03 January 2013

Siapa yang mentadbir negara sekarang ini? Najib di mana?

Najib sekarang diam membisu. Segala tuduhan terhadap beliau dan isterinya tidak mendapat apa-apa jawapan dan beliau terus mendiamkan diri. Seketika ini Najib tidak bercakap bergegar-gegar lagi dan beliau nampaknya duduk diam sahaja sedangkan banyak perkara sedang berlaku yang berkait dengan beliau.. Isu Deepak terus mengganas dalam pemikiran rakyat yang ramai. Buku tentang Deepak sedang beredar di mana-mana. Buku setebal dua puluh enam muka itu sedang menjadi bahan telaah ramai. Semuanya berhubung kait dengan Najib dan isteri beliau. Apa yang diperkatakan oleh Deepak membabitkan Altantuya dengan akuan bersumpah satu dan dua menjadi tajuk perbincangan ramai.

Isu Deepak tidak berhenti setakat itu. Ia terus melebar dan sampai pula membabitkan ‘land-scam’ yang melibatkan Kementah, syarikat Deepak dan syarikat Raja Ropiah dan banyak lagi isu yang berkaitan dengannya. Musa Hasan tetap dengan kejutannya dengan membuat beberapa ‘pembongkaran’ dan UMNO nampaknya tidak dapat mengelak dari menghadapi isu-isu ini dengan debaran dan kerunsingan. Najib dan Hisham sedang berada di kedudukan seperi telur di hujung tanduk.

UMNO terpaksa mengalihkan pandangan ramai dengan menimbulkan isu Amanat Haji Hadi yang berusia 32 tahun itu. Nampaknya persepsi buruk rakyat terhadap UMNO dan seluruh kepimpinannya tidak akan membuatkan BN sebagai pihak yang ‘formidable’ lagi dalam siasah negara. Sehari dua ini Najib agak senyap kerana, beliau berada di luar negara bercuti dengan isteri beliau mengikut sumber yang boleh di percayai.

Di mana beliau bercuti tidak pula saya tahu. Tetapi bercuti itu penting kerana dengan berehat Najib akan dapat merehatkan otak beliau yang terlalu sarat dengan isu beliau dan isteri yang sekali gus telah merosakkan imej negara dan rakyatnya sendiri. Najib terus membisu dan dengan membisu itu ia melambangkan betapa hampirnya kenyataan Deepak dan Musa Hasan itu kepada keadaan yang sebenarnya berlaku yang selama ini dilindungi dari pengetahuan ramai.

Nampaknya Muhyiddin sedang melakukan segala-galanya dan ini mungkin menandakan apa yang dirancang oleh Dr Mahathir Mohamad untuk Najib menjadi PM buat sementara itu semakin hari semakin kelihatan kebenarannya. Betullah apa yang dikatakan oleh setengah pihak dahulu Najib hanyalah di letakkan sebagai PM sementara kerana permainan di dalam UMNO itu akan menjadikan Najib sebagai pemimpin yang tidak berupaya untuk hidup sebagai pemimpin utama negara kerana ‘baggage’nya yang terlalu besar. Penggal Najib menjadi PM hanyalah sebagai memenuhi masa buat sementara Muhyiddin dapat menajamkan kukunya di dalam kepimpinan parti dan negara.

Saya selalu berkata semasa dalam parti itu dulu, sokongan yang di dapati oleh seorang tokoh utama negara itu bukannya sokongan yang ‘legitimate’. Ia hanyalah sokongan politik sementara. Mahathir pernah berkata, “there is no permanent friend and enemy in politics’. Nampaknya Najib hanya lah menjadi jambatan sementara sahaja. Najib berguna kepada setengah pemimpin di bawahnya sementara mereka dapat menajamkan kuku untuk menusuk tengkok beliau (Najib) sahaja..

Masalah yang di hadapi oleh Najib sekarang ini di pergunakan oleh lawannya di dalam parti sendiri sebagai isu yang begitu selesa untuk menjatuhnya. Sekarang Najib kesaorangan. Kita tidak tahu siapa yang memerintah sekarang ini. Ramai berpendapat Mahathirlah yang sedang memerintah negara sekarang ini. Ini lah kehendak Mahathir sebenarnya. Itulah sebabnya beliau menyampah dengan Abdullah Badawi kerana Abdullah tidak membenarkan beliau masuk campur dalam urusan negara semasa beliau (Pak Lah) menjadi PM.

