11 January 2012

Sedangkan Adam alaihissalam pun di keluarkan dari syurga....

Saya masih tidak memahami kenapa isu pemecatan Hasan Ali dari PAS mengambil tempat di dada media dengan begitu meluas sekali. Jawapannya tentulah mudah….kerana pilihanraya sudah menghampiri kita maka isu seperti ini menjadi hangat dan panas kerana kepanasan isu ini menjadi harapan bagi setengah pihak untuk mendapat ‘ganjaran’ politik darinya.

Pertemuan di antara Hasan dan Tok Guru Nik Aziz beberapa ketika dahulu sepatutnya telah meredakan keadaan kerana di pihak Nik Aziz beliau telah pun memaafkan Hasan jika ada apa-apa kesalahan dari pihak Hasan. Maksudnya pertemuan itu adalah pertemuan memaafkan di antara satu dengan yang lain.

Tetapi ego dan keperongosan Hasan membuatkan keadaan bertambah rumit dengan memarahi pihak lain kononya beliau tidak pernah meminta maaf kepada TGNA. Hasan merasakan beliau begitu besar darjatnya, lebih besar dari aulia dan ambia dan elemen meminta maaf itu tidak ada dalam dirinya. Meminta maaf itu adalah perkara yang beliau anggap seperti suatu fitnah pada dirinya. Saya tidak tahu di mana yang dikatakan Hasan sebagai pejuang Islam dan Raja itu ada ke relevanannya.

Baiklah, kalau Hasan sudah tidak serasi dengan PAS, maka pemecatannya dari PAS itu sepatutnya di ambil sebagai perkara yang baik untuk dirinya. Tidak payahlah menuduh yang pemecatannya dari PAS itu adalah kerana Anwar Ibrahim. Tidak payahlah Hasan bersikap terlalu ‘apologetic’ sangat terhadap kekurangan yang ada pada diri sendiri itu. Semua manusia ada kekurangan walaupun sifatnya adalah sifat yang secantik-cantik kejadian Tuhan.

Pemecatan ini tidak ada apa-apa ‘significance’ terhadap kedua-dua belah pihak. Kalau benar-benar Hasan hendak teruskan perjuangan Islamnya banyak lagi ‘premise’ yang lain untuk beliau berjuang. Elok kita perjuangkan Islam kepada diri kita yang sebenar-benarnya, diri kita dahulu sebelum kita memperjuangkan dakwah Islam itu.

Sedangkan Nabi Adam as pun dipecat dari Syurga apa sangatlah isu Hasan yang dikeluarkan dari PAS ini. Apa lagi tempat yang paling indah dari syurga dan dari syurga itulah Adam as di keluarkan dan dihantar kedunia ini. Tetapi Adam telah melakukan tanggungjawab yang tidak ada tolok bandingnya terhadap Tuhannya walaupun dikeluarkan dari syurga itu….iaitu mengembangkan umat Tuhan yang menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Adam telah memaparkan kebesaran Tuhan dengan menambah umat untuk melakukan tawajjuh dan tawassul kepada Rasul dan Tuhannya.

Jadi Hasan boleh mengambil iktibar dan pelajaran dari ini. Berjuanglah untuk Islam sebagaimana yang beliau laungkan itu walaupun tidak berada dalam PAS lagi. Tetapi hakikatnya Hasan adalah seorang ahli politik seperti yang lain-lain juga.

Hanya Hasan tidak mempunyai kudrat untuk mengakuinya, tetapi semua orang faham apa sebenarnya matlamat Hasan. DAN Hasan sendiri lebih mengetahui tentang dirinya.

Hanya satu yang Hasan sudah terlupa, apabila berada di dalam politik itu, jejak kita di dalam air pun boleh diikuti oleh orang lain

Tugas yang paling mulia yang sepatutnya di lakukan oleh Hasan ialah untuk mengosongkan kerusi EXCO kerajaan Negeri Selangor itu. Itu sepatutnya di lakukan oleh Hasan secara ‘gentleman’.

Walau bagaimana pun ini hanyalah pandangan peribadi saya.

30 comments:

School Of Tots said...

