01 February 2011

Disini ramai Muslimnya tetapi kurang Islamnya - Disana kurang Muslimnya tetapi banyak Islamnya

Nik Aziz, Mahathir dan Lee Kuan Yew (LKY)adalah nama-nama yang terbabit dengan polimik 3 segi. Dr Mahathir sememangnya berseteru politik dengan LKY ini dan Nik Aziz pula adalah seteru politik dengan UMNO yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir yang melantik diri beliau sendiri sebagai Presidennya yang pertama yang dikenali sebagai UMNO (baru).

Dalam permainan politik Dr Mahathir, beliau menggunakan isu Melayu dan Islam diSingapura sebagai isu untuk menyatukan orang Melayu Islam untuk terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini. Dr Mahathir sentiasa menjadikan orang Melayu Singapura sebagai contoh dan alat untuk menakutkan orang Melayu diMalaysia supaya jangan menerima parti lain selain dari UMNO dan BN jika Melayu masih mahukan masa depan mereka tidak menerima nasib seperti Melayu Singapura.

Secara tradisinya UMNO terutamanya Dr Mahathir telah menggunakan isu 13 Mei sebagai ‘allying factor’ untuk menakutkan orang Melayu dan bangsa lain yang kejadian berdarah itu mungkin akan berulang jika rakyat membelakangkan UMNO dan BN dalam pemilihan untuk mencari pihak mana yang patut memerintah negara ini. Tetapi isu 13 Mei ini sudah terlalu usang dan tidak laku lagi, maka Dr Mahathir menggunakan isu yang dikatakan olehnya yang Melayu diMalaysia akan menjadi Melayu Singapura yang kononya di’marginalized’ oleh kerajaan Singapura.

Tetapi Melayu Singapura sendiri menyatakan rasa puas hati mereka dengan kehidupan diSingapura. Malahan mereka merasakan mereka adalah lebih baik keadaan mereka dari Melayu diSemenanjung Malaysia ini. Mahathir menyatakan yang orang Melayu diSingapura telah dihimpit dengan dasar kependudukkan negara itu dengan mengambil alih tanah-tanah kepunyaan orang Melayu untuk dibangunkan rumah-rumah kediaman untuk semua rakyat disana.

Dr Mahathir membidas Nik Aziz kerana Nik Aziz berpandangan yang Islam Yang dianuti oleh Melayu Singapura adalah lebih baik dari Islam yang diperjuangkan oleh Nasionalis diMalaysia. Mahathir menuduh Nik Aziz sebagai pemecah orang Melayu kerana dengan sokongan Nik Azizlah orang yang dipecat dari UMNO (Anwar) menjadikan Melayu berpecah 3 dalam siasah negara kita.

Segala yang disebut oleh Dr Mahathir dan Lee Kuan Yew sebenarnya adalah semata-mata ‘political statement) yang amat sempit. Semuanya mengambil Islam dalam bentuk ‘form’ semata-mata. Semuanya ada perbahasan masing-asing jika dibahaskan dalam kontek politik semata-mata.

Blog ini pernah menyebut yang kita boleh lihat banyak Islamnya dinegara barat tetapi Muslimnya kurang. Yang tepenting didalam mana-mana agama sekali pun ialah cara hidup mereka (Addin) bukannya dalam kontek ‘form’ semata-mata.

Dinegara seperti negara kita ramai yang Muslim tetapi tidak ramai yang Islamnya. Yang terlebih penting ialah menjaga Islam itu jika kita sudah menajdi seorang Muslim atau dilahirkan sebagai Muslim. Apakah dia cara-cara menjaga Islam itu?

Salah satu dari yang banyak cara menjaga Islam itu ialah mengelak dari mengambil dan memakan rasuah. Tetapi inilah sebenarnya selalu dilakukan oleh orang-orang Muslim dinegara kita. Berkokok pemimpin-pemimpin kita bercakap perihal Islam tetapi mulut yang bercakap tentang Islam itulah yang begitu biasa dengan menjamah rasuah.

