04 February 2012

Poster-poster rasis sudah mula dinaikkan. Itu petanda BN sudah kehabisan modal

Saya telah pergi ke TTDI hari ini untuk bertemu beberapa orang rakan yang ingin berjumpa saya sambil minum pagi. Saya diberitahu oleh rakan-rakan saya yang sudah banyak poster-poster yang ditampal dimerata-rata tempat tentang Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu. Poster itu berbunyi ‘Lim Guan Eng anti Melayu’. Sebagai seorang yang sentiasa berada bersama rakyat marhean di bawah ini, saya dapat merasakan dengan jelas yang DAP sedang mendapat penerimaan dari kaum Melayu yang sudah terbuka minda dan tidak lagi terkongkong dengan momokan jahat setengah pihak terhadap parti itu.

Ini juga dapat dirasakan oleh UMNO dan sekutunya. Maka tidak terkejut jika mereka melakukan tindakan desperado ini kerana ini sahajalah jalan yang tinggal untuk menggagalkan usaha DAP untuik membuktikan yang parti itu benar-benar sebuah parti 'multi-racial' yang sedang mendapat sambutan dari semua kaum termasuk dari kaum Melayu yang sudah tidak terkongkong dengan momokan gila parti-parti dalam BN khususnya UMNO.

Untuk memahami tujuan poster ini dinaikkan tidak memerlukan seorang yang bijak pandai untuk mentelaahnya. Seseorang yang terbuka sedikit mindanya dan sudah bercampur gaul dengan mereka yang berpolitik secara jujur akan cepat tahu matlamat pihak yang menaikkan poster-poster ini. Matlamatnya ialah untuk berusaha dengan cara kotor untuk BN mendapat sokongan dari semua kaum khususnya orang Melayu.

Kerja menakut-nakutkan Melayu ini memang cara UMNO untuk menjauhkan Melayu dari mendekati DAP. Puluhan tahun orang Melayu ditakutkan dengan isu 13 Mei untuk menjauhkan orang Melayu dari DAP. Tetapi isu itu sudah tidak dipakai lagi kerana rakyat tahu kaum Cina lah kaum yang takut dengan pergaduhan di antara kaum kerana mereka mahukan keamanan dan hidup berniaga di dalam negara yang tidak berpecah belah.

Rakyat pun tahu yang kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap mengambil tahu hal untuk semua kaum di negeri tadbiran beliau. Orang Melayu sekarang sudah sedar yang Guan Eng tidak boleh di nafikan ketelusannya dalam mentadbir negeri Pulau Pinang. Lim Guan Eng yang dituduh anti Melayu dan Islam oleh penyokong UMNO dan BN telah memperuntukkan wang sebanayk RM64 juta untuk mentadbir urus hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang. Semasa BN memerintah Pulau Pinang, peruntukkan untuk hal ehwal Islam hanyalah sebanyak RM12 juta sahaja.

Walaupun negeri Pulau Pinang hanya sebuah negeri yang kecil dan jumlah orang Islamnya kecil jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, peruntukkan sebanyak RM64 juta itu merupakan jumlah yang amat besar. Peruntukkan itu termasuklah untuk menyelia elaun guru-guru KAFA, pentadbiran tanah perkuburan serta semua yang berhubungkait dengan agama Islam di negeri itu.

UMNO sedar yang Guan Eng tidak boleh lagi dipersendakan kepimpinannya. Jika benar Guan Eng anti Melayu bagaimanakah 70% dari kontrak yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang itu diperolehi oleh Bumiputra? Kerajaan Pulau Pinang tidak memandang bangsa dan ethnik dalam pembahagian kontrak-kontrak ini sebaliknya pembahagian itu adalah didasarkan kepada ‘merit’ yang ada kepada kontraktor-kontraktor itu. Dengan keadaan itu maka terbukti kontraktor-kontraktor Melayu mempunyai ‘merit’ yang tinggi yang mereka tidak dapat buktikan semasa pemerintahan Koh Tsu Khoon dahulu.

Dengan kata-kata lain Bumiputra boleh berjaya tanpa bersandar kepada peruntukkan keistimewaan Bumiputra sebagai yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara. Sesungguhnya orang Melayu mampu membuktikan yang mereka boleh bersaing dan semasa pemerintahan Gerakan dahulu mereka tidak berupaya membuktikannya kerana setiap kerja yang di berikan oleh kerajaan BN semasa itu telah diperolehi oleh kroni-kroni kerajaan semasa itu.

