Kerajaan patut membatalkan niat untuk meneruskan pembangunan pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Advance Material Plant (Lamp), di Gebeng, Kuantan. Pemberhentian kerja pembinaan ini sepatutnya menjadi isu yang paling besar yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Ini merupakan fokus rakyat dan secara keseluruhannya rakyat mahukan kilang pemprosesan nadir bumi di tutup serta merta.
Kerajaan patut merasakan denyut jantung rakyat dan tidak boleh mengambil ringan terhadap isu ini semata-mata kerana kepentingan beberapa orang yang berpengaruh di negara ini atau di Pahang khususnya. Biarlah berpuluh billion pun pendapatan yang di katakan akan diperolehi oleh negara, tolaklah operasi kilang pemprosesan nadir bumi ini. Carilah jalan atau perniagaan yang lain untuk dibina di Pahang ini bagi membangunkan negeri itu. Biarlah pembangunan sesebuah negeri itu tidak di cemari dengan bahaya pencemaran yang sangat merbahaya ini.
Nadir bumi yang dibawa masuk dari Australia ini membawa banyak persoalan yang mudah mendapat jawapannya. Kita tidak tahu apa sebenarnya penyebab yang kerajaan berkeras untuk meneruskan usaha pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi ini. Apabila nadir bumi dibawa masuk ke negara ini, sedangkan Australia yang mempunyai negara yang sangat besar itu mempunyai 2/3 keluasan bumi mereka yang tidak boleh didiami itu tidak mahu membina kilang pemprosesan nadir buminya sendiri.
Kalau Australia yang mengeluarkan nadir bumi itu tidak sanggup untuk membina kilang pemprosesan itu, kenapa negara kita yang sekecil ini sanggup menerima ‘export’ barangan merbahaya ini ke negara kita? Jika Lynas Australia mengatakan yang kilang itu selamat dan tidak akan mengeluarkan radiasi diudara kita, kenapa mereka mahukan dan berkeras untuk membinanya di Kuantan? Kenapa sanggup berbelanja berbillion-billion ringgit untuk mengeksportnya ke Kuantan dan menyebabkan rakyat kita keluh resah dengan kehadiran kilang ini di Gebeng?
Saya difahamkan yang tidak ada sebuah negara Afrika pun yang sanggup menerima nadir bumi dari Australia ini kerana mereka tahu dalam jangkamasa panjang ia akan merbahayakan kehidupan rakyat mereka. Dalam ratusan buah negara yang berkerajaan di dunia ini tidak ada negara yang mahukan kilang pemprosesan nadir bumi ini di bawa masuk ke negara mereka. Kenapa pula kita yang bersedia menerimanya? Banyak pendapat yang saya dengar kenapa kerajaan kita sanggup menerima dan membina kilang pemprosesannya di sini. Diantaranya ada pihak yang telah menerima wang besar untuk memudahkan Lynas membina kilang ini.
Kalau ini sebabnya maka ia lagi satu bukti yang rasuah itu boleh menjadikan pemimpin kita hilang pertimbangan dan akan melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral asalkan sahaja mendapat wang yang berkepul-kepul. Sekarang ini kita masih beruntung kerana ada pihak yang sedar dan insaf dan memberikan kesanggupan untuk mengadakan ‘rally’ membantah pembinanaan kilang itu.
Ia menunjukkan aspirasi rakyat yang sebenarnya dan jika kilang ini masih juga di teruskan maka rakyatlah yang akan membuat perhitungan kali ini. Rakyat sedar mereka adalah dari gulungan bawahan dan tidak ada mana-mana lagi negara tempat mereka berlindung. Tidak seperti mereka yang telah menerima wang brkepul-kepul tadi, mereka boleh mencari negara dan tempat lain untuk hidup senang lenang pada masa-masa yang akan datang.
Kita berharap pemimpin-pemimpin yang berkuasa supaya berkorbanlah kali ini untuk rakyat. Jika ada yang telah menerima wang sogokan, pulangkanlah balik kepada empunyanya dan hentikanlah kilang ini. Janganlah berniaga di atas perasaan rakyat. Hormatilah pandangan rakyat kali ini. Kalau selama ini tidak ada perasaan terhadap keresahan rakyat, kali ini belajar-belajarlah untuk berbuat baik kepada rakyat yang sedang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi ini.
Hormatilah semangat demokrasi kita. Hentikanlah sikap angkuh dan sombong itu sehinggakan tidak mempedulikan perasaan rakyat khususnya disekitar kilang serta daerah-daerah yang bersekitaran kilang ini.
