14 February 2012

Siapa yang telah menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, sila kembalikan kepada Kerajaan

Nazri Aziz meminta NFC membayar balik semua wang yang telah dipinjamkan oleh kerajaan sebanyak RM 250 juta itu. Nazri berpendapat Shahrizat tidak perlu berhenti atau berundur dari kerajaan. Kata-kata Nazri ini memberikan banyak perkara yang membuatkan kita lebih memahami cara dan kaedah UMNO menyelesaikan masalah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita dan keluarga mereka.

Kenyataan Nazri ini boleh membayangkan cara berfikir dan sikap pemimpin kita berhubung dengan isu-isu besar yang dihadapi oleh negara. Sikap pemimpin kita boleh membezakan nilai diantara sikap serta ‘attitude’ kepimpinan yang sepatutnya ada kepada pemimpin demokrasi dengan apa yang sebenarnya ada pada pimpinan kita.

Jika Shahrizat menjadi pemimpin dinegara maju, misalnya di England, beliau sepatutnya berhenti dari awal lagi untuk menjaga imej kerajaan.. Shahrizat adalah ahli jemaah kabinet negara, maka etika wajar menjadi elemen yang terpenting dalam pentadbiran itu. Etika dalam kepimpinan merupakan nilai yang lebih tinggi dari undang-undang kerana etika itu datangnya dari disiplin diri yang tinggi untuk mempastikan seseorang pemimpin itu tidak menjejaskan imej kerajaan yang dia berada bersama didalamnya.

Yang terlibat dengan menggunakan wang pinjaman kerajaan secara salah yang telah melanggar perjanjian itu adalah suami kepada Shahrizat dan keluarga terapat yang tinggal sebumbung dengannya. Shahrizat sepatutnyanya berhenti dan berundur dari jawatannya dalam kabinet negara. Yang membolehkan keluarganya mendapatkan wang sebanyak itu adalah kerana Shahrizat seorang yang berpengaruh dalam kerajaan.

Jika Shahrizat hanya seorang bidan di klinik kerajaan di kampong saya, Salleh Ismail tidak mungkin mendapat pinjaman yang begitu banyak dengan menggunakan dan berbelanja pula dengan wang itu untuk membeli benda-benda lain dengan banyak yang pasti akan menjejaskan matlamat NFC itu.

Oleh itu pandangan Nazri yang Shahrizat tidak perlu berundur itu merupakan pandangan yang tidak beretika dan jauh sekali dari menghormati rakyat negara yang demokrasi ini. Shahrizat telah gagal samasekali untuk menjaga statusnya sebagai seorang ahli jemaah kabinet dan inilah yang tidak dapat dihayati oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Bagaimanakah kita untuk menuju kepada sebuah negara maju jika etika yang senang di fahami dan diikuti ini tidak dapat dipenuhi semata-mata kerana terlalu sayang dengan jawatan dari sayangkan sebuah kerajaan yang beliau adalah salah seorang menterinya?

Tetapi saranan Nazri supaya NFC membayar kembali setiap sen yang diperolehi dari kerajaan itu dibayar kembali. Kita tidak mahu lagi perkara seperti dahulu berlaku dalam mana kerajaan dan rakyat terpaksa membuat ‘bail-out’ kepada projek-projek kerajaan yang diusahakan oleh kroni-kroni dan mereka yang hampir dengan kuasa itu.

Kita masih teringat bagaimana Mirzan di ‘bailout’ oleh rakyat dengan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaannya yang gagal dengan jumlah yang berbillion. Sampai bilakah rakyat hendak membayar hutang pemimpin serta sanak saudara pemimpin yang berpengaruh ini. Sampai bila rakyat hendak menahan ragam pemimpin-pemimpin kita tetapi pemimpin-pemimpin sebaliknya memaksa rakyat untuk terus menyokong mereka tanpa berbelah bagi. Sampai bila?

Sekarang ini kita rakyat yang marhein di bawah ini tidak boleh lagi membiarkan mereka merompak dan merosakkan negara kita lagi. Cukup-cukuplah kita memerhati dan bersabar selama ini dengan sikap gila dan tidak malu pemimpin ini. Pemimpin yang baik akan ada perasaan malu sedikit sebanyak, apatah lagi masing-masing mengaku mereka itu Islam. Dalam Islam mencuri begini hukumnya potong tangan.

