Saya mengambil sedikit masa untuk
memberikan komen tentang isu yang dipanaskan oleh pihak UMNO dan pemimpinnya,
iaitu isu kesilapan DAP membuat perkiraan tentang penjumlahan undi dalam
konvensyen DAP 15 Disember lepas. Saya mengambil masa untuk memberikan komen
sebab saya terlalu asyik membaca komen dari pimpinan UMNO yang menggunakan isu
itu untuk melarikan pandangan ramai dari isu-isu besar yang mereka (UMNO)
hadapi sekarang.
Dengan mengalihkan pandangan
terhadap apa yang berlaku di dalam parti itu UMNO berpendapat ia akan
mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka kerana isu mereka sendiri terlalu
besar dan tidak terjawab oleh mereka (UMNO). DAP telah mengambil ‘accountability’ dan
mengakui kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan keadaan secara terbuka dan 'transparent' tanpa rasa takut.
Bagi saya tidak ada apa yang
perlu disebut tentang kesilapan penjumlahan itu kerana ia telah diperbetulkan
dan kita berhenti menyebut di situ. Tetapi yang terpenting sekarang ialah bagi
UMNO menyelesaikan masalah mereka sendiri. Masalah mereka masalah dengan orang
ramai. UMNO telah melakukan kesalahan kepada rakyat dengan terlalu banyak isu
yang berbangkit. Ia melibatkan masa depan rakyat yang ramai. Ia melibatkan
rompakan besar-besaran segala harta rakyat melalui Kementerian-Kementerian
serta Jabatan-Jabatan yang bersangkutan dengan rakyat.
Apa yang berlaku di dalam DAP
bukannya melibatkan wang ringgit rakyat. Ia bukannya melibatkan jumlah wang
rakyat yang beratus billion yang diselewengkan oleh DAP seperti yang dilakukan
oleh mereka dalam BN, dan UMNO khususnya. UMNO mesti berikan jawapan bagaimana
wang sejumlah RM250 juta yang diberikan untuk NFC. Selesaikan dan beritahu
rakyat bagaimana kerajaan boleh ambil kembali wang sebesar itu yang telah disalahgunakan
oleh syarikat yang berkepentingan kepada keluarga Shahrizat Jalil.
UMNO wajar memberitahu bagaimana
sejumlah wang yang begitu besar telah diambil sebagai komisyen dalam pembelian
Scorpene dari Perancis itu. Selesaikan bagaimana isu RM40 juta yang berkaitan dengan
Musa Aman dari Sabah. Bagaimana dengan isu
yang membabitkan Deepak dan Raja Ropiah yang melibatkan ratusan juta ringgit
dan bagaimana Kementerrian Pertahanan terlibat dengan skandal yang se begitu
besar.
Beritahu rakyat kenapa semua
pemimpin UMNO terutamanya dalam Kabinet selalu terlibat dengan penyelewengan
harta rakyat. Setiap isu yang timbul mesti melibat penggunaan wang rakyat yang
ratusan juta ringgit jumlahnya. Kenapa di dalam UMNO mereka bergaduh sesama
sendiri dan semuanya pergaduhan itu melibatkan rompakan terhadap harta rakyat?
Kenapa mereka tidak bergaduh
kerana mencari jalan untuk membina rakyat sebaliknya mereka bergaduh kerana
wang ringgit dan harta rakyat.
UMNO tidak payah menyibuk dengan
kesilapan penjumlahan undi dalam konvensyen DAP itu. Kesilapan itu tidak
melibatkan wang rakyat walaupun satu sen. Kalau mereka dalam DAP berselisih
faham di antara satu dengan lain pun ia tidak melibatkan rompakan wang rakyat.
Kepada pemimpin UMNO terutamanya
mereka yang besar-besar pangkatnya itu, jangan sibuk dengan apa yang berlaku di
dalam UMNO itu sendiri. Kita bukan tidak nampak apa yang sedang berlaku dalam
UMNO itu.