Pergi tanya kepada mereka di Australia itu, jika benar kilang ini selamat kenapa tidak bina sahaja di Negara mereka yang luas itu, yang siap dengan padang pasir yang hampir memakan keluasan 50 peratus dari keluasan negara itu? Kenapa pilih Gebeng? kenapa pilih Malaysia? Mentang-mentanglah di negara ini senang untuk berunding asalkan ada ‘fulus’ janganlah ambil kesempatan di atas kelemahan pemimpin kami di sini.
Himpunan Hijau yang diadakan semalam di Kuantan itu merupakan kemuncak dari rungutan rakyat yang tidak diberikan perhatian oleh pemimpin dan parti yang memerintah. Sekalung tahniah kepada YB Fauziah Salleh, ahli parlimen Kuantan yang telah tidak berhenti-henti memperjuangkan nasib masa depan rakyat Kuantan dan sekitarnya sejak tindakan Lynas ini membina kilang pemprosesan nadir bumi ini diluluskan oleh kerajaan ini.
Semoga YB mendapat hidayah dan sentiasa berada didalam perlindungan Tuhan Maha Esa. YB mesti faham, diakhir zaman ini amat payah untuk memperjuangkan kebaikan. Laluilah kesusahan ini dengan tenang. Hanya kesabaran sahaja yang akan membuahkan kejayaan untuk mempastikan keselesaan dan kesihatan rakyat dan generasi yang akan datang tidak dikorbankan oleh gulungan kapitalis yang tidak berperikemanusiaan ini.
Jika rakyat tidak mahu generasi kita menghadapi risiko yang amat merbahaya ini, hanya satu jalan sahaja untuk mempastikan kilang pemprosesan nadir bumi ini dihentikan, iaitu dengan menolak parti yang menganjurkan projek ini pada pilihanraya yang akan datang.
56 comments:
Orang malaysia memang slow dan gentle... orang cakap bahaya .... tak percaya pulak... hari hari mahu tunggu sampai melapetaka menimpa baru nak fikir jalan penyelesaian...kerja kerja loji radioaktif nuclear dan radioaktif memerlukan orang yang kuat displin and etika tinggi... semangat bangsa malaysia hari hari gelak sini sana dan tidak apa attitude akan menyebabkan kecuaian..
malaysia bukannya besar sangat.. jika radioaktif leakages berlaku.. semenanjung malaysia sini akan siap siap dicemari... yang sedihnya setiap berita kesilapan dan kecuaian akan ditutup... hai~~ betapa sedihnya rakyat malaysia ini~~
Kalaulah BN tidak ditumbangkan diKuantan pada tahun 2008, dah selamat BN. FULUS dah masuk, kerja pun senang.Apa yang berlaku selepas, itu di tanggong Rakyat Kuantan. MB bolih buat Istana Besar di Janda Baik, dan punca pendapatan datang dari GENTING.
Tuan Aspan,
Saya kira tuan sebagai arts graduate dan pengetahuan sain juga mungkin terhad tidak harus mempolitikkan isu Lyanas ini saolah Lyanas adalah Nucklear Plant.Isu Lyanas di Pahang tidak ada apa salahnya pun dan telah di buktikan pakar adalah SELAMAT.Kalau tuan sempat ke Houston,Amerika Syarikat tuan akan dapat menyaksikan berbatu batu Petrochemical plant yang besar besar lebih dari Lyanas. Kalau tuan ke kerteh dan Gebang di waktu malam tuan dapat melihat kilang kilang yang diterangi lampu lampu dan ini hanya mungkin 2% sahaja dibandingkan di Houston.
"Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lyanas yang dibangkitkan perwakilan.Saya minta isu ini di rujuk kepada pakar.Kita ada pakar nuclear,Dr Rosli Che Mat,yang juga ahli parlimen Hulu langat.Dia ada ijazah Doktor Falsafah(PhD) dalkam bidang nuclear."
Kata Abd Hadi Awang ,Presiden Pas.
Lyanas membuka peluang pekerjaan bagi penduduk Kuantan dan Pahang khasnya.Salam.
Tuan Aspan,
Pakatan Rakyat sudah dilihat tewas dengan pandangan YB pakar nuklear dari PAS ini. Ucapan Presiden PAS pada muktamar PAS tahun lalu yg mencadangkan agar hal ini diserahkan pada YB nuklear telah menenggelamkan kredibiliti bantahan ini. Inilah masalah Pakatan Rakyat, isu dah betul tetapi sentiasa akhirnya di rosakkan oleh ketidaksefahaman sesama sendiri. Tolonglah berhenti dari beri bola tanggung, kasihan melihat pejuang2 tulen yg asyik2 kena bersihkan daki2 pemimpin yg kurang menggunakan akal.
