15 February 2011

TERAJU - Apa yang diterajuinya?

Pelancaran Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU) baru-baru ini mendapat reaksi yang tidak memuaskan setengah pihak dan Najib dianggap oleh pihak-pihak ini sebagai pemimpin yang flip-flop kerana berubah haluan dari pendirian yang telah dibuatnya sebelum ini.

‘Kuala Lumpur and Selangor Assembly Hall’ (KLSCAH) memberikan reaksi yang negatif dan menganggap keputusan mewujudkan TERAJU sebagai tindakkan yang menyimpang jauh dari NEM yang diumumkannya tahun lepas. Pada pihak ini Najib belum lagi membuktikan yang beliau benar-benar mengumumkan sesuatu yang belum tentu mahu dilksanakannya.

Penyakit mengubah haluan sebelum melaksanakan perancangan yang telah diumumkan memang menjadi perkara yang sangat lazim bagi Najib. Tidak tahu pula kenapa beliau tidak dianggap sebagai seorang flip-flop sebagai yang dilabelkan terhadap Abdullah Badawi dahulu. Sekarang baru kita jelas bahawa flip-flop itu hanya diperuntukkan untuk Abdullah Badawi sahaja.

Jika pihak lain flip-flop ianya tidak menjadi isu. Dr Mahathir telah flip-flop dari Ulta Melayu menjadi Melayu Liberal semasa menjadi PM sekarang kembali menjadi Ultra sesudah bersara itu tidak flip-flop. Itu perjuangan namanya. Jika zaman Dr Mahathir UMNO itu parti yang baik tetapi setelah beliau bersara UMNO itu adalah parti ‘contract’ dan parti ‘AP’.

Puluhan ribu AP yang dikeluarkan oleh MITI dan ratusan kontrak-kontak mega yang dirunding terus dengan kontaktor-kontraktor yang besar-besar semasa beliau menjadi PM dahulu itu tidak ditakrifkan sebagai ‘UMNO parti AP dan contract’. Itu dinamakan sebagai usaha pembangunan. Dr Mahathir seperti Kamal Attartuk mempunyai sikap ‘don’t do what I do; just do what I ask you to do’.

Tahun lepas Najib telah memngumumkan pemansuhan dasar 30 peratus penyertaan Bumiputra untuk mengelakkan negara terjebak dalam kononya ‘middle-income trap’ dan ianya bermakna tidak ada lagi keistimewaan dan semangat NEP yang telah banyak membantu usaha untuk penyertaan yang ‘equitable’ dikalangan berbilang kaum dinegara ini.

Sekarang ini wujud pula TERAJU yang belum pun dinyatakan segala pelan yang sedang difikirkan oleh TERAJU untuk Bumiputra, kita sudah menghadapi reaksi negatif dari banyak pihak. Orang Melayu ini nampaknya seolah-olah satu bangsa yang terlalu malang kerana sentiasa tersepit dalam semua keadaan.

Bermacam-macam perancangan yang diumumkan untuk orang Melayu ini tetapi perancangan itu kadangkala dibatalkan kadangkala timbul kembali. Teringat pula saya kepada ‘TV Commercial’ biskut chocfudge; kadangkala ada kadangkala tak ada. Hanya yang kita berharap segala af’al tuhan ini akan membawa hikmah kepada bangsa kita ini pada masa-masa yang akan datang.

Sebagai seorang Melayu saya nampak situasi begini; orang Melayu bukan sahaja disaingi oleh bangsa-bangsa lain tetapi disaingi oleh kerajaan yang dipimpin Melayu ini. Kerajaan yang menyaingi orang Melayu dan apabila Melayu gagal pemimpin kita menyalahkan orang Melayu pula.

Semua agensi kerajaan menyaingi Bumiputra. Semua ‘public companies by guarantee’ yang sekarang dinamakan GLCs menyaingi orang Melayu dan Bumiputra dalam banyak peluang perniagaan dalam negara kita. GLC setakat ini hanya mampu menaikkan ego beberapa individu sahaja. Ketua-ketua eksekutif GLC merupakan kumpulan elit yang kecil yang tegulung kedalam kumpulan ‘the rich and the famous’ hasil dari kedudukan mereka didalam syarikat kepunyaan rakyat itu.

Tugas dan fungsi mereka untuk memajukan syarikat-syarikat tersebut tetap tidak tercapai dan dasar untuk memindahkan pegangan-pegangan pemilikan itu kepada Bumiputra tetap belum diselesaikan. Walaupu telah diumumkan yang beberapa syarikat akan disenaraikan diPasaran Saham tetapi belum lagi sehingga kehari ini kerajaan membayangkan bagaimana caranya untuk mengekalkan pegangan itu ditangan Bumiputra.

