16 January 2013

Mahkamah Agong Pakistan arah tangkap Perdana Menteri

Mahkamah kita macam mana?
Undang-undang di Pakistan tidak mengenal pangkat dan kedudukan. Ketua Hakim Mahkamah Agong Pakistan telah mengarahkan supaya Perdana Menteri Pervez Ashraf berhubung dengan kes pembelian janakuasa semasa Pervez menjadi Menteri Air dan Tenaga suatu ketika dahulu. Jika itulah yang berlaku di Pakistan ia menunjukkan yang tidak ada siapa yang terlepas dari tindakkan undang-undang jika melakukan kesalahan.

Ia menunjukkan yang tiada ada siapa yang mempunyai immuniti jika melakukan kerja hina rasuah itu kerana ia melibatkan wang keringat rakyat yang mengisi perbendaharaan negara itu. Jika itulah yang juga berlaku di negara ini ia sudah tentu akan memberikan lebih keyakinan terhadap badan kehakiman dan undang-undang negara yang menjadikan kerja yang ‘criminal’ seperti rasuah itu amat dibenci oleh sistem demokrasi dan kehidupan moden di zaman ini.

Sesungguhnya tindakan yang lebih kuat perlu diambil jika kesalahan itu dilakukan oleh pemimpin kerana jika pemimpin ketagih dengan rasuah yang akan menderita adalah rakyat seperti yang kita rasai sekarang ini. Kita pernah mempunyai sistem undang-undang yang bebas dari ancaman pihak kerajaan serta eksekutif, tetapi keadaan itu sudah menjadi sejarah kerana sistem kebebasan kehakiman telah dicerobohi oleh pihak eksekutif semasa pentadbiran Dr Mahathir dahulu.

Sebenarnya inilah salah satu impian ramai di antara kita untuk dilakukan oleh pimpinan alternatif jika diizin Tuhan untuk mendapat mandat rakyat nanti. Isu ini perlu kita semua memberikan tumpuan jika pihak alternatif mendapat membentuk kerajaan Persekutuan kerana dengan sistem yang setelus ini maka akan hilang segala syak wasangka terhadap ketelusan kerajaan. Rakyat akan lebih berkeyakinan yang mereka yang diberi mandat itu akan melakukan perkara yang begitu hina di sisi agama dan moral pentadbiran sesebuah kerajaan.

Kita merasakan yang memberikan mandat kepada pihak ‘alternative’ ini nanti diharapkan akan melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakistan itu. Jika sistem ini dapat diimplimentasikan di negara ini nanti, tidak akan timbul isu tanah kerajaan dijual oleh pihak kroni yang berkuasa walaupun tanah itu belum dipindah milik kepada si penjual tanah itu. Apa yang berlaku di antara Kementerian Pertahanan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera serta Astacanggih dan syarikat seorang pemimpin wanita Selangor itu tidak akan berulang.

Tidak akan berlaku syak wasangka rakyat terhadap isu seperti isu pembelian Scorpene yang telah dibeli dari DCNS Perancis beberapa tahun dahulu. Jika undang-undang benar-benar berjalan dengan telus tidak akan ada yang berani melakukan rasuah dalam skandal pembelian Scorpene ini dengan pembayaran komisyen yang begitu tinggi terhadap pihak kroni yang sedang berkuasa dalam negara kita. Jika tidak ada isu Scorpene tidak akan ada isu yang melibatkan pembunuhan  sesiapa seperti yang berlaku dalam negara kita.

Dalam kes pembelian janakuasa oleh Kementerian Air dan Tenaga Pakistan ini ia telah melibatkan seramai 16 orang dalam isu ini dan Mahkamah Agong Pakistan telah mengarahkan kesemua mereka ditangkap dan menghadapi tuduhan di Mahkamah. Jika etika dan moral perundangan ini dapat dilaksanakan di negara ini maka tidak lagi lah riuh rendah politik akan berterusan seperti yang kita hadapi sekarang ini.

Itulah sebabnya kita perlu memberikan tumpuan tentang isu sebegini dan untuk membina harapan untuk mendapatkannya maka pilihan yang betul oleh rakyat dalam pilihanraya nanti amat diperlukan.

