“Lu tolong gua, gua tolong lu!”….. itulah maksud kata-kata Najib kepada kaum India semasa melawat Batu Caves sempena hari Thaipusam pagi tadi. Najib menyeru kaum India supaya mempercayai beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan kaum India dan memberikan beliau sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. “Tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan” kata Najib lantang dan jelas.
Janji seperti ini telah dibuat setiap pilihanraya tiba sejak tiga puluh tahun yang lalu. Janji ini bukan sahaja dibuat kepada kaum India tetapi semua kaum termasuk kaum Najib sendiri, iaitu kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di negara ini. Janji ini jugalah yang akan ditabur dalam pilihanraya yang akan datang kerana kita tahu segala janji yang dibuat pagi tadi tidak akan kemana.
Tetapi kepada siapa yang masih yakin dan percaya kepada janji itu terpulang kepada mereka. Setiap rakyat berhak untuk memilih untuk dibohongi terus-terusan atau mengelak dari pembohongan tersebut. Sebagai seorang Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan Persekutuan, janji yang dibuat secara peribadi itu merupakan tindakan ‘desperate’ dan kata-katanya itu tidak melambangkan beliau seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ yang memimpin rakyat yang berbilang kaum itu.
Orang melayu telah dijanjikan bermacam-macam setiap pilihanraya, tetapi kita lihat apa yang berlaku sekarang ini adalah terlalu jauh dari menepati janji-janji yang telah dibuat kepada mereka. UMNO telah menjadikan orang melayu hanya sebagai dahan bongkok untuk ‘kera-kera’ meniti dan digunakan untuk memberikan sokongan dalam pilihanraya sahaja. Orang melayu dan rakyat hanya diberikan rm 500 upah sebelum pilihanraya ini untuk mendapatkan kuasa dan terus menjajah pemikiran bangsanya sendiri.
Berbillion habis dibelanjakan untuk membayar undi, tetapi dengan jumlah itu tidak memberikan apa-apa kesenangan kepada orang Melayu dan rakyat keseluruhannya. Hutang kerajaan telah mencecah hampir RM300 billion tidak termasuk hutang-hutang yang dibuat melalui ‘off budget agencies’ yang berbillion billion lagi. Najib berbelanja untuk kempennya seperti seorang maharaja besar sedangkan wang itu semuanya wang rakyat jelata. Saya pernah menulis yang harga untuk mengekalkan kuasa UMNO dan Najib ini amat mahal harganya.
Itu tidak termasuk harga yang dibayar rakyat untuk membayar komission kepada Menteri-Menteri dan kroni-kroni dalam pembelian bekalan dan keperluan kementerian dan negara. Semuanya diperah dari titik peluh rakyat bukannya dari wang UMNO atau BN.
Rakyat sedang marah dan lebih marah lagi apabila mendengar seorang Perdana Menteri membuat janji timbal balas dengan kaum India seperti negara ini adalah negara kepunyaan keluarganya sendiri. “Saya tolong anda, anda tolong saya’ ini telah dihamburkan banyak kali dan tiba masanya bagi kita untuk meminta Najib memberhentikannya. Najib mesti hormati perasaan orang yang mendengarnya.
Rakyat sepatutnya dihampiri oleh dasar yang baik dan sempurna bukannya dihampiri oleh seorang individu pemimpin yang berjanji,’gua tolong lu, lu tolong sama gua’. Kalau ada perasaan ‘desperate’ pun janganlah tunjukkan sangat sehingga terkeluar janji-janji peribadi dalam kempen pilihanraya.
Yang berjanji sepatutnya rakyat. Rakyat sepatutnya yang berjanji untuk mendapatkan kerajaan yang bersih dan telus untuk menjaga kepentingan kaum India dan lain-lain kaum di negara ini, bukannya individu Najib. Itu sebabnya rakyat sedang berusaha untuk mencari gantian kepada pimpinan yang ada untuk mengambil perhatian terhadap bukan sahaja kepada kaum India tetapi bagi semua kaum yang hidup dalam negara bertuah ini.
Kita perlu ingat jika semua janji-janji manis kerajaan dilaksanakan tidak mungkin rakyat memberontak dalam jiwa mereka sehinggakan kita menghadapi situasi politik yang tidak menentu masakini. Sekarang berjanji lagi dan kita tahu hasilnya akan tetap sama.
