Kita semua dalam dilemma berkaitan
dengan kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 kerana sehingga hari ini yang
sudah masuk hari ke enam, masih tidak menampakkan apa-apa kejayaan dalam
pencarian kita. Kini sudah menjangkau keluasan kawasan kepada 27,000 batu
persegi untuk pencarian tersebut.
Tidak siapa yang menafikan yang
kerajaan sedang melakukan apa yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang sangat
besar yang boleh mempengaruhi kredibiliti kerajaan kita dan pimpinannya, tetapi
kita juga mahukan kejujuran itu di pandu oleh kemahiran dan kebijaksanaan
pimpinan hari ini.
Keadaan begitu meruncing
sehinggakan Vietnam telah mengurangkan ‘scale’ penglibatannya sehingga
Putrajaya memberikan panduan dan kehendak perancangan pencarian secara tegas
dan meyakinkan. Kita memahami yang kejadian kehilangan pesawat ini merupakan
kejadian tidak di minta dan yang tidak ditunggu-tunggu.
Yang menghadapi musibah ini ialah
negara kita, dan kita tidak mungkin wajar untuk menyerahkan segala tugas
mengkoordinasi itu kepada agensi antarabangsa. Kerajaan dan penguasa negara
kita perlu melakukan koordinasi ini maka ia memerlukan fokus dan tumpuan yang
betul dalam menghadapi krisis yang sangat besar ini.
Krisis kali ini bukannya krisis
yang pertama yang dihadapi oleh negara. Krisis Japanese red army pada tahun
tujuh puluhan dahulu juga merupakan krisis yang besar tetapi semasa itu kita
mempunyai pemimpin yang diakui kredibilitinya seperti Tun Ghazali Shafie. Kita
masih ingat yang kerajaan tidak membenarkan terlalu ramai yang memberikan kenyataan
untuk tidak mengelirukan orang ramai.
Dalam krisis itu hanya King Ghaz
sahaja yang mengeluarkan apa-apa kenyataan dan krisis yang sangat besar itu
selesai hasil dari kelicinan perjalanan pengurusan krisis itu. Kita boleh
memberikan alasan yang krisis yang kita hadapi sekarang adalah satu krisis yang
berlainan bentuk dan keadaannya, tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah
kaedah mengendalikan krisis ini.
Kita tidak pernah menafikan keikhlasan
pihak yang berwajib dalam menangani krisis ini tetapi yang kita persoalkan,
kita tidak mempunyai koordinasi yang tepat dalam menghadapi media dan orang
ramai. Memilih seseorang sebagai koordinator dalam menghadapi masyarakat dan
media antarabangsa ini perlu dilakukan dengan teliti dan jika lebih baik keputusan
itu perlu dibuat oleh Kabinet Kerajaan.
Dengan mengambil keputusan
kabinet, ia akan menentukan ‘accountability’ keputusan ini diambil oleh kabinet
sendiri. Buat masa ini kita tidak tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap isu
ini.
Ramai yang bertanya siapa yang
kita hendak dengar? Adakah dari DCA atau APMM? Adakah dari tentera laut atau
tentera udara? Atau kita yakini kenyataan Hishamudin atau Ahmad Zahid Hamidi?
Kalau kita amati dan mengikuti perkembangan sejak enam hari yang lepas kita
telah mendengar kenyataan Shahidan Kassim yang terlalu rendah kredibilitinya
untuk menghadapi situasi yang sangat serius ini.
Kita terpaksa menyebut ini semua
kerana ia membabitkan imej dan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa dan
sekali gus ia menjahanamkan kredibiliti ‘government of the day’. Jika ini
berterusan maka persepsi semua pihak terhadap kerajaan akan tidak dapat
diperbaiki lagi sedangkan pimpinan hari ini sudah tersedia menghadapi krisis
keyakinan yang amat serius jika pun insiden kehilangan pesawat ini tidak pernah
berlaku.
Sekarang kita sudah ‘conclusive’
yang pemimpin-pemimpin hari ini sebenarnya belum diuji tentang kepimpinan
masing-masing. Pemimpin-pemimpin hari ini adalah dari kumpulan yang menaiki
tangga kepimpinan melalui jalan yang tidak diuji kepimpinan mereka. Mungkin
mereka boleh mengumpulkan orang dan membawa rakyat untuk berfikir dengan budaya
ampu mengampu yang hanya diperkuatkan dengan otot yang ada kepada kerajaan itu.
Kita belum lagi mengalami
penukaran kerajaan seperti negara lain yang sudah tersedia dengan pengalaman
sebagai demokrasi sistem dua parti. Oleh kerana pembangkang belum lagi
mempunyai pengalaman menjadi kerajaan di peringkat persekutuan ini, maka mereka
juga belum pasti boleh menyelesaikan krisis seperti ini jika sekarang mereka
yang memimpin kerajaan hari ini.
Krisis yang sebesar ini perlu
ditangani oleh pemimpin yang benar-benar berpengalaman dan tidak menggunakan
kesempatan untuk mempamirkan diri dimuka media sahaja. Krisis yang melanda MAS
kali ini adalah krisis yang boleh mempengaruhi kepimpinan negara dan ia patut
di selenggara dengan penuh teliti dan ketulinan kemahiran kepimpinan mereka.
Kita tidak boleh mengendalikan
isu ini seperti kita mengendalikan politik kepartian yang sedang berperang.
Kita sekarang bukan sedang membuat pilihan diantara calon-calon PRK Kajang yang
terhasil dari krisis dalaman PKR. Ini krisis nasional yang amat serius yang
melibatkan negara dan masa depan negara dikaca mata masyarakat antarabangsa
lebih-lebih lagi yang melibatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.
