & mungkin "no ball" ( orang ramai termasuk pengikut UMNO pun semacam mengesahkan dia takutkan Rosmah ).

Dah kepala pun penakut, yang mengikut apa tah lagi. Yang mereka teror ialah tunjuk samseng bila beramai...nak berdepan satu lawan satu berhujah secara ilmiah, kecut "teloq", tu pun kalau masih ada.

Macam mana orang ramai nak sokong dan percaya pimpinan macam ini ?.

Untuk Burung Merbok !!!

Lupakan lah UMNO BN kerana "burung merbok" pemimpin anda entah hidup entah mati !

Ha ! Memang Anwar proksi Israel..Brurung Merbok patut masukkan artikel http://4.bp.blogspot.com/-noVbL4v9tPY/Tz6ORZAiaNI/AAAAAAAABL8/BxBbgh51I-8/s640/Screen+shot+2012-02-18+at+1.23.43+AM.png ni sebagai bukti !

Baru real kan !

Anonymous said...

Ridhuan Tee ?

Ooo..Melayu yang terlebih Melayu tu ker ?. Hmm..memang dia tu suka sembunyi udang dibalik mee ! Yer laa..nak keluar muka kat tv kena laa berkorban..kan ! kan ! kan !

Mana komen Ridhuan tentang Najib kat Thaipusam Batu Cave ?, mana pandangan Ridhuan mengenai kes NFC ?, mana komen Ridhuan tentang skandal PKFZ, Perwaja, Scorpion, dan tentang
http://4.bp.blogspot.com/-noVbL4v9tPY/Tz6ORZAiaNI/AAAAAAAABL8/BxBbgh51I-8/s640/Screen+shot+2012-02-18+at+1.23.43+AM.png ni dan belambak lagi ?. Pejuang Islam apa macam ni ?.

Hampeh !

Anonymous said...

MCA RIP.......Keep it up DAP n pls remain strong together with PAS n PKR....Rakyat needs a CHANGE to ensure better future for our future generation. Do not b afraid n VOTE For Change Now !

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Because of BN desperation for Chinese votes,UMNO lets MCA to be their Islam attacker .UMNO will sell their religion to stay in power.Chua Soi Lick-the-clit is not qualified to debate about hudud.Once the Malays accept DAP,BN will be kaput-ed.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Pimpinan UMNO BN bukan saja racist tapi juga samseng.

Di bawah ni adalah contoh terbaru kerja2 "baik" anak2 buah pemimpin samseng. Racist + Samseng !. Parti dan pimpinan begini ke nak kita pertahankan ?.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/panas-gerombolan-umno-mengganas-lagi.html

Nak berhujah secara ilmiah tak mampu, hanya berani tunjuk samseng bila ramai. Hancur Malaysia kalau terus biar negara dipimpin UMNO BN, jenis pimpinan otak karat.

MAHApenipu said...

Selepas PRU13,MCA akan bertukar menjadi sebuah kelab Mari Cari Amoi dan CSL menjadi CEOnya.

The only card that's left to be played by MCA is Hudud but sadly the card is not even an ace.

To:Burung Merbuk:

Mana2 negara yg menjadi rakan USA adalah rakan Israel juga,tak kira BN atau PR yg memerintah.Tak payah nak jadi hipokrit.Nak mampus kena terajang oleh USA kalau mana2 negara tak sokong Israel.Minyak sawit Felda dijual keIsrael kerja siapa pulak?

Majoriti pengkhianat bangsa/negara adalah dari BN yg menyonglap duit rakyat hampir 1trillion,disimpan diluar negara. Tiada satu menteri BN pun yg berani bercakap perkara tersebut.Sebagai contoh,Sharizat menggunakan duit rakyat membeli hartanah diSpore,apa untungnya rakyat diMsia.

Diantara seorang penzina dan seorang yg ciluk duit negara/rakyat,siapakah yg lebih jahat dan merbahaya?

On The Line said...

Diantara sebab,saya,keluarga,saudara-mara dan rakan2 yg selalu menyokong BN pada masa lalu akan mengundi PR pada PRU13 ialah :

1.Rasuah dan nepotisma yg berleluasa tidak dihentikan.