Yang akan senang hidup dalam keadaan ‘super’ kaya adalah ‘warlords’ dan kroni-kroni UMNO dan BN. Rakyat biasa tetap menganga lebar memerhati pemimpin dan keluarga mereka hidup mewah-mewah yang tidak ada tolok bandingnya walaupun isteri mereka hanya datang dari gulungan rakyat biasa sahaja sebelum menjadi isteri pemimpin-pemimpin besar negara.
Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama juga mundar mandir untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat yang terbiar dan tertipu selama ini. Dalam masa pilihanraya menghampiri kita inilah mereka turun kebawah menyuruh kita ‘membajak sawah pagi ke petang. Apabila mendapat hasilnya padi-padi tadi akan dimasukkan ke dalam kepuk di mana tikus-tikus gemuk akan membahamnya’.
Yang akan ditinggalkan oleh tikus-tikus ini hanyalah hampa-hampa padi seperti yang dibahagi-bahagikan melalui BRIM sebanyak RM500 itu. RM1 trillion wang kita telah dibawa keluar negara sejak sepuluh tahun dahulu. Saya telah menyaksikan rakyat yang lapar ini beratur hampir lima jam untuk mendapatkan RM500 itu. Kepada yang mempunyai perasaan mereka akan melihat mereka beratur dengan perasaan sedih dan pilu. Itu sahajalah yang mereka dapat setelah UMNO memerintah selama 55 tahun.
Setelah mendapat hasil padi hasil bajakan ‘kerbau-kerbau’ ini mereka akan hilang dan menjual hasil bajakan rakyat tadi…bershopping ke London, New York, Paris. Rakyat yang telah diperah peluhnya tadi hanya mendengar sahaja tuan-tuan besar ini membelanjakan hasil pembajakan mereka itu.
Bagi saya tindakan memperbodohkan rakyat ini wajar dihentikan dahulu lagi, tetapi tidak juga dihentikan. Pemimpin-pemimpin kita mengambil rakyat ramai ‘for granted’, boleh diperlakukan apa sahaja. Selagi rakyat khususnya orang Melayu miskin, selagi itulah UMNO dan BN mengharapkan sokongan dari mereka ini. Lagi miskin rakyat lagi mudah pimpinan kita menipu dan menyesatkan negara. Memang benar kata agama kita yang ‘kemiskinan itu membawa kekufuran’.
Letih kita dibuatnya. Kali ini kita terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuang undi. Kalau kita melakukan kesilapan lagi maka kita jugalah yang kecewa dan menganga melihat pimpinan kita memferaidkan hasil mahsul rakyat sehingga kering kontang.
Kita mesti ingat, jika kita hendak menjaga harta benda kita jangan biarkan pencuri dan perompak mendekati kita. Kita kunci betul-betul supaya penyamun dan perompak tidak dapat masuk lagi.
Gua ingat gua tak mau tolong lu.
20 comments:
undi pakatan rakyat equals to show a middle finger salute to BN. Jib, Lu caya gua, gua kan Lu sui!
Salam Tuan..
Dah lama xberi komen, jadi pemerhati je..
Saya xdengar ucapan PM.Sebelum ni penyokong PR ada berbunyi kenapa PM datang Batu Caves, sedangkan DSAI xboleh datang kuil di tempat lain..alasan penyokong BN, PM datang atas kapasiti PM..bukan atas kapasiti ahli politik..sangat boleh diterima
Tapi dari apa yang tuan ulas di sini, nampak dah lain kan..hehehe
Pada saya, rakyat dah lama tolong BN..cuma MP BN je yang xnak tolong rakyat..cuma kebelakangan ni je dah mula nak tolong rakyat..
Mungkin xsemua MP BN jenis macam ni, tapi jenis yang macam ni ramai kan..
Dan mesti lepas ni akan ada yang kata "segala subsidi, bantuan, bla bla..tu semua bantuan BN la.."..YA..betul "BN" dah "BANTU" macam2, tapi bantu atas kapasiti kerajaan atau atas kapasiti MP..
Mungkin ada sesapa yang boleh komen..n tolong komen dengan rasional..xyah la nak b*** kan orang, nak b**** kan orang atau pe je perkataan yang xsedap untuk ditulis..komen anda dah menggambarkan diri anda sendiri..
musim pru samalah juga dgn musim durian. dusun durian yg ditinggalkan oleh tok nenek kpd anak2 & cucu2. pewaris2 yg memang kaki pembelit, kaki kelentong membuat tipudaya terhadap pewaris2 yg kurang cerdik dgn mengatakan "ini adalah harta yg diamanahkan oleh tok nenek kita. marilah kita sama2 menjaga pokok2 durian, pokok2 manggis, pokok2 rambutan, pokok2 duku & langsat dan pokok2 buah2an yg lain dan membersihkan dusun ini supaya kita sama2 boleh mengambil hasil dari nya". tetapi, bila hasil sudah keluar,pewaris2 yg kurang cerdik tidak berupaya mengambilnya kerana dusun itu sudah pun dipajak. sampai bila pengundi akan menjadi saperti pewaris2 yg kurang cerdik ini.
