06 March 2014

When great evil occurs, great good follows

Banyak sejarah menunjukkan yang kekecuhan politik sesebuah negara akan akhirnya tamat dan keadaan kembali tenang dan rakyat kembali hidup seperti biasa dalam keadaan biasa. Tiada kekecuhan itu berterusan dan tiada keamanan itu kekal buat selama-lamanya. Jika didengar pandangan mereka yang agak ‘spiritual’ segala yang berlaku itu ada hikmahnya, tiada apa-apa kekusutan tidak dapat diselesaikan.

Kehidupan ini sentiasa dalam pencaroba, begitu jugalah dalam politik di negara kita. Kadangkala keburukan yang berlaku ada baiknya kerana kekusutan politik seperti yang kita hadapi hari ini jelas membuktikan hikmahnya amat besar. Itu sebabnya kita selalu dinasihatkan yang jika terjumpa yang cantik-cantik dan nampak elok itu, jangan terus kita terkam, kerana mungkin ada celaka di sebaliknya. Begitu juga kalau kita terjumpa yang buruk itu, jangan terus dibuang dan dicampakkan kerana mungkin ada kebaikan di sebaliknya.

Bagi pandangan ahli fikir yang saya berbincang dengan mereka, keadaan sebegini sememangnya akan berlaku sebelum kebaikan tiba. Bagi saya ini merupakan proses yang perlu dilalui sebelum pembersihan politik negara dapat di saksikan dan terlaksana. Proses ini akan menimbulkan dan menampakkan semua yang tidak bersih dan secara ini jugalah eleminasi terhadap perosak-perosak negara itu akan terlaksana, dan kebaikan akan mendatang.

Jika tiada keburukan maka tiadalah kebaikan. Sifat berlawanan dan bersalahan itu sememangnya ada dalam kehidupan dan diyakini siapa yang memahami kehidupan yang asas. Dunia ini belum akan kiamat. Dunia tidak akan kiamat selagi masih ada yang berzikir kepada Allah s.w.t dan itu adalah janji Tuhan. Politik negara ini tidak akan hancur terus-terusan selagi masih ada yag mempunyai jiwa untuk negaranya walaupun seorang.

Kegelapan politik negara kita akan berakhir. Sekarang merupakan keadaan yang paling gelap tetapi kita perlu ingat, ‘the darkest part of the night is just before dawn’. Berakhirnya kegelapan ini akan timbul pula sinar cahaya yang terang benderang setelah hancurnya ‘evil forces’ yang berkeliaran dan berperang sesama mereka semasa kegelapan sebelum datangnya terang tadi.

Kita sudah tidak tahu lagi siapa diantara yang sedang berperang pada hari ini, seperti Anwar, Najib, Muhyiddin, Lim  Guan Eng dan bapanya LKS serta beberapa orang yang sedang bergiat sekarang ini yang layak untuk menerajui negara. Keadaan seperti ini tidak dapat diselesaikan oleh mereka ini kerana yang mana satu yang berjaya menumbangkan yang lain ia tidak akan memberikan kestabilan kepada negara.

Dalam keadaan sekarang kita bukan lagi bercakap tentang rasuah dan salahguna kuasa tetapi kita sedang berhadapan dengan politik yang lebih besar dari isu-isu seperti itu. Kita sekarang sedang berhadapan dengan masa depan politik negara dari sudut ‘big picture’ nya.

Itu sebabnya blog ini selalu menyarankan agar wujud satu politik baru yang boleh menganjak politik negara dari situasi sekarang kepada ‘ambience’ politik yang baru agar kita dapat mewujudkan aura politik yang baru dan semuanya baru.

Saya telah menyebut yang mereka yang sedang bersilat dan membuat ‘intrigue’ politik yang ganas sekarang ini tidak akan dapat membawa penyelesaian kerana sistem yang ‘menang ambil semua’ dan yang ‘kalah kehilangan semua’ itu tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada situasi buruk ini.

Situasi ini hanya boleh diperbaiki dengan membuat penyerahan dan meminta Tuhan menimbulkan seorang yang boleh menyatukan negara di samping melaksanakan penyelesaian terhadap isu-isu lain seperti isu tetang perjanjian Malaysia dan beberapa isu yang masih lagi belum selesai walaupun isu ini adalah isu lama.

