01 February 2012

Nak jawab sikit komen Awang Selamat

Awang Selamat dalam tulisannya berdukacita kerana orang Melayu lah yang paling ramai tidak mendaftar sebagai pemilih walaupun mereka layak untuk mengundi. Lain-lain bangsa telah dan sedang bergiat mendaftar sebagai pemilih untuk melaksanakan kewajipan mereka terhadap negara.

Awang Selamat juga menzahirkan kebimbangannya jika sikap sambil lewa orang Melayu ini berterusan, ia akan melemahkan kekuatan orang Melayu dalam mempertahankan Perlembagaan Negara yang mempertahankan kedudukan orang Melayu didalam negara ini. Awang Selamat juga mengingatkan orang Melayu supaya tidak menjadi kaum yang bergegar-gegar dalam majlis-majlis politik tetapi tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan terhadap negara. Akhirnya kata Awang Selamat, orang Melayu akan hanya menang sorak tetapi kampung tergadai.

Komen Awang Selamat ini memang betul, tetapi apa yang Awang Selamat tidak bertanya ialah, kenapa orang Melayu menjadi begini sikapnya? Kenapa orang Melayu tidak prihatin terhadap tanggungjawabnya untuk mengundi dan menentukan halatuju perjuangan bangsa Melayu dalam negara ini. Awang Selamat tidak bertanya siapa dan pihak mana yang bertanggungjawab menjadikan ramai dikalangan orang Melayu tidak mengambil tahu bagaimana pentingnya mendaftar diri sebagai pemilih?

Selain dari tidak mendaftar sebagai pemilih, ramai di kalangan anak muda menyertai serta menyokong parti-parti pembangkang yang selama ini dimomokan oleh UMNO sekian lama. Anak-anak muda tidak lagi mahu pemikiran mereka dikuasai oleh pimpinan yang tidak bertanggungjawab terhadap nasib masa depan mereka.

Yang telah keluar dari universiti, misalnya terus terbeban dengan hutang PTPTN yang banyak dan tidak berkesempatan untuk membantu ibu bapa yang dalam kesusahan seperti yang mampu dilakukan oleh graduan-graduan zaman dan masa dahulu. Mereka tahu segala slogan yang cantik yang kononnya memberikan kelegaan kepada rakyat untuk mencari peluang untuk hidup dalam kesenangan tidak kesampaian.

Awang Selamat tidak sedar yang rakyat, terutamanya yang muda-muda ini, tahu yang rakyat dalam negara maju telah memberikan pelajaran kepada rakyatnya secara percuma, terutamanya dalam negara-negara Scandinavia. Di kesebelasan negara tersebut pelajaran adalah percuma sehingga peringkat yang tertinggi. Tetapi kerajaan dan pimpinan kita memilih untuk mengambil contoh negara-negara yang pelajaran dan pendidikan masih dibayar dengan harga yang tinggi.

Desakan dalam jiwa rakyat terutamanya gulungan muda merasa tertipu kerana semua pemimpin BN menganggap negara kita negara yang maju dan kaya raya tetapi mereka masih membayar harga pendidikan yang begitu tinggi.

Anak-anak muda sudah tahu di negara Scandinavia tidak ada 'twin tower' yang tinggi-tinggi tetapi pendapatan per kapita mereka lebih tinggi dari negara-negara G8. Di negara-negara tersebut tidak ada 'tiang bendera' yang tertinggi dalam dunia dan tidak ada'gong' yang terbesar didunia yang pernah diletakkan di Angkasa Puri suatu ketika dahulu, tetapi negara mereka maju dan rakyat mereka hidup dalam keadaan aman dan damai.

Di negara-negara maju seperti di negara kumpulan Scandinavia, pemimpin-pemimpin mereka tidak bersusah payah turun ke bawah untuk bersalaman dengan rakyat, sebaliknya dasar-dasar yang baik dan sempurna pelaksanaannya sampai kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin disana tidak dikenali oleh masyarakat antarabangsa kerana mereka menumpukan segala tenaga untuk memperbaiki keadaan hidup rakyat negara mereka. Perdana Menteri mereka seperti PM Switszerland, Norway, Sweden tidak dikenali oleh kita semua. malahan di dalam saluran TV negara-negara tersebut, jarang sekali kita melihat PM mereka pergi kesana kemari untuk melepaskan anak itik dan ayam atau merasmikan tandas awam seperti yang lazim kita lihat di sini.