Salam Tuan AA,
Itulah caranya pemimpin yang terdesak dan membiarkan dirinya di cemuh kerana menagih sokongan..itu lah sepatutnya di lakukan oleh sesiapa sahaja..bukan Najib sahaja malah kita di dalam penghidupan seharian sekali pun di dalam rumahtangga sekali pun , sebagai suami dan bapa yang bersalah pun akan berbuat demikian..saya ucapkan maju jaya pada tuan aspan yang kini dengan bangganya menyemburkan peluru kbencian yang teramat sangat untuk memastikan UMNO meninggal..saya berpendapat ulasan saudara kini pun di dalam mode terdesak..kerana tuan khuatiri crossing the bridge yang tuan lakukan mestilah berbaloi..kalau BN/UMNO terus relevan..tuan akan rasa terhina..tapi tak apa lah , setiap perjuangan ada risikonya..saya ingin dengar dan lihat sekiranya ada pemimpin PR yang lain membuat janji pada kaum india..kalau tuan ada terdengar apa yang ANWAR janjikan pada kaum india ..tolong postkan.tkasih
Assalam AA,
Minggu lepas aku ditanya seorang makcik India yang bertanya betul ke RM beli 61 pasang pakaian di butik siap fitting di Australia bernilai Aus$100k (RM300k).
Dia tanya lagi berapa gaji PM sebenarnya.
Selamba aku jawab itu duit baki simpanan sejak kecik selepas membeli berlian itu hari. Tidak ada kena mengena dengan PM.
Surogate
Lu mau gua tolong lu, tetapi lu selalu buat yang bukan-bukan
Pak Aspan, saya menonton siaran berita TV3 jam 1.30 tg. hari tadi. Dan itulah yang terlontar dari mulut Najib yang berucap di atas pentas di hadapan penganut-penganut hindu di Batu Caves. Terima kasih kerana cepat memberikan analisanya. Saya pasti Pak Aspan yang menyusul dengan analisanya. Seperti yang sering saya lakukan akan saya print dan fotokopi tulisan-tulisan Pak Aspan dan sebarkan di beberapa warung disekitar tempat saya di Batu Pahat ini. Orang-orang kampung belum semua yang ada internet. hanya sebahagian kecil saja yang mampu. Ini lah sahaja yang mampu saya lakukan untuk mereka memperoleh maklumat dari sumber maya.
Salam Sdr Aspan.
Alhamdulillah ada juga bekas orang umno nak menulis secara terus terang tentang kotornya perangai orang2 umno sehingga kehari ini. Perbuatan gua tolong lu, lu tolong gua mengambarkan daifnya orang yang diberi kuasa yg ingin menyambung lesen kuasanya melalui pilihanraya.Ia juga mengambarkan PM sekarang desperate sehingga ke tulang som-som.Jika dikira kasar wang yang dilarikan, habuan kpd kroni,pembaziran ke atas projek dan pelaburan yang telah dilakukan, mungkin orang daif tidak ujud di Malaysia ini, rakyaat boleh mendapat pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti tetapi apa yang terjadi sekarang adalah sangat teruk, ada rakyat yang maseh hidup tak makan, rumah beratapkan langit, pelajar yang keluar unuversiti mempunyai hutang yang perlu dibayar sehingga kehari tua,tidak boleh bergerak bebas jika tidak membayar hutang.Dengan cara mengongkong dan budaya menakut2kan rakyatlah umno memerintah sehingga kini.
Sombong juga boleh di takrif kpd gulungan ini kerana secara tak langsung menilai undi rakyat untuk memberi lesen memegang/menjaga amanah rakyat dengan harga Rm500.00 sahaja dalam jangkamasa lebih 50 tahun, itupun dibeli dengan wang negara.Saya cadangkan mereka dan isteri di beri kaunseling di masjid2 sepertimana pelajar yang ponteng sekolah di Kelantan, atas kesalahan mereka tidak menghormati rakyat dan sikap gelojoh dalam hidup. InsyakAllah kita akan dapat menonton segala kelakuan mereka yang juara pada masakini apabila kita sama-sama mesarakan umno/bn buat masa terdekat,semoga Allah menunjukkan jalan yang benar bagi rakyat mengecapi peruhahan..Amin..myi
Tuan AA,
'Gua tolong lu, lu tolong gua' was made famous by kuli during S49 time.
