05 January 2013

Jika kita tunjuk serius untuk berubah, ahli-ahli UMNO sendiri akan bersama

Dalam pilihanraya kali ini rakyat perlu serius dalam membuat penentuan politik kerana kali ini akan membabitkan masa depan negara dan rakyatnya yang amat dahagakan keadaan politik yang berbeza dari yang sedang kita hadapi sekarang. Sekarang ini terlalu banyak isu yang membuatkan rakyat naik mual seolah-olah negara ini adalah negara dalam mana semua rakyatnya bergaduh dan bersengketa kerana politik dan kuasa. Krisis keyakinan yang di hadapi oleh kepimpinan UMNO dan BN sudah sampai ketahap optima dan adalah malang jika rakyat tidak melakukan pembetulan terhadap hala-tuju kita yang sudah terlalu menyimpang jauh itu.

Semasa negara kita berada di dalam keadaan politik yang terbaik, ramai di antara rakyat yang sekarang ini masih belum lahir atau masih dalam zaman kanak-kanak atau remaja. Mereka tidak akan mudah untuk memahami apa kah yang di maksudkan ‘penentuan politik’ yang baik itu. Bagi mereka yang masih dalam umur bawah dari empat puluh tahun mereka menganggap politik itu adalah politik seperti sekarang. Politik hanya lah membuat pilihan siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Siapa yang menang itu, pihak itulah yang benar dan siapa yang kalah itu adalah pihak yang tidak benar. Penulisan dan pertuturan tentang sejarah politik yang benar dan betul hanyalah cerita dan apa yang di perkatakan oleh mereka yang menang sahaja. Penilaian terhadap politik itu terletak kepada asas yang salah. Pertamanya politik yang kita mengaku sebagai politik demokrasi di negara ini sebenarnya terlalu jauh dari kebenaran demokrasi itu sendiri.

Pendirian politik negara kini memerlukan rakyat berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat pilihan. Jika rakyat mahukan kemajuan yang belum dicapai walaupun kita telah dijanjikan kemajuan itu sejak tiga dekad yang lalu. Pendeknya apa yang dijanjikan oleh UMNO dan BN sudah nyata tidak di capai dan terlaksana dengan baik. Oleh yang demikian membuat pilihan kepada pihak ‘alternative’ merupakan usaha yang paling baik untuk mencari apa yang kita tuntut itu.

Jika ada pihak yang mengatakan melakukan perubahan itu tidak semestinya membawa kebaikan maka kita boleh menjawabnya dengan mudah dan tidak payah berusaha keras untuk jawapannya. Yang pasti pimpinan yang ada pada hari ini terlalu tidak meyakinkan dengan apa yang kita lihat dan dengar sedang berlaku. Bukan tidak ada teguran terhadap kepimpinan tetapi nampaknya keadaan tidak mungkin berubah, malahan bertambah buruk dari masa ke semasa.

Justeru memilih pengganti yang tidak berdaya untuk berubah ini bukan lagi satu ‘option’ tetapi sudah menjadi kemestian.  Samada ia lebih baik atau sebaliknya belum kita dapat tentukan walaupun ciri-ciri kebaikan yang berlaku di dalam negeri-negeri PR itu nampak dengan agak jelas. Saya mesti meyakinkan saudara yang saya sebut ini adalah dari sudut mentadbir kerajaan bukannya dari sudut permainan politik di dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu.

Daripada tidak berusaha dan mencuba perubahan untuk kebaikan kita semua, elok kita bertukar sikap dengan memandang perubahan itu secara positif. Lagi pun tindakan rakyat untuk melakukan perubahan itu bukannya tidak bersebab. UMNO dan BN sendiri memberikan sebab atau alasan rakyat untuk berusaha melakukan perubahan itu. Agak penat untuk mengulangi sebab-sebab perubahan itu perlu dilakukan. Rakyat sudah tidak mahu lagi sebuah kerajaan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang sebegini besar terus-terusan.

Segala usaha untuk berubah ini bukan untuk kebaikan sesiapa tetapi untuk kebaikan rakyat juga. Jika perubahan itu tidak mencapai matlamat dan kehendak rakyat selepas lima tahun rakyat boleh melakukan perubahan lagi sampai mendapat apa yang di harapkan tercapai. Dari sudut ini, maka perubahan ini akan memberikan bukti bahawa rakyat lah yang berkuasa dan bukannya mereka yang di berikan mandat itu. Perubahan ini akan memberikan isyarat yang jelas bahawa rakyat akan menumbangkan mana-mana parti yang memerintah jika tidak mampu melakukan perubahan itu.