Segala bukti-bukti ini secara beransur-ansur dapat disaksikan oleh rakyat dan itulah sebabnya UMNO ternyata takut dengan DAP yang akhirnya telah berjaya membuktikan yang parti itu benar-benar parti untuk rakyat dan bukannya untuk kroni-kroni tertentu dan ‘warlords’ yang istimewa dalam UMNO dan BN itu.

Pentadbiran yang jujur memang satu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh UMNO dahulu maka perbezaan yang ditunjukkan oleh Guan Eng ini amat menakutkan UMNO. Maka tidak hairanlah kenapa poster yang bersifat sensitif ini dinaikkan oleh setengah pihak yang takut kepada kejayaan DAP untuk membuktikan yang parti itu tidak bersifat rasis seperti MCA dan UMNO dalam BN itu.

Poster-poster itu hanya merupakan satu tindakan yang ‘counter productive’ bagi pihak yang menaikkannya yang bersifat rasis yang keterlaluan itu.

39 comments:

Anonymous said...

Bumiputra yang selama ini mendapat kontrak dari kerajaan BN bukan kerana status keistimewaan bumiputra mereka !!

Mereka ini dapat atas status Umnoputra atau kroniputra meraka; dengan menepikan hak-hak bumiputra serta bukan bumiputra yang lain.

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Saya berpandangan serupa dengan anda. Ini namanya "politik terdesak" akibat penolakan besar2an majoriti rakyat terhadap UMNO BN.

Tidak sukar untuk melihat siapa sebenarnya dibelakang perbuatan menampal poster2 anti LGE itu berdasarkan rekod2 lepas yang berlalu.

Cuba kita imbas kembali beberapa kejadian lepas:

1. Kes penggunaan dakwat kekal dibatalkan dalam GE 12 atas dakwaan pasukan keselamatan bahawa ada pihak tertentu telah membeli sejumlah dakwat untuk tujuan sabotaj.

2. Lapuran pihak polis berkenaan rampasan baju2 bersih 2.0 & bom botol ( locomotiv coctail ) yang dikaitkan dengan peserta demontrasi Bersih 2.0.

3. Kes letupan bom jangka di perhimpunan 901 tempohari.

4. Kes kepala babi di perkarangan masjid yang kian menjadi2 kebelakangan ini.

5. Kes letupan dan kebakaran kecil dilaman rumah Mat Sabu

6. Kes letupan dan kebakaran di rumah Timbalan PEsuruhjaya PAS Johor.

Ini adalah sebahagian kecil kes dari beberapa kes yang lain yang tidak saya sebut. Cuba perhati dan analisa baik2 semua kes ini dan lihat kesudahannya apakah pihak polis berjaya menyelesaikan kes2 tersebut dan menampilkan pesalah ke mahkamah. Kalau air mani dan DNA dalam dubur saiful boleh pihak polis temui, kita lihat apa jadi nanti dengan kes2 yang saya senaraikan tadi. Tidakkah polis Malaysia antara yang terbaik di dunia ?. Anda boleh nilaikan sendiri dan fikir dengan akal yang waras.

TheSniper said...

Biarkan ameno percaya dengan keberkesanan geraksaraf mereka.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Sentimen perkauman harus didendangkan seantero negara demi talian hayat UMNO BN. Memandangkan majoriti parti komponen BN adalah parti perkauman, adalah suatu yang anih kalau isu perkauman tidak dimainkan

Kerja2 bodoh tersebut tidak lagi mampu mempengaruhi rakyat yang makin sedar, hanya segelintir yang dungu mungkin akan termakan dakyah mereka. Kami yang sekian bertahun menyokong UMNO BN kini dah naik muak akibat perbuatan pemimpin2 UMNO BN yang seolah2 merestui "tindakan bangang" ini. Satu sisi pemimpin ini melaung2kan 1 Malaysia tapi disisi lain mereka tiup api perkauman.

Terang2 selama ini kami diperbodohkan. UMNO perbodohkan Melayu, MCA perbodohkan Cina dan MIC perbodohkan India untuk kesenangan sekelompok pimpinan BN bagi mencapai nafsu serakah mereka.

Anonymous said...

Jikalau UMNO, BN etc benar-benar mengeji ideologi NAZI-sm dan menanggap simbol swastika sebagai simbol racist dan haram, sewajarnya BN dan UMNO hendaklah memansuhkan semua polisi - polisi yang berunsur perkauman dan membentangkan akta - akta anti - diskriminasi yang efektif untuk menentang elemen extremis di sini.

di atas pagar said...

