Najib seorang pemimpin yang bercakap lain dan bikin perkara lain. Najib sentiasa bercakap apa yang tidak betul dan berjanji perkara yang beliau tidak boleh tunaikan. Saya tidak mahu memberikan Najib dengan imej pendusta tetapi kita elok memberikan Najib pandangan yang jelas bahawa beliau hanya bercakap tanpa berfikir sedalam-dalamnya.
Dalam satu nada beliau menasihatkan kita semua berwasatiyah, iaitu bersederhana dalam kehidupan dan hidup menghormati di antara satu dengan lain dalam masyarakat majmuk dan berbagai agama dan adap resam ini. Tetapi dalam keadaan lain beliau sendiri tidak mempraktikkannya atau membiarkan setengah pihak melakukan fitnah dan cuba memburukkan pihak yang lain tanpa segan silu.
Kalau benar Najib berwasatiyah kenapa beliau membiarkan setengah pihak seperti Utusan, TV3 dan lain-lain media perdana yang dikuasai oleh UMNO terus menerus menabur serta menanam bibit-bibit kebencian rakyat terhadap pihak lain terutamanya kepada parti-parti pembangkang khususnya DAP yang sedang berusaha untuk membuktikan ciri ‘multi-racialism’ itu? PAS juga menjadi sasaran pihak UMNO dengan berbagai-bagai fitnah.
Orang ramai yang berfikir sekarang telah melihat niat jahat Utusan, contohnya, dengan menabur perasaan buruk sangka dikalangan rakyat dengan menuduh DAP sebagai anti Melayu, anti Islam, anti Raja-Raja Melayu, serta cuba untuk menanamkan persepsi rakyat yang parti DAP itu akan menjadikan negara ini sebagai negara republik dengan menukar agama rasmi negara kepada negara kristian.
Wasatiyah apa namanya ini! 1Malaysia apa namanya kalau keadaan buruk ini cuba di semai oleh pihak yang memerintah. Kenapa sanggup melakukan ini semata-mata kerana politik yang membina nafsu untuk berkuasa terus-terusan di atas premis perpecahan di kalangan rakyat? Najib dan UMNO tahu yang DAP tidak akan menurunkan jumlah calon yang mencukupi, maka bagaimana DAP dianggap musuh kesumat walaupun parti itu adalah parti yang sah dan halal di sisi undang-undang dan perlembagaan negara?
Lebih dahsyat lagi DAP dituduh sebagai parti yang memecahbelahkan rakyat tetapi membidas usaha parti itu untuk mendapatkan masyarakat berbilang kaum untuk menyertai parti itu khususnya dengan penyertaan orang Melayu didalamnya.
Sebenarnya ini yang rakyat tidak lagi mahu menunjukkan sikap hormat kepada UMNO dan semua rakan sekutunya di Semenanjung ini. Pemimpinnya mempunyai mulut yang manis dengan kata-kata tetapi merelakan agensi-agensi yang menyokong mereka untuk melakukan kerja hina dan membosankan ini. Lain dikata lain dibuatnya!
Setelah melakukan segala perkara yang tidak baik yang membuatkan orang Melayu tidak menghargai UMNO lagi, barulah terkinja-kinja dan mundar mandir untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu. Jika Melayu mahu lagi memberikan sokongan maka sekali lagi kita akan tertipu dan dibayar lagi RM500 apabila pilihanraya datang lagi.
Rakyat hanya dinilai dengan harga RM500 setiap 5 tahun sekali. Berpeluh-peluh rakyat beratur lima ke enam jam untuk mendapatkan RM500 sedangkan pimpinan mereka telah melenyapkan wang mereka (rakyat) dalam jumlah berbillion ringgit. Kalau diikutkan sentimen di hati, menitik air mata melihat rakyat khususnya orang Melayu beratur untuk mendapatkan kesenangan untuk seminggu dua itu.
Inilah rupanya strategi UMNO untuk mendapatkan sokongan; iaitu dengan menjadikan orang Melayu terminta-minta dan membawa tempurung ke hulu dan ke hilir. Itulah sebabnya Melayu dibandar dan di ‘suburban’ tidak lagi begitu berkeyakinan dengan UMNO kini.
Najib patut melakukan apa yang dikatakannya. Takut-takut nanti rakyat akan meminta pemimpin kita membuka mulut luas-luas kerana hendak melihat jenis lidah yang ada di dalamnya.
