13 December 2010

Pendedahan Wikileaks tidak penting - Persepsi rakyat lebih ditakuti

Dengan cerita-cerita terbaru yang kita dengar khususnya tentang pendedahan Wikileaks tentang persepsi Singapura terhadap kepimpinan negara kita serta keyakinan yang tuduhan keatas Anwar itu benar, menjadi topik panas yang sedang dimainkan oleh banyak pihak untuk mengambil kesempatan untuk ber‘politicking’ yang sensasi.

Pandangan Singapura terhadap kepimpinan kita itu memang dijangka kerana negara itu memang sebuah negara yang mempunyai hubungan ‘hate love’ sejak dari dulu lagi. Singapura memang dari dahulu memerhatikan kita dalam semua perkara. Singapura memang mempunyai 'diplomatic complication' dengan Malaysia dan politik Singapura memang tidak boleh berfikiran luar dari pemikiran Lee Kuan Yew.

Kita diMalaysia tidak payah untuk mendapatkan maklumat dari Singapura bagaimana pemimpin kita melaksanakan tanggungjawab. Itulah sebabnya didalam pilihanraya yang lalu BN tunjangan UMNO itu hampir tumpas dan sekarang ini belum lagi nampak bayangan yang BN akan lebih diterima rakyat kali ini.

Saya telah menulis tentang pimpinan yang hanya berjuang untuk kepentingan peribadi yang telah mengheret rakyat untuk berpecah belah dengan membelah perpaduan yang kita nikmati sebelum ini. Bagi rakyat, mereka sudah jelak dengan keadaan ini. Wikileaks juga melaporkan yang Anwar memang melakukan apa yang pertuduhkan keatas beliau.

Anwar bukannya seperti pemimpin DAP atau PAS yang tidak mempunyai kontroversi peribadi yang besar. PAS dan DAP tidak mempunyai pertuduhan yang begini besar seperti yang dialami oleh Anwar. Samada Anwar bersalah atau sebaliknya bukan menjadi persoalannya tetapi sebagai seorang yang dianggap pemimpin setidak-tidaknya oleh pengikut beliau, Anwar wajar memahami hakikatnya seseorang yang menghadapi persepsi seperti yang beliau alami tidak boleh menjadi ketua kerajaan negara, terutamanya negara kita ini.

Anwar sepatutnya bersara dan berikan kepimpinan kepada sesiapa yang mampu menggantikan beliau. Anwar tidak wajar membawa negara dan rakyat dalam keadaan serba salah dan berterusan meminta rakyat menyebelahi beliau untuk menyelamatkan politik peribadi beliau.

Kita sepatutnya memberikan fokus untuk membina negara secara politik dan pembangunannya, bukannya menumpukan masa untuk mempertahankan beliau dari tuduhan yang beliau hadapi sekarang. Beliau sepatutnya berehat sementara beliau menyelesaikan masalah undang-undang yang beliau hadapi. Jika beliau didapati tidak bersalah maka barulah beliau kembali aktif dan bolehlah menggunakan premise PKR sebagai landasan untuk perjuangan beliau. Rakyat sedang menghadapi masalah yang lebih besar yang lain dari masalah peribadi Anwar sendiri.

Kalaulah ‘law makers’ dari PKR menumpukan usaha membina politik dan lebih ‘condusive’ ianya akan lebih membawa munafaat kepada negara dan rakyat. Ahli-ahli Parlimen dari PKR dan PR perlu memainkan peranan untuk mencari kepimpinan negara yang sebenar-benarnya ‘viable’ dan tidak semestinya dari PR untuk mentadbir rakyat yang dahagakan kepimpinan sekarang ini dari memperjuangkan masalah peribadi Anwar semata-mata.