AA, betul apa yg sdr katakan banyak kali. Saya membuat penilaian terhadap komen beberapa org penyokong BN dan komen-komen dari yang menyokong PR.
Kualiti komen penyokong BN tidak langsong nilainya tetapi sebaliknya komen dari penyokong PR ada sikit-sikit nilainya.
Penyokong BN tidak pernah membahaskan isu yg sdr tulis sebaliknya membawa kita kepada isu lain dan lepas itu memaki hamun kita pula.
sekian pandangan orang di atas pagar.

Anonymous said...

saya sangat bersetuju dgn pandangan "di atas pagar"

bahkan saya melihat blog2 pro BN dan para pengikutnya hampir 99.99% menggunakan bahasa kesat, lucah dan memaki hamun, dan sering membangkitkan isu2 lapuk yg sudah ternyata jelas hanya lah fitnah semata2. sy yakin ramai diantara penyokong PR lebih membahasakan sesuatu secara ilmiah jika dibandingkan dgn pro BN. saya jg yakin, rakyat semakin celik menilai cuma sebahagian besar yg masih takut untk besuara (walau berkata benar) demi menjaga periuk nasi! walhal kita semua tahu, semua itu (rezeki) datang dari ALLAH..

wasalam,
faizal

zainal hashim said...

Aspan, you know me well. I don't give a damn to what people think about me.

We know each other while in Shah Alam campus way back in 1972. I am not interested in polemics but let me tell you that PR government in my state of Penang is the best managed government. No way that Najib can compete with the sanity of Guan Eng's government.

Penang government should be the 'kerajaan contoh' untuk semua.

Thank you Aspan for giving the opportunity to comment.

Anonymous said...

Sdra Zainal Hashim,
You hit the bull eye, where no way BN/UMNO will be able to make a comeback in PP.

Indication are very obvious, that BN/UMNO are going to cross a very tough obstacles ahead, and it is very doubtful indeed they can ever cross the finishing line this time (GE13) in one whole piece into Putra Jaya. ABU all the way to GE13.

Anonymous said...

Assalam alaikum.

DAP is a Chinese supremacist party, which is anti Indian and anti Malay.

In the days BN ruled Penang under Tan Sri Koh, we truly had equality but today under Lim Guan Eng's apartheid regime, the Indians and the Malays have been economically marginalised.

I am a voter in Kepala Batas parliamentary constituency and I voted for Barisan Nasional. While I am happy BN won big here, I feel sad UMNO has been transformed from the ruling party to an opposition party.

I demand Lim Guan Eng resign immediately, or alternatively PDRM arrest him under the Internal Security Act, send exile him to Kamunting, Perak.

kampong lad said...

bila berlaku peperangan, keputusannya 100% tak pernah seri kecuali menang atau kalah. yg menang jadi arang & yg kalah jadi abu. sekiranya cm lim ge letak calon melayu dikawasan majoriti pemilih cina, ini akan membuat bn/umno gila meroyan. dia ada peluang utk membuktikan dap parti multi-racial berdasarkan 'meritocracy'.

ibrahim hamid, pulau tikus. said...

Anon 21:31,

You are certainly a person who is blinded by emotion and racist sentiment. If you want ti debate with me just surface in this blog. Give your name and identity. If at all Koh Tsu Koon was fair and multiracial he wouldn't have been thrown out unceremoniously by Penangites.

Please appear in the open and let us talk.

Aspan Alias said...

Anon 18:37,

Saya merasa amat kecewa dengan kejadian letupan di rumah Timbalan Persuruh jaya PAS Johor semalam

Zulkiflie ahamad, Timbalan Pesuruhjaya PAS itu adalah adik sepupu saya untuk pengetahuan sdr. bapa beliau adalah adik kepada ibu saya.

Saya diberitahu oleh beliau yang ini adalah kerana peranan politik yang tidak bertanggungjawab.

Saya amat bersedih kerana kejadian ini merupakan kejadian yang sangat tidak bermoral.

tetapi biarlah masyarakat yang menentukannya dengan izin tuhan maha esa.

tidak tahulah saya kenapa nyawa menjadi sempadan kepada permainan politik negara kita ini.

Tetapi saya mempunyai keyakinan yang akhirnya kebenaran tetap akan timbul.

Salam

Anonymous said...

