18 January 2013

Isu Deepak: Najib defensif, cemarkan negara dan rakyat

Sebagai seorang Perdana Menteri bagi sebuah negara berdaulat seperti negara kita ini, dia mesti menjaga kebersihan imej serta kredibiliti peribadi dengan setinggi dan sebaik mungkin. Jika imej dan kredibiliti seorang Perdana Menteri boleh di cemar oleh seorang penjual karpet atau penjual barangan rumah maka PM itu wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap yang membuat tuduhan secara terbuka itu.

Deepak wajar di ambil tindakan undang-undang oleh Najib kerana tuduhan itu amat kotor dan amat hina terhadap seorang Perdana Menteri negara kita ini. Satu-satunya jalan untuk Najib membersihkan nama beliau ialah dengan menyaman dan mengambil tindakan undang-undang dengan secepat mungkin. Jika Najib tidak mengambil tindakan itu maka ia sekali gus membenarkan isu yang di tuduh terhadap beliau oleh penjual karpet itu.

Kita perlu ingat tuduhan Deepak terhadap Najib itu melibatkan isu kehilangan nyawa seorang wanita dan juga isu mengubah akuan bersumpah yang dilakukan oleh Balasubramaniam seperti yang di bocorkan oleh Deepak yang suatu ketika dahulu mempunyai hubungan abang-adik dengan isteri Perdana Menteri yang tersohor di dunia itu. Kematian seorang wanita Mongolia yang begitu trajik telah di lakukan oleh dua orang pegawai keselamatan Najib dan telah pun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi negara kita.

Kita perlu ingat penglibatan dua pegawai keselamatan negara yang hampir dengan Najib dan keluarga ini amat mudah dikaitkan oleh sesiapa dengan Najib dan isteri beliau dan tidak siapa tahu secara undang-undang nya tentang motif pembunuhan itu kerana isu itu tidak di sebut dalam perbicaraan kes ini.. Jika tuduhan itu tidak dinafikan dengan mengambil tindakan undang-undng terhadap Deepak maka ia menghampirkan Najib kepada kebenaran tuduhan Deepak terhadap Perdana Menteri itu.

Penafian Najib semalam tidak mempunyai kredibiliti. Jika Najib menganggap tuduhan Deepak itu tidak mempunyai kredibiliti tindakan Najib untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak itu adalah lebih tidak berkredibiliti lagi.. Najib mesti bertanya kepada diri beliau sendiri, apakah isu akuan bersumpah Balasubramaniuam ini merupakan isu yang kecil dan tidak payah di ambil tindakan terhadap penjual karpet ini?

Kalau lah Najib ini seorang penjual kobis dan bayam di pasar tani, mungkinlah beliau tidak perlu mengambil berat terhadap isu peribadi yang sangat buruk dan hina ini, tetapi beliau adalah seorang Perdana Menteri negara merdeka. Persepsi buruk terhadap Najib itu adalah persepsi buruk terhadap negara dan memalukan rakyat.

Ahli-ahli parti UMNO pimpinan Najib tidak boleh melarikan isu ini dengan membuat tuduhan yang isu ini adalah permainan politik kotor dalaman parti itu kerana ada pihak yang hendak menjatuhkan beliau dari pimpinan negara. Jika benar pun isu ini diperbesarkan oleh Deepak kerana permainan politik cah keting dalam UMNO itu, Najib jugalah yang salah kerana memberikan sebab untuk beberapa pihak dalam UMNO itu untuk melakukannya.

Isu permainan kumpulan Timbalan Perdana Menteri hendak mengambilalih kepimpinan itu merupakan isu yang biasa dalam UMNO. Hussein Onn dahulu bertindak mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dahulu pun adalah kerana permainan Timbalan beliau semasa itu. Kepada orang-orang lama ini adalah isu yang diketahui umum.

