Di Malaysia ini semuanya boleh berlaku, kecuali bertanding Presiden UMNO. Rasuah boleh, menyalahgunakan kuasa boleh dan sudah menjadi biasa dan lazim, Pinjam wang kerajaan beratus juta yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pemiliharaan lembu boleh digunakan untuk membeli kondominium mewah diseluruh dunia. Pemimpin-pemimpin dan menteri-menterinya boleh menerima komisyen pembelian kapal selam, kapal perang udara serta pembelian kapal perang dilaut. Kalau dikumpulkan jumlahnya mungkin berbillion ringgit, tetapi ia tidak mengapa kerana di Malaysia ini semuanya ‘Malaysia boleh’
Di Malaysia juga yang naik menjadi pemimpin itu ramai yang takut kepada isteri atau yang selalu ditakut-takutkan oleh isteri mereka. Mereka yang tidak takut isteri jarang yang dapat naik ke atas atau tidak naik langsung. Ada menteri susah hendak memberikan ‘appointment’ kepada sesiapa yang hendak berjumpa dengannya, tetapi apabila meminta berjumpa dengan pak menteri itu melalui isterinya, tidak sampai setengah jam menteri itu akan memberikan tarikh dan masa untuk berjumpa itu.
Semuanya boleh berlaku. Maklumlah kita mempunyai slogan ‘Malaysia boleh’. Semuanya boleh kecuali untuk berbeza dengan pimpinan UMNO. UMNO itu ‘supreme’, lebih tinggi dari Raja-Raja, kerana pada tahun 1993 dahulu UMNO telah menelanjangkan Raja-Raja seolah Raja-Raja itu lebih rendah dari manusia biasa seperti saya ini. Hanya sekarang baru kita mendengar UMNO kembali bercakap baik kepada Raja-Raja terutamanya setelah terdesak. Apabila terdesak UMNO akan berlindung di bawah ketiak Raja-Raja pula. Semuanya boleh.
Sekarang timbul pula satu lagi isu dalam lingkungan slogan ‘Malaysia boleh’, iaitu bekas Ketua Hakim Negara bersama peguam UMNO Hafirizam Harun telah dianugerahkan projek lebuhraya bernilai RM2.2 billion pula. Di seluruh dunia khususnya negara-negara maju hakim itu tinggi kedudukannya. Hakim-hakim itu tinggi darjat mereka di dalam hiraki masyarakat. Hakim itu mempunyai disiplin kehidupan harian yang amat tinggi dan ianya akan tetap begitu sehingga akhir hayat mereka. Tetapi oleh kerana slogan ‘Malaysia boleh’ bekas ketua hakim negara kita pun menjadi ahli perniagaan besar dan diberi pula konsessi lebuhraya bertol dilembah kelang.
Jauh sangat rendahnya kredibiliti Jabatan Kehakiman kita sampai bekas ketua hakim negara pun mendapat konsesi lebuhraya bertol. Kalau kita tegur perkara ini akan ada di kalangan penyokong-penyokong UMNO akan memberi jawapan seperti, “hakim pun nak makan juga. Takkan hakim nak jadi peon pula!”. Slogan ‘Malaysia boleh’ ini boleh mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
Jika kita lihat hakim-hakim di India, England, Australia dan di mana-mana sahaja hakim-hakim tidak terlibat dengan perniagaan. Tetapi oleh kerana di sini perkara ini sudah menjadi biasa maka jika kita kritik isu ini, kita pula dianggap sebagai kumpulan yang salah. Itulah sebabnya saya pernah berkata UMNO ini merupakan agen yang membawa dalil-dalil hari hendak kiamat. Perkara yang salah dikatakan benar dan yang benar dianggap salah. Ini lah sumbangan besar UMNO, iaitu meruntuhkan etika ‘professionalism’ umat Melayu dan ini akan memakan masa puluhan tahun untuk membetulkannya kembali. Itu pun jika pemerintah yang sekarang ini tidak lagi diberi mandat.
Sememangnya pemerintah pada hari ini sudah kehilangan hidayah. Lagi ramai orang mengkritik lagi banyak perkara-perkara sumbang dilakukannya. Pimpinan tidak ada rasa malu dan segan membenarkan perkara seperti memberikan konsessi lebuhraya yang tidak beretika ini dilihat oleh rakyat seluruh negara dan juga masyarakat antarabangsa. Malahan inilah kejadian yang amat tidak senonoh yang dilakukan oleh pemerintah kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan yang demokratik dan transparen.
