30 October 2011

Kepada Prof Aziz Bari, saya doakan saudara selalu.

Prof Aziz Bari telah menerima surat dengan berisi peluru pada pukul 11.45 pagi semalam dan ini merupakan satu lagi usaha untuk menekan masyarakat yang berfikir. Nampaknya sekarang hanya satu sahaja cara untuk kita hidup aman di negara ini; iaitu dengan mendiamkan diri sahaja dan tidak memberikan tentangan tentang pandangan kuning masyarakat kita khususnya mereka yang bersama pihak berkuasa.

Jika ada telinga hanya dengar sahaja dan jika ada mata hanya tengok sahaja. Jangan bercakap benda yang benar. Tugas kita hanya menganggok seperti burung balam sahaja walaupun yang kita dengar itu adalah perkara bodoh dan sumbang untuk negara. Jika kita telah bersekolah tinggi jangan gunakan ilmu itu kerana yang penting kita di minta mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pihak yang sedang berkuasa.

Yang boleh menelanjangkan Raja-Raja Melayu hanyalah UMNO. Orang lain nak bercakap benar dan tidak pun menderhaka kepada raja akan diambil tindakan seperti Aziz Bari. Dulu UMNO kata kita tidak perlu Raja kerana raja-raja ini hanya memeningkan kepala rakyat kononnya. Kita boleh baca semua kenyataan pemimpin UMNO semasa krisis perlembagaan 1993 dahulu. Saya dah sebut isu ini puluhan kali dan tidak bercadang untuk mengulanginya lagi.

Apabila terdesak UMNO menggunakan raja-raja Melayu untuk berlindung dari pengaruh pembangkang yang kian hari kian bertambah. UMNO cuba memisahkan pembangkang dengan raja-raja sedangkan DAP, PAS dan yang lain tidak pernah membuat tekanan terhadap raja-raja. Sekarang UMNO sudah menjadi parti yang pengecut; terpaksa berlindung macam kucing di celah ketiak raja-raja Melayu yang pernah mereka hina dahulu.

Apabila kerajaan Selangor ingin meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada Tuanku Sultan dalam memilih Setiusaha Kerajaan Negeri UMNO pula yang menyanggah dan tidak mahu memberikan kuasa itu kepada Sultan Selangor seperti yang di peruntukan kepada Sultan Selangor sebelum krisis perlembagaan 1993 dahulu.

Sekarang pula bila ada seorang prof undang-undang dan pakar dalam isu perlembagaan UMNO marah-marah pula dan menggantung tugas Prof itu. Hari ini prof itu menerima pula surat berisi peluru yang datangnya dari orang yang tidak gemar dengan tindakan prof itu. Saya tidak menuduh UMNO yang menghantar peluru itu kerana nanti kena saman pula kita. Tetapi yang jelas ianya datang dari pihak yang bermain politik kotor yang tidak bersetuju dengan pandangan yang berbeza. Pihak berkuasa amat takut dengan pengaruh Aziz Bari yang kian bercambah di kalangan rakyat yang sudah pandai berfikir.

Yang menentang pandangan Aziz Bari ini hanyalah mereka yang bermain politik dan tidak tahu pun tentang undang-undang jauh sekali untuk memberikan tafsiran undang-undang dari sudut moral demokrasi yang kita kononnya anuti itu. Dengan isu ini kita telah nampak yang UMNO sudah terdesak dan terasak ke dinding. Maka UMNO terpaksa menjadi ‘aggressive’ dan melakukan tindakan provokatif pula.

Kepada Prof Aziz Bari saya hanya memohon supaya bersabar dan melalui dugaan ini dengan penuh keimanan. Walaupun beliau seorang Professor yang hebat tidak salah jika saya yang tidak mempunyai kepandaian seperti beliau untuk memberikan nasihat dan sokongan moral kepada beliau.

Kita mesti akui yang orang yang bersabar akan akhirnya berjaya dan sesiapa yang melakukan apa-apa tindakan dengan niat serong akan akhirnya gagal juga. Itu adalah hakikat yang benar dan real.

