06 December 2010

Berkorban atau dikorbankan - pilih salah satu

MCA menekan kita lagi. Dalam convention BN yang diakan diDewn Lee San Choon, Wisma MCA hari ini kita telah menyaksikan secara jelas yang MCA mahukan semuanya mestilah dibahagikan samarata dan dalam makna lain tidak ada lagi keistimewaan bagi orang Melayu. Walaubagaimana pun ini bukanlah cerita baru bagi MCA, malahan MCA telah menuduh UMNOlah yang menyebabkan kekalahan BN dibanyak kerusi Parlimen dalam piliharaya yang lalu.

Chua Soi Lek pernah meminta dihapuskan keistimewaan bagi orang Melayu dan Bumiputra kerana ianya akan memerangkap negara kita kedalam ‘middle-income trap’ dan akan menjejaskan ekonomi negara kita dan seterusnya akan menjejaskan usaha untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang berpendapatan tinggi seperti mana yang diusulkan didalam Model Ekonomi Baru (MEB).

Kita juga perlu memahami keadaan MCA yang seperti UMNO telah kehilangan sokongan bangsanya dan sedang berikhtiar untuk memulihkan kembali sokongan kaumnya dan menjadi kuasa yang berpengaruh besar dalam BN. MCA khususnya pemimpin-pemimpin utamanya seperti Dr Chua Soi Lek, Ketua Pemudanya dan beberapa orang yang lain sedang mengambil kesempatan diatas kelemahan Najib yang tidak berani mengambil keputusan yang tegas kerana sifatnya yang takut kepada tekanan bangsa lain keatas beliau.

Najib adalah pemimpin yang tidak pernah melalui krisis dan beliau selalu sahaja mengambil sikap mengambil hati orang lain sehinggakan menjadikab beliau seolah-olah berjuang untuk bangsa lain dan meminggirkan kepentingan bangsanya yang diwakili oleh parti yang beliau sendiri menjadi Presidennya.

Chua Soi Lek telah banyak mengecilkan hati kita semua dan dengan sikap Najib yang dikatakan oleh setengah pihak sebagai tidak mempunyai ‘batu pelir’. UMNO sekarang ini sedang menjadi ‘punching bag’ bagi MCA dalam usaha parti itu mendapatkan sokongan dari bangsanya. Yang anehnya Najib tidak menyedari yang UMNO tidak akan mendapat sokongan kaum Cina melalui MCA kerana MCA sudah dipulaukan oleh bangsanya sendiri.

Jadi akhirnya nanti Najib ditakuti akan berdiri kesaorangan tanpa mendapat sokongan kaum Cina dan disamping itu ditinggalkan oleh bangsanya sendiri kerana terlalu berlembut dan berkompromi dengan pemimpin MCA sehinggakan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai pemimpin Melayu. DAN akhir sekali Najib akan mengalami situasi dalam mana yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.

Najib nampaknya terpaksa bersilat dengan menunjukkan kemelayuan beliau didalam perhimpunan agung UMNO dan mempamerkan sebagai seorang yang liberal didalam perhimpunan agung MCA. Sampai bila beliau hendak melakukan lakunan ini beliau sahajalah yang tahu.

Oleh sebab keadaan ini maka perhunungan diantara kaum kini sangat mencemaskan kepada sesiapa yang sedar dan insaf tentang bahayanya. Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana ketegangan ini kerana kita adalah parti dan pihak yang memerintah. Masakan orang secara suka-suka untuk berselisih faham. Tentu ada penyebabnya. Penyebabnya tentulah oleh kerana kelemahan pihak yang memerintah untuk mengendalikan sentiman kaum ini dengan cara yang tidak betul. ‘There must be a cause for a cause’.

Kelemahan kitalah yang menyebabkan pihak-pihak ini bermusuh. Tetapi kita tidak segan silu menyalahkan orang lain kerana keadaan yang merbahaya ini. Ucapan yang bergegar yang disampaikan oleh Najib semalam bukan boleh memperbaikki keadaan. Sebagai pemerintah kita tidak boleh mengikut lenggang dan lengguk pembangkang. Kalau kita mengikut lengguk pembangkang maka kita telah menunjukkan kepada rakyat yang kita ini layaknya untuk menjadi pembangkang.