Apabila Hussein Onn mengambil tindakan untuk bersara maka pengganti beliau itu juga sudah merasakan yang beliau akan menghadapi masalah dengan Timbalan beliau. Justeru sebelum Timbalan beliau itu memberikan masalah, beliau telah dengan bijak membuatkan Timbalannya Musa Hitam merajuk dan meletakkan jawatan.

Selepas itu Dr Mahathir ini telah mengganti Timbalan beliau dari seorang dengan seorang yang lain. Selepas Musa digantikan dengan Ghaffar Baba. Selepas Ghaffar Baba Timbalan beliau ialah Anwar Ibrahim yang digalakkan untuk mencabar Ghaffar, juga kerana kemahuan Dr Mahathir.

Selepas itu Anwar sendiri telah bercanggah dengan Dr Mahathir yang menyebabkan Anwar disingkirkan dengan menggunakan isu-isu skandal seks luar tabii dan banyak lagi yang di mainkan oleh Dr Mahathir. Hasilnya Abdullah Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam pada beliau (Mahathir) sibuk mengganti ramai Timbalannya beliau (Mahathir) telah berjaya menjadi Perdana Menteri lebih dari dua puluh tahun.

Rakyat mula ada kecenderungan untuk menolak Dr Mahathir maka Mahathir memberikan jawatan itu kepada Abdullah Badawi yang beliau sangkakan akan tunduk dan berterima kasih kepada beliau dengan memenuhi segala kehendak beliau. Beliau kemudiannya sedar yang Abdullah yang beliau anggap sebagai seorang yang lemah dan lembut itu adalah seorang yang sangat degil dan keras kepala. Maka Mahathir mengambil tindakan untuk menaikkan Timbalan kepada Abdullah pula dengan menggunakan Muhyiddin untuk menolak Abdullah dan memberikan Timbalan Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin mendapat upah dengan menjawat jawatan Timbalan kepada Najib yang bakal memberikan masalah kepada beliau (Najib). Isu yang melibatkan masalah yang di lakukan oleh Timbalan ini memang perkara biasa dan Najib wajar menerimanya sebagai satu hakikat yang tidak boleh di nafikan oleh sesiapa pun.

Oleh itu Najib tidak boleh menyalahkan Muhyiddin atau Dr Mahathir malakukan cah keting ini kerana bagi Dr Mahathir beliau memang berpengalaman melakukan cah keting sesama sendiri ini sejak dahulu lagi.

Najib patut fokus untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak untuk membersihkan nama beliau. Jika tidak diambil tindakan sebegitu maka akan berjayalah Mahathir untuk mempraktikkan kemahiran beliau dalam menaik dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan negara itu. Najib menggantikan Abdullah dahulu pun dengan cara yang sama seperti yang akan dilakukan keatas beliau selepas pilihanraya nanti.

Hanya kali ini Dr Mahathir akan gagal untuk melakukannya kerana jika UMNO itu kalah dalam pilihanraya kali ini, beliau yang ingin menggunakan Muhyiddin untuk menyungkurkan Najib itu akan tidak berjaya. Sebab apa?...kerana UMNO akan kalah dan tidak menjadi parti yang berkuasa lagi.

Apabila sampai ke episod ini maka akan tamatlah drama kotor bersiri UMNO yang telah bermula sejak tiga dekad yang lalu. Selepas itu akan bermula drama bersiri yang akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru dari Pakatan Rakyat dan di harap drama bersiri selepas ini merupakan drama yang lebih baik dan sedap ditonton oleh hampir 30 juta rakyat negara ini.

16 comments:

Anonymous said...

