27 January 2013

Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO

Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu tektik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.

DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan  kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya keseluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti.

Itulah sebabnya urusan untuk mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa.

Masa berubah dan pemikiran rakyat turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat berfikir dan melakukan tehakik yang jelas diantara rakyat untuk memberikan persepsi buruk yang sedang di alami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini.

Dalam usaha lain, BN khususnya Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita. Tetapi mereka lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedar kah atau tidak janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan tahun dahulu. Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi?

Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini.

Itulah sebabnya segala usaha BN untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat yang UMNO itu rasuah tidak dapat di buang dari pemikiran rakyat kegagalan itu tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini.

Pendeknya UMNO dan BN perlu menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap akan melalui proses turun naik itu. Bagi BN, ia telah mendapat mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang pula.

Lagi pun sikap dan sifat UMNO akhir-akhir ini sudah menunjukkan ‘attribute’ sebagai parti pembangkang dengan jelas. Oleh kerana sudah terbentuk ‘attribute’ sebagai pembangkang maka tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti.

UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai.

16 comments:

Anonymous said...

Soalannya siapa pulak yang akan menduduki galeri Pembangkang kelak kerana kebanyakan mereka akan dihantar sebagai penghuni Bamboo River Resort bagi menghabiskan sisa-sisa hidup. Setakat mengadakan Perhimpunan Agung di situ bolehlah. Nak membangkang dalam Dewan Rakyat sudah hilang kelayakan.......

penburukonline said...

salam. mohon share post ini dalam blog saya

http://www.penburukonline.blogspot.com

*juga bertukar bloglist. tq

Kemangkatan Agong said...

Pak Aspan,

UMNO DAN RAHSIA SULTAN AZLAN SHAH

JERLUN said...

Siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama org UMNO jadi Menteri! Bila dah jadi menteri, mereka terlibat dalam RASUAH.

orang Melayu dah masak dg kelentong Pemimpin UMNO.MCA dan MIC ini cuma penumpang melukut ditepi gantang.UMNO akan jadi parti pembangkang. BN pula? MCA dan MIC jadi tumpang lihat sj.Masa memperkudakan orang Melayu sudah berlalu wahai MCA MIC....

Jerlun

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Ayah Mahathir Dari Mana?

insafdoh67 said...

Kita pakat tumbangkan kerajaan Bn lru 13.. Bersatu tak kira agama.. Jangan kita di bodo kan lg... Serik doh wei.... Kih.kih.kih....

Penyelewengan di dalam daftar undi SPR said...

Pak Aspan,

Terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas

Anonymous said...

PAS & DAP have high integrity and principles fighting for the ordinary people......BN must come up with some very dirty plan to split them this time.

Like man of principles, our late TAR, parties of principles will stick together for greater and common good of ordinary people.

Whoever governs, the people are BOSS.

Anonymous said...

Saya perhatikan yang pimpinan UMNO baru semacam sudah bermusuh dengan Rakyat sendiri, menghina rakyat sendiri, mengejek rakyat sendiri.

Kalau kita sokong PR, mungkin logik.

Tapi kasihan ... bagi penyokong UMNO, kamu semua pun dihina pimpinan yang kamu semua sanjung-sanjung itu.

Pimpinan UMNO rompak harta rakyat. Adakah penyokong totok UMNO yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tidak bayar tax?

Tidakkah kamu semua menyedari bahawa pimpinan UMNO baru sudah meniris wang berjuta-juta keluar negeri. Apa yang kamu semua dapat?

Wahai penyokong UMNO, kalau siang hari terang benderang pimpinan UMNO merompak, adakah kamu tidak ada rasa "dikhianati", "dicucuk lubang hidung seperti lembu" dan "di lempar wang Rm20 untuk buat bising dan lempar batu"???

Adakah kamu semua rasa PTPTN itu betul-betul meringankan beban persekolahan anak kamu? Adakah kamu rasa pemberian Rm500, itu sudah cukup menyelesaikan masalah kos kehidupan yang tinggi? Adakah kamu rasa anak kamu yang hebat berpidato dan berdebat ketika waktu sekolah, di beri peluang untuk menyuarakan pendapat di universiti UMNO di seluruh negara?

Adakah kamu semua penyokong totok UMNO baru, tidak ada harga diri diperlakukan sedemikian???