Ramai diantara media arus perdana dan alternative dipenuhi dengan isu agama yang dimainkan kerana politik. Masing-masing membuka pekong individu-individu yang dibencinya dengan memanggil mereka sebagai anjing, binatang, babi, haram jadah, sial dan berbagai nama lagi yang dilemparkan kepada orang lain kerana perselisihan faham atau pun semata-mata kerana politik berpuak-puak itu. Islam kah ini?

Sampai bilakah kita hanya berjuang untuk meningkatkan ‘form’ semata-mata tanpa ‘content’ ini?. Sampai bila kita yang ramai pula membiarkan dan selalu bersubahat dengan perasuah dan menyokong pihak yang melakukan rasuah sebegitu besar? Islamkah kita ini? Adakah sudah pasti kita mendapat syurga jika kita menumpang dosa dengan menyokong pimpinan yang rasuah dan tidak bermoral itu.

Itulah sebabnya dinegara Scandinavia tidak kedapatan rasuah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, dan itu adalah tuntutan Islam. Sebenarnya kah negara kita ini sebagai negara Islam jika dinegara ini kedapatan terlalu banyak kes-kes yang menghina Islam seperti membuang bayi yang berlaku saban hari saban minggu? Mayat anak-anak kecil yang baru lahir bergelempangan dimana-mana.

Pembunuhan dlakukan dengan begitu banyak sekali setiap hari dimana-mana. Sumbang mahram sudah menjadi kejadian yang biasa dan tidak dapat dikira lagi. ‘Haruan’ yang memakan anak-anaknya adalah fenomena biasa.

Kenapa perkara ini sering berlaku dinegara kita sedangkan kita adalah sebuah negara Islam? Percayakah atau tidak yang Islam itu mestilah ada didalam sanubari kita? Islam itu mesti berada didalam darah kita yang mengalir didalam tubuh kita. Apabila Islam itu benar-benar mengalir didalam sanubari kita barulah berkat perjuangan Islam yang disebutkan oleh pemimpin-pemimpin kita yang sedang berkuasa dan sudah bersara.

Apabila sanubari kita dikotori dengan memakan rasuah yang haram, tidak mungkin seseorang pemimpin itu mampu memperjuangkan addin Islam itu tadi kerana segala-galanya adalah bergantung kepada naluri yang bersih untuk membina niat yang suci dalam perjuangan Islam itu tadi. Jika terlalu ramai diantara kita yang memakan rasuah bagaimana darah yang kotor yang mengalir didalam tubuh kita hendak memperjuangkan Islam itu?

Naluri yang kotor tadi tidak akan mampu menghalang seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang haram sepertu rasuah dan sebagainya. Bayangkan jika ramai diantara kita khususnya pemimpin-pemimpin yang memakan hasil rasuah bagaimana nak dikatakan Islam dinegara ini lebih baik dari Singapura dan negara maju yang lain.

Jika kita hendak memperbandingkan negara mana yang lebih baik Islamnya, cuba kita bertanya negara mana yang lebih dan negara mana yang kurang rasuahnya? Negara mana yang ramai melakukan sumbang mahram dan yang mana yang kurang berlakunya perkara-perkara seperi itu? Dimanakah lebih banyak berlaku rompakkan dan yang mana yang kurang berlakunya perompakkan itu?

Saya lebih cenderung untuk meyakini yang Singapura lebih berjaya memperjuangkan kebersihan pentadbirannya tanpa rasuah yang keterlaluan dan itu adalah kejayaan memenuhi tuntutan Islam.Cuba kita lasakkan mulut kita sedikit; diantara Singapura dan Malaysia negara mana yang lebih banyak kegiatan membuang jenin didalam tong-tong sampah dan longkang-longkang atau dimana-mana?

