15 March 2014

Jangan hanya tukar pemimpin, acuannya juga perlu diganti

“Pakatan Rakyat akan bertambah kuat jika ketiadaan Anwar” kata beberapa orang pemimpin PKR sehari dua ini dalam siri kempen PRK Kajang sekarang. Kata-kata ini tentunya untuk memberikan semangat kepada penyokong PKR dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya ini.

Jika itu keadaannya maka Pakatan Rakyat tidak perlu membuat berbagai-bagai reaksi terhadap penghakiman keatas beliau seminggu lepas.  Lain-lain perkataan tanpa Anwar Pakatan Rakyat akan bertambah baik dan kuat jika Anwar tidak lagi memimpin PKR dan Pakatan Rakyat itu.. Jika begitu kepercayaan mereka maka Pakatan Rakyat akan lebih mudah mengambil alih Putrajaya bila-bila PRU diadakan.

Tetapi betulkah pandangan yang PKR dan Pakatan Rakyat lebih kuat tanpa Anwar? Dimana datang lojiknya jika tidak dari hanya membuat kenyataan yang bersentimenkan kepimpinan Anwar semata-mata? Sampai bila Pakatan Rakyat mahu bergantung kepada sentimen untuk membenci BN kerana Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes Sodomi 2 itu?

Sesungguhnya PKR dan Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai kepimpinan lagi, maksud saya pemimpin yang mempunyai ‘material’ seorang Perdana Menteri. Pakatan Rakyat sudah hilang dua pemimpin utamanya dalam kes-kes Mahkamah. Seorang lagi ialah Karpal Singh, Pengerusi DAP dan jika mereka tidak dapat menukar penghakiman di peringkat Mahkamah Persekutuan untuk Anwar dan Mahkamah Rayuan bagi Karpal, Pakatan Rakyat akan menjadi seperti anak ayam tidak beribu lagi.

Sesiapa pun dalam Pakatan boleh membuat ‘political statements’ dengan mengatakan mereka akan lebih kuat tanpa Anwar, tetapi hakikatnya Pakatan tidak mempunyai pemimpin yang boleh diketengahkan untuk dijadikan juara bagi memimpin negara, sebagai Perdana Menteri.

Mengikut penghakiman terhadap Anwar, beliau dihukum penjara selama lima tahun dan setelah mendapat ‘remission’, Anwar akan dipenjarakan selama tiga tahun setengah sahaja. Anwar akan hanya dibolehkan memegang jawatan politik hanya setelah dibebaskan selama lima tahun. Maka selama lapan tahun setengah beliau akan berada diluar persada politik negara dan selama itulah Pakatan Rakyat akan tidak mempunyai kepimpinan lagi.

Ketiadaan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat itu ditambah pula dengan penghakiman terhadap peguam Anwar sendiri, Karpal Singh yang telah dijatuhkan hukuman denda RM4000 dalam kes ‘sedition’ terhadap Sultan Azlan Shah pada tahun 2009 dahulu. Jika Karpal tidak berjaya mengurangkan jumlah dendanya kebawah dua ribu ringgit, maka beliau sendiri akan kehilangan kedudukan beliau di Dewan Legislatif Persekutuan, Parlimen.

Sudah hampir pasti yang Pakatan Rakyat, khususnya PKR akan menjadi ‘orphanage’ parti yang tidak mempunyai ketua yang berkelayakan untuk menjadi pemimpin alternatif kepada pimpinan UMNO yang kini sudah begitu ketandusan. Jika kita kira satu demi satu dari Presiden hingga ke pemeriksa kira-kira dalam Majlis Tertinggi UMNO itu tidak ada siapa pun yang ‘viable’ untuk menggantikan Najib sekarang ini. Najib pula sudah sampai keperingkat wajib diganti jika mahu melihat negara mempunyai sebuah kerajaan yang berwibawa seperti yang pernah kita alami dan rasai lama dahulu.

Pendeknya sekarang negara sedang tercari-cari dan wajib dijumpai seorang yang mampu mentadbir dan membuat perubahan terhadap negara ini agar kita dapat keluar dari politik yang tidak menentu ini.

Masalah kita bukan sahaja masalah rasuah dan masalah salahguna kuasa. Dalam keadaan pencarian ini kita wajar mengambil kesempatan untuk membetulkan negara dalam banyak hal yang lain yang sudah terlalu lama memerlukan pembetulan.

Contohnya kita wajar memikirkan usaha untuk kita benar-benar mempunyai sebuah negara yang benar-benar sebuah negara Persekutuan yang berdaulat. Negeri-negeri di dalam Persekutuan perlu diperlakukan sebagai negeri-negeri yang berdaulat sebagai ahli kepada Persekutuan ini.