Kita perlu bersikap sebagai parti pemerintah. Apakah dia ‘attribute’ sebuah parti yang memerintah? Jawpapannya ialah dengan menunjukkan sikap yang baik dari segi politik dan moralnya. Apa dia sikap moral yang diterima rakyat? Jawapannya ialah kita mesti dan berwajib untuk menghindarkan diri dari rasuah dan salah gunakuasa.

Selagi pemimpin kita masih bergelumang dengan rasuah, apa pun perancangan yang baik tidak akan berjaya dilaksanakan. Rancangan yang baik tetapi perlaksanaannya diselaputi oleh rasuah dalam bentuk ‘kick back’ dan sebagai akan diketahui umum. Apabila kita melakukan kejahatan, walaupun didalam batu yang pejal sekali pun akhirnya akan diketahui umum juga akhirnya.

Mungkin Akta Rahsia Rasmi boleh mengelak dan membantu siperasuah dari hukuman tetapi hakikatnya rakyat akan tahu juga, apatah lagi Tuhan yang Maha Esa. Tidak ada parti atau kerajaan yang rasuah tidak menerima hukuman karma. Bacalah mana-mana sejarah sekali pun, jika ada berlaku kekecuhan ianya mestilah bersabit dengan rasuah atau salah guna kuasa.

Persoalannya sekarang, mampukah BN pimpinan Najib sekarang ini membersihakan parti dan negara dari persepsi yang kerajaan kita adalah kerajaan rasuah sebelum menghadapi pilihanraya yang akan datang ini?

Sedangkan daki dibadan kita susah untuk dibersihkan, apatah lagi daki-daki kotor rasuah yang telah dipersepsikan oleh rakyat mampu dibersihkan dalam masa yang singkat? Harapan untuk UMNO keluar dari persepsi rasuah ini hanyalah dengan menukarkan kesemua kepimpinan tertinggi sebelum pilihanraya ini untuk memberikan harapan kepada rakyat yang barisan kepimpinan yang baru itu akan memberikan kebarangkalian untuk lebih bersih dari mereka yang ada sekarang ini.

Untuk sampai kearah itu maka kesanggupan barisan yang ada pada hari ini untuk berkorban dengan mengundurkan diri mesti dilakukan. Tetapi sanggupkah mereka yang gila kuasa ini sanggup berkorban untuk parti mereka? Jawapannya ialah SUSAH! Mereka lebih rela mengorbankan parti mereka dari mereka berkorban untuk parti yang selama ini telah memberikan mereka segala kehendak mereka.

Mereka sanggup jatuh bersama parti mereka, namun untuk berundur bagi kepentingan parti, bagi mereka itu adalah kerja yang ‘bodoh’. Sekarang ini kepimpinan UMNO yang ada pada hari ini terpaksa memilih satu diantara dua pilihan; samada dikorbankan atau sanggup berkorban.

Jika pimpinan sanggup melihat parti yang mereka telah menjadi ahli dan memimpinnya tumbang maka jelas yang mereka adalah digulungkan diantara mereka yang tidak sanggup berkorban kerana parti mereka.

Kata-kata dan janji untuk berkorban hanyalah retorik politik biasa yang tidak membawa apa-apa makna kepada perjuangan dan negara.

22 comments:

Azmy Omar said...

Saudara Aspan,

Memang UMNO di tekan oleh MCA dan juga MIC. PM tidak langsung menunjukkan ketegasan untuk tegur Presiden MCA yang kebelakangan ini sudah melampaui batas.

Pemimpin UMNO yang bermasalah dan terlibat dengan gejala rasuah sepatutnya merelakan diri dan berundur... TAPI SIAPA YA...YANG SANGGUP BERKORBAN dan BERUNDUR.??

mahaza said...