Disini pemimpin berkempen dengan harga yang tinggi dan dengan urusan menyambut pemimpin dengan kos makanan dan khemah yang sampai memakan belanja jutaan ringgit. Pemimpin kita hanya menumpukan masa dan tenaga untuk mencari jalan bagaimana hendak membeli undi dengan harga murahan sebanyak RM500 untuk mengekalkan kuasa.

Pemimpin kita hanya mengekalkan kuasa melalui pembelian undi dan memomokan pihak yang menentangnya yang mahu menjadi alternatif kepada kepimpinan yang kian hari kian ternoda dengan ketirisan serta rasuah yang begitu tinggi dan besar yang tidak dapat disorok-sorok lagi.

Isu rasuah merupakan isu terbesar kerana rasuah bukan kecil balanya jika ia menimpa negara. Banyak negara-negara didunia ini telah lebur segala tamaddunnya jika rasuah tidak dikawal. Rakyat bukannya tidak memberikan peluang untuk pemimpin menghindarkan rasuah ini tetapi kesabaran rakyat itu diambil oleh pemimpin sebagai kelemahan kepada rakyat dan mereka terus sahaja memanipulasi harta rakyat tanpa segan dan silu.

Banyak lagi perkara yang patut disebut tetapi orang ramai tidak tahan membaca mana-mana ‘article’ yang panjang. Setakat ini dahulu yang dapat saya tulis. Diharap Awang Selamat memahami keadaan sebenar dibawah ini. Kita faham Awang Selamat tentu menyebelahi ‘the buttered side of the bread’, tetapi itu hak Awang Selamat untuk menentukan sikapnya.

Semua mesti faham yang ditadbir oleh pemimpin dan negara ini adalah manusia yang mempunyai perasaan seperti Awang Selamat juga. Perasaan itulah yang telah diguris dan dilapah sejak dua tiga dekad yang lalu. Kita mesti akui, sedangkan anjing kurap pun akan mengotek ekornya kalau dilakukan perkara yang tidak baik kepada mereka, inikan manusia yang mempunyai akal fikiran yang dianugerahi Tuhan Maha Esa.

30 comments:

Anonymous said...

Komen yang bernas..................teruskan usaha murni anda..............

adie said...

Well said AA.
Tapi sayang masih ramai lagi melayu yang buta mata hatinya.. Awang Selamat included..

AbU.

Anonymous said...

UM ni jadi sampah, kerana diurus oleh org yg suka buat sampah dan memberi keuntungan kepada kontraktor sampah je..

Anonymous said...

Well said Sir ! Very aptly put ! Thank you for continuously writing top notch , eye-opening articles.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Sekiranya tiada PR:

1.Mamak murtad akan menyedut duit Petronas sampai kering menjadikan ahli keluarga dan saudara maranya di Msia dan India sebagai billionaire.

2.Rakyat akan diperlembukan seperti hamba sampai mati.

3.BN akan bermaharaja lela melanun.

4.Semua keperluan asas untuk rakyat hidup dikenakan bayaran.Tak mustahil suatu hari nanti akan dikenakan cukai udara oxygen dengan alasan kos maintenance alam sekitar tinggi.

5.Setiap rakyat akan diwajibkan mencarum ketabung kesihatan Icare dan hanya boleh mendapat rawatan dihospital kerajaan sekiranya menjadi ahli Icare.

6.Penjawat awam bertambah bodoh dicuci otak dgn sabun cap BTN.Minda rakyat pula dipenjara oleh media2 bawah tempurung BN.

7.Putrajaya akan diwarisi oleh keluarga Razak,Hussein Onn dan Madey shj.

Dan

8.Yg paling rugi sekali adalah bangsa melayu yg akan ketinggalan dari semua segi kerana ditipu oleh UMNO BARU milek Madey.
--------------------------------------
Buat apalah bangunan2 pencakar langit tinggi2 sedangkan kualiti hidup kita masih ditahap rendah.Majoriti pendapatan rakyat cukup2 makan.Tak sampai sebulan dah habis gaji kerana kos hidup yg tinggi.

