09 February 2012

Pemimpin-pemimpin dan rakyat wajar melalui kursus sivik kenegaraan

Kita nampaknya mesti kembali kepada ‘basic’ penubuhan negara kita. Itu sahaja caranya bagi kita untuk melihat negara kita kembali kepada asas penubuhannya dan cara pengendalian negara yang sebaik-baiknya. Sejak beberapa lama kita telah melihat negara kita dikendalikan dengan cara yang sudah asing dari apa yang sepatutnya kita lihat.

Kerajaan atau pada siapa yang bertanggungjawab, elok kembali kepada asas dan diadakan peruntukan khas bagi memberi rakyat kursus-kursus sivik semula. Kita wajar memberitahu yang negara kita ini adalah sebuah negara Persekutuan (Federation). Perjanjian Persekutuan ini dibuat pada bulan Februari 1948 dan pada masa itu ada Sembilan negeri-negeri Bersekutu dan tidak Bersekutu telah menandatangani Perjanjian Persekutuan itu.

Selain dari itu dua buah negeri, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, juga turut menyertai perjanjian itu untuk mewujudkan sebuah negara yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Rakyat harus diberitahu yang Persekutuan Tanah Melayu itu merupakan gantian kepada Malayan Union, anjuran Britain, yang cuba untuk menubuhkan sebuah kerajaan ‘unitary’ yang tidak mempunyai kerajaan-kerajaan negeri dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbirannya dan kerajaan itu dinamakan Kerajaan Pusat.

Oleh kerana negara kita ini adalah sebuah Negara Persekutuan, pusat pentadbiran di Putrajaya itu adalah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, bukannya pusat pentadbiran Kerajaan Pusat. Diantara Kuala Lumpur dan Bangkok serta Jakarta ada perbezaannya. Kedua-dua Bangkok dan Jakarta misalnya, kedua-dua bandaraya itu menempatkan kerajaan Pusat kerana Thailand dan Indonesia itu adalah negara ‘unitary’ yang tidak mempunyai negeri-negeri yang berdaulat didalamnya. Malaysia adalah seperti Amerika Syarikat dan Australia; iaitu berkerajaan Persekutuan dalam mana ada kerajaan-kerajaan negeri didalamnya.

Perkara ini penting diketahui kerana dengan memahaminya maka kita akan tahu dimana salah dan silapnya pemimpin bermain politik dan mentadbir sebuah negara seperti kita ini. Oleh kerana sistem demokrasi adalah pilihan kita, maka kita boleh memperbaikinya dengan memilih siapa yang sebenarnya layak untuk mentadbir negara kita sebagai sebuah negara Persekutuan itu. Jika pimpinan kita tidak mentadbir negara secara dan kehendak sebuah negara Persekutuan, maka ia patut ditukar dan dianjak.

Saya suka menyebut isu ini berulang kali kerana kita telah melihat dalam banyak perkara pimpinan telah tidak menghormati Perjanjian Persekutuan dan menerima semangat persekutuan itu dengan baik. Itulah sebabnya dalam banyak perkara kita telah bersalah-salahan di antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri yang disebabkan oleh tidak faham atau tidak menghormati keputusan rakyat sesebuah negeri yang berdaulat dan merdeka itu.

Contohnya, Kerajaan Persekutuan telah mengenakan tekanan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan tidak menghormati ‘vestine deeds’ yang ditandatangani diantara Petronas dengan rakyat negeri Kelantan pada 27hb Mei 1975 yang lalu. Pimpinan Persekutuan telah mengambil tindakan tidak menghormati perjanjian itu semata-mata rakyat Kelantan telah memilih untuk memberi mandat kepada PAS dan PR untuk mentadbir negeri itu.

Perjanjian itu adalah perjanjian di antara Petronas dan rakyat negeri Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besarnya ketika itu, iaitu Dato Mohammad Nasir, Menteri Besar PAS. Petronas diwakili oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Perjanjian ini dibuat dengan semua kerajaan-kerajaan negeri, tidak kira samada negeri itu ditadbir oleh PAS atau pun UMNO.

Mengikut perjanjian itu Petronas mesti membayar secara tunai kepada Kelantan dua kali setahun, iaitu pada setiap 1hbMac dan 1hb September setiap tahun, mengikut harga FOB penjualan itu. Jumlahnya mengikut perjanjian itu ialah 5 peratus dari harga jualan sebagai royalti kerana rakyat Kelantan telah memberikan hak selagi ada bulan dan bintang kepada Kerajaan Persekutuan melalui Petronas segala pengeluaran minyak dalam perairan negeri Kelantan.