Hi All,

Yes , Its very true that BN is very very worried cos their spin aint spinning anymore. Nobody buys their crap anymore.
I strongly believe that this GE13 BN will be "OVER and OUT".
The BN has no more decent political capital and is bankrupt of ways and means to win peoples heart.
On a different note, Its no point GATE CRASHING the taipusam festival at batu caves. He can give speechs but i bet nobody will listen and be convinced by MIC or HIM. To MIC please be mindful that its a holy day and its not for you to create an impression that the indians who are at batu caves are there to fullfill their vows NOT as your supporters or BNs.
Please MIC dont con people anymore.
MIC president looking for a winnable seat in cameron highlands at the expense of devamany.What a cheap shot.
To palanivel, I dare you to stand in any KL seat if you got BALLS .
You dare??
You stayed at Taman melawati So why not contest the Gombak parliment Seat? You got the scrotal gumption for it????

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Yakinlah bahawa sebaik2 perancangan manusia, tidak mungkin dapat mengatasi perancangan yang Maha Esa. Dalam ketika pihak2 tertentu merencanakan gerak saraf yang melampau untuk menakutkan lawan mereka, Allah menghasilkan kesan yang sebaliknya. Warga Malaysia semakin membenci dan menolak mereka.

Terus terang keyakinan saya terhadap kemampuan pihak berkuasa menyelesaikan kes sabotaj di rumah adik sepupu saudara itu ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor ) amatlah rendah berasaskan beberapa kes "anih" yang berlaku lama sebelumnya yang tiada kesudahan sehingga kini.

Orang ramai mengikuti dan menilai semua kejadian berkenaan dan masing2 akan membuat persepsi sendiri jika peratusan kejayaan pihak berkuasa menyelesaikan kes2 seumpama itu hampir ditahap sifar. Kegagalan pihak berkuasa untuk menghentikan kejadian2 sedemikian sebenarnya akan membangkitkan lebih banyak perasaan simpati kepada PR dan ianya akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada PR nanti. Saya yakin kedudukan UMNO BN di Johor akan merosot teruk pada GE 13 nanti.

Apa pun kita berharap pihak berkuasa akan bertindak secara profesional dan mengekalkan integriti bagi menyelesaikan kes2 berkenaan seberapa segera.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,
Bagi manusia yang waras, yang rasis adalah parti berpuak2 mengikut kaum,parti kaum ini menuntut bagi kaum mereka manakala parti yang satu lagi menuntut hak yang dilaungkan kaum mereka begitulah seterusnya hinggalah lebih 5 dekad. Sememangnya Tuhan menjadikan maanusiaa ini dengan nafsu mereka dan yang boleh mengawal mereka ini adalah iman dan disiplin. Bagi sasuatu parti yang diangotai oleh berbagai kaum, kitabolehlah memikirkan sendiri samadalayak digelar rasis atau sebaliknya. bagi parti yang dianggotai oleh satu kaum sahaja, sampai kiamat, terasnya adalah resis, Semudah A,B,C untuk difahami, Kalau kurang cerdik masuk sekolah balik,masuklah sekolah yang berbagai bangsa(macam DAP ni) jangan menyusahkaan dunia dengan perangai bangang anda...myi

Anonymous said...

cheeeerssss!!!
siapa untung wit all this ?? izin kan saya 2 pantun for all / buai laju2 sampai pucuk ubi ,jgn ragu2 bila masa mau undi..
me no party people/ pagar i cal it home ///

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Poster2 dan slogan2/propaganda rasis yg bodoh macam ni,kalau zaman arwah ayah saya, mungkin boleh digunapakai.Bukan hanya tiada modal,bahkan UMNO telah jauh ketinggalan zaman dari realiti kehidupan dan mentaliti rakyat masakini.Tiap2 PRU modal yg sama.Poster2 nilai tong sampah.Menjemukan.

Sudah sampai masanya rakyat meninggalkan parti2 perkauman berfikiran sempit ala-yahudi.

Negara akan hanya maju kehadapan apabila rakyatnya yg berbilang bangsa hidup aman damai dan saling bantu membantu.Bukannya dengan meniup api perkauman,benci membenci,berdendam dan bermusuh-musuhan,yg akhirnya akan mencetuskan rusuhan mengakibatkan kerugian semua pihak.

Anonymous said...

Anon 4 February 2012 21:31:00 GMT+08:00

How old are you? Are you mature enough when posting comment in that way?

For what reason police want to arrest LGE?. Racist? Terrorist? Communise?

suzyratna said...

