Kerajaan Malaysia telah
mengumumkan secara rasmi yang MH370 mengakhiri penerbangan nya di selatan
Lautan Hindi. Walaupun tidak ada bukti-bukti ‘organic’ yang pesawat itu
terhempas tetapi Malaysia telah mengambil keputusan untuk menerima pencarian
melalui satellite dari UK Inmarsat dan AAIB yang telah mengikuti misteri
kehilangan MH370 dan telah memberikan keyakinan kepada Malaysia yang pesawat
itu terhempas di Selatan Lautan Hindi, lokasi terakhir pesawat itu dapat di
turuti oleh syarikat satellite UK itu.
Semua rakyat negara dan juga
masyarakat antarabangsa amat merasakan kesedihan dan kepiluan dengan pengumuman
Perdana Menteri itu setelah menunggu selama 17 hari untuk mendapatkan berita
tentang nasib pesawat tersebut. Sebagai unit kecil dalam masyarakat negara ini,
saya tidak dapat tidur lena dengan kemalangan ‘aviation’ yang paling
‘unprecedented’ ini dan situasi ini belum pernah kita rasai dalam sejarah
kemalangan ‘aviation’ sebelum ini. Tentunya lebih ramai lagi diluar sana yang merasakan
situasi yang sama.
Saya seperti yang lain, tidak
dapat membayangkan kesedihan yang dialami oleh waris dan keluarga
penumpang-penumpang dan kakitangan pesawat malang itu kerana kehilangan mereka yang
tersayang.
Apa yang dapat kita lakukan
hanyalah berdoa agar keluarga dan waris mereka yang malang itu sentiasa kuat dan teguh menghadapi
dugaan Tuhan ini dan ingat kepada agama yang percaya kesabaran menghadapi
situasi dan dugaan ini adalah peningkatan keimanan kita terhadapNya yang Maha
Berkuasa dan Pencipta itu.
Orang ramai tanpa mengira miskin
atau kaya dan dari apa-apa bangsa dan kepercayaan bersama merasakan kepedihan
yang di alami oleh mereka yang kehilangan mereka yang di sayangi.
Yang pergi tetap pergi dan kita
sendiri sedang menunggu giliran untuk pergi ke tempat yang sama. Hanya Tuhan
saja yang tahu waktu yang dikehendakiNya untuk kita kembali ke alam baqa itu.
Tetapi sementara kita menunggu giliran kita untuk pergi, ‘life has to go on’
dan tanggungjawab kita terhadap kehidupan perlu dan wajib kita laksanakan sebaik
yang di kehendakiNya.
Setiap yang hidup pasti
menghadapi dugaanNya. Jika keluarga yang kehilangan yang tersayang dalam
kemalangan pesawat ini, kita pula belum tentu apa pula dugaan yang kita pula
hadapi sebelum kita kembali kepadaNya. Malahan ramai yang ada sekarang telah
pun menghadapi dugaan masing-masing dan kehidupan mereka tetap mereka teruskan
sebagai seorang yang penuh dengan keimanan dan mengakui kebesaran Allah s.w.t.
itu tidak ada satu pun boleh dijadikan perbandingan.
Teruskan berdoa untuk mereka yang
menghadapi keperitan ini, agar mereka menghadapi situasi ini dengan tabah dalam
kekentalan iman seperti yang di tuntutiNya.
Al fatihah.
2 comments:
Dear Aspan,
I am amazed with your blog as it contains elements of values, punctuated with spiritual elements some times, or shall I say all the time.
Of late I m quite addicted to read your articles and I subsequently feel in peace.
Jade
Salam Tuan Aspan,
Kesabaran kita (rakyat) selama ini sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Ramai orang menganggap sabar itu sesuatu yang 'takde hasil' tetapi bagi yang berTuhan, kesemua ini (Anwar masuk jail) adalah kerja nature. Hakim Alam Semesta ternyata lagi Kuasa dari minister minister, ketua ketua hakim, peguam peguam dunia.
-Wallahualam-
Post a Comment