Budaya ini akan membuatkan sesiapa atau mana-mana parti yang memerintah terpaksa bekerja keras untuk memenuhi tuntutan rakyat yang memberi mandat itu. Sebab BN selama ini terus menerus melakukan jenayah rasuah ini ialah kerana mereka (BN) menganggap bagaimana rasuah pun mereka rakyat akan tetap memberikan undi dan mandat. Itulah sebabnya mereka tidak segan dan silu melakukannya terus menerus tanpa had kejahatannya.

Kita telah menempuh badai yang tidak terperi peritnya kerana rasuah ini. Kerana rasuah sistem perundangan kita telah tercemar tidak terperi. Peguam Negara menjadi persoalan, Ketua Polis Negara menjadi bahan politik, Badan Kehakiman sehingga hari ini tidak kebah dari imej buruk dan menjadi bahan ejekan masyarakat antarabangsa. Masyarakat antarabangsa dan kita sendiri bertanya bagaimana seorang yang tidak ada apa-apa menjadi di antara manusia yang terkaya di dunia ini. Semuanya ini adalah akibah permainan rasuah dan salahguna kuasa dan pengaruh dalam sistem kerajaan kita.

Rakyat bosan dengan sikap pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai masalah masing-masing yang berkaitan dengan rasuah dan mengambil kesempatan di atas kedudukan mereka dalam kerajaan. Setiap minggu ada sahaja isu terhadap mereka sampaikan mereka tidak ada masa untuk memberikan khidmat kerana terlalu sibuk mempertahankan diri dari tuduhan-tuduhan yang tidak boleh di anggap palsu dan fitnah.  

Kita wajar memberhentikan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pimpinan kita hari ini. Masa untuk melakukannya tidak lama lagi….selewat-lewatnya pada penghujung bulan April nanti. Pimpinan kita sudah tidak kenal lagi apa yang baik dan yang buruk. Jiwa dan roh kepimpinan sudah mati.

Rakyat tidak perlu takut melakukannya kerana ramai ahli-ahli UMNO sendiri akan bersama-sama mengubah haluan di dalam peti-peti undi itu nanti.Mereka (ahli-ahli UMNO) pun bermasalah besar dengan parti mereka sendiri.

13 comments:

Anonymous said...

Apa ni pak aspan, Undian DAP CEC bukan sampai berjuta2 hingga boleh silap kira. Yang tukang kira tu pergi sekolah ke? kalau macam ni lah sama je dengan UMNO.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Mahathir Mohamad tidak habis-habis hendak menunjukkan dirinya cerdik sementara orang lain semuanya bodoh, boleh ditipu seperti mana dia mempermainkan rakyat dan juga pencabar-pencabar politiknya selama ini.

Selama ini Mahathir telah beberapa kali memperdayakan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ahli palirmen itu tertidur di hujung kakinya. Dia juga berjaya 'mengehelkan' Musa Hitam, memperolak-olokkan Ghafar Baba (Allahyarham) dan paling zalim memenjarakan Anwar Ibrahim. Semua dilakukan kerana demi survive politiknya. Mahathir seorang kawan yang makan kawan atau bapak yang makan anak.

Mahathir juga melakukan apa saja yang beliau hendak lakukan kepada Abdullah Badawi sehingga akhirnya Abdullah serabut tidak senang untuk mentadbir parti dan kerajaan akhirnya berundur dengan terhormat.

Mahathir tidak pernah berhenti dari terus merasakan beliau hebat dan orang lain semuanya bodoh. Apakah ini rahsia dan resipi bagi ahli politik seperti beliau yang tidak pernah puas dengan kuasa?

Begitulah madah dan sabda Mahathir dalam memastikan kerajaan usang Umno yang beliau tinggalkan.

Mahathir yang menanam bunga dan bunganya sudah mula berbunga pasti tidak mahu ada kumbang yang berterbangan!

Pak Aspan, kesungguhan Mahathir sebenarnya bukan kerana hendak membantu Melayu atau mewujudkan keadaan dan suasana harmonis di negara ini. Sebaliknya semua dilakukan ada kepentingannya.

Kalau Mahathir ikhlas untuk memartabatkan Melayu dan mewujudkan masyarakat harmonis, apakah selama 22 tahun sebagai perdana menteri, selama lapan tahun sebagai timbalan perdana menteri dan selama lebih 30 tahun sebagai ahli parlimen beliau tidak berusaha ke arah itu?