12 comments:
salam sdr Aspan.
Bujang senang sungai Sarawak,
Berenang berendam di kala senja,
Lidah bercabang mengalah biawak,
Indahnya khabar dari rupa.
TK. Mak wa.
Salam Datok.
Saya begitu meluat dengan gaya politik UMNO sejak akhir2 ini terutama sekali pada pemimpin2 yg hypocrites terpekik terlolong kesana kemari sedangkan rakyat tahu apa yang berlaku disebalik tabir.
Oleh kerana terlalu benci saya pada UMNO saya telah bernazar akan berpuasa sunat 3 hari sekiranya UMNO kecundang didalam PRU13 akan datang. Aminn
Right to the point Dato': Rakyat bandar dan sejumlah kecil di luar Bandar merasakan apa yang di bincangkan di atas. Saya tinggal di Selangor, tapi kampong di Mersing: dekat Felda NITA:(@ P. SEMBRONG)- Orang kampong pun dah pandai melihat kejahatan UMNO ni
Pak,
It has always been the norm for UMNO and especially its incumbent President to be "miraculously and magically" caring and concerned for the well being and the happiness of ALL Malaysian come election season. It was the same even during the reign of TDM and AAB. What's different this time around is the gloomy outlook for the future of UMNO and BN enveloping UMNO leaders, its cronies, peon, bag boys and rent seeking fanatical followers (literally having cold shivers running down their spine if they have one, that is). Thus we have an unprecedented showers of money from the sky (siphoned from the sweat and labor of the tax payers), heaps of promises that offer the sun, the moon and heaven, even the 180 degrees turn of those ULTRA MELAYU UMNO transforming themselves into the most liberal and democratic (plus) non racist politician AND of course the umpteenth time UMNO and its gang swearing to be good and change for the better.
And afterward, after UMNO and BN won the election and again became the government of the day, those showers of money will suddenly stop as if a drought has enveloped Malaysia, the heap of promises again became an IOU notes, written on paper but worthless all the same, the UMNO politician who was wearing the face of moderation and liberal suddenly had a plastic surgery, changing their faces again into the menacing glare of ULTRA UMNO racist individual, and as with Saiful trademark "I'm not sure what I'm swearing about nor do I care much about it" where the pledges of being decent and good politician who has changed for the better, was forgotten on the "ceramah" stage together with the fate of the people and the nation.
It has been the same type of lame and "basi" drama being served to the voters time and time again. The script might have change a tad, the actors and the actress (think Sharizat) might be new (acting wise is still kayu), the plot and the ending is always "Malaysian will be left stark naked, humiliatingly molested and raped with the added insult of having to pay for the tab on the room services and room charges (and don't forget the 10% service tax too)"!
For a nation that has been molested and violated frequently and umpteenth times, we surely haven't learnt our lesson yet. For a measly payment of RM500 we are basically consenting to be violated and molested daily for 5 years straight if we were to again vote UMNO and BN. Aren't we sore yet? Aren't we humiliated yet? Have we lost out dignity and honor and most importantly our courage and morality from years of being ridden and used? Aren't we ashamed to face our children and let them be subjected to the same treatment in the future? I know I am and I going to do something about it come the GE! It's ABU and nothing less will appease me! This is where I make my stand and I hope many of my Malaysian brothers and sisters will stand beside me and together we will change Malaysia for the better! Forget 1Malaysia. What I'm looking forward to is "A NEW MALAYSIA"!
Nick.