Sesungguhnya baik atau buruknya Islam dilihat dianatara dua negara ini berpaksikan kepada cara dan addin Islam itu. Jika kita adalah seorang Muslim tidak semestinya kita adalah seorang yang Islam. Islam itu berada didalam diri kita sendiri. Jika kita penuh dengan noda dan dosa dan sentiasa melakukan perkara buruk seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa itu kita belum lagi seorang Islam walaupun kita adalah seorang Muslim.

Itulah sebabnya dinegara maju seperti diEropah dan Jepun kita banyak melihat elemen Islam itu walaupun tidak ramai Muslimnya tetapi dinegara kita walaupun ramai Muslimnya tetapi Muslim-Muslim inilah yang memperkosa Islam dengan begitu nyata sekali.

Rami diantara kita hanya memakai baju Islam tetapi didalam baju itu terselindung kebathilan yang tidak terhingga besarnya. Perjuangkanlah Islam itu dengan sebenar-benarnya. Islam bukan setakat selesai dengan formnya sahaja. Perjuangkan Islam itu untuk mencari jalan yang membina addin agama itu dengan sebenarnya.

Pejuang Islam tidak akan tertipu dengan ketakutan untuk berkata benar dan tidak akan bersama-sama menutupi dan melakukan kesalahan yang bertentangan dengan segala tuntutannya. Melindungi rasuah oleh pimpinan kita itu merupakan kerja hina yang ‘unislamc’ dan elok bagi mereka yang melakukannya itu supaya berhenti berkata-kata tentang Islam. Mari kita perbaikki diri kita dahulu sebelum kita berani mengatakan Islam kita lebih baik dari Islam sianu itu.

Dinegara-negara maju, walaupun bukan negara Islam tetapi banyak nilai dan cara Islam itu terdapat disana. Yang terpenting ialah mereka dapat dan berjaya mengurangkan berlakunya kerja-kerja yang tidak digemari oleh Islam itu.

Untuk meletakkan seseorang itu jauh atau dekat dari Tuhannya adalah kerja Tuhan semata-mata. Hanya DIA yang Maha MengetahuiNya.

23 comments:

Chin said...

Good thinking bro. Keep it up and just don't get swayed by impurity thinking.

Good Luck


Chin

cedikcenun said...

Salam, tatabahasa tuan salah;

(i)Contohnya di menunjukkkan tempat; di kuala lumpur, di sana, di sini, di atas, di bawah, di singapura, di kelantan (jarak di mestilah dijauhkan. Contoh ayat : Beliau menggunakan isu melayu dan islam di Singapura.

(ii)Contohnya di menunnjukkan katakerja; ditelan, diterajang, ditarik, dilanggar, dimakan, disebat dan sebagainya mestilah rapat. Contoh ayat : "...presidennya yang pertama yang dikenali sebagai UMNO (baru).

Aspan Alias said...

cedikcenun,

saya memang tidak pandai menulis dengan tatabahasa yang baik. Itu saya akui.

saya bukannya masuk pertandingan karangan. Tetapi saya berterima kasihlah mengajar saya.

Tetapi perbahasan saya rasanya tidak salah.

Anonymous said...

Memang benar kata sdr itu. Islam Islam Islam tetapi kerja yang bertentangan dengan Islam selalu sahaja berdikerjakan oleh mereka yg memimpin.

Rasuah itu bertentangan dgn Islam maka itulah sebabnya perjuangan Islam yg disebut-sebutkan selalu itu tidak menjadi.

Zairol

Masam Manis said...

Encik Aspan,

Mungkin kita perlu mengimbas kejayaan Barat sekarang dengan meniru dari "Islamic Golden Age" didekad 8-13 masihi.

Tidak mungkin era keemasan Islam itu berjaya jika semata2 tanpa melibatkan perbagai kaum,etnik dan kebudayaan yang berbeza.