Bagaimana Nazri boleh kata Shahrizat tidak payah berundur sedangkan NFC telah menggunakan wang pinjaman kerajaan itu hampir RM100 juta dengan membeli kondominium-kondominium mewah, tidak cukup di Kuala Lumpur pergi pula ke Singapura. Bagaimana projek masih bermasalah tetapi sudah bershopping secara gila-gila. Ini memalukan pimpinan sahaja serta bangsa Melayu yang kononnya UMNOlah yang menjadi ‘champion’nya.

Shahrizat wajar berundur dan bantu suami dan anak-anaknya membayar kembali wang ratusan juta ringgit itu yang di salahgunakan oleh keluarganya. Tidak payah hendak membawa wanita UMNO keseluruhannya untuk mempertahankan kerja yang tidak molek itu. Kes ini tidak kena mengena dengan wanita UMNO.

Elok Sharizat fikirkan pandangan Dr Mahathir, Rafidah, Kamilia dan ramai yang lain dalam UMNO yang inginkan beliau berhenti sahaja. Sharizat tidak payah marah-marah kepada pembangkang. Shahrizat sepatutnya marah kepada dirinya sendiri kerana terlalu ‘silly’ kerana termakan hasutan nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang mungkar ini.

Ingat Shahrizat, perjuangan yang sebenar dan hakiki ialah untuk berperang dengan nafsu nafsi sendiri, bukannya dengan Rafizi atau yang lain. Inilah kegagalan besar pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini….tidak berdaya menahan nafsu untuk mencuri harta benda rakyat dan sikap ketagih kepada mengambil wang rakyat ini sudah tidak dapat diubati lagi.

Sekarang Shahrizat perlu meletakkan jawatan dan suaminya mesti bayar balik pinjaman itu. Pandangan Nazri itu, satu boleh pakai yang satu lagi kita tolak terus. Kalau boleh Nazri cuba cari Mirzan dan minta dia kembalikan wang rakyat yang berbillion yang digunakannya untuk menyelamatkan perniagaan beliau pada tahun 1998 dahulu.

Jangan hanya melakukan tekanan kepada Shahrizat, Yang lama-lama dahulu pun kita kena ingat. Bukankah wang itu semuanya wang rakyat juga?

26 comments:

Anonymous said...

ibarat ludah ke langit kena muka sendiri.

Anonymous said...

Kalau keluarga Shahrizat kena bayar balik duit tersebut tidak kah juga Keluarga Mahathir kena buat sama? Kita kena anggap bailout untuk syarikat anak beliau itu sebagai pinjaman saja kerana jika syarikat tu untung bukan rakyat marhaein yang akan merasanya pun.
Pak Tua

Anonymous said...

Saudara AA

I do wonder what has happened to transparency, accountability and integrity. Licensed daylight robbers are on the prowl!

matpenang said...

Pak aspan,

Bahasa tuan terlalu beralas dalam menjelaskan maksud sebenar. Tak pa, kekalkan alunan bahasa pak aspan begitu sebab ramai yang faham. Cuma yang susah faham ni, keturunan pelaut dari carribean.

Bahasa yang lagi senang, `depa ingat negara ni dan duit ni mak bapak depa punya ka? '

Ok tak pak aspan?

Anonymous said...

"Komitmenku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku adalah untuk Allah - Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagiNya - dan demikian itulah aku diperintah - dan aku adalah permulaan orang-orang yang tenteram". (6:162-163)

Manusia dicipta secara individu - kembali padaNya secara indiividu - dihisab pun secara individu juga.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan dan pengunjung blok;

Kalau pinjaman ini boleh dibayar balik, saya tak dapat gambarkan berapa nilai harta paramenteri dan angota kabinet kerajaan yang memerintah sekarang.
Semua menteri kabinet boleh membuat pengakuan bahawa mereka tak tahumenahu dari mana anak bini mereka mendapat wang yg banyak selama ini hingga dapat joli bagai nak rak. Rakyat bukan bodoh lagi, sekarang layar internet, pilih sahaja berita yang kita nak tahu, isteri2, anak pinak, iparduai,saudara sepapat, geng2 semua dapat dilihat joli sanasini.
Saya rasa sekit hari lagi para menteri kabinet, ahli2 umno dan bn akan sama-sama menyanyi lagu OH BANGAU beramai2 apabila tidak memerintah kelak dan lagu ini saya rasa akan mengambil masa berminggu2 untuk habis.
Undang2 hanya digunapakai keatas kita orang biasa. Jika pengundi memilih jua orang2 macam ni, mereka bolehlah juga berlatih lagu OH BANGAU untung2 kalau berada dalam mahkamah kelak, parahakim pun pening....myi

Anonymous said...