Masih ramai lagi rakyat desa diMsia terutama di Msia Timur tidak mempunyai keperluan asas seperti air bersih,elektrik,jalan tar dan masih lagi berak disungai2.Dibandar2 besar terdapat banyak perkampungan setinggan kerana tiada kemampuan membeli rmh.

Sepatutnya setelah 1/2 abad memerintah tiada lagi kemiskinan kerana negara kaya dgn hasil buminya.Terlalu banyak naga dan buaya dalam BN melahap wang rakyat.

Projek mega berbillion-billion ringgit menjadi kegemaran BN kerana boleh mengkayakan keluarga2 dan kroni2 mereka.

Memang tak logik BN mengenakan bayaran utk belajar sampai ketahap U.Memberi pelajaran yg murah harganya atau percuma kpd rakyat adalah tanggungjawab sesebuah kerajaan.Belanja berbillion-billion utk kapal selam dan benda2 lain yg tak berfaedah boleh pulak, tapi utk pembelajaran rakyat amat kedekut sekali.Mungkin BN suka majoriti rakyat Msia bodoh macam lembu,supaya mereka boleh terus berkuasa sampai bila2.

Anonymous said...

As Salam Tuan AA. Setiap pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat tentu ada balasannya di dunia atau di akhirat kelak. Sebagai contohnya, apa sahaja yang dilakukan untuk menaikkan namanya atau parti, pasti menjadi sebaliknya sebagai contoh B1M yang hanya diberi kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3000 sebanyak RM500 sebagai gula-gula PRU13. Selalunya golongan ini yang dikategorikan sebagai golongan berpendapatan sederhana rendah atau rendah adalah paling sedikit sekali bilangannya mendaftar sebagai pengundi yang berkelayakan atau tidak mahu ambil tahu permasalahan politik tanahair. Apakah matlamat kerajaan UMNO/BN (merasuah) memberi bantuan tersebut hanya kepada mereka yang kononnya bertujuan meringankan beban bagi menghadapi kegawatan ekonomi sekarang? Bagaimana golongan yang berpandapatan atas RM3000? Tentunya mereka akan marah dan mengatakan kerajaan sekarang tidak adil dalam mangagihkan hasil negara dan akan melunaskannya di dalam PRU13 nanti? Sedangkan golongan ini yang paling ramai sekali mendaftar sebagai pengundi dan amat prihatin di dalam soal politik dan masa hadapan negara? Semua tindakan yang serba tak kena oleh kerajaan UMNO/BN sekarang adalah kerana mereka tiada keikhlasan dan tiada wadah perjuangan terhadap agama maupun bangsa. Oleh itu mereka ini seperti mengkhianati serta menzalimi rakyat dan doa rakyat yang dizalimi adalah diterima Allah tanpa ada sempadan atau halangan maka kita lihatlah nanti kejatuhan sebuah kerajaan yang zalim lagi hina selepas PRU13. Insyaallah

nick said...

Pak,

The issue that has Awang Selamat jumping off his chair and penning a "concerned and caring" editorial is not really about the low voters registration among our eligible citizen (since it's happening and occurring in the most democratic and developed nation too). What actually irked Awang Selamat is that fact that the registration of young voters in Malaysia is actually increasing (especially among the non Malays) and in tandem with that is the increase of support received by the opposition (especially DAP, decades much maligned by UMNO as communist, anarchist and traitors) by those said young newly registered voters. In contrast, UMNO and BN are gaining support only from PATI, gangsters and not to mention those undesirable element which is the off springs of the corrupt leaders of the numerous UMNO branch and "twigs".

Awang Selamat (UMNO) also could not but acknowledged that the younger Malays voters tend to view UMNO as "dirty and revolting" (surprisingly the malay word of "jijik", "kotor" could better convey the loathing young Malay generation have towards UMNO). However, the biggest blow to Awang Selamat was the unmistakeable facts that more and more malays especially the younger generation are joining DAP and PAS (both who have been at the receiving end of countless lies, slanderous label such as extremist, communist, traitors and if course Anti Islam /DAP, Taliban/PAS). That's like the Malays literally adding insult to UMNO's injury. And this is despite the continuous lies, propaganda and deceitful slander thrown at DAP and PAS by the government "pet" information animal, the MSM.