Nampaknya Tuan Aspan juga suka makan Roti Najib....

Anonymous said...

Tulisan yang amat baik dan berkesan kepada pembaca. Siapakah akan sampaikan "karangan" ini kepada NAJIB? Beranikah Dato' Fatmi memberi nasihat ini kepada NAJIB? Beranikah saudara sendiri yang menyampaikan tulisan ini ke blog 1 Malaysia NAJIB?

Apakah kena ada kuasa TUN DR MAHATHIR semula di dalam politik malaysia ini? kembalilah wahai TUN ke pentadbiran negara.

Anonymous said...

saudara aspan, saya sering memikirkan tentang kehendak parti2 komponen BN yg lain iaitu hendak menjadikan BN sebagai satu parti sahaja. Namun kalau ia benar-benar terjadi, saya bertanya sendirian siapakah yang akan jadi ketua bagi parti besar itu. Saya pasti mereka juga tidak mahu menjadi ahli biasa yg tiada jawatan bukan?harap2 DS Najib lebih tegas dalam hal ini...

Anonymous said...

Tulisan dan pandangan yang amat bernas! Bukan DS Najib @ APCO x baca tulisan ini tapi percayalah DS Najib x akan ambil apa2 tindakan kerana takut kepada MCA. Apa lagi yang ada dgn GERAKAN? PPP? MIC? kenapa perlu di beri jawatan sekiranya tiada sokongan dari rakyat? Bangkitlah UMNO, percayalah bahawa ramai anak2 melayu akan kmbali jika rasuah dan ketamakan kuasa dapat dihentikan. Berjuang lah kembali bagi mengembalikan maruah bangsa Melayu yang semakin tercemar.. tp harapan hnya tinggal harapan selagi pemimpin UMNO msh takut kepada MCA n MIC dan masih mengharapkan duit dari mereka. Kalau begini lah percayalah akan tumbang satu kuasa UMNO ini kelak....

Anonymous said...

Hari ini Khir Toyo dilaporkan telah didakwa di mahkamah. Sama-sama kita tunggu kes nya dimahkamah. Adakah ia akan menjadi spt kes-kes yg lain, wait n see. Saya amat tidak bersetuju utk memanggil Tun Dr.M semula. Walaupun jasa nya banyak kepada negara, tetapi masaalah yang ada skrg terlalu byak berpunya drpd beliau. Sebagai peminpin Tun Dr.M suka mencabar tetapi tidak suka dicabar.Lawan tepat lawan tetapi kalau kalah perlulah terima hakikatnya. Jawatan yg dipegang bukan untuk selama-lamanya dan bkn utk diwarisi oelh ahli keluarga.Margaret Thatcer dan banyak pemimpin dunia walaupun dicabar dan akhir nya kalah, tetapi masih lagi dihormati di negaranya. Kenapa pemimpin2 di negara kita tidak boleh bersikap demikian. win at all cost adalah amat membahayakan keselamatan negara.

Anonymous said...

Jika Khir Toyo ditahan atas tuduh rasuah melibatkan pembinaan rumah baru ala bali berharga RM25juta, bagaimana renovation sahaja Seri Perdana yang berjumlah RM65 juta. Apakah adaian rakyat samada pemimpin2 kita benar2 buat apa yang dikata dan memahami kesusahan dan amanah rakyat.

Saya berpendapat rakyat sudah mual dengan slogan dan kata2 rhetorik dari pemimpin Malaysia yang mengatakan diri mereka" they are holier than holy" or "whiter than white".

Perpatah Melayu ada kata "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa"

Kenn said...

Izinkan saya link artikel ini diposting terbaru saya.

DS Najib tidak harus dinilai dari ucapan berapinya. Sering dirasakan, ucapan berapinya hanyalah permainan kata-kata saja. Beliau harus dinilai dari tindak-tindaknya selama ini yang nampaknya tidak sebgitu sehaluan dengan Rukun dan Perlembagaan Negara

Anonymous said...