P/Ramli dah habaq...; Wol kati wol mali wol bahaLOL. Bangang x bleh di ajar.

Malay Gentile said...

Not only that. The agreement entered between NFC & MOF is seemed to be pretty weak. Who responsible for drafting such a stupid agreement in the first place...?

Why there were no personal guarantee obtained from the directors ? In the event if the loan defaulted and the company ended in winding-up petition can Gomen ensure the full recovery from the company itself ? Furthermore can the Gomen sieze the properties which were purchased under the personals name and not NFC's name..??

Everyone in Taman Teknolgy Park (TPM) knew who Salleh Budu was. Nothing to be proud of during his 15 years tanure in TPM. Infact he and the other 2 doctors in TPM were wasting public tax payer's money.

Hahahah.... Infact in NFC fiasco MOF is to be blamed. Shah~lizad & Salleh Budu managed to fool the sleepy Pork Lah & MOF.

rasuah cara umno said...

Kalau betul kata menteri BODOH UMporNO, Duit rakyat perlu dipulangkan, terutama sekali anak beranak MAMAK KUTTY, cronie, dan menteri dan bekas menteri yang Kapoh duit rakyat.Sebahagian dari duit itu bolih dibayar kepada Concessi Semua lebuh raya sebagai PAMPASAN, dan semua TOL di hapuskan. Banyak lagi pekara lain yang bolih dilakukan bagi mengatasi sensara rakyat.Dakwa mereka ini semua, dan rampas semua Wang dan harta yang diperuntukan dalam undang2.

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Syahrizat kini menjadi liability pada UMNO BN terkait kasus NFC, tapi beliau bukan musuh UMNO. Najib dan pucuk pimpinan tertinggi parti keberatan singkirkan Syahrizat atas sebab2 yang tentunya mereka lebih maklum.

Ingat tak statement Syahrizat pada wartawan sebelumnya " beritahu saya pemimpin UMNO mana yang tidak bermasalah ".

Ungkapan Syahrizat itu sebenarnya merupakan satu peringatan pada Najib dan kumpulan tertentu. Singkir Syahrizat umpama menambah musuh kepada Najib mau pun parti itu sendiri.

Ingatlah ! Syahrizat ini kurang lebih species sama dengan Mamak Kutty..pendendam. Jika dia diperlakukan lebih kurang, dia sanggup lakukan apa saja. Alang2 aku hancur..biar korang hancur bersama. Kalau tak..tak mungkin statement "peringatan" tu keluar dari mulut dia.

Sebab tu Najib dan pimpinan tertinggi UMNO sedaya upaya berusaha untuk kekalkan Syahrizat agar "rahsia" tertentu tertutup rapat.

Ha..samalah dengan Ah Jib Gor yang flip flop kerana pressure mamak kutty and the gang.

Nak bayar balik ? Ha ha ! Sapu duit rakyat ikut suka hati..lepas tu cakap nak bayar balik ?. Agaknya kalau konsep yang sama ni dibenarkan kepada perompak dan penyamun kat luar sana...semua mau bayar balik juga ! Kesalahan merompak kira batal. Hu hu...best nyer...semua orang boleh jadikan "perompak" sebagai kerjaya !

Hampeh punya undang2 !!!!!!

Anonymous said...

salam. .yang saya tak faham sebab apa simpan org macam shahrizat ni. .kami org umno ( balaci ) yg buat kerja parti ni. .dh menjadi bodoh mcm lembu pulak. .bila berdepan dgn rakyat nak cakap apa?. .nak jelaskan apa?. .belum sempat nak jawab. .org dh buat bunyi mooo. .aduh. .peritnya menanggul sial org lain. .

aku_ein said...

Dari satu sudut, memang nampak baik jika DSSAJ pulangkan balik duit tu..dari satu sudut lain nampak sangat xamanah..

Contoh mudah, bendahari guna duit persatuan/tabung dan kemudian pulang balik tanpa kurang satu sen pun..

Dari situ kita dah nampak bendahari ni xamanah walaupun tiada kehilangan duit tabung ni..

Rasanya kalau audit dari bahagian akaun, pengeluaran yang tanpa kebenaran tetap xsah dan melanggar etika dan peraturan kewangan..(kalau salah tolong bagitau)..

Kalau dia nak berbelanja sakan pun atau nak "melabur" dalam sektor hartanah dan perumahan pun guna la duit sendiri atau saluran yang betul (pinjam bank ke, nak pinjam along sekalipun, suka hati dia la..)