Malahan usaha mencari kepimpinan yang ‘viable’ ini bukan sahaja perlu dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen PR malahan ahli-ahli Parlimen dari BN sendiri. Dengan keadaan yang kita saksikan pada hari ini ramai berpendapat yang BN tidak akan mampu untuk mencari penyelesaiannya kerana msing-masing hanya menjaga kepentingan peribadi dan tidak berani untuk menerima risiko dari perjuangan sebenarnya.

Mereka lupa jika mereka tidak mampu mencari kepimpinan yang diterima rakyat, kedudukkan mereka sendiri tidak boleh dijamin selepas pilihanraya umum yang akan datang. Bagi saya siapa sahaja yang berani melakukan perkara yang drastik dengan niat dan bertujuan untuk memperbaikki masa depan negara merekalah yang akan menjadi pemimpin-pemimpin dimasa hadapan.

Kita mendengar rungutan dari ‘law makers’ dari kedua-dua belah pihak kerana tidak berpuas hati dengan politik hari ini, tetapi mereka hanya mengeluh dan tidak berbuat apa-apa. Setakat mengeluh sahaja tidak akan membawa apa-apa perubahan yang kita harapkan. Mengeluh merupakan dosa besar dan mana-mana ibu bapa yang memahami hakikat dosa mengeluh itu, mereka tidak akan lupa untuk menasihati anak-anak didikan mereka untuk tidak mengeluh.

Bukankah kita semua tahu yang perjuangan yang paling besar ialah melawan diri kita sendiri? Perjuangan untuk melawan nafsu nafsi sendiri itu merupakan perjuangan kita sehingga kita menutup mata diakhir kalam nanti. Itu pun tugas kita yang asas sebagai manusia yang diberikan oleh tuhan untuk menjaga kerahsianNya? Bukakah Tuhan telah mewujudkan Iblis untuk kita lawan habis-habisan sehingga keakhir hayat? Bukankah itu adalah dugaan seumur hidup kita? Jika kita masih terdampar dihadapan kebatilan, tidak berani berjuang sebagaimana yang dituntut itu melambangkan keingkaran kita untuk tunduk kepada perintah Tuhan? Masakan kita berani mendiamkan diri dan hanya melihat sahaja kebatilan yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya memimpin kita kearah kebenaran itu?

Masalah yang kita hadapi sekarang bukan masalah kecil. Kita tidak boleh mengatakan setiap tuduhan terhadap kepimpinan kita sebagai fitnah dan bertujuan untuk menghancurkan kita. Kita perlu bertanya kepada diri kita samada apa yang diperkatankan oleh pihak lain itu benar atau sebaliknya?

Apa yang didedahkan oleh Wikileaks terhadap kepimpinan kita itu mesti kita bandingkan dengan apa persepsi diri kita sendiri terhadap pemimpin-pemimpin kita. Salahkah Wikileaks jika diperkatakannya yang pemimpin kita rasuah dan terlibat dengan itu dan ini kerana sesungguhnya itu pun persepsi rakyat terhadap kepimpinan kita sekarang.

Saya ingin mengulangi sekali lagi…’we have to start the nation anew’ seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita semasa mereka membentuk negara dan sistem politik kita dahulu. Jika tidak dilakukan sama-samalah kita tengok yang negara kita tidak akan berupa sebuah negara yang merdeka lagi. Jika keadaan itu sampai maka amat susah bagi kita untuk membinanya kembali.

Yang akan menanggung kebebalan kita sekarang ini adalah anak-anak dan cucu kita dimasa hadapan. Percayalah.

10 comments:

Anonymous said...

Masalah negara ni sebenarnya berkisar pada dua pemimpin; i)Pak Lah - dah selesai apabila beliau letak jawatan ii)Anwar Ibrahim - saya rasa dah nak selesailah semenjak wikileaks dedahkan apa yang orang ramai dah pun tahu pasal seorang yang di angkat sebagai 'anugerah Tuhan' untu rakyat Malaysia.

Tengoklah nanti bila masalah kedua dapat diselesaikan, saya pasti barulah Najib dan BN lebih fokus untuk membangunkan negara.