I am sorry that i am not able to agree
How can Najib change the perception when he is yet to clear hie own name in the submarine corruption scandal and his involvement in the Atlantya murder (at least in the eyes of the public)
If someone can be allowed to merely swear on a Holy Book to attest to his innoncence then every single criminal would be allowed to walk free

unimpressed

azharudin hj. akasah said...

saudara aspan,
satu penilaian yang bersih dan terang. sangat jelas membentangkan tentang keperitan melayu umno. dikorbankan atau berkorban. salah satu dipilih memenggal diri melayu.
najib telah menjadikan melayu tidak mempunyai nilai walau sebesar hama sekali pun dalam negara tercinta ini.
kalau dahulu kita megah berjalan ditanah air sebagai seorang melayu tetapi tidak sekarang. sekarang ini kita terpaksa berjalan dengan menunduk kepala kerana bangsa lain telah berdiri sama tinggi dan berjalan sama lenggok.
najib sebagai orang melayu telah menjajah bangsanya sendiri dengan penjajahan ekonomi dan kuasa apabila memilih untuk mengorbankan bangsanya sendiri demi untuk terus berkuasa. bukan kuasa untuk orang melayu tetapi kuasa untuk mengkayakan bangsa asing.
inilah melayu zaman moden apabila sejarah tidak dihargai. nilai melayu tidak dipatuhi. kuasa melayu mahu dikongsi. bangsa senidiri mahu dikhianati.

azharudin hj. akasah said...

saudara aspan,
satu penilaian yang bersih dan terang. sangat jelas membentangkan tentang keperitan melayu umno. dikorbankan atau berkorban. salah satu dipilih memenggal diri melayu.
najib telah menjadikan melayu tidak mempunyai nilai walau sebesar hama sekali pun dalam negara tercinta ini.
kalau dahulu kita megah berjalan ditanah air sebagai seorang melayu tetapi tidak sekarang. sekarang ini kita terpaksa berjalan dengan menunduk kepala kerana bangsa lain telah berdiri sama tinggi dan berjalan sama lenggok.
najib sebagai orang melayu telah menjajah bangsanya sendiri dengan penjajahan ekonomi dan kuasa apabila memilih untuk mengorbankan bangsanya sendiri demi untuk terus berkuasa. bukan kuasa untuk orang melayu tetapi kuasa untuk mengkayakan bangsa asing.
inilah melayu zaman moden apabila sejarah tidak dihargai. nilai melayu tidak dipatuhi. kuasa melayu mahu dikongsi. bangsa senidiri mahu dikhianati.

mo said...

Asalam saudara aspan,,,,Ada kemungkinan saudara masih mengharap perubahan yg cukup drastic dari pm najib,,,tapi sebenar tuan dalm keadaan mimpi siang atau malam??? perubahan tidak akan berlaku,,,yg ada pun sedakat permukaan sahaja, tapi tidak di dalam....ada baik negara kita mempunyai sistem dua parti yg kuat,,,bererti kita mahu umno bn dan pr kuat ??? Dan perimbangan kuasa amat lah perlu,,, semantara kuasa yg ada dgn perdana menteri hendaklah di kurangkan,,,terutama melibatkan kepentingan negara,,,maksud tidak lagi ada keputusan oleh kabinet sahaja,,,mesti di perdebat oleh rakyat??? Seperti yg berlaku dgn blok m ??? keputusan yg tidak menyebelahi rakyat???. Biar kita buka sikit minda yg lebih matang,,, jangan terlalu terikat dengan persoalan tuntutan oleh satu2 kaum,, ini nmemang di benar dalam sistem pemerintahan,,, yg penting tiada rakyat yg tertingal dalam proses memperkayakan warga semua... dengan sendiri isu2 yg demanding untuk satu kaum akan menjadi tidak penting??? Persoalan yg sedikian timbul,,,oleh sebab berlaku pernindasan dari segi sosoil dan ekonomi???? Tiada yg elok dan sangat baik kalau dasar kita mesti berpandukan islam,,,maksud, keadilan mesti di tegakan, keiklsan,amanah,baik dalam segi semua hal.... dalam kiat memperbincangkan tentang umno dan najib,,, umno bukan lah parti yg lahir dari senubari yg suci,,, melaikan memperjuangkan bangsa dan kaum,,, maka dengan sendiri kehancuran tidak dapat di elakkan ... sejarah negara islam yg kuat ketika dulu pun berlaku bila mana islam sudah menjadi sebagai bungga oleh kerajaan yg mendawa memperjuangkan islam... Ok mana mungkin perubahan akan berlaku,,,kira rakyat masih menjadi kuli kepada pemimpin yg ada baik melayu,cina,india, dan lain,,, perubahan tidak kan berlaku dgn pemimpin yg ada ,,, melain rakyat sahaja yg harus di beri peluang untuk mengubah segala yg pincang dalam kerajaan yg ada kini....tq