2.Duit negara lesap 1trillion berada diluar negara,BN tak buat apa2.Kalau dibahagikan kpd rakyat Msia,lebih kurang RM100k minima diterima setiap satu keluarga.

3.Skandal2 menteri yg melibatkan duit rakyat tiada penghujungnya.

4.Majoriti YB BN cakap tak serupa bikin.Bila dah menang,banyak menghabis masa bekerja/cari duit utk keluarga dan kroni.

5.Tidak tegas dan berani menghukum jerung2 besar yang terlibat dgn rasuah/pecah amanah jutaan ringgit.

6.Kos kehidupan yg tinggi tidak padan dgn gaji yg diperolehi.Yg berada diatas bertambah kaya,ditengah tahap yg sama dan dibawah bertambah miskin.

Dan

7.YB2 PR lebih banyak bekerja daripada bercakap dan terbukti di empat negeri bawahnya,prestasi negeri2 itu meningkat

Kepada kawan2 yg masih lagi menyokong BN,fikirlah sedalam2nya utk kebaikan generasi akan dtg.Dan
inilah sebaik-baik ubat utk BN kembali menjadi sebuah parti yg bertenaga,berwibawa dan berjaya,hatta utk kebaikan rakyat Msia juga.

Jomfikir said...

Burung Merbok.

Baca dari link ini:

http://www.wadah.org.my/kenyataan-media/74-info-wadah.html
.

Anonymous said...

Najib mana ada teloq nak berdebat dengan Anwar.Najib punya teloq di pegang oleh Rosmah.
Awal awal lagi Mahathir dah bagitau yang Najib tak perlu debat dengan Anwar kerana dia tahu yang Najib tidak mampu berdebat dengan Anwar. Najib hanya pandai berkokok tetapi untuk berdepat secara ilmiah.....hancur..sudah tentu memalukan BN.

mr edz said...

ridhuan tee? aku rasa sama macam hassan ali jer keh keh keh

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf sekali lagi kerana sibuk hantar ulasan. Apapun, saya tertarik dengan dua ulasan yang bolehlah dikatakan antara ulasan terkini:
1. Penampilan dua pemimpin terkemuka parti kaum Cina dalam perdebatan secara "gentlemen", dan
2. Anwar proxy Israel.

Secara peribadi, saya memang tertarik dengan fakta yang saudara kemukakan tentang debat kedua-dua pemimpin kaum Cina itu jika dibandingkan pengecutnya PM DS Najib berdepan cabaran DS Anwar. Di sinilah jelas, siapa sebenarnya penakut dan "racist". Walaupun nampak jelas di sini penampilan DS CSL yang perkauman, setidak-tidaknya debat sebegini memberi peluang rakyat menilai sendiri peniaga dan produk jualannya, kan?

Berkenaan Anwar proxy Israel, saya secara peribadi berpendapat, adalah lebih baik jika segala kenyataannya itu diperhalusi secara ilmiah dan berfakta. Ini bukan bermakna saya membelanya 100 %, tetapi, berdasarkan rakaman temuramahnya bersama WSJ tempoh hari, beliau ada meletakkan prasyarat jelas yang tak mungkin dicapai oleh pengganas Yahudi ini. Apakah prasyaratnya? Prasyaratnya ialah, sekiranya hak dan kedaulatan Falastin dihormati, barulah boleh diiktiraf kewujudan Israel. Tetapi, bukankah ini yang mustahil, kerana seawal kewujudan negara haram inipun melalui pertumpahan darah saudara-saudara kita yang tak berdosa, kan? Malah, kepimpinan PAS sendiri ada memberi nasihat kepada DS Anwar untuk sama ada menarik balik kenyataannya itu atau menyaman WSJ jika laporan yang disiarkannya bercanggah dengan maksud sebenar.