Kenapa orang Melayu boleh ditipu hampir 54 tahun oleh para pemimpin UMNO/BN? Mudah sahaja jawapannya... kerana para pemimpin ini bijak menggunakan seni bahasa yang enak dan lunak hinggakan pok cik dan mok cik Felda, pengundi saluran 1 dan 2 terlena diulit mimpi. Mereka tahu orang Melayu ini kalau ramas punggung bini mereka, raba payudara dan bawa lari anak dara mereka pun belum tentu mereka marah (bangsa Melayu) berbanding kalau menggunakan bahasa yang kasar dan tegas terhadap mereka. Maka dengan formula inilah para pemimpin UMNO/BN boleh menjual harta dan khazanah Negara tanpa rasa takut dan bimbang, asalkan pandai mendendangkan bahasa dan puisi indah. Biar kita hanya tinggal di atas rakit dan sampan pun tidak mengapa (tanahair digadai) asalkan dapat didendangkan dengan bahasa yang lunak dan merdu dari si pemimpin penyangak dan korupsi. Itulah metalitinya bangsa melayu kita ini. Manakala pelayar media baru pun sebahagiannya terikut-ikut katanya jangan menggunakan bahasa kesat, cakap dengan fakta, diarahnya kunjungi blog lain dan berbagai lagi. Bodoh punya manusia...(taraf bangkai babi). Ini media baru, kita dikenakan bayaran (samada broadband dll) untuk melayarinya bukan TV 1 Malaysia atau TV3 suku yang memberi berita "fitnah" secara percuma. Kesimpulannya kalau pemimpin sahaja Munafik, rakyat masih boleh bertahan, tetapi jika rakyat juga terlalu ramai yang munafik maka marilah kita sama-sama gali lubang kubur. Bersedia untuk ditanam hidup-hidup oleh pemimpin Dajjal yang bermata satu dan berlidah seribu.
Bro nick,
I like ' A New Malaysia' as suggested!
Here's to a NEW MALAYSIA!
ABU.
"A New Malaysia"
Maybe that should be the slogan for our ABU movement? I like it...
Thanks Nick.
--ziggy
A New Malaysia. Yesssssssssss. A New Malaysiaaaaaaaaaaaa. ABU forever.
Teringat strategi org2 Kristian semasa menjajah tanah2 Dunia Baru, mereka menghantar pendakwah yg bercakap perkara yg mulus2... sebaliknya apabila penduduk tanah jajahan mengambil mereka sbg sahabat/mengambil Kristian sbg agama... tup tup tanah mereka hilang/bertukar milik/mereka di jajah.
Mereka di jajah oleh kaum org kulit putih yg sama berbangsa/berkulit sama dgn pendakwah kristian itu tadi...
Contoh Filipina, sehingga nama negara pon sempena nama Raja Penjajah, dan rakyat Filipina yg asalnya org2 Melayu telah bertukar kpd Kristian (kecuali di Selatan, Mindanao, Sulu), dan Filipina sampai skrg adalah negara Kristian yg sangat miskin, (berhutang berbilion..tak dpt nk bayar) tetapi yg peliknya, Filipina adalah antara penyumbang kewangan yg besar kpd Gereja Katolik di Vatican!!!
BR1M adalah idea ROSmoney Masyuk yang suka bershopping sakan,sehingga manusia pun ingin dibelinya.Takkanlah murah sangat harga diri kita,sanggup menggadai masa depan anak cucu kita kerana rm500.Betul2 mentaliti dunia ketiga,Jeep dari Pekan ni,maruah dan harga diri org pun nak dibelinya.Ini bukan demokrasi tapi duitkasi beli undi.Tiada class langsung.
Assalammualaikum..
Saya bukan suka sangat politik ni, daftar undi pun tidak sbb tak berkesempatan nak balik kampung, cumanya saya merasakan kenapa la kita nak mengutuk dan terlampau membenci pemimpin negara..Najib atau bekas2 Perdana Menteri yang lain seperti mereka tak pernah membantu lansung ekonomi negara kita, menaikkan taraf hidup rakyat dan membela nasib sesiapa pun..bukannya negara kita tak membangun lansung...saya rasa negara kita tak huru hara pun seperti negara lain, tiada tembak-menembak. Tempat pelancongan yang banyak..kita hanya perlu pilih dan pergi. Saya amat bersyukur kerana masih berpeluang makan dan bercuti bersama keluarga. Takkanlah tiada kebaikan lansung yang pernah mereka lakukan sehingga ada hati yang terlalu fanatik membenci dan mencaci?..Sedangkan menjadi Bos untuk sebuah syarikat pun cabarannya terlalu tinggi, inikan menjadi Perdana Menteri. Kalaupun UMNO kalah..Pas pun saya tak kisah...janji ISLAM memerintah. Terima Kasih.
anon 0948.00 kata mu itu memang betul. Kita tak ada tembak menembak dan segala huru hara dan tuan sangat bertuah dapat bercuti bersama keluarga. alhamdullilah.
adakah perkara sebegini akan berkekalan ?
terima kasih
Post a Comment