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Memang bodoh lah orang yang mahukan T.Matathir kembali ke kerajaan. Tidakkan tuan2 sedar Mahathir telah gagal. selama 22 tahun.. siapa kah pemimpin pelapis yang beliau hasilkan??? Paklah? Najib? Muhidin? Musa Hitam Anwar Ibrahim? Siapa??? bagi tau saya.

Malaysia memerlukan pemimpin yang amanah, mengambil tanggungjawab kerana Allah, memimpin dan membimbing ahli2nya. Merekan hendaklah dikalangan orang yang akan bersedih hati apabila melihat kesusahan rakyat....

Adakah ahli2 umno begitu???

Anonymous said...

Saya bersetuju dgn Pendapat aspan tetapi ada naïf sedikit. Secara jujur, kenapa tolerasi melayu dgn rasuah di dalam umno begitu ketara? Adakah rasuah tidak berat dosanya dalam kamus sanubari melayu? Ataupun sebab perkataan "bangsa" melayu boleh toleran dgn pemimpinnya? Biar rasuah rasuah rasuah sajalah? Saudara Aspan Berharap semua pemimpin umno sacrifice untuk melayu dgn berundur secara mulia Dan biar pemimpin baru dan muda yg berwibawa mengambil alih? Oh...... Cukup naïf !!!

shamshul anuar said...

Saudara Desa mentari,

Saya tak fikir Dr mahathir gagal. Dia dah lakukan yang terbaik. Kalau orang Melayu tak nak berubah, nak salahkan dia juga?

Masalh Melayu ialah kita taksub. Dan saya berani kata ini semua kerana ajaran sesat PAS yang mengajar pengikutnya supaya anggap pemimpin PAS seperti "DEWA".

Isu "Kalimah Allah" jelas tunjuk sikap jual ugama oleh PAS. Tak kan PAS tidak sedar membenarkan Kristian guna perkataan Allah akan menjadikan umat Islam keliru dengan Sifat Allah ( iaitu satu, tidak diberanakkan dan tidak beranak).

Namun demi kuasa, PAS sanggup tuduh UMNO takutkan Melayu . akhirnya suara Isalm jadi lemah.

Kenapa orang lain berani cabar untuk guna perkataan Allah. Kerana orang melayu berpecah belah? Kalau PAS dan UMNO bersatu dalam isu ini, tak ada orang bukan Islam akan cabar kesucian ugama Islam.

Dan pada Najib, jangan ambil mudah sokongan Melayu pada UMNO.

Pada PAS, jadi kuli batak DAP hanya merosakkan kepercayaan Melayu pada PAS.

PKR memanglah tak boleh diharap sebab ianya perjuangkan anwar saja.

Dan pada orang melayu yang percaya DAP., jangan lupa Sembahyang istikharah kalau masih tak tahu DAP sebenarnya.

Quiet Despair said...