Ratusan ribu malahan jutaan rakyat secara moralnya berada dibelakang Prof Aziz dan sentiasa mendoakan beliau agar berada di dalam sepenuh keredhoan Tuhan Maha Esa. Prof Aziz mesti akui yang berkata benar diakhir zaman ini memang susah. Tetapi niat dan hajat yang baik akhirnya akan di redhoi Tuhan juga.

Biarkan sahaja apa yang akan diperkatakan terhadap saudara tetapi jika saudara tetap dengan niat dan pendirian yang baik saudara akan berjaya akhirnya. Kata alim ulamak yang muktabar, jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, tetapi sebaliknya jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang lazat-lazat.

Bagi saya yang tidak dapat berbuat apa-apa ini, hanya meningkatkan doa untuk saudara ketingkat yang lebih tinggi lagi. Orang ramai percaya kata-kata saudara itu merupakan menifestasi rakyat yang inginkan sebuah kerajaan yang berlandaskan ‘rule of law’, beretika, demokrasi yang luhur, tidak rasuah dan menyalah gunakan kuasa serta pimpinan yang ‘magnanimous’ dan menghormati pandangan rakyat yang setia kepada negara dan bangsanya.

Tindakan saudara membuat lapuran polis di atas surat yang mengandungi peluru itu adalah wajar dan diharapkan pihak yang berwajib akan membuat siasatan yang adil dan bijaksana.

Saya terus mendoakan saudara dan hadapilah isu ini dengan tabah. Insyaallah saudara akan berjaya melepasi dugaan ini.

17 comments:

Anonymous said...

Biasa la cara AMENO.... kalah perang mulut - kilas tangan.. mcm samseng kmpg dusun.

Anonymous said...

Action. take 9, camera roll,


macam berlakon aje, kan best kalau kata dapat bom, mungkin orang akan percaya ataupun orang akan gelak..

Aspan nak cuba kaitkan UMNO punya kerja, tak habis-habis nak berdengki lagi mungkin sifat dengki Aspan ni akan bawak sampai kemati. Penyakit hati kata ulamak kalau tak rawat , berbahaya tu.

Sifat menegur ni baik sebenarnye tak kiralah kalau yang menegur tu raja ataupun rakyat marhain. Lebih-lebih lagi yang ditegur adalah perkara yang benar. Lazimnya, kalau benda yang tegur tu benar,hasilnya akan baik juga.

Pabila UMNO dulu menegur raja, kerana ada kerabat raja telah melampaui batas undang-undang menjadikan mereka macam 'above the law' dan boleh melakukan apa-apa aje tanpa sebarang tindakan. Rakyat mengeluh Aspan. Jadi bila teguran ni dan pabila undang-undang dipinda, tak kedengaran pula cerita-ceriti raja-raja yang melampaui batas. Kan bagus tu.Hasilnya semua rakyat menerimanya.

Dalam hal Sultan Selangor menegur, saya pun setuju juga kerana ada asas tegurannya. Benda yang baik sepatutnya kita terima tapi ada pulak seorang professor politik berpendapat sebaliknya. Saya percaya bukan atas dasar ilmiah tapi atas dasar mata politik.

MARTOIRIAT said...

Salam Tuan Aspan
UMNO-BN semakin hari, semakin hilang kredibilitinya sebagai sebuah parti pemerintah yang demokratik. By hook or by crook mereka terpaksa lakukan demi mengekalkan kuasa. Kedaulatan dan ketulusan undang-undang terus dilacurkan demi mempertahankan parti yang usang ini. Kononnya merekalah pembela raja-raja melayu tapi mereka lupa bahawa merekalah yang menjadi dalang dan pengkhianat kepada raja-raja melayu dalam krisis perlembangaan 1993 yang membawa kehancuran kepada institusi ini.

Kini mereka pula yang jadi pembela kepada pengkhianatan mereka sendiri. Apa yang dapat saya katakan pimpinan UMNO adalah munafik dan UMNO akan menuju kejalan kehancuran. Insyaallah..

MARTOIRIAT said...

Salam Tuan Aspan
UMNO-BN semakin hari, semakin hilang kredibilitinya sebagai sebuah parti pemerintah yang demokratik. By hook or by crook mereka terpaksa lakukan demi mengekalkan kuasa. Kedaulatan dan ketulusan undang-undang terus dilacurkan demi mempertahankan parti yang usang ini. Kononnya merekalah pembela raja-raja melayu tapi mereka lupa bahawa merekalah yang menjadi dalang dan pengkhianat kepada raja-raja melayu dalam krisis perlembangaan 1993 yang membawa kehancuran kepada institusi ini.

Kini mereka pula yang jadi pembela kepada pengkhianatan mereka sendiri. Apa yang dapat saya katakan pimpinan UMNO adalah munafik dan UMNO akan menuju kejalan kehancuran. Insyaallah..

Quiet Despair said...

Berani buat, berani tanggung.
Main dengan api, kena percikan api.
Jangan dijolok sarang tebuan.
Prof Bari cerdik tapi tak pandai.

mier said...

Quiet Despair,

Kamu sekolah entah di mana. Dengarnya diluar negara. Tetapi kamu bersetuju dengan tekanan terhadap mereka yang berslahan pandangan. Apa main api???

UMNO kau yg main api, bila dah terdesak penyokongnya hantar peluru.

Pemikiran bangsat macam kau ni elok jangan masuk campur hal yang serius.

You are typical of desperados.

loveMyKris said...

mier mier. pedas betul.

Anonymous said...

Uncle Aspan,

Saya seorang mahasiswa UIA dan adalah dalam pengetahuan saya Prof Aziz Bari amat di hormati oleh masyarakat yang berfikir dan berfikiran.

Saya meminta semua mahasisa mendaftar sebagai pengundi dan undi pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Sejak peristiwa ini berlaku saya dan adik beradik saya telah mendaftar sebagai pengundi dan saya berjanji akan bekerja kuat untuk menentang BN yang semakin rapuh ini.

Saya sudah terlalu jemu dengan sifat bongkak dan takbur UMNO dan BN ini.

Uncle Aspan doakan saya dan rakan-rakan selain dari mendoakan Prof Aziz Bari.


ilham

Borneo said...

Harap Ilham dan rakan2 Ilham di UIA perjuangkan juga nasib ahli akademik di UNISEL. Dr Rosli tu baik juga macam Prof Aziz. Marilah kita doakan untuk mereka berdua. Mahasiswa kena adil dan lebih bijak dari ahli politik.

Anonymous said...

Ilham,

bukan Uncle Aspan saja berdoa tapi uncle-uncle lain juga akan berdoa untuk Ilham dan rakan-rakan. Semuga semuanya bangkit menentang BN habis-habisan dalam PRU kali ini.

Tahniah untuk Ilham dan rakan-rakan yang telah mengambil langkah permulaan secara bijak.

Uncle Hamidon

Ramli Mohd Yunus said...

Tuan,

kalau tengok tutup mata, kalau dengar tutup telinga dan ttup mulut...ha ha ha amatlah aman dan harmoni nya negara ini.

Mari kita kempen kutip ahli Rakyat Senyap Sunyi dan kemudian tunggu PRU13 barulah buat keputusan..ha ha ha baru kita tahu apa kesudahan nya.

Anonymous said...

Anwar masa dlm umno tak terlibat langsung menghina sultan.

Quiet Despair said...

mier

It has not been established who the culprit is. It's definitely not UMNO people.
Most likely it's the work of hooligans and most of them are in the opposition.
Buat peel buruk itu supaya UMNO dituduh. Biasalah taktik kotor tu.
Pedas? Saya man-man-lai aje.Tak rasa apa-apa.

CheWal said...

untuk kesekian kalinya, artikel disini bercanggah dengan fakta.

loveMyKris said...

alla QD, orang umno mana pernah rasa apa-apa. apede tu man-man-lai. cum slowly?

Quiet Despair said...

loveMyKris

Man-man-lai tu maknanya cool or relax. Perkataan favorite rakan baik Cina saya.
Taklah gelabah macam anda semua including Prof. Bari, Hahaha.

loveMyKris said...

oh i see. cool ya? fyi 'man man lai' is hokkien, usually uttered to someone who is losing his/her cool. betul ka itu cina lu punya rakan baik. apa lagi perkataan lu belajar dari dia? share2 la sikit. ;)