Sekarang ini apa yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan ialah dengan mencuri segala pengeluaran minyak dari dua telaga dalam perairan Kelantan dengan menyalurkan semua minyak yang digali itu melalui ‘pipe’ terus ke Kerteh yang jauhnya 260 kilometer ke Kerteh. Ia merupakan usaha untuk mengelakkan hasil minyak itu dimendarat di negeri Kelantan (Bachok).

Ini merupakan tindakan Persekutuan yang tidak menghormati kedaulatan rakyat Kelantan. Lagak kerajaan Persekutuan itu seolah-olah kita sedang ditadbir oleh sebuah Kerajaan Persekutuan yang ala ‘Malayan Union’ yang ditolak rakyat negara ini pada tahun 1946 dahulu. Persekutuan Tanah Melayu wujud kerana penolakan rakyat terhadap Malayan Union, tetapi semangat ‘Malayan Union’ ini nampaknya bertambah subur kian lama kian UMNO baru ini memerintah kita.

Lebih malang lagi bagi rakyat Kelantan apabila pemimpin mereka yang mewakili rakyat Kelantan tidak bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan semua apa yang telah dijanjikan dalam perjanjian di antara Petronas dengan rakyat Kelantan itu. Nama-nama seperti Mustapha Mohamad dan Awang Adek sebaliknya menyebelahai Kerajaan Pusat untuk menekan rakyat Kelantan.

Sikap mereka amat mengaibkan. Nampaknya hanya satu sahaja cara bagi rakyat mendapatkan kembali hak dari hasil minyak mereka; iaitu dengan berusaha memberikan mandat, sebesar-besar mandat kepada kerajaan gantian dalam pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi.

Seperti yang dilakukan oleh rakyat pada tahun 1946 dahulu, setiap elemen yang menyuburkan sikap ‘Malayan Union’, Kerajaan Persekutuan wajar ditolak habis-habisan kali ini.

10 comments:

MAHApenipu said...

Tidak menghormati pilihan rakyat dan menghukumnya pula adalah mentaliti manusia kuno.PRU diMsia adalah utk mengaburi mata dunia kononnya Msia negara demokrasi, sedangkan pentas pertarungannya tidak adil sama sekali. Sesebuah kerajaan yg tidak memberi rakyatnya maklumat yg tepat dan jujur berkenaan parti2 yg bertanding akan membuat rakyat membuat pilihan yg salah, merugikan dan akhirnya membinasakan negara itu sendiri.Ibarat seorang doktor yg tidak memberi info dan ubat yg betul,maka bertambah teruk penyakit yg dialami dan mungkin akan menyebabkan kematian.

nick said...

Pak,

The blame for the destruction of federalism in Malaysian falls to none other than UMNO and its creation, the BN govt. And where else can the blame falls but onto those who have govern this nation for 55 corrupt years continuously. Much of the cause is the longevity of BN govt. As it grew older and assumes more power, it loses something more valuable at the same time which is sanity and shame. That's what happened to the BN govt and that is why federalism is nearly dead (if not for the appointment of an MB) in Malaysia.

But in my opinion, the single worse culprit whose action destroyed federalism and simultaneously crippled the nation was none other than TDM. His reign of 22 years saw much interference of the Central govt (the executive) in the affair of the various states. His action saw too unbridled attack and coercion on the pillars of governance such as judicial, civil service and of course the office of the TDP Agong and the royalty. His iron fist central govt manages to weaken the structure of this nation to the core and in doing so left various precedent that have now become so ingrained in the body of the govt that it has mutated Malaysia into a horrible monster assuming the name of Federalism and wearing the cloth of a dirty and fragile democracy.

And that monster is what we have now in Malaysia and it actually suited well with the greed and lust of corrupt people in UMNO and BN. With a horrible monster under their leash and in control of this nation, will they let it be reformed and change. Not in a million years. The corrupt is happy with a broken and disfigured Malaysia and its federalism. Only by changing the govt of the day can we reclaim back the principle of federalism of Malaysia and the act of changing the the state govt without replacing the central govt will be an action in futility. A lot of wasted effort to gain nothing.