Justeru, sayugia bagi saya, khasnya, menila sesuatu isu berbangkit ini berdasarkan fakta sebenar. Bersamalah kita mohon perlindungan-Nya agar kita tak jadi seperti golongan yang memperalat dengan sedaya upaya mereka, segala yang ada, hatta cendekiawan dan alim ulama untuk tunduk akan telunjuk kefasiqan mereka akibat hanya gah mengaku sebagai seorang Islam tanpa penghayatan. Apa maknanya wang negara habis bertrillion keluar, agama dibakul-sampahkan demi mengemis simpati penganut agama lain walhal baru pulang dari Tanah Suci, ke mana perginya bekalan daging yang dijanjikan setelah habis dibelanja untuk bermewah dan berseronok, ke manakah prihatinnya kita andainya membenarkan budaya bercinta ala-haiwan, salah siapa lahirnya insan-insan tak berdosa setiap 17 minit (malah mungkin telah meningkat), bertanggungjawabkah kita dengan menggunakan harta awam khasnya zakat untuk membiayai kos peribadi, ke manakah lagi hendak mencari kerja seandainya kita sibuk menjemput orang luar, terbelakah selama ini nasib golongan bawahan dan OKU?

Oleh itu, sekadar pandangan, tiada yang dikatakan "tiket percuma" unuk bermewah-mewah, lebih-lebih lagi bila kita mencanang atau dicanang sebagai pemimpn. Bersamalah kita insafi, segala perilaku kita akan dihitung walau sekecil atom sekalipun pada hari yang tiada tempat berlindung melainkan perlindungan-Nya sahaja. Sekali lagi, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian saudara dan rakan-rakan menyiarkan pandangan saya, serta ampun dan maaf dipohon atas sebarang kelemahan dan ketidakwajaran. Semoga kita sekalian dikekalkan dalam rahmat, hidayah, redha dan ampunan-Nya, insha Allah.

Terima kasih.

anakmuaallaf said...

MCA akan bungkus lps debat ini... Tiada comments dari pihak MCA tetapi yang menonjolkan kebagusan CSL dari pihak UMNO sendiri..

Anonymous said...

Where does this burung come from? U're out of this world. ABU is the word of the day. We had enough of Media Prima n Utusan.

Anonymous said...

UMNO BN parti perkauman alias samseng. Banyak kejadian gangguan dan serangan ke ceramah PR akhir2 ini membuktikan parti ini terdesak dan menghalalkan "kaedah samseng".

WAJIB HUMBAN UMNO BN KE LONGKANG DALAM GE 13 NANTI ! Bukan harus @ sunat lagi !!! WAJIB !

Pimpinan UMNO BN tak layak lagi untuk kemudikan negara ini. Saya merayu semua pengikut dan penyokong UMNO BN yang masih ada agar memahami betapa parti ini tidak lagi boleh diharapkan untuk membawa Malaysia ke tahap yang kita semua harapkan.

Jangan biarkan penyamun2 negara terus "sebat" khazanah negara ! Lakukan perubahan pada GE 13 nanti !!! Pastikan bapak2 penyamun diadili nanti ! Sama2 kita lighat kebenarannya.

Anonymous said...

Debat ini sebagai SPECIMEN untuk lebih banyak discouse atau wacana atau debat antara idealist samada dari independent, kerajaan, pembangkang atau dari ahli akademik. Kita perlu tukar cara fikir dan cara bertindak - tidak semua dasar PR atau BN sempurna. Jika dasar2 ini tidak di debatkan (di uli dan di adun) tidak mungkin akan mendapat roti (untuk rakyat) yang terbaik rasanya dan harganya.

Saya turut mencadaangkan Sdr yang saya Hurmati Aspan berdepat dengan KJ atau mana2 yang setaraf dengannya.

Tajuk yang sesuai boleh sama kita cadangkan

RAR

Anonymous said...

Uncle Aspan,

Saya dilahirkan di Senawang dikalangan keluarga yang merupakan ahli UMNO sejak lama dulu. Ayah saya terutamanya komited terhadap parti ini.

Bagaimana kebelakangan ini keluarga kami terutama ayah kelihatan mula merungut tentang parti yang dia sokong selama ini. Kata ayah pemimpin UMNO sudah tidak seperti dulu lagi. Paling kecewa kerana akhir2 ini parti kesayangan kami dilihat makin melampau. Ayah mahu pun anggota keluarga amat merasa kecewa terhadap cara dan tindakan pimpinan dan parti UMNO menangani seteru politik iaitu PR. Pemimpin UMNO kini kami lihat telah mengguna pakai undang2 rimba dan seolah2 merestui tindakan ala samseng yang dilakukan terhadap banyak program2 parti pembangkang. Malah kami tidak pernah melihat perkara yang sama dilakukan oleh PR.