Sekarang ini kita tahu,zaman keemasan itu sudah berlalu dan barat telah memperbaiki dan menerapkan apa yang baik didalam budaya dan cara kehidupan mereka. Cuma mereka tak kata mereka Islam walaupun ciri2 itu dituntut dalam Islam.

Orang barat lebih tahu maksud peradaban politik, menjaga kebersihan, mempunyai system kebajikan untuk masyarakat yang baik yang menjadi asas kemajuan kebudayaan mereka. Sampaikan ustaz2 kita dihantar di university barat untuk mendalami Islam.

Sebab itu, kita jarang dengar dibarat masyarakat mereka memberontak,. Cara penukaran kerajaan pun dijalan dengan baik.

Tidak heranlah mereka yang mampu suka bercuti dinegeri barat. Sampaikan bekas diktator dan keluarga dari negara Islam lari dengan membawa segala kekayaan negara kebarat. Mungkin mereka rasa selamat dengan system barat berbandigan berhijrah kenegara Islam yang lain

d'enricher said...

Tuan,

Mudahnya kata : nak jadi Muslim tu mudah, tapi nak jadi MU'MIN tu yang perlukan ilmu yang HAQ.

Silap hari bulan tergolonglah dalam golongan munafiq dan fasiq. Hari ini di Malaysia dan juga diseluruh dunia, Islam itu berbagai bentuk walaupun Nabi tinggalkan Islam dalam keadaan sempurna.

Yang menariknya, setiap kumpulan mengatakan serta mengakui bahawa merekalah yang mengamalkan Islam yang sebenar.

Mana mungkin. Kita kena terima hakikat bahawa kalau kita tidak "SERIOUS" dalam mengenal pasti Islam yang kita amalkan, jangan nanti bila dah jumpa Mungkar dan Nangkir, masa tu tak ada U TURN lagi.

Kalau kita tak berusaha, HIDAYAH itu belum tentu milik kita.

A.Alshukor

Anonymous said...

Salam,

Saudara, d'enricher said...


Yang menariknya, setiap kumpulan mengatakan serta mengakui bahawa merekalah yang mengamalkan Islam yang sebenar.

Jika Tuan Nujum telus mata...

Di Malaysia ne.. Islam golongan bagaimana yang betul?

Anonymous said...

Mr. LEE KUAN YEW , WHY YOU SEE ME LIKE THAT

Mr. Lee Kwan Yew is trapped in his unconscious prejudice and subtly bias . The Muslims are distinct and separate , they discourage integration in the Singaporean communities . All religions can be integrated but not Islam . Singaporean were progressing until the surge of Islam came the other communities have easier integration , he says . He calls for the Muslim community to “be less strict on Islamic observances.” In other words , the Muslim let it be less observance with the Islamic laws and practices . Islam is an hinderance for Singapore communities to integrate and progress .


Wow! he sounds like giving out a fatwa to the Muslims . Coming from the Senior wise-Pop Minister is really something . A mellow fatwa but mischievously religious with the spray of unconsciously prejudice . Perhaps , he meant to belittle his majority Muslim neighbors and not aware of his intentions . Or perhaps , he did something else to mitigate his city communities and still unaware of his intentions . Is this the brain of a 'great' statesman that everyone praises for ?

Like many leaders of his age , we expect more words of wisdom and articulation rather than making swift judgement of Muslim and Islam . At time , he does not know that influences have manipulated him . From his unconscious prejudice and bias have produced misunderstanding among the Muslim communities of the regions . To hear that we are also not aware that we have being manipulated too . It creates the conflict of minds among the ethnic groups and perhaps the Nations . For what ? .

The legacy of Mr. Lee Kwan Yew is mundane and in the making of his fatwa has shaken the heavenly minds and faith . As someone says , the earthly mind is devilish polluted and Mr. Lee Kwan Yew is not spare either . I bet you if you ask him , how you have to come out with all those swift judgement about the Muslim and Islam . He will tell you that it hinders for a just-utopian social fabric of Singapore where progress and integration to prevail . He will never tell you about his unconscious prejudice and bias come from that has led him to that answer .It is because he is not aware of it . When the ' poll results show that 90 percent of Singaporeans have no problem with having a non-Chinese PM .' He says , it is all “utter rubbish ."