Penguasaan politik yang keterlaluan dari Persekutuan perlu di batasi kerana tiada kedaulatan Persekutuan itu jika tidak ia tidak datangnya dari kedaulatan negeri-negeri didalam Persekutuan itu. Ini lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kedudukan Sabah dan Sarawak yang sepatutnya negeri-negeri yang berstatus ‘equal partner’ dalam Persekutuan Malaysia yang terbentuk pada tahun 1963 dahulu. Isu ini merupakan isu tertunggak yang sebegitu lama tidak di berikan perhatian yang setimpal dengan kedudukan mereka sebagai ahli yang mempunyai 'equal status' dengan Persekutuan Tanah Melayu itu.

Itu sebabnya blog ini tidak henti-henti menyuarakan pandangan yang kita wajar memperbaharui politik negara dengan keadaan dan bentuk yang baru dengan set pimpinan yang baru. Buat permulaannya ia hanya bertugas untuk memperbetulkan keadaan dan situasi politik yang lebih meyakinkan untuk mengekalkan negara ini sebagai sebuah negara yang mempunyai asas untuk kemajuan dimasa depan.

Kita memerlukan budaya politik yang diasaskan kepada budaya kita yang berbilang kaum ini. Kita wajar meninggalkan budaya politik permusuhan yang tidak ada kesudahannya ini. Situasi permusuhan yang tidak ada had pada hari hari ini tentunya terbit dari kepimpinan yang telah tertanam tiga 'racun berbisa' dalam kepimpinan dari kedua-dua belah pihak iaitu, “greed, anger and foolishness’ yang pernah saya sebut minggu lepas.

Sememangnya Najib sepatutnya berundur sekarang ini tetapi biarlah pengundurannya itu di sambut oleh kepimpinan yang benar-benar berwibawa supaya keadaan dan situasi seperti hari ini tidak berulang lagi.

Formula untuk menggantikan Najib itu ialah dengan tidak memilih pemimpin yang berada dalam satu acuan dengan yang ada pada hari ini. Perlu difahami yang kita sekarang bukan sahaja perlu mengganti pemimpin sahaja.

Acuannya perlu di tukar sekali.

6 comments:

awang batuburok said...

Assalamkm Pak Aspan,

Apa cadangan alternatif tuan? Saban hari mengkritik UMNO/BN, PKR/PR apa sebenarnya pilihan yg tuan cadangkan?

Rasa nya elok Tuan buat cadangan secara spesifik apa acuan baru dan formula baru yg tuan maksudkan.

Terima kasih kerana tidak "delete" soalan yang saya kemukakan....wslm.

Anonymous said...

well said tuan.

Anonymous said...

UMNO yg mengemudi BN hanya dikuasai oleh nafsu semata-mata tanpa meletakkan fungsi akal. Bagaimana hendak menggunakan akal sedang akal itu seolah-olah tiada pd mereka nampaknya. Orang pandai tetapi mabuk juga telah rosak akalnya. Itulah sebabnya negara ini terhoyong-hayang dibuatnya. Yg telah lama pencen pun masih bernafsu juga dlm politik. Hanya sebilangan amat kecil yg baik dan berakal dlm UMNO, terpaksa menerima hakikat ianya akan dipinggirkan dlm tempoh yg pendek.
Berbanding PR yg juga bernafsu, tetapi ada akal yg mengawalnya. Keputusan dan tindakan dlm domain peranan yg boleh mereka kuasai, telah diteliti kewajarannya. Sama ada Anwar dapat bersama atau tidak dlm PR, bukannya isu pokok. Dasar perjuangan PR adalah untuk kepentingan rakyat dan generasi mendatang.

Anonymous said...

Tak guna tukar driver kalau bas rosak. Baiki bas tu dulu. Driver siapa pun boleh kalau bas dah elok

Anonymous said...

Pada hemat saya pemimpin umno terlalu lama dlm zon selesa dan zon membodohkan rakyat. Apabila Anwar yg memahami kebodohan umno ini mengunakan kesempatan merungkai kekosongan kepimpinan dlm umno. Kini umno terkial2 utk survival. Bukanlah cerdik sangat Anwar tetapi pemimpin umno yg bodoh atau (jahil dlm bahasa arab.)

Anonymous said...

Politik negara ini semakin hari semakin kebudak budakan. Kelahi tidak pernah habis dan takkan habis sampai bila bila. Cuma tenaga mereka yang sudah dihabiskan ke arah peribadi yang menyebabkan mereka tidak ada daya lagi untuk tenaga ke arah penyatuan. Sadis! By the time, isu sebenar patut ditangani, mereka sudah kepenatan.