Kenapa kita bermasalah dalam
politik negara kini? Sebabnya kerana kita membiarkan politik mengatur kita.
Kita yang sepatutnya mengatur politik negara tidak berbuat perkara yang
sepatutnya kita lakukan. Jika jika biarkan politik itu berdiri dengan sendirinya
maka kita akan di baham oleh kezaliman politik itu kerana politik itu adalah
berkait dengan kuasa. Sesiapa yang memegang kuasa itulah penentu kepada keadaan
politik sesebuah negara. Manusia yang bermain, lebih lagu yang memegang kuasa
itu menentukan samada politik itu hendak diputihkan atau dihitamkan.
Tidak ada yang bersih sebersih
kain putih dalam politik ini, tetapi kita boleh bercakap tentangnya secara
‘relative’ di antara dua atau lebih pihak yang berkepentingan. Tetapi bagi
pihak yang dikatakan baik itu adalah pihak yang bermain politik mengikut
undang-undang dan lebih-lebih lagi mengikut etika yang bersesuaian mengikut
keadaan latar belakang negara itu sendiri. Apa pun kita lakukan mesti ada
etikanya. Kepada mereka yang melakukan sesuatu permainan politik itu mengikut
etika yang baik maka pihak itulah yang di anggap pihak yang lebih baik dari
pihak yang lagi satu itu.
Bagi mereka yang beretika
selalunya mereka mempunyai sikap malu dan bertanggungjawab dan mereka tidak
akan melakukan sesuatu yang keterlaluan buruknya semata-mata untuk mendapatkan
kuasa atau untuk mempertahankan kuasa itu. Garisan pemisahan di antara yang
baik dan yang tidak baik inilah yang sangat susah untuk di gariskan. Perbezaan
pandangan inilah yang menjadi penyebab kenapa pihak-pihak yang bermain dengan
politik seolah-olah berada didalam keadaan berperang.
Di negara kita politik sedang
dalam keadaan yang begitu menjemukan kerana permainan politik yang tidak berada
di tahap yang selalu di alami oleh negara yang maju. Kita yang bercakap tentang
negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi yang sedang berusaha melakukan
transformasi dalam semua bidang termasuk dalam bidang politik tidak menampakan
kematangannya walaupun sedikit. Kita masih lagi bermain politik seperti kita
berada di negara Congo atau Zimbabwe
dan banyak negara Afrika.
Di negara kita khususnya pihak
yang sedang berkuasa sebegitu lama masih bermain dengan politik yang sangat
rendah semata-mata kerana hendak mengekalkan keenakkan berkuasa seolah-olah
kuasa itu adalah hak mereka semata-mata. Bila berbohong mereka akan
melakukannya dengan terang-terangan dan mudah untuk di baca oleh pihak yang
ramai kecuali kepada mereka yang menjadi penyokong tegar mereka yang tidak
kisah pimpinan mereka itu mempunyai malu atau tidak.
Dalam pada memberikan tuduhan
yang begitu berat terhadap Pakatan Rakyat, UMNO sedang bergolak dengan perkara
yang bersifat noda dan nesta seperti apa yang kita lihat berlaku dalam isu
Deepak dan Musa Hasan. Saya bukan hendak menyebut tentang ‘political mileage’
yang di dapati oleh Pakatan Rakyat dalam isu yang disebutkan itu. Ia
melambangkan yang perkara seperti isu tanah Kementerian Pertahanan yang menjadi
isu itu adalah isu yang biasa. Sesama UMNO sendiri kita nampak betapa gilanya
isu itu dan itulah sebenarnya yang menyelubungi UMNO dan BN keseluruhannya.
Itu di Kementerian Pertahanan
sahaja. Belum lagi kita terdengar apa yang berlaku di dalam Kementerian dan
Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain. Perkara seperti ini berlaku di dalam setiap
Kementerian dan Jabatan dan itu sudah menjadi isu biasa. Semuanya melibatkan
kroni membina ‘empire’ kekayaan masing-masing dengan menggunakan harta benda
rakyat. Mereka bergaduh sesama sendiri kerana merebutkan harta rampasan.