Yang perlu di fahami ialah tidak
ada seorang yang mahu melihat perkara seperti ini berlaku dan seperti yang
disebut dalam posting yang lepas tiada siapa yang tidak berdoa untuk
keselamatan semua penumpang dan anak kapal itu.
Semua mahu melihat kebaikan
walaupun sekarang sudah sampai hari ke enam kehilangan pesawat itu. Kita dapat
menumpang merasakan kesedihan dan tekanan yang dihadapi oleh keluarga yang
terlibat. Kita tidak pernah menjangkakan yang kemalangan ‘of this magnitude’ berlaku
kepada negara kita.
11 comments:
rentetan krisis yang melanda negara dari isu pencerobohan Lahad Datu, krisis air di Selangor dan krisis MH 370 yang hilang mendedahkan suatu keadaan di mana pimpinan negara ini tidak dalam keadaan bersedia sejak entah bila. Kalau pemimpin negara sebok dengan politik, mencari kemewahan, atau lain dari tugas sebenar pemimpin maka tidak hairan kita nampak 'bodoh' dalam menangani isu. Benteng Pertahanan negara nampak rapuh, sehingga Sulu 200 pun boleh menimbulkan onar. Penghapusan hutan balak bertahun-tahun menyebabkan kawasan tadahan dah tak ada keupayaan untuk menadah. Dan bila MH 370 kecoh, nampak sangat tak ada koodinasi dalam menangani sampai SAR pun kena minta negara lain bantu. Saya takut, kalau esok Singapura atau China menyerang adakah kita mampu pertahankan negara kita?
In so many planes, why MH370 has intendeth to get involved with this mysterious event? So why the incident intendeth at about 1:30am March 9, 2014? Coincidence??? The onset of the loss detection by radar, severed all communication links, and all attempts to search accomplished to date, the message did not give any positive results. What about other events that may happen unexpectedly. The repetition of the tragedy is a reminder and warning from Allah S.W.T. What was happened has already happened cannot be changed and we must begging for another unwanted incident appeared being avoided. May Allah S.W.T. bless us for a much better future.
Hmnmm
Sudahlah terlalu ramai yang ingin bercakap dan mengulas MH370 dan dibiarkan pula para pelawak yang meneropong dengan bulu dan bubu ikan. Kewibawaan kerajaan kita benar-benar menjadi bahan lawak antarabangsa. Mungkin ini yang membuatkan Vietnam 'lemah semangat' untuk membantu.
Semua nak bercakap..itu masalahnya..semua bercelaru..semua nak tunjukmpandai..kat atas tak tahu apa yg berlaku kat bawah..sebab tu jadi mcm itu..meka tak pijak ke funia nyata..apa yg atas tahu di bawah tak tahu..apa yg bawah tahu kat atas lagi tak tahu..sebab tu program kerajaan hanya membuang duit..sebab idea atas bawa ke baeah..d bawah tak tahu nak buat apa dan dan d bawah tak dapat apa apa..yg kaya hanya kroni d atas...Pemimpin ug lemah..pegawai meka pun ikut lemah..sebab bercelaru, meka naik sebab membodek..cabel, line bagus..keja hampas..la ni ambik kau..
Apa dah jadi pada Sistem Radar Pertahanan Udara Negara ? Tak kan tidur semua dan insiden Serangan Udara Jepun ke atas Pearl Harbour tidak di jadikan sebagai IKTIBAR. Panglima Angkatan Tentera Malaysia seorang yg "CAKAP MERAPU MACAM BURUNG KAKAK TUA KENA CABUT BULU ".We must be professional and have the intelligence to talk on the subject; not just beating around the Bush ".Tq Pak Aspan..just query on Air Defence System of Malaysia -seem to be so loose & fragile.
Dalam perang apa saya tak igt, tetapi ada satu perang Islam dikalahkan. Pengajaran dari perang itu ialah walaupun leader itu silap langkah, tetapi kena patuh kepada satu leader itu sahaja supaya tak bercelaru.
Clowns who want to be a HERO...
Novice trying to be a professional...
we are facing a world press not a mere msian tv reporters
Salam Pak Aspan.
Situasi ini sangat mencengkam jiwa dan mental. Di manakah jet kita?Allah sahaja yang Maha Mengetahui
- Perempuan dari Batu Berendam
Salam Pak Aspan,
Semakin lama MH 370 tak dijumpai, semakin banyak kelemahan kita diketahui.
Kecelaruan maklumat, kelemahan sistem radar ketenteraan dan awam.
keupayaan kita menggerakkan aset-aset untuk operasi SAR sebaik sahaja kita mengetahui bahawa MH 370 tidak menghubungi menara kawalan pada jam 1.25 pagi Sabtu.
Semua perkara ini menjadi tandatanya waris penumpang, rakyat Malaysia dan warga dunia.
Pesawat secanggih Boeing 777-200 amat mudah dimatikan isyarat penghangtar untuk menghilangkan diri juga menjadi tandatanya.
Peraturan baru pembinaan pesawat pada masa ini perlu digubal supaya peralatan seperti transponder dan alatan berkaitan tidak boleh di "swich off" dengan mudah utk mengelakkan bencana lebih besar terjadi pada masa hadapan.
Pihak pengganas semakin canggih dengan teknologi yang kita mungkin tidak jangka selepas tragedi 9/11.
Saya mengharapkan perkara sedemikian tidak berlaku pada masa hadapan dan sentiasa mendoakan penumpang pesawat MH 370 selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dalam keadaan selamat.
Hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui nasib MH 370.
Iskandar.
Inilah teropong Malaysia dipentas Dunia.... Orang Sabah-Sarawak masah dah Sampai Pecat Malaya...pahathkan era Baru!!
Post a Comment