Betoi bebenor cakap Ibni Ismail. Tokoh Pas yang juga nuclear engineer dah verify it is safe.
Beliau bersama pakar antarabangsa IAEA dan juga our environmental experts concur the plant is safe.
Dan kita orang Pahang dah tentu percaya cakap PM kita yang menegaskan memang selamat. Diapun selalu balik kampung. Takkanlah dia nak memudaratkan keselamatan dia.
Mula-mula sedara mara saya yang ramai di Kuantan naklah juga tinjau-tinjau Himpunan tu.
Tapi bila dengar je Anwar Ibrahim datang terus tak jadi. Dahlah tu Mr Tukar Tiub yang uncouth jadi pengacara.
Baik dema semua pergi jalan-jalan, makan-makan seafood kat Teluk Cempadak, Cherating atau Tanjung Lumpur.
Yalah, apa ke hainya orang politik dan Achi Ambiga masuk campur dalam himpunan Bersih yang nampaknya bersih, suci dan murni.
Si Fauziah tu. Dah berbuih pakar alam sekitar bawak dia dengar penerangan tentang selamatnya Lynas.
Yalah itu modal politiknya yang mungkin kecundang.
Terima kasihlah ya kerana datang menjayakan demo tourism Kuantan seperti yang dicakap oleh our MB.
Kesian juga tengok cuma 3,000 orang sahaja datang daripada 20,000 yang dihebohkan.
Lain kali janganlah libatkan pemimpin politik kalau nak tarik orang ramai.
Yang lakunya ialah jualan burger, nasi campur, nasi lemak semalam.
Yang datang ke demo itu cuma orang luar which contributed to the jam in town.
Salam AA,
Ingat lagi kes Bukit Merah dekat 30 thn dulu?
Radiasi thorium sejenis bahan buangan radioaktif telah menyebabkan banyak kes kecacatan bayi baru lahir dan juga leukimia.
Pemerintah tak mau belajar ke atau memang ada udang disebalik batu?
Kalau beriya2 hendak bina di Gebeng memanglah ada lembu2 UMNO yang kekenyangan iabarat pepatah Inggeris:
"Laughing all the way to the bank"
Laknatullah.
Surrogate
rasanya bukan bahan nadir bumi dari australia yang akan diproses di gebeng ni tapi nadir bumi kepunyaan m'sia kot yang diproses.. manalah tau, m'sia kan banyak hasil bumi. pemimpim bn boleh le makan besor....
Inilah mentaliti pemipin2 dunia ketiga.Yg mereka fikir hanyalah duit,duit,duit.Langsung tiada perasaan tanggungjawab terhadap generasi akan dtg.Memang dah terbalek chord,rakyat pula yg pening kepala memikirkan keselamatan penduduk.
Apa yg terjadi diJepun tidak langsung menjadi iktibar kpd pihak berkuasa.Takkanlah nak memperjudikan nyawa rakyat M'sia atas nama pelaburan asing.
Sudah sampai masanya rakyat menolak BN diPRU akan dtg kerana majoriti pemimpin2 BN tidak lagi waras kerana dijangkiti virus2 duit.
Penny wise pound foolish.Short term profit but long term of suffering for the next generation.In the long run,not only the rakyat are at risk but our natural environment will also be polluted.Those BNs'leaders responsible for this Lynas project are all dead when the problem arise in the future.Do they care?
What is happening to this country?Not only robbing the country to the bone but BNs' leaders are also making it not a safe place to live.It looks like the country is runs by idiots.
The only solution to all the miseries they've created for the rakyat is to kick them out of Putrajaya and put them in the history bin.Not even fit to be recycled.
Pelik dengan kesungguhan mereka untuk membina Lynas dengan segala janji2 yang mesra alam..tapi lagi pelik sangat sebab persekitaran gebeng dan pelabuhan kuantan sedang tercemar teruk dengan aktiviti pemunggahan iron ore nya....yang ader pun x dapat di bela apalagi dengan Lynas nie...
Sdr Aspan,
Negara Australia yang buminya begitu luas dan mempunyai tanah lapang yang berganda besar dari Malaysia sendiri, pun kerajaan mereka tidak bersedia membina kilang berkenaan di sana kerana menyedari kesan negatif dari projek ini.
Patut la..kejap2 terbang ke Australia, kejap2 shopping di sana, rupa2nya "intim" betul pemimpin No 1 negara Malaysia ini dengan pihak di sana. Tak ada sebab pemimpin parti penyangak ini akan terima projek yang beresiko begini kalau bukan ada sesuatu disebaliknya.