Apabila sudah tidak terdapat kehendak masing-masing, maka masing-masing
membocorkan rahsia masing-masing sehinggakan membuatkan rakyat yang sedang
hendak memilih kali ini menjadi bingung dan tersedu melihat perkara yang
dilakukan oleh mereka yang berkuasa.
Kita tidak kisah samada Musa
Hasan dan Deepak itu jujur atau tidak, tetapi yang penting bagi rakyat
mengetahuinya ialah perkara yang terjadi yang di bongkarkan oleh pelaksana
pimpinan yang rasuah itu benar-benar berlaku. Siapa yang bersalah dan tidak
bersalah terpulang kepada penghakiman untuk menentukannya. Jika Raja Petra terpaksa keluar negara kerana
menulis apa yang beliau lihat benar-benar berlaku kenapa Deepak tidak dan masih belum di
ketengahkan kemuka pengadilan jika Deepak melakukan fitnah? Kenapa? Jika Deepak
tidak di ketengahkan kemuka pengadilan maka Raja Petra sepatutnya dilepaskan
dari sebarang tuduhan dan beliau sepatutnya boleh kembali ke tanah air tanpa
sebarang tuduhan terhadap beliau.
Kenapa ada pihak yang dibawa
kemuka pengadilan dan ada pula yang tidak di hadapkan ke Mahkamah sedangkan
tuduhan itu dibuat secara terbuka dan memalukan Perdana Menteri sendiri. Jika
Najib ini Perdana Menteri di negara maju isu yang beliau hadapi ini
memungkinkan beliau di halau oleh rakyat atau pun Deepak dihadapkan ke mahkamah
dengan cepat dan deras. Isu yang di sebut oleh Deepak ini bukan isu kecil. Ia
melibatkan pembunuhan dan penyelewengan wang rakyat serta salah menggunakan
kuasa yang tersangat hina dan buruk.
Kita juga ingin tahu kenapa
Deepak dan Musa Hasan mengeluarkan isu secara ‘installment’ dan beransur-ansur?
Apa tujuan mereka dan kenapa pihak Najib dan Hishamudin yang sedang berkuasa
senyap sunyi tanpa tindakan untuk membersihkan nama mereka?
Saya menulis isu ini kerana saya
sendiri sudah mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kerja noda dan dosa
politik dan ekonomi ini bukan sahaja dilakukan oleh Najib, Hishamuddin, Zahid
Hamidi tetapi ia juga membawa kecenderungan yang pemimpin-pemimpin yang lain
juga telah dan sedang melakukan dosa dan noda yang sama sahaja tarafnya.
Justeru kita bertanya, adakah
rakyat hendak membiarkan sahaja perkara seperti ini terus-terusan berlaku? Jika
BN masih menjadi kerajaan kita maka kerja-kerja yang ternoda ini akan tetap
terus berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat. Rakyat akan terpaksa membayar
segala harta rampasan yang mereka curi dari mereka (rakyat).
Ini samalah seperti saya yang
membeli beberapa papan petai dari seorang penjual petai suatu ketika dahulu.
Saya tidak menyedari yang petai yang saya beli itu adalah petai saya sendiri yang
telah di curi oleh penjual petai itu.
Di mana-mana dalam UMNO kini,
penuh dengan pencuri-pencuri yang cepat tangan dan mereka bergaduh serta menipu
di antara satu dengan lain untuk membolot harta rakyat yang tidak tahu menahu
tentang kegiatan mereka sebelum rahsia-rahsia mereka terbongkar.
