25 January 2013

Isu ganas Perkasa membunuh harapan BN

Saya mempunyai pendapat yang akhirnya Dr Mahathir dan Perkasa lah menjadi penyebab lunturnya sokongan rakyat terhadap BN khususnya UMNO. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada saya kenapa saya tidak pernah memberikan komen terhadap Perkasa sedangkan Perkasa itu bukannya NGO yang sejati tetapi ia merupakan cabang UMNO pada hakikatnya. Ia sesungguhnya badan politik yang aktif.

Sekarang ini ternyata yang Perkasa itu sedang memainkan isu keagamaan pula dengan seruan untuk membakar kitab Bible yang berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah. Perkasa membuat tuduhan yang pihak kristian telah mengedarkan kitab bible kepada murid-murid sekolah dan ini merupakan tuduhan yang bersifat jauh dari kebenarannya. Tetapi permainan politik pertubuhan itu menyebabkan Perkasa telah begitu di benci oleh orang ramai dan ia sekali gus meruntuhkan saki-baki kuasa dan sokongan rakyat terhadap UMNO itu.

Penaung Perkasa, Dr Mahathir juga akhir-akhir ini tidak lagi bersifat sebagai seorang negarawan dan masih bermain api dalam politik negara. Tindakan beliau memalitkan nama baik Tunku Abdul Rahman yang sudah lama meninggalkan kita merupakan satu tindakan Mahathir yang agak keterlaluan dan tidak dapat di terima oleh rakyat yang berterima kasih diatas pengorbanan beliau menyudahkan usaha tuntutan kemerdekaan negara kita dahulu.

Mahathir telah menyamakan beliau seperti Tunku yang juga telah memberikan kerakyatan kepada sejuta orang bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan dahulu. Tidak payah diulangi isu ini kerana saya telah menulis tentangnya dalam posting saya yang lalu. Hanya kalau saya hendak sebut hanyalah perbezaan diantara Mahathir dan Tunku itu ibarat langit dengan bumi jauhnya.

Tunku semasa akhir hayatnya telah terbukti tidak mengambil kesempatan terhadap kekayaan negara dan beliau tidak meninggalkan apa-apa. Begitu jugalah ahli-ahli keluarga beliau yang tidak mempunyai harta bergunung-gunung tingginya. Sebaliknya Mahathir telah menggunakan kuasa dan pengaruh membina ‘empire’ perniagaan anak-anak beliau dan mengambil kesempatan dengan tiada batasnya terhadap peluang perniagaan.

Sebagai seorang yang hidup dalam keluarga istana dan keluarga 'aristocrat' Tunku merupakan seorang yang paling ‘magnanimous’ dan tidak mengambil kesempatan diatas kuasa yang ada ditangan beliau selama 15 tahun beiau menerajui kepimpinan negara. Saya selalu menyebut perbezaan diantara dua manusia itu adalah dari cara seseorang itu dibesar dan dididik oleh keluarga masing-masing. Orang tua-tua dahulu selalu mengingatkan kita untuk memilih latar belakang keluarga dan darah yang mengalir di dalam naluri orang pilihan kita itu.

Walaupun UMNO telah berusaha untuk mengembalikan sokongan ramai terhadapnya tetapi sikap ‘panjang muncung’ Dr Mahathir dan Presiden Perkasa itu sendiri telah menjatuhkan imej UMNO dan BN dengan begitu teruk sekali. Akhirnya Perkasa telah menjadi penyebab UMNO sehari dua ini begitu buruk persepsi rakyat terhadapnya. Kata-kata Dr Mahathir menambahkan lagi kesakitan yang dihadapi oleh UMNO yang sedang terkial-kial untuk mendapatkan sokongan rakyat sekarang ini.

Sepatutnya UMNO menganggap Dr Mahathir ini sebagai garam sahaja. Garam ini penting, tetapi tidak boleh digunakan dengan banyak. Jika dibubuh garam terlalu banyak ia akan merosakan masakan kita. Garam ini hanya perlu di gunakan setakat secukup rasa sahaja tidak boleh banyak-banyak. Tetapi Dr Mahathir bercakap terlalu banyak sehinggakan segala usaha yang di buat oleh UMNO untuk memulihkan imejnya telah jatuh dengan teruknya di mata rakyat.

Tetapi apakan daya. UMNO tidak boleh menguasai Dr Mahathir kerana Dr Mahathir yang sedang berusaha untuk menguasai UMNO. Dr Mahathir tidak akan sihat tubuhnya kalau tidak bercakap. Semua kata-katanya menyebabkan UMNO jatuh kredibilitinya dan membawa musibah kepada parti yang telah uzur itu.

