Ketua Penerangan PAS, Tuan
Ibrahim Tuan Man meminta Najib dan Rosmah untuk memberikan jawapan kepada semua
tuduhan keatas beliau dan isteri oleh Deepak melalui Harakahdaily atau TV PAS. Nampaknya media perdana tidak mahu membuat
liputan ke atas isu yang amat serius itu. Isu yang dibangkitkan terhadap Najib
suami isteri oleh Deepak ini bukannya isu yang kecil. Ia merupakan isu yang
sangat besar kerana ia menjatuhkan imej negara dan rakyat keseluruhannya di
mata dunia.
Bagi saya tawaran Tuan Ibrahim
itu sangat baik dan elok di ambil perhatian oleh Najib suami isteri. Isu yang
di lemparkan oleh Deepak ini terlalu berat dan ia sepatutnya mendapat pembelaan
dari pimpinan UMNO yang lain, khususnya dari Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan
kepada Najib. Sepatutnya semua ahli-ahli jemaah kabinet memberikan kenyataan
sokongan kepada Najib tetapi tidak kedengaran perkara itu berlaku dan nampaknya
Najib terpaksa berperang sendirian dalam isu ini.
Semua pimpinan UMNO dalam Kabinet
mesti faham yang mereka juga mesti berhenti jika apa yang di tuduh terhadap
Najib itu ternyata benar. Mereka (menteri-menteri) adalah lantikan Perdana
Menteri dan jika Perdana Menteri terpaksa berhenti mereka juga mesti berhenti.
Ini adalah amalan moral demokrasi yang sebenarnya.
Hanya Zahid Hamidi yang cuba
untuk membantu tetapi Zahid membantu Najib dengan cara yang sangat tidak
beretika dan bersalahan dengan moral politik dan etika kepimpinan dengan
menggunakan harta rakyat dan LTAT serta Kementerian yang beliau ketuai ini.
Hasilnya isu bertambah besar dan tidak ada jalan yang lain yang mampu di
lakukan oleh Najib lagi selain dari berfikir untuk meletakkan jawatan dengan
semua ahli-ahli jemaah kabinet beliau. Adalah tidak patut lagi barisan kabinet
yang ada pada hari ini kekal kerana keadaan sudah terlalu buruk dan tidak wajar
terus kekal mentadbir kerajaan.
Jika Najib dan keseluruhan
kepimpinan serius untuk menjaga UMNO itu maka itu sahajalah jalan yang sesuai
untuk dilakukan oleh Perdana Menteri itu. Jika Najib masih mahu mempertahankan
politik beliau sahaja maka keseluruhan UMNO dan beliau sendiri akan menghadapi
kecenderungan untuk di tewaskan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Najib
sepatutnya dengan pantas memanggil Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk
menyelesaikan isu ini dengan semua ahli-ahli MKT berhenti dan membiarkan
ahli-ahli dan perwakilan untuk menentukan kepimpinan baru dalam UMNO itu.
Masalah yang di hadapi oleh UMNO
kian hari kian dalam dan tidak nampak kecenderungan untuk parti itu pulih
kembali. Najib sudah terlalu terbeban dengan masalah dan beliau pun tidak
mendapat sokongan dari kabinet beliau sendiri. Semuanya sedang melukah di
tempat yang genting dan sempit. Ramai yang sedang menimba di air yang keruh di
dalam UMNO dan nampaknya semakin hari semakin sah UMNO akan tamat usianya melainkan
kesemua kepimpinan itu di tukar untuk membawa imej dan aura yang baru.
Tetapi keberangkalian untuk Najib
berhenti adalah jauh dari jangkaan kerana jika hijab sudah tertutup tidak ada
apa dan sesuatu pun mampu untuk membukanya kembali melainkan dengan kehendak
Maha Pencipta. UMNO nampaknya semakin hari semakin banyak isu-isu kotor yang
menyelubunginya dan tidak ada kemungkinan untuknya pulih kembali.
Tetapi ia tidak mengapa kerana Pakatan
Rakyat mampu untuk mengambil alih tanggungjawab besar terhadap negara ini. PAS
boleh menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang kesemuanya beragama Islam dan
jika orang Melayu melakukan perubahan seperti ini maka mudah bagi rakyat untuk
mencari penyelesaiannya.
Rakan-rakan kita kaum Cina sudah
lama membuat keputusan untuk tidak bersama BN lagi. Jika orang Melayu
memberikan sokongan terhadap PAS, PKR dan DAP maka pertukaran ini akan berlaku
dengan ‘decisive’ seterusnya membawa politik dan aura yang baru dalam
kepimpinan negara dan kerajaan selepas itu.