Kalau beliau sudah berusaha tetapi tidak berjaya bermakna Mahathir gagal sebagai seorang pembina nusa dan bangsa. Mahathir seharusnya sedar dan insaf mengenai perkara ini.

Mahathir kini terdesak untuk mempertahankan dirinya dan juga memastikan kehidupan, kekayaan anak-anaknya terjamin dan selamat.

Mahathir tidak pernah mengenal soal ukhwah, soal perpaduan soal perdamaian dan kerjasama sebangsa. Apa yang dia insaf dan sedar ialah perbalahan, adu domba, memperlekehkan orang lain.

Mahathir seorang manusia yang hidup atas perpecahan orang Melayu yang beliau tidak ikhtiraf sebagai kaumnya. Malangnya masih ada 'bagero-bagero' Melayu yang menganggap Mahathir sebagai wira dan pembela mereka, yang tersihir dengan senyuman manis Mahathir yang di dalamnya mempunyai racun berbisa.

Anonymous said...

UBAH DAP STYLE!

Kalau kalah boleh ubah keputusan

Time for Bersih 4.0?

Tok Kepak Lana Bulu said...

Rakyat kawasan Bandar boleh dikatakan sudah sedar dan pasti mahukan perubahan!Mereka semuanya orang yg bekerja dan terdedah kpd IT.

Soalnya Rakyat kawasan Luar Bandar, mereka yg hidup dalam kemiskinan.Mereka lebih mementingkan bagaimana "aku nak hidup hari dan esok"?.

Tambahan pula kos hidup hari ini melambung.Harga barang semuanya naik.Nilai wang ringgit jatuh di mana keupayaan membeli semakin sempit.Contohnya rm 100 tiga dekad yg lalu boleh membeli barangan yg banyak.Tapi hari ini? rm 100 tidak ada nilai.

Pengundi Luar Bandar mesti didekati oleh PR.Ini telah ditunjukkan dg jelas oleh Kebangkitan Rakyat di seluruh negara dari perlis ke Sebatik ! Bagaimana dg pengundi atas pagar?Isu ini boleh juga diatasi tetapi pengundi impot oleh Pekerja Asing? Pekerja Asing memang buta dg keadaan politik Malaysia!Madeyy ialah seorang penderhaka kpd Rakyat Malaysia.

Madeyy beri mykad dengan begitu senang kerana dia kemaruk Kuasa.Ketika ini Madeyy berusaha keras supaya UBN menang.Jika BN kalah, dia sedar dia akan meroyan dan gila sasau.Dia takut nasib yg akan menimpa diri dan keluarganya.

SPR akan memainkan peranan yg paling crucial utk menentukan kemenangan UBN.Pelbagai penyelewangan dalam peti undi dg rekaan oleh SPR.

Dalam waktu terluang ni UBN akan Sailang apa saja utk menentukkan kemenangan BN.Media Perdana akan menggambarkan BN telah mengadakan pelbagai political developments utk Rakyat!

BARISAN KITA SUDAH SEDIA ...MENUJU MEDAN PRU 13.AKAN KITA HANCURKAN KORUPSI!


Tok Kepak Lana Bulu

No mistakes, DAP warned said...

Tuan Aspan,

BOTH DAP national chairman Karpal Singh and state chairman Chow Kon Yeow have warned the party not to make mistakes that could cost the loss of support among voters in coming general elections.

Muhammad Ismi said...

Tuan Aspan,

Rakyat boleh melihat dengan sendiri keadaan sebenar mereka di luar bandar yang masih dilihat mundur walaupun Umno / Barisan Nasional (BN) telah memerintah lebih 50 tahun, tetapi masih gagal mengurangkan kekangan yang sepatutnya boleh dikurangkan atau dibaiki sebaiknya.

UMNO sememangnya telah ditolak oleh kebanyakan rakyat yang sedar dan bermaklumat. Tidakkah kita tertanya, mengapa golongan cerdik pandai, dan mereka yang duduk di kawasan Bandar, dan kawasan-kawasan yang membangun, kebanyakannya memilih Pakatan Rakyat?

Pengundi di kawasan Bandar dan kawasan-kawasan yang pesat membangun mempunyai alternative yang luas terhadap maklumat. Mereka tidak mudah diperbodohkan oleh media berat sebelah oleh pembangkang mahupun kerajaan. Dalam era teknologi maklumat yang pesat membangun, rakyat terdedah kepada maklumat yang benar dan banyak.

