05 February 2012

Kita memerlukan siasah, 'ambience' politik dan imej negara yang baru

Sejak saya menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 8hb Januari yang lalu, saya agak sibuk juga berjumpa dengan ramai rakan-rakan lama yang saya sudah lama tidak temui. Setiap hari ada sahaja beberapa panggilan talipon dari sahabat-sahabat lama ini, ada yang sudah dua puluh tahun tidak bersua. Mereka berjumpa untuk bertanya khabar setelah mendengar berita yang saya sudah meninggalkan UMNO untuk melalui wadah baru perjuangan setelah menyepi hampir dua dekad.

Sesungguhnya selama saya kesaorangan di rumah bersama cucu-cucu, saya sempat berfikir dan membuat ‘soul searching’ secara serius tentang isu-isu politik yang berbangkit dalam negara kita ini. Saya memerhatikan lagak dan laku pemimpin-pemimpin melalui TV yang kebanyakkannya adalah dari mereka yang saya kenal sejak berdekad-dekad dahulu yang kini sudah menjadi pemimpin, tidak dapat memahami dan menyelami perasaan ahli-ahli UMNO dan rakyat amnya.

Ramai di antara mereka yang berjumpa dengan saya itu adalah ahli-ahli UMNO serta pemimpin diperingkat rendahan seperti ketua-ketua bahagian UMNO serta jawantankuasa mereka. Ada juga pemimpin peringkat yang tinggi memanggil bertanyakan kenapa saya menyertai pembangkang sedangkan saya telah menyertai UMNO selama empat puluh tahun, lebih lama dari mereka sendiri.

Pertanyaan-pertanyaan ini saya jawab hanya dengan meluahkan satu dua baris ayat jawapan. Yang paling selalu saya jawap ialah, UMNO sudah hilang identitinya samasekali. Saya sudah tidak mengenali UMNO lagi. Parti yang di sebut sebagai UMNO itu sudah tidak rupa UMNO lagi. UMNO hanya tinggal pada nama tetapi tidak ada rohnya lagi. UMNO ibarat kucing dengan tikus. Dulu kucing makan tikus tetapi kucing sekarang takut pada tikus. Kadang-kadang saya menjawab dengan bertanya satu soalan; kenapa saya mesti kekal dalam UMNO? Apabila soalan itu dijawab barulah saya boleh menjawab soalan kenapa saya menyertai DAP.

Pemimpin-pemimpin sekarang tidak memahami apa itu UMNO sebelum mereka menyertai parti itu. Sampai sekarang mereka tidak memahami apa itu UMNO dan mereka jugalah yang menjadi pemimpin parti itu dan mentadbir negara dengan cara yang kita lihat sekarang. Mereka menganggap menyertai UMNO dan seterusnya menjadi Menteri dan sebagainya itu merupakan perkara yang ‘ultimate’ bagi mereka tetapi mereka tidak pernah berusaha untuk menjaga apa yang terkandung dalam BAB3 Perlembagaan Parti itu.

Dosa terbesar UMNO ialah membantutkan daya pemikiran orang Melayu. Orang Melayu tidak dibenarkan berfikir diluar kotak tetapi dalam masa yang sama mereka beretorik supaya orang Melayu menjadi bangsa yang global. Bercakap yang benar didalam UMNO itu merupakan kesalahan dan kita tahu yang UMNO hanya bergantung kepada kuasa pinjaman yang diberikan rakyat sahaja. UMNO tidak mampu mempertahankan diri dengan menunjukkan kerja baik dan membangun.

Ini disebabkan imej parti itu yang sudah terlalu tercemar dengan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan. Maka satu-satunya jalan untuk mempertahankan diri ialah dengan membuat segala perkara yang lazim dilakukan oleh pihak-pihak yang ‘desperado’. Dimana-mana rasuah, baik dalam kerajaan atau dalam parti. Wang ringgit merupakan satu-satunya cara bagi mereka untuk mempertahankan diri, semuanya hendak dibeli. Jiwa dan perasaan pun menjadi bahan dagangan. Saya amat runsing melihat apa yang akan terjadi kepada bangsa saya yang dijadikan sebagai ‘political prostitute’ dengan membayar setiap perkhidmatan terutamanya semasa pilihanraya hampir tiba ini.

Bagi saya perkara ini wajib dihentikan kerana yang akan terbantut daya pemikirannya ialah orang Melayu sendiri. Orang Melayu sudah begitu lesu, tidak berdaya berfikir secara jelas kerana jiwa mereka telah ditawan dan dikurung tanpa boleh berbuat sesuatu untuk kemajuan masa depan mereka. Mereka telah diasah yang boleh menjamin masa depan mereka ialah UMNO sahaja.