Anonymous said...

bontotgate bermula

behinder singh

Anonymous said...

Tajuk saudara adalah tepat untuk renungan rakyat yang masih biul otaknya dengan umno. Wikileaks membuat pendedahan, tapi rahsia Anwar sengaja di besar-besarkan walaupun tiada bukti kukuh. Bukan menyokong beliau tapi mestilah di buktikan. Tetapi yang lebih menghairankan tiada pendedahan untuk PM si Najib tu. Segala rahsia beliau memang di simpan oleh perisikan Singapura tentang skandal Altantuya dan kapalselam.

Jangan lupa Singapura memang suka pada pemimpin-pemimpin yang korup seperti Najib, menantu Bedolah Badawi,KJ dan pemimpin-pemimpin umno yang lain. Sebabnya, sejak pencapaian PR pada PRU 12 lalu cukup mencemaskan Singapura. Sebabnya Singapura takut kepada PAS.
Dengan perjuangan islam, negara ini akan terhindar dari korupsi maka mereka susah nak memperkotak-katikkan malaysia. Mereka takut sekirannya Malaysia bebas korupsi, Malaysia akan mendahului mereka dari segi ekonomi, pembangunan material dan teknologi. Mereka tiada sumber asli yang membuatkan mereka pada bila-bila masa boleh tumbang ditangan malaysia. Sebabnya negara yang maju di eropah dan amerika sekarang sedang menghadapi kejatuhan ekonomi yang dahsyat yang memyebabkan rakyat mereka jatuh miskin. Perkara sedemikian tidak mustahil berlaku keatas mereka. satu caranya adalah memastikan malaysia terus korup dan rasuah berleluasa agar malaysia terus mundur. Oleh itu melayu jangan ingat Anwar adalah ancaman tapi manusia yang berdegar-degar melaungkan hidup melayu adalah pengkhianat sebenar negara, kerana mereka telah menjual negara ini kepada Singapura. Lihatlah Pulau Batu Putih, stesen KTM Tangjung pagar dan banyak lagi. Oleh itu untuk menyelamatkan malaysia umno perlu ditumbangkan.

bat8 said...

Bro,

1. Pendedahan wikileaks ini sudah pasti akan menjejaskan kedua pemimpi utama ini. DSAI dikatakan "DIPERANGKAP" dan terkena perangkap liwat ( sodomi 2 ). Manakala NTR dikaitkan dengan kes altantuya. Ini dua isu terpenting dari pendedahan ini.

2. Persoalan yang terpenting dengan kedua-dua pendedahan ini dalam konteks senario politik hari ini - siapakah diantara keduanya akan menghadapi kesan yang lebih terok. Kesannya adalah seakan-akan satu pukulan maut yang akan menghancurkan karier politik masing-masing dan sekaligus boleh menyebabkan kekalahan kepada parti mereka dalam PRU 13 nanti.

Bagaimana berbisanya pendedahan ini dapat kita lihat dari cara bagaimana MSM dan media elektronik memainkan isu DSAI SAHAJA bermula hari ini!....seolah-olah cuba memutarkan fokus dari isu yang melibatkan NTR.

3. Dalam isu DSAI, pembahas didalam blog Sakmongkol, iaitu Anon 13 December 2010 09:51, pada pandangan saya telah mengemukakan satu pandangan yang menarik dan logik akal tentang perkara ini.

Antara pandangan beliau - Jika benar satu perangkap, tentunya pihak yang memerangkap ada rakaman video atau gambar-gambar seperti kes sex Chua Soi Lek. Jika ia wujud ianya tentu telah diguna dan disebar luas diserata dunia. Sekurang-kurang ia tersebar secara meluas dinegara ini secara anoynomous seperti isu Kuli pakai tanjak salib dalam PRU 1990 dulu.