Is Najib paying royalty on this phrase to kuli?.
Its very sad that our dear pm is always imitating others, nothing original from him and depending on others for every action/inaction.
PM allocated rm2mil to batu caves temple , Is he checking on how all monies given to BC temple is used.
The president of the batu caves temple had a CBT case against him.
Of course he is in the inner circle of mic.So ? The accounts of the temple is 'suspense account'
Donations received is huge but no one seems to know how it was used.Macc has work to do at the temple accounts department.
Even though pm is wearing out his sole,its of no use.
Once Nambikai [trust] is lost, its lost for ever.
Sunset for BN is on the horizon,the moment the election results are announced, most BN ministers will take flight for an extended tour in australia,new zealand,india, amazon jungle or will undertake their PHD in swindlelogy in the ukay .
Or once they have casted their vote,they will scramble to thailand/indon/singapore and wait for the results from there thus making it easier for their exit and not be arrested by the now reformed macc.
Oh god , please let me live to see the comedy after the election results.Thanking you in advance dear god.
Nambikai konon !
Salam,
Betul cakap AA. Saya orang Cina. Memang memilukan bila melihat rakyat, kebanyakkan orang Melayu terpaksa berbaris panjang dibawah panas terik tengahari untuk mendapatkan habuan RM500. Ini bukan cara ikhlas untuk membantu rakyat. Ini sepatutnya duit rakyat. Kesian sanak saudara kita . Seperti minta sedekah.Rakyat ditipu undi. Bangkitlah rakyat sekalian. Tiba masanya. Cukuplah. Cukuplah.
Tunjukkan kuasa rakyat ! Kenapa kita nak ditipu lagi ? Biarlah Melayu ataupun Cina, kita Anak Bangsa Malaysia. Ini negara kita. Ini duit kita. Ini bukan negara Umno. Kita mesti tumpaskan Umno. Jangan ditipu lagi. Sudah cukup !
Apalah nak heran sangat dengan ungkapan Najib pada kaum India di Batu Cave tu !
Kat Isa Samad pun mungkin Najib sebut juga, tapi ayatnya sikit berbeza
" lu tolong gua, gua tolong lu ". Yang ni kena tanya Isyam Rais ! Sdr Aspan pun mungkin tau cerita lama kat PD dulu tu kan ?
Saya percaya ramai pimpinan UMNO BN juga menteladani ketua mereka ni bila berurusan dengan pihak2 tertentu.
Mungkin sesetengah pemimpin2 dalam urusan mereka pernah mendengar ungkapan berikut dari pihak2 tertentu:
" lu terima lu senang, gua pun senang, lu tolak lu susah, gua lagi susah ".
Ini satu contoh Kepimpinan Melalui Teladan yang terunggul di Malaysia ! Lu dahsyat laa Najib ! Gua caya lu !
Tugas PM adalah sentiasa memajukan rakyatnya tidak mengira apa bangsa sekalipun,tanpa mengharap apa2 balasan dari rakyatnya kerana rakyatlah yg membayar gaji PM.Bukannya nak PRU baru kelamkabut tolong sana sini.
Dinegara demokrasi rakyatnya adalah tuan.Tapi di Msia,diputar belit minda kita,seolah-olah BN yg menjadi tuan.Segala-galanya akan disebut sebagai pertolongan dan bantuan.Kalau duit atuk nenek BN bolehlah guna ungkapan sedemikian.Walau parti mana yg memerintah sekali pun,sememangnya menjadi tanggungjawab dan tugas PM, berusaha memberi keselesaan hidup kpd rakyatnya.
Ungkapan seperti pertolongan dan bantuan memberi gambaran yg Msia dan hartanya BN yg punya dan kerana BN lah kita ni boleh hidup.
Mungkin,"gua tolong lu, lu tolong gua" menjadi budaya rasuah dalam BN sehingga terbawa-bawa kpd rakyat.
Harap jgn jadi,"lu tolong gua,gua tolong lu,kalau lu tak tolong gua,gua hantam lu kaw-kaw".
Tuan Aspan,
Apalah nasib kita rakyat Malaysia dapat Pm yang hanya tahu minta tolong panjangkan hayatnya dan BN untuk terus berkuasa.Kenapakah kita dikurniakan Pm yang tidak boleh berfikir cara yang paling baik untuk membantu rakyat,beri RM 500, tapi sebenarnya kantung kerajaan kosong-terpaksalah bank2 tolong dahulukan.Apalah nasib kita akan jadi seperti Greece,tak ada duit pinjam,lama2 bankrup.Wahai rakyat Malaysia marilah kita berhijrah dari yang tak baik kepada yang baik.Carilah kerajaan yang boleh dpertanggungjawabkan.
