11 September 2008

ORANG MELAYU: Lembutnya untuk disudu, kerasnya untuk ditakek

Ahmad Ismail sudah dapat apa yang dijangkakan oleh orang ramai.

Ketua Bahagian Bukit Bendera ini digantung keahlian beliau selama 3 tahun dan hilang semua jawatan dalam parti.

Saya sedih menerima berita ini dan saya sudah mula untuk melupakan saya sebagai seorang Melayu.

Saya sudah mula takut untuk berjuang untuk kebenaran dan ramai merasakan begitu, kerana rupa-rupanya adalah salah untuk bercakap tentang latar belakang sejarah apa-apa bangsa di negara ini.

Sekarang ini kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas bangsa asing jika kita dihina dan kita hanya perlu duduk diam dan pekakkan telinga dan butakan mata kita.

Tetapi bangsa asing boleh mengambil tindakan ke atas kita walaupun hanya bercakap tentang fakta sejarah yang benar.

Rupa-rupanya itu cara kita hendak menjaga keharmonian kaum di negara yang kita menjadi penghuni asalnya.

Tindakan Abdullah dan Najib ini adalah satu tindakan orang yang kesuntukan akal fikiran…tiada kebijaksanaan dan jauh sekali daripada menunjukkan sifat kepimpinan yang sepatutnya ada pada mereka.

Kalaulah saya dalam keadaan Abdullah saya akan panggil Koh Tsu Koon dan pemimpin lain bersemuka dengan Ahmad Ismail dan kedua-dua pihak meminta maaf atas kesilapan masing-masing, kerana kedua-dua pihak ada kesalahan mereka berkenaan hal ini.

Panggil sahaja mereka di hadapan kamera TV untuk rakyat menonton upacara silaturrahim itu supaya rakyat nampak kepimpinan sedikit sebanyak ke atas Abdullah dan Najib.

Tidak payahlah kita hendak mengorbankan rakan kita sendiri. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit kebijaksanaan kedua-dua pemimpin kita.

Jangan disalahkan jika ramai ahli UMNO marah dan menunjukkan sikap menyampah kepada kepimpinan kita.

Jangan dikatakan ahli-ahli UMNO tidak hormat kepada kepimpinan lagi, kerana kepimpinan yang meminta-minta kebencian daripada ahli-ahli parti mereka.

Akhbar berbahasa Cina yang mensensasikan isu ini terus terlepas daripada tindakan pihak kerajaan dan yang terkorban hanyalah Ahmad Ismail.

Apa punya baghal kepimpinan kita ini sehinggakan sanggup mengorbankan sahabat seperjuangan semata-mata untuk mengambil hati pihak-pihak yang sama-sama membuat kesalahan?!

Kalau begitulah sikap kepimpinan kita elok dilupakan sahaja perjuangan orang Melayu ini dan Abdullah jangan lagi bercakap fasal orang Melayu bermula dari saat ini.

Barulah saya faham, rupa-rupanya ‘lembut kita untuk disudu, keras kita untuk ditakek’.

Sekian…………………….Aspan Alias.

6 comments:

anonymous said...

Jarang sekali aku baca tajuk blogger ni dan rasa amat sayu.
Pepatah yang AMAT TEPAT. Melayu skrg dah jadi melukut di tepi gantang.

Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya dagang merempat.

Salman Madani said...

Ini agaknya memang zaman malang bagi orang Melayu.
Partinya lemah dan pemimpinnya pun lemah.
Jadi apakah yang kita boleh harapkan lagi daripada mereka?

azlan said...

Nak tambah sikit:

Lembutnya untuk disudu
Kerasnya untuk ditakek
Manjanya untuk disusu
Degilnya untuk dititik

pakbelalang said...

Pan,

Kau suruh Pak Lah pergi "pangsai" lah.

Inikah pemimpin Melayu yang kita harapkan untuk memperjuangkan bangsanya.

Baghal! Bahlol ! Tongong! Tolol! Bengap ! Biol ! Mereng ! Kelabu asap ! Mengong !

Pemimpin TAIK KUCING !! Pergi jahanamlah!!

Aku dah naik meluat. Dah nak muntah dah!

Apa nak jadi kapada semua pemimpin tinggi UMNO. They are MORON, period !!

TPJ said...

UMNO bersifat seolah-olah mereka yang pihak minority di dalam BN sedangkan mereka mempunyai kerusi yang terbanyak. Tak masuk akal mengapa mereka harus takut kepada ugutan dari mereka yang terpaksa bergantung nasib dengan BN.

joe said...

salam Saudara,

seperti yang saya pernah katakan dahulu,......

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

carcoon