Tidak ada lagi ketua hakim negara bagi negara maju yang mendapat konsessi lebuhraya sejurus selapas bersara dari perkhimatan awam. Bagaimanalah keadaaan negara jika mereka yang mempunyai mentaliti sebegini terus memerintah kita. Apakah yang akan terjadi kepada nasib masa depan generasi kita yang tidak mempunyai hubungan baik dengan mereka yang berkuasa itu?
Kita yang ramai-ramai dibawah ini disuruhnya bertungkus lumus untuk memenangkan mereka dengan bayaran RM500 tetapi apabila berkuasa mereka yang tidak pernah mengeluarkan peluh untuk UMNO pula yang mendapat habuan yang begitu besar. Pendeknya rakyat yang ramai ini diperlakukan seperti buruh kasar tetapi segala keuntungannya diberikan kepada rakan kroni dan yang hampir dengan pimpinan yang mendapat kemenangan tadi.
Kerja keras yang membanting tulang itu adalah kewajipan rakyat tetapi segala labanya adalah untuk kroni dan rakan-rakan mereka yang berkuasa. Orang Melayu dijadikan seperti hampas tebu, habis madu sepah dibuang. Pimpinan sampai hati melihat rakyat yang kebanyakkannya orang Melayu beratur dan berpanas berjam-jam lamanya untuk mendapatkan imbuhan serta upah menyokong mereka dengan RM500 setelah kekayaan mereka diperah dan di hisap oleh mereka yang berkuasa serta kroni-kroni belaan mereka.
Pimpinan tahu, kambing dan lembu yang ditambat itu mesti diberi makan. Maka itulah dia upahnya untuk makan lembu-lembu yang ditambat itu, iaitu wang ‘sogokan’ RM500. Ianya ibarat lembu yang telah membajak sawah seharian dan pulangannya hanyalah rumput-rumput kering yang disabit dan dikumpulkan ditepian laman rumah mereka. Sesekali diberikannya garam untuk menyihatkan tubuh badan lembu-lembu itu. Esok harinya lembu-lembu ini akan bekerja lebih kuat lagi untuk kepentingan tuan mereka yang berkuasa itu.
Dalam pada itu masih ada orang Melayu berbangga dengan kejayaan pemimpin-pemimpin mereka yang telah memerah keringat mereka untuk kepentingan pemimpin-pemimpin sokongan mereka.
Sedih juga melihat gelagat mereka ini, tetapi apa nak buat. Mereka sendiri yang suka dibohongi dan peralatkan pimpinan mereka. Masih ada dikalangan orang Melayu yang bertepuk tangan keriangan apabila pimpinan mereka menipu dan memperalatkan mereka sambil meraut segala harta benda mereka dan dibawa lari. Masih ada orang kita yang masih bersukaria kepala mereka di ‘gomeng-gomeng’ oleh pemimpin sebangsa mereka sejak dua tiga dekad dahulu. Nasib kaulah jang!
33 comments:
melayu memang bodoh.
Apa yg hendak dirungutkan..islam kan dah sempurna..untuk pemimpin yg sedemikian samalah dgn makan duit rakyat. Mungkin di ahkirat nanti berada di Api neraka jahanam yg paling tertinggi. Kumpul berbillion pun bukan boleh bawa mati.anak cucu tolong sambung mkn duit haram.
Persoalanya, adakah kerajaan baru yg diimpikan lebih baik? Atau sama? Atau lg teruk? Pepatah ckp lebih baik jaga yg sudah ada dari mengharap yg belum tentu.Sekarang ni pun kita masih harus bersyukur, buku teks semua lapisan dapat,nak ke hospital x perlu insurance cover, bayar sehengget dah dpt perkhidmatan Doktor, mcm2 bantuan kerajaan sediakan,pembangunan kita maju.
Dari sudut politik ternyata tidak akan berjaya sekiranya pakatan memerintah.Asas sy berkata demikian ialah masakan satu kapal ada 3 nahkoda? DAP ada perinsip,PAS ada perinsip dan PKR ada perinsip tersendiri. Dari segi hukum akal pun pasti tidak berjaya.Apa yg sy nampak satukan dulu 3 parti yg cukup berbeza idealogy masing2.Takut masa menang nanti belum memerintah sudah bergaduh sesama sendiri. Bnyk pekara yg boleh digaduhkan dari 3 parti ini. Ini lg akan menghancurkan negara.Sebagai rakyat yg bertanggung-jawab demi masa depan Negara seharusnya memikirkan secara rasional,logik dan berfakta.