Pembahagian harta kekayaan negara tidak selesai dengan hanya menyenaraikan saham-saham syarikat yang terbesar secara ‘direct’ kerana pencapaian pegangan Bumiputra dikatakan hanya 18.7 peratus sahaja. Pertamanya orang Melayu masih lagi tidak berkemampuan untuk membeli saham-saham yang diperuntukkan melalui Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dengan pengkalan pegangan jangka masa yang panjang.

Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang usaha yang serius dan yang mempunyai ‘consequence’ yang besar ialah pentadbiran ‘pre-Mahathir’ sahaja. Pegangan Bumiputra yang hanya sebanyak 2.7 peratus telah berkembang kepada 18.4 peratus pada tahun 1984 dahulu. Tetapi apabila ekonomi negara dipacu oleh Daim Zainuddin yang dilantik oleh Mahathir pada Jun 1984 dahulu tidak berdaya untuk meningkatkan pegangan hak milik oleh Bumiputra dan dari 1984 sehingga ke hari ini kerajaan pimpinan Mahathir dan seterusnya hanya mampu untuk menambah 0.3 peratus sahaja. Bagaimana hndak kita katakan yang Mahathir dan pimpinan seterusnya berjaya untuk mencapai matlamat unggul DEB dahulu iaitu untuk mencapai keharmonian kaum yang ‘ultimate’.

Yang berjaya hanyalah segelintiran rakan-rakan pemimpin yang istimewa yang dibantu oleh pimpinan kita sehinggakan mereka menjadi orang-orang yang terkaya tanpa usaha yang gigih. Usaha gigih puak-puak ini hanyalah untuk menjaga pucuk pimpinan yang berpengaruh dan jika budaya ini masih berterusan maka kita akan mempunyai penduduk yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.

Yang pasti hasil dari pengabaian dasar yang telah terbukti membawa faedah kepada rakyat itu maka jurang pendapatan diantara kaum dan sesama kaum terutamanya dikalangan orang Melayu bertambah melebar dan tidaklah menjadi satu perkara yang mengejutkan jika rasa tidak puas hati di kalagan rakyat itu bertambah meruncing dari masa kemasa.

Kejayaan dasar yang baik ini tentulah memerlukan pengorbanan. Apakah pengorbanan itu? Jawapannya ialah pemimpin dan perlaksana tidak mempunyai kepentingan dalam projek pembagunan negara. Tetapi oleh kerana masing-masing mahukan kekayaan yang luar biasa maka mereka terpaksa mencuri di sana sini dan seterusnya menggagalkan semua perancangan walau secantik mana pun perancangan itu di atas kertas.

Tidak akan membawa kejayaan apa-apa dasar pun jika dasar itu dikotori dengan rasuah yang mementingkan saku dan kantung pemimpin-pemimpin kita sahaja. Ratusan billion ringgit wang yang didapati dengan menyalahgunakan kuasa telah masuk kedalam bank-bank luar negara dan pengaliran wang negara dan rakyat keluar negara itu jugalah penyumbang terbesar kepada masalah kewangan negara yang tidak baik pada hari ini.

Kalau segala perancangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri bulan-bulan dan tahun-tahun yang lepas tidak berjaya maka kita tidak boleh yakinkan diri kita yang kali ini penubuhan TERAJU yang diumumkan beliau minggu lepas akan berjaya. Pengumunan itu tidak lebih dari ‘window-dressing’ untuk pilihanraya umum yang akan datang dan tidak lebih dari itu.

Tetapi rakyat tidak boleh bersuara dengan lantang kerana kumpulan pembodek dan pengampu kepada mereka yang berkuasa bertambah dari masa ke masa dan dari hari ke hari, bulan dan tahun-tahun yang akan datang.

Mereka mungkin kekal selagi mereka didokong oleh mereka yang berkepentingan dan menghalalkan segara cara untuk mendapatkan keuntungan peribadi semata-mata.

Lepas TERAJU ini apa pula yang akan diumumkan? Wallahu alam.

9 comments:

Anonymouse said...

Saya membaca 2 artikel saudara hari ini. Malangnya kedua dua artikel tidak memberi alternatif yang lebih baik dari apa yang disarankan olih PM saya. Saudara berilah pandangan yang lebih bernas dan membuat pembaca boleh berfikir sama ada membaca ada nilai tambahan ( value added ). Saya tahu comment saya ini tidak akan disiarkan sebab pro BN.Apa guna nya freedom of speech kalau saudara dan Malaysian Insider hanya akan siarkan komen komen yang anti-kerajaan?