Tetapi UMNO itu sendiri sedang menghadapai saat kematian kerana penyakit yang tidak boleh diubati seperti rasuah, rendah diri serta tunduk kepada tekanan yang dilakukan oleh mereka yang telah digaji dan diupah untuk menjaga mereka. Rakyat tidak boleh berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak pemerintah yang diberikan mandat oleh rakyat itu sendiri.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidak dapat menerima bahawa parti itu sudah tidak UMNO lagi kerana UMNO yang sebenarnya tidak bersifat seperti yang kita lihat pada hari ini. UMNO sudah menjadi parti yang ‘clueless’ dan tidak lagi berdaya walaupun hanya untuk menentukan arah tujuan perjuangan partinya.

Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak ‘abreast’ dengan keadaan baru yang menyelubungi pemikiran dan kehendak semasa rakyat yang baru. UMNO tidak sedar yang rakyat mahu hidup aman damai dengan jiran tetangga dan tidak mahu lagi terkongkong dengan perasaan rasis yang menebal. UMNO masih memainkan perasaan dan sentimen perkauman. Ramai yang telah membabikan saya kerana menyertai DAP tetapi tidak mahu mengenalpasti kenapa ramai orang Melayu sedang berjinak-jinak dengan parti itu selain dari berjinak-jinak dengan PAS dan PKR.

UMNO tidak mahu berkorban dengan mengikuti kehendak rakyat yang dahagakan sebuah kerajaan yang telus dan terhindar dari rasuah besar-besaran. Rakyat sedang mencari penyelesaian terhadap ‘capital flight’ secara haram yang telah mencecah kepada jumlah melebihi satu trillion ringgit. Rakyat tidak berpuas hati dengan kedudukan yang kelima terbesar jumlah kehilangan wangnya ke luar negara.

Rakyat mengharapkan UMNO yang telah diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir dengan baik dan jujur, tetapi UMNO tidak juga mahu melakukan kebaikan itu. Maka kebanyakan rakyat sedang menyelesaikan keresahan mereka dengan memberikan sokongan kepada parti lain yang diharapkan dapat memperbetulkan keadaan yang menjijikan ini.

Sikap ‘cepat tangan’ pemimpin UMNO pada hari ini menyebabkan ramai rakyat yang sudah tidak lagi percaya kepada UMNO. Rakyat sudah mempunyai persepsi yang ‘conclusive’ terhadap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai seorang pun pemimpin yang boleh dipercayai. Setiap projek kerajaan mesti ada sebahagian dari keuntungan kepada pemimpin yang mengetuai kementerian atau jabatan yang mereka ketuai.

Persepsi buruk ini sudah menjadi stigma yang tidak boleh dibuang lagi. Saya selalu bermimpi untuk memulakan sebuah negara yang baru dengan siasah baru dan ini hanya boleh dilakukan oleh seorang yang berkemampuan dan yang tidak mempunyai ‘baggage’ dan berpengalaman dalam mentadbir dan mempunyai kemampuan politik yang tinggi. Saya tidak berhenti berdoa agar Tuhan mendatangkan seorang pemimpin yang berkemampuan untuk membetulkan keadaan yang sudah menjadi keresahan rakyat keseluruhannya.

Yang penting, keadaan politik yang tidak menentu ini mesti ditinggalkan dibelakang untuk kepentingan rakyat semua kaum dan negara amnya.

33 comments:

adie said...

Saya akan mengaminkan doa tuan.

Juraimi Zainal said...

Rohnya telah hilang tuan... malas nak pikir parti kroni/kronik ni... ABU...

Kene jatuh baru diorang sedar...

Anonymous said...

Satu artikel yg bernas. Hanya orang seperti tuan yang open minded dapat meluahkannya secara telus. terima kasih tuan atas penulisan yang saya anggap begitu bernas jitu dan uptodate. harap pembaca dapat menilai penulisan tuan ini dengan minda yang terbuka. Moga Tuhan melindungi tuan seisi keluarga.

Anonymous said...

Tuan Hj. Saya sokong tuan Hj masuk DAP kerana outcomenya adalah banyak kebaikan yang akan rakyat dapat. Berlagak bila jadi Pemimpin Besar melalui UMNO sudah berlalu.sedikit arus dan gelombang yg Tuan lalukan amat meninggalkan kesan kepada orang yang mahu berfikir. kekalkan momentem yang ada dan kalau boleh buat lonjakkan lagi kerana DAP parti yang diHALALkan oleh kerajaan Malaysia dan bukan Parti Komunis Malaysia(PKM) yang telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Anonymous said...

