15 January 2013

Apabila teringat Dr Mahathir, teringat pula kepada kelindan lori

UMNO begitu gusar dengan apa yang berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan kejayaan perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu umat semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan manifastasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun merudum jika pilihanraya ke 13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu.

Tetapi ada seorang bekas pemimpin kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambilalih ini. Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di negara-negara Timur Tengah.

Komen Dr Mahathir itu tidak melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini, nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang ‘famous’ ini..  Semua tindakan dan pemikiran beliau amat mudah di baca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau.

Kata perpatah, rakyat ‘sudah dapat menyelam air dalam tunggak’. Apa yang terselindung dalam hati dan benak beliau itu di fahami oleh rakyat yang ramai dengan mudah. Otak beliau nampaknya belum bersara lagi walaupun tubuh dan fizik beliau sudah bersara. Pemikiran beliau lebih kencang berfikir dari semasa beliau dalam jawatan lagi. Sesungguhnya Mahathir sememangnya sudah terlalu susah untuk bersara seperti PM-PM lain yang telah tamat perkhidmatannya.

Tetapi itu semua bukannya dilakukan oleh pembangkang yang bakal mengambilalih pimpinan kerajaan ini, tetapi itu adalah hasil dari tingkah laku politik beliau sendiri. Bukan tidak pernah rakyat khususnya ahli-ahli UMNO sendiri pernah berusaha untuk menyelamatkan beliau menghadapi apa yang beliau sedang hadapi sekarang. Partinya sendiri pernah cuba untuk merehatkan beliau untuk mengelakkan beliau terus-terusan untuk merosakkan diri beliau sendiri dengan cara memberhentikan beliau.

Beliau tidak mahu akur dengan kehendak sebilangan besar ahli-ahli partinya sendiri dan sebaliknya beliau telah membunuh partinya itu semata-mata untuk beliau melakukan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi terbukti beliau merosakkan pemikiran dan kehidupan beliau sendiri.

Kekalahan UMNO itu merupakan igauan beliau kerana beliau telalu takut dengan perbuatan beliau sendiri. Menganggapkan himpunan Sabtu lepas sama seperti Arab Spring yang telah menjatuhkan banyak Ketua Kerajaan di Timur Tengah adalah tidak bermoral. Rakyat keluar untuk ke Stadium bagi menunjukkan sikap mahu berubah dengan pihak kerajaan membetulkan sistem pilihanraya kita yang terlalu ‘out moded’ yang berat sebelah itu. Kita hendak merubah melalui pilihanraya dan kita hendakkan pilihanraya terlaksanan dengan telus dan adil.

Perarakan ke Stadium Merdeka itu adalah untuk berkumpul dan tidak boleh menganggap perjalanan ramai-ramai ke stadium itu sebagai demonstrasi jalanan. Kita telah berarak dengan aman kerana tiada provokasi dari pihak FRU seperti yang berlaku semasa perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Dr Mahathir terlalu banyak agenda. Selain dari agenda mempertahankan UMNO untuk mempertahankan diri beliau, beliau juga mempunyai agenda tersendiri di dalam UMNO itu sendiri. Beliau sedang bertindak untuk menjatuhkan seorang pimpinan UMNO dan di ambilalih pimpinan itu oleh seorang yang lain. Mahathir telah sentiasa bermain politik ‘intra-parti’ sejak dari dulu sampai lah sekarang.

Tetapi sekarang Mahathir berhadapan dengan masalah kerana permainan politik intra-parti beliau tidak pasti menjadi kerana UMNO itu sendiri dijangka akan gugur dalam pilihanraya itu nanti. Justeru kekuatan PR yang bertambah-tambah itu sangat menggusarkan Mahathir kerana keadaan itu merupakan ‘spoiler’ kepada rancangan beliau untuk menaik dan menurunkan pimpinan UMNO sebelum pilihanraya kali ini.

Beliau ini tidak ubah seperti seorang kelindan lori yang menaikkan dan menurunkan barangan dari lori yang beliau naiki itu. Itu lah kerja beliau selama ini. Justru adalah penting bagi rakyat melakukan sesuatu yang baru dalam politik negara khususnya dalam pilihanraya nanti.

24 comments:

Anonymous said...

semuga merestui perjuangan menegak kebejatan

Anonymous said...