Sesungguhnya kita berharap ada suasana baru dalam politik negara. Tetapi kita perlu ingat ini, ‘once great evil occurs, great good follows’.

13 comments:

Anonymous said...


Assalamualaikum AA,
Berpandukan nasihat tuan jika terjumpa yang cantik-cantik dan nampak elok jangan terus diterkam, kalau terjumpa yang buruk jangan terus dibuang, dalam konteks politik negara kini pihak manakah yang nampak cantik dan buruk itu? Ada orang melihat UMNO/BN itulah nampak cantik dan tidak kurangnya juga yang melihatnya buruk. Begitu juga pandangan terhadap PR. Ia bergantung kepada persepsi masing-masing. Yang nyatanya jika telah dan sedang terang-terangan ia buruk secara pasti, tetaplah ianya buruk walaupun disolek dengan kecantikan luaran, dalamannya tetap juga buruk. Allah SWT mengurniakan kita akal untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Menerima yang hak dan menolak yang batil. Manusia bukanlah seperti haiwan yang tidak boleh berfikir untuk membezakan antara makanan dan umpan.

bumi-non-malay said...

Macam harap Kim Jung Aun kat Korea Utara buat perubahan baik atau President Assad Syria buat perubahan...atau Mugabe ubah atau Jacob Zuma Ubah...atau Morsi Ubah atau Taliban Ubah....atau UMNO racis Ubah.....

Di sinilah kita perlu ada Minda Kuat - mind Set untuk hapuskan mereka ....yang paling baik dan aman adalah rakyat Jual harta kat malaya...runtuhkan Ekonomi malaya...Hijrah ke Sabah-Sarawak...Pecat malaya........kemudian lihat ada perubahan kat malaya...kalau tidak Kita boleh Biarkan sampai jadi Sudan, Somalia, Afganistan.....We need to find a life and a place to live with DIGNITY dan Maruah!!

brendan said...


bumi-non-malay,

yes, we need a life with dignity. but then how can anwar with that dignity make the difference?

If he's that dignified, how could he allowed himself bitten by the same snake from the same hole?

that makes him an automatic disqualifyer to be the pm.

he should retire!!!

ralf said...


Let's face fact, a crude fact. It's not holistic move to let Anwar be the alternative leader for us.

I don't want to repeat the issues against him that even a non muslim country will take him as a leader.

He knows he is not qualified, but he also know that many people are can be deceived by him...so he goes on and on raging our politics.

He will not get what he wants....believe me.

Anonymous said...


Tak habis-habis Anwar buat hal...jemulah! BN macam ni...Anwar pulak macam tu!!

Kalau dia baik kenapa dia jadi begini?

kelly said...


Anwar is the devil, Umno leaders are the deep blue seas. Choose either one, it's all the same. Then there is no change.

mo said...


Salam,


Selagi pmimpin yg mmpunyai kuasa tdk mahu mnerima kan satu keadilan dan kebaikan, maka tdk ada jln yg mudah. Melainkan satu bentuk revolusi akan ujud dgn sendiri nya. Bila rakyat semakin mual dgn kerajaan yg rasuah dan salah guna kuasa. INI berlaku di zaman marco dan suharto. apakah kita mahu belajar dari nya ?


Kini bn umno yg mmpunyai kuasa yg lebih besar atas keadah sistem lapok, di mana minoriti mnjadikan kerajaan. Tdk pernah sebuah negara demokrasi yg menang besar mnjadi pembekang ?

Mana mungkin kita boleh berbangga sebagai ank msia. Di mana kita di dedah dgn politik yg sunsang dlm makna keadilan dan ketelusan ? Jln penyelesaia yg bijak dan cerdik..adalah melalui PRU yg benar2 bersih dan adil. Bukan pru yg jelas tdk adil dlm banyak keadaan. Soal nya apakah bn umno mmpu melakukan nya ? Jawab tdk, sebab mereka masih dgn kepentingan peribadi dari kepentingan negara da rakyat ?