Perubahan itu memang perkara biasa dalam mana-mana demokrasi
dan jika ia berlaku di sini , ia merupakan satu kejadian yang pertama kali kita
alami dan akan melengkapkan proses demokrasi itu untuk kepentingan rakyat semua
kaum di negara ini.
19 comments:
Tuan Aspan.
Masakan Najib akan menjawab tuduhan Deepak dimana-mana pun, apatah lagi melalui Harakah atau TVPas.Sesiapa pun boleh mengaggak, Najib tak akan menjawab. Buat masa sekarang Najib kebal dengan undang2 negara kerana orang2 UMNO/BN,PERKASA,POLIS/MCC/
JPN,dan kuncu2 tak berani hendak
bertindak.Tunggu selepas PRU13, jika PR memerintah Najib dan semua orang yang terlibat akan terpaksa atau dipaksa menjawab segala-galanya kepada rakyat di Mahkamah.
Buat masa ini kita tak perlu buang masa memikirkan hal Najib yang tak akan menjawab segala tuduhan terahdapnya.Kita tumpukan masa bekerja untuk memestikan PR menang.
Salam,
Saya rasa ini UMNO baru punya ugutan bahawa Melayu akan hilang kuasa jika PR memerintah adalah kerana puak UMNO baru in "Mental Disorder".
Ambil contoh :
Kaum Cina di mana-mana dunia ini, mereka hormat pada perlembagaan negara. Mereka berbudaya berniaga dan todak berminat langsung hendak masuk campur hal ehwal perlembagaan negara. Mereka mengerti semua ini, walaupun mereka kuat dari segi ekonomi.
1. Adakah kaum Cina di USA, berpakat hendak ambil alih pentadbiran Washington?
2. Adakah kaum CIna di Australia hendak ambil alih pentadbiran Canberra?
3. Adakah kaum Cina Indonesia berpakat hendak ambil alih pentadbiran Jakarta?
Maka semua ini menunjukkan ahlul bahlul fikir pendita UMNO baru semuanya hanya boleh di sim[an dalam gua batu nun jauh dalam hutan belantara.
Buat malu saja.
It is an opportunity to start something new, simple, practical, fair and workable.....you cannot fix the present messy and failed systems created from decades of failed leadership and policies.
The change will create more pain to lay a strong foundation before one could see any gain....but the process of change must start now before it reached a point of no return.
Saudara AA dan bloggers
Komen saya pendek dan senang sahaja - Jom Kita Ubah!
Jangan buang masa menulis ayat-ayat yang panjang.Membuang masa sahaja.The most important thing...KALAHKAN UMNO DALAM PRU13.
ABU ABU ABU ! The only way to go!
Assuming that PR wins GE13, will it make a promise to correct all the wrongs done to malaysians for the past 55 years.?
Will PR promise to dig up all the "Honey deals" done by BN cronies and disregard all done deals which are lop sided?
Then we are morally obliged to vote any component of PR .
Cukuplah UMNO. Biak PAS pula. DAP kita tengok dulu. Kalau DAP masih parti Cina kita maintain MCAlah! Alang-alang rasis biar rasis betul betul. Apa kata pak Aspan?
pengundi atas pagar
Salam Sdr Aspan.
Terlebih dahulu saya ucapkan takziah kepada pm Najib sekeluarga, ahli2 kabinet, komponen parti bn,dan para kaki pukul upahan dan parasit umno.
Para 5 dari artikel Sdr adalah jalan yg terbaik sekarang bagi umno & bn.
Di harap pihak feudal tidak campurtangabn berhubung dengan kuasa perintah yg dilantik rakyat.
Pihak yang berwajib yang dikait dengan feudal juga diharap kekal berkecuali.
Sama2lah kita lihat(yg maseh hidup) satu pengajaran dalah universiti "hidup".
wasallam.......
