25 November 2009

Nik Aziz tertekan


Nik Aziz mengaku tertekan dengan isu yang mengelilingi beliau akhir-akhir ini.

Bagi beliau ini adalah dugaan besar yang beliau tangani dengan sebaik mungkin dan sebagai seorang yang dikatakan ulamak tentulah beliau akan mencari jalan yang telah ditetapkan oleh Agama lebih-lebih lagi daripada sudut Sunnah Muhammad (s.a.w).

Isu menantu beliau yang sedang disiasat oleh MACC merupakan kemuncak masalah yang dihadapi beliau dan beliau telah pun mengarahkan Abdul Ariffahmi untuk melepaskan jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Walaupun Ariffahmi sudah melepaskan jawatan itu tetapi MACC tetap melakukan penyiasatan terhadapnya dan isu ini sedang cuba diperbesarkan oleh sesetengah pihak kerana poltik.

Media pula memberikan liputan meluas dan merasai kehilangan tokoh Agama ini apabila beliau mendiamkan diri selama seminggu.

Hanya semalam beliau berjaya didekati oleh media untuk mendengar sedikit sebanyak komen beliau tentang isu yang sedang menyelubungi beliau dan PAS.

Apabila ditanya kenapa beliau menjauhi diri dari media massa beliau mengakui bahawa beliau sengaja menyepi seketika kerana tertekan dengan isu yang dilakukan terhadap beliau akhir-akhir ini.

“Apabila kita menghadapi kesulitan dan kepayahan maka kita mestilah mendiamkan diri sekejap seperti mana yang diamalkan oleh Muhammad (s.a.w). Nabi dahulu pernah tidak berjumpa dengan sesiapa selama sebulan kerana menghadapi fitnah yang besar,” ujar beliau.

Kita lupakan politik buat seketika dan kita cerita hal Nik Aziz sebagai individu dan insan biasa yang memberikan tumpuannya kepada cara dan keadah penyelesaian yang dilihat dari sudut Agamanya.

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz itu benar. Ketepikan politik seketika kerana apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu boleh diambilkira bukan sahaja oleh beliau tetapi juga oleh semua masyarakat awam tanpa mengira kaum dan keturunan.

Yang diperkatakan oleh Nik Aziz itu ialah salah satu daripada cara Muhammad (s.a.w) mencari penyelesaian kepada masalah perjuangan baginda ialah dengan beriktikaf di Gua Hiraq yang terletak di pinggiran kota suci Mekah Al-Mukarramah.

Baginda menggunakan masa beriktikaf itu untuk bertawassul dan bertawajjuh ke hadhirat Allah bagi mencari petunjuk dan jalan yang benar bagi mencapai keredhaan Tuhan semesta alam.

Ketika itu, tugas untuk mengembangkan makalah Islam dan menggariskan panduan hingga ke tahap mensyariatkan hukum hakam bukanlah suatu tugas yang mudah.

Kita perlu ingat bahawa turunnya Muhammad (s.a.w) ke muka bumi ini ialah untuk menyempurnakan serta menegakkan syariat Agama kita yang suci ini.

Segala apa yang baginda lakukan itu menjadi Sunnah yang menjadi panduan kepada kita bagi menyelesaikan masalah yang kita sebagai indvidu hadapi dalam semua bidang kehidupan.

Bagi umat Islam, kita sentiasa diingatkan oleh Guru-Guru yang Mursyid, oleh Guru-Guru fiqh, ibu bapa kita dan sesiapa yang menyayangi kita supaya sentiasa mengingati Allah pada setiap masa; ibarat kata orang tua-tua, “Ingat sentiasa kepada Pencipta kita; kalau berjalan dijadikan tongkat dan kalau tidur dijadikan bantal dan tidak terlepas daripada-Nya sentiasa.”

Berbalik kepada Nik Aziz, saya ketepikan fahaman politik dan apa yang beliau katakan itu sangat menyayat dan memberikan perangsang kepada saya terutamanya yang serba kekurangan dalam hal Agama dan ketuhanan ini.

Tiada siapa yang ingin untuk menuju kemukmininan akan menafikan bahawa IKTIKAF merupakan sunnah Muhammad (s.a.w) yang paling mustajab dalam penyelesian apa-apa kebuntuan yang baginda hadapi.

Duduk bertarawuf, bertawajjuh dan bertawassul kepada Tuhan dan Rasul-Nya adalah satu-satunya cara yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah peribadi dan kepimpinan jika kita inginkan keredhaan Tuhan semesta alam.

Saya mengakui IKTIKAF itu adalah kerja tubuh, tetapi kita perlu ingat Syariat itu adalah mercu kepada Hakikat.

Wallahualam.


Sekian……………………………………………………………………..Aspan Alias.

12 comments:

Anonymous said...

tindakkan TGNA meminda menantunya berhenti sangat terpuji
tidak macam pemimpin UMNO, macam-macamlah menantu pak lah buat khairy tetap dinaikkan pangkat'
syabas Tok Guru


isauddin

putra said...