Bn should now realise that its tired and stale methods are not impressing anyone anymore except the ill informed who have no access to the new media where news/information are told/read without spinning and in real time.
Just throw a pebble and 95% of the time ,it will drop on a graduates head and these guys cannot be impressed by all the hype.They want leaders to reason out and debate on issues. Not like how BN skips the issues.
Giving out 100,200 and 500RM is like prostituting the people.
If BN is serious of service to malaysians, Then implement FREE EDUCATION and HEALTHCARE not the f$$king 1care where a group of cronies make a killing at the expense of the people.
Just in case PM is living an ostrich's life, LOOK at PENANG and LEARN what honest leaders can do instead of finding faults and "RENT A CROWD" to condem blindly.
The people want a stable country NOT a bankrupt country.
When BN was ruling penang it was running a deficit BUT now with prudent management of the states resources, A Surplus is seen.
I hope that PR will rule malaysia after GE13 and i will contribute my bit by talking to people about A to Z of BNs corruption index and that a vote for BN will be a vote for corruption, cronism and condemmation of the people.

Mr. Aspan, I will extend my services to you in the event you contest in GE13 at no cost.Im an indian but not a racist and i support any PR candidate.In my circle of friends NOT one supports BN anymore.
GOD will give you the courage to standup against BN.

jun said...

AA, Umno is the party in which the leaders are giving insoluble problems for its members.
Their leaders are giving massive problems that it members are unable to address them

Anonymous said...

Saudara AA,

Kamu ni babi!

Melayu Kena Sokmo said...

As Salam tuan Aspan. Nak tertawa sikit dengan komen (Anon 12:06:00). Provokasi nampak...? Tak kan tak kenal babi dengan manusia...? Kalau orang Melayu kenalah sebut khinzir baru sedap sikit bunyinya..ye tak? Tak kan babi pandai menulis dan memberi komen tentang dunia politik yang matang? Kalau tak kutuk orang nak kutuk siapa lagi tak? Nak kutuk lembu NFC, nanti marah dek Shahrizat, tuan punya lembu pula... Akhir komen... Rasanya anak luar nikah pun ada nama, hanya kamu (anonymous) yang tak berani gunakan nama walaupun samaran (bermakna lagi teruk dari anak luar nikah?)

Anonymous said...

me say wat zupp !!
advise anwar to shut up or just stay low/ better than making more damaging hooo haaasss!! if u can bro,please tell nik aziz to leave it to the young gen to fix this beautiful nation of ours ( someone like U bro/ fresh and sharp!! ))me no party people /ATAS PAGAR PEEPS !! cheeersss bro !!

Anonymous said...

AA,
Saya amat-amati segala tindak tanduk pemimpin UMNO dan para-para penyokong mereka. Pemimpin No wahid mereka mengasaskan segalanya kepada 1Malaysia di depan khalayak pelbagai kaum. Pemimpin ini juga bila berdepan khalayak kaum Melayunya di dalam PA partinya melaungkan slogan langsung tiada berunsurkan 1Malaysia, hanya bercakap pasal kelangsungan dan keunggulan bangsanya sahaja yang mesti menguasai dan mendominasi kaum lain. Sambil mencerca parti-parti saingan dan mengherdik dan mencacai sehina-hinanya pihak lawan tanpa batasan. Tanpa memberi peluang untuk menjawab apa sahaja yang dibangkitkan, one sided dengan dibantu oleh media pencacai mereka. Itulah realiti
Bagi menguatkan lagi cacaian mereka kepada pihak lawan dicipta NGO Ultra Nasionalis yang akan melalak agenda kebangsaan sempit dan disokong dengan pertubuhan seni mempertahankan diri bagi menggerunkan kaum-kaum yang tidak sebangsa.
Apakah semua ini? Apakah tepat gelaran kepada mereka Ultra Nasionalis. Pada saya amat tepat bila kita mengambil contoh tragedi bekas negara bangsa Yugoslavia semasa di ambang keruntuhan dan perpecahan di rantau Balkan. Ingatkah kita kepada Slobodan Milosevic dan Ratko Mladic yang terkenal rasis dan ultra nasionalisitik sehingga bangsa lain adalah tidak setaraf dan layak diperhambakan dan dilenyapkan. Dengan slogan Greater Serbia mereka telah dapat menggerakkan bangsa Serbia untuk menindas bangsa lain seperti Bosnia dan Croatia. Ketaksuban ini amat berbahaya dan jika tidak dapat dibendung impak politik amat menggerunkan.
Cuma yang membezakan hanyalah situasi di Yugoslavia ketika itu dan kita di sini. Negara yang sedang di ambang perpecahan tiada undang-undang dan perlembagaan untuk membentuk satu pedoman bertindak dan pedoman untuk bernegara. Kita buat masa ini masih merupakan Negara Hukum, mempunyai perlembagaan, undang-undang dan peraturan, masih mempunyai 3 elemen sebuah negara demokrasi yakni legislatif, eksekutif dan kehakiman. Kita masih mempunyai birokrat-birokrat yang sepatutnya menegakkan asas hukum yang telah diperuntukkan melalui perlembagaan. Walaupun pihak eksekutif mempunyai akses ke atas para birokrat ini dan telah secara terhadnya mencampuri urusan-urusan para birokrat dan kehakiman namun adalah diragui apabila di dalam keadaan genting dan terdesak pemimpin yang menguasai kerajaan pada ketika ini akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk menyalahguna para birokrat ini bagi mempertahankan sekelumit kuasa yang ada melalui undang seperti Darurat.
Keadaan-keadaan akan dicipta untuk menjustifikasikan tindakan Darurat. Seperti yang kita lihat insiden-insiden yang dicetuskan yang dictitkan oleh Anonymous 4 February 2012 18:37:00 GMT+08:00. Ini baru sedikit dan apabila nyata mereka akan kehilangan kerajaan pusat maka-maka insiden ini akan diperbanyakkan dan negara tidak lagi berada di dalam aman dan keadaan anarki seolah-olah telah berlaku maka Darurat pun diisytiharkan bagi membolehkan Mageran diaktifkan dan PM sedia ada sebagai Head of Caretaker Govt dan satu permuafakatan baru boleh dipersetujui antara parti-parti politik untuk menyelamatkan Malaysia sperti yang berlaku selepas 13 Mei 1969 dengan pembentukan Barisan Nasional.
Apakah kita sudah bersedia untuk keadaan dan kemungkinan-kemungkinan ini. Saya tidak ekstrim namun cuba lebih kepada realis.