Sebut mengenai kuasa Sultan, Tulisan Jawi, ekuiti ekonomi orang Melayu, penjagaan terhadap Tanah rezab orang Melayu, dan yang terbaru isu perlaksanaan undang-undang syariat Islam, tiada dalang utama selain UMNO dan Barisan Nasional. Maka jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional ibarat pagar, pagar makan padi.

Persoalannya Tuan Aspan, mengapa pendapatan Negara meningkat, hutang Negara juga meningkat? Paling pelik, rakyat "dipaksa" untuk membantu mengurangkan hutang dengan perintah "jimat" dan kenaikan harga barang. Pada masa yang sama, Menteri-menteri dan isteri-isteri juga keluarga, dilaporkan terus berada dalam keadaan bermewah-mewah. Apakah pemimpin UMNO-BN menyangka bangkai gajah dapat ditutup dengan sehelai daun?

UMNO kini lebih kerap menggunakan media untuk mengaburi mata rakyat, namun mereka lupa bahawa rakyat mempunyai "telinga" dan "mata" yang tersendiri untuk melihat dan mendengar apakah sebenarnya yang telah, sedang dan apa pula yang sepatutnya terjadi.

Urustadbir kerajaan di bawah kepimpinan Melayu UMNO-BN sangat lemah kerana mereka tidak pernah belajar dari kesilapan. Bukankah cendekiawan pernah mengingatkan, kita tidak boleh mengharapkan hasil yang berbeza untuk usaha yang sama? Begitulah UMNO-BN, masih dengan taktik lapuk dan kunonya, kononnya cuba membutakan dan memekakkan rakyat.

Anonymous said...

SALAM sdr ASPAN,

AWAS mengundi umno/bn akan mengadaikan negara yang telah pun hampir 2 tergadai.
Jadi untuk mengurangkan beban hutang negara, kami rakyat Malaysia dengan ini berikrar untuk memilih PR sebagai ganti umno/bn untuk memerintah Malaysia. Dengan rekod pentadbiran negeri dan pengurusan hutang, pembangunan, pentadbiran negeri2 yg diperintah oleh PR sekarang memang wajar PR diberi mandat dan peluang untuk mentadbir Malaysia pula sempena PRU 13 nanti.
Jika sepenggal PR dapat menunjukkan prestasi pengurusan yang cemerlang, bayangkan Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang. Banyak menafaat yg akan diperolehi rakyat, kecuali penyokong tegar umno sudah pasti tidak ada yang betul yg dilakukan oleh PR walaupun hutang negara telah melemaskan rakyat Malaysia.Hanya gambar pokok pisang saja yang tak tertera diwang kertas Malaysia.......

Berilah undi anda kpd PR untuk melihat perubahan kepada kebaikan.....

1Crony said...

As Salam Tuan Aspan.

Dalam PR, jikalau berjaya menggengam Putrajaya sekalipun yang akan menjadi ular kapak gurun adalah DAP. Mereka ini jika sekali dilihat memang memperjuangkan demokrasi tetapi jikalau demokrasi itu menguntungkan mereka.

Kebanyakkan daripada para pemimpin mereka ini sebenarnya dilihat lebih rasis dari MCA dan kadangkala kesombongan mereka itu seolah-olah mereka (Cina) melebihi dari majoriti kaum Melayu di negara ini.

Saya yang selalu menyokong tulisan dan idea tuan ini ingin menyarankan supaya Tuan jangan terlalu menyanjung tinggi para pemimpin DAP ini kerana para pemimpin mereka tidak lebihnya kebaikkan daripada para pemimpin UMNO jika berkuasa (kerana mereka tidak ditarbiah secara Islam seperti PAS).

Saya sentiasa menyokong Tuan walaupun Tunku Aziz telah membuat onar dan memalukan Melayu di dalam DAP, tetapi Tuan cuba menunjukkan jalan terbaik untuk berjuang tetapi jangan sesekali Tuan memberi 100% peluru kepada sahabat yang baru kerana mungkin suatu masa nanti mereka akan menembak Tuan dengan peluru tersebut kembali apabila bermusuhan kelak. Semoga tuan yang mempunyai pengalaman 40 tahun berpolitik akan bersedia dengan pelbagai perisai untuk menangkis sebarang peluru dari dalam dan luar parti sebelum berjaya memeggang tampuk pemerintahan negara.