I have no doubt that he is a great husbandry leader of the city ' Nation' Singapore but certainly a paranoia . To bear that his city-island ' Nation ' is surrounded by ' hostile' Muslim population , is something unbearable to him and his manipulated groupies . With his unconscious prejudices and biases at birth , I can hardly imagine what has became of his thinking as a Mentor Minister of the Republic . He scares the hell of me by his thinking . And by being his neighbor just across the straight of Johor , I fear he could perceive and manipulate me to turn into a suicide bomber . I hope I am the only one who feels so .

Mr. Lee Kwan Yew , WHY YOU MAKE ME THINK LIKE THAT OF YOU .

Anonymous said...

What you are looking for sir, is an utopia where everybody is honest to the bone. No corruption, no dsease, no killing and definitely no new UMNO. How noble of you sir but I'm afraid the only place for you is at the ripley's believe it or not showroom in genting for the present generation to gawk at after paying RM50 for entrance fee.

Shalela

Anonymous said...

Jangan kata nak menilai dengan ajaran Islam, dengan pelajaran sivik darjah 3 pun tidak ada yang lulus. inilah hakikatnya!

Anonymous said...

Bro..tafsiran bro tentangislam juga boleh dikategori dlm political statement kerana u sentiasa akan menambil pendirian yg kelihatan bertentangan dgn Tun Mahathir. Kalau Tun M ke hulu, u pasti akan cari hujah sebelah hilir. Bukti ini boleh dilihat didlm entry u yg lepas2. Kita tidak berhujah hanya semata2 utk kelihatan sering bertentangan pandangan dgn org yg tidak pernah kita setuju. Faktor kebenaran, kepentingan besar mahlahah ummah secara juga harus diambil pertimbangan dlm berhujah.

Anti ujub dan sumaah..

Anonymous said...

Singapura atau scandinavia walaupun lebih islamic dr segi content kerana tidak rasuah, tetapi ia tidak kena-mengena dgn islam. cuma kebetulan mereka menjalankan pentadbiran yg beretika. Serupalah seorang jiran saya agama hindu tapi rumah dia bersih, keluarga aman damai..tak pernah dengar gaduh laki bini. Jiran sebelah lagi islam tapi ada jugak dengar gaduh2 dan rumah pun tak sebersih rumah si hindu tadi. Yg mana lebih mulia disisi tuhan?
Jiran hindukah atau jiran islamkah?

LKYamseng

Anonymous said...

amacam pemimpin kita yg pergi menunaikan ibadah haji atau umrah dengan duit rasuah...heran dan ajaib.. katanya ada yang bermurah hati sponser..takda niat pon rasuah..business class lagi tu...lawak2..

Anonymous said...

Singaporean Malay hates Mahathir's statement. In fact, Singaporean Malay look down on Malaysian Malay. Mahathir has his own genda. Conclusion:- In the process, of passing the PM premiership baton from Najib to his son, Mukhriz in the near future. This is what we called "cronyism". This senile old man is out-dated. Today, we witness the "Egyptian Uprising" against Hosni Mubarak after ruling 30 years in Egypt. There was no clear indication that the main opposition leader was involved in this uprising against Mubarak. Even "muslim brotherhood" was not involved in this uprising. "People Revolution" against Mahathir's Dynasty. Hahahaha!!!!

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Saya setuju benar dengan tulisan saudara. Saya hampir mencecah umur separuh abad, tapi saya melihat masih ramai orang melayu yang masih ditipu oleh si mamak tua ni.