Dan kalau semua kesilapan patut dibayar balik, adakah kalau kerajaan silap percaturan/perancangan/pelaburan, maka kena bayar balik, sebagai contoh kes jambatan bengkok..??

Mungkin yang lain ada pendapat masing2..

chempaka said...

Sdra AA

Suami beli 5 kondo dalam masa setahun, kalau isteri di rumah tak bertanya langsung dari mana sumbernya, ada tiga kemungkinan saje. Pertama dia ada salah satu penyakit 3B atau kesemuanya , iaitu bisu, biul dan bingung. Kedua, perkahwinan dah di ambang kehancuran, lantaklah kau nak buat apa, nak beli apa, nak pergi mana. Ketiga, dai perempuan jenis parasit. Masa seronok sama-sama, kalau datang bala dia cuci kaki tangan.

Anonymous said...

salam.
Saya rasa..my humble opinion..mahathir ni dipanjangkan umurnya untuk dia melihat sendiri kerosakan dan kemusnahan yang beliau ciptakan..siapa pulak selepas shahrizat?..sampai ke hari beliau masih lagi bernafsu nak menyamun duit rakyat lagi..masyaallah..apa jenis manusia diorang ni..macam mana shahrizat tak ikut penyamun..sebab mahathir yang mencipta golongan penyamun2 ni..dan untuk menutup kejahatan mereka ini maka dipersembahkan pembangunan dan permodenan yang masih lagi kita menanggung hutang piutangnya..tunggu masa kena siram air panas macam cerita 40 penyamun..tribute to P.Ramlee..lupakan vision 2020 dan kita sama2 embrace vision p.ramlee..

Anonymous said...

salam
malam tadi TV3 ada slot arwah leftenan adnan terkorban..keberaniannya terserlah walaupun kehabisan peluru dan kekurangan askar yang bersamanya..sekarang ni umno dah kehabian peluru dan sedang bertahan dengan sokongan yang sebenar-benarnya dah tiada..hanya tinggal nostalgia umno lama yang masih menguatkan perjuangan umno itu..semakin lama kita menungu PRU13 selama itulah orang kuat umno berperang untuk mempertahankan umno dari pembangkang tetapi TPM sendiri memberi AMARAN di UMNO kedah..selesaikan peperangan dalaman yang masih berterusan hingga sekarang..selagi mahathir hidup bukan negeri kedah je yang berperang malah BN dan UMNO sedang menunggu untuk ditalkinkan..tambahan pula wujudnya penyamun bersiri yang baru iaitu shahrizat happy family..

Anonymous said...

Kes Shahrizat ni mungkin satu dari banyak kes lain yang kita tak tahu. Nasib Shahrizat tak sebaik menteri2 lain kerana ada yang tak kena dalam team pengurusan NFC tu sendiri menyebabkan semuanya bocor.

Bila Nazri cakap Shahrizat tak perlu disingkir dengan syarat dia bayar balik. Soalnya macam mana pula dengan tindakan pecah amanah dalam pengurusan wang peruntukan NFC tu ?.Dibolehkan ke amalan macam tu. Kata2 Nazri seolah2 mengesahkan amalan begitu tidak salah.

Bila Nazri cakap begitu..aku jadi ragu2. Agaknya mungkin ramai menteri2 UMNO BN ni buat perkara yang sama. Keluarkan duit rakyat dan buat fix deposit kat mana2 untuk tempoh tertentu atau buat investment jangka pendek. Dah mature tempoh..keluarkan dan kembalikan duit tu seperti biasa...interest masuk poket sendiri. Patut la kebelakangan ni kedengaran kes duit hilang seketika..pas tu timbul kembali. Duit Yayasan Taqwa agaknya antara satu darinya. Siapa tahu ?.

KJ cakap tak salah kerana NFC invest duit tu beli property, itu menjanjikan pulangan yang baik daripada biar duit tu kat dalam bank dan terpaksa bayar interest. Kalaulah begitu..aku pun nak juga RM250 juta agar aku boleh buat macam mana NFC Shahrizat buat tu. Buat pelaburan properties yang menguntungkan. Kerajaan tak perlu risau kerana invetsment macam tu menguntungkan. Itu disahkan graduan Oxford UMNO BN tu.

Harap2 KJ boleh rekomenkan untuk aku...Nazri boleh keluarkan surat sokongan kat aku. Cukup masa..aku bayar balik. No hal punyer ! Tak ker gitu Nazri oiii ?.

Hangpa ni memang kaki putar alam alias kaki belit betoi !