Saya ulangi yang saya pernah menulis dua tiga kali dalam blog ini yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi mereka yang berada di dalam UMNO itu sendiri. Musuhnya di dalam UMNO itu lebih susah untuk beliau kendalikan kerana musuh-musuh itu berada di sekeliling beliau (Najib) sendiri. Kita mesti faham yang harimau yang mengendap itu lebih merbahaya dari serigala yang berhadapan secara berdepan. Sekarang ini harimau itu sedang bersedia untuk menerkam kerana Najib tidak mempunyai ilmu mempertahankan diri yang kuat. Walaupun harimau yang merancang untuk melakukan penerkaman itu sudah tua tetapi oleh kerana Najib tidak membuat persediaan yang berhati-hati maka Najib akan jatuh tersembam di hadapan mereka ini.

Permainan di dalam UMNO sekarang ini bertambah ‘interesting’ dan kita akan melihat keadaan ini akan semakin hari semakin serius. Inilah akibatnya jika kita memelihara harimau walaupun harimau itu harimau tua. Najib terlalu percaya dengan mereka yang tidak jujur dan membiarkan rakan dan taulan yang jujur terhadap beliau yang sebaliknya beliau anggap sebagai musuh. Najib bermusuh dengan musuh kepada musuh sebenar beliau.

Tidak salah jika saya katakan yang UMNO akan mati sekali lagi walaupun caranya agak berlainan dari cara ia mati pada tahun 1988 dahulu. Kejatuhan UMNO kali ini adalah ‘imminent’ dan jika ia jatuh kali ini UMNO ‘tak akan dapek bongkar laie’.

Bagi Pakatan Rakyat pula janganlah jadi seperti apa yang terjadi dalam UMNO jika di beri mandat oleh rakyat. Bagi orang Melayu samada yang berada di dalam UMNO atau di luar parti itu, bersatulah. Jika tidak mahu menyertai DAP atau PKR sokonglah PAS kerana buat masa ini kerjasama di antara ketiga-tiga parti ini adalah baik.

Jangan pula menjadi UMNO dan BN apabila menjadi kerajaan, kerana rakyat akan kecewa tidak terhingga jika berlaku perkara yang sama apabila mendapat mandat nanti.

Satu perkara yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat jauhi dari berlaku ialah berbohong. Pemimpin-pemimpin jangan berbohong seperti pemimpin UMNO. Lidah jangan bercabang macam lidah biawak.. Jangan bertindak berlandaskan perkauman. Semua kaum itu adalah kejadian Tuhan. Kalau marah dengan kaum yang lain bermakna kita marah dengan Tuhan yang menjadikannya.

Pemimpin-pemimpin yang bakal di beri mandat ini mesti membuat pengakuan tidak melakukan rasuah terutamanya kerana rasuah itu adalah sehina-hina perbuatan dan jangan bertindak mengikut sentimen parkauman. Kali ini siapa yang melakukan kesilapan oleh kerana permainan politik peribadi akan menerima hukuman dari rakyat.

Harap semua faham dan bacalah perasaan rakyat dengan betul. Untuk membuat keputusan dengan baik, elemen yang sangat perlu ialah kebersihan jiwa kita sendiri. Jika jiwa kita di selaputi elemen kotor tidak mungkin kita akan bertindak dengan baik serta jujur.

32 comments:

baretta said...

Salam tuan AA... Saya setuju sangat dgn tuan..

Bukit Keplu said...

Kelihatan Muhyiddin,Mahathir dan Najib berbincang sebelum Najib berangkat bercuti ke luar negara.Ketiadaan Najib siapa pula yg memerintah ketika ini?

Sudah tentu Muhyiddin memerintah dipantau oleh Mahathir.Kombinasi Muhyiddin dan Mahathir,senanglah Mahathir menghantar DSAI ke Penjara Sg.Buluh!Mahathir pastikan dia selamat dulu kerana PRU 13 akan menjelma tidak lama lagi.


Bukit Keplu

lufang said...