Sakitnya hati masih ada yang menguutuk Tun M dan menyalahkannya on everything that is not right.
Janganlah marahkan kelambu, nyamuk dibakar.
Kalau Tun M masih berkuasa, CSL the Kit Siang wanna-be tak akan berani membentak UMNO dan orang Melayu.
Dia akan dibentak oleh Tun M. Disuruh shut up. Shh.Vamoose.
Terus menjadi tikus mencari lubang.
Buang sahaja MCA yang menjadi gunting dalam lipatan. Biawak hidup yang sungguh membebankan.
Kalau mengenal nasib diuntung, tak apa.
Tapi mengaum macam harimau luka. Tembak sajalah, tak perlu ubat lukanya sebelum kita dicalarnya.

Amran said...

Quiet Despair,
Baru kau tau yang Najib itu 'mati pucuk'. Kau tau skrg yang Najib lemah. Aku tengok kau bukan main lagi memberi harapan baik untuk negara kepada Najib. Aku geli baca kau punya komen.

Amran

Quiet Despair said...

Amran

Ewah. Kau, kau aku saja ya kita.
Sejak bila saya kata Najib mati pucuk.
Saya bukanlah orang yang tak berpendirian. Kejap sini, kejap sana.
Inilah stail pngikut Abuya Anwar.
Nak kutuk orang tapi isi takde.

Desa Mentari said...

Saudara shamshul anuar,
Terima kasih komen saudara.

Saya masih yakin T. Mahathir gagal. Hujah saudara sangat lemah. Kegagalan melahirkan insan adalah kegagalan yang amat besar.

Jangan la berdalih disebalik isu Allah ke , pasal PAS ke apa.. soalnya apa yang beliau lakukan selama 22 tahun..
apa tindakan beliau. beliau hanya mengambil tindakan kepada yang menentangnya sahaja. Kalau menyokongnya kesalahan sebesar mana sekalipon boleh kautim..

renunglah dengan ikhlas

Anonymous said...

Tn. Aspan,
Saya setuju dgn Desa Mentari bahawa Tun M gagal. Contoh kecilnya gagal melantik menteri yg tidak merokok. Kalau kecil pun tak mampu jangan kata nak lantik menteri tak rasuah. Jadi sekarang kabinet PEAM terima hasilnya. Rakyat..He3..

Anonymous said...

Desa Mentari..

Semua kelemahan dlm negara berpunca dr Tun Mahathir? LAgi mudah kalau cakap semua kelemahan yg berlaku berpunca dari tuhan. Kenapalah tuhan bagi Tun MAhathir jd PM sampai 22 tahun. Tak patutlah tuhan ni.Tak sayang melayu. Tak bertanggungjawab kpd Islam yg tuhan sendiri turunkan.

Desa Mentari said...

Kepada,
Anonymous said...8 December 2010 12:12:00 GMT+08:00

Kalau komen guna la akal tuhan bagi akal.... sebab akal macam ko ne orang benci umno.

Ambik bapak melayu yang ko puja sangat.
Saya amat terkejut membaca laporan ‘Ayahku pasti bangga’ diceritakan oleh Dr Mahathir Mohamad yang dipaparkan di New Straits Times pada Mac 21.

Dalam rencana itu, Mahathir telah berkata bapanya Mohamad Iskander “… berupa salah satu di kalangan segelintir orang Melayu yang melarikan diri dari rumah untuk bersekolah (Penang Free School).”

Apakah bekas perdana menteri kita sudah nyanyuk sehingga beliau lupa akan nama sebenar bapanya sendiri? Bapa Mahathir ialah lelaki India berasal dari negeri Kerala di India selatan. Nama bapanya ialah Mohamad a/l Kutty.

Kalau dari segi baka (genetic), Mahathir yang bapanya India dan ibu Melayu akan digolongkan sebagai keturunan India. Namun Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa sesiapa yang menganut agama Islam, mengamalkan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu akan dianggap sebagai Melayu.

Oleh kerana itu, jika diikutkan Perlembagaan, bapa Mahathir boleh dikata Melayu. Tetapi pada hakikatnya dan mengikut resam dunia, beliau adalah orang India.

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/12/kenapa-malu-mengaku.html

Tapi itu saya tak kesah....
Jangan cuba salahkan Tuhan OK