Entah ke jadah apa kerajaan Malaysia dan pimpinan UMNO BN yang menerajui negara yang jauh lebih kecil dari Australia dan terbatas muka buminya ini...sanggup pula menjadi barua kepada syarikat berpengkalan di Australia itu. Dajal apa yang mempengaruhi pimpinan negara ini membenarkan Lynas didirikan di Malaysia.
Anak Tun Razak satu ni memang jenis tak sedar diri dan melampau2. Dari mula malaon ini menjadi YB menggantikan bapanya..saya rasa banyak yang tak kena dengan makhluk ini. Skandal tak berkesudahan dari zaman belum menjadi laki Rosmah, selepas menikah sampai lah selepas terkojolnya Altantuya...musibah dibawa malaon ini tak sudah2.
Kepada siapa yang bersetuju dengan [embinaan kilang Lynas ini, sia jawab persoalan yang di tanya oleh AA; iaitu kenapa Lynas Australia berbelanja berbillion ringgit untuk memindahkan nadir bumi ini ke Kuantan? Jangan lari dari tajuk!
Saya setuju dengan cadangan Mintal>fikir secara pas, present and future, keadaan yang kemungkinan berlaku.Ada keh bebaloi untuk generasi akan datang.
Negara Jepun yang terkenal dengan "quality control" juga tersalah tafsir sistem nuklearnya. Sekali Tsunami, mudarat pencemaran nulkearnya akan berkekalan berabad-abad lamanya. Di Bukit Merah, kesan radioaktifnya menyebabkan ramai bayi dilahirkan cacat dan ramai yang menghidap leukemia. Bukankah dua contoh ini sudah cukup menggerunkan kita akan potensi bahaya Lynas? Para penyokong projek ini disaran pindah rumah dan duduk kat sana. Banyak peluang pekerjaan, gaji tinggi, hidup mewah....
As Salam Tuan AA.
Kepada penyokong tegar Lynas, sila pergi berbekam untuk keluarkan sebahagian darah kotor dan budu (yang tak boleh menerima kebenaran) di kepala kamu semua tu. Banyakkan membaca dan menerima pelbagai pandangan serta berdoa kepada Allah supaya otak kamu cair sedikit dan tidak tergolong di dalam kalangan makhluk yang terlalu jahil dan bodoh tegar.
1) Dr Rosli Che Mat ni bukankah panel (IAEA) yang meluluskan projek hak milik Mitsubishi di Bukit Merah suatu masa dahulu?
2) Adakah malaon ni pakar dalam pengendalian pelupusan sisa-sisa dan keselamatan radioaktif?
3) Negara ini amat longgar darihal keselamatan kerana rasuahnya yang terlalu tinggi. Kalau stadium runtuh tidak mengapa lagi, tapi kalau kesan radioaktif ini akan memakan masa beribu tahun untuk memulihkannya.
4) Setakat menyediakan peluang pekerjaan kepada 350 org dan akan membinasakan 350,000 org apalah faedahnya?
5) Hanya satu kebaikkannya ialah, pemanasan hasil dari kebocoran sisa radioaktif itu nanti akan dapat mencairkan otak kamu (penyokong Lynas) yang terlalu beku dan pejal tu...
Pada mulanya semua selamat. Seperti Loji Nuclear di Jepun. Pasti di awal pembinaan, kerajaan Jepun telah memaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil langkah langkah yang maksimum termasuk merujuk pada pakar pakar bagi memastikan pembinaan Loji Nuclear adalah selamat. Bila terjadi 'leakage' akibat gempa bumi tempoh hari, haru biru kerajaan Jepun. Lambat ambil tindakan kerana tak tahu nak buat apa. Rakyat Jepun marah kerana kerajaan lambat ambil tindakan. Bagaimanalah nasib rakyat Jepun yang tinggal di kawasan berdekatan akibat terhidu gas nuclear yang bocor itu.....
Bagaimana pula kalau terjadi kebocoran pada Loji Lynas akibat 'maintenance' yang tidak effektif dalam masa sepuluh tahun akan datang ?
Nasibkaulah orang Lynas. Siapa suruh pilih BN. Sekarang terimalah akibatnya.
QD,
Sila jawab kenapa Lynas tak bina di Australia kalau kilang tu betul2 selamat tp pindah di Gebeng Kuantan.
Apasal bengap sangat! Sebab utama lynas buka kilang kat Malaysia ialah kos lebih murah. Kalau kat Malaysia kos 1 bilion, maka kat Australia berganda billionnya. Itulah namanya foreign investment.
yg lebih pelik ialah pelepasan cukai selama 12 tahun kalau tak silap saya. betul-betul macam ada udang disebalik mee jer. tapi bila memikirkan ini adalah dibawah kerajaan bn memanglah tidak pelik langsung.