Mereka (UMNO) itu akan mula
berpecah dengan lebih besar sejurus nama calon di umumkan nanti. Selesaikan
masalah anda sendiri kerana masalah anda dalam UMNO itu melibatkan harta benda
rakyat. Jika boleh carilah jalan untuk mengembalikan wang rakyat kepada
Perbendaharaan Negara,
Cari jalan bagaimana hendak
memulangkannya kembali kepada rakyat. Apa yang berlaku di dalam DAP, usah di
sibukkan. Masalah anda di dalam UMNO itu terlalu serius dan jika anda semua masih
memberikan masa untuk menyibuk tentang DAP, ia menunjukkan yang UMNO tidak
serius untuk memperbaiki diri sendiri.
Jika itu sikap mereka tunggu
sahaja lah pilihanraya nanti. Saya ingin juga melihat bagaimana setengah
pimpinan UMNO begitu berkeyakinan yang UMNO serta BN akan mendapat 2/3 sokongan
dalam PRU ini.
Saya pun hendak juga tahu
bagaimana mereka mengira. Dr Mahathir dulu telah membuat dasar pelajaran yang
berbeza dan salah satu dari yang diperkenalkan ialah 3M…..membaca, menulis dan
mengira.
Itulah sebabnya saya pun sudah
tahu sedikit-sebanyak mengira, dan membaca dan boleh menulis sedikit sebanyak.
Hasilnya dalam perkiraan saya UMNO akan kalah lebih banyak kerusi dan MCA akan
kalah hampir kesemua kerusi yang mereka sandang sekarang.
Selain dari itu jika dulu Sabah hanya mempunyai satu kerusi pembangkang, kali ini
angka itu akan bertambah lagi dalam pilihanraya kali ini. Begitu juga di Sarawak. Dari dua kerusi pembangkang sekarang kekalahan
beberapa kerusi dalam pilihanraya kali ini akan membuatkan kedua-dua negeri
Melaysia Timur itu tidak lagi menjadi ‘fixed Deposit’ bagi BN. Kepada siapa
yang masih keliru tentang 3M anjuran Mahathir dahulu, elok ulang kaji kembali terutama
sekalai dalam cara mengira dengan betul.
Tetapi itu tidak perlu di
bahaskan. Hanya sebagai penutupnya anda di dalam UMNO itu gunakan sepenuh masa
untuk memperbaiki diri anda sendiri. Jika boleh mulakan perubahan anda semua
dengan bersama-sama berhimpun bersama Pakatan Rakyat pada 12hb yang akan datang
ini.
38 comments:
Kesilapan,penyelewengan duit Rakyat dalam bentuk rompak,samun dan pelbagai lagi oleh UMNO boleh diumpamakan mcm bangkai gajah.Bangkai gajah tidak boleh ditutup dg nyiru.Langau berterbangan dan belum lagi burung vultures berterbangan di ruang angkasa mengendap-ngendap bangkai itu!
Kesilapan DAP tidak melibatkan wang Rakyat.Lihatlah UMNO! Tidak ada media Perdana atau sesiapa dalam UBN berani menyuarakan wang rakyat USD 44 billion yg dirompak oleh Ma'atdeyy Kurty!.Di mana mereka ini? mana bloggers UMNO ? Mereka ini semua buta perut!Wang LTAT juga telah disamun oleh Zahid dan Najib.Kenapa tidak ada suara dari UMNO?Tentera menyimpan duit mereka utk hari tua telah disalah gunakan oleh UMNO.Jika nak dikira terlalu banyak bro....
Pencacai Ameno tidak berani bersuara !.Bagaimanapun Rakyat akan bersuara isi hati mereka dalam PRU 13 ini nanti
Kesilapan UMNO yg boleh dijangka pada Perhimpunan Pakatan Rakyat 12 hb.Cuma 5 hari saja lagi. Rais Botak telah bercakap di Radio meminta pihak pembangkang terutamanya TGNA gunakan saluran betul.Ini cakap Rais Jolobu! PR seperti biasa akan meminta permit Polis.Sdra-sdra dah boleh menganggak apakah jawapan dari pihak Polis.Hishamudin akan mengarahkan FRU dan kereta simbah asid bersedia membelasah rakyat pada hari itu! Beranikah pihak UMNO bersuara meminta semuga Polis meluluskan permit Himpunan Rakyat?Polis akan dikerah mencari kesalahan himpunan Rakyat pd hari itu supaya mereka boleh bertindak! Rakyat boleh membaca apa saja gerak laku dan keputusan dari menteri UMNO.