Che Det .. Che Det (geleng kepala saya)

Semasa awal pemerintahan Che Det dulu, saya sangat suka dan membayangkan PM ini akan membawa Malaysia ke arah negara maju seperti Jepun.

Kemudian beberapa tahun adalah nampak Malaysia semakin rancak ekonomi, banyak kawan-kawan balik dari oversea turut mulakan tugas membangunkan negara. (biasiswa dari income tax, duit rakyat , bukan duit parti UMNO)

Tapi .... tersentak pada tahun 1998 Che Det ada arahan untuk memecat .....

Maka dari hari itulah aku mula sedar siapa Che Det yang sebenarnya yang aku hormati selama ini serta Puan Dr. Siti Hasmah yang saya respect, bukan First Lady sekarang eeee.....

Anonymous said...

Pak AA,

Jangan rasa heran dengan reaksi mantan PM Mahthir terhadap HKR112, serupa sahaja dengan situasi kalau pasokan2 sukan Malaysia kalah dalam pertandingan, banyak sangat komen dan salahkan berbagai pihak, tidak hendak menerima hakikat dan kelemahan sendiri.

Dalam politik Malaysia sekarang yang hampir hendak PRU13 mantan PM Mahthir akan buat apa sahaja yang dia fikir baik untuk bantu anak didiknya Najib yang dalam keadaan sangat tertekan, dia rasa sangat bersalah tu kerana pilih Najib sebagai pengganti.

Anonymous said...

Saudara AA

Mahathir's worst nightname is about to unravel when Anwar becomes the next PM..

giorgio said...

Saudara Dato Aspan,

Jangan kita terlalu rethorik dengan Mahathir, Mahathir ada sejarah keborokan dan keburukan kepada sistem politik negara kita, apa yang kita perlu lakukan adalah mengubah arah politik dan sistem yang lebih cerah dan makmur dan membawa perpaduan yang tidak berbelah bagi untuk semua rakyat Malaysia untuk selepas PU13 atau selama2nya untuk generasi masa depan kita...

Salam Pak Aspan

giorgio said...

Saudara Dato Aspan,

Jangan kita terlalu rethorik dengan Mahathir, Mahathir ada sejarah keborokan dan keburukan kepada sistem politik negara kita, apa yang kita perlu lakukan adalah mengubah arah politik dan sistem yang lebih cerah dan makmur dan membawa perpaduan yang tidak berbelah bagi untuk semua rakyat Malaysia untuk selepas PU13 atau selama2nya untuk generasi masa depan kita...

Salam Pak Aspan

giorgio said...

Saudara Dato Aspan,

Jangan kita terlalu rethorik dengan Mahathir, Mahathir ada sejarah keborokan dan keburukan kepada sistem politik negara kita, apa yang kita perlu lakukan adalah mengubah arah politik dan sistem yang lebih cerah dan makmur dan membawa perpaduan yang tidak berbelah bagi untuk semua rakyat Malaysia untuk selepas PU13 atau selama2nya untuk generasi masa depan kita...

Salam Pak Aspan

Anonymous said...

He do good and bad things....over- rated, an average guy like.

If not, our country will not in this mess.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Tuan teringat Mahathir lalu tuan terkenang kelindan lori.

Saya pula bila teringat Mahathir..pasti terkenang Si Kitol.

Buku buku Sejarah Melayu sejak dulu memberi peringatan bahawa manusia jenis Si Kitol ini perosak negara dan boleh meruntuhkan sesuatu kerajaan kerana sikap bermuka, membodek, spesis gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.

UMNO BN ditolak majoriti rakyat khususnya kaun Melayu adalah hasil perbuatan jahat dan busuk si tua Kerala ini. Inilah sebenarnya musuh Melayu..musuh dalam selimut.

Listen..listen..listen..let me speak ! Pompuan ni pun jenis keturunan Si Kitol..sama spesis dengan Mahathir. Manusia spesis ini, kalau duduk dalam masyarakat Melayu...mereka jadi terlebih Melayu. Dan kalau mereka duduk di kandang khinzir, merekalah lebih menyondol dari khinzir itu sendiri asalkan matlamat peribadi tercapai.

master said...

BN hampir pasti kalah dalam PRU-13. Ada negeri dan suku kaum yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Tapi semua mesti memilih Pakatan Rakyat. Jika ada berkecuali dan terus memilih BN, mereka akan menanggung kesilapan untuk 5 tahun akan datang. Ini termasuk Melayu. India. Sabah dan Sarawak.