Kpd anon.19:56:00
Asian Rare Earth di Bukit Merah,Perak juga bukan Nucklear Plant, tengok apa sudah terjadi kepada mereka yang tercemar bahan radioactive? penderitaan yang tidak habis habis.
Walau pemimpin and pakar kerajaan telah mengatakan ia tidak bahaya, tetapi ada juga banyak pakar yang mengatakan ia sangat bahaya.
Saperti kata AA, jika ianya tidak bahaya, kenapa nak belanja berjuta-juta ringgit untuk membina kilang ini di Malaysia, dan bukan di Australia, tempat asal bahan mentah rare earth? Senang di fahami bukan ?
Kita rakyat biasa yang tidak boleh berpindah ke tempat atau negara lain dengan senang, terpaksa menanggung risiko ini hanya kerajaan yang tidak ambil berat tentang kebajikan rakyatnya sendiri, dan hanya pentingkan capitalis dari negara asing.
Salam,
Kenapa la ngong sangat penyokong umno ni. LYNAS bukan bermotif politik, tapi isu keselamatan rakyat teramai. Tapi, ada juga hikmahnya isu LYNAS ni. Kita boleh lihat di sini bahawa penyokong Umno akan menyokong apa saja yang pemimpin mereka buat tanpa pedulikan betul atau salah.
Betul, kilang tu selamat. Dibina ikut speks dan ambil kira tentang alam sekitar. Tetapi, yang dibantah ni sebab kemungkinan yang boleh terjadi akibat dari pembinaannya. Pada masa tu cakap pun tak guna dah. Cuba bayangkan suatu ketika nanti berlaku kebocoran, nak cakap selamat lagi ke? ambil2 lah iktibar dari isu Bukit Merah.
QD,
View the following N please honously tell us again was it only 3000 participants in the recent Perhimpunan Hijau 2.0????
http://www.youtube.com/watch?v=_k0Vdc5H71s&feature=player_embedded
Saudara AA,
Australia is 50 times much bigger than Malaysia. If it is that safe indeed, just build that damned plant in the land of OZ. It is plain simple, isn't it?
penyokong2 lynas ni dah macam lembu2NFC....yg depa kata tak bahaya tu masa tak jadi apa2...yg depa pegi test masa kilang tak operate lagi mmg la bacaannya tak berbahaya....yg kita tak nak kalau dah jadi macam kat jepun sana...satu sen pun tak guna...lembu2ni boleh jamin ke...bende2ni takkan terjadi....sedangkan bencana yg kecik2 pun payah nk control...nikan pulak radioaktif...mmg la bukan nuklear plant....tapi kalu dah radioaktif....kut mana pun tetap bahaya....kalu tak pd kita...pd anak cucu kita...
bertrilion duit dibawa lari keluar negara, tak hairanlah kenapa pemimpin2 UMNO ni bermatian sokong LYNAS, kerna simpanan mereka di luar negara sudah teramat cukup utk mereka cabut lari dari M'sia bilamana berlaku kebocoran radioaktif.
tetapi harus di ingat, sejauh mana, sampai ceruk mana sekalipun penyangak2 ini lari, Allah maha mengetahui. Mereka tak dpt lari dari kemurkaan Allah atas segala penindasan2 yg mereka lakukan keatas rakyat marhaen spt kami.
salam perjuangan,
faizal
USJ 16
tuan2 dan puan sekalian..
saya anak muda...dan saya SANGAT SAYANG negara saya...dan saya berfikir akan masa depan saya serta anak cucu cicit saya....jika satu hari nanti anda yang berumur ini sudah dijemput ILAHI...dan pada masa sama bencana meredah bumi...siapakah yang akan saya cari bagi meletakkan t/jawab setiap kemusnahan di bumi bertuah ini?
adakah mayat2 yg sudah mereput boleh mengelokkan kecacatan pada anak cucu saya?tidak...tidak sama sekali...adakah najib atau ahli PAS atau IAEA yg pakar itu boleh menjamin 100% keselamatan anak cucu kami kelak?tidak..dan tidak sama sekali..
maka preventive action must be done..n better than cure..!
Nadir bumi terdiri daripada elemen lelemen yang mengeluarkan kesan radioaktif...Banyak air diperlukan untuk memperoses, ke air ini nak pergi, air ini tidak boleh dibersihkan semula, jawapannya ialah resap semula ke bumi...Akibatnya sumber air tercemar, rantaian makanan terjejas..Mari kita hantar menteri menteri semula ke pangkuan persekolahan... Biar kita ajar menteri yang kurang terdidik dan kurang bertamadun ini supaya budaya samseng tidak wujud dan tahu bahaya nadir bumi kepada manusia.