Ingatlah bahawa UMNO adalah parti Munafik Melayu, manakala DAP adalah parti Munafik Cina. Maaflah kerana saya yang kurang cerdik ini ingin memberi peringatan kepada Tuan AA yang jauh lebih bijaksana dan jauh pengalaman dalam bidang politik dan penulisan. Sekian

Anonymous said...

Tuan,

Blog PIRATE OF PUTRA JAYA telah menulis satu artikel bertajuk "MUHYIDDIN SUDAH PUN NAIK TAKHTA".

Saya tak tahu artikel betul ke bohong. Sesiapa yang berminat boleh layari link di bawah ini.

http://pirates-of-putrajaya.blogspot.com/2013/01/muhyiddin-sudah-pun-naik-takhta.html

Anonymous said...

The ordinary people must know their basic rights and that they are the BOSS....they owe the 'leaders/politicians' NOTHING!

Whoever governs they must perform and serve the ordinary people.....if not, get rid of them quickly, even before they warm their seats.

Unknown said...

Assalamu 'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih di atas analisa berfakta ini. Namun begitu, saya turut bersimpati bila masih kedapatan segelintir mereka yang kurang arif sekali lagi cuba bermain sentimen di atas pilihan saudara. Walaupun pandangannya patut dihormati serta wajar diperhatikan dengan serius, ia sekaligus seolah-olah memperlekeh orang lain hanya atas kefahamannya terhadap ucapan-ucapan zahir yang didengar, sedangkan, maksud dan intipatinya tidak pernah, atau paling kurang, jarang sekali dikaji. Nah, bukankah ini juga antara petanda jelas kekorupan yang ditinggalkan pentadbiran sedia ada selama setengah kurun setengah ini? Kalau begitu, bagaimana perasaan hamba Allah ini jika golongan non-Muslim pula mencurigai PAS? Harus diingat, betapa sekian ramai pemimpin-pemimpin parti yang dicurigai hamba Allah ini dizalimi UMNO yang bertunjangkan Melayu Islam, kononnya itu? Lagipun, nama parti itu sendiri sudah melambangkan ianya parti yang berjuang atas platform demokrasi untuk rakyat; jadi, adilkah kita menghukum semberono kenyataan-kenyataan mereka yang agak lantang itu hanya kerana kepimpinannya adalah daripada bangsa lain? Bagaimana pula dengan keceluparan UMNO yang sering bermain sentimen 13 Mei 1969? Lagi, apa dah jadi dengan UMNO ni bila seringkali memperlekeh PAS dengan pelbagai label melampau walhal sebangsa lagi seagama?

Justeru, marilah kita bersama mengelakkan diri daripada berhujjah secara emosi serta hormatilah pilihan orang lain selagi ianya masih belum terkeluar daripada landasan Islam. Akhirnya, pada saya, kalau benar sekalipun saudara menyanjung kepimpinan DAP yang ada, ini sudah cukup menunjukkan kematangan politik saudara, lantas, teruskan perjuangan walaupun ia mungkin tidak direstui rakan dan saudara-mara. Biarlah mereka menilai sendiri berdasarkan bukti yang telah jelas sepanjang hampir lima tahun lalu, siapa sebenarnya yang khianat.

Terima kasih dan salam jihad.

giorgio said...

Sauadara Pak Aspan,

Saya tidak berkeyakinan Pakatan akan menang ke Putrajaya, sebabnya sudah banyak di baca dan ditulis...macam mana pun pihak pemerintah kan menghalang Pakatan ke Putrajaya...saya juga percaya akan belakunya peristiwa yang tidak disenangi...tu sebabnya susah untuk perintah menerima hakikat kehilangan KUASA selama 55 tahun...

Salam Sejahtera

Anonymous said...

Kita marah jika orang lain menggunakan identiti dan nama kita sendiri (identity theft), lebih2 lagi dengan cara salah. Lebih tidak boleh diterima bila orang lain bubuh kata dusta bagi "pihak kita". Kata2 dlm injil bukan kata2 drpd Allah. Saya tak mengharap org2 bukan Islam mengerti, tapi utk muslimin kita bertanggungjwb dpn Allah kerana biarkan jenayah kejam pemalsuan kata2Nya. Bible has some similar gist of messages as to Al-quran but we know that's not 'exactly" what He said. That's the reason we have tahfiz, to show how SERIOUS it is to commit lie to the actual words.

Isu ni berakar drpd tiada rasa kepentingan dlm menghormati sesebuah agama dengan copy and paste nama Tuhan lain di mana saja yg mahu.

-N