Sikap pemimpin UMNO bertentangan
dengan niat dan perjuangan yang mereka laungkan. Tindakan sebahagian besar ahli-ahli
Majlis Tertinggi mempertahankan Najib bila berhadapan dengan desakan orang
ramai untuk berundur itu dengan sendirinya tindakan itu untuk menurunkan Najib.
Sepatutnya mereka tahu yang jika
Najib masih bertahan untuk memimpin sehingga pilihanraya umum dan memimpin
pilihanraya itu peluang untuk menjatuhkan BN dan UMNO itu amat besar dan dengan
sekali gus Najib sendiri akan tersungkur dengan hinanya dimata rakyat.
Sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO menyokong tindakan ‘citizen declaration’
untuk mempastikan Najib tersingkir dan menyelamatkan UMNO itu sendiri. Kita
semua faham yang di Semenanjung itu BN itu hanya UMNO kerana UMNO tidak boleh
mengharapkan kerusi kemenangan MCA kerana parti itu sudah lumpuh dan tidak
bermaya lagi.
Tetapi ramai diantara pemimpin
UMNO khususnya yang berada dalam Dewan Legislatif masih melekat dengan Najib
yang akan membawa mereka rebah bersama pemimpin mereka. Kata orang ‘mati ayam
mati tungau’. Matinya Najib matilah mereka sendiri. Tetapi kerana takut
dengan kehilangan kebendaan mereka memilih untuk bersama bersekongkol dengan
Najib kerana Najib masih mempunyai kuasa. Mereka ini akan menghadap angin yang
bertiup sahaja dan tidak ubah seperti orang menghidap penyakit kurap.
Semasa negara masih mundur
orang-orang dipendalaman selalu dihinggapi penyakit kurap, sejenis penyakit
kulit dan selalunya kurap ini hinggap di belakang tubuh dan punggung. Yang
paling ditakuti oleh yang berpenyakit kurap ialah angin yang bertiup. Mereka
akan menghadap tiupan angin untuk mengelakkan angin itu melanggar kurap
di belakang mereka dan mengelak dari rasa pedih dan sakit akibat tiupan angin tadi.
Ini boleh di anolojikan terhadap
pimpinan UMNO khususnya ahli-ahli Dewan Legislatif yang tidak berani bertindak
kerana takutkan angin tadi. Maka mereka ini tetap menghadap tiupan angin kerana
mereka mungkin mempunyai kurap yang bertempek-tempek di belakang mereka. Mereka tidak
mahu di langgar angin tadi kerana jika angin melanggar kurap mereka akan
merasa kesakitannya.
Tetapi di zaman serba moden
sekarang ini jarang-jarang kita dengar orang mendapat penyakit kurap kerana
peningkatan kemudahan perubatan dan tahap kebersihan yang bertambah sempurna
sekarang ini.
4 comments:
AA, tungau suko inggap kek tolo. Kalau PeeM takdo tolo, tungau tu nak inggap kek mano agak eh ? Sajo yor tanyo.
Kurap kor-up
Bukan sekadar kurap tuan tapi mereka juga dihinggapi siplis krn byk makan dan main luar. So terpaksa la diam dan ikut saja krn tak nak tembelang siplis pada diri masing2 terdedah pada umum.
sebenarnya pada UMNO penyakit kurap tu bermaksud "corrupt"...memang dorang2 tu berkurap bukan saja dibelakang, didepan pun banyak. geli I....owww
Post a Comment