Najib --- Najib (geleng kepala)

Saya hairanlah PM kita ni, bila di soal ini saja jawapannya :

1. No komen
2. Belum lagi
3. Bukan!!!
4. Tiada isu
5. Tiada kredibiliti
6 ..... Haramjadahhh!!!!

Puan Sharifah Z
1. Listen
2. Listen
3. Listen
4. Listen

Anak yatim
1. Mana 1 jutanya???
2. Mengikut satelit, cuma 10 ribu
3. Boleh, tapi dengan syarat

Professor Kangkung
1. Tak pernah di jajah
2. BN boleh menang, tapi tipis

Pak Mudin
1. Kita dah bagi stadium dulu, dia orang degil
2. Kita akan siasat sampai lubang buaya

Kak Mah
1. Kesian budah budak, bagilah roti yang tak pakai lagi
2. Saya nak jalan kat New York lihat budak cemerlang di sana (dekat Afrika tak maulah)

Pak Muyidin
1. Kita jalan jalan kat US musim winter,macam mana sekolah sana buat kerja
2. (diam sejenak) - mengapa budak malaysia kalah dalam pertandingan matematik sains sedunia

Penyokong totok UMNO
1. Terimakasih kerajaan kerana bagi Rm500 (TV tanya berapa orang anak? Jawap : he he 10 orang)
2. Tak patutlah dia orang buat demonstrasi, rugi peniaga. (Sebenarnya : seorang peniaga jual sebanyak 500 kebab ada yang untung Rm1000 sehari masa HRK112)
3. I Love PM (jom ambil sekampit beras)

TV3/RTM
1. Cuma 20 ribu orang sahaja
2. #$%^&&&
3. Himpunan menolak Sam-See-Darr
4. Menurut kata pembangkang .....@$#%%%##



Anonymous said...

Warga Malaysia yang dikasihi,

Komen saya ini adalah atas dasar ingin nyatakan kebenaran. Ini bukan soal UMNO BN atau PR atau apa parti pun tetapi ini adalah soal prinsip. soal maruah diri apa lagi kalau kita mengaku sebagai seorang Islam.

Saya adalah ahli UMNO di utara Malaysia namun komen ini bukan atas kapasiti saya sebagai ahli UMNO tetapi kerana semata mata kerana prinsip.

Dalam kes tuduhan Deepak terhadap Najib, jelas ini adalah tuduhan serius. Saya setuju dengan pandangan sdr Aspan. Tuduhan yang mengatakan Najib. Rosmah dan adik adik beliau terbabit dengan SD 2 Bala serta kaitan dengan kematian Altantuya bukanlah satu tuduhan biasa. Namun sangatlah malang kerana tuduhan yang sangat berat ini dipandang sepi dan ringan di mata Najib, Rosmah dan adik adik beliau walau jelas dakwaan ini umpama meletak maruah PM Malaysia ini di bawah tapak kaki Deepak , seorang penjual karpet.

Penafian mulut Najib baru baru hanyalah sekadar cakap kosong dan tiada integriti langsung. Keengganan Najib, Rosmah mahu pun adik beliau Nazir dan Johari menafikan tuduhan Deepak dengan disusuli tindakan undang undang sebenarnya mengundang banyak pertanyaan. Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang dikatakan terpelajar dan dari golonagan bangsawan ini cuma mampu berdiam dan menafi kosong tanpa apa apa tindakan undang undang?

Cukup jelas, terang lagi bersuluh bahawa PM Malaysia ini adalah sebacul baculnya PM dan sedayus dayusnya PM yang pernah dilahirkan oleh Malaysia malah mungkin satu satunya PM yang paling bacul dan dayus dalam sejarah pemerintahan global. Kalau dalam soal sepenting ini yang membabitkan maruah diri, Najib gagal pertahankan diri atau setidaknya memelihara maruah beliau secara sah melalui ndang undang sedia ada...apa yang saya mahu pun rakyat Malaysia boleh harapkan kepada seorang manusia atau pemimpin yang haprak begini? Manusia begini kah yang kita mahu bergantung harap untuk menjaga maruah kaum Melayu dan bangsa Malaysia amnya?.