Januari...,Februari.... lepas Tahun Baru China,March...PRU 13 dah tiba...Kita lihatlah!
Keyang Dot
Saudara Aspan,
Saudara yang mengalih perhatian isu pemilihan DAP.Salah tetap salah,tapi masih tiada MELAYU dalam DAP.Apa MELAYU dalam DAP tidak berkemampuan untuk ketangga CEC?Saya rasa DAP masih belum mempunyai kepercayaan penuh pada MELAYU yang sedia ada dengan mereka.Mereka ingin mencuba dengan "Melayu celup ".
Saudara AA dan blogger
Kita nampak begitu jelas bagaimana pihak UMNO sedang bergiat melebihi 50 tahun untuk membentuk kekeliruan atau 'smoke screen' untuk meraih kemenangan. Jika segala wang rakyat yang dikebas dan bolot itu dipulangkan, siapa berani kata rakyat negara kita tidak dapat menikmati pendidikan tinggi atau penggunaan lebuhraya secara percuma?
Salam.
Observer
So.....money is more important than harga diri? Lebih baik menjalang dari jadi pekerja kilang? But, then you changed because of the rewards, i.e. the money and power is it not?
pak aspan
usulnya adalah parti dap dan melayu
yg bagusnya kepelbagaian kaum di part dap dan ini adalah hakikat
masaalah dalam isu pemimpin dalam dap dan tiadanya representasi kaum melayu
dalam isu ini hanya waktu akan menentukan
kini, masaalah representasi kaum melayu dalam parti dap hanyalah secara teknikal saja
pak aspan atau pak sabri ariff mmg boleh dijadikan pemimpin dalam parti dap
tetapi penulisan pak aspan ada unsur2 side-tracking, ke perihal masaalah2 dalam parti umno pla
dan ini bukanlah pula caranya kita nak atasi usul pemimpin melayu dalam parti dap
alangkah baik, jika pak aspan menulis bagaimana mahu memperbaiki situasi usul kepimpinan melayu dalam dap
daripada berusaha untuk sidetracking dan menceritakan pula keaiban2 umno
saya dari golongan yg tidak berparti
saya amat perlu kepada kebebasan tidak berparti
kini umno tenat dgn isu2 rasuah,salahgunakuasa,curi2,tipu2
antara pr dan umno/bn, kini pr lebih baik dari umno/bn
maka, saya sokong pr, demi utk kebaikan semua rakyat
terima kasih
.....sutan nahu.....
Salam Saudara Aspan,
Memang betul tidak melibatkan wang tapi agak melucukan.Semata mata hendak menarik undi sekelompok melayu yang buta sejarah.
Anti-Umno
Kehilangan kuasa sama ketakutannya dengan kehilsngan nyawa. Malah dlm setengah2 keadaan org sangup kehilangan nyawa dari kehilangan kuasa atau harta. Contohnya melawan perompak ketika perompak masuk kerumah .
Mahathir kuat membela Najib sebab hartanya akan selamat kalau Najib bwrkuasa. Tapi dlm siri2 kempen sekarang buat2 kuat membela melayu dan Islam.
Mahathir pandai mengira. Sebab terlalu pandai mengira dia tak bagi royalty minyak seperti dlm perjanjian carigali minyak.
Terlalu pandai mengira menyebabkan Stadium di Kuala Terengganu runtuh. Terlalu pandai mengira menyebabkan T.Razaligh Kalah masa lawan Mahathir dulu. Terlalu pandai mengira berbillion ringgit duit bank negara lesap.
Komen cacai UMNGOK dah jauh tersasar, dan begitulah mentaliti cacai Ngok ni. Ada takde ke Melayu dalam CEC DAP itu dia punya parti punya pasal laa, buat apa hang nak sebok-sebok? BODDO betou laa hang ni!!!
As for me, sekiranya dengan tiada kuasa buat masa ini telah berjinak dengan membuat dosa secara kecilan, tidak dapat saya bayangkan apabila bila mempunyai kuasa sebenar seperti UMNO berkuasa selama 55 tahun. Takut untuk membayangkannya..
