15 April 2012

Let's be adults, YAB

Merasakan diri sendiri itu sebagai hebat dan ‘invincible’ itu merupakan kesilapan yang susah hendak diperbaiki oleh seseorang yang mempunyai sifat itu. Jika mereka yang jenis ini menjadi pemimpin mereka akan dianggap sebagai pemimpin sombong dan selalunya pemimpin seperti ini akan memandang rendah orang lain dengan begitu mudah. Hasilnya akan timbullah masalah kepimpinan (leadership crisis) yang tidak sepatutnya berlaku.

Krisis ini sememangnya boleh diatasi hanya dengan menjadi pemimpin yang merendah diri. Saya tidak dapat mencari sebab kenapa seseorang itu apabila menjadi pemimpin dia menjadi sombong dan tidak mahu merendahkan diri di hadapan rakyat pimpinannya. Orang lain semuanya bodoh dan dia sahaja yang betul dan benar. Di negeri saya, Negri Sembilan, ada pemimpin besar yang tidak mahu merendah diri kerana pangkatnya besar dan wang ringgitnya banyak, walhal 'it doesn't cost him even 10 cents to be humble'.

Beliau ini merasakan dirinya itu datang dari syurga (paradise). Jika ada yang tidak bersetuju dengannya dia akan menjawab dengan sombong, “ahh, dio tu bukan boleh mendalamkan air pun”. Semua orang lain tidak boleh mendalamkan air. Ramai juga yang datang memberitahu saya yang beliau menganggap saya sebagai pemimpin nyamuk sahaja. Kata-kata nista ini keluar hanya setelah saya menyertai Parti Tindakan Demokratik pada Januari yang lalu.

Saya tahu saya bukannya seorang pemimpin, tetapi saya tahu untuk menilai siapa yang boleh memimpin. Saya tahu saya bukan seorang yang pandai tetapi saya pandai menyelam air dalam tunggak. Saya tahu saya ini bukan orang kaya tetapi miskin, tetapi saya tidak fakir dari segi pemikiran. Tetapi saya tetap bersabar melihat dan mendengar telatahnya yang pada saya menjadi penyumbang kepada kejatuhan parti yang dipimpinnya.

Saya tidak sepatutnya menjadi bahan ejekannya kerana yang patut ditumpukan ialah untuk menautkan kembali UMNO yang berpecah-belah di bawah kepimpinannya. Saya bukan lagi berada di dalam parti pimpinannya dan kekurangan kredibiliti kepimpinannya merupakan salah satu sebab yang banyak kenapa saya tidak mahu berada di dalam jemaah yang haru biru itu.

Walaupun saya bukan pemimpin seperti beliau, tetapi ramai di antara ahli-ahli parti yang dipimpinnya itu datang menemui saya acapkali dan mereka tidak segan silu mengkritik beliau. Namun saya tetap berdiam kerana masih ada rasa pertalian persahabatan dengannya walaupun saya tidak berada lagi di dalam parti pimpinannya.

Kadangkala terasa juga sakitnya apabila orang mengkritik beliau, kerana maklumlah saya bukan mengenali beliau dari jauh tetapi mengenali beliau dari dekat…sedekat-dekatnya. Saya tidak pernah menyusahkan beliau secara peribadi sejak beliau menjadi Ketua Eksekutif di negeri adat kami itu. Saya tetap sedaya upaya untuk membezakan di antara politik dengan perhubungan peribadi. Saya berharap beliau juga bersikap begitu memandangkan beliau adalah seorang ‘social climber’ yang berjaya.

Saya mengambil keputusan untuk menulis sedikit tentang isu ini kerana saya telah dihujani oleh banyak pertanyaan dari orang UMNO yang datang menemui saya. Mereka bertanya samada benar atau tidak yang saya pernah berpesan kepada beliau melalui pemandunya yang saya meminta beliau menjaga kereta MB itu baik-baik kerana selepas pilihanraya nanti saya akan mengambil alih tugas beliau.

Kenapa beliau memilih untuk berbohong kepada orang ramai di belakang saya. Saya tidak pernah berkata begitu dan saya tidak pernah mengenali pemandu beliau. Saya pun tidak pernah pergi berjumpa dengan beliau sejak beliau menjadi MB. Lagi pun bila pula saya beritahu beliau yang saya bercita-cita untuk mengambil alih jawatan beliau? Kali terakhir saya berjumpa setelah bertahun-tahun ialah semasa beliau datang kerumah kami dikampung kerana menziarahi jenazah cucu saudara saya yang meninggal, kalau tidak silap saya 5 bulan yang lepas.

Saya kecewa mendengarnya kerana beliau cuba memesongkan pandangan orang ramai terhadap saya dan fitnah ini datang dari seorang sahabat yang pernah menjadi teman minum di warung-warung sebelum beliau menjadi orang besar yang bergelar dan bernama itu. Untuk makluman beliau, saya masih lagi minum di warung-warung tempat beliau minum dengan saya dahulu. Di situ sahaja tempat yang saya masih mampu untuk membasahkan tekak saya.

Akhirnya melalui blog kecil saya ini saya memohon kepada YAB itu supaya menjadi lebih dewasa sedikit. Saya bukan orangnya yang mampu menggugat beliau. Saya hanya seorang pejuang jembel sahaja dalam politik di NS itu. Saya tidak ada nama dan tidak ada gelaran besar-besar untuk membuatkan beliau hilang akal untuk bercakap bohong terhadap diri saya yang begitu kecil dan kerdil ini. Politik itu politik juga, tetapi jangan biarkan politik itu menjadikan diri kita seperti kanak-kanak yang masih merah kulitnya.

Kepada beliau saya sedar yang saya hanyalah seorang pemimpin nyamuk seperti yang beliau anggap terhadap saya itu. DAN saya juga memang tidak boleh mendalamkan air. Saya mengaku itu semua, tetapi jangan buat cerita bohong terhadap diri saya.Lebih baik tumpukan masa untuk menyelesaikan krisis kepimpinan yang sedang dihadapi oleh BN Negri Sembilan itu dahulu.

Let’s be adults, YAB.

Salam.

54 comments:

mat oren said...