Saya sangat tertekan, kecewa dan merasa dipermainkan pemimpin UMNO. Saya juga merasa begitu stress dan rendah diri bila bersama kawan2 yang mula mempersoalkan tentang keidak beranian pemimpin UMNO terutamanya Dato Sri Najib utk bersemuka dengan pimpinan PR dalam majlis debat yang lebih ilmiah. Saya merasa terhina dan diperli oleh kawan2 yang kini semakin ramai berhijrah ke parti pembangkang.

Saya dan keluarga sayangkan parti UMNO selama ini tetapi pimpinan parti yang ada hari ini tidak lagi seperti dulu. Tingkah dan cara mereka uruskan negara dan berhadapan dengan rakyat mahu pun parti lawan sangat tidak bertamadun. Kami yakin bahawa harapan kami terhadap UMNO sudah pun berakhir. Insyallah buat pertama kalinya dalam hidup kami sekeluarga..kami akan beri sokongan pada PR dalam pilihanraya ke 13 esok. Tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan dari sebuah parti yang telah mula lupa daratan.

Dari penyokong kecewa
Senawang, N9.

Anonymous said...

This is not about being racist dont take chances if we do not know what the future is.

We maybe six feet under shortly after PRU13 or before PRU14. Think of our future generation i.e. you kids and grandkids. It is better to be a friend to a devil that you know rather than an angel that who do not know.

If we say that UMNO is corrupt, why not work within the party to clean it up.

History has proven that: those who gained power from others will be more corrupt just to stay in power.

"Kenapa Orang Melayu Jadi Ayam Sabung, Menang Sorak Kampung Tergadai."

Fikirkanlah!!!

Anonymous said...

Salam AA,

Budaya orang Cina ialah mereka berbalah tetapi bila datang soal kepentingan bersama seperti soal budaya dan perniagaan mereka akan bersatu.

Tindakan CSL menghentam DAP dan PR dalam soal hudud sebenarnya memberikan kelebihan kpd PR kerana secara tidak langsung org menyampah dgn UMNO yang menjadi BIG Brother kpd MCA.

Secara keseluruhan maruah BN sudah tercemar.

Jangan hentam teruk2 CSL dan MCA sebaliknya kita harus berterima kasih kerana kerosakan BN berlaku dari dalam.

Dan pada waktu yang sesuai mana tahu MCA akan meninggalkan kapal BN yang hampir karam bagi menyelamatkan budaya dan pernigaan yang saya sebutkan di perenggan pertama di atas.

Mudah2an ramalan saya akan menjadi kenyataan.

Surrogate

Anonymous said...

dey burong merbok... lebih baik lu tukar brand dr burong merbok ke burong gagak. peliwat itu parti kamu yg fitnah...hubungan dgn israel parti kamu juga yg fitnah. ada akal ke lu? ada kefahaman agama tak lu? kalau takder pegi kaji al-quran dan sekadar baca shj. samjey???

burung murai

Anonymous said...

Proud to be a Malaysian? Years ago I was proud to be one. Until recent years when racist politicians/officials ruined our unity by having more racist policy that are not written in black and white. Dengan perkembangan arah politik yang baru, saya berharap suatu hari nanti, apabila rakyat kita berada di luar negara, mereka boleh memberitahu rakan rakan mereka bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara yang bersikap adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira bangsa and agama.
Mungkin...in the near future..saya berharap..

Anonymous said...

Anon Feb 20, 20:50
Honestly it is much easier to be patriotic as Malaysian, to enjoy camaraderie with Malaysians regardless of race and religion abroad.
In rhetorics, as Malaysians in abroad, with expertise, the foreign bosses treat us far better, recognize talents minus all the politicking,
kow-tow to this dato that datin in the dept, to who and whatnot, doing jobs meant for the office boys !

saya begitu stifled with all the bigotry, racism, status conscious in this nation since the previous few years ..... at times the insanity
drives me wanting to buy a one way ticket out ... these are certainly not leaders with integrity that they could charge
by asking Malaysians abroad what have we done for the country !! our ancestors did just that, so what have the
ruling leaders done for the people regardless of race and religion through the decades ?