Soalan saya adalah mengapa saudara Aspan boleh tutup mata dengan kesalahan ini walaupun tidak berat pada mata Aspan. Bagi saya, ianya tetap salah, dan ianya kesalahan besar bila satu parti yang tidak berkuasa lagi. Apa akan jadi sekiranya kita memberi kuasa kepada mereka? There's no excuse for such action. If we want to move and change to a better government, it should start with a clean move regardless whatever scenario. We shouldnt give them excuses for such mistake and action.
If we let them go with this mistake, then they will repeat it and think that it's ok as we rakyat can forgive them for being new, can let it go for they are not umno.. hence we are the one who shd change not the government.. Kita patut berubah diri supaya tidak buta hati sekira kita mahu satu kerajaan yang bagus.. bukan pilih bulu semata-mata membenci UMNO.
Harap Aspan, saya adalah rakyat yang ingin perubahan yang betul dan benar, tak kira parti apa, tapi parti yang benar benar betul. Kejadian yang berlaku terharap parti harapan saya seperti PKR, Pas dan jugak DAP sungguh menghampakan setelah kuasa diberikan pada mereka. Tidak ubah seperti Parti Umno, mungkin lebih teruk? wallahualam..
Untuk saudara Aspan, ianya lain. Semata-mata kuasa politik sendiri dan duit yang diperolehi.. Akhirnya satu demi satu Tuhan celikkan mata saya yang dibutakan semata-mata ingin Change yang di warkan oleh pembangkang..how pathetic are we???
Puok umno ni sakit hati sangat.. Apa saja isu remeh dlm pakatan. Heboh satu malaysia... Mcm Dap samun harta rakyat... Umno nok tutup lobang puok Ubn... Harap gni je ada peluang nok tanam benci org Melayu Dap... Kalau ada yg percaya. Tapi Melayu hari ini bukan zaman 80 an percaya bulat bulat fitnah puok Umno ni... Rakyat kini cerdik.. Tau nilai mne satu Betul... Jangan kita di tipu lg... Serik doh wei... Ini kali tukar... Insaflah.. Cai.....
,,,,,,,,, umno sedang memulakan perjalanan terakhir menjelang pru13 ini
,,,,,, sudah jelas kewujudan umno hanya setakat ini sahaja
,,,,,,, sudah teramat sukar utk pulih kan umno selepas ini
,,,,,,, akan tiba ke suatu ketika , org2 melayu malu utk bersama umno , selepas pru13 nanti
,,,,,
Prasangka buruk kpd PR sangat tinggi. Bukti BN berjaya memburuk2 kan parti lawan. MCA lebih RASIS lagi kalau dibanding dgn DAP. MCA lebih penyamun besar terbukti dgn kes yg melibatkan Presiden2 MCA melibat bilion2 ringgit. Melayu maseh tak sedar diri terpengaruh dgn doktrin mahadhir boleh berbaik lagi dgn SYAITAN YG KITA KENAL.
Pandai2 Mahathir mengira kene tipu juga oleh Lee Liong Sik, Aric Chia, Ting Pek King, dan banyak lagi pendokong2 MCA. Melayu bodoh maseh sayang dgn Mca, Gerakkan dan MIC. Kesian aku tengok pola pemikiran melayu tolol politik ni.
DAP belum memerintah . Beri peluang Anwar, Hj.Hadi dan Lim Kit Siang memerintah sakali dulu. Kalau mereka buat tak betul kita rakyat turunkan pada PRU 14 nanti. Kalau PR SAPU DUIT RAKYAT sama macam MCA,UMNO DAN MIC sapu sekarang kita ganyang dua kali ganda pada pru 14 nanti.
Mahathir penyamun , Abdullah Badawi Penyamun melalui menantunya, Najib penyamun, Shahrizat penyamun, Musa Aman penyamun, Mahmud Taib penyamun, Isa samad penyamun, khir Toyol penyamun, lee leong sik pnyamun, kasitah Gadam penyamun kalau senaraikan ada 40 org penyamun. Ketua penyamun Mahathir. Kalau PR pegang kuasa ....ayoo...bikin rosak ana punya program... Kata Mahathir.