Pattani Warior said...

Saya sangat pasti Anon 5 February 2012 12:06:00 GMT+08:00 ni salah seorang penyokong UMNO BN.

Biasanya gitu ler cara penyokong UMNO BN berdebat atau berforum.

Anonymous said...

Kalau tanding perlimen soromban dah tontu monang sungguh pun ado sorang bekeh ajk nak tanding bebas.Dun elok ambil lobak atau temiang yang tau monang dalam tangan.Den raso kalau boto rayonya deposit BN untuk perliman akan hilang kerano orang molayo dah meluat,menyampah tengok ragam pemimpin Umno dipusat dan nogori jadi teruskan perjuangan.member yang kato kau babi sudah keterlaluan ,kehabisan modal mungkin ado masaalah upstairs.

Anonymous said...

cina menjual melayu membeli
melayu menjual cina membeli

STOP RACIST

ALLAH/RASUL BERJANJI ISLAM PASTI MENANG said...

Salam AA,

"Pecah dan Perintah", "Divide & Rule" adalah satu kaedah yg paling Klasik dan Paling Berkesan Zaman Berzaman yg di lakukan oleh Kuasa Jahat, Evil Power sejak Zaman Namrud, Firaun, Rom, Parsi, Yahudi dan semua kuasa Besar dunia. Kajian menunjukkan semua kuasa2 Jahat di dunia ini menggunakan Kaedah yg sama, iaitu Pecah & Perintah ini, yg ada di dlmnya Pembohongan, Fitnah, Penipuan, Politik Kotor=Real Politics, sama ada utk mendapatkan kuasa, atau mengekalkan kuasa selama mungkin. Hanya Islam sahaja satu2nya kuasa yg menggunakan kaedah yg sebaliknya iaitu, menyatukan semua dgn ukhuwwah Islamiah sbg satu Ummah, sebagaimana Rasulullah SAW lakukan di Madinah al Munawwarah, iaitu menyatukan Puak Aus & Khazraj yg berperang beratus2 tahun...di satukan dgn mengislamkan mereka, memberi nama baru iaitu Ansar (Penolong agama Allah) dan di satukan pula dgn golongan yg berhijrah dr Makkah iaitu Muhajirin, (sama seperti PAS dan PKR), sedangkan semangat perkauman Arab/Assobiyyah yg ada pd mereka tidak menyelesaikan masalah antara mereka, malah lebih memecahbelahkan mereka. Jadi benarlah HANYA ISLAM SAHAJA SATU2NYA "RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM" BUKAN IDEOLOGI/FAHAMAN/ISME YG DI CIPTA OLEH MANUSIA. Kita org2 Islam akan tetap berpecah-belah jika mengambil isme2 buatan manusia dgn meninggalkan 2 harta yg di tinggalkan Rasulullah SAW iaitu Kita suci al-Quran & Sunnah baginda. Isme kebangsaan yg di anuti oleh Puak2 Umno ini sebenarnya mengikuti isme kebangsaan puak2 Yahudi sedunia, berdsarkan konsep Negara Bangsa (bangsa2 berjuang utk survival bangsa di bwh acuan penjajah) yg membawa kpd munculnya NegaraBangsa di dunia ini, semuanya diterima menjadi ahli2 kelab eksklusif bernama Pertubuhan BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) yg di tubuhkan pd 1945...NATIJAHNYA MUNCUL ISRAEL 1948. (YAHUDI KEPALA BANGSA PALING RACIST DI DUNIA). Inilah bentuk dunia yg kita diami skrg. Umno (dan lain2 parti asuhan Penjajah di seluruh dunia, sama ada di bwh ideologi Kapitalis atau komunis) merupakan anak2 yg di lahirkan oleh Penjajah...utk suatu cita2 yg telah di zahirkan pd tahun 1948. Apabila Islam menguasai sesuatu, maka Islam akan menyatukan seluruh manusia dgn RAHMATNYA, ideologi yg lain MUSTAHIL DPT MELAKUKANNYA.