Pencuri-pencuri harta rakyat ini
terpaksa mencuri lagi untuk menutup mulut pencuri yang tidak berpuas hati itu
pula. Begitu lah perlakuan mereka terhadap rakyat jelata dan itulah sebabnya
mereka begitu liat untuk menerima demokrasi dengan semudah itu kerana demokrasi
memungkinkan mereka terpaksa berhenti dan akan berjauhan dari khazanah rakyat
yang telah mereka selongkar selama ini. Mereka mahu selongkar lagi kerana harta
rakyat negara ini masih banyak.
Kali ini pemilihan kita ialah di
antara pihak yang ketagih merampas harta benda kita dengan pihak yang mahu
menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan politik dan ekonomi.
Rakyat boleh memilih satu di
antara dua itu. Semasa pilihanraya nanti undi akan di kira dan di jumlahkan.
Jika mereka yang ketagih melanun dan merompak itu mendapat mandat rakyat maka
kerja yang biasa kita dengar itu akan terus berlaku. Jika pihak yang hendak
menyelamatkan negara mendapat mandat maka ada sedikit harapan untuk kita
menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan itu.
Selama 5 tahun kita akan
perhatikan peperangan dan tingkah laku mereka yang mengambilalih kuasa kerajaan
itu. Rakyat akan tetap dalam pencarian selagi sebuah kerajaan yang telus dan
jauh dari bermain dengan politik perkauman belum dapat dicapai.
15 comments:
Nak ukur berat pakai timbang,
Nak ukur jarak pakai pembaris,tape.
Nak ukur suhu pakai jangkasuhu,
Nak ukur laju pakai meter
Nak ukur kebenaran dan kebatilan pakai undang2 samada undang2 negara atau undang2 Allah swt melalui Alquran 30 juzuk dan pedoman yg nabi ajar iaitu Al hadis. Alhadis yg wajib kita telaah ialah Bukhari,Tarmizi,Nasaii,Abu Daud,Ibn Majah dan Muslim.Kedua2 rujukkan ini di panggil Fardu Ain, wajib setiap org beriman rujuk kerana nak susun manusia bergantung dgn akal semata2 manusia boleh ikut nafsu dan boleh gila.Allah yg cetak manusia Allah bagi nabi dan kitab supaya tidak sasau. Hadis dlm enam kitab muktabar itu jumlahnya bepuluh ribu ada yg Hasan Soheh, Soheh, ghorib, mursal doif. Kita boleh kenal dengan jelas mana hak dan mana yg batil. Mudah kenal kaki temberang bila kita baca kulit kekulit. Dlm quran hadis terkandung kesah,perintah dan larangan.
UMNO ni sepatutnya dah lama berkubur... cuma dulu2 kejahatan pemimpin mereka dpt disorok drp rakyat...zaman sekarang hari ni Zahid Hamidi arahkan LTAT buat transaksi ratusan juta utk cover pendedahan Deepak hari ini jugak maklumat tersebar diinternet...ha..ha..ha..mana mau lari...
Politik cuma perkataan saja!Pelakun-pelakun politik itu mencorakkan politik itu utk memenuhi vested interest individu tertentu.
Negara telah ditadbir oleh UMNO.Pemimpin UMNO itu sendiri membuat kekayaan dari Kuasa yg diberi oleh Rakyat dalam lima tahun sekali.Pemimpin UMNO mewarnai politik ikut seleranya sendiri.
Dari Tuanku Abd.Rahman (Siam ) ke Razak (Bugis) ke Husein Onn (Turkey) ke Mahathir (Mamak Kerala).Mahathir kerana banyak membaca buku politik maka dia
memahami Politik ikut fahamannya.Dia tidak memberi political output yg sewajarnya kpd Orang Melayu.
Mamak tidak percaya kpd Melayu! Mamak nak perguna Melayu ada.Oleh itu Madeiyy tidak memberi pendidikan yg sepatutnya.Madeiyy tidak mementingkan modal insan.Oleh itu orang Melayu masih tertinggal ke belakang.Madeiyy memang sengaja tidak mahu Melayu jadi bijak.Jika Melayu bodoh mudahlah Madeiyy memecahbelahkan dan menindas Melayu terutama dalam UMNO.
Sekiranya Rakyat Malaysia membuat perubahan dalam politik PRU 13 nanti akan tercatit dua parti sistem dalam politik Malaysia.Pemimpin UMNO/BN ketika ini gerun takut diadili di tribunal Rakyat. Mereka takut kekayaan yg mereka perolehi selama ini akan dikembalikan kpd Rakyat sekiranya BN kalah!
Keyang Dot
ada org melayu pernah ckp kat saya
" jahat2 umno pon... dia org melayu... kita mesti pilih melay"
wallauuuuuweiii... ini macam punyer manusia pon ada lagi... ramai lak tu
Tipu daya syaitan itu lemah kalau makhlok manusia kuat. Kuat bererti manusia yg mampu menundukkan hawa nafsu. Nafsu banyak. Manusia ada yg lemah dgn wanita, ada yg lemah dgn kuasa dan ada yg lemah dgn harta. Manusia paling jahat tiga2 perkara disapu semua. Kaedah halal tak mahu ikut kerana nafsu tapi kalau ajak makan daging babi salai masak lemak cili api tak nak pula tu , haram katanya. kaedah mendapatkan harta,kuasa dan wanita melalui rasuah tak terasa jijik dan bersalah. Ada kawan umno secara terbuka bangga dgn amalan rasuah bincang secara terbuka. Kita nasihat dia gelakkan kita. Dia kata semua org buat kenapa kita tak boleh buat. Kita kata contoh buruk jangan ikut walaupun yg buat org besar.Dia terus gelakkan kita..... Nilai manusia lagi hina dari binatang dan tanda2 akhir zaman.
Melanun harta rakyat melalui kementerian & jabatan kerajaan tlh jd sumber & tpt melanun....diberitakan TNB juga sedang diserang oleh lanun utk mendapat keuntungan olh perjanjian berat sebelah spt IPP...Terbaru Malakof yg diterajui olh syed mokhtar al buhary ingin membeli stn janakuasa kapar yg dimiliki TNB atas dasar hubungan kroni dgn UBN. CEO TNB hendak dipaksa utk sign penjualan ini sedangkan stn ini adalah sumber pendapatan TNB. Urusniaga ini hendak dibuat utk melanun harta rakyat yg kelak dikena kan tarrif elektrik yg lebih tinggi. TNB tdk bersetuju utk menjual namun PM Najib telah memanggil CEO TNB utk melaksanakan urusniaga tersebut. Ini krn desakan kroni UBN.
TNB juga diberitakan akan dipecah-pecahkan kpd pembahagian, penjanaan dan penghantaran supaya kroni2 UBN mendapat melanun dgn rakusnya.alasan yg diberikan utk menunjukkan ketulusan dlm bisnes tenaga negara...namun rakyat bukan bodoh ...apabila dipecahkan setiap sektor tersebut bole mengenakan tariff letrik berbanding skrg..maka jika ini berlaku kawalan terhadap kenaikan tariff letrik akan hilang dan kroni2 UBN akan senyum, rakyat pula merintih dan mengeluh....apa yg pak aspan ulas adalah benar...harta rakyat dilanun olh UBN dgn pelbagai cara dan justifikasi namun akhirnya keuntungan jua pd mereka...
Tak ada nas quran hadis manusia yg paling mulia disisi Allah swt orang melayu. Yg saya jumpa org paling mulia disisi Allah swt org yg paling BERTAKWA yg paling takut dgn Allah swt.
Setakat yg saya kenal dgn Zahid Hamidi ni, saya tak hairan kalau dia terlibat dlm rasuah. Saya hanya tunggu dia ni kena tangkap cepat atau lambat je. Dia ni dlm kelompok pelahap juga orgnya tapi sebab politik pd dia halal.
6 tahun lalu. Saya bekalkan kuih untuk satu program UMNO. Sebutharga memang tak berapa cantik.
Masa orang berkenaan datang ambil dan bayar harga kuih tu, saya terpandang dalam beg James bond dia..mak ahii. duit not ungu(RM100) bersusun-susun.
Nak jadikan cerita lepas Raya, saya dan kawan ke pejabat UMNO atas urusan nak ambil borang TEKUN (Kami ni Ibu Tunggal).
Mata saya terpandang lagi atas meja kerani bocer pembayaran untuk kuih saya. Sedangkan ketika saya dibayar hari tu tak ada sain apa-apa pun. Sedihnya harga yang tercatit tu bukan harga yang dibayar kepada saya. Lari banyak sangat. Sebiji kuih tu saya dibayar 25sen. Dalam bocer 40 sen. Saya pasti sebab nama saya terpampang di bocer tu. JIka 6 ribu biji kuih yang saya bekalkan darab berapa dia dapat???
Tak tau nak gelak ke atau meraung!!!Nak tanya pun.... buang masa. Mak wa
Tuan Aspan,
When the man wants more sex
Salam Pak
Kita boleh tertawa sampai pecah perut menonton filem Ali Baba dengan 40 penyamun.
Hari ini, situasi yang lebih dahsyat berlaku di dalam negara kita.
Seperti yang saya tulis sebelum ini. Jika dulu penyamun-penyamun ini akan berhimpun didalam gua selepas menyamun kini mereka berkumpul di Gua PWTC. Jika dulu ada 40 penyamun, tapi kini ada lebih dari 2,000 ketua-ketua penyamun berkumpul di dalam gua PWTC. Lihat saja bagaimana mereka menjerit, terlolong meminta itu dan ini kerana agihan rompakan mereka masih tidak mencukupi sesama mereka. Ada yang menangis apabila ketua mereka mengatakan mereka akan kehilangan kuasa dan bakal menimpa balak kerana kegiatan mereka telah dihidu oleh majoriti rakyat.
Mohd Zuki
BUKAN SOAL KITA BEBAS MEMILIH,PILIH LANUN ,LANUN LAH JADINYA!....SOALNYA SEKARANG RAKYAK MALAYSIA KETURUNAN MELAYU SUDAH TIDAK PERCAYA KPD UMNO BN.BILA MELAYU SUDAH TIDAK PERCAYA,TIDAK PAYAHLAH NAK KEMPEN KAT MEDIA PERDANA,ORANG MELAYU TUKAR CHANNEL.BILA MEMANDU DENGAR KEMPEN KAT RADIO,RATA-RATANYA ORG MELAYU TUKAR STATION RADIO DENGAR LAGU.KEBENCIAN ORG MELAYU KPD UMNO YG AMAT TINGGI MELUAP-LUAP.INI SAMA ADA MELAYU UMNO ATAU BUKAN UMNO.
INILAH YG MEMENINGKAN KEPALA MA'ATDEIYY,DOLAH KT DAN NAJIB...BN AKAN TERIMA PADAHNYA!BRIM TIDAK ADA MAKNA......BRIM ITU DUIT RAKYAT!
SG.KOROK ALOK STAK
Saudara Aspan,
saya setuju dengan perenggan pertama saudara,cuma sekarang mereka yang memerintah Parti Politik yang menentukan siapa berada di keliling mereka seperti pemilihan DAP tempuh hari.Sebab itulah kita jadi haru biru.
Salam Tuan Aspan
Lanun di FELDA tidak akan duduk diam, walaupun makamah telah membatalkannya. Pengarah Besar dan COO Syarikat_Syarikat FELDA semuanya di bawah telunjuknya. Tunggu masa untuk dia bertindak. Harap Tuan Mazlan Aliman atau Aspan dapat selidik pekara ini untuk kebaikan warga FELDA.
MNS
As long as there are policies to favour particular race, religion or culture, there will be division and racism in the society....duration of the policies will determine the extend of the permanent damage done.
For decades leaders/politicians had exploited this environment for narrow, divisive and self-interest at the expense of the country.
Policies must be based on needs or the disadvantaged people.
Post a Comment