4. Rasanya isu ini tidaklah begitu besar kesannya kepada DSAI jika kita menilai dengan pelbagai insiden pelik dan tak masuk akal yang berlaku semasa perbicaraan kes sodomi 2 yang sedang berjalan sekarang ini. Sejauh mana kesannya kepada DSAI akan kita lihat dalam beberapa hari atau minggu yang akan datang.

5. Saya juga merasakan keda-dua pendedahan ini akan lebih memberi kesan kepada NTR. Ini juga kita akan lihat dalam hari-harimendatang bergantung bagaimana pembangkang memainkan isu ini.

Isu-isu disekitar perbicaraan razak baginda, sirul dan rakannya tentu akan ditimbulkan kembali untuk menguatkan hujah-hujah meeka. Isu " incompetent leader" juga ada weightagenya juga dalam suasana hari ini.

6. Sama-sama kita tengok bagaimana perkembangan selanjutnya. yang pasti, the game semakin menghapiri "zero sum ending".

bat8

Pemuda Pas said...

abg aspan, bila menyebut s'pura..sya ingin memutarkan fikiran kita kepada saat cemas 1990 dulu. Abg selaku calon S46 dan org Kuli tentu masih ingat ttg amaran giler Lee Kuan yew iaitu : "kalau parti yg memerintah semenanjung kalah, tentera s'pura akan meletakkan sempadannya di Segamat" sila fahami dan bijaksana ketika membacanya!! mgkin abang dah lupa dan ramai puak umno mmg jahil dgn maksud amaran ini.

saya masih ingat ribuan pemuda Pas berarak ke kedutaan s'pura membantah ucapan Lee Kuan Yew itu dan mrk diburu pula dgn water cannon. Inilah suka duka ahli Pas dan mereka bijak membaca maksud bapak S'pura itu. Mana pemuda umno yg berkobar2 berkata langkah mayat mrk jika kedaulatan negara-bangsa terancam?

kami percaya gerakan yahudi di seberang selat tebrau memainkan peranan untuk mencaturi politik negara ini. Yahudi melalui gerakan Freemason sudah menyetubuhi anak negeri hingga lahir spesies anak bangsa yg tali hidungnya dipegang oleh golongan ini. Sila abg baca balik pembongkaran Tun Datu Mustapa ttg ahli freemason dlm kabinet, raja-raja tertentu dan hakim-hakim.. ini bermakna 3 institusi utama ini telah diresapi agen yahudi!! saya membangkitkan isu ini kerana sya melihat peranan beberapa pimpinan luar dan dlam negara ini mempunyai agenda tersembunyi. Siapa Mahathir dan Lee? setiap kali Mahathir dihimpit gundah gulana maka Lee selalu melepas peluru kosong.. lihat peranan Algore yg dtg menyokong reformasi tetapi sebetulnya untuk menghulur tongkat utk Mahathir yg tengah rebah waktu itu.. bukankah Saddam dulu agen/boneka Amerika? saya percaya ramai ahli umno tidak faham hakikat ini tetapi itulah yg sdg berlaku. Anwar ditelanjangi tetapi dlm masa yg sama dilindungi.. Apco hulur racun tetapi ahli parlimen Australia dtg membawa madu.. yg menjadi tukang kebun ialah Najib.

Anonymous said...