Sedar atau tidak bahawa 1 dunia memandang sinis dengan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib dan UMNO BN. Najib tidak saja sedang membiarkan maruah dirinya diinjak selumat umatnya oleh seorang pedagang karpet malah keengganan beliau bersemuka dengan Deepak di mahkamah samada sedar atau tidak turut juga menjejaskan maruah parti UMNO serta rakyat negara Malaysia tercinta ini.

Bukan kah Najib, Nazim mahu pun Johari cukup berpendidikan malah tahu apa yang harus atau rasional seseorang itu lakukan bila dalam situasi begini. Namun hakikat yang sedang kita lihat...keturunan Tun Razak 3 beradik ini betul betul telah dan sedang dimandulkan oleh seorang pedagang karpet.

Pelik dan anih bukan? Najib sekarang dipuncak kuasa. Undang undang boleh ditegakkan bila bla masa saja namun keturunan Razak ini sepakat sanggup memandulkan diri semata mata kerana Deepak. Atau Najib sedang melakunkan filem hindustan terbaru?.

Jadi tidak salah jika saya mahu pun jutaan rakyat Malaysia beranggapan bahawa Najib, Rosmah, Nazim dan Johari sememangnya terlibat dalam kes SD 2 Bala yang berkait dengan pembunuhan warga Monggolia bernama Altantuya. Logika kepada anggapan ini ialah kerana kegagalan Najib untuk pertahankan maruah diri.

Apakah Najib bimbang segalanya akan terbongkar jika Deepak dibawa ke mahkamah?. Marilah kita sama sama fikirkan. Apakah patut Najib ini dikekalkan dan layak untuk menjadi PM Malaysia?. Apakah pemimpin2 UMNO BN sekarang yang turut sepi dan membisu dalam isu ini juga layak untuk diberi amanah terus memimpin UMNO BN dan Malaysia?.

Kalau maruah diri sendiri pun gagal dipertahankan..apakah yang kita boleh harapkan dari manusia dan pemimpin dari jenis bacul dan dayus begini? Mampukah manusia begini mempertahankan kaum Melayu dan bangsa Malaysia amnya ???.

Untuk diri sendiri..rasanya cukuplah untuk saya tidak terus mempertahankan PM Malaysia ini mahu pun parti bernama UMNO BN. Meneruskan sokongan kepada manusia dan parti begini cuma akan membawa rebah kepada Malaysia.



Asrul Sani said...

Nak suruh Najib saman Deepak...Gilo kau jang....nak mampuihhh.....Abih tododah kek mahkamah nanti mano nak lotak muko. Ikut kata Bala tu Si Tuya ni dulu bokeh Najib punyo....abih pakai boei kek Razak sughuh jago baik-baik bulih pakai dopan bolakand katonyo....Bohong Si Bala bohong la den....

Elok juo bawak ke mahkamah.....kalau ghaso bona la....haghapkan blogger pecacai jenih papagomo, pisau.net yang membela maruah Najib takdo makno.....

Tapi bueknyo sumo kobonaran tebughai kek Mahkamah mampuih kau Najib....balik ghumah kono tampaa dek Rosmah mau sominggu lokat cap limo jaghi kek muko ekau ......Lopeh tu jadi penghuni totap Bamboo River Resort la pulak!!! kak kah kah......

Anonymous said...

Salam Saudara Aspan!

Saya melihat mutakhir ini negara kita bermasalah dari segi moral yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Perbuatan ini adalah akibat langsung dari kita sendiri rakyat Malaysia terutamanya orang melayu yang memberi kuasa secara mnbuta tuli pada umno. Walhal majoritinya orang melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia telahpun menolak umno.

Kita bertanggungjawab sebenarnya membiarkan manusia seperti Najib ini terus berbohong dan terus berbohong. Ini akibatnya dari sumpah beliau yang tak kenal Altantuya, sebelum keadaan menjadi bertambah teruk, wajar kita umat islam memaksa beliau turun tahta sekarang sebab malapetaka yang lebih besar akan berlaku kepada negara yang kita cintai ini dari terus ditimpa musibah, akibat membenar penjenayah menjadi pemimpin. Kita melayu, cina, india dan bangsa2 lain amat patriotik terhadap Malaysia dan jangan membiar manusia laki bini serta keluarganya yang bertopeng syaitan terus merosakkan dan memusnahkan negara ini.