Klau rakyat mahuikan najib atau anwar itu masih hak mereka. Soal PRU adalah adil dan bersih. Rakyat masih boleh mnerima hakikat kemenangan yg hakiki ini.

Tq wasalam.

Anonymous said...


Anwar, Anwar....hiduplah lakonan mu tu!

Anonymous said...

Setiap manusia akan di uji dalam perbagai cara..begitu juga dgn org islam...setia ujian yg dialami oleh org islam diharungi dgn sabar dan berjaya terutama yg mempunyai darjat yg tinggi mungkin mendapat `reward` atas kejayaan mereka..jika ditanya apakah yg mereka mau samada kejayaan di dunia atau akhirat..sudah tentu kebanyakan org islam akan menjawab akhirat...

kerana itu kita jarang nampak org islam lebih menonjol dlm sesuatu aspek..kerana mereka memilih reward di akhirat..berbeza dgn org kafir....

Anonymous said...

Salam bang AA,

Biar padan dgn diorang ni. Belagak sana sini, takbur sana sini pun, kita yang kat bawah ni tenang je, ta rasa ape bende pun. They are embarassing themselves. Sendiri tak dapat nak break, sendiri yang sapu. Tuhan Maha Esa. Betul kataNya, orang yang ter bersalah WAJIB dipelihara olehNya. Kita je yang tak sedar Dia membantu kita. Mungkin caraNya yang 'kasar' membuatkan kita marah tapi hakikat Dia sedang memelihara kita.

Wallahualam

Anonymous said...

Sambungan:

Dan perbuatanNya yang kasar melalui mediumNya yang membantu kita. Dan mediumNya sendiri tidak tahu yang dia sedang membantu kita sebenarnya, Tak gitu? Mungkin tak logik tapi benar.

Anonymous said...

Betul tu Pak Aspan,

Siapa yang ada minda yang di'angkat' akan pandang dari sudut lain. Pada pandangan orang ramai, mungkin dia ingat kita suffer dan kalah, tapi hakikatnya, mungkin Allah sedang membanting musuh musuh kita tanpa pengetahuan kita dengan Malaikat Malaikatnya. Sometimes yang mem'bodek' kita atau yang banyak bagi kita 'hadiah' adalah yang sebenar benar yang mahu share 'nama' Pak Aspan/nak minta 'cari makan sesama' tetapi pada hakikatnya yang nampak 'cruel' dan tak bagi apa apa mungkin bagi kita/Pak Aspan satu benda yang lagi berharga dari segala galanya, iaitu doa yang mustajab dan yang sebenar benar 'settle' kan masalah. Tinggal lagi dia mungkin tak tercerita bagaimana dia memahami Pak Aspan. Kerana bukan semua orang ada doa yang mustajab.
In short, siapa yang jahat/baik/in the middle akan terzahir juga mengikut kadar masing masing pada satu hari. Itu janji Tuhan.

-Wallahualam;saya bukan Tuhan-

Anonymous said...

Betul tu Pak Aspan,

Siapa yang ada minda yang di'angkat' akan pandang dari sudut lain. Pada pandangan orang ramai, mungkin dia ingat kita suffer dan kalah, tapi hakikatnya, mungkin Allah sedang membanting musuh musuh kita tanpa pengetahuan kita dengan Malaikat Malaikatnya. Sometimes yang mem'bodek' kita atau yang banyak bagi kita 'hadiah' adalah yang sebenar benar yang mahu share 'nama' Pak Aspan/nak minta 'cari makan sesama' tetapi pada hakikatnya yang nampak 'cruel' dan tak bagi apa apa mungkin bagi kita/Pak Aspan satu benda yang lagi berharga dari segala galanya, iaitu doa yang mustajab dan yang sebenar benar 'settle' kan masalah. Tinggal lagi dia mungkin tak tercerita bagaimana dia memahami Pak Aspan. Kerana bukan semua orang ada doa yang mustajab.
In short, siapa yang jahat/baik/in the middle akan terzahir juga mengikut kadar masing masing pada satu hari. Itu janji Tuhan.

-Wallahualam;saya bukan Tuhan-