Selamat Tahun Baru 2013 kepada
semua dan kita menerima kedatangan tahun baru ini dengan bermacam ‘expectations’
dan semuanya untuk kebaikan mengikut kemahuan diri sendiri. Selebihnya kita
mengharapkan kita hidup dalam negara yang bersih dan aman sentosa. Kita juga
memohon dari yang Maha Pencipta agar kita digerakkanNya untuk menjadi seorang
yang sentiasa melaksanakan tuntutanNya sebagai insan yang secantik-cantik
kejadianNya.
2012 merupakan tahun yang penuh
dengan peristiwa dan kita ternampak dengan terang dan nyata yang rakyat negara
kita semuanya sedang dalam pencarian. Dalam politik pula keadaan boleh lah
dianggap sebagai keadaan yang sangat ‘menggila’ dan penuh dengan kekeliruan
seolah-olah tiada lagi peluang untuk kita mencari jalan yang sebenarnya.
Rakyat seolah-olah sedang mencari
jalan keluar untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik setelah terikat dan
tertambat oleh sistem politik dan pentadbiran yang bercelaru yang tidak dapat
di cari puncanya bagi melerai kekusutan politik itu sendiri. Tetapi sebagai
seorang yang beragama dan mempunyai Tuhan kita mesti jangan lupa yang
segala-gala kekusutan itu akan akhirnya terlerai dan ia bergantung kepada
kehendak Tuhan jua akhirnya.
Perang mulut dalam politik sudah
membawa kepada perang secara fizikal dan tidak kurang berlakunya kekecohan yang
menyebabkan beberapa kecederaan penyokong parti politik. Keadaaan seolah-olah
begitu gelap gelita untuk masa depan kita semua kerana semuanya sudah tidak
menjadi tenang lagi seperti yang kita semua kehendaki. Tetapi kita juga mesti
ingat apabila sudah sebegini kelam kabut keadaan siasah kita, mesti kita yakin
yang pencarian selama ini akan mendapat kejayaannya.
Ada perbilangan berkata, ‘the darker the
night, the nearer we are to the dawn’. Perbilangan ini memberikan kita
keyakinan yang lagi gelap malam itu, ia bermakna ia sudah hampir kepada fajar
yang akan menerangi kita semua. Sememangnya begitu, sebelum subuh mendatang
kita akan melalui keadaan yang sangat gelap tetapi kegelapan itu akan diikuti
dengan keadaan terang selepas itu.
Ke mana kita akan digerakkan
Tuhan kita tidak dapat menentukannya kerana itu hanya kuasaNya sahaja yang akan
melakukan penentuan itu. Tetapi jika kita kisarkan pemikiran kita dengan kuat
dan ‘intensive’ sedikit sebanyak secara zahiriahnya kita boleh menelah apa
yang akan berlaku mengikut kemampuan kita berfikir dan bertindak. Tuhan juga
akan memberikan kejayaan kepada pihak dan sesiapa yang berusaha.
Kita tidak dapat ‘menyelami air
di dalam tunggak’ kerana ramai di antara kita hanyalah manusia biasa yang
bukannya sampai ke makam yang tinggi untuk melihat apa yang akan berlaku di
masa hadapan. Kita tidak tahu apa yang tersirat sepenuhnya. Sebagai manusia
yang percayakan adanya Tuhan penentu segala-galanya apa yang perlu kita lakukan
selain dari kerja tubuh (usaha) yang mampu kita lakukan, kita wajar berdoa dan
bermunajat untuk menjolok rahmat Tuhan yang Maha Esa itu.
Samada doa kita dimakbul atau
tidak itu bukannya hak kita untuk menentukannya. Tuhan tidak menjanjikan semua
doa kita akan termakbul tetapi Tuhan ada berjanji yang hajat (yang baik) tetap
akan dikabulkanNya. Samada hajat kita itu suci atau sebaliknya hanya Tuhan
sahaja yang mengetahuiNya.
Semuanya adalah di atas
ketentuanNya. Kadang-kadang doa kita sampai, tetapi hajat kita belum
kesampaian. Datuk nenek kita berdoa sambil berusaha untuk mendapatkan sebuah
negara merdeka misalnya. Tetapi hajat kita untuk mendapatkan sebuah negara yang
ditadbir oleh mereka yang bersih dari segala noda belum kesampaian.
Bagi mereka yang bersih niat dan tujuannya
kita berkeyakinan yang kita sepatutnya berdoa dan bemunajat se ‘intensive’ yang
boleh untuk mencapai hajat kita semua. Hajat itu ialah untuk mendapatkan sebuah negara yang di tadbir oleh
pentadbir yang bersih dari noda seperti rasuah dan salah laku terhadap kita
rakyat yang ramai ini.
Usaha nampaknya jelas sekarang
ini dilakukan oleh rakyat untuk mencapai hajat itu. Mungkin yang belum kita
lakukan ialah untuk bermunajat sekuat yang mungkin serta bertawajjuh serta
bertawassul yang intensive belum kita laksanakan. Itu saya dan siapa pun tidak
tahu kerana bak kata saya awal-awal tadi kita tidak mampu untuk menyelam ‘air
di dalam tunggak’ tadi.
Sebagai sesama insan yang
bertanggungjawab terhadap penciptaNya, kita yang memperingati yang usaha itu
wajib dilakukan tanpa hentian semasa kesaorangan dan kesunyian.
Berdoalah agar semua
elemen-elemen yang dipenuhi noda itu tertewas dan memberikan kemenangan kepada
pihak yang berkemampuan untuk menghindarkan hasutan dan bisikan khatir yang jahat
yang sentiasa mengajak kita melakukan kejahatan dan kemungkaran.
Jika dilakukan doa dan munajat
yang ‘intensive’ tadi, insyaalah hajat kita akan akhirnya dikabulkanNya.
Inilah hajat kita dalam Tahun
Baru ini.
6 comments:
Pak Aspan,
Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.- Surah An-Nisaa 61
SELAMAT TAHUN BARU 2013 KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SDRA ASPAN
Ya kita berdoa! Doa diiringi dg firman Allah. "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mengubah nasib dirinya sendiri"..... Rakyat Malaysia mesti berubah,bergenjak dan mengubah lankskap politik Malaysia.Marilah kita semua menbenam kerajaan yg KORUP.Kita tidak mahu negara no SATU dalam Rasuah.Kita mahu negara Kebajikan dan keadilan kpd Rakyat!Amin...
KODIANG
Salam Sdr Aspan,
Kepada sahabatku,KODIANG, janganlah guna terjemahan itu.
Menurut,Ustaz Azhar Idrus,terjemahan itu terhasil oleh puak MUKTAZILAH. Puak ini menganggap manusia boleh mengubah takdir.Akan tetapi yang pasti ALLAH MENGANJURKAN KEPADA HAMBA NYA SUPAYA BERDOA DAN BERUSAHA.
MAAFKAN SAYA KALAU TERSILAP.
Our basic pride and dignity as human being is significantly affected by this toxic environment of gangster leadership, gross mismanagement, rampant corruption, social & mental illness and etc..
As Salam Tuan Aspan,
Penyebab utama kenapa bangsa lain seperti Cina atau India enggan terima Islam adalah kerana mereka dan tidak mahu jadi ‘Melayu’.
Umno menjadikan masyarakat keliru bila mengatakan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam. Kekeliruan yang Umno semaikan selama ini menjadi lebih buruk bila Umno merasakan bahawa hanya Umno sahaja yang Melayu.
Apakah seseorang itu terlucut keturunan bangsa Melayunya hanya kerana dia bukan beragama Islam?
Apakah semua Melayu ini dilahirkan ke dunia ini beragama Islam?
Umno mendabik dada bahawa hanyalah mereka pencinta dan penegak agama Islam. Mereka merasakan bahawa Melayu itu sinonim hanya kepada Umno sahaja.
Padahal Umno bukan parti orang Melayu pun! Apakah Melayu Umno tidak sedar bahawa Perdana Menteri Malaysia yg pertama dulu itu , Tengku Abdul Rahman adalah keturunan Siam?
Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad berketurunan Malayalee. Sementara Jeane isteri Abdullah adalah Serani tetapi boleh diterima menjadi ahli Umno walaupun bukan keturunan Melayu.
Umno pada realitinya bukan sebuah Parti Melayu Dan juga bukan sebuah Parti Islam.
Sebaliknya, Umno sanggup menafikan pendokong PAS itu bukan Melayu. Bahawa orang Kelantan tu bukan Melayu hanya kerana mereka menyokong PAS maka Umno perlu sisihkan dan tindas mereka? Apakah hanya Umno punya jati diri Melayu?
Umno beranggapan bahawa orang PAS semuanya adalah kuda tunggangan orang lain. Malah Umno beranggapan diri mereka lebih mulia dari orang Arab walaupun tak ngerti baca al-Quran.
Semua kita telah ditentukan nasib di luh Mahfuz. Ketentuan ALlah yang menggerakkan usaha kita mendekati nasib kita.
Post a Comment