08 February 2012

Hanya Mahathir saja tahu bila pilihanraya! Tuhan pun belum tahu lagi - Samy

“Bila pilihanraya?” Itulah soalan yang kita dapati apabila kita bertemu sesiapa di mana-mana. Itu merupakan soalan cupu mas dan tidak ada siapa boleh menjawabnya. Hanya PM sahaja yang tahu bila pilihanraya akan di adakan. Di negara ini hanya PM yang akan menentukannya, tidak ada siapa yang lain, tetapi PM tentulah ada penasihatnya yang akan memberikan tarikh yang dianggap terbaik untuk mengadakan pilihanraya itu.

Keadaan ini biasa berlaku apabila menghampiri pilihanraya. Apabila terlalu ramai yang bertanya bila pilihanraya akan diadakan, saya teringat kepada satu ‘joke’ pilihanraya yang dikaitkan dengan Samy Velu semasa Dr Mahathir menjadi PM negara ini. Samy Velu merupakan seorang pemimpin BN yang sangat popular dan beliau banyak dikaitkan dengan banyak jenaka yang sangat menggelikan hati apabila mendengarnya. Hari ini saya hendak tulis salah satu dari jenaka yang berkaitan dengan Samy Velu.

Mengikut cerita jenaka itu, ia berbunyi begini;

Samy Velu, Presiden MIC semasa berucap kepada ramai ahli-ahli MIC, telah mengambil kesempatan menjawab persoalan, bila pilihanraya umum akan diadakan. Dr Mahathir semasa itu menjadi PM telah membuatkan rakyat tertanya-tanya bila tarikh pilihanraya yang tepat. Samy Velu sebenarnya pun tidak tahu hendak menjawabnya kerana beliau mengaku yang beliau sendiri tidak tahu kerana itu merupakan hak PM untuk menentukannya.

Jadi, dalam satu majlis Samy telah menjawab pertanyaan itu dengan berkata, “Tuan-tuan dan puan-puan, tidak ada siapa yang tahu bila tarikh pilihanraya yang sebenarnya. Yang penting kita mesti bekerja kuat untuk mempastikan yang kita sentiasa bersedia apabila pilihanraya diadakan. Kita jangan tanya bila pilihanraya itu akan diadakan tetapi kita mesti bersiap sedia. Hanya Dr Mahathir saja yang tahu bila pilihanraya akan dipanggil. Hanya PM saja yang tahu! TUHAN pun belum tahu lagi!”…..disambut dengan gelak ketawa dari hadirin.

Itu sahaja cerita pendek saya. Kadang-kadang menulis cerita jenaka seperti ini boleh meringankan pemikiran kita.

Just treat this as a joke if it sounds like one.

Terima kasih.

12 comments:

mr edz said...

bila Pilihan raya? itu kena tanya rosmah..

Anonymous said...

hahahaha yaaaa betolllllllllllll.

Quiet Despair said...

Heehee, saya suka ni Tuan Aspan. Light and easy on the ears. Tak berserabut kepala nak berfikir.
Memangpun Samy anggap Tun M, Saminya. Yes sir all the time.
Sekarang pergi mana-mana sibuk orang bercakap GE 11 Mac. Parlimen dibubarkan 17 February.
Saya rasa tak. Mungkin Mei selepas soal masalah gaji kakitangan awam diselesaikan.
Dah bersedia nak jadi calon ke?

jiwa-jiwa said...

Heeeee, sedap juga dengar jenaka sesekali boss.

Nice joke...

zainal zain said...

Tuan,
Dimana Samy Velu sekarang ini? Saya tak nampak pun dia dalam TV semasa perayaan Thaipusam di Ipoh semalam?

Saya nampak sepupunya Zamri Kader, tetapi Samy tak nampak pula.

Masih sihat ke dia?

Sekadar nak bertanya saja.

Anonymous said...

cheeerrss dude !!
no worry wat the date may b / go to the polling station n just dip ur finger / simple !!! me no party people - me from the union of ATAS PAGAR PEEPS !!!
cheerrsssss!!!

Quiet Despair said...

Ada kat Batu Caves semalam. Pergi mengampu Najib lah. Hahaha.
Buat apa kat Ipoh pulak. Cukuplah cousin Black Metallic ada.
Tak tengok ke bagi bunga besar kat Najib. Sampai Aunty Rosie yang makmokpun tenggelam nampak.
Kalau pasal membodek, kasilah kat MIC.

Anonymous said...

Mr Ez,

Lazimnya memang PM yang buat keputusan bila tarikh {ilihanraya. Dalam kes ini, ada yg lebih berkuasa dari PM... anda betui Mr Ez

Anonymous said...

salam tuan
bercakap pasal tuhan..memang mahathir berlagak mcm tuhan..bila jadi PM sahaja..kita masih ingat dia tukar waktu sabah dan sarawak..dia boleh adjust 1/2 jam tu..samyvel cakap ada makna tu..jangan main2 dia boleh adjust MASA tu..lepas tu dia suruh kita pandang ke timur bukan ke barat..dia boleh adjust garisan dunia pulak..woww..memang puaka si mahathir ni..jadi kesimpulannya tarikh pilihanraya..mahathir yang akan tentukan bukan najib atau rosmah..puaka rosmah tak boleh lawan puaka mahathir..hebat orang melayu ni..

Anonymous said...

now i know where madey get the name of mahafiraun..hahaha..

org seperti samy nih hanya tahu mengampu...xamou xmasyuuukkk...

ape kabar samy skrg?kes anak da selesai ka?

Anonymous said...

Semua tunggu pilihanraya Satu Tiga
Berlumba-lumba nak jadi "winnable figure"
Jangan tanya PM Najib bila nak mula
Bos dia masih syiok berbelanja serata dunia

Inilah nasib bumi Malaysia
Siapa yang duga tinggal saja nama
Dulu bergaul ramah mesra
Yang nak naik taktha Rosmah namanya

MAHApenipu said...

Samy no-Value masih lagi berada disalah satu gua di Batu Caves dan baru shj hantar SMS kpd Shari, saudaranya yg ada bau2 tahi lembu mengatakan:

"Besarnya kemaluan awak hari2 diserang lembu".