Tok guru whom i respect dearly is a man of strong character.
This man whom i know personally is a man with clear mind and he knows his job as a political leader.
IN kelantan tere only 2 men who are fit for whole life regards i.e Tengku Razaleigh and Tok guru.

Whoever denies this fact, he is not Kelantanese.

putra kelantan

Anonymous said...

Sdr,
Kandungan tulisan sdr heavy. Syabas, tetapi susah difahami olih sebarangan org.

Tetapi pada yg paham ianya satu pelajaran dan ikhtiar sdr itu membanggakan.

amalyakin

Anonymous said...

Hang tulis topik yang berat. Tak pandailah aku nak mengomennya


jidin

Anonymous said...

semoga tok guru sabar dan tenang menhadapi fitnah dan dugaan ini.
lumrah bagi sesiapa yg menegakkan agama menghadapi keadaan sebegini. menyendiri seketika itu adalah baik dan sunnah yang terpuji.


saat ibrahim

Wenger J Khairy said...

Dear En Aspan,
We would be exceedingly honoured if you could host the BSR logo on your blog. The BSR blog is designed to help attract donations for Siti Amynur and other children in need.

Thank You & Warm Regards,
Wenger J Khairy

Anonymous said...

Membersihkan qalbi memerlukan usaha yang intensive bro.

Jika pemimpin yang zuhud mentadbir kita tidalah terdapat pemimpin yg rasuah, pembunuh atau penipu yang ada pada hari ini.

termasuk diri saya sudah tiada lagi pemimpin seperti ini.

Jika usaha Nik Aziz jujur maka kita patut berbangga.

Niat beliau tuhan sahaja yg tau.

Anonymous said...

what is yr next topik encik Aspan!
Tulislah yg hot hot sikit.saya suka encik Aspan tulis cerita yg panas panas pasai encik Aspan berani!


isa ismail Maran

Anonymous said...

Time for him to retire from politics, period. Kurangkan dosa kerana poltik memanglah mainan kotor.Nik Aziz tidak terkecuali menghadapi mainan ini. Saya rasa 20tahun memasuki gelanggang politik sudah cukup untuknya dan patutlah dia berundur cara terhormat.

PAS patut cari pengganti yang baru untuk meneruskan perjuangan yang lebeh mencabar lagi.

Physically and mentally I see Nik Aziz is rather frail. Cakap pun dah semacam orang dah nyanyuk!! Tersasul selalu. This is bad for him as a respected Ulama.

I sincerely hope he will retire and focus more on dakwah. Pass the baton to younger leaders.

Tok Min

Aspan Alias said...

Tok Min, Iam neither his supporter or PAS member.

Therefore I don't have any o[inion that he is senile or anything like that.

What I wrote was just saying that he is doing the 'iktikaf' to find the solutions of what his facing.

An 'iktikaf' will in the end make him decide within the will of God.

I was just emphasising that is the real and crudely the facts of the truth.

The holy Prophet did just that. And I am not as brave as you to put your opinion on a person in 'iktikaf'.

To me the iktikaf will make him decide politically on his politics.

Thats all.

Anonymous said...

Saya tak cakap dia nyanyuk. Tapi macam orang dah nyanyuk. Pada pandangan orang ramai dia dah banyak mengelirukan orang ramai tentang hukum hakam dan halal haram hinggakan mufti-mufti pun ada membuat teguran.

Saya rasa apabila statement yang dilafazkannya bercampur aduk agama dengan politik maka orang akan mempersoalkan kewibawaannya.

Itu sebab saya cadangkan Nik Aziz patut memberi tumpuan sepenuh dengan dakwah Islam supaya dia tetap dihormati sebagai alim ulamak yang disegani. That is his specialty.

Tok Min

Aspan Alias said...

Tok Min,

Saudara betul dan saya bersetuju. Tetapi saya hanya menulis tentang apa dia iktikaf itu.

Pada semua insan pemimpin atau orang awam tidk terkecuali dari kesilapan.

Pakaian aulia dan ambia atau pada sesiapa yang tahu, mereka kan beriktikaf apabila melakukan kesilpan dan kesalahan.

Saya hanya bersetuju dengan tindakkan beliau beriktikaf. Samada beliau betul atau salah saya tdak sebut

Maksud saya jika kita hendak membetulkan kekuatan kita kita perlu beriktikaf.

Seandainya kita diterima kedalam keredhoanNya Allah sahaja yang tahu.

Secara peribadi saya sendiri berpendapatik Nik Aziz tidak perlu bercakap banyak kerana beliau sendiri sudah menjadi ikutan ramai.

Bila kita beriktikaf kita tidak ada bercakap banyak, maka kuranglah kesalahan kita.

Kita akui dosa yang paling banyak ialah dari kata-kata.

Bila lita kurang berkata-kata kerana iktikaf tadi maka kuranglah dosa dan noda dari lidah kita kita.

sekian.