23 April 2012

Testimonial siapa yang lebih baik?...Tunku dan Hussein atau yang lain-lain?

Semalam PM Najib di Pulau Pinang, negeri yang telah begitu maju dan telah pun menjadi negeri yang mendahului negeri-negeri lain dalam pelaburan pembuatan tahun lepas. Pinang diikuti rapat oleh Selangor dalam sektor yang sama dan kedua-duanya adalah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Najib kali ini menjanjikan bulan dan bintang kepada negeri P Pinang jika BN kembali memerintah negeri itu.

Janji pemimpin BN itu adalah janji dari parti yang telah jatuh ke dalam gaung dan kali ini ia memberikan janji kepada orang-orang yang telah mencampakkan BN ke dalam gaung itu. Lawatan ini adalah lawatan dalam siri kempen pilihanraya ke13 nanti dan Najib masih melagukan lagu-lagu lama yang sudah tidak masuk 'carta lagu popular mingguan' lagi.

Lagunya yang dinyanyikan di Pulau Pinang semalam bertajuk ‘ingat kepada jasa lama’ dan ‘jangan tinggal daku’ yang telah dinyanyikan oleh pemimpin UMNO setiap kali pilihanraya sampai. Lagu ini serupa seperti lagu ‘selamat hari raya’ nyanyian biduawanita negara Saloma. Lagu ‘selamat hari raya’ hanya berkumandang semasa kita menghampiri hari raya puasa. Lagu-lagu ini datangnya bermusim. Bila habis hari raya hilanglah lagu selamat hari raya. Begitu jugalah lagu nyanyian Najib.

Tidak ada modal lain selain dari meminta rakyat dan orang Melayu khususnya untuk berterima kasih kepada BN dan mengenang jasa-jasa pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir serta Abdullah Badawi. Najib menggunakan nama-nama pemimpin yang terdahulu sebagai 'testimonial' untuk mendapatkan sokongan yang berterusan dari rakyat. Najib dan UMNO pimpinannya sedang kepanasan kerana dalil-dalil yang jelas telah dilihat yang BN akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah negara merdeka kita.

Tetapi Najib tidak pula nampak yang ‘testimonial’ nama-nama pemimpin yang disebut beliau itu tidak boleh meyakinkan rakyat untuk menerimanya bulat-bulat. Setidak-tidaknya dua dari nama yang disebutnya itu tidak berada didalam UMNO semasa mereka meninggal dunia. Tunku Abdul Rahman sehingga akhir hayat beliau tidak mahu menyertai UMNO kerana parti itu tidak lagi mempunyai ‘attribute’ sebagai parti yang mempunyai intregiriti untuk memerintah. Begitu juga Tun Hussein Onn. Kedua-dua bekas pemimpin besar UMNO ini tidak mahu menyertai UMNO sama sekali.

Oleh itu, ‘testimonial’ yang mana satu yang harus dihormati oleh orang Melayu sekarang? Adakah perlu menghormati ‘testimonial’ Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn atau ‘testimonial’ pemimpin-pemimpin selepas mereka ini? Agak-agaknya ‘testimonial’ yang mana yang lebih berintregriti dan mempunyai rekod yang bersih?

Isu ini penting kerana kedua-dua pemimpin ini telah begitu jelas menunjukkan pendirian yang tidak secocok dengan UMNO. Kalau kita hendak mengenang jasa pemimpin-pemimpin terulung negara ini maka kita wajar memilih untuk bersama dengan pendirian mereka. Penentangan mereka terhadap UMNO itu tentunya berkait dengan perjuangan mereka untuk siasah rakyat khususnya untuk orang Melayu.

Kalau Tunku dan Hussein tidak lagi berselera dengan UMNO sehingga akhir hayat mereka, bagaimana kita semua mempunyai selera dengan parti ini?

(Bab mengenang jasa pula akan bersambung besok atau lusa).

38 comments:

Anonymous said...

Cuba tunjuk rumah Tunku, Tun Razak dan Tun Hussien Onn ? Siapa boleh tolong upload ke utube

Anonymous said...

Berikut adalah sedutan Ucapan Tun Hussein Onn semasa Pilihanraya Kecil Bukit Raja, Oktober 1988.

"Kita semua menyokong perjuangan Umno. Kita semua sayangkan Umno. Kita akan terus kekal sebagai ahli Umno.

Tetapi parti yang kita sayangi, yang kita sokong, dan parti yang kita ingin kekal bersama ini ialah Umno Asal – Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Arwah bapa sapa dan disambung oleh YTM Tunku Abdul Rahman, juga dipimpin oleh Arwah Tun Razak, saya sendiri dan kemudiannya, untuk satu jangka waktu oleh Dr. Mahathir sendiri.

Persoalan saya…dimanakah Umno Asal itu?

Umno yang disayangi oleh orang Melayu, yang telah menyatupadukan umat Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain, di mana telah membawa kesejahteraan dan keamanan kepada negara ini dan rakyatnya dan telah dengan jayanya berjuang untuk kemerdekaan – Umno itu sudah tidak lagi wujud.

Ianya telah diisytiharkan haram dan terbubar oleh Dr. Mahathir dan rakan-rakanya dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan Umno Baru.

Sekiranya kita membandingkan bentuk dan struktur Umno baru dengan Umno Asal, sama ada dari sudut perlembagaan ataupun prinsip, di manakah persamaannya?

Penubuhan Umno Baru adalah satu tindakan pengkhianatan yang tidak boleh diampun, sama ada oleh ahli-ahli Umno Asal ataupun Umno baru.

Walaupun kesihatan saya tidak begitu memuaskan termasuk serangan jantung, saya berjanji bahawa saya akan berjuang untuk menentang pengkhianat-pengkhianat ini sehingga akhir."