Sesungguhnya sifat celupar yang berlebihan oleh Dr Mahathir dan Ibrahim ini memberikan faedah yang besar kepada Pakatan Rakyat. Dalam keadaan pilihanraya sudah begitu hampir ia terlalu suntuk untuk BN memperbetulkan segala kesalahan Dr Mahathir dan Ibrahim Ali terhadap UMNO.

Masalah yang ditimbulkan oleh Perkasa dan kata-kata Mahathir akhir-akhir ini mendapat tentangan dari komponen Barisan Nasional sendiri. MIC begitu lantang membidas Ibrahim Ali dan Dr Mahathir.

Pemuda MIC telah mendesak agar Ibrahim Ali di tahan untuk dibicarakan diatas berbagai-bagai isu yang merbahayakan keselamatan negara yang disebabkan oleh Ibrahim Ali. Gerakkan dan berbagai-bagai lagi pertubuhan NGO yang mengeluarkan kenyataan meminta tindakan undang-undang terhadap Presiden Perkasa ini.

Hakikatnya BN akan diselubungi oleh masalah dalamannya sendiri serta masalah-masalah yang di timbulkan oleh pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang berpihak kepada BN itu sendiri. Selama ini BN telah memasang terlalu banyak jerat untuk memerangkap Pakatan Rakyat tetapi oleh kerana terlalu banyak jerat-jerat itu dipasang maka mereka (BN) terjerumus ke dalam jerat-jerat itu sendiri.

Pendeknya apa yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat perlu lakukan hanyalah membuat persediaan rapi bagaimana hendak mentadbir negara dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh UMNO dan BN sekian lama itu. Berikanlah persekitaran politik yang baik dan nyaman untuk rakyat yang sudah terlalu lama menghadapi kecelaruan yang dilakukan oleh BN selama ini.

Pakatan rakyat khususnya kepada kepimpinan tertingginya mesti sedar yang BN sedang melakukan apa sahaja untuk memecahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya di antara PAS dan DAP.

Bagi BN apabila pecah sahaja perhubungan di antara PAS dan DAP maka BN akan mendapat kemenangan walaupun kemenangan yang tipis. Jagalah perhubungan di antara PAS dan DAP dengan baik kerana perpecahan diantara dua parti ini merupakan resepi yang paling baik untuk BN dalam menghadapi pilihanraya ini.

Jauhi diri dari membuat kenyataan yang mudah di mainkan oleh UMNO terutamanya. Insyaallah UMNO tidak akan berjaya untuk menyempurnakan niat buruknya terhadap Pakatan Rakyat itu dan Pakatan akan menjadi kerajaan buat kali pertamanya dalam sejarah kemerdekaan negara kita.

11 comments:

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Kenyataan dari Yb.Ibrahim Ali ini tidaklah memeranjatkan. Saya yakin tiada siapa pun yang rasa hairan bila ianya keluar dari YB Ibrahim Ali ini. Maksud beliau adalah jelas iaitu untuk membakar bible jika bible itu menggunakan kalimah Allah sebagai penganti kepada 'God' mahupun 'Lord' mereka. Jika Bible itu kekal seperti sekarang, maka tidaklah ianya perlu dibakar.

Umno, Majlis Syura PAS dan saya seperti juga YB. Ibrahim Ali ini juga bersetuju bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam terjemahan melayu Bible.

Akan tetapi ugutan dan ancaman untuk membakar ini satu penyelesaian yang tidak bertamadun. Bible itu belum pun disahkan ujud maka apa perlunya ianya dijadikan bahan ugutan melainkan untuk kepentingan politik semata. Namun, apalah nak dihairankan jika ianya keluar dari mulut YB ini.

Saya terlebih hairan dengan statement YB LGE. Yang saya faham, YB LGE dalam kenyataan Krismas beliau jelas menyatakan sokongan dan harapan juga boleh ditakrif sebagai janji jika beliau memerintah bahawa Kalimah Allah akan dibenarkan diguna pakai dalam Bible untuk menterjemah perkataan 'God' mereka. Apa tujuan YB LGE ini? Apakah pemikiran beliau sama dengan YB Ibrahim? Kenyataan beliau sangat mendukacitakan jika ianya benar seperti yang saya fahami. Saya sedang menunggu kenyataan balas beliau. Jika benar seperti yang saya fahami (harap saya silap) maka saya akan jadikan menentang DAP sebagai satu jihad.

Sebelum tidak bersetuju dengan saya, sila fahami bahawa saya hanya menentang terjemahan kalimah Allah sebagai pengganti 'God' dalam terjemahan Bible. Bukan Islam boleh sebut nama Allah kerana Allah ini juga pencipta mereka malahan saya gembira bila bukan Islam menyanyikan lagu Bangsa Johor yang mengagungkan nama Allah.