Anonymous said...

Betul kata anom 16:56. Jika blog saudara mahu terus kekal di lawati pengunjung, siarkan apa saja komen jangan berat sebelah. Saya kecewa komen saya tak disiarkan oleh saudara di artikel yang lalu walaupun saya kerap menghentam kerajaan.

Rakyat sudah boleh fikir. Jadi saya berjanji mulai saat ini saya takkan kunjung lagi blog saudara dan biar saudara syok sendiri dengan kerajaan BN Tuan. Bye-bye.

Aspan Alias said...

Kepada pengomen diatas,

Saya tidak siarkan beberapa komen kerana komen keluar tajuk dan kadangkala memberikan komen yang very personal.

Lagi pun kadangkala saya tidak berminat untuk menyiarkan komen yang garang-garang yang menggunakan bahasa yang kesat dan peribadi.

Saya menulis juga dengan kuat mengkritik tetapi apa yang saya kritik itu berkisar kepada dasr yang saya anggap tidak betul dan mengingati contoh-contoh setengah pemimpin yang tidak mempunyai dasar yang betul.

Jika sdr tidak bersetuju boleh bahaskan tetapi jangan emotional dan menghentam peribadi dengan menggunakan bahasa yang kesat eperti orang yang tidak pernah bersekolah dan lari dari tajuk yang diforumkan.

Saya tidak mahu menyiarkan komen yang menggunakan bahasa yang kesat yang tidak layak dilekatkan kepada manusia.

Saya menghormati pandangan yang berbeza tetapi, let us be civil.

Kalau nak berbahasa kesat layarilah beberpa blog yang menggunakan bahasa-bahasa seperti itu.

TKasih.

johan said...

Betul Aspan,

Kalau nak layan komen yang gila-gila ianya akan merosakkan blog saudara.

bahasa seseorang itu melambangkan taraf pemikiran seseorang dan boleh menujukkan bagaimana mereka dibesarkan.

Just give way ti civilized comments.

L_J said...

Sdr Aspan,

Tahniah atas suatu garapan yg sungguh menarik. Walau bagaimanapun, untuk saya, semua yg dikatakan oleh sdr adalah perkara lazim dan remeh di Malaysia, dimana - atas nama Melayu & Islam - semua ini dibuat untuk keuntungan suatu golongan sempit sahaja. Dalam hal ini saya tidak suka mengunakan istilah “bumiputera” kerana bumiputera lain, melainkan Melayu (dan, itu juga, hanya segolongan sempit dari kaum tersebut), tidak begitu diuntungkan.

Soalan yg sungguh mengelirukan ialah mengapa majoriti orang Melayu – walaupun mereka menyedari semua ini – terus menyokong UMNO dan kroni2nya. Jawapannya merupakan, sekurang2nya, dwisegi:

1. Semestinya kebanyakan orang Melayu terima hakikat - walaupun sekumpulan kecil mendapat kebanyakan nikmat ekonomi ala UMNO - bahawa kebanyakan orang Melayu memang bermanfaat dari rancangan2 UMNO ekoran dasar2 yg mengetepikan dan diskriminasikan orang bukan Melayu. Saya percaya ini suatu realiti dan tidak patut diketepikan oleh pengupas2 politik. Yakni, walaupun hanya sekumpulan kecil mendapat kebanyakan nikmat ekonomi ala UMNO (dan ini disedari secara umum) tidak makna orang Melayu tidak ada suatu persepsi bahawa mereka pada keseluruhannya pun telah bermanfaat dari dasar2 diskriminasi UMNO selama ini; dan persepi tersebut mungkin benar!

2. Atau, adakah orang Melayu – walaupun mereka terima hakikat bahawa mereka tidak bermanfaat pada keseluruhannya dari dasar2 diskriminasi UMNO – lebih tertarik kepada perjuangan UMNO untuk memastikan bangsa Melayu akan wujud sebagai kaum unggul atau tuan di Malaysia (seperti perjuangan pemimpin2 Israel untuk memastikan bangsa Yehudi akan wujud sebagai kaum unggul atau tuan di Palestin) dan mereka anggap perjuangan itu cukup berlayak dan bernilai untuk dipertahankan tidak kira dan namun keangkuhan, kerakusan dan kemerosotan akhlak UMNO.

