24 January 2013

Jangan disamakan TUNKU dengan Mahathir



Saya cuba untuk mengelak hendak menulis dan memberi komen tentang isu Dr Mahathir memalitkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan isu pemberian kerakyatan kepada bangsa Cina seramai sejuta orang semasa dalam mengusahakan kemerdekaan negara dahulu. Saya gagal untuk mengelak dari membuat komen dalam isu yang disebut oleh Dr Mahathir terhadap beliau dan saya terus menulisnya mengikut pengamatan saya terhadap isu yang disebut oleh Dr Mahathir ini.

Tunku telah lama meninggalkan kita dengan nama yang baik sebagai Bapa Kemerdekaan Negara Malaysia ini. Setelah mengaku bertangungjawab terhadap pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Filipina dan lain-lain di Sabah Dr Mahathir cuba untuk membawa Tunku nampak sama bersalah dengan beliau dan ini merupakan satu penganiayaan moral yang paling buruk dilakukan terhadap Bapa Kemerdekaan yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan kita dahulu.

Rakyat tahu pemberian kerakyatan kapada kaum Cina dan India adalah merupakan pra-syarat untuk mendapatkan kemerdekaan itu dan dirundingkan secara terbuka.. Mereka yang diberikan kerakyatan itu termasuklah dari India samada India yang beragama Hindu mau pun yang beragama Islam. Suruhanjaya apa yang Mahathir cadangkan dalam isu pemberian kerakyatan semasa Tunku dahulu. Ia di buat secara terbuka dengan persetujuan semua pihak, bukannya dilakukan di dalam gelap seperti kerja mencuri seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Ada di antara keturunan mereka telah mendapat kerakyatan itu telah menempa kejayaan seperti menjadi pemimpin besar negara ini. Tidak payah kita mengulangi kenapa Tunku dan pimpinan semasa itu memberikan kerakyatan kerana ia dibaca oleh murid-murid sekolah menengah dan di universiti di seluruh dunia. Ia dilakukan untuk membina negara dan menolak kerajaan penjajah di bumi kita.

Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara. Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara merdeka kita. Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menhukumnya. Saya pernah memberikan label terhadap Mahathir sebagai seorang yang mempunyai ‘migrant mentality’ beberapa ketika dahulu dalam blog ini dan beliau sendiri membuktikan tuduhan saya itu benar.

Mahathir tidak habis-habis dendamnya terhadap Tunku tetapi bagi sesiapa yang benar-benar bersikap sayang kepada negara akan tahu yang Tunku merupakan manusia yang tidak dapat dicari ganti dengan mudah bersabit dengan sikap pengorbanan terhadap negara ini. Mahathir cuba untuk menjatuhkan imej Tunku semasa beliau sudah tiada dan tidak dapat mempertahankan diri dengan tuduhan jahat Mahathir itu.

Tunku adalah seorang pemimpin yang disayangi oleh rakyat semua kaum dan beliau merupakan pemimpin yang mempunyai ‘magnanimity’ yang amat tinggi dan tiada siapa yang mampu menandingi beliau jika dipandang dari susut kemanusiaannya. Mahathir tidak boleh menyamakan dirinya dengan Tunku kerana menyamakan dirinya dengan Tunku serupalah menyamakan buah epal dengan buah bacang. Itu sahaja.

Kenyataan Mahathir ini amat melukakan hati banyak rakyat terutamanya kepada rakyat yang berhati dan berjiwa bersih dan ia meliputi semua kaum. Tidak siapa yang menyangka Mahathir akan sampai ke tahap ini memainkan politik beliau, kerana hendak menutup kelemahan serta jenayah moral beliau sendiri.

Siapa pun boleh mempertahankan Dr Mahathir ini tetapi hakikatnya beliau telah membuka segala kelemahan beliau untuk ditontoni oleh semua orang. Rakyat sekarang boleh membuat pandangan yang ‘conclusive’ terhadap bekas Perdana Menteri ini dan kita tahu rakyat sekarang memandang beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pemikiran dan keterampilan sebagai seorang negarawan..

Dr Mahathir gagal segagal-gagalnya untuk duduk dan berdiri sebagai seorang negarawan dan beliau tidak akan mencapai taraf itu buat selama-lamanya. “Mahathir is a disgusting leader,” kata saorang rakan yang bercakap dengan saya tentang isu ini.