Awang knows that even with a 100% control of the airwaves and the MSM, UMNO is continuously losing ground and support, the future of UMNO without power and control over the government machinery if it ever lose the election will be even worse. It will literally means the death of UMNO and for the likes of numerous A"Wang" Selamat in the government and its various tentacles, it will be the loss of income, handouts, contracts and tenders and of course title and "prestige". With the host dying of terminal illness, the numerous parasite that haunts it are starting to panic and tremble. Awang Selamat must surely be hitting the keyboard with trembling hands and fingers writing the editorial, I have no doubt and Awang must be glad too that someone invented the keyboard, otherwise his unreadable scribble will surely reveal his fear and hopelessness!

Nick.

Amuraria said...

LEMBU SELAMAT UTUSAN MELOYA DARI KONDO UMNGOK-BN NI BIMBANG SEMAKIN RAMAI MUDA MUDI SEDAR SETELAH MAKBAPAK MEREKA DILEMBUKAN UMNGOK-BN SEKUTU APCO SELAMA LEBIH SEDEKAD, PECACAI UMNO DARI MEDIA AMPU INI HANYA MERAPU MAHU SOKONGAN TAPI MELAYU TIDAK LUPA SELAMANYA !

Anonymous said...

Semua yang umno buat untung kepadanya dan beban kepada rakyat jadi tak payah cakap banyak kita tukar sahaja lepas itu siasat each and every one of them on their assets ,liabilities,guarantees and ask them to account for it.Semuanya dah desperate jadi takkan rakyat ni bodoh sangat untuk buat pilihan.

Anonymous said...

Upacara menabur WANG .......... murah hatinya kerajaan!!

Dulu tabur JANJI .....

Anonymous said...

Awang Selamat cakap berkias..maksud nya..masih ramai lagi org bangla,nepal,myanmar,negro..yg belum mendaftar sebagai pengundi..yg TENTUnya akan memenangkan BN..org melayu harus sedar kerajaan BN tengah mempelekehkan bangsa melayu apabila membawa masuk pendatang asing..yg akan di beri IC nnti..

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Jika melayu yang enggan mendaftar ini kerana marah dan benci kpd pemerintah maka inilah yang amat di gemari dan diharapkan oleh pemerintah yang pastinya bukan satu langkah yg bijak namun itu hak mereka. Kita berhak untuk mendaftar atau tidak atau dah mendaftar tapi enggan mengundi atau pun mengundi calun pilihan. Yang pasti selepas kita menunaikan hak kita, tidaklah perlu kita rasa sedih, mual, marah atau kecewa atas akibat dari keputusan kita dalam menunaikan hak kita. Hujung2 pun kita kenalah terima keputusan majoriti yg memilih untuk menunaikan hak mengundi.

Anonymous said...

Saudara AA

Si Awang ni berasa amat 'tidak selamat'lah dan sanagat tertekan dengan komen anda. Syabas!

Anonymous said...

Anon 8pm

Saya setuju dengan anda. Kerajaan menggunakan PATI untuk mengundi mereka pada PRU yang akan datang.

Namun, semenanjung Malaysia masih lagi lebih baik berbanding dengan Sabah yang kini dilimpahi oleh PATI PATI.

Saya cuma berharap semoga Sabah akan dikembalikan kuasa autonominya untuk mengawal imegresen apabila kerjaan PR mengambil alih putrajaya.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Negara kita mempunyai pelbagai sumber seperi minyak,kelapa sawit,getah dsb...sepatutnya pihak kerajaan dpt mengunakannya untuk faedah rakyat....tetapi yang berlaku adalah sebaliknya....tunggu lah masa bila semua sumber2 tersebut dah tiada,masa tu rakyat akan mengeluh....

Juraimi Zainal said...

As-Salam...

Artikel tuan yg ini sgt menarik...