AA, dio orang handal. PRU ni kita tengok macam mana handalnya dia.

anor k klawang said...

AA

Dari komen sdr itu jelas pandangan sdr sama dengan pandangan kami yang masih dalam umno ini.

kalau nak ganti pun tak ada yg senegheh eh.

Anonymous said...

gua caya lu Mat Asan. Lu akan bagi PR menang di NS.

Lu ok Mat. Lu baik ati lor!!

Anonymous said...

Dia saja rasa pemimpin besar dan sungguh malang nogori kito dapek pomimpin tak boguno.From day one I know when he really look foward towards this post with rm20,000 a month compared with he claimed rm80,000 a month as ceo of listed co..Any reasonable person will never take up the job unless he has some thing in mind which now every body knows.Dari segi qualification dan exposure kau lagi handar Pan,dio tu malay study apo yang dio tahu cakap besar dunia korporat bukan sebagai usahawan tapi pekerja biasa makan gaji saja .Dia dilantik CEO kerana belum suruh dah ngangguk.Dia makan gaji sajo dengan C&C atas lantikan mewakili saham terbesar dalam c & c dan tak pernah pun den dongar namo dio saorang corporat hebat macam halim saad,tan sri mokthar ,rashid husin .Cabar dio untuk tanding dikubu cina seperti temiang ,lobak atau dikawasan melayu seperti sikamat,ampangan dan paroi yang den yakin depositnya pun hilang.Ramai orang umno terutama di seremban tak bolih dengar namo dia ni kerana meluat dan menyampahnya dan harap pemerentah baru jika pembangkang menang untuk siasat hartanya sampai kelubang cacing kerana banyak makan duit haram.Kalau kau pergi golf club SIGC kau akan jumpa kroninya yang tak ada kerja sekolah diKGV sampai form 5 saja tapi kereta mewah bersusun2.Dio dah lomeh dan dia akan perlekeh dan hina semua orang.Dulu baru baru jadi yab bilo orang tanyo dah tukar perabut pejabat ke belum dan dia jawab baru tukar kerusi kerana kerusi yang lama tu pendek bonar ,kan ini biadap nak menghina mantan mb .Based on my initial unofficial findings and discussion N9 akan tumbang kalau dio ni bertanding lagi.Kalau beruk bolih bercakap saya percaya beruk pun tak kan sokong dio ni untuk bertanding.Kalau den dah kono kondem siang malam takkan den meyembah untuk beri peluang nak tanding lagi tapi kalaulah dio minta itu maananya tak ada maruah dan den sekeluarga lagi lamo ahli umno dari dio haram pangkah umno kalau dio bertanding dimana2 dinegara ini kerana sungguh kecewa sikapnya angkuh sombong termasuk memperlekehkan semua ketua umno bahagian diN9 ini.Den goram kerana angkuh cakap besar topi abuk pun tak ada dan hingga kini rm10 juta dio hantar kelondon masih belum dijawab dan mungkin banyak lagi yang dah hantar tapi terlepas dari pihak berkuasa.Den dah tak jumpo lagi orang umno yang sokong dio tu dan kau lagi ramai penyokong bandingkan dengan dio tu jadi siap sedialah untuk pikul tanggung jawab baru selepas pru 13 ini inshaallah.

allumuni T Durah said...

Dia dalam faculty rts ambik accounting, bukan Malay studies

man said...

Kerana sesekur nyamuk boleh mengalah kan sebuah kerajaan yg besar namrud

Anonymous said...

Kpd Alumni tunku durah,
tak ada rupa macam dia ambil accounting kerana satu hapah dio tak tahu.Tak hina atau jatuh darjat pegang ijazah malay study yang orang meluat dan menyampah ialah sombong ego dan angkuhnya .Peguam ada bar council ,akitek ada Institutenya dan akauntan ada Institutenya jadi tanya Institute itu samaada nama muhammad bin hasan berdaftar dengan institute itu kalau tak ada apa hina malay study.Berapa ramai SS dan Sfino yang dah diterajang olih Dia tu adalah bukti dio tak bolih campur orang.Ronald Reagan tak ada apa2 ijazah tapi Presiden Amerika jadi yang dipersoalkan ialah tuan punya badan harap jangan singgung.Umno diNS hancur dan berceramuk dan hampir semua ketua bahagian musuhnya jadi macam mano memimpin lagi kerana nak pimpin siapa .Semua dah faham dan harap alumni jangan cuba togakkan bonang basah carilah bonang baru yang kering.....

Anonymous said...

Apakah fitnah dan pembohongan itu memang budaya Umno?

Saya masih ingat bagaimana DSAI difitnah dengan liwat pada tahun 1998.

Oleh kerana tiada bukti yang kukuh, maka beliau dilepaskan.

Kemudian beliau dituduh meliwat seorang pemuda.

Bila prosiding mahkamah tidak membuktikan kesahihan tuduhan liwat tersebut, video 'pembohongan' salah laku DSAI dikeluarkan.

Kenapa dikatakan 'pembohongan'? Macam mana ada orang ketiga ditayangkan dalam video tersebut? Bagaimana perut DSAI terbuncit dalam video tersebut?

Kini tuan punya blog sendiri telah mengaku beliau tidak pernah berkata sedemikian. Kalau MB boleh bohong, bolehkah rakyat percaya lagi pemimpin Umno?

Kalau budaya Umno kuat bohong, kenapa rakyat harus pilih Umno lagi? Kenapa perlu bersekongkol dengan parti yang penuh dengan kemungkaran?

Apakah rakyat langsung tidak mempunyai pilihan lain?

Ontahsaponamo said...