Anak mahathir penyambung warisan penyamun. Ramai dikalangan pemuda umno bercita2 dan berusaha untuk menjadikan kerjaya PENYAMUN melalui wadah UMNO. Salah satu makenisma berkesan untuk layak jadi penyamun tunjuk pada rakyat kuat semangat membela bangsa dan agama, jerit kuat2, hidup melayu... hidup umno....dlm hati hidup gerombolan penyamun duit rakyat...
Kaseh sayang org melayu dgn UMNO kaseh sayang membuta tuli. Apa pun dosa besar yg dibuat oleh pemimpin Umno tak mengapa rakyat melayu akan ampunkan asalkan pemimpin Umno, jangan diapa2kan. Org yg cuba menasihat dan menegor cara politik org itu akan dicop jahat dan anti melayu. Walhal asasnya adalah anti rasuah dan anti penyelewangan. Berselindung disebalik UMNO adalah jalan yg paling ampuh untuk menceroboh hak rakyat. Saya masih ingat suatu ketika dulu saya pacak rumah setingan di Pantai Dalam, siap rumah terus pacak bendera UMNO. BODOH BETUL AKU MASA TU. Takut dgn keganasan UMNo. Bukan Sayang dgn pembelaan UMNO.
Cukup ramai dikalangan org muda melayu berfikiran masuk umno boleh jadi kaya walaupun tiada asas2 yg kongkrik utuk jadi kaya . Umno menjadikan pemuda melayu jadi org yg kuat berangan2 mat jenin.
Doesnt mahathir also melayu celup?
Saya sokong
bryanlee
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Terima kasih di atas analisa ini. Justeru, izinkan saya untuk berkongsi sedikit pandangan yang saya harap boleh diterima semua pihak. Mendahului perkongsian pandangan ini, perlu saya tegaskan, sokongan saya terhadap artikel-artikel Saudara Blogger kita ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman tak seberapa semata-mata, juga hanya sebagai warganegara yang dijamin hak bersuara oleh Perlembagaan, bukan sebagai "absolute, perfect support" seperti menjunjung titah perintah Allah yang didasari wahyu ke atas para rasul-Nya. Jutaan maaf atas kenyataan ini kerana saya tak mahu lagi di kalangankita saling label-melabel dengan istilah-istilah yang tak selayaknya sebagaimana yang berlaku kepada saya baru-baru ini.
Bagi saya, yang benar tetap benar meskipun pahit lagi meloyakan untuk ditelan, ibarat orang sakit, kalau tak makan ubat ... Justeru, setidak-tidaknya apa yang saudara paparkan ini, hakikatnya sudah mampu ditonton seluruh dunia. Soal kaum mana yang dominan dan pelbagai kelemahan dalam jemaah PR itu, elok kita sebagai rakyat biasa ni jangan gaduh sangat, kerana, sememangnya "nature" DAP itu ditubuhkan segolongan masyarat Cina kita yang juga tertindas di bawah pemerintah sedia ada suatu ketika dahulu, malah sehingga kini. Kedua, dari segi kelemahan PR, itulah yang dikatakan "manusia"; tak mungkin sempurna 100 %. Justeru, dalam hal ini, untuk mengharapkan kepimpinan yang dikatakan bersih 100 %, saya khuatir ianya sukar sekali. Nah, bukankah di sinilah terletaknya kuasa pilihan di tangan rakyat? Cuma, sekali lagi, maaf untuk saya sebut, kita sebenarnya telah dialpakan daripada tanggungjawab memilih ini dik "kesempurnaan 100 %" yang saban waktu dipromosi golongan berkepentingan. Oleh itu, bersamalah kita berdoa serta berusaha memilih yang lebih baik kali ini dan jauhilah emosi dan sentimen demi masa depan kita dan keturunan kita juga. Ingatilah sejarah ketika Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq RA ditabalkan menjadi khalifah, pada ucapan dasarnya, beliau dengan tawadhu' mengakui akan ketidaksempurnaan dan ketidaklayakan dirinya, lantas meminta rakyat untuk mentaatinya sekiranya dia berlaku baik, benar lagi amanah, iaitu taatkan Allah dan Rasul-Nya, serta menegurnya jika sebaliknya. Apapun, Allah yang Maha Mengetahui.