Anonymous said...

DAP dan MCA jelas mewakiliki kaum Cina.Saya kira sdr Aspan tidak sepatutnya berada disana.DAP tidak Akan memperjuangkan Islam apa lagi menerima negara Islam.Orang Melayu harus jauhkan diri dari DAP.Apa yang LGE telah buat untuk orang Melayu di Penang ? Saya selesa dengan power sharing dalam BN.

Anonymous said...

Anonymous said...

Anom "DAP dan MCA jelas mewakiliki kaum Cina.Saya kira sdr Aspan tidak sepatutnya berada disana.DAP tidak Akan memperjuangkan Islam apa lagi menerima negara Islam.Orang Melayu harus jauhkan diri dari DAP.Apa yang LGE telah buat untuk orang Melayu di Penang ? Saya selesa dengan power sharing dalam BN.
22 February 2012 22:54:00 GMT+08:00
PAKATAN & LGE memerintah Penang dengan elok, baik dan bersih. Jauh lebih bersih dari Gerakan/UMNO memerintah! Begitu juga di Pakatan di Kedah...jauh-jauh-jauh...lebih baik...bersyukur kami dapat peminpin yang cerdik dan bijak dan utamakan rakyat mcm Ustaz Azizan & LGE. Zaman UMNO hasil balak 3juta je...bila Pakatan perintah dapat 85juta...jumlah kawasan sama. Syarikat2 kerajaan negeri buat keuntungan...Masa UMNO manjang rugi...tu baru skit cerita kebaikan Negeri Pakatan...Negeri UMNO perintah ni asyik cerita pasa hutang, rugi..skandal..x habis..Satu pangkah lagi utk Pakatan

UMNO Member said...

Assalam Alaikum.

On 19 February 2012 19:01:00 GMT+08:00
shahid said...

"UMNO and MCA leaders should be arrested and put behind bars for being racist."

first define "racist" as there are many definitions. According to the laws of Socialism, established by Soviet leader Iosef Stalin and Venezuelan leader Hugo Chavez "a race is defined as any community irrespective whether it is based on skin colour, birth, sex, language, and religion"

Thus Soviet leader Stalin declared Muslim supremacy as racism as Muslim supremacist advocates "supremacy of the Muslim race and inferiority of the non Muslim race" where Muslims are the spiritual Whites and non Muslims are the spiritual Blacks.

Also, take Turkey's founder Mustafa Kamal AttaTurk who declared that "any citizen who advocates Muslim supremacy shall be deemed racist and banned from forming political parties"

"Both parties are the real pest to all Malaysians."

No, they are not pests to Malaysian citizens especially me, who admire Turkey's founding father Mustafa Kamal AttaTurk who declared Seperation between Islam and the State modeled after Italy's Seperation between the Church and the State.

"Let's legislate laws to prohibit anyone talking about racial sentiments from now on."

Why do we need to waste time of the members of parliament (MPs) to legistate laws which suppress freedom of speech of the Malay-majority? Besides, we have plenty of laws such as the Internal Security Act (ISA), and the Seditions Act.

"What say you, all Parliamentarians??"

I doubt ANY wakil rakyat reads this blog, so, if you really want all our 222 members of parliament to answer your question, please send a fax to them and tell them you need a response urgently.

Anonymous said...

19 Feb 2012 19:01, your definitions of racism, ha ha ha comes to nought, heard all these craps in conventions, but without solutions to critical problems !!! yawn ....

Anonymous said...

19 Feb 2012 19:01
freedom of speech of the Malay -majority? !!! Besides, we have plenty of laws such as the Internal Security Act (ISA), and the Seditions Act ! Laws of the Firauns - kaput - tong najis !!! True democracy ? Less than two decades instant Msian citizens of Indons apply the same law to the Malay majority ! Reap what you sow !