Tun Hussein bin Dato' Onn meninggal dunia pada 29 Mei 1990. Beliau menjalani pintasan koronari pada awal tahun 1981. Pada 17 Julai dalam tahun itu, beliau bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas sebab-sebab kesihatan.

Persoalannya siapakah yang mendorong dan menasihat beliau supaya bersara dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri?

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

Selera KFC lagi baik..he3

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Testmoni PM selepas Hussin Onn paling banyak laa iaitu bermula dari Mamak Kutty sampailah Ah Jib Gor. Antaranya ialah:

1. Mengatatasi David Coperfield sebagai magician world class dengan menghilangkan terus BBMB dari bumi Malaysia.

2. Menjadi ahli silap mata terhebat dunia melenyapkan berbilion RM duit negara tiap tahun dan ini mendapat pengiktirafan tertinggi Audit Negara.

3. Berkemampuan membawa masuk wanita Monggolia ke Malaysia dengan kuasa super magic tanpa dapat dikesan peralatan electronik tercanggih dan berupaya menghilangkan terus wanita tersebut dari muka bumi dengan hanya jampi serapah c4.

4. Membawa Malaysia menjadi negara pertama di dunia dimana lembu2 diternak dalam kondo mewah, mengatasi pencapaian negara2 maju seperti USA & New Zealand dimana lembu2 masih mendiami kandang.

5. Menjadikan Malaysia sebagai kalangan negara pertama dimana peguam boleh " korek korek " dan " jolok jolok " perjalanan sistem kehakiman negara.

6. Menteri Malaysia juga antara kalangan menteri yang mencipta rekod, membayar ratusan ribu RM hanya untuk sekali panjat dan menenggek atas perut artis seksi.

7. Malaysia di era PM2 ini juga paling banyak membina pagar seperti " Pagar Aman ", " Pagar Kelang ", " Pagar Polis " dan segala jenis pagar yang pelik2 yang tak ada dizaman PM sebelumnya.

Itu sedikit antara puluhan testimoni PM era pada & selepas Mamak Kutty. Dan satu lagi di zaman PM2 ini juga paling ramai Melayu kulit legam yang mampu dilahirkan oleh satu2nya parti Melayu iaitu UMNO.

Sesuailah dengan slogan Malaysia boleh. Jangan Sdr Aspan nafikan kejayaan dan testimoni2 ini.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Jutaan terima kasih sekali lagi di atas penjelasan fakta ini. Justeru, seperti yang sering saya ulas, biarkan aja mereka dengan sandiwara purba mereka itu ... Setidak-tidaknya, inilah yang dikatakan "JASA MAHATHIR KEPADA MALAYSIA"; melahirkan kepimpinan yang boleh dibakul-sampahkan bioa-bila masa dari sekarang. Setidak-tidaknya, rakyat kini sudah celik mata hati; oleh itu, saya menyokong sepenuhnya kempen "Duduk Dan Bantah" Sabtu ini agar lagu-lagu nyanyian Fir'aun dan tentera ahzab (sekutu) mereka lupus dan hancur bagaikan tersumbatnya para munafiqin dan kafirin ke dalam neraka.

Sebab itu juga, saya benar-benar kecewa dengan kepimpinan UBN ini yang gagal sama sekali menonjolkan akhlak baik dan mesra rakyat, malah sanggup menagih syukur daripada kita. Walhal, tak kan Najib tu bodoh benar, bahawa, syukur itu hanya hak mutlak Allah SWT?Bukanlah maksud saya kita tak boleh berterima kasih, malah, sewajarnya kita berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang berbuat baik kepada kita, hatta non-Muslim ... Tapi, dengan pelbagai ucapan "racist" mereka kini, seolah-olah merekalah hebat, kan?

Dengan ini, teruskan pendedahan demi pendedahan kemungkaran UBN ini; insha Allah, saya akan meluangkan masa mengikutinya. Akhir kata, seperti biasa, sekalung penghargaan dan jutaa terima kasih kepada kalian d atas ruangan ulasan ini, serta ampun maaf dipohon andainya terlanjur bicara. Namun begitu, bersamalah kita insafi, bahawa, kebenaran dan kebatilan tak mungkin bertembung dan bersekutu, kerana kebenaran itu adalah undang-undang dan sunnah Allah.

Terima kasih dan selamat berjuang.

Anonymous said...

Dalam Perhimpunan Agung Umno 1987, Dr. Mahathir hampir-hampir tewas dalam jawatan Presiden.

Oleh kerana terdapat beberapa cawangan yang tidak berdaftar turut menghantar perwakilan ke Perhimpunan, keputusan pemilihan diisytiharkan tidak sah.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Dr. Mahathir ialah mengadakan pemilihan semula dan membetulkan keadaan. Tetapi beliau enggan melakukanya kerana takut kalah dalam pemilihan sekiranya diadakan pemilihan baru.

Beliau lari dan menubuhkan satu parti baru yang didaftarkan sebagai "Umno Baru".

Beliau mlelantik dirinya sebagai Presiden.

Beliau mempunyai hak untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda Umno.

Beliau juga mempunyai kuasa untuk melantik Ketua Bahagian.

Mereka yang menentang tindakan Mahahtir, disingkir dan tidak dibenarkan menyertai Umno Baru.

Pemimpin pembangkang ditangkap dibawah ISA.

Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas disingkir.

Apabila lima Hakim Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan tindakanya, mereka digantung. Tiga diambil semula tetapi dua disingkir.

Tindakan terhadap Ketua Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Persekutuan ini merupakan tindakan yang paling biadap yang pernah dilakukan dalam sejarah negara.

(Testimonial Allahyarham Tunku Abdul Rahman)

Anonymous said...

Cerita anjing dengan bayang-bayang.

Ketika melintas titi, anjing tersebut melihat ke dalam air dan melihat seekor anjing yang lain sedang menggonggong tulang – yang sebenarnya hanyalah bayang-bayang. Tetapi oleh kerana tamak, dia membuka mulut untuk merampas "tulang" di dalam mulut anjing yang didalam air dan akhirnya kehilangan tulang yang digonggongnya.

Pengajaran yang diperolehi dari cerita ini ialah, sikap tamak itu akan merugikan kita semua. Kita harus berwaspada dengan seseorang yang tamak yang mahu merampas semua yanga da dinegara ini untuk memuaskan hawa nafsunya.

Pemimpin UMNO kata ini semua adalah untuk orang Melayu tetapi hakikatnya adalah untuk pemimpin dan kroni sahaja.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, Melayu berkuasa dengan kerjasama kaum-kaum yang lain. Melayu mampu mengurus negara dengan sendiri. Melayu tidak perlu tamak dan merampas seluruh kekayaan negara.

Seperti kata pepatah Melayu, "Perutnya masih penuh, tetapi masih mahu merampas hak orang lain."

Melayu perlu bersikap adil terhadap orang lain dan hidup dalam persefahaman di antara semua kaum di negara ini kerana hanya itu caranya Melayu boleh menjamin keamanan dan kesejahteraan.

Rakyat perlu megambil alih pemerintahan negara ini, menghidupkan kembali Umno Asal dan kembali ke sistem Demokrasi Berparlimen.

Semua kuasa ditangan rakyat, sekiranya rakyat menggunakan kuasa itu dengan waras.

Kesepaduan rakyat ini hanya boleh dicapai melalui Umno, Umno yang Asal, Bukan Umno baru–atau pun Umno Dr. Mahathir.

(Testimonial Tunku Abdul Rahman)

Anonymous said...

Where is this ORIGINAL UMNO Now?

The UMNO loved by all Malays, which had united the Malays with other races, which had brought prosperity and tranquality to this nation and its people and which had successfully fought for Independence - that UMNO is no more in existence.

UMNO was declared ILLEGAL and DISSOLVED by Dr. Mahathir and his friends and replaced by another party named UMNO Baru.

If we were to compare UMNO Baru's form and structure to that of original UMNO, whether from the angle of its constitution or principles, where do we find any similarities between the two?

The formation of UMNO Baru is an act of treachery and cannot be forgiven either by the members of the original UMNO or new UMNO.

Kamarul darling, macam KFClah ada KFC ORIGINAL dan ada KFC HOT&SPICY. Kebanyakan orang lebih suka dengan yang original dan bukan yang hot&spicy, orang muda lagi tak suka - pedas kata mereka!

Anonymous said...

Masih ingat kata-kata bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad agar kesemua menteri kabinet mengisytiharkan semua harta mereka bukan setakat kepada perdana menteri tetapi juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Anak Melayu siapa paling kaya di Malaysia?

Anak Melayu siapa sanggup menerima perlantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah SMC (San Miguel Corp), sebuah syarikat pengeluar arak yang terbesar di Filipina?

Jika Allah ciptakan kita hanya untuk hidup kat dunia semata-mata dan tak mati-mati, nescaya Allah tak akan mengutuskan RasulNya dan menurunkan kitab-kitabNya. Nak buat apa utus Rasul dan Nabi kalau manusia terus hidup kekal di dunia selamanya. Tiada Judgement Day lah.

Masih nak inginkan testimonial Najib?

Anonymous said...

BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA


Kenapa surat khabar tak keluarkan fakta dibawah ini?

PRU11 - BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123
PRU12 - BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130

*Kerusi MELAYU PRU 12 = UMNO-77, PAS & PKR 53 (Sekarang Umno 77, Pakatan Rakyat 48, KATAK 5)

sumber: http://reformisanakmuda.blogspot.com/2012/04/umno-terpaksa-melutut-dengan-gerakan-di.html

Anonymous said...

Mari kita imbau kembali jasa Mahathir;

1. Khabarnya beliau dalang utama tercetusnya tragedi 13hb Mei 1969. Beliaulah dalang utama dalam menyalahkan Almarhum Tunku Abd.Rahman kerana asyik berjudi dan berkawan dengan orang cina sehinggakan orang Melayu di pijak-pijak oleh kaum cina.

2. Buku " DILEMA MELAYU" yang ditulis oleh beliau secara terang-terang menghina dan memperlekeh bangsa Melayu serta raja-raja Melayu.

3. Almarhum Tunku Abdul Rahman pecat Mahathir. Sayangnya Datuk Harun Idris telah melakukan kesilapan besar kerana membawa beliau kembali. Siapa yang sebenarnya yang tidak mengenang jasa?

4. Mahathir sendiri mengunakan pelajar IPT dalam isu BALING dan DSAI dijadikan mangsa sebagai usaha merampas kuasa dari Allahyarham Tun Hussein Onn.

Mahathir adalah pengasas DEMONSTRASI PELAJAR di Malaysia apabila beliau menjadi Menteri Pendidikan dan beliau juga adalah pencadang AUKU terhadap pelajar IPT.

Punyalah hodoh sekali permainan politik Mahathir. Sehinggakan Penyata Razak dan Penyata Rahman telah diubah-suai serta diketepikan oleh Mahathir.

5. Mahathir berjaya dalam sandiwaranya menyingkirkan Allahyarham Tun Hussein Onn dari jawatan Perdana Menteri secara halus kerana Mahathir tahu orang Melayu memang bodoh serta dungu akibat subsidi dan gula-gula manis pemimpin UMNO sejak dari dulu lagi.

6. Liciknya Mahathir memesongkan minda orang Melayu. Mahathir telah memerangkap Tan Sri Musa Hitam dalam agenda pembunuhan bersiri oleh beliau. TRAGEDI MEMALI titik permulaan penghapusan gerakan ISLAM di Malaysia.

Almarhum Tuan Guru Ibrahim Libya dan anak muridnya dijadikan kambing hitam. Tan Sri Musa Hitam pula dijadi mangsa tangan kotornya.

7. Mahathir menjadikan Ku Li sebagai kambing hitamnya akibat pembubaran UMNO (lama). Kemudian tak kurang dari 20 kali pindaan perlembagaan parti telah dibuat oleh Mahathir.

sambungan seterusnya,

Anonymous said...

sambungan,

8. Raja-Raja Melayu berjaya dijadikan Pak Turut kepada Mahathir dengan meminda kuasa raja-raja Melayu dalam perlembagaan Malaysia.

9. Rancangan Malaysia ke 5 sehingga ke 8 telah dipinda bersama DEB mengikut acuan dan cita rasa Mahathir. Kroni keluarga, anak-anak sahabat dan pengampu diberikan keutamaan dalam apa jua projek dan tender!

10. Al-Arqam, gerakan ISLAM yang begitu terserlah tahun 80an dan 90an dijadikan kumpulan kambing hitam oleh Mahathir.

Khabarnya unit khas SB dikerahkan untuk memusnahkan serta memesongkan aqidah pengikut Al-Arqam dengan menjadi ahli palsu dalam Al-Arqam yang akhirnya skrip pembunuhan bersiri terhadap perjuangan Islam telah menjadikan Al-Arqam sebagai mangsa seterusnya.

11. Kenapa dadah dan arak berleluasa masa Mahathir? Orang muda MELAYU yang menjadi musuh utama Mahathir. Mahathir membenarkan secara halus penjualan dadah dan arak yang mana 70% pelanggannya adalah orang muda MELAYU.

12. Gejala Sosial, bohjan & bohsia, buang bayi,murtad, video game haram, video lucah dan cetak rompak…dll…adalah VIRUS YANG MUNCUL DI ERA PEMERINTAHAN MAHATHIR.

Bukankah beliau seorang yang paling berkuasa? Kenapa beliau membiarkan gerakan pemusnahan rakyat dan bangsa Malaysia?

13. Judi /Arak / Dadah / Pelacuran / Rasuah / Politik Wang / Liwat / Zina / Murtad / Bunuh / Rogol / Pecah Amanah / Salah Guna Kuasa / dll. Semua diperkenalkan kepada rakyat dalam waktu beliau berkuasa.

Persoalannya beliaulah yang paling berkuasa dan pemimpin paling lama. Nak kata tak cukup kuasa untuk membanteras gejala ini tak masuk akal. Nak kata tak cukup masa untuk hapuskan gejala ini, beliau pegang kuasa 22 tahun.

Hakikatnya, keikhlasan beliau dalam memperjuangkan hak orang Melayu selama ini akhirnya terbongkar.

14. Banyak trajedi berlaku dalam politik Mahathir. Samada buatan beliau, Allah saja yang tahu.

Contohnya Tragedi Ratu Cantik di Selangor …. Tragedi Pub Di Selangor … Tragedi Sauk…. Tragedi Guar Gempedak …. Tragedi YB Joe Di Lunas…. Tragedi Rompakan Militan Islam di PJ……Peristiwa DSAI ……. Tragedi DTC …. Tragedi Menteri Besar Curi Anak Sultan …. Tragedi Menteri Besar Sapu Adik Ipar … Black Metal & Black Mental ………..Ajaran Sesat……. Aqidah Terpesong.

Allah saja yang tahu siapa penulis skripnya.

15. Indah Water, MAS, RENONG, Bakun, PERWAJA, semuanya telah difaraitkan kepada kroni. Tetapi hutang pula dibayar oleh rakyat!

Masih boleh pakai ke jasa pemimpin sedemikian sebagai testimonial?

Anonymous said...

Inilah jasa UMNO BN selama 50 tahun.

1. PKFZ RM12bill

2. Submarine RM500mil

3. Sime Darby RM964mil

4. Paya Indah Westland RM88mil

5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost

6. Eurocopter deal RM1bil waste?

7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil


8. MRR2 repair cost RM70mil



9. Maybank Overpay for BII RM4bil

10. Tourism -Ng Yen Yen (MCA) kickback RM10mil



11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M

12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M

13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M



14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M

15. MATRADE repairs ————————– RM 120M

16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M

17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M



18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M

19. bukti Mahathir pinjam duit dari Bank dunia, tp menafikan,selepas DSAI dipenjarakan

http://web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/COUNTRIES/EASTASIAPACIFICEXT/MALAYSIAEXTN/0,,menuPK:324530~pagePK:64030134~piPK:241685~theSitePK:324488,00.html

20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M



21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B



22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B

23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B

24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit)

25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)



26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.

27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).

28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market



29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam

30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million)



31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007

32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million. Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum !

33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum

34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years.

Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipments which it is unable to give a breakdown.

Govt paid more than RM6k per notebook vs per market price of less than RM3k through some new consortiums that setup just to transact the notebook deal.

There was no math & science content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.



35. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million.

Anonymous said...

36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"



37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge

38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks



39. National Astronaut Programme – RM 40 million



40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million

41. Eye on Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket



42. RM 2.4 million on indelible ink



43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies.

RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.



44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.

45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman's (Munir) office.

46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.


47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.


48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.


49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.


50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.


51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.


52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.


53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in Bursa Malaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.


54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits


55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.

In addition, there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.


56. RM5700 for a car jack worth RM50


57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes


58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000


59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500


61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143

62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?


63. RM17 billion subsidy to IPP


64. USD24 million diamond ring for Ro$mah --- cancellation of order -- how much compensation 


65. Cattle/Cow gate by family of Sharizat RM250 million


Undilah UMNO BN dan jasa akan berterusan ke 100.

Anonymous said...

Iblis telah berjanji di hadapan Allah SWT untuk menyesatkan anak Adam supaya anak2 ADAM menemani Iblis di dalam Neraka kelak. Hasil kekufuran Iblis (yang mana Iblis ini beriman dengan kesemua rukun Iman), dia akan disiksa di dalam Neraka sehingga selama-lamanya bermula pada hari kiamat nanti.

Semenjak UMNO memerintah Malaysia, seluruh hukum hudud dan qisas telah berjaya dihalang oleh UMNO dari dilaksanakan di Malaysia.

Malahan, kepada musuh-musuh Islam, UMNO sangat sangat berjasa menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam di Malaysia.

Anonymous said...

Baru 65 aje? Pi kat sini;;

75 jasa UMNO / BN yang Pakatan tak mampu atasi!

http://paspb2.blogspot.com/2012/02/mari-baca-75-jasa-umno-bn-yang-pakatan.html

Anonymous said...

Iblis sangat-sangat terhutang budi dengan UMNO kerana usaha UMNO telah memudahkan kerja iblis menyesatkan anak adam untuk mengikut jejak langkah Iblis ke neraka.

UMNO lebih berjasa pada Iblis berbanding DAP. DAP bukan Islam. Apa yang mereka kata dan buat yang melibatkan Islam tidak akan mempengaruhi umat Islam.

Namun, tindakan UMNO selama ini yang menghalang perlaksanaan hukum Islamlah yang banyak menyesatkan serta memasukkan umat Islam Malaysia ke lembah neraka.

Anonymous said...

Saudara AA,

Pihak pembangkang patut mendendangkan dua buah lagu baru, iaitu Arab Spring dan End of Dynasty dalam ceramah-ceramah mereka.

Salam.

Anonymous said...

Adakah UMNO sudah ditunjukkan jalan oleh rakyat untuk menjadi semakin tidak relevan dalam politik Malaysia?

Apakah dosa UMNO sehingga orang Melayu perlu melupakannya? Apakah syurga yang dijanjikan DAP? Apakah kita sudah lupa dengan jasa UMNO yang mengangkat martabat Tanah Melayu dan orang Melayu pada tahun 1957?

Pada hakikinya, siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini?

Kenapa pula sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu pada kebanyakan masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif?

Kenapa sehingga ke hari ini, di kebanyakan perkampungan masyarakat Melayu masih tidak mempunyai kemudahan air, jalan dan elektrik di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka?

Kenapa pula dengan adanya Umno yang mendakwa dirinya jaguh Melayu, masih terdapat orang-orang Melayu yang buta huruf, tidak dapat menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, ekuiti pemilikan orang-orang Melayu di dalam sektor ekonomi masih jauh ketingggalan walaupun terdapat sistem kuota yang melindungi mereka?

Kenapa ramai pula muda-mudi Melayu yang terjebak di dalam kancah jenayah seperti lumba haram, gejala mat rempit, penagihan dadah, ragut dan sebagainya?

Kenapa pula timbul beberapa parti politik Melayu yang bukan Umno sedangkan Umno sering mendakwa diri mereka pembela Melayu yang tulen?

Adakah Umno ini benar-benar jaguh Melayu dan sejauh manakah keberkesanan Umno ini sebagai jaguh Melayu seperti yang didakwanya selama ini?

Dalam ertikata lain, apakah testimonial Umno yang rakyat telah lihat?

Rakyat telah melihat, menyaksikan dan membaca pelbagai jenis skandal dan penyelewengan yang telah banyak merugikan orang-orang Melayu.

Wang-wang dan peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk membangun dan memajukan ekonomi masyarakat Melayu sering digunapakai oleh Umno dan kroni-kroni mereka yang berkepentingan diri.

Akibat daripada itu, terjadilah bermacam-macam masalah, skandal dan penyelewengan bukan setakat ratusan Ringgit tetapi menjangkau kepada berbilion Ringgit jumlahnya.

Anonymous said...

Sauadara AA,

Mungkin Najib akan menukar irama lamanya ke lagu baru yang bertajuk FeldaKu".

Anonymous said...

Kalau rakyat diseru mengenang jasa parti dahulu, sebagaimana rakyat Iraq yang tidak mahu berubah, maka negara tersebut ditawan oleh kuasa asing dalam masa 3 minggu.

Begitu juga dengan Afghanistan yang ditawan dalam 2 minggu.

Lainlah dengan Iran yang berubah sehingga masih gah dengan saintis nuklear!

Malah negara China yang berubah semenjak penumpahan darah di Tiananmen Square pada tahun 1989, kini menjadi negara kedua terbesar dalam bidang ekonomi selepas USA.

Russia yang juga berubah dengan "Perestroika" (restructuring) dan "glasnost" (openness) kerana Mikhail Gorbachev, kini lebih maju.

Indonesia pun telah berubah dan kini merupakan negara kedua terbesar selepas Singapura di rantau Asia Tenggara mendapat pelaburan asing. Malaysia pula di tangga ke 6.

Selagi rakyat masih tidak sedar untuk berubah, negara nanti akan jadi bangkrap!

Anonymous said...

Wahai pembaca yang budiman,

Jangan hanya percaya testimonial Lim Kit Siang tentang pentadbiran DAP di Pulau Pinang kerana beliau adalah bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jangan juga hanya percaya testimonial DSAI tentang pentadbiran PKR di Selangor kerana beliau merupakan penasihat ekonomi negeri Selangor.

Percayalah kepada lapuran neutral yang tidak berparti iaitu lapuran Ketua Audit Negara yang melapur terus kepada YDP Agung.

Berdasarkan testimonial Ketua Audit Negara, Pulau Pinang dan Selangor mengungguli dari segi pengurusan kewangan dengan menduduki dua kedudukan teratas.

Testimonial Ketua Audit Negara memberi pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri dengan jayanya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berbanding negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Testimonial Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu ialah Pulau Pinang dan nombor dua Selangor.

Anonymous said...

Hujah kenangi dan balas jasa UMNO dah tak relevan lagi.. Mari kita hayati kisah Nabi Musa,...., Nabi Musa sendiri pun bangun menentang Firaun walhal Firaunlah yang membesarkannya!

Musa dengan tegas yakin dan berani menyatakan keyakinannya bahawa tuhannya hanya satu iaitu Allah!. Bukan Firaun atau mana-mana yang lain. Kenapa Musa sanggup berbuat demikian?,....kerana si Firaun itu zalim dan menentang keesaan Allah!!

Berbalik kepada situasi di negara kita,... Umno diakui sah sebuah parti Melayu yang mengikut telunjuk British!

Selama itulah Umno memegang teraju pemerintahan, banyak perkara yang Umno dah buat. sama ada yang baik maupun yang buruk. Cara Umno memerintah nampak sangat hebat,.

Umno sapu keliling, halal dan haram semuanya diredah! Rasuah dan penyelewengan kuasa menjadi-jadi. Prinsip keadilan diketepikan, manakala kezaliman dibiarkan berlaku secara terang atau berselindung!.

Lebih setengah abad Umno selesa dan lena dengan kuasa yang diberi! Sikap dan tabiat buruk Umno tak banyak berubah.

Apakah rakyat Malaysia harus membiarkan saja “kerakusan dan kezaliman” Umno terus berlaku? Sedangkan rakyat masih ramai yang susah dan menderita!.

Jangan!,... jangan kita tertipu lagi. Kewajaran mengenang jasa Umno tak kena tempat lagi!. . Dasar mengenang jasa Umno sudah tidak relevan !

Kini sudah tiba masa untuk berubah !

Anonymous said...

Macam mana nak mengenang jasa UMNO?

UMNO sudah jahat sejak dulu. Semasa pilihanraya 1969, ketika calon PAS, Ust Nawawi Ahmad bertanding, wujudnya pemuda tahan lasak UMNO.

UMNO bakar gertak di Rantau Panjang bagi menghalang penyokong PAS keluar mengundi. Pokok-pokok di tebang untuk menghalang laluan orang PAS. Orang PAS terpaksa bawa gergaji, kapak bagi memotong pokok yang menghalang laluan.

Sampai sekarang UMNO tidak boleh dipercayai. Jahatnya UMNO tak habis-habis.

UMNO tidak pernah berubah sejak dulu.

Kalau kita fikir UMNO sudah berubah, ianya suatu kesilapan.

Kita jadi bodoh kerana kita terlampau ikhlas, kita rasa UMNO sudah jadi baik dan tidak berubah, akhirnya UMNO lanyak PAS.

UMNO telah menggunakan peluang dalam kerajaan campuran 1974 untuk menghancurkan PAS akibat dari kelemahan PAS sendiri pada masa itu.

Anonymous said...

Tak sokong UMNO bererti tak mengenang jasa. Orang yang tak kenang jasa amat buruk gambarannya. Tuhan pun marah. Dimainkan pula seolah-olah tak halal apa yang dah diterima kalau si penerima tak kenang jasa atau tak sokong UMNO/BN.

Persoalannya ialah apakah bangsa Melayu terlalu naif sehingga pemikiran mereka masih di tahap kanak-kanak yang belum cerdik walau pun sudah akil baligh dan sudah berusia?

Persoalan seterusnya ialah jiwa takut dan sifat pengecut yang menguasai bangsa Melayu.

Masih ramai orang Melayu takut tentang nasib diri, nasib keluarga dan nasib bangsa dengan sebab yang tak pasti dari sudut fakta.

Propaganda UMNO tentang survival masa depan bangsa Melayu membawa rasa bimbang dan meracuni jiwa orang Melayu sehingga menjadi pengecut.

Adakah selagi BN berkuasa maka bangsa Melayu pasti selamat kerana BN diketuai oleh parti Melayu UMNO?

Sebenarnya Melayu jenis ini hidup dalam fatamorgana tipu diri. Berasa mulia tapi sebenarnya hina. Berasa hebat tapi sebenarnya pengecut. Berasa tuan tapi sebenarnya kuli. Berasa pandai tapi sebenarnya bodoh.

Melayu jenis mitos inilah yang menjadi umpan UMNO/BN. Melayu yang berfikiran lemah mentaliti inilah yang menjadi mangsa ugutan UMNO/BN. Melayu jenis ini tersangat mudah disuap dan digula-gulakan oleh UMNO/BN bila-bila saja.

Anonymous said...

testimoni..testimoni yang membuktikan PM Malaysia selepas zaman Tun Hussin Onn sangat2 haprak dan bapak pelingkup negara.

Dalam billion billion duit negara lesap, UMNO BN cuma mampu hasilkan berapa kerat jer jutawan2 Melayu UMNO dengan cara eksploitasi segala projek mojek. Maknanya duit berbilion yang lesap tu hanya dibalun oleh beberapa kerat saja pemimpin UMNO BN.

Patut la depa dan keluarga depa ni berbelanja sakan. Bini beli tas berjuta RM seunit, kediaman depa tok sah kira la oii, anak anak depa yang belum cukup baliq pun boleh pakai porsche siap dengan body guard yang juga diberi kereta mewah. Aha...patut la juga sanggup bayaq sejuta RM lebih untuk "entot" dengan artis, menteri depa depa ni pula laku benaq la dan menikah dengan perempuan2 luar negara, besan2 depa pun bukan calang malang pemimpin luar negara. Woooo betul2 kinternational laa bila dapat pelekuh duit rakyat.

Tu kita belum dedah macai2 utama depa yang diatur susun khas dalam sistem kehakiman dan kepolisian negara, belum kita kira duit tokey2 judi, kepala samseng dan segala kepala along yang masuk ke depa melalui saluran belakang. Jadi nak pelik dan heran apa kalau kita selalu tengok depa ni berani berjanji sakan dengan duit untuk beli undi rakyat yang papa kedana.

Hangpa belek dan semak baik2. Berpuluh tahun depa dendang lagu Anwar Inrahim kaki liwat dan sapu duit negara dengan simpanan di bank2 negara luar. Tapi tak satu hampeh pun depa boleh buktikan sekali pun berpuluh tahun depa pegang kekuasaan. Terkulat2 dan huru hara tindakan depa walau pun untuk buktikan kes liwat Anwar tu.

Kalau hangpa semua rakyat Malaysia nak tengok ke jadah apa malaon UMNO BN ni buat selama puluhan tahun..senang saja. Aku percaya jika dalam tempoh setahun dua saja PR pegang kuasa...akan terbongkar dan terdedah segala mak nenek kerja haram jadah dan kotot depa. Percayalah...dan depa tau kalau perkara ini berlaku...sampai mati pun UMNO BN tak akan boleh pegang kuasa kembali. Dan paling depa seram sekali...takut harta benda di freez dan dirampas bila segala sumber datangnya harta depa tu didedahkan seterang2 dan sejelasnya.

Sebab tu laa...depa ni sangat dendamkan Anwar kerana gerak mula dari Anwarlah yang berjaya meletakkan kesemua parti pembangkang berada dalam satu baris yang solid. Tak susah nak baca niat depa ni. Sebab tu Anwar dipecat melalui skrip kotor Mamak Kutty. Dan sebab tu juga lah sampai sekarang Mamak Kutty sangat perlekahkan Pak Lah, bukan sebab jambatan bengkok, bukan juga sebab2 lain tapi puncanya kerana diera Pak Lah..Anwar dibebaskan ( walau pun Pak Lah mendokong UMNO tapi dalam hal memfitnah Anwar dengan sebegitu keji, beliau tak rela dan sanggup dek keimanan masih menebal dijiwa Pak Lah ). Percayalah...selagi Anwar mereka tak berjaya abiskan..selagi tulah Mamak Kutty akan terus mendendami Pak Lah ).

Alasan UMNO BN kalah teruk GE 12 kerana Pak Lah lembab itu hanya dicanang Mamak Kutty wal hal dia juga penyumbang utama kekalahan tersebut kerana nak beri tekanan kepada Pak Lah dan membuka laluan kepada Najib ( seterusnya merancang legasinya iaitu Mukhriz ).

Hangpa pikiaq laa baik2. Kalau UMNO BN ni terus diberi kuasa, akhirnya Mamak Kutty akan berkuasa kembali melalui Mukhriz. Jika ini berlaku..melayu akan tinggal nama saja dimasa depan. Tok sah lah dok megah dengan kata2 "Melayu Tak Hilang Di Dunia" kerana ia akan diganti dengan "Mamak Tak Hilang Didunia".

Awaslah hangpa semua. Punca sebenar kehancuran UMNO BN dan Melayu sebenarnya dari Mamak Kutty inilah. Dan seperti ulasan Pak Aspan...Tunku Abd Rahman & Tun Hussin Onn rupa2 dah menilik perangai "pariah" yang masih berbekas di hati Mamak Kutty, pengganti mereka itu dan akhirnya mereka keluar dari parti tersebut. angkara siapa kalau bukan angkara Mamak Kutty.

Bulatkan tekad untuk sama2 kita tumbangkan UMNO BN durjana ini !. Tunggu apa lagi...nak tengok sampai rakyat Malaysia menjadi mayat hidup ?

Anonymous said...

Aku harap Dato Sri Najib tidak menolak peluang yang terbuka ini untuk beliau bersihkan diri dari segala tuduhan dan fitnah pembangkang !~

http://www.keadilandaily.com/scorpene-keadilan-gesa-najib-zahid-beri-keterangan-di-perancis/

Kalau beliau mengelak dan larikan diri dari mengambil peluang yang saya kira sangat baik buat dirinya ini, maka saya tidak lagi dapat menolak segala tuduhan berkenaan melainkan menerimanya sebagai itu dakwaan benar. Sebabnya...orang yang benar harus ada perasaan berani kecualilah dia betul2 bersalah dan hilang keyakinan diri walau pun sebelum juang.

Saya harap Dato Najib tidak lagi mencipta satu lagi rekod UMNO BN sebagai seorang PM UMNO BN paling dayus dan bacul.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok;

Semua testimonial yang dirujuk telah melepasi zamannya.
Naluri manusia inginkan kemajuan, pembaikan taraf hidup.
Jika penyambung pemerintah menunjukkan sifat2 zalim, tamak kuasa dan laba negara, kita sebagai rakyat yang membuat pilihan WAJIB menukar pemerintah ini.
Selepas jatuh, Najib juga mempunyai testimoni dan ianya boleh dijadikan pengajaran kepada pemerintah selepasnya agar tidak mengulangi cara pemerintahannya.
Telah terbukti didepan mata, jika mak bapak kita tergulung dari orang baik2 tak semistinya anak2 yang dilahirkan akan menjejaki perangai mereka. Ini mungkin, anak2 mereka hidup terlalu mewah dan kesibukan mak bapak menyebabkan pendidikan ke atas anak2 kurang diberi perhatian.
Marilah kita sama2 berdoa agar Tuhan memberi pertunjuk kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan membuat pilihan pemerintahan pada PRU 13 nanti akan menolak karajaan yang ada sekarang dan memilih parti alternatif bagi membaiki kerajaan Malaysia untuk menempuh era baru bagi kepimpinan yang adil dan amanah. Wslm..

Anonymous said...

Dunia ini sebenarnya hanya boleh dikuasai oleh mereka yang berani. Yang takut tidak kira sama ada takut apabila dicabar berdebat, atau takut untuk turun ke mahkamah apabila disapina atau takut pada bini sama sekali tidak sewajarnya dipilih untuk memimpin.

Pemimpin yang boleh disandarkan harapan ialah pemimpin yang berani. Orang yang berani adalah susuk pemimpin yang bertanggung jawab dan begitu juga sebaliknya.

Selama dua belas tahun rakyat telah menyaksikan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang yang benar-benar berani.

Tidak ada di dalam dunia ini seorang yang telah dihina begitu buruk tetapi masih boleh bangun.

Penghinaan terhadap Anwar serta keluarganya oleh pemimpin UMNO yang mengaku Islam tidak pernah dilakukan oleh mana-mana regim paling zalim negara di dunia ini.

Tidak ada perbuatan yang lebih keji dari penghinaan yang dirancang oleh pemimpin UMNO terhadap Anwar serta keluarganya sepanjang 12 tahun yang lalu.

Ini hanya kerana Anwar Ibrahim berani menyanggah dan menggugat tahta kuasa kelas bangsawan Melayu UMNO yang menjadi beban kepada rakyat.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim adalah sebatang tongkat yang cukup keras dan mampat untuk disandarkan harapan. Hanya pohon-pohon yang hidup puncak di gunung dan sentiasa dipulas angin menjadi keras dan tumpat.

Semakin keras angin memulas semakin kuat akarnya mencengkam bumi untuk ia tegak menjadi keras dan tumpat.

Anwar Ibrahim sudah diuji. Dibalun, ditendang dan ditelanjang. Dihina, dicaci, dikeji, difitnah dan dipenjara. Sudah tentu aib yang diterima bukan kepalang lagi untuk mengadap anak-anak, saudara, keluarga, teman-teman dan sahabat di dalam dan di luar negara.

Kini Anwar Ibrahim benar-benar untuk rakyat sandarkan harapan. Mengembalikan semangat juang 1937 yang mendukong kepentingan rakyat.

Cengkaman regim bangsawan UMNO sejak 54 tahun lalu yang bergelumang rasuah, menindas dan salah guna kuasa sebenarnya tidaklah mudah untuk dibungkuskan melainkan rakyat mempunyai suatu kekuatan yang seimbang dengannya.

Anwar kini menjadi tongkat untuk rakyat semua bangsa menyandarkan harapan dan menyelamatkan negara dari muflis kerana hutang negara kini sudah mencecah RM446.7 bilion (Dec 2011) lebih kurang 54% dari KDNK Malaysia. Hutang yang tersangat besar ini sudah tentu mempunyai kesan komulatif (cumulative effect) berganda (kerana kadar bunga) dan akan mencecah 1 trillion pada 2019.

Malaysia akan bangkrup kalau rakyat masih tak ubah dan akan menerima padahnya pada waktu itu.

Jika tidak benar unjuran ini maka Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mengungkapkan “ kekalahan UMNO adalah lebih baik untuk Malaysia”.

Rakyat perlu sedar dan selamatkan negara Malaysia!

Anonymous said...

Segala-galanya berpaksikan kepentingan rakyat, kekuatan dan parti yang berjuang demi kepentingan rakyat, pada akhirnya akan memenangi pendukongan rakyat, sedangkan semua golongan yang menjejaskan kepentingan rakyat yang sering memungkiri kehendak rakyat, akhirnya akan disingkirkan oleh rakyat.

Anonymous said...

Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

Anonymous said...

Kononnya testimoni...

Siapa yang melemahkan institusi raja Melayu, melemahkan sistem kehakiman, menarik royalti Terengganu dan menyekat royalti Kelantan, memperkenal PPSMI, menarik peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan terbaru mahu menggadai tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu?

Rakyat kini lebih menilai kredibiliti BN selama ini.

Anonymous said...

Apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu?

Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan.

Bila kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza.

Al Quran menjelaskan:

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.” –Al-Anfaal:63

Penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan. Kerana ini bukan pilihan manusia.

Apabila Melayu lemah, muncul lah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayu lah mendominasi pimpinan negara.

Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bila gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca pula dari DAP.

Lebih menyayatkan rakyat Malaysia, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, padahal kalau seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari.

Anonymous said...

Umno-Barisan Nasional (BN) telah menggagal dan menjahanamkan agenda Melayu dengan rasuah dan ketirisan kewangan.

Anonymous said...

Lebih 50 tahun rakyat bersabar dan memberi mandat kepada Umno-BN menerajui negara agar memimpin, mengurus dan mentadbir sumber manusia dengan hasil mahsul negara ke arah membina sebuah negara yang maju dan sejahtera.

Dalam waktu itu ke mana terjualnya tanah–tanah rezab orang Melayu sejak sekian lama? Kenapa tiada pertambahan kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu? Kenapa masih wujud melayu yang miskin sejak sekian lama diamalkan DEB?

Kenapa indeks rasuah Negara meningkat, demikian juga indeks jenayah? Di mana letaknya syariat Islam sejak sekian lama Umno-BN berkuasa?

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Najib menamatkan sidang akhbar secara tergesa2 bila diajukan soalan tentang kapal selam Scorpene dan tindakan mahkamah Perancis.

Takut menyelubungi jiwa pembunuh.

Mahkamah dan pegawai2 Perancis tidak akan mudah dibeli sebagaimana di negara kita.

Keadilan kan muncul juga akhirnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat insan yang teraniaya Aminah (Altantuya).

Surrogate

Anonymous said...

Reader,

If you really love Malaysia and want to see a new goverment formed after GE 13, kindly forward this important message ( link ) to friend and people as many as you can. Please support us and do your part !

http://goo.gl/Sc88k

Thanks