Salam Semua, Dolu maso mulo jadi MBN9, ayat petamo dio yg sungguh menyontuh hati sanubari esey iayolah,lobih kurang macam ni lah katonyo "Bukanlah kekayaan yang saya cari kerana saya dah pun dikurniakan Allah harta yang menimbun, maka sudah sampai masanya untuk saya memberi khidmat bakti untuk kesenangan rakyat jelata N9". Esey respek abis kek dio maso tu, mungkin N9 akan berubah wajah dibawah kepimpinannya kerana lojiknya dia akan benar-benar ikhlas dan jujur untuk memimpin dan menjaga kebajikan rakyat terbanyak. Andaian esey dio akan menjaga dan membelanjakan dana awam dgn cara berhemah sekali, almaklumlah dio dah ado harta menimbun, jadi, apo barang dio mau rembat dana awam. Tapi apo kan dayo esey dan semuo rakyat N9 terpedayo juo. Dolu-dolu tu maso Dato Isa Pendek jadi MBN9, di kawasan esey ni hampir separuh tanah rezab hutan serting diserahkan kepada tawkey cina melalui Yayasan N9. Dijangkakan melalui MBN9 yg baru ni keadaan ini tidak akan berlaku lagi, tapi apo kan dayo, dio ni samo yo pelahapnya dengan Isa Pendek tu.

Anonymous said...

Saya tidak kisah pun kalau pemimpin masih belum dewasa.

Saya akan undi Pakatan Rakyat kerana 3 sebab untuk kesejahteraan masa depan keluarga dan negara;

1. Penghapusan PTPTN

2. Penghapusan Tol jalan

3. Penurunan harga minyak

Anonymous said...

Saya fikir pemimpin UMNO ajar orang Melayu supaya martabatkan fitnah.

Sampai bilakah kerajaan UMNO-BN akan menganggap rakyat Malaysia ini merupakan manusia yang bodoh dan mudah diperbodohkan? Tidakkah mereka sedar bahawa rakyat sudah meluat dengan politik kotor, keji dan jijik?

Bagi mereka yang benar-benar beriman, nyatakanlah kebenaran tanpa memilih bulu dan hentikan memfitnah orang lain.

Anonymous said...

Wahai pembaca sekalian,

Janganlah mudah termakan bohong demi bohong yang dijanakan oleh Umno.

Contohnya bohong yang terbaru ialah hutang PTPTN yang perlu ditanggung hanyalah RM24.7 bilion yang boleh dibayar dalam tempoh yang lama.

Pelaburan yang diperlukan hanyalah RM2 bilion setahun dan pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran.

Jumlah RM2 bilion itu juga adalah kecil berbanding keputusan-keputusan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak akhir-akhir ini yang merugikan rakyat.

Contohnya, geran berjumlah RM1 bilion diberikan begitu sahaja kepada Maju Holdings dalam penjualan Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya, hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang berjumlah hampir RM600 juta juga dimaafkan, malah wang RM250 juta yang diselewengkan oleh keluarga menteri dalam skandal NFC sehingga sekarang masih belum dikutip. PKFZ pula dengan RM12 billion!

Hakikatnya, setiap tahun pembaziran yang berlaku jauh melebihi jumlah RM2 bilion yang diperlukan untuk menghapuskan PTPTN.

Lebih penting lagi, ini peluang baik untuk mengkaji semula kerangka sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

Kita perlu kembali kepada model pendidikan percuma yang meletakkan tanggungjawab menyediakan kemudahan pendidikan tinggi di bahu kerajaan.

Ini akan mengurangkan keperluan tempat-tempat pendidikan tinggi disediakan oleh pihak swasta, seterusnya mengurangkan perlunya sebuah dana yang besar untuk dipinjamkan kepada rakyat bagi tujuan pendidikan.

Sebuah dana baru yang akan diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran secara swasta sudah tentu lebih kecil nilainya dari tanggungan PTPTN selama ini.

Isu hala tuju sistem pendidikan tinggi negara dan penghapusan hutang PTPTN adalah isu penting yang wajib diperhalusi dan didalami.

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Terima kasih kerana bawa isu MB Ns ni.Kami dah meluat dan tak boleh cakap apa lagi.Sekurang kurangnya tuan dah bawa isu MBNS in ke peringkat nasional supaya lebih ramai rakyat NS akan tahu MB yang berlagak tak kira tempat.Saya masih ingat majlis awam pertama beliau hadiri di Stadium Paroi sempena perasmian Sukma- tak boleh berucap,bang!

Anonymous said...

Khabarnya Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan tidak telus dalam transaksi penjualan tanah di Sendayan kepada 1MDB.

Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi?

Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut?

Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus?

Semua persoalan ini melibatkan kepentingan awam dan tidak diberikan apa-apa penjelasan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Mengapakah transaksi tersebut dijalankan dengan begitu sulit sekali?

Apakah ada perkara-perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh pihak-pihak tertentu?

Kegagalan Datuk Seri Mohamad Hassan untuk memberikan penjelasan terbuka hanya akan menimbulkan keraguan sama ada transaksi tersebut diselubungi dengan unsur rasuah?

Anonymous said...

Pembohongan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan terbukti kerana ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 secara terang-terang telah memperbodohkan rakyat.

Waktu kempen beliau janji Umno BN akan membina hospital dan lapangan terbang di Rembau.

Utusan Malaysia pada 21 Februari tahun yang sama pula melaporkan, Mohamad Hasan berjanji membina lapangan terbang berserta pusat latihan penerbangan di Rembau.

Tapi sampai hari ini pun belum terlaksana apa-apa lagi.

Anonymous said...

Salam,
Dah den kobarkan dulu, selopeh ajo umno baru muncul dalamnyo diponuhi oleh penyangak dan lanun-lanun. Diateh ketuanan melayu abih dio samun duit rakyat.

Anonymous said...

Dengar khabar Mohamad Hassan gelisah seperti cacing kepanasan.

Khabarnya Mohamad kelihatan tidak tenang dan sering tersasul serta emosional ketika menyampaikan ucapan-ucapan perasmianya.

Ada laporan mengenai bagaimana Mohamad didakwa menyalahguna kedudukan membunuh lawan politik dan menyeleweng wang rakyat.

Pelantikan Mohamad hanya dicatur oleh Menantu Perdana Menteri waktu itu, Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda Umno) tanpa mempunyai asas yang kukuh dalam politik nasional dan setempat selain banyak bergantung kepada adik beradiknya sendiri.

Apakah itu kali pertama dalam sejarah Umno dimana Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan Umno melantik abangnya sendiri?

Ini kerana beliau tiada 'team' dan tiada pengalaman politik dan hanya meletakkan kepercayaan kepada abangnya dan adiknya yang pernah menjadi wakil rakyat dan mengosongkan kerusi Dun Rantau untuk beliau tandingi sebelum ditabalkan menjadi Menteri Besar.

Kelemahan beliau ini telah mengundang kecelaruan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan kesempatan ini diambil oleh adik beradik Mohamad untuk campur tangan dalam banyak urusan kerajaan negeri.

Campur tangan itu juga dikatakan sebagai usaha membunuh lawan politik dan memastikan Mohamad terus kekal berkuasa.

Kelemahan yang mengundang korupsi dalam pentadbiran kerajaan negeri ini bukan sekadar cakap-cakap kedai kopi, tetapi perkara ini pernah berkumandang di Dun Negeri Sembilan sendiri.

Awal tahun 2006 Ketua Umno Bahagian Seremban, Dato' Ishak Ismail yang juga Adun Lenggeng, mendedahkan betapa seriusnya tahap campur tangan adik beradik Mohamad dalam urusan kerajaan negeri sehingga mengundang korupsi yang serius.

Bacalah dokumen ucapan pendedahan dan kelemahan pentadbiran 'adik beradik' Mohamad Hassan dalam 'hansard' DUN Negeri Sembilan.

Anonymous said...

Ramai rakyat nogeri ditipu termakan propaganda UMNO BN yang menyatakan ekonomi Negeri Sembilan sudah terencat dan Isa Samad bukan sahaja tidak mampu lagi mengembangkan ekonomi Negeri malah mula menguncup.

Dengan pengalaman sebagai tokoh korporat sudah tentu rakyat nogeri termakan propaganda dan percaya bahawa Mohamad mampu memacu ekonomi negeri.

Pengurusan ala korporat akan mengelakkan pembaziran dan menguntungkan rakyat, kononnya.

Malahan, 'tokoh korporat' Mohamad akan mengurangkan salah guna kuasa dan korupsi kerana beliau sememangnya sudah kaya dan tidak perlu mengambil rasuah, kononnya.

Semua penipuan ini umpama mimpi yang tak kesampaian. Bulan pertama sahaja Mohamad sudah menunjukan belangnya. Selain melantik abangnya sebagai setiausaha Umno Negeri, beliau juga membazirkan wang rakyat negeri apabila tidak mahu menduduki kediaman rasmi.

Pembaziran ini terakam dalam laporan tahunan jabatan audit negara.

Anonymous said...

Rakyat tahukah 'skandal' pembelian Allson Klana bernilai RM70 juta tanpa melibatkan wang tunai tetapi media arus perdana cuba mengelirukan fakta dengan menggambarkannya kecekapan urustadbir korporat Mohamad?

Fakta yang sebenar ialah 'tauke' di belakang Allson yang selama ini sering dikaitkan sebagai 'penaja' politik Isa Samad di 'bail out' untuk tujuan menjinakkan beliau dan tidak terlibat dalam usaha membantu Isa membuat 'come back'.

Pembelian tidak melibatkan wang tunai tetapi dari memiliki sebuah hotel, tauke tersebut diberikan ruang menikmati RM70 juta saham bawah Menteri Besar Incroprated.

Ertinya tauke itu kini mempunyai akses dalam banyak perniagaan berkepentingan rakyat Negeri Sembilan.

Anonymous said...

Khabarnya Datuk Seri Mohamad Hasan mempromosikan diri sendiri menggunakan duit kerajaan melalui akhbar Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia menyiarkan iklan ‘Terima Kasih’ semuka surat penuh kepada Mohamad Hasan.

Adalah tidak wajar untuk Mohamad menggunakan duit kerajaan untuk membuat iklan promosi diri sendiri sebegitu.

Yang menjolok mata adalah iklan tersebut dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan bersama dengan dua lagi syarikat.

Ini sudah jadi penyalahgunaan kuasa; MB membeli ruang iklan menggunakan duit MBI untuk membuat promosi kepada dirinya sendiri.

Sebelum ini iklan selamat datang kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dibuat.

Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa yang terang lagi bersuluh.

Anonymous said...

Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) berbangkit selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2011 ,yang mendedahkan keluarga Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5000 ekar (2,023 hektar) di Gemas,Negeri Sembilan.

NFC tidak diberikan tanah secara percuma seluas 5,000 ekar.

Sebaliknya 1,500 ekar (607 hektar) tanah di Negeri Sembilan diberikan secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pada 23 Mac 2010, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad bin Hasan telah melancarkan jenama premium 'Gemas Gold Meat' keluaran National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) di Pusat Fidlot Nasional, Gemas.

Bukan hanya keluarga Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sahaja yang terlibat dalam kontroversi NFC.

Anonymous said...

span.

Betullah kata orang2 tua,

Siakap,Senohong,Gelama, Ikan Duri;
Bercakap bohong lama2 jadi pencuri.

Sekali terkena, kedua tengadah,
Ketiga nengena keempat terdedah.

Jika berada didahan yang tinggi, Jangan lupa rumput dibumi.
Jika kita terlupa budi,
Gadai maruah bawa ke mati.

Anggaplah ia sebagai cubit2an dari sahabat yang mula merasai meremang bulutengkoknya.... wslm.

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Kerana merasa mereka dah cukup dewasa laa makanya pemimpin UMNO BN seronok menjaja cerita dan video sex. Siap dengan RTM dan TV3 tolong promosikan hasil produksi porno peimpinan UMNO BN.

Dari cerita lubang dubur Azizan, Saiful sampailah ke pelacur Cina Doll, tak henti2 produksi porno ini dijaja, bermula denan bloger2 kotor UMNO BN. Jadi jangan heran la kalau RTM & TV3 sanggup ambil dari sumber bloger pencacai lagi pengotor sebagai sumber berita. Ini maksudnya pimpinan UMNO BN merestui produksi2 porno. Ha ha..mereka merasa bila dah dewasa, cerita sex layak dipopularkan.

Kalau dah merasa sangat produksi tu hasil lakonan Anwar...siarkan aje dalam Majalah 3, 999 atau 360..Itu lagi gempar.

Asal dewasa fikir hal sex...beribu perkara lain yang lebih penting dan perlu disebarkan tak pula diambil kisah. Memang dasar otak porno laa golongan dewasa UMNO BN ni. Apa kata Trio 3 orang yang produksi filem2 tu dicalonkan dalam mana3 anugerah..ada peluang menang anugerah "Filem Sex Terbaik ".

Hiii..kotor dzn jijiknya mentaliti puak UMNO BN ni. Yang menyokongnya pun 2 x 5 laa...peminat setia filem porno dan penyumbang kepada box office !

Sdr Aspan,

Mereka dah terlalu dewasa laa tuuu ! Malangnya UMNO BN berpemimpin begitu.

Anonymous said...

tuan hj
mat hassan ni semasa UM ambik Malay Studies. accounting dalam faculty FEA. budak arts ecns pun tak boleh ambik accounting.

Anonymous said...

Sejak 50 tahun Umno-BN menerajui negara, parti nasionalis itu yang bergabung dengan MCA,MIC dan Gerakan serta beberapa parti kecil lain termasuk di Sabah dan Sarawak tidak sunyi dari terpalit dengan skandal rasuah.

Ramai pemimpinnya dituduh dan didakwa atas kesalahan rasuah, ada yang telah dikenakan tindakan, tidak kurang yang terlepas bebas meskipun wang negara 'punah' dikerjakannya.

Antaranya ialah;

1. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dikaitkan dakwaan mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan RM10 juta ke London pada tahun 2008.

2. Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin Umno berikutan rasuah wang dalam Pemilihan Umno.

3. Skandal rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo

4. Skandal bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Md Taib

5. Skandal-skandal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin, Abdul Taib Mahmud dan keluarga

6. Skandal PKFZ - Membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA

7. Skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) membabitkan bekas Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil berjumlah RM250 juta.

8. Skandal penggunaan wang zakat membabitkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom, menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.

9. Skandal komisen Kapal Selam membabitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan, dengan Abdul Razak Baginda - Skandal Scorpene RM500 juta komisen

10. Skandal-skandal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir MohammadMahathir menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia selama 22 tahun.

Anonymous said...

Khabarnya, fitnah MB terhadap AA sebenarnya MB sendiri yang baca dari blog sahabat gunung.

Agaknya MB paranoid setelah membaca ulasan yang tertera dalam blog tersebut.

http://www.sahabat-gunung.com/2012/01/mohammad-hassan-adnan-yaakob-dalam.html

Anonymous said...

Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membawa bisikan 5 calon ahli UMNO yang bakal menduduki kerusi panas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Antara nama calon yang sedang hangat dibicarakan di peringkat pusat kepimpinan UMNO sebagai MBNS ialah Hassan Malek, Zakaria Nordin, Shaziman Mansor, Ismail Lasim & Lilah.

Pemilihan Hassan Malek sebagai calon utama MBNS yang baru kerana dikhabarkan mampu menyatukan UMNO Negeri Sembilan yang bergolak sejak sekian lama. Zakaria Nordin pula adalah protégé Isa Samad yang diwar-warkan akan jadi MBNS sejak 2004 lagi, tetapi kalah dalam melobi Endon dan KJ.

Shaziman Mansor yang kini Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, telah menyatakan keengganannya untuk menerajui NSDK sebagai Menteri Besar, tetapi mendapat sokongan WARLORD bahagian Seremban yang akrab dengan Najib.

Sama ada Mohamad Hasan akan ke federal atau bungkus terus selepas PRU-13, tidak dapat dipastikan. Tapi Mohamad Hasan ni bab idea dan kerja bagus, cuma bab politik agak hampeh sikit, ditambah pulak dengan ego yang terlalu melangit, suko pandang rendah pado orang dan jonih tak nak dongar pendapat & idea orang lain. Sumo nak kono dongar konon cakap dio sajo yang botul.

Anonymous said...

Apabila orang korporat mula menceburi politik, maka terdapat pro dan kontranya. Tetapi dalam kes Mohamad Hasan, kontranya melebihi pro.

Kerana termakan budi dan terlalu menghormati si abang yang banyak berkorban untuknya semasa muda, maka bermulalah episod "2 Menteri Besar" Negeri Sembilan.

Anonymous said...

Per :NFC
Dilapurkan dalam akhbar SUN beberapa bulan lepas yang NFC ada pengarah yang mewakili kerajaan iaitu saorang dari kem kewangan ,saorang dari kem pertanian dan negeri sembilan meletakan YB Setiausaha Kerajaan.Dilapurkan juga yang mereka2 tersebut hadir mesyuarat lembaga pengarah tetapi tak tahu apa yang berlaku ,ini namanya wakil gilo tau ambik alaun dan lepas tu tutup mata dan tutup telinga dan angkat tangan tanda setuju.Dilapurkan juga tindakan akan diambil atas kecuaian mereka.
Kalau 3 orang ini faham dan tahu tanggung jawab , penyelewengan NFC tidak bolih berlaku .YAB N9 yang melantik SS yang mewakili MB incoporated secara tak langsung mewakili negeri sembilan tetapi mengapa penyelewengan berlaku .Semuanya tak bolih harap iaitu orang yang melantik dan orang yang diberi tanggung jawab.Kerajaan kalau nak bersihkan namanya wajib bertindak keatas semua pengarah ternasuk SUKNS kerana mereka inilah yang melakukan penyelewengan bukannya pegerusinya saorang sahaja .Sebagai orang NS ngapo kerajaan tak lantik orang yang berkaliber ,berpengalaman,berkelulusan dan bertanggung jawab berbanding dengan SUKNS ni .Jawabnyo sonang iaitu semuanya bangang dan tak bertanggung jawab .Inilah dia orang koparat yang diwar warkan semuanya hampeh .Kalaulah rakyat NS tak tahu atau tak mahu ambil tahu nogori kito ni akan digadaikan olih mereka2 itu tibo2 jadi macam peneroko tanah GATCO diayir hitam rumah ado gran tanah dah atas namo bank akan dilelongnyo......wallah hu alaam.Nasi dah jadi asap baru tahu ....

Anonymous said...

Per :NFC
Dilapurkan dalam akhbar SUN beberapa bulan lepas yang NFC ada pengarah yang mewakili kerajaan iaitu saorang dari kem kewangan ,saorang dari kem pertanian dan negeri sembilan meletakan YB Setiausaha Kerajaan.Dilapurkan juga yang mereka2 tersebut hadir mesyuarat lembaga pengarah tetapi tak tahu apa yang berlaku ,ini namanya wakil gilo tau ambik alaun dan lepas tu tutup mata dan tutup telinga dan angkat tangan tanda setuju.Dilapurkan juga tindakan akan diambil atas kecuaian mereka.
Kalau 3 orang ini faham dan tahu tanggung jawab , penyelewengan NFC tidak bolih berlaku .YAB N9 yang melantik SS yang mewakili MB incoporated secara tak langsung mewakili negeri sembilan tetapi mengapa penyelewengan berlaku .Semuanya tak bolih harap iaitu orang yang melantik dan orang yang diberi tanggung jawab.Kerajaan kalau nak bersihkan namanya wajib bertindak keatas semua pengarah ternasuk SUKNS kerana mereka inilah yang melakukan penyelewengan bukannya pegerusinya saorang sahaja .Sebagai orang NS ngapo kerajaan tak lantik orang yang berkaliber ,berpengalaman,berkelulusan dan bertanggung jawab berbanding dengan SUKNS ni .Jawabnyo sonang iaitu semuanya bangang dan tak bertanggung jawab .Inilah dia orang koparat yang diwar warkan semuanya hampeh .Kalaulah rakyat NS tak tahu atau tak mahu ambil tahu nogori kito ni akan digadaikan olih mereka2 itu tibo2 jadi macam peneroko tanah GATCO diayir hitam rumah ado gran tanah dah atas namo bank akan dilelongnyo......wallah hu alaam.Nasi dah jadi asap baru tahu ....

Anonymous said...

Saya akan mengundi Pakatan dan menhapuskan Kronies yang hisap darah supaya untung mereka dikurangankan dan rakyat dapat meringankan beban dengan:-

1) Turunkan harge minyak.
2) hapuskan toll.
3) Turunkan TNB bill.
4) Hapuskan PTPTN
5) Turunkan harga beras.
6) Turunkan harga gula.
7) Turunkan bill Internet/Astro.

Dan anggaran jimat sebulan boleh mencecah RM 300.00 pada satu keluarga.

Di samping itu, Kita dapat mengurangkan corrupsi dan nenuntut keadilan kepada:

1) Hantar cronies ke Penjara dengan penyelenwengan lembu (NFC), sub marine, PKNZ...etc.

2) Mengetahui Pembunuh ke atas Alantuya, Sabrini, Teoh Beng Hock, Kugan untuk menuntu keadilan.

Anonymous said...

Semasa majlis penerangan umno malaysia peringkat negeri sembilan di wisma umno yg dihadiri oleh Ahmad Maslan, Dato Wahab, dan seluruh Ketua2 Penerangan Barisan Nasional N,S . Muhamad Hasan telah mengungkapkan cerita "jaga kereta dengan pemandu" MB kata kereta audi (kereta milik peribadi bukan kereta rasmi) MB memperlekeh Bro Aspan semasa ucapan rasmi. Ramai yang mendengar cerita Low Class dia semata2 nak tunjuk bertapa hebat dan sombong dirinya. Tarikh saya lupa nanti kalau ingan saya bagi semula kepada bro.

matpenang said...

Pak Aspan

Kata seorang rakan saya orang kuat puteri amno di N9, YAB tu punya la banyak duit bukan takat makan tak habis, kalau buang pun tak habis !!

john white said...

bro aspan,
saudara kena banyak bersabar bila dah keluar dari umno. berpuluh tahun saudara boleh bersabar, takkanlah dengan kutukan mb ns, saudara dah nak marah. saya cadangkan saudara tulis tentang ciri-ciri untuk menjadi seorang pemimpin. antaranya yang paling penting ialah untuk menjadi pemimpin, orang itu kena menjadi seorang pendengar yang baik.
selamat maju jaya bro!

Anonymous said...

Dato
Jagan dihiraukan orang2 sabegini.Abu Jahal pun ingat dia akan lama kekal didunia ini dan tidak ingat akan menghadapi mahkamah Allah.

Anonymous said...

Anon 8.01, betul kata anda, tapi orang macam tu lah yang berjaya dalam hidup, sudah tentu sekali juak yang lain dalam UMNOgok pun tiru yang sama, di N9 bukan saja orang yang ada jawatan dalam UMNOgok yang buat ketua kg pun sama saja naik apa nak cakap......
yang haira tu.....sabtu, ahad berbaris kereta depan umah tapi emak dapat duit bantuan welfare macam mana tu eh.....pencen suami dapat duit bantuan welfare pun dapat, ape crite.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Subhanallah! Sedih bercampur marah tak terkata saya jadinya dengan artikel terbaru ini. Namun begitu, bukan marah terhadap saudara; malah, dengan sikap insan lupan daratan sebegitulah bukti jelas antara kaca dan permata. Malah, dengan itu, semakin terserlahlah fakta bahawa perjuangan kosong iman pasti mengundang kehancuran walau kelihatan gah di Gunung Everest ...

Justeru, dengan berkongsi kesedihan ini, bersamalah kita doakan agar hamba Allah nan terhormat ini kembali perbetulkan kenderaannya yang dah hampir sangat masuk gaung tu. Malah, saudara turut berhak mengasingkan diri daripadanya, sebagai pengajaran, agar dia kembali bertaubat; bukan untuk selamanya. Namun begitu, kiranya saudara masih bersedia berbaik dengannya dan memaafkannya, itulah keikhlasan yang insha Allah beroleh penghargaan-Nya. Bukan senang nak cari orang macam ni, tau? Oleh itu, pilihlah jalan yang terbaik, khasnya dengan solat istikharah, umpamanya, dan istiqamahlah terhadap pegangan dan pendirian perjuangan. Insha Allah, kebenaran pasti terserlah jua.

Menutup bicara, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian saudara yang sentiasa membenarkan saya berkongsi pandangan, juga ampun maaf atas keterlanjuran. Elok juga rasanya saudara kirimkan artikel ulasan saudara terhadap ucapan Setiausaha Agung DAP, juga MB Pulau Pinang berjudul: "Adakah rakyat rasa gembira ISA dimansuh?" pada akhbar HarakahDaily.

Terima kasih dan selamat berjuang.

Anonymous said...

Bro Aspan,

Betul la pemimpin UMNO BN ni masih kebudakan dan tak matang. Cuba tengok komen terbaru Shahrizat lembu NFC tu. Dia ulas pasal YB PR dkatakan memperlekeh Sultan & Raja di majlis pertabalan Agung baru2 ni. Tu pun info ini dicedok dari blog pencacai UMNO BN.

Shahrizat ni cuba nak tunjuk dia membela Sultan & Raja konon, nak membodeklah tu sampai sarankan YB2 berkenaan dihukum konon kerana menghina Sultan & Raja. Nak membela ke nak membodek sebenarnya ni ?.

Kalau Sahrizat betul menghormati Raja & Sultan, menghormati undang2 dan perlembagaan negara..saya tak fikir dia akan sanggup terlibat dalam kes NFC yang terang lagi nyata merupakan satu kesalahan besar. Bukti perkara ini dah jelas. Tapi apa tindakan yang UMNO BN ambil terhadap kes seleweng duit rakyat berjuta2 RM ni ?. Kenapa pula tiba2 menyibuk minta tindakan diambil terhadap YB2 PR wal hal kesalahan mereka tu tidak dibuktikan malah tidak satu sen pun hak rakyat dicabul ?.

Memang kebudakan betul Shahrizat ni atau mungkin dah terlalu dewasa sampai jadi nyanyuk. Pengokong UMNO BN pun jadi tukang angguk dan membabi buta jadi pak turut, tak tahu nak bezakan mana yang patut didulukan atau mana yang lebih penting.

Nak tunjuk diri hormat Raja dan Sultan tapi perbuatan dan tindakan terang2 membelakangkan ikrar dan janji semasa angkat sumpah. Senator kepala bapak apa macam ni ???.

Anonymous said...

Tentang Shahrizat NFC tu bukan soal dia dah adult atau tak. Tapi itu berkait dengan asal usul dia..ha ha ! Ada darah Kutty...golongan ni terkenal dengan lidah berbelit..macam..Mamak Kutty Madir tu.

Cuba hangpa pikiaq..ada ke laki dia si Isamail tu dapat duit RM250 juta..joli sana sini malah bawa dia pi umrah dan melancung, apa hangpa ingat dia tak bertanya laki dia..mana ambik duit banyak tu ?. Apa hangpa ingat Ismail tu diam saja dan tak habaq kat Shahrizat ?. Tok sah bohong laa...tapi tu dia..dah species Kutty, mengaku tak tahu menahu. Ha ha..macam Mamak Kutty laa...sibuk cakap orang lain derhaka dan tak hormat Raja tapi satu dunia tahu peranan dia lucutkan sebahagian kekuasaan Sultan & Raja.

Nampak tak...hipokrit sakan puak2 ni. Tak kan laa Sultan & Raja tak nampak perkara ni kot ???. Kalau Raja Gopal tu lain laaa.

sudu camca said...

Nama baru Mohamad Hasan ialah 'Mat bohong'

Anonymous said...

Mohamad Hasan mentadbir Negeri Sembilan dengan mengasingkan politik dengan pengurusan negeri.

Perihal politik, yakni untuk menjaga Umno dan Barisan Nasional akan diserahkan kepada abangnya Azman Hasan.

Segala percaturan politik akan diserahkan bulat-bulat kepada Azman.

Natijahnya, wujud perpecahan di setiap Bahagian Umno apabila Azman bertindak memulau serta menekan setiap Bahagian Umno yang tidak memihak kepada adiknya.

Pernah suatu ketika Azman berkrisis dengan Rais Yatim sehingga mewujudkan perang dingin antara mereka.

Setiap Bahagian Umno akan dilagakan antara satu sama lain hinggakan segala keputusan perlu melalui Azman terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada Mohamad. Malah, keputusan yang dibuat oleh Mohamad, jika tidak berkenan di hati Azman, maka keputusan itu akan diubah.

Semasa Azman memegang jawatan Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, dia ibarat "singa lapar" yang pernah ke suatu tahap sehingga sanggup menampar orang. Namun jika ada orang yang berani menyanggahnya, tiba-tiba karakternya boleh pula berubah menjadi 'hamster'.

Kerusi Setiausaha Perhubungan Umno Negeri di pejabat Perhubungan Umno semasa zamannya 'lebih cantik' daripada kerusi Ketua Perhubungan Umno Negeri sendiri.

Kata-kata gah yang sering dihamburkan Azman di khalayak ramai ialah, "Kalau aku tak bela Mohamad tu dulu, tak akan dapat dia jadi Menteri Besar hari ini. Siapa Mohamad nak ajar aku!"

org ttj said...

klaulah komen terhadap Mat Asan ni boleh menangkan Pakatan, saya jugak nak beri info ttg ckp org dalam bahawa Mat ada perlekeh YB SMenanti yg dikatakan 'bungkur' tak ghoti buek kojo. abang si azman koghek kepalo dan berlagak jadi pengerusi masjid TTJ.. tak ada msyuarat dan duit masjid tak pernah diaudit. ramai ustaz yg ok dibuang dan ajk yg tgl semua pencacai umno. dia suruh jejuaknya lotak selipar bini Tunku Jaafar kek kawasan org nak solat dan dgn tgn dah kena strok pun masih muko bengkeng dan arah jejuak sana sini... sampai imam pun salam dgn pompuan ni.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya yakin tuan tahu akan apa yg tuan akan hadapi apabila tuan menyatakan azam untuk terjun aktif berpolitik. Bersabarlah hadapi karenah kawan dan lawan. Setakat karenah MB dari parti lawan ni rasanya tidaklah menyakitkan hati sangat dibandingkan akan tiba masanya kawan tuan pun akan tikam tuan kerana kerakusan politik. Ini pasti akan terjadi cuma masa sahaja yang kita tak pasti.

Sebagai ingatan bersama, betapa perit tuan menerima fitnah dan cercaan ini.. beringatlah agar tuan juga tidak menjadi sebahagian dari pemfitnah. Difitnah oleh pemimpin UMNO tidak sama sekali menghalalkan kita memfitnah balik pemimpin UMNO. Maksud fitnah amatlah jelas, menuduh tanpa bukti yang mestilah disertakan dengan saksi yg berwibawa adalah bermakna fitnah. Yang terbaik adalah mempromosi apa yg tuan perjuangkan dalam DAP. Promosikan apa yg kebaikan yg pengundi akan perolehi bila mengundi DAP. Tak perlu lah terikut2 ahli politik lain yg kerjanya hanya menyalahkan parti lawan. Ingatlah juga yg mereka di luar sana yg bukan dari parti tuan juga adalah saudara tuan yg ada perasaan seperti tuan.

Marilah kita sama sama berusaha ujudkan suasana politik tanpa fitnah, Jangan tunggu UMNo buat kerana itu hampir mustahil.

Anonymous said...

Kalu orang korporat tak boleh pakai, apa nama orang loyer boleh pakai ke?

Coba tenguk kisah benar di bawah;

http://www.youtube.com/watch?v=0ffbSgUy_1E&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=gYykshhI9Hk&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=gYykshhI9Hk&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=4U_vED_x2kw&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=sz6xX2vbzRc&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=WY_5C2ex914&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=6nafIQmC2hM&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=Tpb96Fe8ZY8&feature=player_embedded

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Minta siasat & laporkan kebenaran kabar angin berita di bawah:-

YB Dato Abd Samad Bin Ibrahim, EXCO Pembangunan Modal Insan, Belia & Sukan Kerajaan Negeri Sembilan, ADUN Kawasan Seri Menanti merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah dikhabarkan telah sah bercerai dengan isteri pada 15 April (Ahad) melalui kiriman SMS dipercayai akibat faktor pihak ke tiga (skandal wanita).

Anonymous said...

Ish ish ish

Apo keno mengeno ngan Tuan Aspan keno siasat?

Mintaklah MB nogori siasat. MB kan ketua exco.

Anonymous said...

MB buek x ghoti yo

Tuan Aspan mesti tahu punyo

Anonymous said...

Saya + dan kelauaga saya juga + dan seluruh sanak famili & handai taulan jua. Buat apa undi UMNO... buang masa, dah 54 tahun beri peluang. Dah banyak PM, Menteri dan wakil rakyat yang bagi. Setiap orang datang silih berganti...dengan slogan & tranformasi itu..tranformasi ini...tapi mcm tu la juga. Rasuah, tiris, songlap, rembat, naik harga, naik cukai, tol, hutang bla...bla..bla...Pemimpin UMNO punye slogan ni memang cantik kat 3 tempat, kat mulut, kata atas kertas dan kat dalam TV...Pelaksanaan hampehhh!..contohnya PTPTNNN kononya diwar-warkan nak bantu rakyat....manis mulut, hebuh kat paper dan kat TV..murni sungguh tujuanya kononya...prihatin habis...tapi rupa2nya agenda tolong kroni dalam biz pendidikan...cara 'legal' kebas peruntukan rakyat. Buat bangunan tertinggi2 kat dunia...lepas tu pemimpin UMNO...wah tenggok kita rakyat Malaysia bina bangunan mencakar langitt...mehh sorak ramai2..Malaysia Boleh!..rupanya budget projek bagi kat anak bini...samo la mcm isu NFC tu...kononnya nak meningkat pengeluaran daging negara...masuk paper, masuk TV menjustifikasikan peruntukan...aleh2 rupanya beli kondo, bayar duit kredit kad...rupa2nya satu lagi Projek KERAJAAN BN songlap duit rakyat..JADI buang masa undi UMNO/BN ni. Baik kita BUANG terus UMNO/BN ni, dari BUANG MASA kita...

Anonymous said...

posted by Little Angel

Dear Satan,

We know you live above Hell and rule it, and you have an uncanny ability to bring in crooks, killers and extreme sinners to Hell to burn in your eternal fire.,however I'm greatly disappointed with you, you have left out a string of these people in Malaysia , and they are giving us Hell, all I want you to do is come and get these guys out fast..... if possible before GE 13th. Pls follow my merit system of getting them into hell?
No 1 : Mahathir Mohammed, he is 86 and has outlived his time.
No2 : Samy Velu you need this guy to keep a check on Mahathir or else in your absence or are busy Mahathir will hijack your place, just like what he did to Badawi.
No3: Ibrahim Ali , this guy is a nuisance to us and he is giving us Hell with his antics , he always leaps so it could be quite difficult to catch him and we don't like his face . please take him away.
No3: Hassan Ali you need this guy to keep Ibrahim company, we hate this guy because he hallucinates about anything Christian , you will do a favor for Christ if you keep in Hell.
No4: Zulkifli Nordin a lawyer but a stupid liar , he is a great con artist , please take him and make him your jester to entertain you.

No5: Hee Yit Foong this woman is disgrace to the chinese and is the most hated chinese woman in Malaysia. If you take her we will give you free Chua Soi Lek, but be careful of this guy , don't leave your wife near him.

That's all for now, next time after you have done your job I will give you a new list?
Thank You

Anonymous said...

My dear little angel,

It is God who decides when a person should die and not Satan.

For person like you who believe that they are angels and prefer to seek Satan's help will be “cast out” of heaven to the earth.

And who are you to determine who goes to hell when you are only a little angel?

Next time, please have more faith and trust in God, ok.

Anonymous said...

P.S. Little angel,

Rakyat have more faith in God the Almighty to help them in their fight against tyranny.

Rakyat believes Satan is the mother of corruption and abuse of power.

Anonymous said...

Dear "Little Angel"

In reading between the lines on your comment, are you trying to address AA as satan?

Perhaps you may deny it, then are you addressing the readers (some) as satan?

Oh perhaps, the comment is just a satire? After having a second look from the perspective of satire, personally I think it would back fired.

The five points reflected badly to the opposition parties. Pakatan is not evil wanting No 1 to die nor with No 2. Neither with other numbers. Pakatan are neither killers nor murderers. Pakatan will never hope for the death of others.

Anonymous said...

For your information 'little angel',
Almarhum Usz Fadzil Nor prayed for Mahathir Mohamed to have long life.

Anonymous said...

I will pray a tall guy to be the MB and not satan or atan.