Anonymous said...

Saya lebih awal membenci Mahathir ni, masih teringat kata-kata beliau " Orang Melayu Jangan Suka Meminta-minta dari Kerajaan". Pada masa itu saya tak mengerti maksudnya sebab umur awal 20an.
Rupa-rupanya dia nak faraidkan khazanah negara kepada kroni beliau, A.K, Eric dan beberapa orang lagi.
Beliau tak perlu risau dipenjarakan selepas ini kerana PR takkan sezalim BN. Mungkin boleh sediakan beliau Tilam setebal 6inci mengelakkan dari sakit belakang. Beliau tetap akan dilayan sebagai manusia, bukannya anjing kurap.

baretta said...

Pak AA,
Mau nya dia tak takut... Celik- celik mata, duduk dlm jail... Boleh habis power bateri jantung ooo...!!!

Pak Din said...

Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMMlinkIni apa cerita ni AA

Biji janggus said...

George Soros kata adalah amat malang sekali bagi Rakyat malaysia yg diperbodohkan oleh mamak ini.Seluruh dunia tahu mahathir ini kaki 20 % atas negotiated tender!Mahathir ini menjahanamkan kewangan negara utk kepentingan sendiri.Soros mengatakan Mahathir ini moron! Mahathir ini terlalu boros.Soros menggelarkan Mahathir is another Marcos.Mahathir mesti dibicarakan di Tribunal Rakyat.Tambahan pula wilikepedia menyatakan Mahathir mempunyai kekayaan berjumlah USD 44 billion.

Adalah malang sekali Rakyat Malaysia di bawah pemerintahan Mahathir 22 tahun!Mahathirlah bapak rasuah!UMNO telah dibudayakan dg fahaman rasuah! Ini diikuti oleh Dolah KT dan Najib.

Biji Janggus





Anonymous said...

Mahathir kelindan lori...Biarlah ..tapi beliau bukan sebarang kelindan lori.. hanya satu dalam 100 juta dan akan muncul seorang sahaja dalam abad ini.

Kalau saya ada anak dara, nak saya nikahkan anak saya pada "kelindan lori" ni dan tak mungkin saya relakan pada seorang lagi tu, yang cukup terkenal dengan lakonan biru tu.

Kerana kelindan lori ini cukup terkenal diseluruh dunia telah memajukan negara Malaysia. Apa yang diusiknya akan menjadi. KLIA, KLCC, PLUS Higway, Putra Jaya, Proton, SMART Tunnel, MSC,Sekolah Asrama Penuh, UIA, MMU dan sebagainya...Pada tahun 1998, kelindan lori nilah telah menyelamatkan Malaysia.

Bagi saya,jasa beliau yang paling besar adalh menurunkan seorang yang rendah moral dari memegang tampuk pemerintahan negara.Terima kasih Mahathir.

Batu Ronson

Anonymous said...

Kehidupan mantan PM makin hari makin terhimpit dan tersepit kerana semua yang berlaku digambarkannya semua yang diselewengkannya akan terbongkar.Negara barat sedang menunggu masa mantan PM ditolak olih rakyatnya kerana bisanya mulut mantan PM melanyak mereka.Penglibatan mantan PM orang dah bolih baca dan jika dibiarkan ramai lagi orang meluat dan menyampah bukan kepada mantan PM tapi kepada UMNO .Pak Lah ambil jalan baik dan selamat tetapi tun Mahathir pula menongkat arus bukan sahaja menentang rakyat tetapi melekehkan partinya asalkan anaknya naik mendadak dalam karier politiknya .Mantan PM itu dah tak bolih diajar lagi dan tindakkannya adalah menguntungkan PR jadi biarkanlah dia melatah .Kalau orang yang berfikiran dan berpengalaman tentu dah nampak nyawa UMNO hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan sebab itulah semua dan nampak bala yang mendatang selepas PRU 14 nanti ...