Anonymous said...

Sir Aspan,

I'm sorry to hear of your cousin brother's incident.

It's very unfortunate to know that we have some less inteligent people with not so proper upbringing to commit such harmful activities in these day and age.

I trust our Almighty One will punish these pathetic beings soon,very very soon.

Keep moving forward Sir with that courageous attitude of yours. Many will follow suit and you will have the backing of not only the malay brethens, but also the chinese and the indians.

Waiting for New Malaysia to be born...

kaplagemeng said...

Saya seorang dari ahli UMNO tetapi bila membaca komentar dari penbahas2,blogger yang pro UMNO sedih seperti mereka ini langsung tak berpelajaran,kata2 nista dan makihamun yang di lontarkan,berhujah dgn berfakta contohi lah orangkampong atau QD sekurang2nya jgn papagomo atau parpukari yang di jadikan contoh...tolonglah jadikan ruang ini tempat kita mencari maklumat berguna kalau masih tak bersetuju tinggalkan ruangan ini dan pergi lah ke blog lain yang dapat memuaskan hati anda..ok

Anonymous said...

Kalau berani kenalkan diri anda yang membabikan AA kerana saya tahu apa patut saya buat kepada penulis yang bacul dan cabul ini. .............................................Dari saya PARANG TERBANG KL.

Anonymous said...

kaplagemeng (baca kapla lembu)

Ini media baru. Lu olang UMNO apa mau bikin sebok maa? Lu kasi jaga lu punya blog, jangan sebok olang punya blog. sama juga lu jaga lu punya bini, jangan sebok olang lain punya bini. Lu jangan kacau olang punya freedom maa.....Ini AA pun talak bising, lu pula kasi bising. Bolo punya olang...Lu baca apa dia (AA) cerita aja, jangan baca komen maa.... Nanti lu kasi bikin lu punya apak atau atok punya blog, nanti lu sendiri komen maa...Ini macam olang pun ala kah..?

boss said...

Kalau kita sumpah orang babi yg sebetul nya kita tu yg ibu babi

boss said...

Kalau kita sumpah orang babi yg sebetul nya kita tu yg ibu babi

Anonymous said...

Salam Saudara Aspan,
A master piece of writing. I have always wanted to migrate to Penang as CM LGE implements retrain and retain human talents; he and his team of excos are progressive resourceful, transparent and mindful of all races of Malaysians and he does not confer titles on himself, his father or his gracious lawyer wife, Betty.

I admire the Gabenor of Penang and his wife, both distinguished and gracious.

In the near future, USM with all its multiracial brilliant academicians will produce graduates at par with
foreign graduates leading to USM as the better choice of university in Asia and internationally.

In honest opinion, I never mind whoever is a leader whether he is Malay, Chinese or Indian from DAP so long he is very competent, honest and all Malaysians are treated equally and fairly.

What courage and true patriotism for you and Sakmongkol to join DAP. Thank you.

Anonymous said...

Sir Aspan,

very saddened by what had happened to your cousin and his home. will remember in prayers for God to show them compassion and great help through many good people of all races.