Sungguh menduka cita kan bg kita bilamana negara2 scandanavian mempunyai tahap rasuah yg begitu rendah sekali...

Jika di izin Allah swt, ingin sekali melihat PR bila diberi peluang memerintah menjd seperti negara2 Scandanavian tu especially urus tadbirnya...

Saya sgt percaya jika dasar2 yg diunjur utk kepentingan rakyat, maka secara automatik tak perlu lg pacak2 bendera ni utk memancing undi...

Anonymous said...

Apa lagi yg kau tak dapat? Janganlah bercakap hanya untuk spin! Bagilah negara ke DAP! Lihat Pulau Pinang dah jadi semacam Hong Kong! Akhirnya memang Melayu akan terpinggir juga! Ikut pendapat kau, punahlah bangsa!

Anonymous said...

Salam tuan,

Awang Selamat tu makan gaji. Siapa berani lawan? kecuali Anwar dan beberapa kerat pemimpin sahaja yang sanggup berhadapan dengan segala kesusahan, keji, fitnah, dimalukan depan keluarga, di ISAkan, ditumbuk.

Sebab itu saya katakan, kita bukan sokong tubuh badan Anwar. kita sokong keberanian dia untuk membenteras rasuah, penyelewengan dan salahgunakuasa.

Seperti yang saya katakan. Awang Selamat seperti juga ramai pegawai atasan. Tidak akan ada yang berani. Sebab itu mereka merelakan diri di cucuk hidung. Mengikut apa yang disuruh, walaupun di suruh untuk memfitnah orang lain.

Bagi saya, oang yang begini tidak ada 'nilai' dan 'harga diri'.

Anonymous said...

Selagi Awang Selamat ni menulis di UM, selama tu lah UM terus dibenci dan merosot jualan, terpaksa lambakkan kat masjid2 secara percuma.

Dah tak laku..nak pastikan mesej sampai terpaksa buat macam tu. Cuba tanya Awang Selamat..agak2nya kenapa kes kepala babi dijumpai kat masjid makin menjadi2 hanya waktu dekat pilihanraya.

Anti Pembelit said...

Pemberian RM500 tidak akan menguntungkan BN kerana setiap sejuta rakyat yang menerima,akan ada 2 juta rakyat yang bengang,marah dan merajuk,terutama pembayar cukai pendapatan.

JUSAPLUS said...

Sampai sekarang saya menderita utk membayar kereta proton pesona basic yg mahal dan setiap kali accident seluruh occupantnya mampus kerana tiada langsung ciri2 keselamatan. Kalau nak ciri2 keselamatan tambah lagi RM5ribu, jawabnya tak makan 3 bulan anak2 dan isteri saya. Begitulah zalimnya BN ini. Kami orang2 muda tetap akan tukar kerajaan BN ini di PR13!

Anonymous said...

anon 23:07

Apa nak cakap Pulau Pinang memang dari dulu( BN-Gerakan) lagi dah macam tu, apa yang hendak di hairankan?Masa UMNO dapat kerusi terbanyak dulu mengapa tak ambil alih UMNO jadi ketua menteri hah? kan bodoh maananya tu,sekarang baru nak cakap punahlah bangsa Piiiidah,UMNO penuh dengan rasuah pasal tulah Penang jadi macam tu,jangan salahkan DAP,UMNO dah diberi peluang lebih dari 50tahun,sekarang ni zaman DAP pula, ha terimalah. Jangan salahkan DAP salahkan MELAYU/MAMAK yang ada sekarang ni....padan muka

matpenang said...

Salam tuan,

Kalau media utama negara siarkan tulisan tuan, toksah lama la dalam sebulan cukup. Tertiarap UMNO. Artikel yg ditulis dari hati akan menyentuh hati.

Pada pengulas ni (Anon 2 February 2012 23:07:00 GMT+08:00). Ni abang hang orang Penang nak habaq. Bila DAP pegang Penang, teruih jadi mcm tu ka dlm tempoh 4 tahun?? Jin pun kalah ma'arop oii.