Anonymous said...

semoga che det umurnya panjang,
untuk melihat umno/bn tumbang,
kuasa rakyat tak boleh dihalang,
sebab pemimpin umno/bn telah banyak curang.

che det ada hati hendak berkuasa,
gantikan najib dengan seorang dlm kepala,
nak letak anaknya pada satu masa,
barulah banyak peluang nak kikis harta.

che det ingat rakyat tak nampak,
sejak dulu lagi dah baca gerak,
kumpul kekayaan bagai nak rak,
selagi bernyawa selagi itulah tamak.

cukuplah che det dipersilakan berhenti,
dari ambik bahagian dlm politik hari ni,
banyakkan ibadah kepada Ilahi,
di sisa usia sebelum mati.





Anonymous said...

Suatu pagi masa sekolah menengah dulu arwah mak panggil saya dengar ucapan seseorang di radio...mak tanya siapa yg bercakap nie...saya amati dan jawab dr mahathir...mak kata belum pernah dengar orang bagi ucapan sehebat ini (ucapan dr mahathir sebagai timbalan PM yg baru)...arwah mak sangat mengkagumi dr mahathir...tapi di akhir hayat mak arwah tidak lagi puji dr mahathir tapi puji tuan guru nik aziz...

Putra Bertam

Alam Flora said...

As Salam Tuan AA.

Ketul Batu (Ronson) menulis....

"Kerana kelindan lori ini cukup terkenal diseluruh dunia telah memajukan negara Malaysia. Apa yang diusiknya akan menjadi. KLIA, KLCC, PLUS Higway, Putra Jaya, Proton, SMART Tunnel, MSC,Sekolah Asrama Penuh, UIA, MMU dan sebagainya...Pada tahun 1998, kelindan lori nilah telah menyelamatkan Malaysia"

Kesiannya Mamak Kutty ni kerana sekarang dia dan keluarganya hidup miskin dan merempat tiada harta dan kekayaan, hanya harap belasan dari rakyat.

Rugi juga negara jiran seperti Singapura dan Thailand kerana tiada Mamak Kutty ni maka mereka tiada "KLIA, KLCC, PLUS Higway, Putra Jaya, Proton, SMART Tunnel, MSC,Sekolah Asrama Penuh, UIA, MMU dan sebagainya..."

Tahniah kepada Kepala Batu, semakin banyak kamu meloncat semakin ramai yang akan melihat seluar kamu dah hampir terlondeh...(ramai blogger yang bijak pandai menulis sebenarnya untuk menyedarkan rakyat yang minda mereka di taraf sampah beginilah)

Anonymous said...

Anak-anak yg berhimpun di perhimpunan Rosmah tak salah dalam Akta Perhimpunan Aman.

Anak-anak yang berhimpun dalam Perhimpunan Samsidar bersalah dalam Akta Perhimpunan Aman.

Anonymous said...

It's easy to be a PM for the country.

Just spend to enrich a few and make majority dependent and satisfied, irrespective of the losses and huge national debt to be borne by generations to come.

Anonymous said...

Alam Flora,

"Tahniah kepada Kepala Batu, semakin banyak kamu meloncat semakin ramai yang akan melihat seluar kamu dah hampir terlondeh...(ramai blogger yang bijak pandai menulis sebenarnya untuk menyedarkan rakyat yang minda mereka di taraf sampah beginilah) "

Anda allergic dengan Batu Ronson, kalau jantung anda berdegup cepat, cepat melenting, mata merah, kurang produktiviti dan kurang tenaga seks, anda mungkin mempunyai simpton penyakit kronik "Allergic de Batu Ronsonitis".

Kalau tidak dirawat pesakit ni akan mula berasa pening, murung yang berpanjangan, sakit jantung,susah nak tidur dan apa apa yang dibuat tidak dilaksanakan dengan baik, cakap sorang sorang..dan mungkin maut..Bahaya tu..

Batu Ronson

Alam Flora said...


As Salam Tuan Aspan.

Tak kanlah ana ni sampai nak "allergic" begitu kat Kepala Batu? Lagipun tulisan Kepala Batu tu bukannya menggunakan otak pun..... Cuma ana nak tanya sikit sahaja....

Kenapa ente ni terlalu banggang sangat? (Rupanya ana yang banggang juga, dah tentu ente Kepala Batu.....Mana pakai otak?)

Maaflah semua. Kalau kita selalu mengutuk pastinya kita juga sedia untuk dikutuk.

Anonymous said...

kepada semua yang diberikan akal, pedulikanlah batu ronson tu. dia ada 'ego centric disorder'. spesis 'selfcentred' jgn dilayan nanti makin menjadi-jadi. Biar lerrr dia dgn batunya...