Bolehkah penyokong UMNO baru, beri definasi "pengkhianat negara"???

aydogdu said...

Add to Site pls Free Backlinks 1.000.000 Backlins http://www.TopBacklinks.blogspot.com

Anonymous said...

Pak Aspan,

Are Malaysians known as ripped-off?

Anonymous said...

Pak Aspan,

Is this truely Malaysia as what leo pang had commented?

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

err...itu surah yaasin ke dalam teksi?

UMNO Menolak RUKUN IMAN said...

Salam Pak Aspan,

Kerana UMNOlah, mereka yang masih bersekongkol dengannya tak akan kenal malu

Jacob Sinnathamby said...

Sir,

Can we still vote and accept Umno which the leaders of the party have the following characteristics?

1) Pride. This characteristic flows through Muhyiddin Yassin to Khairy Jamaluddin. The Umno leader has no or little humility, he believes that he is a self-made person and is entitled to every position, privilege he has, not for a moment stopping to accept that it is through God’s grace that he is an elected representative.

Pride is manifested in this party where NO ONE owns up to a mistake and says sorry. Did Muhyiddin or Khairy say sorry for jumping on the wrong bandwagon and perpetuating an untruth against a 16-year-old boy?

2) Avarice. It isn’t a coincidence that billions of ringgit have been squandered and looted in the last 25 years. This is the period in which the sense of entitlement, inflated contracts and the culture off easy money has kicked in with party members. It is no more enough to siphon off a million or two, now it runs into hundreds of millions.

Ever wonder how even second-rung Umno politicians don’t have a steady job but drive Porsche Cayennes, live in bungalows and have a string of aides, etc. There was not even any surprise detected in the speech of government ministers and MPs at the mismanagement and excesses detailed in the Auditor-General’s Report. But why should they be surprised: they know why this is happening year in, year out.

3) Stupidity. Did Nazri Aziz really go to law school? I ask this question because his explanation on the Court of Appeal’s ruling that a law prohibiting student involvement in politics as unconstitutional defies logic. He dismissed the epochal decision, saying that the law is still valid as the court was only stating an opinion. No, this was the nub of the case before the court and the court’s ruling invalidates the law.

Unless the Federal Court disagrees that the law in unconstitutional, undergraduates can go ahead and get involved in politics. And to think that Nazri is one of the smarter ministers! Noh Omar gave us a glimpse of the quality of the Cabinet with his mindless explanation of the National Feedlot Centre project. (Even cows would have indigestion making sense of his numbers.)

4) Symbolism. The Umno politician is in love with symbolic acts and public relations. He likes to be photographed having nasi lemak with the masses, donating money to vernacular schools and making a trip to the Vatican. But this is skin deep only because when the crunch comes, his real self emerges, the self where his own racial and beliefs take precedence over everything.

The best recent example is the fairytale about Christians taking over the country and the equally entertaining story of 250,000 Muslims leaving Islam. Instead of setting the record straight and guarding the fabric of this country, Najib Razak and his comrades played dumb. Maybe it is tough being real leaders and much easier making symbolic acts.

5) Dishonesty. There was a time, maybe a long, long time ago, when the word of the Umno leader was good. He told Malaysians about the challenges and problems. Now there is only good news. Despite a global meltdown which is going to make 2008 financial crisis small, we are going to have better growth next year than this year and Idris Jala keeps mouthing some astronomical numbers and GNI and other stuff.

How about some honesty on what is the short-term and medium-term prognosis for this country? We expect our leaders to be honest and truthful about something as important as the economy. You know you have been found out as liars when most private economists want to know what air you have been breathing.

6) Treachery. Allowing non-citizens to obtain documents to vote is an act of treachery and a breach of trust between government and citizens. Allowing hate to be nurtured and promoted against a community (Christians or Chinese or both) is bad for the country.

Anak Perelih said...

" isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang."

Isu ini adalah isu utama yang dimainkan oleh Prof Ramlah Adam kepada kakitangan kerajaan terutama kepada kakitangan UniMAP... menurut apa yang diberitahu kepada saya, Beliau sekarang bersama UniMAP.. Baru baru ini diadakan Seminar pemikiran Islam negara (SPIN) dimana isu ini diSPINkan kepada semua kakitangan universiti tersebut secara paksa..