Tuan Hj. Saya sokong tuan Hj masuk DAP kerana outcomenya adalah banyak kebaikan yang akan rakyat dapat. Berlagak bila jadi Pemimpin Besar melalui UMNO sudah berlalu.sedikit arus dan gelombang yg Tuan lalukan amat meninggalkan kesan kepada orang yang mahu berfikir. kekalkan momentem yang ada dan kalau boleh buat lonjakkan lagi kerana DAP parti yang diHALALkan oleh kerajaan Malaysia dan bukan Parti Komunis Malaysia(PKM) yang telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Melayu Kena Sokmo said...

As salam Tuan AA. Memberi mandat kepada Pemimpin UMNO untuk menerajui negara adalah diibaratkan "mengupah penyangak menjaga peti berisi emas" atau "seperti tikus membaiki labu". Yang amat saya kesalkan kenapa masih ramai golongan rakyat yang begitu tegar sokongan mereka terhadap UMNO/BN, walaupun secara terang-terang para pemimpin parti tersebut telah mengkhianati amanah mereka. Nak dikatakan kenang budi pemimpin, maka para pemimpin lah yang patut berterima kasih dan menyanjungi rakyat kerana memberi undi kepada mereka, hinggakan sekelip mata sahaja membolehkan mereka (pemimpin UMNO/BN) ini menjadi kaya raya. Atau sikap rakyat sendiri yang tidak rajin membaca dan hanya mahu disumbatkan ke telinga mereka dengan berita "tipu" oleh media upahan/tali barut pemerintah sahaja. Terasa sebak dan pilu hati ini apabila hampir dua dekad saya berkhidmat di luar negara dan kini pulang untuk melihat angin perubahan politik di tanah air sendiri tetapi apakan daya suara sebagai rakyat biasa di negara ini tidak lebih dari "anjing menyalak bukit sahaja". Semoga tulisan tuan akan menjadi wadah perjuangan dan mampu membuka minda masyarakat melalui media baru ini. Teruskan penulisan, Insya-Allah, saya dan rakan-rakan di dalam PR akan memberi sokongan padu kepada perjuangan tuan serta akan turut serta menjejaki langkah tuan.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Begitulah liciknya Maha Mamak menggunakan nama UMNO menipu bangsa melayu utk kepentingan keluarga dan kroninya.Sekarang ni nak promo anaknya menjadi PM pula.

Cubalah ahli2 UMNO dan penyokong2nya membuka sedikit minda mereka,melihat dan mengkaji dari sudut yg lain pula.Ini bukan soal parti siapa menang atau kalah,kuat atau lemah,tapi yg penting mencari kebenaran dan kebaikan utk generasi rakyat Msia akan dtg.

Sekiranya BN,baik pemerintahannya,secara auto ramai akan undi calon2nya.Tapi apa yg berlaku sekarang,cubaan merasuah rakyat adalah petanda BN sudah teruk sakitnya,dan sebagai rakyat yg bertanggung jawab kita mestilah menghindari penyakit yg dibawa BN utk kesejahteraan negara kita.

deniel ismail, KL said...

AA, I agree Umno is now a clueless party and now otw to end its life.

Your consistency earns admiration from all walk of life. cheers. i shall follow your writing till the end sir.

Anti Pembelit said...

Sentiasa mendoakan agar saudara AA beristiqamah dan bersabar dalam perjuangan menuju destinasi kerana akan melalui banyak onak dan duri diperjalanan.

UMNO BARU hanyalah utk manusia yg mempunyai DNA:

1.Kaki bodek
2.Kaki rasuah
3.Munafik
4.Hipokrit
5.Lanun
6.Penipu
7.Tamak haloba
8.Ego

Dan yg paling merbahaya,

9.ULARRRRR

Anonymous said...

Sdr Aspan,

UMNO BN rosak dan caca marba disebabkan sikap buruk kepimpinan tertingginya khususnya di era Tun Mahathir. Sekelompok pimpinan yang rusak akhlak, tamak haloba dan gila kuasa inilah yang bertanggungjawab menjadikan UMNO BN seperti apa yang ada pada hari ini.

Kumpulan kecil yang meneraju UMNO BN inilah yang menguasai segalanya, menggunakan wang ringgit serta memanipulasi sistem perundangan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka. Dengan kuasa dan wang ringgit yang sedia ada mereka mula membina rangkaian supporter berbilang aras dikalangan pimpinan peringkat sederhana dan bawahan demi memastikan kesinambungan kekuasaan mereka didalam parti agar mereka terus dapat membolot segala khazanah kekayaan negara.