Tuan Aspan,
Pada tahun 2010, Pengeluaran Nadir bumi dunia ialah 97% dari china, 2% india, Brazil 0.42% dan Malaysia 0.27%. China mempunyai simpanan 55 miliions metric tons, US sendiri mempunyai simpanan 13 miliions metric tons, yang peliknya ialah US sendiri tidak menghasilkan nadir bumi untuk digunakan sendiri. Semuanya import...Sebab apa tidak proses sendiri, dah tentu berkaitan dengan kesan radioaktif dan pencemaran sumber air...Walai Pakar-pakar di Malaysia, kemalangan di bukit merah tidak membuka mata mereka..Di mata mereka hanyalah wang ringgit sahaja...
From Jack Low
Isu Lynas ni bukan isu politik, tak ada kaitan PAS atau UMNO. Tak percaya?
Dr Rosli yang sokong pun dari PAS la lembu. Ape kejadahnya ahli akademik PAS nak sokong BN musuh tradisi mereka?
Jadi, sebagai konklusi:
1) Kerajaan Australia tak dapat buat Lynas kat sana sebab ramai org mereka pro-environment. Kalau boleh, mereka tak nak langsung chemical etc.
Sebabnya mudah, Australia tak perlu perindustrian sebab mereka negara maju dan disokong US juga. Sebab tu negara maju buat segala bentuk 'manufaturing' di China - kos lebih murah dan kurang pencemaran.
2) Malaysia boleh buang semua bentuk industri (termasuk Lynas) sebab sayangkan bumi. Tapi last sekali lembu2 macam korang jugak yang marah sebab tak ada kerja. Ke semua org berminat nak tanam jagung? (Sebab tak nak pencemaran?)
3) Semua bentuk chemical/industri mmg berbahaya (kalau tak dikawal selia), tapi buat masa sekarang kita kena fikir utk survive. Jepun pun buat nuklear walaupun dorg tahu bahaya. Sebabnya mereka tahu semua org jepun gila kuasa elektrik dan mereka perlukan industri utk jana ekonomi.
4) Kalau korang nak betul2 bangkang Lynas dan kemudaratannya, tolong buang TV kat rumah, dashboard kereta, komputer dan sebagainya. Semua tu ada chemical dan bahaya.
5) Dan jangan babitkan hal ni pada mana2 parti. Dr Rosli tu bukannya BN la lembu. Jangan jugak dengar lembu lain yg bercakap 'konon' Lynas ni bahaya. Mereka tu dahla bukan pakar, nak main politik aje. Dorg tak apalah gaji beribu, korang?
Ssaudara Aspan,
Size Australia adalah jauh lebih besar dari Malaysia. kalau tidak bahaya, US dan Australia tidak melombong nadir bumi di tanah air sendiri... US mempunyai simpanan 13 millions metric tons dan Australia 1.6 millions metric tons..
Negara US tidak proses nadir bumi walaupun ada simpanan besar, mereka 100% import...Dah tentu harganya 100% dikawal oleh negara china. Kawasan perlombongan nadir bumi di negara china terdapat di pendalaman mongolia dimana penduduk mengalami pencemaran radioaktif smuber air , rantaian makanan. Ramai yang mendapat kanser...Mungkin ini semua yang diminta oleh golongan kurang terdidik dan kurang bertamadun spt Be End...
Jack Low
Salam Pak Aspan
1.0 Kalau didirikan di Austarlia melepaslah habuan pemimpin UMNO Baru, terutama dari Pahang.
2.0 Inilah sikap pemimpan UMNO Baru yang rasuah, kerana sedikit habuan haram dari dunia ini masa depan rakyat dijudikan
3.0 Untuk penyokong Tegar Mat Salleh Lynas dari Australia.. kalau selamat kenapa Australia menolak cadangan Kilang ini ini di bena di Australia?
sepatutnya kilang lynas di buka di indonesia...lebih dekat dgn australia dan lagi murah kosnya walau pun kedengarannnya bertrilion rupiah...
pakya
Saudara Aspan,
Negara CHina mengeluarkan 130 000 metrics tons setiap tahun, Kalau Lynas berjaya, mereka akan berupaya menghasilkan 40 000 metrics tons setiap tahun.
Kalau dulu China export 97%, tidak lama lagi rekod ini akan dipecah dimana akan berjaya mengekspot 23% nadir bumi dunia. Tahniah Malaysia walaapun simpanan nadir bumi sedikit sahaja(tak sampai satu peratus nadir bumi simpanan dunia)..