There is no permanent friends in politics,

Saudara Aspan,
Mahathir was absolutely right that today buddies can become a fierce enemy tomorrow so in another words what ever is right it's could be wrong tomorrow .
If we could used a little bit of our intelligence we could be more rational in thinking and not being too influence by the logo we are in.

Anonymous said...

Pr haruslah berhati hati dalam isu ini kerana deepak adalah orang suruhan x pm yang kita tahu suka membaling batu untuk membunuh 2 ekor burung iaitu PR dan najib

muzium padi gunung kheyang said...

Salam Sdr Aspan.

Dengan izin ALLAH,UNITED MUNAFIKUN akan berkubur lepas PRU 13 nanti.UMNO hidup segar berdasarkan kepada 3 perkara atau core mereka.

MONEY
MACHINERY
MEDIA.

Bila ketiga-tiga ini tiada,UMNO tidak bernyawa lagi.zaman sekarang dan kehadapan menjadi terlalu sukar bagi UMNO kerana ketiga core tadi sudah hilang dari genggaman.

Akhir kata, UMNO bersedialah untuk menjadi bahan sejarah!

Anonymous said...

Bukan rahsia DM menguasi umno dan kerajaan. sekarang ni,muhidin yang mendapat restu mahadir. najib akan disingkirkan sebagai mana pak lah telah telah disingkirkan dengan aibnya.

Anonymous said...

To all umno members,

Let us all disband this party called Umno. The party is a pest altogether.

I am serious.

Umno Setiawangsa

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Allahu akbar! Satu artikel yang teramatlah menariknya! Nah, bukankah ini yng dikatakan oleh salah seorang rakan kita, iaitu, politik berdasarkan "3Ms"? Cuma, rasanya, saya nak tambah satu lagi M, iaitu "MUNAFIQ"; walaupun ianya bukan kalimah daripada bahasa yang sama. Justeru, sememangnya bapa syaitan 1-Malaysia inilah punca segala percaturan kotor yang sedang UMNO dan BN hadapi sekarang, ditambah kewujudan masing-masing yang bersifat nasionalis. Justeru, saranan saudara agar kita menjauhi sifat "racist" bertepatan dengan firman-Nya menerusi Surah Al-Hujurat (S49/114), Juz 26/30, ayat 13/18. Juga, kepada PR, berhati-hatilah pada segala tindak-tanduk dan tutur kata, sangat wajar diambil perhatian serius agar masa depan Malaysia tercinta ini akan kembali cerah lagi berupaya, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Aslkm saudara Ku Aspan . terima kasih atas tulisan < teruskan MEMBERI PERINGATAN PADA PR agar merika tidak MENGHAMPAKAN RAKYAT MARHEM seperti saya Sekira nya di beri mandat memerintah nanti

Anonymous said...

bagi saya kita tak perlu taksub apa-apa kata yg keluar dari mulut mahathir....kata-kata mahathir adalah kata2 syaitan yg cuba memperdayakan manusia......dlm islam dibolehkan berbeza pendapat ttp persaudaraan tetap kukuh......oleh itu mari kita berdoa kpd Allah supaya dilindungi dari bisikan dan godaan syaitan yg direjam.......

Anonymous said...

Saya rasalah..najib akan cari jalan camna nak singkirkan orang2 yang pekenakan dia..termasuklah mahathir..

Anonymous said...

BN has enormous experience and war chest to fight back......it's a matter of when.

Anonymous said...

najib dengan rosmah pegi Hongkong je makan angin.

giorgio said...

Saudara Pak Aspan,

Kata2 mu memang benar dengan butir2 yang tepat, saya pernah buat comment yang kalau serigala tua tak tinggalkan lingkungan politik negara, dengan kuasa dan pengaruh yg ada dalam UMNO,maka dia akan melakukan apa saja untuk kepentingan nya buat selama2nya, sayang sekali Najib tidak cukup matang dalam politik suasana dengan beban begitu berat,kuasa melalui pinjaman, maka itu senang di usir oleh si serigala tua yang licik dan matang....atau sesiapa2...kerana LEMAH

Terimakasih

Anonymous said...

Kepada Bukit Keplu,

Mempercayai yang Madey boleh bertindak ke atas Anwar adalah sesuatu yang dangkal. Madey tidak boleh menongkat langit.Sebagaimana yang Anwar rasai dulu, dia juga akan merasai perit siksaan ke atasnya, malah lebih teruk dari itu. Alam ini berputar dan setiap sesuatu yang kita zalimi keatas seseorang yang pastinya balasan yang begitu akan juga menimpa dirinya.Tunggu dan lihat beberapa bulan lagi!