Tuan Aspan,
Nak jatuhkan Umno dan Bn bukan senang,kita yang tidak berada dalam sistem mereka tak tahu lebih2 lagi di negeri Melaka dan Negeri Sembilan(tuan lebih maklum).Dalam kehidupan harian kita dapat melihat rakyat di sini sering merungut dan marah pada kerajaan tapi marah mereka tak sampai tahap hendak memangkah lain dari Bn.Itulah satu2 nya parti yang mereka tahu untuk dipangkah.Bila ada sedikit perubahan dan kecenderungan pada yang lain akan bergeraklah satu unit yang dipanggil'kumpulan 10'yang akan brainwash semula orang kampung itu.Begitu jugalah bagaimana mereka menjaga pemuda pemudi dengan menghantar mengikuti rombongan2 ke mana2 untuk melalaikan mereka dan semua dibiayai oleh ketua2 cawangan atau wakil rakyat kawasan tersebut.Kebanyakan pemuda dan pemudi yang tinggal di kampung ini adalah yang tak berapa berjaya pelajarannya dan mudahlah dipergunakan.Agen2 luar sukar hendak memecahkan dinding ini walaupun apa yang diperkatakan adalah benar.Di sebelah selatan ni JKKK adalah kuasa yang sangat berkuasa.Lihatlah sekarang mereka telah berjaya mengatakan Pas sesat kerana berbaik dengan Dap dan kebanyakan orang kampung percayakan ini.lain
If UMNO were to lose this coming GE ,most likely that DAP will be with the most number of seats ,considering that MCA ,Gerekan and Mic will be joining them and DAP should lead the coalition .
Mr Lim Kit Siang will be the right candidate for the post Prime Minister considering hi vase experience in politic and he is much matured politician .
Never to consider any from PKR because most of them are EX UMNO or I would say UMNO reject with strong UMNO mentality ,not even Hadi because he is also EX UMNO too.
If we were to change ,change it for the batter, not for the worst.
umno rosak kerana..
1) mahadey
2) peniaga cina yg memberi rasuah kepada pemimpin politik dan kakitangan kerajaan.
3)Sikap tamak pemimpin parti politik pemerintah..
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Terima kasih jutaan kali dan selamat berjihad lagi tahun ini. Justeru, berdasarkan artikel terbaru di awal tahun ini dan beberapa ulasan menarik yang sempat saya tinjau, rasanya elok benar jika kita gunakan hak kita sepenuhnya kali ini untuk berubah. Malah, benar sekali, sememangnya perubahan itu berlaku di mana-mana; tetapi, mereka yang jahil yang telah ketagihan dunia sering membutakan mata dan memekakkan telinga daripada memahami realiti sunnah-Nya ini lantas berlagak seperti Dia Yang Maha Segala. Semoga PRU ini menjadi permulaan ke arah suatu perubahan yang lebih bermakna buat kita semua, insha Allah. Oleh itu, jom, kita tukarlah baju buruk usang kita ni, k?
Terima kasih dan salam jihad.
Hello para putra keris telanjang! Apa kabar Khairy? Apa kabar Mukhriz? Apa kabar Dato Aziz? Apa kabar Rizal Marican? Lena kah kamu?
Bangunlah kalian! Ketua kamu Putra Najib anak Tun Razak sedang dihina sedemikian rupa oleh seorang pariah pedagang karpet. Mahu terus berdiam kah kalian ? Atau kalian masih mabuk air ketum atau sibuk menghitung asset untuk dipindah milikkan sebelum terlambat.
Wahai Tan Sri Mahyuddin! Bukankah Tan Sri orang kuat Putra Najib?. Kenapa dibiar sahabat baik Tan Sri itu diinjak maruah semahunya oleh seorang penjual karpet bukan Melayu ?. Tega kah Tan Sri cuma melihat saja sedangkan Tan Sri lah Melayu sebenar berbanding Dato Najib ? Di mana setia kawan Tan Sri kepada Dato Najib ?
Wahai mentor kepada Dato Najib yang terbilang..Tun Dr Mahathir ! Masih di dalam negara kah Tun ketika ini ? Kenapa sepi sesepinya sehingga tidak melihat protege Tun, Dato Najib anak Tun Razak yang umpama kucing kehilangan anak ketika ini ? Atau lektrik rumah Tun sudah kena potong ? Dan internet ke rumah Tun juga sudah di block ? Atau penghantar surat khabar ke rumah Tun sudah mati dilanggar lori arak ? Maka Tun tak boleh mengakses tv, blog dan membaca surat kabar ? Sampai hatinya Tun biar kan protege Tun di hina Deepak ? Atau memang Tun telah sedia maklum bahawa Dato Najib wajar dihina Deepak, warga yang spesisnya sama dengan Tun..darah Madeliar dan Si Kitol ?.
Sudah kiamat kah UMNO BN ?. Mana para hulubalangnya ?. Mana orang kuatnya dan mana mentor terbilangnya ? Apa sudah jadi ? Semuanya membisu ?
Ha ha ha..kes anjing dilanggar kereta boleh heboh dalam media massa utama negara..tapi kes serius pembunuhan Altantuya, kes rembat duit LTAT dan banyak lagi kes menyamun khazanah rakyat......media utama negara menjadi bisu se bisunya....semua pimpinan UMNO BN menjadi " downsindrom " gara gara penangan Deepak. 3 juta lebih ahli UMNO...semuanya menjadi bacul dan dayus.