Hasan dipecat bukan sebab DSAI seperti dakwaannya, tetapi rentetan tindakan dan penyataannya yg melawan arus kepimpinan PAS. Sebagai analogi mungkin contoh yg agak relevan ialah Zaid Ibrahim yg juga punya pendirian tersendiri dan agak melawan arus, dan dia telah 'keluar' dari PKR dan meneruskan wadah perjuangan di platform sendiri iaitu KITA (yang setakat ini agak merangkak). Maka Hasan jika merasakan dirinya betul melebihi kepimpinan atau syura parti maka sangat eloklah untuk meneruskan perjuangan di luar sana. Sejauh mana keutuhan Hasan akan lebih teruji, insyaAllah. Cakap banyak pun tak guna.

Zaidi said...

Pak Aspan

Inilah sya'ir tajuknya Hasan

Hasan pemidato suaranya lunak
Do'a mendayu menangis tersebak
Ramai Melayu mendengarnya terjebak
Perihal ditipu tidaklah disemak

Masuk Umenoh memang di agak
Mencari tapak untuk ke puncak
Hasan sempadan orang kebanyak
Cela sendiri tidak di nampak

matalembu shah alam said...

Tuan Aspan,

Biasanya kat kampung bila sorang tu nak kahwin akan sibuk me-warwarkan kerana bangga mendirikan masjid. Tapi kalau nak bercerai @ dah bercerai orang yang bijaksana akan malu2 & mengambil sikap mendiamkan diri - kecuali sosok yang rendah akhlaq saja yang sibuk menjaja cerita2 buruk sewaktu bersama.

Hasan Ali 'Bangsa Agama Raja' (BAR) barangkali tak faham apa maksud 'gentleman' dalam politik, kerana dia ada PhD & pakar motibasi yang darjatnya tentu lebih tinggi dari para ulama'. Molek sungguh kalau diizinkan oleh tuan kita panggil saja si Hasan ini sebagai Hasan BAR.

matalembu@gmail.com

Anonymous said...

Hassan Ali sendiri sengaja merancangkannya supaya dia dipecat dan kemudian diterima dengan tangan terbuka ke dalam UMNO. Sekarang UMNO Selangor dikatakan ketandusan pemimpin-pemimpin yang berkualiti dan Hassan cuba mengambil kesempatan daripada keadaan itu.

Dia merasakan dirinyalah yang boleh mengisi ketandusan itu dengan harapan boleh menjadi MB sekiranya UMNO/BN berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat sekarang dalam PRU akan datang.

Orang N9

Anonymous said...

Salam tuan,

Pandangan yg padat dan penuh hikmah. Sekarang terpulang pd Hasan kalau dia pejuang islam tulin sebagaimana yg dia claim dia kena berlapang dada dan teruskan perjuangannya memertabatkan islam sebagai addin, semuga dgn keikhlasan dalaman Allah swt jua yg akan memberikan ganjaranNya.

Anonymous said...

Well written article indeed... i like it...

lan said...

nice one!. We're better of without Hassan

Anonymous said...

Salam,

jawapan utk merungkai masalah pemahaman tuan berkenaan isu Hasan ALi rasanya telah dijawab oleh Ibrahim Ali di rumah Hasan Ali sblm ini...rasanya mungkin tuan takkan paham kot sbb tuan kan org DAP..mmg takkan paham la kot

Penang Mali

Anonymous said...

Saudara AA,

Nampaknya Si Hassan ni lebih berminat menjadi 'Trojan Horse' dan diperlembukan oleh sesetengah pihak demi mencapai impiannya.

Quiet Despair said...

Apa kata Tuan ajak dia masuk DAP. Boleh memelayukan dan mengislamkan parti sikit. As in memahami fikiran Melayu dan how islam works in multi-racialism. Sure i salute you if berjaya.

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,

Asan tu mana boleh hidup tanpa Pas,Lepas ni kita tengok di jadi ahli dewan bebas,berapa lama dia boleh tahan sebelum mengendeng nak masuk Umno(tentunya belum tentu dicalonkan untuk PRU akan datang.

d'enricher said...

Tuan,

Saya rasa, Hassan Ali ada peluang dipelawa masuk UMNO/BN.

Memandangkan beliau mendapat sokongan yang meluas, mungkin UMNO/BN Selangor boleh lantik beliau jadi Ketua Pembangkang Selangor.

Satim Diman pun KP Sementara saja dan tak ada kelas langsung sejak ambil alih dari Khir Toyo (yang langsung tak bagus tu).

Nanti kalau berjaya mengambil alih Selangor, maka layaklah beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Apa kata tuan, tapi sebenarnya ... apakata rakyat Selangor ?

Selangorku ke ?

ATAU

Sayangi Selangor, Pilihlah BN ?


A.Alshukor

Pungguk rindukan bulan said...

Agak lumrah apabila sesorg itu menyalahkan org lain untk menyerlahkan kebaikan sendiri demi mendptkan simpati dan sokongan.Dlm kes DHA,dia akan lebih dihormati sekiranya membuat tindakan yg lbh matang selaras dgn kedudukannya sebagai sorg pakar motivasi dari melalak atau menyanyikan lagu kanak-kanak "katak oh katak"...

Anonymous said...

Ibrahim Ali dah Ajak Hassan Ali masuk perkasa
Ibrahim Ali cakap Hassan bole jadi presiden perkasa
Sama sama ber bin kan Ali
Kira ok la tu...
Dua duo tok leh paka
Gelewat depe goal

Malay Gentile said...

Latok,

Just leave him alone will you..?

What's so great about Hassan Ali....? He was an UMNO's BTN motivator and later came out doinn his own under Hassan Ali Summer Camp in Ulu Langat. His business venture was doomed from the start and later joint politic under Pas ticket. He was an opportunist and a newbies in Pas who had never struggled in Pas before.

Hassan The Motivator.... making money from his saliva. He knows nothing about Islam & politic except the art of selling lies and to fool people.

Anonymous said...

Salam sdr Aspan,

Saraanan dan komen sdr adalah tepat dan berpengajaran bagi mereka ang mahu belajar walaupun telah memperolehi PHD. Setahu saya yang bersekolah rendah ini ramai yang mempunyai PHD di Malaysia ini, ada yang mendabik dada akulah yang terpelajar, ada pula yang memperniaga kelulusan mereka. Kebanyakan yang huha-huha ini berlagak ada PHD mereka tau semua sehingga ke hati perut manusia tapi tidak membawa menafaat keatas rakyat biasa macam kita. Ada yang ingat dengan PHD yang mereka ada merekalah yang handal dan hendak mengajar satu dunia, tapi ilmu setakat cakap2 je. buat sendiri belum tahu. Kepada yang carimakan pulak, selepas kajian PHD dulu mereka kaji pula kat mana boleh untung banyak, habuan dimana lebih besar, kerusi yangmana lebih darjatnya. Tak hairanlah sekarang ini ada Dr dan Prof Kangkung, Prof Lalang, Prof Kepala ikan dapat segulung PHD seolah2 boleh baca satu dunia. Wahai manusia ingatlah mati nanti kita diurus oleh orang, bukan kita boleh bergolek ke kubur sendiri, janganlah takbur dan bongkak semasa hidup ini, bukan apa yang kita cakap semua orang suka mendengarnya.
Bercakap pakai akal,
Makan kenyang berhenti,
Mengajar kalau dah lupa ilmu, besara.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mohon maaf adalah perbuatan yang mulia..Myi

Monkey Shooter said...

As salam Tuan AA. Jika mengaji pun dengan UMNO, kerja pun dengan UMNO, ke luar negara dibiayai UMNO, mengembangkan ideaologi UMNO (BTN), tapi nak jadi hero (air liur) bersama PAS..... itulah manusia munafik namanya. Bagi individu lain (ahli PAS) kalau nak sampai ke tahap jawatan Pesuruhjaya Parti pun setengah mati berjuang seperti dipukul dan dipenjarakan, contohnya, Dr Hatta Ramli, Dato Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Mohd Sabu yang sentiasa turun padang dan tidak pernah gagal menyertai mana-mana demonstrasi aman rakyat melawan kezaliman pemimpin korupsi UMNO. Tapi sebaliknya, kita tidak pernah melihat atau mendengar yang Hassan Ali ini turut serta dalam mana-mana demonstrasi aman di negara ini. Sebabnya mudah, beliau merupakan seorang talibarut UMNO di dalam PAS yang bersikap pengecut dan bacul dalam politik. Beliau ingin disanjung hanya dengan bermodalkan air liur basi sahaja tanpa menitiskan keringat sekalipun. Bagi beliau akidah umat islam hanya apabila bertukar agama dan murtad sahaja tak lebih dari itu. Para pemimpin lain asyik menegakkan keadilan dan hak rakyat dari dizalimi dan ditindas oleh kerajaan korupsi, tapi beliau tak habis-habis dengan Melayu, Raja dan akidah (akidah beliau sendiri pun songsang). Beliau mahu menyalahkan Anwar atas pemecatan beliau? Kalau nak dibandingkan Anwar dengan beliau dari segi kebolehan dan survival politik, jauh langit dari bumi. Tapi kalau nak dibandingkan sifat takabur dan munafiknya beliau, macam langit dan bumi juga beliau melebihi Anwar.

Maaflah Tuan, kerana membebel kat blog tuan ini. Bukan apa kerana saya amat benci jenis manusia spesis Munafik begini dan saya lebih menghormati kaum kafir yang berani menegakkan keadilan dan kebenaran melebihi individu munafik ini.

Anonymous said...

@QD

berjaya atau tidak itu bergantung kepada empunya badan...
jika pak Aspan ajak dia masok DAP tapi empunya diri maseh lagi tinggi sifat racist...xgunba juga...

itu perbuatan yg sia2...bagai mencurah air ke daun keladi..

dan saya percaya..pihak PR tidak membuat sesuatu yg sia2..spt pihak umno yg lebih mementingkan budaya fitnah lebih dari kemandirian bangsa...

nick said...

Pak,

What can we really say about HA apart from???? Well, nothing! On second thought, why am I commenting on this nothing and saliva "businessman"? Never liked him before and more so now. The less said about this "berani menghukum rakyat biasa tp penakut untuk menegur walaupun secara sindiran kepada orang2 yang kaya dan berpengaruh", the better. Enough said!

Nick.

Anonymous said...

Nothing great about this saliva businessman..just leave him alone coz we have our own agenda.Focus on the coming election and ABU. AS for the PHD, it's just Perasaan Hasad Dengki.Anyway your artile is well written,bro.

Anonymous said...

Kenapa masing2 tak faham dunia politik bila keadaan tidak menyebelahi mereka? Cuba bayangkan kalau ada kalangan MT umno yang join pakatan. Pasti MT ini akan dbawa keseluruh ceruk rantau digunakan membuat ceramah. Kenapa bila sampai hal hasan ali media nak highlight pun tak boleh?

raflis kredom said...

Be Aware of UMNO's Fatwa
UMNO people never worshipped anything but himself.

Watch my YouTube latest video

http://www.youtube.com/watch?v=YEhTEpWBC20

chempaka said...

Baru sikit diberi perhatian dah tak dapat berfikir dengan lurus . Kalau diberi kuasa entah bagaimana. Nothing in the world is more haughty than a man of moderate capacity when once raised to power.

Anonymous said...

tuan,

Hasan Ali mudah lupa... The sacking of Anwar in 1998 was the reason and catalyst for him and others to join PAS, DAP etc.....

1Crony said...

Ungkapan kata-kata bekas Tim Presiden PKR Sdr Syed Hussein Ali..."apabila sampah dibersihkan dari sungai, maka lajulah airnya mengalir tanpa ada sebarang halangan". Apa parti PAS nak tunggu lagi dan asyik nak layan sampah yang sentiasa mengengkang laluan air (perjuangan) ini, sampah (Hassan Ali) dah diketepikan...ayuh mara ke Putrajaya dan membentuk kerajaan berkebajikan dan mengikut syariat Islam. Insyaallah!

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Macam mana Hassan Ali kritik/didik/khianati perjuangan PAS itu tidak ubah sama lah skripnya bila tuan mengkritik parti tuan sendiri. Cuma parti UMNO tidak memecat tuan atas alasan mereka sendiri manakala PAS memecat Hassan ali juga atas alasan mereka sendiri.

Apakata tuan melaksanakan saranan tuan pada Hassan Ali (tugas yang paling mulia hantar surat resign @ gentleman) dengan menghantar surat rasmi batalkan keahlian UMNO tuan. Itu lebih mulia dan berbudi bahasa. Datang bersambut pergi pun biarlah beradat. Jika tuan dah hantar surat tersebut, tahniah.. Itu yg namanya cakap serupa bikin yang akan menjadi tanda aras pada ahli politik yang ingin melompat.

Anonymous said...

Aspan,aspan.....
Moga-moga ada anak engkau yg masuk Kristian. hal yg demikian adalah laluan mudah bg anak engkau utk mendapat pembelaan dari DAP,

"Barangsiapa yg redha dgn perkara kekufuran maka ia adalah kafir dan barangsiapa yang redha dengan kemaksiatan maka ia adalah ahli Makisiat".

Ini hadis tau bukan kata-kata dari KUNGFU YZE .Tak taulah engkau ni macamana lah agaknya sakaratul maut engkau.

Anonymous said...

Saudara Aspan Alias, saya ingin bertanya sekiranya DAP telus dan ikhlas untuk berjuang demi Malaysia, mengapakah DAP begitu menentang keras sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan kerana dalam sekolah kebangsaan pun akan diajarkan bahasa cina juga?

UMNO walaupun saudara tuduh macam-macam, tapi saya lihat UMNO komited dan konsisten membantu semua kaum dan tidak hanya orang Melayu saja, jadi dimanakah ketidak adilannya? Saya tidak pernah lihat penindasan UMNO pada orang bangsa lain kerana bangsa lain juga dapat nikmati subsidi barang, bangsa lain juga dapat belajar sekolah yang disubsidikan oleh kerajaan, malahan bangsa lain juga mendapat bantuan sekiranya golongan susah dari pihak kerajaan, begitu juga dengan biasiswa, ramai orang bangsa lain yang dapat biasiswa samada di sekolah atau untuk belajar di universiti dalam dan luar negara. Jadi di manakah kezaliman UMNO yang dicanangkan oleh DAP dan saudara sendiri?

Saya berharap saudara akan menjawab soalan saya ini demi membuktikan bahawa UMNO benar-benar teruk dan DAP baik sangat. Sekiranya gagal, maka tentu sangatlah saudara sebenarnya mengalami kekecewaan politik, dan penyertaan saudara dalam DAP adalah atas dasar yang tersembunya yang hanya Allah, saudara dan DAP saja yang tahu.

Melihat kepada DAP, jelas DAP adalah anti Melayu kerana sasaran DAP adalah kepada UMNO saja, tidak pula parti lain dalam Barisan Nasional, jarang-jarang DAP hentam, sikit-sikit tuduh UMNO/BN, apasal tak ada MCA/BN atau MIC/BN? Jelas benar DAP nak memusnahkan UMNO kerana UMNO adalah tonggak kekuatan bumiputera di Malaysia. Minta saudara ulas perkara ini.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kasim.

Anonymous said...

@anon 17:12:00

"Barangsiapa yg redha dgn perkara kekufuran maka ia adalah kafir dan barangsiapa yang redha dengan kemaksiatan maka ia adalah ahli Makisiat".

saudara mmg pandai menasihatkan pak Aspan melalui hadis yg saya kurg pasti dari mana...tapi xpalah...bukan itu yg saya mahu bicarakan...

dalam ayat sebelumnya..saudara mendoakan anak pak Aspan kafir....bermakna anda meredhakan kekufuran...

petikan hadis yg diambil tidak menggambarkan kata2 saudara sebelumnya..kenapa perlu marah bila org laen berhijrah?kalau tidak mahu ikut hijrah, perjuangkanlah parti sendiri. hujah lawan hujah..jika apa yg pak Aspan tulis tidak menepati citarasa anda..hujah dengan berhemah...bukan mendoakan org kafir..

Monkey Shooter said...

Kalau mereka ini taksub sangat dengan Melayu hingga mengabaikan agamanya, apakah kesudahan hidup mereka ini. Sebagai contoh UMNO yang meminggirkan SAR dan matapelajaran Arab serta tulisan jawi.... Pemimpin UMNO hanya memerlukan Islam dan Melayu untuk surviv politik jahat mereka serta membesarkan perut mereka sahaja. Adakah Nabi Muhammad SAW itu berbangsa Melayu?