Anonymous said...

SALAM SDR ASPAN;

Saya cadang barua2 umno yg kerap membuat lapuran polis apabila sesuatu isu melibatkan pihak pembangkang kali ini mengambil inisiatif membuat lapuran terhadap tuduhan yg di buat keatas ketua mereka...
Mereka kan pandai2, fikirlah atas tuduhan apa yg perlu ddilapurkan.
Jika dilihat selama ini (ygmelibatkan pembangkang) orang kampung kata tak ikut tangga pihak2 berkuasa(ketua jabatan)akan mengambil tindakan beserta dengan kenyataan media lagi.

Apamacam? Barua2 umno, ADA BERANI?


Anonymous said...

Mengapa Najib tidak ambil tindakan keatas Deepak cuma melebelkan penjual karpet itu sebagai individu yang tidak boleh dipercayai ?

Begitu lunak dia menangkis dakwaan yang ditimbulkan oleh Deepak.Ini menunjukkan bahawa Deepak mewakili orang yang sama taraf dengan Najib yang banyak melakukan kesalahan jenayah tapi mempunyai imuniti yang dianugerahkan oleh kerajaan BN.

Sebenarnya kes yang dibongkar oleh Deepak tidak akan menjatuhkan Najib, sama seperti Tun Mahathir tidak akan dikenakan apa-apa tindakan diatas perbuatannya mengeluarkan ic untuk menang undi di Sabah.

Sebutlah apa jua kesalahan jenayah yang bersangkut dengan Najib dari pagi sampai ke pagi.... tiada siapa yang akan tampil untuk menegakkan kedaulatan undang-undang negara kerana apa yang mereka lakukan itu adalah undang-undang yang dipatuhi.

Rujuk kembali kenyataan Tun Mahathir memberi ic percuma pada pendatang haram.... "Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,"

Memberi ic pada pendatang secara sembunyi mengikut undang-undang apa, ada sesiapa kesah ?

HIDUP MELAYU.... HARAMJADAH!



Anonymous said...

Salam Pak;

PRU13 umno kalah. Akan banyaklah katak-katak dalam perigi buta melompat untuk melepaskan diri masing-masing..ong..ong..oik

Esok 19hb Januari (Sabtu) Mat Sabu, Dato Ariff Sabri (SakmongkolAK47), Dr Dzulkefly Ahmad dan Farid , Farid Musa akan berceramah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Datanglah beramai-ramai..Bongkar setiap scandal pemimpin umno yang merompak duit rakyat.

Mohd Zuki

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Aspan,

Umno has corrupt the electoral process

Wan Shamsudin said...

Najib.....Allah SWT tak pernah TIDUR..Tunggulah hukumanNYA.

Orang Sabah said...

BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH ! Jika Najib buat muka sardin saja, jelaslah Najib BERSALAH! Penafian saja tidak mencukupi. Memang pemimpin UMNO tak akan mengaku! Mereka semua telah belajar dari Madeiyy...

Sekarang Madeiyy dah sasau sangat! Dia beri mykad kpd pendatang asing utk matalamat dirinya dan UMNO.mamak ni telah kaitkan sijl warganegara dg Tunku Abd.Rahman.Tunku terpaksa beri warganegara utk mendapatkan kemerdekaan.itulah syarat yg dikenakan oleh Penjajah inggeris.Kes mamak Madeiyy tidak ada apa-apa pressure.Megat Junid buat keuntungan dg menjual mykad kpd pendatang asing!

APA NAK JADI KPD NEGARA DAN GENERASI AKAN DATANG? UMNO YG MELINGKUPNYA.....