Saya juga menyedari akan kekalutan fikiran kerajaan pimpinan PM Najib ini yang telah membenarkan Bible ini diterjemah dalam Bahasa Melayu. Kedangkalan beliaulah punca permasaalahan ini. Inilah akibat kepentingan politik mengatasi segalanya. Saya berharap BN tidak memperolehi majoriti 2/3 dan PAS akan terus kekal di Kelantan dan Kedah. UMNO perlu diawasi dan dengan ketegasan Majlis Syura PAS, keselesaan saya dengan PAS mula kembali.

Teringin juga untuk mendengar pendirian peribadi (bukan parti) Tuan Aspan berkaitan isu terjemahan ini. Apakah perasaan tuan agaknya bila terjemahan itu membawa perkataan yang antara lain menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak dan diperanakkan. Samada fahaman tuan sama atau berbeza bukan satu isu kerana negara kita ini amalkan kebebasan bersuara. Pemikiran kita adalah hak mutlak kita.

Anonymous said...

There no room for such people and organisation in a modern, civilised and progressive society!

Anonymous said...

Brahem ahlee @ perkasa kena buat bising, kena buat kontroversi, kena buat gempaq supaya ramalan mahadei bahawa umno/bn akan menang 'kosong' pasti dan tetap akan berlaku!

Masa dia kuti kapla paklah dia sendiri yg bersuara. Kalo nak buat kat najib org tentu perasan! Lagi pun tak nampak manis laaa kalu org nampak terang2 mahadei telan anak tun razak!

Maka perkasa tertubuh dgn restu mahadei utk buat kerja kotor utk susahkan najib anak razak!

Inilah sifirnya!

Anonymous said...

Salam Pak,

Sebenarnya Pak saya susah hati apabila Dr.M, Ibrahim Ali, Hassan Ali, Zulkifly Nordin, Abu Zaharin, senyap dan tidak mengeluarkan kenyataan kerana situasi 'senyap' ini akan meningkatkan prestasi umno.

Tapi sejak akhir-akhir ini saya merasa amat lega kerana mereka ini saling bergilir mengeluarkan kenyataan. Good for PR.

Kita tahu taktik mereka memainkan emosi rakyat. Yang mereka tak sedar ialah senjata 'emosi' ini sudah memakan tuan.

Teori Dr.M yang mengatakan ' jika sesuatu perkara itu jika di ulang-ulang berkali-kali dalam media akhirnya rang akan percaya'. Saya kata not this time..jika kamu ulang-ulang orang akan jadi muak dan benci.

Mohd Zuki

Anonymous said...

Sudah2 le jadik penyokong BN wahai ibni ismail... jgn le diharap Bn akan mendapat 2/3.. bahkan nak menang kali ni pun rasanya jauh sekali.. melainkan apa yg dilakukan Mahathir di Sabah terjadi di Semenanjung... Rakyat majoriti inginkan perubahan.. Saudara bila lagi??.. Ingat! Pru12 5.7 juta pengundi Melayu yg mana memilih pakatan sebnyak 3.7 juta.. di semenanjung Bn dah terlungkup.. yg memenangkan Bn adalah undi Sabah Sarawak.. tapi dgn isu sebegini adakah kaum majoriti di Sabah Sarawak yg beragama Kristian akan memilih Bn & menyokong Perkasa...lu pikir le sendiri..

MatBangi

Jack Cheow said...

Jawapan saya senag saja:-

Penganut Islam diMalaysia kena faham, Semua orang ada Hak untuk beragama dan apa apa agama rasa selesa. What happen of Islam in Malaya is classical example of mind-control progamme by UMNO.

So sesiapa nak Pakai Allah mestinya tidak timbul sama sekali, pasal tu adalah Kerja yang tidak munasabah, hakikatnya Allah telah diguna pakai oleh Penganut lain sebelum Islam dilahirkan oleh Nabi Mohamed,


Disini lah Point yang Paling Penting, Jika Orang Islam khususnya Orang Melayu termakan dgn tomahan dan rekaan UMNO , maka Orang Melayu akan jadi Bodoh dan Songsgang utk selama lamanya, lepas itu akan sentiasa menyokong UMNO dari (Dulu Kini dan Selamanya).


Pendek kata:
Issue Khalimah ALLah , adalah (Issue Illusi) utk pecahbelahkan Rakyat Malaya yg berbilang kaum.

So beware of anyone believed (Mind Control Progamme)dgn laungan: (Ketuanan ini ketuanan itu), nanti tidak lama dari sekarang yang kena tipu akan jadi pengemis di bumi sendiri.