Carilah pemimpin yang ada rasa takut dengan balasan di akhirat.
Ini jawab saya "Lu Tolong Sekarang, wa tolong Lu esok" ... Tak mau janji2 lagi bikin sekarang!!...
AAM
Tuan,
Apala penyokong-penyokong PR tujuh Najib gi Batu caves nak pancing undi le, nak merayu undi kaum india la...semuanya karut marut!pakai tuduh guna pala lutut ke kome sumer....
Najib datang batu caves hari Thaipusam tu bukan apa sebab nak bagi Khutbah thaipusam. Kutbah Thaipusam oleh najib adalah syarat sah perayaan Thaipusam tau....hahaha
bat8
Saudara AA,
With such words coming out from the horse's mouth (no pun intended to the animal), the rakyat is never appreciated but always taken for a ride!
It's not surprising to read your analysis and comments ; coming from DAP 'balacis' like you.Perhaps one could forgive you for the usual lambasting of BN especially UMNO due to the fact that you couldn't have your way with them ! Missing the objectivity in almost all of your tirades, one also could be forgiven for labelling you as a vicious character devoid of fairplay, being one-sided and surely bias ! Throwing accusations without fair and honest substantiations only highlights the 'devil' in you. That you despise the very govt which had relatively "taken good care" of the people this far, essentially would group you amongst the ingrates ! To accuse the govt of not fulfilling all its election promises without doing the same with the other opposition parties, must surely be hypocrisy at its highest level. Have you ever taken the trouble to read all the election manifestos of ALL the political parties and do a comparative study ??? If you would care to admit then, you would clearly see who haf been hoodwinking the rakyat. But of course since you had decided to take a confrontational stand albeit being with a party that has no love whatsoever for anything but themselves, you would close one eye and shut the other while engaging in a continuous attack on whatever is BN, particularly UMNO. But with an attitude so bastardly vicious, full of vile and shit, what would one expect from like-minded characters ? People will judge you from a stand-point of fair play and objectivity ; of course changing course as you recently did would speak unfavourably of you especially when they observe the wild rampage you had decided to embark on ! It's your right to be a traitor to your own race ; and on the same note it's also their rights to condemn you to the lowest abyss, to join the other un-enlightened ones !
@burung merbok
accusation?no its not..!
its d real side of ur PM..and d real face of ur desperado party..
sejak bila penyokong umno pandai fair play?selama ini depa maen sebat saja...apa mantri ji kata suma depa pakat angguk saja?tapi tang org luar kata...suma xbetoi...depa maksum nooo....mana tang fair playnya??rakyat plak depa paksa jadi bodoh...anggok tak berenti..
kalo nak nasihat..p nasihat kat PM hang tuh..sapa traitor to malays?sapa dok jual kat cukong tanah rezab melayu?sapa dok tarah hasil mahsul m'sia jual kat cukong ?sapa jugak dok bagi kontrak juta2 kat kroni ?poorah..traitor konon..
hg ingat umno tuh d enlightened one ka?full of racist leader...double face...and last but not least..full of chicken...awat takot sgt pak aspan menulis pasal najeb?
Dey burung merbok,
Kau ni nampak macam educated tapi malangnya masih dibuai mimpi disiang hari.
Its mass movement my dear friend.Tak ada kena mengena dengan menjadi pengkhianat bangsa.
Lampiaskan kemarahanmu itu pada pengkhianat bangsa yang melarikan RM1trillion dalam masa 10 thn.
Surrogate
Burung Merbok,
the ones who are the real traitors to your own race are the ones who knowingly smokescreen both eyes, muffle their voices, soundproof their waxed ears and dine and dance to the tune of self-destruction albeit you self-alleviate your so called patriotism to the elites of umno.
It is far safer to tread in the lowest abyss, to join the other un-enlightened ones TO grafts, titles, profanity, bigotry, pride and prejudice, obscene earthly wealth, suppression and oppression of the minorities..
and be where good angels are, with the Almighty, where true justice, fairness and compassion prevail for all - right here on the earth, being conscious these values have eternity value ! No worries, what the Almighty warns, saith and determines, only matters. You will be surprised the ones you despise on earth will not be on your super-express highway.
Sir Aspan, right on.
Post a Comment