Orang Sabah

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

DALAM TAHUN 2013 INI SEBAGAI RAKYAT DALAM NEGARA TERCINTA MALAYSIA INI, PERSOALANNYA ADALAH: SUDAHKAH KITA MELIHAT DAN ALAMI 'the worst of umno?, the worst of BN? DAN the worst of Dr M??'

Menurut telahan Allahyarham Cikgu Hj Abdul Kahar Ahmad dari Muar Johor (Mantan ADUN Parit Bakar, Muar dari Parti Melayu Semangat 46) sekitar tahun 2000 sehingga kematian beliau pada awal tahun 2007, banyak yang Allahyarham sebut sudah berlaku. Tetapi perlakuan2 jijik yang terhidang ini baru setengah dari pandangan beliau!

THE WORST IS YET TO COME!! ....Insya'Allah!!

Sekian,

Gheng lama

P/S - siapakah yang akan membetulkan segala kebejatan ini? Seorang raja/sultan? seorang ulama/mufti? seorang majistret/hakim? seseorang dari pejabat peguam negara? seorang prebet/ketua polis? seorang pegawai biasa/Pengarah SPRM? seorang MP/Menteri/TPM? seorang prebet/Ketua turus tentera? seorang peon/Ketua setiausaha negara? seorang cikgu/pensyarah/professor?seorang penjual burger/tokeh gedung?

Secara berseorangan ATAU secara berkumpulan adakah mereka2 ini semuanya langsung tak boleh dan tak berani membuat apa2?

Kita pelik? Sungguh pelik nampaknya!! Namun bagi Allah swt, inilah ketentuanNYA!!!

Anonymous said...

Salam Aspan..

Setuju dengan pandangan Aspan. Najib perlu saman Deepak. Soal maruah, tak ada compromise.Pemimpin negara perlu bersih dan dari segi persepsi perlu nampak bersih.

Kalau Aspan mintak Najib buat begitu, Aspan pun patut bersetuju kalau Anwar pun berbuat gitu. Setujulah kalau Anwar saman Eskay, saman EZam dan saman Ummi.Kes Anwar oun berat juga. Ada bukti, ada saksi secara lansung, ada DNA, ada video,ada SD, ada sumpah mubahalah dan sebagainya.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Melayu bermain dengan api apabila memilih UMNO/BN

qaseh bonda said...

Memang pun kita tak sabar menonton drama episod Pakatan Rakyat.

Drama bersiri, Peranan media memulihkan impian rakyat yang lama terkubur.

Peranan Yang Arif Lagi Bijaksana mengembalikan maruah dan kepercayaan rakyat sebelum Yang Arif diadili di hari pembalasan.

Peranan Anngota kerajaan memulihkan matlamat utama mengukuhkan sendi negara.

Peranan ahli politik yang asalnya adalah menjadi hamba rakyat, bekerja sebagai khalifah Tuhan.


Mensejahterakan jasad dan minda rakyat jelata sesuai dengan tema lagu Malaysia Baru.

Inilah buah tangan yang kita nantikan dalam episod demi episod dalam drama terbitan pakatan rakyat.

Baru boleh diaplikasikan maksud janji ditepati.

Ini tidak, entah dari mana umno berjanji sedar2 kita dipaksa mengucapkan terima kasih kerana janji sudah ditepati.

Malunya jadi bapa kalau tiba2 asyik keluar tv dan radio minta anak2 ucap terima kasih, terima kasih. terima kasih. Semua sudah disediakan kenapa tak terima kasih.

Kerana terima kasihlah bapa wajib dibersarakan sebelum nyanyuk membiarkan negara tunggang langgang.

Anonymous said...

Kalau Najib bawa kemahkamah samalah gali kubur untuk tanamkan diri sendiri.Najib buat tak ambil penting dengan harapan cerita itu hilang sendirinya ,tapi sekarang dah terlambat kerana kes itulah akan tumbangkan nya.

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Aspan,

Kenapa kerajaan bina UITM menganiaya pelajar?