Bnyk contoh negara yg inginkan revolosi pemerintahan hancur krn apa yg diharapkan jauh menyimpang.Soal menteri mencuri x kan kemana?kita sendiri lihat beberapa menteri diheret ke mahkamah,sebenarnya kita sebagai rakyat dari dulu kita berbuat demikian.barulah bapak menteri mahupun PM akan kecut telor nak merembat duit rakyat.kita x perlu tukar parti memerintah cuma kita ramai2 membersihkan menteri2 korup ini.kita hanya perlu memberi tekanan kepada mereka dgn mengorek maklumat,kita x boleh harap SPRM atau agensi2 kerajaan yg berkaitan kerana kita sedia maklum masing2 menjaga periok nasi sendiri. Rakyat biasa yg tidak ada kepentingan seperti kita,badan2 NGO yg x mengampu kerajaan sahaja yg kena mengorek isu-isu korup.tubuhkan badan bebas seperti NGO yg kerjanya mengekor menteri2 dan YB2 haramjadah yg dok kebas duit rakyat .Rasanya itu yg terbaik.
Orang Melayu sendiri yang kejam terhadap bangsanya sendiri. Semoga melayu seluruh Malaysia cepat sedar. Contohi Melayu Kelantan, negerinya diakata miskin tetapi rakyatnya mewah dan bahagia. Pemimpinya sederhana dan mudah didekati
@anon 19:07
We have here an UMNO apologist with a new spin to keep UMNO/BN still in power!
It is not amazing we still have 'em after what Saudara Aspan is saying in this blogg entry.
That refrain "Kita patut bangga orang Melayu maseh ada chan jadi kaya. Kalau dia orang memerintah dia orang saja yang dapat chan mana Melayu akan diberi can jadi kaya.." is the result of UMNO brainwash of Melayu in general will be impossible to remove in most Melayu including even non-UMNO members.
Saudara AA,
There is clearly no rule of law and separation of powers. "You scratch my back, and I'll scratch yours".
Bukan bekas Ketua Hakim Negara tetapi isterinya. Beza besar itu. Bekas KHN itu cuma suami sepertimana Shahrizat cuma isteri kepada pengerusi NFC.
Hafirizam pulak; bukan kerana dia peguam UMNO. Dia dapat atas merit. Dia juga kerja kuat macam Shahrizat.
Begitulah agak-agaknya penjelasan yang bakal diberi oleh budak dari Rembau yang pernah duduk di tingkat 4.
Tanpanama:
22 February 2012 19:07:00 GMT+08:00
Kalau ada orang nak meminang anak perempuan kamu nanti, maka kamu katakan (kepada pihak yang meminang) bahawa kamu tidak menerima pinangan mereka kerana anak kamu tiada pengalaman bertunang dan berkahwin..... dan kamu katakan juga bahawa anak kamu tu belum tentu anak halal atau anak luar nikah (anak haram),kerana takut kalau-kalau bini kamu pernah curang dengan jantan lain sebelum meniduri kamu. Begitu jugalah sinonimnya dengan keraguan kamu terhadap Pakatan Rakyat dan hubungan 3 parti dalam pakatan rakyat. Bagi kamu UMNO, MCA dan MIC boleh tidur sebantal kerana mampu dan berjaya menipu dan menindas kaum masing-masing selama hampir 54 tahun? Itu maksud kamu? Memanglah kamu ni anak haram......nak guna bahasa yang indah dan berbunga-bunga silakan...
Apakah komen sdr Aspan kata-kata Harussaini bahawa Raja itu adalah bayang Allah di bumi ini ?
bro aspan,
pegawai kerajaan gred 54 ke bawah pun ibarat terima rm 500 duit BR1M. hina betul rasanya apabila baca kolum cuit zaini hassan di utusan malaysia hari ini. apa tidaknya, jurang gaji baru di bawah sbpa seperti langit dengan bumi dibandingkan dengan kumpulan jusa ke atas. hari ini zaini membela nasib penjawat awam gred 54 ke bawah yang berjumlah kira-kira 1.4 juta orang. pm najib kena fikir betul-betul, bimbang kalau-kalau 'kapal terbalik' kerana gagal menangani isu sbpa ini. seperti kata zaini, penjawat awam boleh bertukar menjadi incredible hulk iaitu bertukar 'warna' kali ini dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. ksn dan kppa gagal nampaknya kali ini. kalau di jepun, kena 'harakiri', tetapi di malaysia, tubuh jawatankuasa khas mengkaji semula sbpa. nasib baik ada presiden cuepacs yang tak berapa cerdik tu cepat bertindak, kalau tidak penjawat awam golongan marhaen sampai tua la gaji tak seberapa.