Tunku, marilah kita panjatkan doa kepada Allah swt agar roh beliau dibariskan bersama roh-roh orang yang beriman dan syuhada….Al-Fatihah

26 comments:

Anonymous said...

Mahathir manusia tak sedar diri dan bermuka tebal. Jika tidak kerana polisi Tunku Abdul Rahman, masakan ayahanda Iskandar Kutty diberikan taraf warga negara Malaysia dan menukar nama kepada Mohammed, lalu mengisytiharkan diri sebagai MELAYU dan melahirkan seorang putera yang berjaya memerintah negara ini selama 22 tahun membina legasi dengan penuh tipu muslihat

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Mahathir guna strateji SECRET GOVERNMENT

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

The War on Our Civil Liberties

Anonymous said...

One is a REAL Malay prince and a great leader uniting people to achieve independent with real and great Malay leadership and values....the other ???.

The gap is so WIDE!



Anonymous said...

Bro,

Jahat dan amat keji sekali tindakan Mahathir cuba menjenayahkan Perbuatan Tunku memberi kerakyatan kepada bukan melayu untuk mencapai kemerdekaan dahulu lebih teruk dari jenayah yang beliau lakukan melalui projek IC di Sabah. I mean every single word yang saya tulis ini....

Betul kata Bro...kalau tidak kerana JUS SOLI itu bapak Mahathir akan terus menjadi PATI dan Mahathir TIDAK BOLeH MeNIPU UNTUK MeNJADI MELAYU!...itu ceritanya!

Batu ronson, kampongman pun tidak akan mempunyai peluang untuk mendewa-dewakan, memuja-memuji, mengagung ketahap dewa kayangan Mahathir ni.

batu lesung

Hamzah said...

Tidak boleh disamakan Tunku dg Madeiyy.....

1. Tidak ada seorang pun anaknya dibenarkan bisnez dan berpolitik dg menggunakan nama Tunku.

Madeiyy pula yaa rabbi.....Mokzani dan Mirzan buat bisnes dg menggunakan nama bapanya!Sudahlah begitu Mukriz pula mencari tapak dalam politik.

2. Tunku tidak menyalahgunakan kedudukannya.Tunku tidak mengguna duit pembayar cukai utk dirinya.

Madeiyy telah menggunakan duit Rakyat sewaktu mamak ni memerintah selama 22 tahun.Banyak sangat kesalahan Madeiyy....

3. Meyentuh ttg pemberian IC/Mykad.Tunku tidak berselindung.Orang Cina dan india termasuk Madeiyy sendiri menikmati pemberian IC/Mykad

Madeiyy secara senyap-senyap memberi Mykad kepada orang-orang Suluk,Indon,Bangla,Pakistan dan India.Jangan-jangan Madeiyy ada apa-apa ke dg Megat junid dan Aziz Samsuddin?

Marilah kita berdoa semuga Allah akan membayar cash kpd mamak ni.Kesalahan madeiyy tidak terhitung banyaknya.


Hamzah






Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Jutaan terima kasih di atas artikel terbaru ini. Apapun, maaf juga saya pohon kerana agak lama menyepi dik masalah teknikal pada komputer dan pelbagai kesibukan lain. Namun begitu, saya tetap mengikuti tulisan saudara di mana juga, insha Allah.

OK, sekadar pendek aja punya ulasan. Sudah terang lagi bersuluh, siapa sebenarnya pengkhianat kita selama 2 dekad 2 tahun itu. Justeru, saf kepimpinan dalam UBN yang ada ketika ini adalah daripada hasil dakyahnya belaka, kan? Kalau adapun kelemahan pentadbiran pada zaman Allahyarham TAR, ia tidaklah seteruk yang ini tapi masih mendabik dada seolah-olah pentadbiran mereka lebih "perfect" daripada kerajaan Islam pertama Madinah ... Dengan ini, apa mau tunggu lagi; berhijrahlah kita sekalian dengan penghijrahan minda di atas kertas undi nanti, ya? Akhir kata, teruskan lagi pendedahan demi pendedahan berfakta sebegini demi manfaat bersama, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Mahathir spins on Tunku is actually a red herring from what actually P Ramakrishnan seriously wants the public to response

giorgio said...