Quote of de day:
The truth do not need to protect because its self-evidence Hence only lie need to cover & protect.


JITRA said...

Saya ingin menyentuh kata-kata Paderi Besar Indonesia.Perkataan Allah adalah hak orang Islam.Dalam Alquran brapa banyak disebut Allah disamping 99 nama Allah yg lain.Allah bukan hak UMNO tetapi hak Muslim sejagat.Saya kira suara-suara sumbang lain hendaklah berhenti menyoal tentang Allah.Malah dalam bible sama ada Roman katholik atau protestant tidak ada Allah.Dalam bible mengatakan Jesus itu anak tuhan.Allah tidak beranak atau diperanakkan.

Tentang tindaktanduk Perkasa,oran g yg main peranan adalah Mahathir.Mahathir jugalah terlibat dalam Mei 69.Mahathir telah mengupah Brahim Ali dg mulut celuparnya utk cari pasal nak berulang racial riot.Apa saja tindak tanduk Perkasa,Pekida dan Kimma , Rakyat Malaysia tidak ambil pusing.Orang mengetahui sekarang yg mahathir adalah bapa perkauman.Dia juga pegkhianat Negara.


Jitra

Anonymous said...

Reasonable ordinary people must distant themselves from these people and organisations out to cause divisions and trouble.....to destroy social cohesion and trust important for the society.

Their conduct and behaviour and narrow and damaging objectives are criminal.

Anonymous said...

Brahing ali berani cakap tapi duduk barisan hadapan dalam peperangan jangan haraplah .Siapa tak kenal dia jadi dia dah bagitu ragamnya puluhan tahun apa nak buat lama2 senyaplah dia ...sabarlah lagi pun cuma ada beberapa hari sahaja sebelum umno ditalkinkan...

Unknown said...

Assalamu'alaikum dan salam bahagia, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Sekali lagi, UMNO dan sekalian ahzabnya sengaja mencetuskan misteri dengan niat dan tujuan yang sememangnya boleh difahami. Namun begitu, sayang trillionan kali, masih kedapatan segolongan penyokong tegar mereka yang berterusan mempertahankan mereka walaupun di era ledakan IT ini. Apapun, itu adalah hak masing-masing; cuma, harus diingat, jangan nanti kita tersalah himpun (dihimpunkan bersama golongan durjana) pada hari yang tiada siapapun yang boleh menyelamatkan kita melainkan dengan izin-Nya sahaja.

Sekali lagi, sekadar berkongsi pandangan, pada hemat saya, Mahathir ni, elok sahaja dibakul-sampahkan; begitu juga Ibrahim Ali dan sekalian yang acapkali mencetuskan pelbagai sentimen sepanjang hampir 55 setengah tahun kemerdekaan kita ini. Cuma, dalam masalah penggunaan kalimah "Allah" ini, saya rasa, elok sekali kita sekalian, khasnya diri saya, berhentilah daripada membahaskannya dan kembalikanlah ia kepada alim ulama kita serta sekalian tokoh-tokoh agama lain untuk berdialog dengan penuh kematangan dan suasana yang sihat. Secara peribadi, saya turut tidak bersetuju dengan penterjemahan kalimah suci itu daripada perkataan ketuhanan bahasa lain; namun harus diingat juga, sejarah penterjemahan serupa ini telahpun lama berlaku di era penjajahan kuasa-kuasa barat ini lagi. Oleh itu, saya benar-benar ingin mencadangkan agar elok kita jangan berprasangka buruk terhadap mana-mana individu hanya dik ucapan sepintas lalu yang kita dengar; sebaiknya, siasatlah dengan teliti akan khabar berita yang kita dengar itu agar setidak-tidaknya kita terhindar daripada dosa. Lagipun, seperti yang pernah saya katakan, Allah adalah Rabb kepada seluruh alam; cuma, Dia Yang Maha Segalanya ini telah dipersekutukan dan digelar dengan nama yang tidak selayaknya oleh manusia sendiri. Mengakhiri ulasan, saya memohon ampun dan maaf kepada kalian andainya kedapatan mana-mana idea saya yang tidak disenangi. Apapun, sekadar penegasan, saya tidak bermaksud menjadi penyokong tegar mana-mana pihak dan semoga perkongsian ini difahami sebaik-baiknya.

Terima kasih dan salam jihad.

ahmadyani said...

Sungguh-sungguh Pak N menyiram dan bubuh baja pada bunga yang ditanamnya. Tapi malang ada dua ekor pengacau yang asyik menambah racun pada pangkal pokok. Lebih malang lagi Pak N tak mampu buat apa-apa.