Anonymous said...19:07:00 ..ko ni otak lembu betul le.. banyak sgt tgk tv3 dgn baca utusan.. patut le makin lama makin lingkup Malaysia dapat warga macam ko.. Ko tgk le negeri2 yg diperintah pakatan.. Selangor & Penang 2 negeri terbaik dlm pelaburan banding seluruh negeri.. hutang negeri makin berkurang.. segala macam projek terbengkalai PR jugak yg settlekan.. Kalau ko suka pada barang naik ko undi le BN...
22 February 2012 19:07:00 GMT+08:00
lanchau bayar seringgit dpt jumpa doktor.. panadol dpt la.. akai jgn letak kat jubo
Anon 22 February 2012 19:07:00
Saya tertarik dengan hujah sdra terutama yang dibawah ini.
"..Rakyat biasa yg tidak ada kepentingan seperti kita,badan2 NGO yg x mengampu kerajaan sahaja yg kena mengorek isu-isu korup.tubuhkan badan bebas seperti NGO yg kerjanya mengekor menteri2 dan YB2 haramjadah yg dok kebas duit rakyat .Rasanya itu yg terbaik."
Setelah kita tubuh badan bebas,NGO, kita ekori menteri2 itu. dah dapat semua bukti....apa kita nak buat? Tibai menteri2 yang korup itu sampai lunyai? Gantung dengan tali kat pohon sena? Tolong jelaskan apa yang kita nak buat. Apa yang sdra dah buat setakat ini....boleh tolong beritahu kami-kami yang bodoh ini mana tahu kot kami boleh bantu?
satu lagi kemusykilan saya. pak menteri dan kroni-kroni ni bodoh-bodoh semua ke tak reti camne nak sorok duit rasuah ni. apakah Tahap pemikiran mereka-mereka ini macam budak tadika kemas ke atau seperti orang gila 3/4?
mat jering
Kesian melayu ini je yg melayu dpt..sedih..
Salam AA,
Saya pernah ke rumah kawan saya yang terletak dekat dengan sebuah pusat pengumpulan dan peraih getah beku di utara Semenanjung.
Bau kuat getah beku itu tersangatlah kuatnya hingga menusuk hidung dan memeritkan tekak,tapi kawan saya tu selamba je,macam takde apa2 berlaku.
Saya pun tanya tak bau ke?
Dia kata dah biasa bertahun2,hinggakan hidungnya dah kematu dan tekaknya dah lali.
Begitulah ibaratnya pendukung2 UMNO yang bertahun2 bergelumang dengan rasuah dab salahguna kuasa sehingga tidak rasa bersalah,apa lagi soal kebertanggungjawaban memang jauh sekali.
Hatinya dah mati dan otaknya keras macam batu.
Jiwanya dah lali dan kematu.
Tapi Allah Maha Berkuasa.
Satu persatu ditunjukkan pada kita kemungkaran demi kemungkaran.
Belum selesai kes Altantuya,muncul pula NFC.Sekarang kes peguam UMNO dpt laba selepas rampasan kuasa di Perak.
Malaysia Boleh.
Surrogate
Sdr mat jering, memang tepat balasan sdr...tak kan nak gantung perompak dan penyamun ini kat pokok sena....nak harapkan ajensi ajensi kerajaan untuk mengambil tindakan....jangan haraplah...tengok apa jadi selepas bersara jadi barua....dapat anugerah kontrak berbilion sebagai mengenang jasa menjadi barua!
Kpd Anonymous@19.07
Pada pandangan saya,PR mengamalkan demokrasi sebenar dimana setiap pemimpin diberi ruang utk memberi pendapat dan terpulanglah pada ahli2nya menilai.Persaingan fikiran/pendapat adalah budaya yg sihat dan positif menghasilkan rumusan yg terbaik utk rakyat.Secara tidak langsung menggalakkan rakyat mengaktifkan minda,berfikir menjadi cerdik.
BN pula,terutama ahli2 dan penyokong2nya,lebih kpd ungkapan,"Yes Sir,Yes Sir,I am a lembu fool".
Tak payahlah sebut pasal pemberian kerajaan,kerana itu adalah hak rakyat dan menjadi tanggungjawab mana2 kerajaan didunia ni membangunkan negara dan memajukan rakyatnya.Takkanlah cetek sangat pengetahuan anda tentang kenegaraan?
Era Gadaffi,pemimpin Libya.
Pemberiannya kpd rakyat:
1.Pelajaran percuma ketahap U.
2.Kesihatan percuma.
3.USD50k percuma utk pasangan
baru kahwin mendirikan r/tangga.
4.Subsidi 50% jika membeli rumah.
50% lagi membuat pinjaman bank
tanpa faedah.
Dan bayak lagi perkara lain.Tapi ditumbangkan juga mungkin kerana sifat kediktatorannya.
Saya rasa anda ni jenis yg boleh berfikir sikit,cubalah gunakan sudut yg lain utk melihat dan menilai.Mungkin anda akan ternampak sesuatu yg selama ini tersembunyi.
Aren't these group also involved with the Perak fiasco?Coincidence eh...
Pirates at work again.
Malaysia Boleh....
Mentaliti didikan umno bn:
Dari dulu sampai sekarang memang rakyat tidak pernah dipedulikan kerana mentaliti mereka ini(pemimpin yang dipilih rakyat konon)tahu rakyat boleh di "BOM" dengan duit.
Masalah tanah seluruh negara:
Tengoklah permasalahan tanah yang dihadapi oleh rakyat diseluruh negara sama ada di Semenanjung Malaysia/Sabah-Sarawak sekarang.Rayat begitu susah dapat hakmilik,disamping tiadanya inisiatif puak umno bn membantu dalam hal ini.Tapi setelah sekian lama memerintah (dengan mandat sogokan mungkin seperti BR1M Rm500 ) siapakah yang punyai tanah yang luas,bukannya rakyat tetapi pemimpin dan kroni.
Terima kasih:
Terima kasih kepada saudara Aspan Alias,kerana usaha yang sikit ini akan membawa perubahan dan kebaikan yang besar kepada golongan mentaliti dunia ke tiga tegar dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Lebih baik menjadi lembu daripada memikir. Memikir itu memeningkan kepala lah, tuan.
salam pak..
xperlu siar komen saya...juz nak bg pendapat Pak..minta Pak AA saring sedikit komen2 berunsur lucah...jika tidak..tiada beza blog Pak AA dgn blog umno lain. Walau pun hujah/komen pencacai umno mmg xboleh diterima pakai..saya yakin jika hujah bernas dan tanpa perkataan yg kurang enak..dan berhemah...InsyaAllah akan terbuka hati mereka..
Assalamualaikum br.Aspan.
Based on an authentic hadith, the Prophet Muhammad SAW.said, "Ada tiga hakim, dua ke-neraka dan hanya satu saja ke-Syurga"
Did you get the message?.
Bang saya tak takut bini tapi masalah saya bini tak takut dgn saya.
Tuan Aspan,
Kes ini bukan kali pertama dan pastinya bukan kali terakhir. Perkara seumpama inilah yg perlu tuan tonjolkan dibandingkan dengan kisah2 UMNO. Teruskan usaha tuan. Lebih molek jika tuan juga kupas isu pasir selangor yg nampaknya telah di manipulasi dengan hebat oleh BN.
Beberapa komen yg keterlaluan dari penyokong tegar PR ini menunjukkan bahawa bahawa wadah tidak menentukan tahap pemikiran kita. Mereka yang taksub dan kurang berbahasa ini ada di mana2 samada BN mahupun PR.
Quote: "Apakah komen sdr Aspan kata-kata Harussaini bahawa Raja itu adalah bayang Allah di bumi ini ?"
Saya juga hairan cara 'context' yang digunakan oleh Mufti Perak untuk hadis tersebut.
Terus terang saya tak pernah mendengar hadis tersebut sebelum ini tetapi saya bukanlah ulamak seperti Harussaini.
Jika saya hendak gunakan akal yang diberi Allah untuk menerangkan 'hadis' tersebut, saya akan menjawab seperti begini:
Bayang itu akan mengikut segala pergerakan 'objek'nya. Maka jika Raja adalah bayang Allah, maka Raja sepatutnya mengikuti segala perintah Allah.
Bukannya seperti Harussani menyebut bahawa 'bayang' itu perlu dipertahankan sehabis-habisnya.