Kita telah membuat berbagai-bagai usaha untuk pihak yang berkuasa sekarang untuk melakukan perubahan dan menerima hakikat yang sistem undang-undang yang telus adalah kemestian bagi negara kita, tetapi desakan ramai tidak dipedulikan oleh mereka (pemerintah).

Justeru memberikan mandat kepada pihak ‘alternative’ merupakan satu-satunya jalan yang perlu kita lakukan untuk mengharapkan perubahan ke arah ini terlaksana. Sesungguhnya kita amat terdesak untuk mendapatkan sistem kehakiman yang benar-benar telus dan apa yang berlaku di Pakistan itu patut dijadikan contoh ikutan kita di sini.

Ini bukan isu membalas dendam. Ini masalah undang-undang. Selagi kita hidup kita wajar dikandung undang-undang. Tidak ada siapa yang bebas seperti haiwan di hutan yang boleh melakukan apa-apa yang dikehendaki mereka (haiwan).

12 comments:

Wan Shamsudin said...

Salam;

Pak Aspan,...Mahkamah Negara kita pula amacam? Bolih kah seperti Pakistan? Bila lagi agaknya? Terlalu banyak kes kes yang di tutupi di Negara kita....Semoga MEREKA yang korupsi dan salah gunakuasa akan terima akibat dan kesan kesalahan MEREKA secepatnya...AMIN...

Anonymous said...

Pakistan...Aspan...negara yg di cop sebagai 'club of doom' oleh blogger outsyed the box...

Hari hari bom, hari hari ada orang Sunni atau Syiah yang akan mati. Sepatutnya keutamaan diberikan kepada keamanan dan perpaduan..walaupun rasuah atau kehakiman yang berintegriti adalah penting, lebih penting dinegara tersebut adalah keamanan dan perpaduan.

Negara Pakistan buat masa ini memerlukan pemimpin yang tegas dan autokratik untuk menyelesaikan kemelut sekarang, bukan kehakiman yang bebas.

Batu Ronson

Anonymous said...

ini satu pembelajaran untuk anwar dan pr harus belajar.mesti lahirkan hakim yang berani,jujur,bertanggungjawap terhadap negara

Kelana said...

Jika kita dapat melaksanakan kedaulatan undang-undang,sudah pasti rakyat mempunyai kepercayaan terhadap sistem kehakiman kita. ini tidak, cuma dalam rukun negara saja yg lapuk oleh UBN.Kita kena belajar dari Pakistan yg mempunyai persamaan undang-undang dg kita.

Kita mesti tidak lupa dg correct,correct,correct oleh Lingam dan Adnan Tengku Palsu yg kini setiusaha Agung UMNO boleh mengaturkan siapa yg menjadi Hakim Besar!Pada hal Adnan tidak mempunyai kelayakan akademik yg boleh dibanggakan.Orang Kg.Baru kenal siapa Adnan.Begitu juga Sekolah tinggi Air Panas,Setapak!

Berbalik kpd contoh Pakistan,Kita berharap PR akan melaksanakan undang-undang yg serupa dg Pakistan.Orang patut dibicarakan dulu no other than Mahathir...diikuti oleh Dolah dan Najib.Ramai serangkai Domino pemimpin kabinet BN akan mengikuti undang-undang yg diadaptasikan dari Pakistan.


Kelana

KAMUNTING CENTRAL said...

Salam Boss... Hebat Blog Boss... Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog boss... Terima Kasehhhh Boss.....

Anonymous said...

Kelana;

"Berbalik kpd contoh Pakistan,Kita berharap PR akan melaksanakan undang-undang yg serupa dg Pakistan."

Malam sikit. Pemimpin PKR asyik nak tanggoh pembicaraan, asyik nak tukar hakim, bukti DNA, cctv pun tak nak pakai dan angkat sumpah di kandang orang salah pun takut...Nak harapkan mereka kembalikan integriti kehakiman..saya rasa jauh panggang dari api.

Batu Ronson

Anonymous said...