Saya tidak percaya pada konsep menyuapkan makanan kemulut seperti yang dilakukan oleh mamakthir dan gerombolan Umco tu, sebab itu satu penipuan. Umco berulang2 kali mengatakan PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik. tapi sedarkah semua melayu2 penyokong umco yang haprak lagi hapak bahawa mamathir menggunakan nama bangsa MELAYU untuk kepentingan politik beliau?

Memang si mamak ni suka menipu melayu, seperti kisah di zaman silam masa empayar Melaka. Empayar Melaka tumbang akibat gara2 mamak bendahara lah yang menghuru-harakan kerajaan melayu melaka.

Jadi memang betul kata pepatah, kalau jumpa mamak dan ular, bunuh mamak dulu. Lidah mereka semua lidah bercabang. Saya dilahirkan di negeri yang ramai mamak, tapi tahukah saudara bahawa kalau melayu buat bisness dengan mereka, kami disini tak mau melibatkan diri dengan mamak sebab dah tau semuanya kaki autar.

Dalam politik pun begitu juga, dia menunjuk2 bahawa dialah hebat tapi polisinya hanya untuk menjahanamkan negara. Yang paling terang lagi bersuluh adalah konsep Persyarikatan Malaysia. Mamakthir telah gagal, bukannya melayu kerana konsep itu hanya mengkayakan kroni beliau dan anak2nya. Contohnya dalanm bidang pengswastaan pejana bebas(IPP). Kroni masih diberi subsidi RM20Billion setahun, tapi rakyat dibiar sengsara dengan kenaikan harga petrol. Inilah penipuan paling besar dalam sejarah Malaysia.

Konsep Persyarikatan syarikat Awam kepada Swasta adalah satu konsep yang menampakkan kebodohan Mamakthir, sebab konsep ini juga gagal di Tunisia yang mana rakyat bangkit menjatuhkan kerajaan Tunisia. Sebab semuanya dalam kepala otak pemimpin mereka dan juga di MaLAYSIA hanyalah untuk nak kayakan anak beranak mereka sahaja atau secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai projek makan rasuah besar-besaran oleh mamak bendahara abad ke 20 dan 21.

Anonymous said...

Seorang pembahas menyindir Nik Aziz yg katanya pergi umrah dgn duit rasuah. Setahu saya SPRM telah menyiasat beliau (SPRM ni bila ada isu mengenai pemimpin pembangkang amat cekap sekali, sedangkan laporan rasuah berbilion yg melibatkan pemimpin2 BN dipengap je)dan sehingga kini tiada pendakwaan. Maknanya tiada rasuah. Kesian SPRM setelah berhabis-habisan mencuba tak dapat bukti maknanya tiada rasuah. Salah SPRM juga. Kalau nak bukti yg amat senang pergilah kat Rafidah Aziz, Mamak Bendahara atau lain2 pemimpin BN. Berton-ton bukti di sana. Berapa agaknya kos sponsor Nik Aziz ke Mekah, agaknya tak sampai pun suku juta. Bandingkan dgn berbilion kekayaan negara yg telah dirompak.

dpd: semangat mesir

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Tu la perangai sebenar lidah bercabang TDM. Org tua kutuk ne sanggup lakukan apa saja untuk mencapai apa yang diingininya.

Kita jangan lupa bagaimana dia menghina nabi. Setakat menghina TGNA ne apa hal sangat bagi dia.

Cuba kita berfikir apa tujuan dia buat semua tu?

Di hadapan melayu dia menyokong melayu,di belakang melayu dia menyokong pihak tu pulak. Jenis ne mimang biasa bersalin kulit. Awas la, dia dah diberi peluang lebih 22 tahun.. lihat la melayu macamana? bertambah untung ke rugi?

Cukup lah, jangan terperdaya lagi..

Kalau org tak sanggup kata, biar la saya katakan bahawa "Malaysia rugi besar mendapat PM seperti dia".

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Nak tambah sikit...

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Lihat lah tingkah laku TDM ne.. Suruh je dia bertanding semula...

Anonymous said...