Saudara Datuk Aspan,

Mengikut sejarah, Tunku mengusirkan Mahathir di dalam UMNO selepas buku terbitan The Malay Dilemma, Tunku tahu Mamak ni amat merbahaya kepada Negara dan Parti Perikatan, tak silap saya cikgu pernah berkata, Razak yang menyokong Mamak masuk balik UMNO, jadi kesimpulan tujuan TUNKU adalah benar, kita lihat dan baca melalui sejarah.

Salam Sejahtera

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Terima kasih tidak terhingga kepada tuan kerana telah berjaya serba sedikit untuk memberi pencerahan minda kepada para penjenguk blog ini.

Sempena Maulidul Rasul ini marilah kita sama-sama mengambil sifat kebijaksanaan Baginda Rasulullah dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu permasalahan atau isu dengan minda yang bersih dan bijaksana.

Umat Islam yang bijaksana dan beriman, mereka tidak akan dipatuk ular dua kali di dalam lubang yang sama. Tetapi ular Mamak Kutty dari Kerala akan mematuk Umat Islam di negara ini bukan hanya 2 ke 3 kali tetapi jika kita tidak membedal kepalanya dengan buluh, maka beribu kalilah kita akan dipatuknya. Yang kebal dipatuk Ular hanyalah Batu atau Ronson kerana bukan hanya tiada aliran darah dibadannya malah otak pun tiada untuk memikir.

Batu jangan marah....aaa, nanti kami akan buatkan otak atau kepala atau mata olok-olok untuk kamu supaya kamu boleh melihat pun itu sudah cukup baik...(Ya..ampun dong).

Qaseh Bonda said...

Sebab tu lah nak jadi doktor kena ada foundation yang kukuh.

Kalau setakat nak harap bini tolong biaya masa study sebab tu kedoktoran dia pun entah kemana. Macam jugak Ph.D hasan ali.

Mulanya baik sayangnya dia jadi doktor pemusnah negara.

Hayatilah perjuangan nabi. Nabi tak berjuang kayakan anak2. Nabi tak salahkan orang lain, tambah2 nak aibkan orang yang meninggal dunia.

Padanlah orang kata jadi doktor ni akhirnya membodohkan orang, konon doktor saja yang pandai.

Yang tak gila terus jadi gila bila kena ubat doktor. Yang sakit sikit sampai potong kaki.

Cuba tanya doktor kaki doktor nak tak kena potong??

Anonymous said...

Allah swt itu adil. Ternyata pendedahan baru yg membabitkan Mahathir dlm memberikan kerakyatan pada pendatang di Sabah utk kekuasaan politiknya adalah satu petunjuk dari Allah swt. Ini lah akibatnya jika sasaorang itu banyak melakukan kemungkaran, kezaliman dan terlalu mementingkan kuasa hingga sanggup menggadai maruah negaranya sendiri. Mahathir sudah tidak lagi di gelar negarawan, malah dia patut di gelar saorang PENGIANAT negara.

Anonymous said...

penjenayah tegar.....berani buat x
berani tanggung.....

Anonymous said...

Tun M akan kaitkan dengan sesiapa saja pemimpin yang berjaya asal dia juga tompang nampak baik dan perlu dihormati.Orang2 yang rapat denganya semuanya musuh ketatnya.Tunku,Musa,Ghafar,Anwar ,Paklah ,Raja2 melayu dll diketahui umum semuanya musuhnya.Tun M cukup licik memimtas samaada dalam politik mahupun perniagaan dengan mengambil kesempatan dari jawatannya.Anak2nya dah cukup duit untuk beli jawatan dalam parti cuma tunggu masa yang sesuai saja .Jadi kita rakyat biasa ni takkan bolih terpengaruh dengan temberang mereka melainkan jika kita dah memang keturunan suka bersekongkal dengan orang kaki temberang.Harap PRU 13 ni tak mengulangi sejarah dimana abang ZEK dari Klang yang meninggal mengejut apabila umno tumbang diSelangor dan sama2 tunggu samaada ini berlaku kepada mahluk bernama Tun Mahathir...apabila PR ambil alih Putrajaya...

Anonymous said...

Mahathir kini kearah menjadi seorang negarawan " hampas " kerana dia semakin sedar soyuz UMNO bakal terhempas!

Demam Mahathir tak lagi kebah kebah..entah esok entah lusa dia akan rebah.

Unknown said...

kalau rakyat kebanyakan membenci TDM ia d sebabkan akhlak buruk dan sikap jahat beliau sendiri...