Salam,

LJ

Anonymous said...

sdr aspan,selagi tiada pihak pemantau yang benar2 bebas dan berkuasa mengambil tindakan keras terhadap tikus2 politik yg makan komisyen projek2 ini,selagi itu ia akan berleluasa.hal ini telah terlalu lama memekung, sejak dr mahathir dulu lagi.dirasakan hanya rakyat yang boleh menghentikan pengkhianatan ini.majlis fatwa tak berani bertegas soal rasuah ini.si pelaku tak segan silu menyuapkan makanan haram kepada keluarga.malang sungguh rakyat malaysia yang miskin.negara kaya tapi mereka tak dapat apa2.

Teropong Ajaib said...

Salam Tn. Aspan/semua,

Pendapat saya, sejarah jangan dilupakan.

Dizaman Belanda-British-Jepun, telah terdapat pengkhianat Bangsa dan golongan ini dalam bahasa agama dipanggil munafik. Tindakan mikro mereka tertumpu bagaimana untuk isi poket sendiri supaya isi keluarga dan waris wala dia sahaja yang senang dan yang lain biarkanlah dan kalau papa kedana sekalipun tidak mengapa. Itu zaman Penjajah.

Namun Penjajah itu sendiri tidak berfikiran seperti simunafik ini. Penjajah bekerja dengan tujuan untuk memperkayakan negara mereka.
Bila penjajah dan perambah harta ini pulang ke negara masing2, mereka menggunakan hasil perambahan itu untuk memajukan negara mereka.

Maka warisan negara diberilah pada anak Bangsa. Oleh kerana anak bangsa tidak ada negara lain untuk dibangunkan, maka hasil perambahan itu digunakannya untuk membina empayar keturunannya.

Persoalannya, apa bezanya Penjajah melarikan harta negara dengan Pemerintah yang melarikan harta negara?

Sudah hampir 54 tahun kemerdekaan dicapai. Hari ini, nikmat kemerdekaan yang berbentuk kebebasan berfikir, bersuara, berhimpun, pengamalan agama secara bebas, pengamalan undang2 secara adil, pengamalan urusan pentadbiran dan pemerintah secara telus, mengecapi nikmat dan peluang mencari rezeki secara sama-rata, dan banyak lagi hal, semuanya dikongkong. Sehingga graduan yang seharusnya menjadi aset negara dan bakal intelek habis dikongkong.

Akhirnya Pemerintah dan Rakyat semuanya hidup seperti suci dalam debu. Natijah diatas, bila yang disuarakan di atas ini tidak berlaku, maka yang pasti berlaku adalah kezaliman dan penindasan secara tersirat maupun tersurat.

Kalau kita makan mangga dan sedap pula rasa mangga tersebut, kita akan tanya apakah jenis baka atau benihnya? Dari mana baka atau benih itu diperolehi. Ini tidak terkecuali pada manusia. Setiap kita tidak akan terlepas dari perenggan ini.

Sama-sama fikirkanlah.....!

"Teropong Ajaib"

Perut Besar said...

Jawapannya ada pada Najib sendiri. Niat TERAJU dilancarkan amat jelas. Ini adalah salah satu umpan pre-election untuk mendapatkan kembali undi Melayu yang hilang pada PRU13 dan juga undi yang dulunya pasti untuk UMNO kini terumbang ambing. Najib memang tidak boleh berharap pada undi kaum Cina yang kebanyakkannya pro-pembangkang manakala undi kaum India 50/50.

Anonymous said...

Tuan,

memang benar, melayu sentiasa kena bersaing...ambil contoh, Kraftangan ditubuhkan untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil manakala Karyaneka ditubuh bagi menolong dari segi pemasaran. Yang jadi sebaliknya, bila kraftangan nampak potensi sesuatu produk dari pengusaha kecil mereka juga membuat produk yang sama dan bersaing hingga lupa yang mereka bukanya disuruh berniaga dan bersaing dengan pengusaha-pengusaha kecil ini. Karyaneka pula, Jabatan Pemasaran bukan menolong tapi mana ada pengusaha cina yang boleh bagi rasuah kepada mereka, produk itu yang mereka pasarkan. Yang mana jaga retail outlet pula, pun macam tu juga. walaupun produk bumi lebih baik tapi mereka akan ambil yang dapat beri fulus kepada mereka.Yang punya outlet-outlet di airport kalau melayu semuanya kroni. Ya la sewa pun RM20k-25k sebulan mana pengusaha kecil mampu. Mereka ini pula bila ambil barang dengan cara consignment dari pengusaha kecil tetapi hanya akan membuat pembayaran selepas 6 bulan atau 1 tahun!! kesian bumiputra kena henyak kiri kanan...macamana nak sokong UMNO? susah macamana pun kita tak terhegeh-hegeh nak pinjam Bank, tak terhegeh nak pinjam MARA ke TEKUN ke sebab kita nak tunjuk tak semua melayu tu tak boleh berniaga.