Setiap tahun memproses 40 000 metrics tons, banyak air akan digunakan, mampu ke Lynas boleh merawat air proses yang sudah kena radioaktif. Kalau setakat panggil Pusat Atom Malaysia, keputusan dah tentu tidak boleh dipercayai, sebab bekas Pusat Nuklear Malaysia telah menjadi salah satu pengarah syarikat Lynas, panggillah Pakar dari US. Kalau betul pemprosesan nadir bumi tak bahaya, Amerika yang mempunyai 13 millions metrics tone punyai nadir bumi, naper mereka tak lombong dan proses, naper mesti import dari negara china..Wahai semua saudara Malaysia, berfikir sedikit !
Jack Low
Kalau mesti ada kilang nadir bumi baru boleh gunakan Peralatan teknologi masa kini, rasa Australia dengan Amerika dah tak ada orang pakai....
Jangan ingat kita lebih pandai daripada pakar pakar di Amerika...Cuba lihat di Malaysia, apa pun boleh berlaku, isteri bekas hakim pun boleh dapat kontrak berbillions dengan syarat mesti bersubahat..Bekas pakar nuklear pun boleh menjadi pengarah syarikat nadir bumi dengan syarat semua kata okokok....
Di dunia ini, cuma satu negara komunis sahaja yang menjadi pengeluar nadir bumi terbesar di dunia... Russia ada 19 millions metrics tons nadir bumi simpanan dunia. Orang Rusia oun sayang nyawa dan kesihatan mereka, mereka tidak melomnong dan memproses nadir bumi... Tahniah kerajaan Malaysia, berani mempertaruhkan nyawa dan kesihatan orang Malaysia. Syabas !
Jack Low
Jack Low
LYNAS(laknat Yang Nanti Akan Sampai)
kalau gagalkan LYNAS siapa yang akan kena bayar ganti rugi..... kacau.... kacau...kacau
Salam Sdr Aspan,
Saya pernah menyarankan agar kediaman bagi exco neg Pahang dibina di Gebeng atau kawasan berhampiran, DUN baru beserta padang golf 18 lubang juga patut didirikan berhampiran Gebeng.Bagitu juga pusat membelibelah yang terbesar diMalaysia dan ladang lembu terbesar di Pantai timur juga diujudkan disitu,Wajibkan pesta2 dirayakan disekeliling kawasan Gebeng, barulah nampak sesuai dgn kata-kata keselamatan terjamin.
Saya rasa kerajaan Pahang yang ada pada hari ini tentu tidak keberatan untuk menyediakan kawasan dan kemudahan asas. Dengan cara ini juga dapatlah mempercepatkan peagagihan kekayaan kepada puak2 yg tamak dan haloba.
Suatu masa dulu,pembina2 kapal Titanic memberi jaminan kepada bakal penumpang2 mengatakan Titanic sebuah kapal yg paling besar,paling kuat dan paling selamat.Pada pelayarannya yg pertama..gedebam..gedebum,terbaraiterlanggar iceberg(ketulan ice).Ramai yg menjadi makanan ikan jerung tetapi pembina2nya selamat.
Tiada benda yg selamat didunia ni,jika diambil faktor bencana alam.Kerana bencana alam yg tidak dpt diramal dan diketahui bila,kerajaan Aust tidak mahu ia dibina di Aust.Mereka tidak sanggup menjadi pembunuh generasi mereka yg akan dtg.Yg jadi Pak Sanggup ialah kerajaan BN.
QD ni benda merbahaya pun sokong.Mungkin ada DNA down-syndrome sikit.Mindanya tak boleh melepasi level intelligent.
depa ni tak paham paham,mestilah buat loji tu kat pahang.apa gunanya curtain universiti bagi ijazah kat madam rosmah?.inilah yang tersirat,australia bagi ijazah rakyat malaysia terimalah padah.
A well debated topic but QD n his species just could'nt see the light at the end of the tunnel
Kah kah kah, penyokong Lynas & pencacai UMNo di sini termasuk QD dipangil lembu2.
Amatlah kelakar bila selalu di bantai di blog Tuan Aspan, apa tidaknya bagi hujah pakai kepala lutut, org lain pakai kepala hotak. Bagi hujah soking Lynas tapi rumah duduk kat Shah Alam, bukannya kat gebeng dekat kilang lynas.
Banyak tak kena dgn kepala hotak dia org ini.