Anonymous said...

itu najib aya sudah matila.dia semalam ada cakap perut banyak sakit. belakang jamban ada pegi itu altantuya punya hantu ada mARI.SATU RUMAH SUDAH BANYAK BISING DIA MAU KONGKEK ITU ROSMAH PUN TARA BOLEH AYa. ayoyo itu rosmah kasi tongeng sutu taria dei itu hantu pun banyak takut.belakang itu hantu ada angkat itu najib semelih baik baik pikin tempoyak punya gulai.habis najib sudah mati

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Ramai dikalangan pemerhati keliru dalam menilai gerak tari politik tanah air yang melibatkan parti UMNO Baru ketika ini.

Sebenarnya nyawa politik Najib Razak telah lama mati setelah diserang oleh Anuar Ibrahim bertubi-tubi dari pelbagai sudut. Tubuh yang kita lihat dimajlis-majlis rasmi tidak lebih sebagai Najib zombie.

Semua orang tahu Najib memang lemah dalam mentadbir negara, tapi persoalannya mengapa ahli dan pemimpin UMNO Baru tidak menurun beliau dengan segera seperti yang dilakukan pada Pak Lah...?

Cerita sebenar yang diselindungkan sekarang ialah Rosmah perdana menteri Malaysia. Tun Mahathir dan sekutunya jadi bacul kerana tidak mampu menyingkirkan Najib selagi ada Rosmah. Itulah hakikatnya.

Kalau dilihat secara teliti, Rosmah juga bertindak seperti Mahathir iaitu mengumpul segala kekayaan melalui pelbagai cara bertujuan bukan saja untuk menjadi kayaraya tapi juga untuk beli maruah, merasuah sehingga orang bawahan boleh dijadikan barua....

Tanpa kebijaksanaan Rosmah.... Najib tidak akan merasai nikmat jadi Perdana Menteri Malaysia biarpun dalam keadaan kontrovesi. Maka dengan sendirinya terbukti bahawa Najib hanyalah proksi Rosmah Mansor.

Bila ditanya siapa yang mentadbir negara sekarang.... jawapannya ialah hantu Rosmah...!

Pemimpin Pakatan Rakyat perlu berwaspada kerana ada kemungkinan SPR akan mengujudkan peraturan dan undang-undang berat sebelah sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pengundi yang akhirnya menimbulkan suasana huru-hara. Akibat dari itu maka akta dharurat akan digunapakai.... selamatlah UMNO Baru dan Barisan Nasional terus memerintah tanpa pilihanraya....!


Anonymous said...

Najib cuba bertahan...dari serangan mahadey...agar najib dan koncu koncu dia membolot wang negara dengan menghantar keluar wang melalui nazim punya bank..

Mahadey skrg hanya membenarkan sehingga najib puas dengan harta yg dimiliki sebelum membuat pukolan TKO keatas najib...wang sangat penting bagi pemimpin bn..

Pak Aspan,apa yg membimbangkan skrg..di malaysia ini terlalu ramai pendatang asing..kemungkinan mereka ini bakal menjadi mengundi hantu..jika ramai rakyat malaysia mengundi PR tetapi terlalu ramai pengundi hantu yg terdiri pendatang asing..bn pasti menang..

Bukit Keplu said...

Anonymous Anonymous said...

Kepada Bukit Keplu,

Mempercayai yang Madey boleh bertindak ke atas Anwar adalah sesuatu yang dangkal.

Sdra Anonymous,

Saya tidak kata saya mempercayai!.kenyataan saya mungkin satu hypothetical....ini satu precedent.dont underestimate wht Madey can do on DSAI.BN is still in full control of govt machineries rite now...DSAI akan menghadapi kes liwat.Apakah sdra ada mengikuti kes bicara Anwar ?Apa yg dangkal pula? Msia ni apa sj boleh jadi..Msia boleh !Madey mantan PM masih ada link dg Ghani Patail...U must hv ability to link in all the issues visa-vis the current Msian politics,


Bukit Keplu

ulitmayang said...

make sure semua 'bekas' pemimpin2 BN , terutama sekali UMNO tidak terlepas , selepas pru13 & putrajaya ditawan

,,,,,,,,make sure juga DSAI tidak melepaskan mahathir serta memaafkan nya begitu saja

Anonymous said...