No God fearing people or civil minded M'sians,except those who sold their souls to the evil to incite race hatred, to create the adrenaline of fear and shift blaming to and against multiracial
M'sians would do despicable acts of bombing,torching a place of worship, disposing cow head,.... head ( can't even type it ) at places of worship where each of the communities have faith
in God who shows compassion, justice, mercy and intervention to all people.

i met an Apek and an Indian Ayaa at a gov clinic some time back saying no such thing of anyone of their communities would commit it as they are too busy working daily to feed their families,
they are not stupid not to see the consequences of a despicable act, they have no backup to shield them from the prosecution by law and they want their next generations to be blessed by God
and not having to reap retributions.

Zainal Hashim, you heartfelt comments are visibly moving and in the course of my daily work, i will always pause from my daily punishing work schedule to show the very same kindness
and mindfulness, even recommendations to Malay,Indian and Chinese and their youths.

Each can make a positive difference to care and share for others and beyond one's community " menaikkan martabat diri, keluarga dan komuniti "

when the worldwide economic downturn hit M'sia some years back, i had the privilege to interview a very fine Malay lad, who scored 8 As. i said he 's a real fine lad, as he helped his
parents sell sugar cane water in the pasar ramadan.

So when he came to the interview, he already looked endearing like a son i will never have. i am color and race blind. He spoke English well ( 8 / 10 ) and wrote an impressive essay but when
asked for five reasons why he should be given a scholarship to study in Japan. Which he replied he liked eating sushis. I teasingly mocked him no way I would send him to Japan on tax payers'
money to eat sushis.

Today he is an accomplished somebody, taking good care of his elderly parents with filiality . married to an equally pleasant Malay nurse, who once took excellent care of me in hospital.
I reciprocated the opportunities and compassion given to me to excel in my Alma mater missionary schools.

Alongside with fellow Msians, we can all empower those smart ones from humble family background the resources regardless of creed, race and religion. DAP, LGE, Aspan, Sakmongkol,
the DAP excos will be capable with integrity and political will to do that.

Certainly it will be dreadful if any of the new DAP excos are haughty or one or two young lady excos to be sexists because they are qualified. Can't afford another crystal teh
then shifting the blame and discriminate against the men that we are against ladies. What insanity ? Dr Stephen Hawking shares our plights !

Young politicians, just do their jobs exceeding well without the sexism or haughtiness, engaging, not confronting, be mindful of body language, be respectful to the poor, the elderly.
Do not treat Rakyat as stupid.Many more Msians are just as qualified or more qualified, they just blend in, dress down, maybe being hard listeners and quiet rational thinkers which
many will perceive as dumb.

Much appreciation and gratitude Sir Aspan, Sir Zainal Hashim for supporting LGE & DAP for a Better Msia for All.

Anonymous said...

SALAM.
Apa yang excited benar tentang isu perkauman ni..isu ni bukan BN kehabisan modal..ini adalah isu dan modal sampai mati..sesiapa pun akan guna isu ini..kalau nak menang mestilah buat apa sahaja..begitu jugak dengan PR..kalau nak menang apa-apa isu akan di laungkan..biasa la tuan..siapa yang bodoh dan di perbodohkan sekarang ni..sememangnya isu rasis ni amat relevan dan sesuai untuk menjadi senjata politik..terpulang pada kita yang menilainya..kalau kita menentang rasis , that's good tetapi yang RASIS TEGAR ramai di luar sana..tak boleh selesai barangsiapa siapa pun jadi pemerintah..takkan lah saudara aspan yang terolong di dalam pemikir pecah dan perintah ni tak tahu..saudara adalah sebahagian' in the circle ' yang menjadi power broker dan mastermindnya..jangan jadikan rakyat di perbodohankan lagi..cukup lah tu.

Anonymous said...

hi AA,

saya disini tertarik dengan isu yang saudara tulis ini berkenaan rasict. Dalam kamus hidup saya yang masih muda ini, saya terasa pelik kenapa perlu ada isu rasict, kerana kehidupan saya sejak dari kecil saya sudah tinggal dalam masyarakat yang majmuk, berkawan dengan cina dan india, tak pernah pula rasa kekok, sebab itu jika ada kaum saya melayu membicarakan tentang perkauman saya rasa ia nya sangat tidak bertamadun. Saya berasal dari negeri terengganu, di sana orang cina pun tahu makan budu, cakap pun loghat terengganu sama seperti kelantan, terlalu aman sehinggakan perkataan perkauman itu hilang begitu sahaja.

bagi saya perkataan racist itu telah mati berpuluh tahun dahulu. mungkin rasict sekarang ini adalah hantu.