Tuan Aspan,
Yang sebenarnya k'jaan negeri Pahang dan tak boleh nak berpatah balik,kalau dibatalkan projek nanti akan disaman, nak diteruskan rakyat dah mula marah dan pilihanraya dah dekat.Seperti biasa lah slogan rakyat didahulukan berguna disini,kalau apa apa berlaku rakyat dulu yang kena bukan pemimpin umno/bn.Mereka duduk di KL.Nasib kitalah rakyat Malaysia yang selalunya bengap dan ditipu lepas satu isu ke satu isu,NFC pembayar cukai juga rugi.peneroka Felda pun nak kena juga,apalah nasib kita,yang cerdik hanyalah 20% dan tak begitu cerdik 80% nak buat macam mana.
Salam,
Saudara, operasi Lynas dah pun memang diluluskan untuk beroperasi di Australia dan China..Namun atas sebab kos dan faktor ekonomi, mereka memindahkannya ke Pahang..Tak timbul australia menolak operasi Lynas sebab bahaya..byk lagi plant di Australia yang hasilkan radiasi..
radiasi lynas adalah sama malah lebih rendah dari radiasi alam sekitar sekrng..apa nak risau sgt?
lagi ramai org mati atas jalan raya erbanding akan mendpt kanser akibat operasi lynas..kenapa tak perjuangkan pasal keselamaan jalan raya? sebab tak popular?
Puakpuak umno pun takde point jelas. Maki hamun dan nak pukul orang je sekarang
Salam AA dan blogger,
Penyokong2 Lynas yg agak kurang ajar kat sini bukan tau apa2 pun pasal kes Asian Rare Earth di Bukit Merah,Union Carbide di Bhopal India atau Chernobyl di Russia.
Mereka mennghentam sebab menyokong membabi buta pemimpin perasuah dan konco2nya geng songkok tinggi pasal perkauman Melayu.
Sebab tu argument nampak dangkal tidak disertai fakta melainkan sumpah seranah.
Secara kesimpulan pencacai2 ni lemah IQ dan rasa rendah diri.
Sokong membawa rebah.
Surrogate
QD dan pencacai UMNO,
Sila rujuk:
http://www.malaysiawaves.com/2012/02/beberapa-fakta-berkaitan-lynas-yang.html
Surrogate
INI machai-machai UMNO dan MCA ,kalau suka sangat buatlah
dekat rumah lu orang la.
Otak Udang!!
@ohwira?
aik..pelik juga hujah anda...jika faktor ekonomi yg sebok diperkatakan...kenapa tidak di indonesia...kos buruh lebih murah dari negara kita...tapi paling pelik..jika setahun boleh menjana yg katanya sehingga berbillion dan bakal memecah monopoli china..kos bukanlah sesuatu yang penting utk diambil kira....
anda tidak nampak kah?atau buat2 xnampak?
Seronoklah jadi bodoh dan dihentam di blog ni. Terima Kaseh ya, kawan-kawan.
You believe IF Anwar becomes PM, he will revoke the agreement as he promised to.
No, my friends. He will give the excuse tak buleh buat apa-apa sebab BN dan setuju. Excuses, excuses.
Anyways, the government is still studying the possibility of bringing back the waste to Ozland. Give them time.
They have the best interests of Malaysians at heart.
qd
bn had 50 years of time.enuff.
Kehh keh kehh ini le otak UMNO..otak duit...mana dia pikiq pasal org lain...Tapi hutang negeri bertimbun2 jugak...sebab duit masuk dalam poket pemimpin UMNO. Korang nak mampos..nak kena lukimea ker..UMNO peduli apo...pulus!pulus!pulus!...
Sekoq lagi lembu UMNO...aku ingat mesti yang jenis dok kondo ni he he
Apo punye otak lah pemimpin UMNO ni...punye la banyak mende yang selamat boleh buat berniaga...yang dok bahayakan rakyat gak diaorg pilih. Begitulah otak kalau dok fikir fulus, fulus, fulus....
@mad28 February 2012 10:07:00 GMT+08:00 : lol .pelepsan cukai 12 tahun tu da lama la ..intel, dell, hp dll smuanya dpt pelesan cukai ni ..ni sbbnya utk trik perhatian investor luar msuk melabur ke malaysia ..smbil2 tu ppindahan teknlogi juga dpt di jalankan ..studi dl ya sblm bckp .haha
mmg betul lynas tu selamat.. Tapi bagaimana kita nak hapuskan sisa? Tanam x boleh,bakar x boleh. Xkan kita nak biar dalam gudang simpanan selama beribu tahun. apa akan jadi pada generasi seterusnya andai kata beelaku malapetaka yg menyebabkan tempat simpanan musnah.
Post a Comment