Spekulasi syok sendiri dan mencipta cerita cerita basi yang tak pasti.BN masih releven tapi kita perlukan pembangkang yang kuat dan berilmu untuk memantau kerajaan.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Seronok sekarang kerana kitab "The Black Rose 1.0" sudah boleh di download dari internet. Mampos Najib!

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

The Black Rose 1.0

Kapeed said...

Pak Aspan,

We don't realize how great the Almighty is until...

Anonymous said...

Sir,

How the boardroom clinched Deepak deal

Anonymous said...

As Salam Pak Aspan,

Mahathir pernah berkata Melayu bodoh telah disebabkan kumpulan etnik utama tunduk kepada tuntutan-tuntutan kumpulan minoriti.

Pada hakikatnya, orang Melayu bukanlah "bodoh" tetapi pemimpin orang Melayu telah menjadikan mereka fikir bahawa mereka memang "bodoh". Orang Melayu hari ini sememangnya adalah bijak.

Mereka bukan hanya mahu bersaing dengan bangsa mereka sendiri tetapi dengan bangsa lain juga.

Generasi Melayu sekarang sudah keluar dari kepompong lama yang diadun oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka kini mudah memahami apa yang dilakukan ke atas mereka oleh UMNO. Mereka pandai, pintar dan telah mencapai kemajuan berfikir sejak merdeka.

Retorik perkauman yang hina dan pertelingkahan angkara Mahathir telah menunjukkan bahawa beliau tidak pernah menjadi seorang pemimpin yang ikhlas. Ini semua adalah kepura-puraan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai PM sehingga ke hari ini.

Atas sebab inilah selain UMNO, terdapat sekurang-kurangnya dua parti-parti politik lain yang mewakili mereka sekarang, PAS dan PKR. Mereka inginkan perubahan yang UMNO tidak boleh berikan kepada mereka.

Masyarakat Melayu pada masa ini tidak perlu mengeksploitasikan hak majoriti mereka untuk mengukuhkan kuasa atas sebab-sebab yang mementingkan diri sendiri. Tanggapan ramai orang Melayu terhadap UMNO adalah rasuah dan kekurangan akauntabiliti dari segi kewangan yang telah melemahkan daya saing negara.

Pada zaman Mahathirlah rasuah dan penyalahgunaan kuasa mencapai tahap yang tidak pernah disaksikan sebelumnya. Beliau sebenarnya telah merosakkan UMNO sehingga tidak boleh dipulihkan semula.

Abdullah telah dikambing tirikan. Kini Najib akan pula ikut jejak yang sama tak lama lagi. Hanya kali ini Deepak dipergunakan oleh beliau untuk tujuan mengkambing tirikan.

Mahathir telah memanggil Melayu "bodoh". Tetapi beliaulah lelaki yang telah melemahkan bangsa Melayu dan Mahathir tidak layak digelar sebagai seorang yang bijak dalam arena politik di negara ini. Beliau mencipta UMNO Baru dan juga menyebabkan orang Melayu berpecah-belah.

Hakikatnya, bukan Najib sahaja yang perlu ditolak ataupun Mahyuddin sekalipun tetapi UMNO dan BN yang perlu dipinggirkan secara menyeluruh atas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta standard pendidikan yang telah menjunam!

Anonymous said...

Tlg bagi link utk download e-book "the black (kak) rose". Tk.

Anonymous said...

Saya dah baca buku "the black rose" karangan Kapeed @ Deepak. Walau nama2 itu diterbalikkan, kita dpt teka dgn tepat semuanya, termasuk loyar Tan Sri AC. Satu shj tk boleh nk teka iaitu siapakah ALAL. Rakan blogger blh tolong ke?

Anonymous said...

Bukit Keplu,

Kita tidak sekali-kali underestimate Mahathir. Sebenarnya Mahathir berkemampuan buat apa sahaja yang kita orang melayu tak tergamak buat.