Anonymous said...

Tunku bersetuju untuk untuk beri IC kepada orang cina dan india untuk selamatkan nyawa orang melayu berperang dengan orang putih tuntuk kemerdekaan tetapi Tun M untuk puaskan nafsu untuk pastikan dia berterusan memerentah .Kita dah nampak dimana kuasanya digunakan semuanya untuk dirinya dan anak2nya .Kini Tun M masih lagi mencampuri politik kerana matlamat untuk menaikan anaknya dalam politik belum selesai .Olih yang demikian Tunku dan Tun M adalah berasingan dan tak bolih disamakan .Kita sama2lah pastikan kuasa politik diperbetulkan supaya orang yang utamakan nafsu disingkir melalui PRU 13 ini ...

Anonymous said...

Pak Aspan,

A man obsessed with power

KODIANG said...

Sdra Aspan,

Tolong jangan letak pic Madeiyy th 1981.Sepatutnya letak pic yg terkini.rakyat Malaysia lebih mengenali pic Madeiyy jahanam tu !Madeiyy adalah penderhaka!Dia sanggup jual negara utk berkuasa.


Kodiang

Anonymous said...

Mahathir ni kalau kat Melaka, kita panggil LAHANAT..

Ron Brezzo Jb

Anonymous said...

Pak Aspan,
One is a Tokoh and the other one as NameWee said is a Tokok. How to compare. It is like comparing heaven and hell.

Anonymous said...

Real and true Malays' culture and values are highly respected....even Mat Salleh, after knowing the real Malays, embraced them with open heart.

That's why when Tunku was attacked by ????, ordinary people from all races was shocked and disbelieved by such low and disgusting conducts and behaviours from a former PM.

No one is perfect, including Tunku. But he, and a few others, brought us INDEPENDENT - for freedom and self determination.

One cannot lead by constantly lying, manipulating, spinning, twisting, covering up and etc....ordinary people will eventually become victims.


Unknown said...

Almarhum Tunku pernah pecat Mahathir dari Umno tapi diitakdirkan Mahathir diterima balik ke dalam Umno oleh pemimpin selepas Tunku... dendam Mahathir tak habis habis terhadap Tunku... beza antara mereka ialah Tunku seorang negarawan, Mahathir pula dah jadi tak ketahuan...

Jack Cheow said...

Ucapan Syabas kpd Saudara Aspan yg dihormati,


Cerita Drama seperti Drama TV 3 siku ini, adalah sementara, (Pengkhianat No.1 Malaya) ini (Iskander Mamak kutty)sentiasa keluar kenyataan sesat dan dongen,utk (Pengkhianat No.1 Malaya)ini perkara yg biasa jer dan sentiasa konsisten dgn mengdongen.

Keadaan skrg adalah Sementara jer dan masa tidak lama dari skrg akan menjadi "Mimpin Neraka" masa (United Malays National Organisation) terjundang dari Kuasa Persekutuan maka (Pengkhianat No.1 Malaya) akan dihadapkan ke muka (KEADILAN) oleh demikian Si-Haram Jada ini terlalu berpolitik dgn sungguh dari hulur dan ke hilir hanya dgn tujuan berharap (UMNO Baru) boleh selamat dari "Gerombang Kebangkitan Rakyat" yg kian bersatu dan bertekad untuk tumbangkan Gerombolan UMNO yg eee ini.

Histories telah mengbukitkan, Ahli Pemimpim Politics walaupun Raja-raja yang Jahat dan Zalim akhirnya akan runtuh dan dikalahkan oleh Rakyat sendiri, ini bukan saya kata tapi ini Hakikat Duniawi.

Mari kita laungkan :
INIKALIlah , UBAH..

#KL112

Anonymous said...

blog ini waras daripada blog papagomo.com , jauh beza sungguh.

Anonymous said...

Apa salahnya kalau benar Dr Mahathir bagi IC kat immigrant yang beragama Islam?

Singapore pun ada polisi ajak kaum Cina dari China, Taiwan, Hong Kong untuk jadi rakyat Singapore.

Immigrant yang mula2 datang memang rasa kekok. Tapi anak2 mereka assimilate dengan mudah.

Yang kita sedih, dah duduk Malaysia bertahun2 tapi masih bangga dengan budaya nenek moyang. Cakap bahasa Kebangsaan pun rasa jijik dan terpaksa.