Maha Besar Allah ! Tuhan yang maha mengetahui lagi Maha adil !
Kah kah kah...tunggulah hukuman Allah ya Haji Najib dan Hjh Rosmah.
Dato Sak !
Pandai baca talkin tak nanti ??? UMNO Si tua 55 tahun dah nak berkubur ni!
- Pattani Warrior -
I beg to differ with opinion that LKS should be PM.Lets we look at the ratio of Msian populations.Malay comprises 65 % and Chinese is only 25 %.LUFANG is not rational to make such stand! DSAI is the one who mobilised the Rakyat to go against the present regime - UMNO/BN.LKS,LGE,TGNA and others have agreed in principle that DSAI is the next PM.The issue now is still prematured to discuss who is to be PM.
We should forecast our struggle to make sure PR will be the next govt.
On the otherhand UMNO rite now is getting weak.We can see the response frm the Kebangkitan Rakyat on every PR ceramahs. Many of UMNO ministers dont have confident to retain their seats.All UMNO divisions and sub divisions are restless to face the Rakyat!
KODIANG
......anjing yg tersepit amat bahaya.......
......anjing yg tersepit akan menyalak tanpa henti....
......anjing yg tersepit ini bagaimanapun membisu.....
......jadinya anjing ini lagi amat bahaya........
......konco2 anjing ini adalah ketua2 pada bala2 anjing yg amat ganas2 (tentera dan polis)
......kebiasaannya.......
......anjing tersepit perlu dijauhi........
......tapi gue rasa, anjing tersepit ini akan mengganas buas.....
......rakyat perlu hati2.....
......
Saya sokong ulasan dari "Orang Seremban", baru2 ni balik Batu Kikir jumpa sepupu org Felda, dia kata Najib dah beri org Felda RM 15 ribu & bila buka sekolah tahun 2013 Najib beri duit lagi jadi kita sokong dialah, saya tersenyum je mendengarnya..sebenarnya masih ramai lagi insan2 diluar sana yg cuma membaca Utusan Meloya, menonton TV3 suku & TV1 Msia mempunyai mentaliti macam ni..memang kita sakit hati sangat2 dgn pemimpin haprak hari ni & mengharapkan mereka semua go to hell tapi hakikatnya ramai lagi rakyat yg masih bangang & bodoh..dpt duit je terus sokong tanpa mengetahui yg duit tu sebenarnya duit rakyat yg memang rakyat deserve to get it UMNO cuma bagi sikit2 pada rakyat selepas mereka songlap banyak2 sesama mereka melalui komisyen
With rampant corruption and bad/corrupt 'leaders', it creates an excellent environment for criminals activities to florish in both public sector and private sector mid - big businesses.
Without bribe or other unfair and unethical conducts, you could not compete in the market and have to close shop.
More of the same will destroy the country when the small businesses with limited resources ,which is the backbone of the economy creating millions of jobs and social security, are destroyed.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah lagi; sekadar berkongsi idea.
1. Soal siapa jadi PM, terserahlah kepada pucuk pimpinan tertinggi PR untuk menentukannya. Namun demikian, fakta dan realiti bahawa jawatan seutama itu mestilah diperuntukkan kepada kaum Melayu tidak dapat tidak mestilah diterima semua, kerana ianya telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan, disokong faktor nisbah majoriti penduduk Malaysia ini sendiri.
2. Sememangnya masih ironik bilamana kedapatan segolongan mereka yang masih belum sedar akan hakikat kecurangan penguasa kita ini, disebabkan mereka telah mencengkam kita buat lima dekad setengah. Namun begitu, insha Allah, kita akan dapat saksikan nanti, pada kali ini, segalanya akan jauh berubah. Mana tau, kan, mereka tu terima apa yang diberi, tetapi, nun di sanubari, mereka memberontak pulak ... Oleh itu, marilah kita teruskan tekad dan azam disertai doa dan munajad kepada-Nya agar Malaysia tercinta ini benar-benar akan bebas daripada cengkaman para diktator ini.
Terima kasih dan salam jihad.
Unknown,
You must be dreaming ,and your argument does not base on reality to the fact that we believe in democracy that the majority will lead.
No such thing that PM must be a Malay ,by the way whose the Malay you are purposing ?, Anuar or Hadi ,may God bless us if that the choice.
Inilah kalau politik menabor air lior ,tampa memahami hakikat.
Post a Comment