Rakyat memang mengidam keadilan termasuk mengikut apa yang berlaku diPakistan.Tun Mahathir dah pernah goncang istana yang mendapat sokongan padu tetapi ianya terhenti disitu dan berharap Dato Sri Anwarlah yang berwibawa dan berkemampuan meletakkan semua rakyat dinegara ini sama satu saf dan taraf jadi tidak adalah kumpulan zalim menzalimi atau ugut mengugut atau ada yang bolih disaman dan ada yang tak bolih disaman.Rungutan rakyat bawahan tindakan berpilih2 olih pemimpin perlu dihapuskan supaya yang salah tetap salah takkiralah siapa namanya dimana tinggalnya ,apa ada dipangkal namanya atau berapa panjang darjah kurniaannya ,Wallah hu alaam ..Itulah adil namanya...

Anonymous said...

Saya harap jangan Puan Sharifah Listen marah bila banding dengan negara Zimbabwe.

Di US, setahun lebih rakyat tahu bila mengundi. Berdebat live dalam TV.

Di negara jiran, rakyat sudah tahu tarikh bila pihanraya.

Di Malaysia?????

No komen. Nanti dulu. Lihat perkembangan semasa.
jawapan macam taikkk!!!

Negara lain, bila berlaku accident tragedi, menteri pengangkutan letak jawatan.

Di Malaysia????

Terang-terang rompak duit dan tanah juta-juta, masih tak mengaku dan rakyat di gelar pengkhianat.

Saya harap penyokong UMNO Baru dan Puan Sharifah Z......Listen! Listen! Listen to RAKYAT!!!

Asrul Sani said...

Kerana bimbangkan perkara yang sama akan berlaku jika BN kalah PRU13 maka Najib menyeru supaya Putrajaya dipertahankan hingga ke titisan air pelir yang terakhir......

Kerana bimbangkan bekas-bekas PM dan Menteri UMNO/BN diheret ke muka pengadilan dek salahlaku dan salahguna kuasa makanya si Tua Kutuk yang patut beribadat menjelang hari kematian, bangkit semula merantau ke serata ceruk negeri meminta nyawa supaya UMNO diselamatkan......

Anonymous said...

batu ronson... janganlah menghalalkan yang haram dalam apajua situasi atau mungkin anda sebahagian dari 'haramjadah' itu?!!!! HARAM ITU JELAS, HALAL ITU JELAS!!!

Qaseh Bonda said...

Sejak UMNO perintah, keseluruhan anggota kerajaan jadi caca marba dipengaruhi kuat oleh kuasa politik.

Padan dengan juak2 kerajaan pun, belajar tinggi2 nak menaikkan martabat bangsa,ini tidak sekali kena suruh dengan menteri hilang integriti yang arif lagi bijaksana.

Dah minta kerja jadi hamba rakyat buat je lah kerja ikut tatacara.

Yang atas2 tu semua pemalas,gila golf, kaki betina dan kaki joli sbb dok ikut menteri lapuk.


Tunggu apa lagi. Wajib kita humban semua para menteri yang ada. Kalian semua sudah tak layak mengemudi kementerian.

Berilah peluang pada parti baru,muka baru untuk memerintah negara.Bini tua pun kalau membosankan mata, telinga dan hati, suami wajib kawin dua. Mampu tak mampu biar dia mampus.

Janji kita berani pada perubahan.Kalau takut pada risiko jangan bicara tentang perjuangan.

Ada lagi ke orang umno yang berani macam peserta HKR.

Anonymous said...

Batu ronson.
Benar kata anon 1108.
apa yang dibuat oleh kerajan sekarang lebih kepada "menghalalknn cara".
Jika begini caranyer dimana letaknyer negara yg dikatalan islam? Jika anda muslim, nabi muhamad telah berhijrah dari makkah ke madinah walaupun makkah aman dn makmur.
Tapi disebabkan kebenaran, beliau telah menghadapi kesusahan dan kepayahan untuk menegakkan kebenaran dari keamanan.
bila kebenaran ditegakkan, keamanan akan wujud secara automatik, tp bila keamanan ditegakkan, maka kebenaran akan ditutupi dengan cara kerajan seperti hari ini.