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

This NFC scandal was a blatant misused of power by Sherry The Mamak Bitch.6 yrs behind bars for DSAI.Common sense will tell us that she uses her position to influence Sleepyhead or whoever, at that time,to get the project for her hubby.This is a clear case of nepotism and morally she is not fit to be a minister.

Rm250 millions or rm2.5 billions is immaterial.It's about honesty and integrity which she has none. Anyway, 250millions thanks to her for facilitating BN downfall.

Anonymous said...

Salam AA,

"Patriotism is the last refuge of scoundrel"

Saya tak ingat nama pujangga yang mengungkapkan kata2 hikmah itu.

Kalau kita perasan akhir2 ini puak penyamun tersebut menncipta pelbagai slogan bagi menarik sokongan rakyat dengan ugutan kalau tidak setuju akan menjadi musuh negara.

Menyokong slogan bererti menyokong negara,dalam kes ini konsep negara dan parti BN sudah dikaburkan.

Negara=BN.

BN=negara.

Wassalam.

Surrogate

MAHApenipu said...

Di England,seorang pegawai polis telah dibuang kerja kerana mengguna data polis utk menjejak kekasih isterinya.5sen pun dia tak curi tapi dibuang kerana didapati tidak amanah menggunakan harta rakyat utk kepentingan peribadi.

DiMsia,RM250juta utk kepentingan keluarga sendiri masih lagi boleh cakap besar,ugut dan saman pihak lain.Apa yg disaman pun tak tau,kerana ini adalah perkara benar bukannya fitnah.

Dari lagak sombong mamak betina ni,kita boleh membuat andaian,hampir kesemua menteri BN mempunyai bangkai.Cuma belum dapat dihidu oleh rakyat.

Oleh kerana amalan rasuah menjadi budaya dlm BN,ia telah menjadi darah daging didalam kehidupan mereka.Tiada setitik darah harga diri atau perasaan malu yg mengalir didalam tubuh mereka.

Kalaulah lembu2 NFC itu boleh bercakap,mungkin ia akan berkata:
"Cukuplah puan,malu ditelanjangkan
setiap hari".

Anti Pembelit said...

Satu berita baik dari Raja Teksi utk semua pencuri dan lanun diMsia.Semua seksyen undang2 berkenaan curi,samun dan pecah amanah boleh dibuang dalam tong sampah.Pulangkan barang/wang yang dicuri,kes digugurkan.

Boleh kurangkan jumlah penjawat awam seperti hakim,polis dan pengawal penjara.Banduan pun berkurangan,jimat kos tanggungan.

Memang bijak cadangan dari otak gila-gila menteri BN ni.

Anonymous said...

Shahrizat tak perlu berhenti kerana itulah etika beliau iaitu sasaorang itu tak bersalah selagi diputuskan mahkamah jadi conflict of interest yang jadi pegangan rakyat jelata bukan menteri dimalaysia ini.Memandangkan pengaruh Shahrizat adalah kuat saya percaya lepas ini dia aka mohon "goverment grant" melalui Special Purpose Vehicle" bukan melalui lembu tapi mahluk lain dengan harapan rm250 juta NFC akan diyar balik selaras dengan YB Nazri Aziz punya cadangan ,ini tak mustahil bukankah politik itu game of impossible .PRU 13 saja bolih selesaikan.

Anonymous said...

Pedang Terbang said..........
anak murid (shahrizat) berguru dengan tok guru mamak kuty. shahrizat pun mamak juga. T engku Abd Rahman dah berpesan "KALAU PUAK2 NI NAIK HABISLAH HANG PA"

Anonymous said...

ilmu pemimpin umno bagus2 dapat tau melalui pertuturannya tetapi amalan pemimpin umno hancur dapat tau melalui perbuatanya. menteri yang dinaikkan melalui jawatan senetor mana ada tanggungjawab bukan rakyat yang angakt dia tapi najib yang angkat dia. sementara ada kuasa sapu mana2 yg sempat. ...lepas pru13 tak tau lagi adakah lagi kuasa atau tidak.

Anonymous said...

Ha ha ha.

Where is your brilliant comment about Nazri & NFC fiasco???

Ha ha ha..I bet you will chew this NFC meat and swallowed it very fast ..ha ha ha. Hopefully no one see it ..ha ha ha.

Anonymous said...

17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Dan aku berlepas diri daripada orang-orang yang mentaati sumber selainNya.

Terima kasih.

Anti Pembelit said...

You are using kind words to describe these morons.They are organized pirates with license to rob.