Tahun 80an, orang melayu (ulang sekali lagi) orang melayu yang duduk di Tg Tokong, Tg Bungah, Batu Feringgi, Telok Bahang, Bagan Jermal semua di amek tanah depa dan diganti dengan flat. Pampasan lebih banyak pada pemimpin UMNO berbanding penduduk. Yg ada simpanan wang, cabut pi seberang perai. Yg takdak, terpaksa duduk flat.

Tok sah dok cakap merapu kalau tak faham.
-------
Tuan pemilik blog, doa kami bersama tuan.

Quiet Despair said...

Ya Tuan Aspan, heran betul kenapa ramai Melayu tak register sebagai pengundi. To think that Malays are the most politically conscious lot.
It's been the norm among Malay families since pre merdeka days to always discuss politics at the dining table.
Non Malays are only interested since the last two elections.
They always tell me they are not interested in voting and dont care who is the government.
But alas, they are now registering in droves as voters and seriously want to trounce the government.
Orang Melayu pulak kini yang berfikir tak payahlah mengundi sebab BN tentu menang. Bahaya tu.

Bruno and Kampungan

I see you guys are in this blog too now. I have always been a fan of Aspan and Sakmongkol.
It's so nice to know that Tuan Aspan and Kampungman are old pals. Though you two belong to different camps, its laudable to see the reunion of old friendships.
It must be treasured always. Politics lain, kawan lain.
I wish I belong to your age group so that we can click for old times sake.

Anonymous said...

salam.
sayang sekali pemberian BRIM yang mempunyai matlamat yang tersendiri ini sedikit sebanyak menambah luka yang sepatutnya mulai sembuh..warga emas yang selama ini menjadi fixed deposit umno kini mulai sedar bahawa mereka perlu mendengar cersmah dan propanganda sebelum mendapat duit..kena tunggu lama untuk menantikan kehadiran YB untuk berucap..rakyat yang mulanya berterima kasih kini ada yang menyampah dan menyumpah..peliknya adakah mereka ini sedar atau terlalu angkuh untuk menyedari hakikat ini..warga emas ini yang menjadi benteng umno sebenarnya bukannya umno menjadi benteng mereka..jadi pikir-pikir wahai pemimpin2 atasan..jangan terlalu angkuh dengan kekayaan dan keselesaan kerana NYAWA ni bukan kita punya....bila NYAWA di cabut tanpa sesaat pun lambat..maka kita habis NIKMAT yang sementara ni

Anonymous said...

salam.
Sebelum menjelang pilihanraya yang semakin hampir dan jauh ni..selagi calon belum di canang..bakal2 calon semakin hebat berkempen samada sesama komponen dan semasa parti..gurka2 di wadahkan untuk BERKERJA UNTUK PARTI..yang bangang dan lurus bendul begitu retorik dan taksub..yang sedikit pandai takut nak berterung terang kerana nanti tak masyukk..yang pandai kerjanya mengapi-apikan dan yang terlebih pandai tersenyum kambing melihat kebodohan dan kebangangan mereka ni...

Zaki said...

Saya pernah belajar di Finland hampir 2 tahun. Pernah ternampak PM Finland (seorang wanita) membeli-belah di supermarket sambil menolak trolinya sendiri. Pegawai keselamatan ada tapi sekadar memerhati dari jauh. Bila PM tersebut datang ke universiti, protokolnya sangat ringkas. Jamuan pun sekadar jamuan ringan. Berbeza dengan negara kita...:( Itulah sebabnya kadangkala saya tertanya, antara kita dan mereka, siapa yang lebih Islamik?

Anonymous said...

Kenapa ye buat perbandingan dengan negara-negara di Semenanjung Scandinavia? Cara bercakap macam lama duduk di sana? Yang paling bahaya ialah bila kita tahu sedikit sahaja tentang negara orang dan bercakap seolah2 cukup mahir dengan sistem politik, sosio, ekonomi dll dalam negara tersebut.

Posh said...

To awang selamat, think again n take this as an eye opener for u..n to mr aspan, i like reading ur blog.. Views that come from the heart and mind unlike other bloggers who just copy n paste articles from elsewhere..

Anonymous said...

Saudara AA,

Perkara seperti ini adalah amat kotor, tidak beretika, menjijikan dan muak, tetapi seperti biasa, ia akan 'counter productive'.