Logik akal tidaklah sesukar mana untuk parti ini diperbaiki. Cukup hanya menghumban sekumpulan kecil pimpinan tertinggi bermasalah ini keluar dari parti berkenaan. Mereka inilah merupakan kelompok kecil dalam negara yang menguasai bahagian besar kek ekonomi negara Malaysia.

Namun apa yang merumitkan ialah kepimpinan peringkat rendah iaitu mereka yang merupakan supporter atau ahli yang berada di piramid pimpinan sederhana dan bawahan juga ikut terjebak dengan habuan wang ringgit,projek dan penyelewengan, mereka sudah terikat dengan pimpinan atasan mereka. Walau pun golongan ini merupakan kumpulan teramai dalam parti berkenaan dan berupaya menjadi satu kuasa penyelamat parti, namun kerana habuan & umpan yang telah ditelan, tidak memungkinkan mereka untuk membantah atau menungkah arus sekali pun sebahagian besar kumpulan ini sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Oleh itu tidaklah pelik bila pimpinan2 UMNO BN yang ada sekarang (termasuk pimpinan peringkat sederhana dan rendah yang merupakan kumpulan teramai) masih mempertahankan parti berkenaan sekali pun menyedari UMNO kian hilang arah dan sesat. Pada mereka jika UMNO BN tumbang..bukan hanya pucuk pimpinan saja yang berkemungkinan akan diheret ke mahkamah kelak, malah kumpulan di level sederhana dan bawah dalam hiraki pertubuhan tersebut yang ikut bersekongkol dengan rasuah dan penyelewengan akan turut dikait sama. Ini yang membimbangkan kebanyakan mereka dan menyebabkan kebanyakan pimpinan UMNO BN yang kian sedar itu tidak berupaya untuk melakukan apa2 selain mempertahankan parti berkenaan walau dengan apa cara sekali pun asalkan mimpi ngeri mereka tidak menjadi kenyataan.

Dek kerana terdesak maka kebelakangan ini kita boleh melihat berbagai kejadian luar biasa dan melampau telah berlaku terhadap pimpinan dan program2 anjuran parti lawan mereka iaitu PR. UMNO BN dalam situasi sekarang akan melakukan apa saja hatta perkara yang diluar batasan sekali pun untuk mengelakkan parti tersebut rebah tersungkur.

Hanya pimpinan2 UMNO BN yang tidak bermasalah atau sekurang2nya mereka yang pernah melakukan kesalahan kecil saja mempunyai keberanian untuk mengambil sikap positif dan meninggalkan parti tersebut.

Langkah Sdr Aspan meninggalkan parti berkenaan adalah tepat dan sebaik2 keputusan. Parti berkenaan tidak mungkin dapat diperbaiki lagi kerana ia diterahui oleh pimpinan2 yang tidak jujur, korup, haloba dan hanya memnetingkan diri, keluarga dan kelompok kroni mereka saja.

Kita tiada pilihan lain untuk selamatkan negara melainkan memastikan UMNO BN dikalahkan dalam GE 13 nanti.

W. Parjo said...

Assalam Pak Aspan,
Dosa terbesar UMNO ialah membantutkan daya pemikiran orang melayu.Kenyataan Pak Aspan ini memang amat tepat sekali.Ini dapat saya lihat terutamanya pada golongan penduduk luar bandar.Cara pemberian "one off" wang yang didakwa sebagai sifat keperihatinan pemimpin BN itu berjaya mempengaruhi persepsi mereka terhadap kerajaan.BN sekonyong konyong dilihat suci dan amat berwibawa.Pemikiran mereka terhenti dalam kepungan RM 500 itu sahaja,tidak mampu keluar dari kotak itu.BN tahu bahawa strategi mereka selama ini berjaya membantutkan pemikiran orang Melayu.

W.PARJO

hah! said...

DAP belum memerintah lagi.......entah2 DAP lebih teruk dari UMNO. Lebih baik tuan terus dalam UMNO, samada tuan perbaiki UMNO atau musnahkan dia dari dalam jika penyakitnya ammat parah........biarkan dia mati dengan aman supaya tidak hidup menyusahkan orang lain!

Ismail Hashim said...

hah,

Awak kena faham keadaan sebelum memberikan komen supaya pandangan saudara dihormati.

DAP tidak akan memerintah kerana parti itu tahu yang akan memerintah ialah orang Melayu. Itu sebabnya DAP tidak menurunkan calon yg mencukupi..hanya mungkin 50 kerusi sahaja.
Keduanya walaupun belum tahu DAP lebih baik tetapi DAP telah menunjukan prestasi yang memberangsangkan di P Pinang.

Tetapi yang pasti UMNO sudah menunjukan kelemahan sehinggakan rasuah tidak dapat dibendung lagi.

FAIZAL said...

salam Tuan AA,

Sy sangat kagum dgn segala pandangan dan pendirian ikhlas saudara dlm setiap artikel Tuan. Kerna sy yakin, segala ucapkata Tuan hadir dari hati yg ikhlas dan berpandukan pengalaman2 Tuan yg sgt lama dlm dunia politik UMNO. Sy hadir dari keluarga berpendapatan rendah, Alhamdulillah minda sy sampai ke hari ini masih belum dijajah oleh UMNO. kerna berdasarkan pengalaman sy sendiri ketika beberapa tahun dahulu yg berdepan dgn pemimpin UMNO di Terengganu, menambahkan lg kebencian sy terhadap mereka walau mereka seagama dgn sy. Mereka hanya Islam pd nama, tp segala perilaku/sandiwara mereka langsung tidak mencerminkan jati diri seorang muslim. sy yakin, ramai diantara generasi muda seperti sy pernah berdepan dgn pemimpin2 UMNO yg hanya tau bersongkok tinggi, tapi gagal dari menjalankan suruhanNYA.

Ikhlas,
Faizal
USJ 16 Subang Jaya

chempaka said...

Sdra AA

Keruntuhan tamadun-tamadun agung dunia pada satu ketika dulu seperti Rom dan China dikaitkan dengan kerakusan pemimpin-pemimpinnya dari atas hingga ke akar umbi dalam amalan rasuah, kronism, perempuan, mementingkan diri, khianat, dengki, dan juga gejala hedonisme. Mereka yang menganggap diri mereka pemimpin Malaysia hari ini ada lengkap kesemua unsur ini. Mereka menanti saat untuk dikuburkan, jangan tunggu runtuh satu negara . Kita gunakan hak kita dalam PRU 13

Anonymous said...

I've been following Tn AA's blog since last yr. Seriously, I've been surfing Malaysia today, chedet, Dato Sak's, bigdog for quite some time. I just want to say the fire in me to c a Better government has just been reignited by Tn AA's inclusion into DAP. I am attracted to some Malay leaders because they can be so charismatic. I still think regardless of who or which race is to become PM, he / she needs to prove himself as clean n transparent. Najib tries hard, but the legacy issue remains unsolved. Why can't Tengku razaleigh helm umno?

Umno serve a group of people. DAP serve groups of people. Guys, we hv seriously bigger issues to handle today than 10-30yrs ago. No one will gv a shit who leads d country when ur currency n economy is in tatters. We shud not b slaves to anyone. Change for better even if that means a change in leadership. Accept, embrace n assimilate.

sabir said...

Tuan Aspan, i salute you :-)

matpenang said...

Hah,

Kebenaran tulisan Pak Aspan jelas pada sikap anda.

Rakyat mahukan kerajaan yang telus dan jujur. Kerajaan itu kena ikut syarat yang rakyat beri, walau apa nama parti itu.

Kita mahukan trend UMNO memerintah yang terlalu lama ini dihentikan. Biar nanti siapa pun yang memerintah tetapi jujur dan amanah. Kalau tidak ada ciri2 ini, rakyat akan jatuhkan juga.

UMNO dah terlalu rosak untuk memulihkan negara. Zaman mereka dah berlalu. Yang ada mempertahankan UMNO sekarang ini ialah mereka yang masih mahu mengutip harta sebanyak yang dapat sebelum kapal mereka karam.

Ilham Pemikir said...

UMNO nak cukupkan 55 tahun memerintah, baru dia padam.

Menurut teori gelombang kalau 5 + 5naik bermakna selepas ini UMNO sudah tidak boleh bernafas lagi waemah jika dibantu dengan bantuan mesin pernafasan sekalipun, ia akan mati.

Apapun ini adalah ketetapan yang maha esa mengatur alam. Sehinggakan daun yang kering gugur adalah menurut kekuasaannya.

Ilham Pemikir.

Anonymous said...

salam.

Bro' Aspan.

Rasuah banyak ni di Simpang Rengam.....Projek JPAM ..KDN

Projek pun dari 3tahun minta di lanjut ke 5tahun.

380 juta.
Listari Nilai

Cuba tengok2 ..