Itulah ulasan saya tetapi saya ini bukanlah ulamak seperti Harussaini dan bukanlah ada jawatan tinggi seperti seorang Mufti....
aku nak ucapkan alhamdullilah,tahniah, syabas dan terima kasih yang tak terhingga pada anon 22 February 2012 19:07:00 GMT+08:00 kerana komennya ltu.Komen -komen sebeginilah yang akan berjaya membuatkan makin ramai orang-orang diluar sana celik mata, hati DAN fikiran untuk membakul sampahkan BN dan seterusnya ABU.Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada anon tersebut,teruskanlah dan berusahalah dengan lebih gigih lagi .usaha anda pasti akan di kenang
Anon @12:44
Ulamak-ulamak Hasan Ali, Ibrahim Ali dan Harussaini dengan melaungkan IMRR kebelakangan ini menganjurkan kefahaman Islam mengikut keyunikan penafsiran dan kefahaman membawakan bersama dasar mendaulatkan raja-raja Melayu dan mertabatkan hak-hak Ketuanan Melayu selanjutnya kerajaan Melayu berugama Islam ini sajalah berhak berkuasa dan memerintah negeri-negeri Tanah Melayu.
Seterusnya orang Melayu yang tidak bersehaluan dengan fahaman IMRR apa dianggap pengkhianat Melayu dan telah murtad?
Salam Sdr Aspan dan Pengunjung Blok,
Dengan tema Malaysia boleh, benarlah rentetan yang sdr paparkan.
Susah sungguh nak tukar pemikiran dan perspektif orang melayu ni. Entah apa yang mereka bangga sangat dengan bergelar orang melayu sayapun tak faham.Gamaknya bangga sangat dengan kata "Tak Melayu Hilang Didunia" kot. Tapi kalau di fikir secara halus, Hang 2 entah India entah Cina.Kalau tak hilang dan takmembawa menafaat lebih baik hilang membawa rahmat. Yang saya duk fikir sekarang orang Melayu tak sedar yang tanah melayu telah hilang dan lenyap dari bimi Allah ini, fikir2lah. Orang lain dah sampai mana2 takkan kita nak guna kenderaan lama yang tak berapa boleh begerak, orang dah guna senjata canggih, takkan kita pandai beli saja tapi guna keris lagi kot(tak bersarung pula tu).
Bagi kes boleh beli ni saya nak tambah yang tidak disenarai oleh sdr, BINI,JAMBU dan R**A...myi
ibarat kata P.Ramli dulu ... alif mim nun wau ...sarkis....
Melayu Kena sokmo,
Kamu tak habis habis hati busuk.Biarkanlah Anon 19.07 itu beri pendapatnya.Just because he is not supporting the PR coalition because of the different ideology you are quick to bahasakan dia.Jaga bahasa awak tu.Faham !
Kpd:O
Tulis dlm B.Melyu pun boleh silap.Padanlah kau suka jadi lembu.
Pertanyaan tentang "Apakah komen sdr Aspan kata-kata Harussaini bahawa Raja itu adalah bayang Allah di bumi ini ?" rasanya telah dijawap secara panjang leabr oleh Dr. Asri di http://drmaza.com/home/?p=1775
Tapi utk. org2 mcm. Anonymous (22 February 2012 19:07) mungkin x tercapai akal beliau utk. faham...
Memang amat sedih melihat juak2 UMNO ni. Kerana tepukan di bahu belakang mereka, secawan kopi, sehelai kain pelikat, terjual semua harga diri juak2 UMNO, khususnya yg si tua bangka. Lagi tua lagi bodoh gelagatnya.
Tertanya juga saya, apakah yg dilihatnya dlm pimpinan korup UMNO ni?
Bagi saya, kadang2 kita faham mengapa seseorang itu bodoh. Tetapi bagi juak2 UMNO ni, tk pernah saya faham mengapa mereka bodoh sehingga begitu rupa.
Apa pon itu memperlihatkan betapa hebatnya pimpinan UMNO mereka telah memperbodohkan mereka. Sehinggakan kesalahan, penipuan, dan penyelewengan yang nyata lagi jelas tidak pernah disanggah oleh juak2 ini. Malah dipertahankan lagi segala kepincangan. Saya mendoakan agar manusia2 jahil lagi bodoh ini segera mengadap Allah.
Bukan kerana saya kejam & tidak berhati perut. Tetapi saya khuatir segala bala-bencana akan menimpa saya & keluarga.
Hamlet once said, "I have to be cruel only to be kind."
Post a Comment