Terima kasih dan salam jihad.
As for me, sekiranya dengan tiada kuasa buat masa ini telah berjinak dengan membuat dosa secara kecilan, tidak dapat saya bayangkan apabila bila mempunyai kuasa sebenar seperti UMNO berkuasa selama 55 tahun. Takut untuk membayangkannya.
Soalan saya adalah mengapa saudara Aspan boleh tutup mata dengan kesalahan ini walaupun tidak berat pada mata Aspan. Bagi saya, ianya tetap salah, dan ianya kesalahan besar bila satu parti yang tidak berkuasa lagi. Apa akan jadi sekiranya kita memberi kuasa kepada mereka? There's no excuse for such action. If we want to move and change to a better government, it should start with a clean move regardless whatever scenario. We shouldnt give them excuses for such mistake and action.
If we let them go with this mistake, then they will repeat it and think that it's ok as we rakyat can forgive them for being new, can let it go for they are not umno.. hence we are the one who shd change not the government.. Kita patut berubah diri supaya tidak buta hati sekira kita mahu satu kerajaan yang bagus.. bukan pilih bulu semata-mata membenci UMNO.
ANON 7 January 2013 21:53:00 GMT+08:00
----------------------------------------------------
Nak tanya Saudara yang mempunyai pemikiran yang sempit, apa dosanya membuat pembetulan mathematic sekiranya kesilapan telah dibuat?
Ada orang yang terbunuh/teraniaya/sengsara dalam pembetulan ini? Tolong bagi definasi “DOSA” yang betul dan bukan macam puak UMNO yang pandai buat tuduhan yang tidak berfatwa.
Adakah saudara hendak mengikut perangai UMNO yang pandai tutup kesilapan seperti Curi duit Lembu/submarian/pembunuhan Altantuya...dan lain. Tepuk dada dan tanyalah sendiri, Pernahkah awak membuat kesilapan? Apa ajaran islam tentang orang yang ingin membuat pembetulan pengiraan?
Adakah anak awak buat kesilapan mathematic/atau ujian di sekolah?
Apa dosa dia? Atau macam mana hendak hukum dia?
Saya harap saudara ini jangan menjadi Munafik yang asyik pakai “Double standard” untuk menilai sesuatu dan patut membuat penilaian yang waras.
“DOSA” bukan untuk orang yang membuat kesilapan mengira termasuk murid-murid sekolah.
Orang yang boleh membuat pembetulan patut dipuji dan bukan dicecak atau didosakan.
________________________________________________________________
Kesimpulannya dua dua belah tak ada integriti. DAP tak pakai duit yg byk utk menghalalkan permainan manakala umno semua halal asalkan menang. Mana satu yg betulnya. Harap2 ada parti bebas dlm pru nnt.
Kotak pemikiran org umno terutama pendokong diperingkat pertengahan hanya berfikir macam mana nak dapat duit cara mudah dan macam mana nak dapat kuasa untuk dapat duit cara mudah dengan banyak. Pendek kata macam mana nak menjadikan pendapatan cara RASUAH sebagai kerjaya.
Orang UMNO terbahagi kepada 3 golongan.
1. Kumpulan miskin.... Macam mana nak makan.
2. Kumpulan pertengahah....Kat mana nak makan.
3. Kumpulan atasan.... Siapa yg kita nak makan.
Salam Tuan Aspan yang dihormati dan kawan-kawan yang dirindui.
I agree tons of money is not involved. But it's a matter of lost of dignity to the DAP. That you are the laughing stock of the world.
Pontificating about free and fair elections when EC has always got the right math of millions of voters. And so is UMNO. It's always smooth sailing election results. Results always tally.
But bang, computer glitch with regard to DAP comrade number 20. Only his votes. What about the rest?
It looks so conveniently down pat fixed. That the Chinese guy with the Malay name is the winner.
Whom is the DAP fooling. The Malays? Haha Melayu is not eaily hoodwinked. The only thing we like is Zairil is bin Abdullah. Finally revealed he's not Pak Khir's son.
He should have put his Chinese name and he could hsvr easily won. The so-called glitch will not occur.