Dengan fakta itu, kita juga perlu memahami senario juga telah berubah. Mahathir was in his strongest position semasa beliau berkuasa. Dia kontrol permainan, dia boleh menentukan outcome sesuatu tindakan mengikut seleranya. Semua variables untuk dictate perjalanan berada ditangannya. Dia hanya perlu memicit mana-mana butang yang dia ingin, sistem yang kawalnya akan bergerak menurut telunjuknya.

Sekarang semua kawalan dan butang-butang kontrol berada ditangan orang lain. Betul dia boleh menentukan permainan dan outcome, tetapi setengah-setengah variable itu perlu dilaksanakan atau mendapat persetujuan orang yang memegang butang-butang ini.

Jadi, kedudukan dia sekarang tidak sekuat dulu. Dia pun tahu. Jadi dia kena pilih permainannya dimana dia tidak perlu bergantung kepada banyak orang. Yang pasti, dia tidak mempunyai kawalan mutlak untuk menentukan outcome sesuatu permainan seperti semasa dia berkuasa dulu.

Orang seperti Mahathir ini tidak akan berhenti dari scheming, plotting sehingga dia tewas terok atau perish. Sebabnya senang, dia tidak ada pilihan. Jika dia berhenti, dia akan musnah.

Orang didalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai pilihan (hanya memusnahkan atau dimusnahkan) ini selalunya tidak lagi mengira tentang kemusnahan yang akan dia buat dengan tindakannya.Mahathir tidak mempunyai conscience tentang perkara ini. Batas sempadan dah takde lagi.

...bersambung

bat8

Anonymous said...

Bukit keplu,

...bersambung

Tindakan Mahathir hendak menjatuhkan Najib dengan Muhyiddin menggunakan Deepak adalah satu tindakan nekad dan amat tinggi risikonya. tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain. maklumat-maklumat yang beliau ada dan setelah ditimbang pilihan-pilihan yang ada, dia tidak mempunyai cara lain.

Jika Mahathir berjaya menyingkirkan Najib dalam masa 2 minggu ini, Mahathir mempunyai masa lebih kurang 9 bulan untuk menyusun strategi untuk memenangi PRU 13 dengan bantuan Muhyiddin.

Bergantung kepada bagaimana kuatnya kedudukan Pakatan Rakyat dalam tempoh itu - kita boleh menyaksikan bagaimana Mahathir mengatur dan melaksanakan rancangannya. Kalau PK kuat, maka kita akan saksikan tindakan-tindakan yang tak pernah terfikir oleh kita, mungkin lebih terok dari apa yang beliau lakukan semasa berkuasa dulu ( itupun kalau Muhyiddin tergamak untuk setuju dan tak chicken out).

Jadi, buat masa ini, kita pi beli popcorn dan soft drink. Kita sama-sama saksikan pertarungan finale permainan politik dari mahathir dan UMNO Baru!

bat8

Anonymous said...

Bat 8,

Mahathir kini guna strateji kambing hitam. Beliau tahu kalau UMNO bungkus, habislah politik BN.

Kalau dulu, beliaulah yang jadi kambing hitam. Maka Abdullah menang besar.

Tapi bila Abdullah 'renegade', dikambing hitamkan Abdullah bukan kerana nak selamatkan UMNO tapi kerana dendam kesumat.

Kini, Najib terpaksa dikambing hitamkan kerana nak selamatkan UMNO sekali lagi.

Sebenarnya, Bat 8, kalau dulu rakyat mungkin diperbodohkan dengan beliau meletakkan jawatan tapi kini, rakyat sememangnya adalah bijak.

UMNO hanya pandai bermain cerita ulangan tapi rakyat sudah muak dengan tayangan ulangan maupun sodomy atau pemimpin dikambing hitamkan.

Hakikatnya, seperti mana Pak Aspan telah menulis, "rasuah itu adalah sehina-hina perbuatan dan jangan bertindak mengikut sentimen parkauman. Kali ini siapa yang melakukan kesilapan oleh kerana permainan politik peribadi akan menerima hukuman dari rakyat."

Bat 8, satu perkara yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat jauhi dari berlaku ialah berbohong!

Anonymous said...

Sekiranya bn menang pilihanraya..mahadey memerlukan 2 lagi perdana menteri selepas najib..dlm masa 7 tahun..sebelum mahadey mau melihat mukhriz menjadi pm...