Selayang
Bro'

Anonymous said...

salam tuan
apa fakta yg tuan boleh berikan yang PR adalah lebih baik dari BN/UMNO. .apa fakta yg tuan boleh nyatakan yang PR tidak pernah membantutkan minda penyokongnya. .kita di dalam dilema untuk membuat keputusan undi tak lama lagi. .tuan kena berani jugak membetulkan kelumpuhan dan kerosakan PR pada waktu dan saat ini. .agar pembaca tuan dapat menilai halatuju negara ini. .jgn nanti tuan akan meninggalkan DAP sebagaimana tuan meninggal UMNO setelah 40 tahun tuan merelakan diri tuan diperbodohkan dan menjadi alat tunggangan UMNO. .dan ketika UMNO tengah nazak. .tuan terus tanam hidup2. .apa jaminan yg tuan tidak tinggalkan DAP bila mereka juga menjadi penyamun,kronisma,nepotism seperti yg UMNO amalkan..apa jaminan yg PR lebih bagus dan credible. .bantulah kami generasi muda untuk membuat penilaian yg betul. .

nick said...

Pak,

The dream of a new and better nation of yours is shared by many Malaysian and presently all of us can feel the air of anticipation getting heavy but surprisingly fresh. There's no way of denying it! The whole country is waiting for a chance, no wait, a second chance at freedom and independence. Just like in the late 1950's, the whole nation is has caught the sickness. Instead of infected with the sickness of the colonial British as was the case of the 50s, Malaysian now have caught a new sickness and that is the sickness of UMNO and BN.

Everywhere and anywhere in this country, the people are abuzz with stories and anecdotes of UMNO's and BN sins and faults and it has reach a level of sickness never before imagined by anyone let alone by past and present UMNO top leadership. Even TDM was quite astonished with the level of sickness and loathing (of UMNO) so much so it has prompted him to even advised Najib to postponed the GE until such time it is judged that the feeling of sickness and loathing has subsided sufficiently for UMNO to "at least" win the GE with the simplest majority. Of course in the MSM, TDM was pretty sly to cover his shaking knees and trembling hands by confidently boasting that if the GE was held now or in March, UMNO and BN could still win (of course any one with half a brain would quickly surmise that if Najib thought that he could led UMNO and BN to victory presently, the GE would have been over yesterday, while the "generosity" of the govt e.g the BR1M, is still fresh in the minds of the "hopefully easily gulled" recipient voter)!

However, no matter how much propaganda is regurgitated by UMNO clownish MSM (whose antics and deeds are stupid and moronic, only admired and loved by those who are still immature and quickly dismissed as garbage and excrement by normal human being with a normal functioning brain and heart), the feeling of sickness and the urgent search for a remedy for the sickness will not subside. The feeling of sickness cannot be cured through weird and tongue twisting acronym. The feeling of sickness cannot be placated with a crappy political speech laced with hypocritical recital of a few Quranic verse. The feeling of sickness won't go away by an insincere visit to a religious festival to fish for votes. The sickness cannot be cured by anything done by UMNO. NO! The sickness can only be cured by getting rid of UMNO. Just UMNO (and of course once UMNO is gone so will BN).

I say it's about time and opportunity for Malaysian to get a better and be given a new hope for the future. We are now holding the future of our children in our hands. Are we still hesitating on a decision that will ensure a brighter future for our children? Are we going to let our children live in an environment of hate, corrupt, bias, deprived, oppressed, clustered, imprisoned (bodies and mind) and above all herded and used like livestock? Isn't it enough that we live in this kind of Malaysia? Are we that cruel to let our children inherit a broken and corrupt nation when we can change it with a simple yet effective remedy? Has the bribe of RM500 change us into a beast that no longer cares for its children well being and future happiness? I think not and I say lets accept the RM500 as payment owed by UMNO to us and still vote them out of power. Those RM500 belongs to us and no paltry sum can force us to jeopardize our children's future and happiness.

Nick.

bat8 said...

Anon 6 Feb 05:27,

Izinkan saya membantu sdra. Tuan AA telah banyak menulis mengenai apa yang saudara nak tahu sejak beberapa tahun. Jadi saudara bolehlah melihat dalam archives yang disediakan kesemuanya sejak beliau berblog.

2. Saudara masih berbelah hati untuk meninggalkan UMNO Baru. Ramai diantara kita begitu. Untuk memudahkan pertukaran fikiran, elok saudara luahkan apa yang membuat saudara begitu sayang atau taksub dengan UMNO Baru. Bayangkan sdra penyokong paling tegar kat Malaysia ni. Bagi pendapat sdra.

bat8

MAHApenipu said...

rm100,rm200,rm500,rm5000, still won't vote BN.It's not BN's money.It's a case of take from Ahmad(above rm3000 income) and lent it to Abdul(below rm3000 income)for GE propaganda.If BN wins the GE they'll get the money back thru higher taxes.If they lose,they won't give a damn cuz its not their problem anymore.A win-win scheme for BN but.......

I won't get fooled again.

Anonymous said...

Orang melayu kena keluar dari kotak lama seperti yang AA buat kerana UMNO is beyond repair. Kalau kereta rosak kita bolih tukar semua seperti tukar injin ,tukar gear box dll tapi kalau semua dah rosak dan alat ganti tak ada dan yang ada cuma second hand jadi pilihan yang ada ialah beli kereta baru.There is nothing criminal changing party as long as not changing Akidah.It is extremely too late now to introduce new idea or approach to Umno because loop holes is every where.We noticed now that all of them are thingking how to make the most within the shortest possible time.

Anonymous said...

Rakyat ingin menlihat BN tumbang lebih2 lagi parti umno....tetapi boleh kah umno tumbang semudah begitu saja...satu persoalan yang sukar di jawap..masih ramai penyokong2 tegar umno...cakap la apa ja pasal keburukan pemimpin umno tetapi mereka tetap menyokong umno...
penyokong2 tegar umno memang susah hendak diperbetulkan...

Anonymous said...

saudara bat8
terima kasih di atas bantuan saudara bagi pihak tuan AA..tapi bila menilai jawapan yang singkat dan shortcut menandakan tuan juga terjerat dengan kotak minda yang sempit seperti mana dilema yang sama lalui selama ini..persoalannya begitu mudah dan direct..adakah PR credible untuk menerajui Putrajaya..UMNO semakin lumpuh setelah 50 tahun memerintah tetapi jangkahayat PR yang memasuki 4 tahun ini juga bermasalah..pertelingkahan antara parti komponen PR jelas menghuru-harakan..kelebihan yang ada pada PR sekarang ini aalah Kelemahan Najib da sekutunya dan ini menjadi senjata peperangan minda yang di gunakan oleh PR sekarang ini..kelemahan UMNO dan kerakusan pemimpinnya menjadi strategi serangan..tetapi yang saya maksudkan apa JAMINAN REFORM yang bakal di laksanakan..ANWAR juga akan kelemahan dan kerapuhannya. .adakah PUTRAJAYA di bawah pimpinan PR akan dapat bertahan strategi serangan dari BN/UMNO pulak nanti..rakyat bosan peperangan yang begitu lama ini yang akhirnya askar2 akan kepenatan dan kehabisan peluru dan akhirnya negara ini di kepung oleh kuasa luar dan akhirnya BN ATAU PR akan menjadi BONEKA KUASA BESAR..

Anonymous said...

salam Tuan AA,
Samada kita suka atau tidak..kotak minda orang melayu masih dan akan terus kekal di benak mereka DAP adalah Parti Kaum Cina..itulah hakikatnya..kotak minda ini tidak boleh di tukar ganti sehingga hari kiamat..UMNO akan terus menguasai saraf kehidupan orang melayu walaupun generasi muda yang liberal ini mahu pun perubahan..tapi penghujung ceritanya adalah ANGKA.ANGKA tidak menyebelahi PR..walaupun kerosakan demi kerosakan yang UMNO lakukan..tetapi kumpulan fixed deposit iaitu warga emas agak sukar untuk mengubah persepsi mereka terhadap DAP..walaupun kumpulan sarjana terus menyerang PEMIMPIN UMNO YANG TERLAMPAU INI..walaupun terserlah begitu JAHAT DAN TAMAKNYA MEREKA..walaupun alternative sources terus menerus mencongkil tabiat buruk PEMIMPIN UMNO..Walaupun begitu banyak momokan dan ejekan terhadap mereka..PR masih ketinggalan dalam persaingan ANGKA dan KOTAK MINDA ORANG MELAYU yang tidak boleH menerima PARTI LAIN walaupun UMNO ITU MAKIN HARI MAKIN TENAT..Tuan AA mesti lebih arif tentang jumlah pengundi atas pagar terutamanya pengundi warga emas..walaupun kita menyaksikan kebangkitan pengundi muda tetapi..bukan semuanya terlalu liberal..ada yang ambil kisah adan ada juga yang tak ambil peduli..saya alu-alukan reform yang saudara AA warwarkan..tingkatkan perisikan dan perang saraf di pendalaman dan kampung bukan sahaja HEBAT di blog sahaja..berapa ramai sangat yang sanggup macam sya dan kawan2 lain nak mengadap laptop untuk melayan saudara walaupun ianya merupakan platfom yang ideal untuk berbicara minda.

Anonymous said...

salam.
Bila kita menyerang pasukan yang lemah seperti UMNO..pastikan jeneral dan panglima perang kita membetulkan tahap fikiran askar2 mereka..supaya jangan menyerang habis-habisan sehingga tiada lagi bekalan..barangkali di setiap sudut dan terrain telah di kuasai tetapi perlu kita ingat kuasa risikan dan tindak tanduk pemimpin atasan perlu ampuh..senario terbaru ini terbukti askar2 bawahan terpngga-pingga kerana jeneral2 di atas tewas dengan kuasa risikan dan umpan pihak lawan ( UMNO ) yang sememangnya handal di dalam strategi halus ini..jangan salahkan UMNO kerana kita sekarang di medan pertempuran..jadi apa yang berlaku semuanya adalah strategi perperangan..anwar menyerang dengan auranya..tetapi akan aura pidatonya yang akan membetulkan landasan kita..Najib dengan konsep ' patching 'iaitu menimbus lubang2 yang di tinggalkan oleh mahathir dan paklah..dan seterusnya perlu menimbus lubang2 baru yang dikoreak oleh sekutunya..akhirnya kita yang menjadi askar upahan atau askar sukarela sentiasa beremosi menegakkan kebenaran PARTI yang kita sokong walhal kita sentiasa di peralatkan oleh jeneral2 di atas..UMNO telah leka dengan kemewahan dan peluang depan mata..dan PR pun tidak terkecuali dengan lumrah sejagat ini..akhirnya tumpang petikan OMBAK RINDU..KITA HANYA PASRAH IAITU MENYERAH SAHAJA DAN JANGAN SEKALI KATA KITA REDHA KERANA DALAM KEHIDUPAN INI SUSAH UNTUK MENJADI IKHLAS..

bat8 said...

7 February 2012 10:54:00

Panduan seterusnya - pi dapatkan maklumat tentang buku jingga yang merupakan twaran Pakatan rakyat. saya percaya sdra celik intelek dan tentunya boleh mendapat maklumat-maklumat tersebut dengan lebih cekap dari saya.

Cerita asal nak minta AA jelaskan sebelum ini dah terjawap ke?

bat8

Anonymous said...

salam bat8
terima kasih tuan.
Mengapa buku jingga menjadi ketaksuban tuan..belum jauh kita berbicara,tuan sendiri mencederakan MINDA tuan yang tidak mampu merungkai logik dan tidak mahu menilai sensory skill yang ada pada setiap insan..barangkali tahap sensory skill tuan sengaja tuan padamkan kerana tidak berani masuk di dalam gelanggang minda..tidak rugi kita merungkai..mungkin kita sesak sejenak tetapi tiada kerugian apa-apa pun..Kalau TUAN AA hanya membantu dan merawat saya dengan berpandu dengan sebuah buku jingga sahaja , terima kasih saja lah..bagaimana dengan buku ilmiah lain?..kita bole baca apa saja..seperti banyak buku yang diterbitkan walhal kandunganl kitab suci Al-Quran pun kita durhakai..apatah lagi buku ciptaan manusia ni.

Anuar bin Safian said...

Persoalan kepada saudara aspan..

Jika kita tahu yang UMNO hanya bergantung kepada kuasa pinjaman yang diberikan rakyat sahaja. Mengapa rakyat itu sendiri tidak menentukan yang UMNO layak disingkirkan sementara waktu untuk memberi laluan kepada parti lain.

Jika kita tahu yang UMNO hanya bergantung kepada kuasa pinjaman yang diberikan rakyat sahaja, mengapa ahli UMNO yang sebahagian besar rakyat yang memilih mereka tidak bertindak ke atas barisan pemimpin2 mereka yang telah 'membusuk' selama ini digantikan dengan pemimpin yang benar2 berjuangg demi parti dan rakyat?

Anuar bin Safian said...

Seperkara lagi ingin saya tambah saudara Aspan.. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.. Jika ahli melayu UMNO (bukan peringkat barisan pemimpin) sendiri mempunyai keberanian sudah tentu para pemimpin UMNO tidak berani untuk bertindak di luar batasan mereka. Dengan keberanian dan kesedaran orang UMNO berhimpunan dan mendesak pemimpin2 yang korupsi ini turun dari pemerintahan sebagaimana mereka berhimpun sewaktu menentang penubuhan Malayan Union dahulu..