That's the plain truth.
P.S. Please do not delete this. Ipun dah lama tak interact with you all.
Saudara Aspan,
Memanglah x menggunakan wang rakyat. Tapi kalau pilihanraya parti pun x boleh nak ditangani dengan betul mcm mana nak takbir negara. Bab komplain ke SPR pandai sangat. Inilah PR "cakap tak serupa bikin". Katakan tidak pada Pakatan Rakyat di coming election.
It takes great courage to admit mistake and fix it or compensate the victim.
Salam semua rakan sesama islam.
Kenapa orang islam kena datang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat?
Baca di sini :
astanakandis.blogspot.com
Selamatkan negara, selamatkan agama.
Jumpa di kl semua pada sabtu 12Jan2013.
As Salam Tuan Aspan.
Kadangkala simpati juga terhadap parti UMNO yang telah lama (55 tahun) berjasa terhadap rakyat. Dek kerana para pemimpin baru mereka yang bersifat penyamun, penyangak, munafik, khianat, haramjadah dan lahanat, maka habis seluruh kebaikkan dan pengorbanan serta jasa para pemimpin mereka yang terdahulu terpadam dan pupus begitu sahaja seperti batang kayu buruk dibaham anai-anai.
Politik adalah persepsi, musuh kepada musuh kita adalah sahabat kita tetapi jangan sesekali kita memijak musuh kita sehingga lumat kerana tidak mustahil suatu hari nanti musuh kita itu akan menjadi sahabat kepada kita pula, kalau tak percaya tanyalah Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI).
Demokrasi berparlimen adalah sistem terbaik yang diperkenalkan oleh British di negara-negara koloni serta bekas jajahan. Jika digunakan sebaik mungkin ia akan menjadi jauh lebih baik dari sistem sosialis komunis tetapi sekiranya ia disalahgunakan oleh pemerintah maka ia akan menjadi 100 kali lebih buruk dari negara komunis.
Keadilan dan hak kemanusiaan perlu diperjuangkan walaupun para pemimpin mana sekalipun yang berkuasa kelak mereka adalah tetap manusia yang tidak boleh lari dari sikap tamak, lupa diri dan sombong kerana kita tidak "maksum" seperti Rasullulah SAW.
Sekuat mana pun pendirian manusia di zaman ini maka tiga perkara ini akan menjadikan mereka cair seperti cokelat iaitu wang/hartabenda, keluarga/kroni dan wanita (bagi lelaki) dan anak/suami (bagi wanita). Buktinya Kak Ijat dengan lembu kondo-nya.
Salam Pak,
Kesian betul dengan pecacai-pecacai umno didalam blok ni. Mereka macam tak reti bahasa. Mereka tak dapat membezakan isu. Tak faham isu. Oleh itu bila nak komen isu-isu semasa jadi merapu. Macam budak tak sihat akal. Hajat tu nak membantu UMNO tapi sebaliknya memendekkan lagi umur UMNO.
Dalam isu pemilihan dalam DAP petugas yang bertanggungjawab telah pun meletakkan jawatan. Beliau mengambil tanggungjawab. Dalam UMNO siapa pemimpin yang telah letak jawatan? Najib? Hisham, Shahrizat, Zahid?
Mohd Zuki
Bodoh sungguh orang melayu mcam aspan dan dato ariff ni.pergi meyokong parti cina haprak ni. Mereka berdua ni penderhaka bangsa melayu. Kalau nak lawan umno bentuk le parti baru.nampak sangat nak kuasa secara short cut....dah benggong ke
Tuan Aspan,
Samada tersilap kira bilangan yang 1800 atau 18 juta, silap tetap silap. Kalau dalam exam ianya tetap dianggap tidak lulus. UMNO juga tuan katakan pernah dan sentiasa kurang pandai mengira, SPR pun sama dan tiba tiba parti tuan juga tersilap kira. Apakah tuan setuju jika kita simpulkan yang UMNO, DAP dan SPR ini sama sahaja kurang pandainya?
DAP tak tahu kira!! UMNO tak berani mengundi! MCA juga tangguh. UMNO/MCA nak latih pengira dulu ke?
Salute u bro..nice thought there
Post a Comment