tuan aspan, saya katakan tulisan dan teguran yang ditujukan kepada pemerintah yang bobrok dan menindas itu wajib walaupun ia memerlukan keberanian luarbiasa juga.teruskanlah selagi tuan ikhlas. keikhlasan pemimpan dan penyokong pemerintah seperti tuan ini boleh sangat terbilang - maksudnya sukar ditemukan, harap ada percaya tidak. janganlah tuan susah payah hendak memastikan rakyat tidak ditipu oleh pemimpin pembangkang. nada suara, jati diri dan iltizam pembangkang dan pemerintah hari ini ketara sekali perbedaannya. rakyat kelas menengah yang jamak ras budayanya hari ini punyai keberanian dan kebencian yang tidak pernah dirasai oleh pemerintah. tuan sudah pun puas menulis sebab-musababnya, menandakan musuh dalam selimut atau musuh yang nyata adalah entiti yang sama,, samada bagi tuan atau rakyat yang celik. kalau kemampuan tuan terhad, khusus dari segi pengaruh politik misalnya, itu sudah ditakdirkanNya. Tetapi bagi orang lain, mereka dilebihkan olehNya akal, karisma, swadaya dan pengaruh untuk mengusir musuh kita bersama itu tadi. tuan juga mengeluh hal-hal yang sama dengan rakyat yang insaf. apakah makna semua ini? tuan bekerjalah, si dia si anu dan si polan pun bekerja juga dengan nawaitu yang sama.kalau pembaca mendapati tulisan tuan ini secara amnya berfaedah untuk dibaca kerana merentas jurang politik, saya fikir itu amat bagus. jadi, tidak perlu merosakkan hajat perjuangan tuan dengan melayan persepsi dan fitnah yang dihadapi seseorang kerana tuan berkhayalan. tuan benci dan mahu melihat korupsi, kolusi dan kebejatan yang mensiakan kepercayaan rakyat bukan? begitu juga saya dan si anu, si polan dan si dia.

Anonymous said...

Apa pun polimik yang sedang panas sekarang Anwar Ibrahim adalah seorang yang Hebat... saya tidak pernah suka dengan Anwar semenjak Mahathir bawa dia masuk UMNO tetapi cara pemberitaan yang sangat berat sebelah mulai hari ini saya akan menyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang membentuk gelombang Petriotisma dikalangan kawan dan lawan... Anwar you bestlah bro....

Orang Johor Baharu.....

mo said...

Asalam saudara aspan,,, sebenar rakyat malaysia telah di dedah dgn cerita2 sensasi,,, namun demikian tahap memikiran kita tidak banyak ber ubah,,, umno dan najib tidak akan membuang peluang mengunakan media yg tidak ada lansung akauntibiliti,,, berat sebelah ,,, menjadi peluru yg akan mengenakan sesaran....Kita tidak perlu memberi perhatian yg serious dgn apa yg singapura dedahkan,,,mereka sebenar tidak jujur dan iklas dalam semua segi,,,mereka mengagap kita ini sebagai munsuh dari semua aspek??? Mana mungkin kita dapat memberi kepercayaan dan keyakinan kepada sing,,, selagi budaya dan pemikiran yg ada kini masih di lee kuan yewkaan... Kes sodomi 2 anwar yg sedang di bicara kini,,,terlalu banyak yg agak tidak menunujukkan keadilan kepada anwar ??? INilah permasalah yg malaysia hadapi,,, keyakinan umum kepada sistem yg ada di malaysia,,, adalah pudar dan tidak meyakinkan ,,, terlalu banyak yg telah di dedahkan,,, namun menjadi raip hentah di mana??? Anwar telah banyak memberi harapan baru kepada rakyat, dan kini rakyat telah banyak berubah dari aspek pemikiran politik, dan hak2 yg rakyat ada, dan patut gunakan,,,soal dia jad pm untuk malaysia mungkin,,, terserahlah kepada rakyat pada g13... tq

Anonymous said...

apa pun terjadi, saya melihat umno sebetulnya berjaya melahirkan berbagai pemimpin dan ahli-ahli yang serba lengkap. Baik dan buruk diadun sama.. negara membangun pesat ini yang kita banggakan tetapi fikrah ahli terutama pemimpin menyedihkan pula. Mungkin benar orang kata, kalau nak kaya dan dapat imbuhan dalam perjuangan maka masuklah umno, pasti cemerlang, gemilang dan terbilang. Begitu juga minda orang China dan India.. masuk saja MCA dan MIC @!!

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel