Saya telah banyak mendapat text sms yang mengatakan yang saya mendapat ramai sokongan dari orang ramai apabila saya dikatakan akan menyertai DAP. Tetapi ada juga yang memberitahu saya yang ada setengah yang mengkritik saya secara peribadi. Mereka bertanya apa yang akan saya lakukan jika saya dikritik secara peribadi itu.
Jawapan saya mudah; saya mungkin menjawab tentang isu politik yang penting, tetapi saya mengambil sikap untuk tidak memberikan reaksi kepada isu peribadi. Menggunakan isu peribadi dan menjawabnya akan membuatkan saya menjadi seorang yang tidak berkepimpinan dan tidak berfikiran. Saya hanya lebihkan beristighfar sahaja.
Di kalangan yang dikatakan mengkritik saya secara peribadi itu adalah di kalangan rakan-rakan blogger. Tak mengapalah. Lama-kelamaan mereka akan tahu juga yang menggunakan isu peribadi itu melambangkan satu sikap yang tidak ada finesse dan tidak gentleman politiknya.
Saya lebih berminat untuk mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk mentelaah isu politik apatah lagi saya seorang Melayu. Isu kenapa saya memilih DAP dan tidak kekal dalam UMNO dan sebagainya. Kalau saya layan isu peribadi ianya akan hanya menunjukkan sikap keanak-anakan saya dan sesiapa yang menggunakannya.
Saya bukannya orang hebat. Sedangkan Nabi pun mendapat kritikan apatah lagi saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa. Tidak tahu pula samada ada di kalangan kita ini mengakui diri mereka terlepas daripada dosa kehidupan seharian.
Manusia semuanya berdosa. Kalau tidak besar kecil, dosa tetap ada. Itu sebabnya kita digalakkan untuk melakukan solat taubat setiap waktu kerana manusia tetap akan melakukan dosa samada secara sedar atau pun tidak.
Kalau boleh kita sebut isu sebenar politik ini. Itu lebih melambangkan kelas seseorang itu dalam mengendalikan politik dan siasah secara terbuka dengan kejujuran yang maksima. Elok kita elakkan daripada memaki-hamun manusia yang dijadikan Tuhan ini berbeza-beza dan berpuak-puak ini.
Dengan perbezaan dan berpuak-puak inilah yang membolehkan kita mengenali dan menghormati satu dengan lain.
Bayangkan jika Tuhan menjadikan manusia itu dalam keadaan uniformity, tentu kita tidak berpeluang untuk mengenali di antara satu dengan lain kerana manusia itu dijadikan sama semuanya.
Seperkara yang elok kita ingat dan ini adalah nasihat orang yang muktabar:-
Jika kita terjumpa benda yang baik dan cantik, jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka di sebaliknya. Sebaliknya jika kita terjumpa benda yang buruk, jangan terus dibuang, kerana mungkin ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Disiplin diri ini hanya kemampuan sendiri untuk melakukannya. Politik bukan segala-galanya.
Saya tetap menghormati rakan-rakan di dalam UMNO yang belum terbuka hijab mereka untuk berubah. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua yang menyokong kemasukan saya ke dalam DAP jika sampai masanya dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan dalam UMNO yang pernah menjadi teman seperjuangan saya itu.
Tidak payahlah memusuhi saya semata-mata kerana saya memilih untuk menyertai DAP. Kita tetap sama. Menyertai DAP tidak mengurangkan Melayu saya. Masa akan membuktikannya. Saya tidak janji apa-apa.
28 comments:
AA,
saya ada baca satu komen dalam salah satu blog semalam. Yang memberi komen itu kata saudara AA tengok muka pun tak hansem.
sampai kesitu dia komen! AA tak handsome.
Inilah kemampuan UMNO. peribadi...peribadi...tak jawab persoalan yang sadara bahaskan.
Pak Aspan,
"Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba serahkan"
Begitu erti komitmen seorang pejuang.
Tahniah, semuga Allah swt merahmati
Pak Aspan dan keluarga, dilindungi dengan payung kasih-sayang dan dicurahi rahmat dan berkat. Salam perjuangan mudah-mudahan kebenaran menjadi titik bermula dan pada kebenaranlah titik tamatnya.
Salam,
Tulisan Tuan kali ini memcerminkan Tuan seorang yang menjalani hidup seharian sebagai seorang mukmin bukan sekadar Melayu Muslim.
Semoga Tuan tabah
Anon 14:21
Tak apalah kalau saya tidak handsome pun. Apa yang saya nak buat, itu pemberian Tuhan.
Tetapi setidak-tidaknya saya cukup sifat semasa di lahirkan...tak ada cacat celanya.
Bentuk tumbuh saya semasa dilahirkan berbentuk mim, ha mim dal. (muhamad).
Tentu yang memberikan komen itu handsome orangnya. Dia patut bersyukur kerana dilahirkan handsome tetapi jika boleh di tegur sedikit, janganlah sombong pula bila dah handsome tu.
Memanglah saya tak handsome seperti Muhyiddin, Noh Omar, samy velu dan lain-lain. Tetapi saya bersyukur tidak cacat tubuh badan dan tidak cacat pemikiran setakat ini, alhamdulillah.
Bukankah hadith mengatakan Nabi Muhammad saw beritahu 'andainya anak ku Fatimah mencuri aku akan potong tangannya'.Bab kejahatan pemimpin2 UMNO ni dah tak bolih nak sorok lagi ibarat mahu menutup bangkai gajah dengan daun keladi.Sebagai ahli UMNO kita hanya ada dua pilihan sahaja redha dengan perbuatan jahat pemimpin2 mereka melakukan perbuatan yang mungkar terang-terangan atau memberi nasihat seperti Tuan Aspan dan Dato Ariff telah lakukan.Apa yang saya lihat dah berbuih-buih mereka berdua memberi nasihat dan saya sebagai ahli UMNO membaca tulisan-tulisan mereka yang bernas lagi jujur dan tulisan mereka memang hebat lagi berpengaruh.Saya perhati ramai pengkritik hanya maki hamun membabi buta tanpa fakta yang bolih diambil kira sebagai dewasa dan berbudi dan berakal baik.Kita kan dididik untuk menolak kejahatan dengan apa yang kita berdaya dan berupaya serendah-rendahnya dengan hati.Betul orang kata kalau nak berbini empat ikut nabi tapi menolak kejahatan tak mahu ikut.
Rata2 Bangsa Melayu sejak dari dulu lagi memang penuh dengan mainan sentimen. Sentimen, kepercayaan & syak wasangka itu kadangkala melebihi dari kepercayaan agama yang mereka anuti itu sendiri.
Saya masih ingat lagi di zaman era tahun 60an, ketika itu mereka melebelkan barangsiapa yang masuk sekolah aliran Inggeris adalah golongan 'kapir' kerana kebanyakan sekolah2 Inggeris terdapatnya gereja2.
Saya juga masih ingat bagaimana saya dimaki hamun bila makan mee dengan menggunakan chopstick. Mereka senang2 menuduh saya 'Cina Kek'. Yang peliknya mereka tidak berani melebelkan orang2 yg memakai sudu/garpu itu Yahudi. Setahu saya orang2 Arab Islam tidak menggunakan garpu/sudu dan rata2 mereka gemar menggunakan tangan demi mengikut sunah Rasulullah.
Bangsa Melayu memang 'Pelik bin Ajaib' sebab sejak dari dulu lagi kita sering diasuh dan dididik menjadi sombong dan tidak pernah mengitiraf kebebasan orang lain.
Orang2 Yahudi tidak mengitiraf bangsa2 lain dimuka bumi ini kerana mereka menganggap bangsa Yahudi adalah bangsa 'Pilihan Tuhan' (The Chosen People) dan manakala orang2 Melayu pula memganggap bangsa mereka adalah 'Tuan' (Ketuanan Melayu).
So.... ada nampak perbezaan tak..??
Pan,
Takpo lah pan dia orang bolih cakap apo yang dia suka,adakah org cakap kau tak handsome tu handsome? Apa guna handsome kalau perangai dan hati busuk macam KINZIR? dan tak solat?tak payah lah kalau dah hukum allah pun bolih tolak lebeh baik makan daging kinzir lah
Pan,terus kan perjuangan satiap insan ada cita2nya sendiri yang penting AKIDAH kita jangan lari dan diabaikan, biar wadah bertukar......beres orang kampung den sokong.Tq
hahahahahah salam Pak Aspan ,, lu sumber ispirasi gua,,,,, blog gua banyak kopi o n pes dari blog Pak Aspan ,, mim ha mim dal hahahahhah dalam maksud nya,,,,,
bintongan.blogspot
Dear sir,
I began following your blog last year and have been struck by the clarity and strength of your arguments, written in Bahasa Malaysia. You have revealed the beauty of the Malay language to someone who enjoys good writing. I will continue reading your articles (and improve my Bahasa!). May God bless you in your journey through life. History will have a place for you post-UMNO, and your children will be proud of you. ABU!!!!
Kau mmg Opurtunis...itu aje
mata kita mentafsirkan apa yang kita lihat bergantung apa yang minda kita mampu fikirkan.
Tahniah! Satu keputusan yang matang dan disertakan reasoning yang sangat tepat!
Pak Aspan,
Saya terkedu mendengar dan membaca berita peralihan prinsip perjuangan Pak Aspan.
Cumanya mungkin boleh Pak Aspan menjelaskan kenapa pilihannya DAP bukan PAS dan PKR?.
Apa yang menariknya DAP berbanding PAS & PKR?.
Tak usah bertanya pasal UMNO atau BN sebab semua orang dah tahu.
Kenapa memilih Karpal/LimKitSiang sebagai pujaan Pak Aspan bukan Haji Hadi/Nik Aziz dan bukan Anwar/Azizah?
Sdra Aspan, beauty is in the eye of the beholder;beauty is only skin deep. Kalau hensem tapi IQ zero, buat menyemak dunia. Ataihpagar, sebenarnya awak yang oportunis, tengok tang mana yang nak menang , ke situ awak condong..takut pada komitmen , pandai pulak mengata orang. Saya salute sdra Aspan, berani untuk berbeza with good causes. Semoga dipermudahkan perjuangan sdra.
Tuan..tiada kawan2 dalam hal ini...anda dah sertai DAP partimlawan..maka kamu lawan kami,.kami juga boleh hadapi realiti sosionpolitik Malaysia.
Selamat berkhidmat kepada dinasti Lim.
As Salam Pak,
The beauty with both you and AKsemongkol 47,is to speak the truth,and advice the wrong doing.Its the duty of all malaysian to uphold the law and constitution and remedy the damages done.We can just give our opinion and is up to the ruling party to take into consideration our opinion. Best of luck in your future undertaking.InsyaAllah. Amin
Pak,
Let's leave UMNO and it's "lembu mentality" behind and move forward. We all are acquainted enough of UMNO's politic of slander, lies and character assassination which stems from the facts that UMNO is simply unable to deflect the many issues of corruption, misappropriation and abuse through facts and figures (because facts and figures if revealed will seal their fate and convict them of the crime). In other words, telling the truth will put a hang's man noose on their neck!
Another aim of theirs in using these tactics is simply to engage us in doing something wasteful and futile (in trying to answer their stupid allegation and immature name calling) instead of focusing on the real issues and more important task. As I see it, the more flak and characters assassination is directed at you, it means that what you have written and spoken about are doing substantial damage to UMNO and its base of corruption and lies. So in other words Pak, concentrate more on issues that you have written which are close to your hearts and conscience and don't give a damn about those "kata2 kejian, kritikan peribadi serta tohmahan jahat" coming from dogs, vultures and especially "lembu". Cos at the end of the day we are answerable to the ALL Mighty and he'll be the judge and the ultimate re warder and punisher of deeds and action be it openly declared or hidden.
"Berani kerana Benar, Takut kerana salah" has no greater relevance and meaning for the malays other than when we categorize and describe your stand and Dato Sak too. Isn't it part of "amal maaruf, nahi mungkar" which UMNO no longer accept and actually despise? Remaining "ataih pagar" or "on the fence" is no longer moral for decent and law abiding Malaysian (actually only thieves and burglar like to sit atop a fence, to survey their intended target). It's about time for us to take our stand and stand firm in rejecting corruption, abuse, injustice and piracy. That's the priority and we Malaysian should forget about sodomy, sex videos and all "good for nothing" fabricated issues coming from UMNO and it's band of "penyamun". After all those thieves and pirate are stealing trillions of our wealth while we are too busy talking and salivating over all things lucah and lewd!
Nick.
Nick.
salam Aspan;
Saya sentiasa mengikuti blog Aspan, terus terang saya katakan saya tak pernah terjumpa komen-komen dari blogger yang kritis terhadap Aspan. Yang saya banyak baca seperti Nick, 110% akan menyokong Aspan, tak kisah apapun apa yang Aspan catitkan.
Saya seperti Nick, 110% menyokong hasrat Aspan untuk menyertai DAP, lagi cepat saya rasa lagi baik. Tak usah ditunggu-tunggu,ye!
eagle_eye
Persoalan yang sama ditujukan kepada anda - mengapa pilih najib/muhyidin tidak memilih TG Nik Aziz/Haji Hadi. Mengapa memilih untuk bersama dengan shahrizat jalil yang terpalit dengan isu NFC? Mengapa bersongkol dengan parti yang Presidennya sah dan mengakui terlibat meniduri perempuan bukan isterinya.
Manusia yg menyerang peribadi seseorang itu mencermin akalnya yg cetik dan tersangat rendah IQ nya.Seseorang yg sihat akalnya akan menggunakan hujah beralaskan ilmu dan fakta yg tepat.Setahu saya yg suka mencarut-carut ni golongan yg malas berfikir dan mungkin terencat akal, atau otak mereka dicemari virus semasa didalam kandungan ibu mereka.Jenis manusia seperti inilah yg digemari BN,iaitu jenis cucuk hidung.
Anyway just ignore this type of people and just do what u think is right for this country before its too late.
May Allah guide and show u the way.
Eagle_eye 18:13
Pak Aspan tak pilih PAS, PKR atau DAP berdasarkan perwatakan (personality) tetapi berdasarkan prinzip perjuangan parti. Kita manusia akan satu hari mati tetapi yang tinggal adalah nama dan prinzip dan teladan yang disanjungi.
Jika dikaji penulisan Pak Aspan dalam blognya, kita boleh baca dengan jelas dan konsisten analisa baik dan buruk setiap perbicangan. Dah tentu dia telah mengkaji parti yang selari dengan prinzip perjuangannya. Semoga Allah bersama mu dan Dato SAK di perjalanan seterusnya.
Jimmy
Tahniah! Bebaskan hak rakyat..
Jangan bimbang, bro. You kutuk them, they kutuk you balik. That's fair game in politics. Kalau tak berani, duduk rumah saje.
Of course you already see that in Rocky and Big Dog's blog.
Yang saya risau ialah sedara saya Sak. Nampaknya perceraian dengan isteri yang sepatutnya peribadi menjadi tontontan umum.
Saya tak membaca blog Mamasita tetapi rakan yang membaca berkata bekas isterinya out to destroy him.
In fact salah seorang commentator dalam blog Rocky cakap biar bekas isterinya sahaja berkempen mendedahkan keburukan Sakmongkol.
Baguslah Tuan Aspan tak menjanjikan apa-apa. Dalam DAP mana boleh bercakap apa-apa.
Parti dicontrol oleh kuku besi. Cakap banyak nanti mulut kena gam.
Nanti terlepas pulak peluang nak jadi Menteri.
Ha ha ha..
Pak Aspan..Ular menyusur akar tak hilang bisanya..Salah Tuan AA kerana Mengaum di Kandang Lembu..tapi jangan pula mengembek di Kandang Singa.
Pucuk pangkal, Amal maaruf, Nahi Mungkar..moga Pak AA sukses..
QD..do you think Pak AA wanted to be minister?..ha ha ha
bro aspan,
selamat maju jaya dan semoga sukses dalam sebarang perjuangan. hanya satu perkara bro, jangan lupa pada kawan-kawan bila dah jadi ahli parlimen/menteri ataupun adun/menteri besar.
haha.. an anonymous above said, selamat berkhidmat kepada dinasti LIM..
now najib is abdul razak's son.. does that mean selamat berkhidmat kepada dinasti abdul razak??
lembu punya mentality..
apa pun tak bley..
ABU..
orang yg suka mencarut adalah org yg cacat pemikiran. Biasanya kalau cacat pemikiran ianya juga cacat emosi dan perasaan.
Tahniah saudara AA istikomah tidak mencarut. Kalau ikut nafsu memang pemimpin besar UMNO layak dicarut-carutkan bila teringat isu2 yg melibatkan rasuah dan penyelewengan wang dari cukai rakyat.
Tn Aspan, restu Tuhan dah memadai, tak payah restu yg lain. Ini bukan perjuangan peribadi mahupun kaum, ini adalah perjuangan rakyat. Not everyone can look at the bigger picture. There r so many sub ethnics in America, most of them practices their own culture, but it hasn't stop them from living the American dream, and proudly proclaiming they r Americans. They hv fought side by side in war, their skin colors as contrasting as the nights n days, but it hasnever diminish their will to protect their country. Why can't we hope the same for our Country???
Post a Comment