That's is why the next GE most crucial aim is to replace the central government, NOT taking over more state govt. That's the importance of ABU and that's the real need for ABU. Any delusion about selectively voting good UMNO candidates is good on a personal level BUT very destructive on the nation and its future. That's why it's ABU and nothing else. We are trying to save Malaysia, not trying to pick a candidate to help solve our personal issues and problem. At this juncture, the nation comes first. And once the nation affair is in order then our respective problem will solve itself out! This message is for those who are still not clear about the core aim of ABU and why it is a blanket rejection on UMNO and its candidates!

Nick.

Anonymous said...

Agreed, Nick.

Alas, the Malaysian political scene is only capable of either UMNO/BN or PR. There is neither room nor avenue for a middle ground, such as the 3rd Force or middle-of-the fence (atas pagar) stance.

We already know and see that continued UMNO/BN rule is corrosive towards Malaysia's future.

And we have already seen the improvements by PR rule in Penang and Selangor.

What is left but ABU?

A nation without change is a decaying nation.

--ziggy

Orang Seremban said...

Tuan ASPAN
Saya tak dapat buka blog tuan sejak dua hari yang lalu.Yang muncul hanyalah muka depan.Saya komen ni pakai hp

Orang Seremban said...

Tuan aspan,
Dah dua hari tak boleh access blog tuan,ni komen pakai hp

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,
Saya ingin menyusul beberapa soalan untuk difikir dan direnungi oleh kita dan orang2 dan parti yang memerintah sekarang;
1. Apa jenis manusia yang memerintah sekarang jika yang hak tidak ditunaikan.
2. Tidak terfikirkah mereka dosa, pahala.
3. Tak cukup lagikah harta negara yang dikumpul selama ini.
4. Harta yang diberi makan anak2, bini2 selama ini berkatkah. Semakin bertakqa kah anak bini mereka ini.
5. Tak cukup susahkah rakyat hari ini hasil dari tindaktanduk mereka.
6. Tak takut matikah mereka ini.

Hrap fikir2lah...

chempaka said...

Sdra AA

UMNO sedar tak dia kena buat complete overhaul. Kalau tidak tunggu masa saje nak write off.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Rakyat yg tidak menyokong BN juga membayar cukai,hatta membayar gaji mereka juga.Diperbodohkan rakyat dengan slogan bantuan,pertolongan, subsidi dan kemajuan, sedangkan keperluan asas dan kemajuan negara adalah hak rakyat dan tanggungjawab pemerintah.

Setiap hari pemimpin2 BN memberitahu rakyat perkara yg sama,yang sememangnya menjadi tugas dan kerja mereka.Mungkin terlalu lama berkuasa,mereka seolah-olah lupa,rakyat yg membayar gaji mereka.

Diharap rakyat Msia yg dahagakan keadilan demokrasi sebenar, mengejutkan BN dari lupanya pada PRU13 utk kebaikan masa depan generasi akan datang.Dan juga ubat utk BN.

Anonymous said...

@orang seremban..

try pakai fire fox atau google chrome as searching agent..

Pak AA kene reset balik adress blog ni..mebi ada error kat adres kot..

Anuar bin Safian said...

Nick and Pak Aspan,

The UMNO supporters certainly will speak that the present government is still remain strong due to the support from among of the Malays (especially). If we do ignore the postal ballot, UMNO will be able to live on the support among the malay's rural areas. How to realize on the each of Malay individuals to understand the spirit of federalism in Malaysia? When they were asked that why they are still 'give' a mandated to UMNO? they will say that UMNO is the only party for the malays. That's what makes UMNO party is remains 'strong' and defended.

How much the guilt acting of this party was revealed and how many their false in governing have been spread out? Until this statement is written the Malay people still give their confidence to the party. Are we facing other big problem than the support of Malay people blindly on the basis of this race!? I don't think we got bigger than this. The malays do not care how big the sins of their leaders even how cruel their actions, support for UMNO will never end. This is their oath.

I dream that one day there will be awareness among the Malays or Umno members or NGOs that support these organizations to urge their corrupt and power hungry leaders from their resign from the 'throne' and replaced with a fair leader which selected through a more democratic election (rather than through a representative that can lead to malpractice). This is the only way to enhance public awareness of UMNO leaders.

Anuar Safian.
Aware Malay