Saya bersetuju benar dgn Desa Mentari mengenai Mamak tu. dlm akhbar hari ini (3 Feb) pula dia kata perpecahan Melayu angkara penubuhan Pas, Semangat 46 dan PKR dan mengatakan pula Nik Aziz dan Anwar tidak mengutamakan perpaduan Melayu. Si mamak tu lagi banyak dia bercakap lagi banyak jari menuding ke arah beliau. Sedarlah mamak, Semangat 46 tertubuh akibat keengganan mamak letak jawatan selepas tidak mendapat kepercayaan perwakilan UMNO. Ini perangai pentingkan diri sendiri. Keputusan pertandingan 1987 pun dgn penipuan. Sebenarnya org lain patut duduk kerusi Presiden UMNO dan kerusi PM. Begitu juga dgn kes Anwar. Beliau tahu beliau akan dicabar Anwar utk jawatan Presiden UMNO dan kemungkinan kalah. Lalu cepat2 jalankan tipu muslihat termasuk mempariakan Polis, Peguam Negara dan Mahkamah semuanya demi kepentingan kerjaya politik sendiri. Beliau tak hirau langsung tentang perpaduan Melayu. Jadi org yg lebih bersalah tentang perpaduan Melayu ialah seorang manusia yg mengetuai UMNO selama lebih 20 tahun dan 2 kali UMNO berpecah angkara kepentingan politik peribadi. Jadi jgn salahkan ahli biasa UMNO atau org Melayu dlm hal ini.

dpd: tak hipokrit

Anonymous said...

penyokong pas totok dah terasa bila cerita kisah niky aziz disponsor umrah atau haji.. aku bukan cerita nicky aziz la..orang umno pon melambak kena sponsor..

ps buat penyokong pas totok: lawak2 la korang taksub sangat kat parti pas tu macam orang pas pegang jawatan tu malaikat,bersih suci..podahhh..ahli politik mana ada yg bersih.. terima la hakikat hidup sebagai manusia ini memang banyak cacat celanya..

ahmad fahman

Jebatamuk said...

Saudara Aspan, saya amat terharu dgn tulisan tuan dan amat gembira sekali yang tuan dapat memberikan penghuraian dengan secara mudah dan ikhlas. Cuma orang yang baghal, bodoh dan bangang saja yang tidak dapat melihat atau pun tidak mahu melihat.
Kalau nak tahu yang totoknya, ini lah dia Ahmad Fahman namanya. Bodoh, baghal dan telah dibutakan hati dan fikiran waras oleh Tuhan. Buka lah mata anda seluas luasnya dan lihat bagaimana orang orang UMNO Baru hidup dan kau bandingkanlah TGNA. Mahadey hanya menjaga kepentingan anaknya, Mukriz yang dia idamkan akan menjadi PM satu hari. Sesiapa yang menyokong Mahadey ni hanya menegakkan benang basah. Kalau saya hari2 bagi sedekah pada fakir miskin tapi pada masa sama saya juga merupakan perompak dan pencuri, adakah tuan2 akan memaafkan saya sebab saya murah hati. Rakyat Malaysia bukan bodoh.

Amuk tetap amuk. PRU13.

Anonymous said...

Kepada semua pemberi komen blog ini, anda semua harus faham apa makna Islam? Sila buat buat rujukan, di dalam Al Quran, jangan ianya dipesongkan mengikut tafsiran sendiri

Anonymous said...

jebatamuk je yg bodo ulasan macam budak darjah 1..,eheheeh. kan aku dah kata bukan pemimpin pas yg aku kutuk..aku kutuk orang umno yg gi buat ibadah pakai duit rasuah..aku tahu la lifestyle diorang ni macam mana..macam mana nak buat duit style umno n the geng..tang cara pas aku tak tau..aku harap mereka ni berubah jadi lebih baik.. itu aje..maklum la dah lama pegang jawatan..

ahmad fahman