29 December 2013

Pemimpin menjadi beban kepada rakyat, sampai bila?

Semalam lagi seorang pemimpin UMNO, kali ini Ketua Wanita UMNO Kuantan dilapurkan menghalau sesiapa yang tidak bersetuju dengan kerajaan BN pergi tinggal di negara lain. Nama Ketua Wanita itu kalau tidak silap ingatan saya ialah Datuk Zaiton Mat. Tidak berapa lama dahulu kita terdengar Zahid Hamidi menghalau yang tidak bersetuju dengan BN tinggalkan negara ini. Beberapa orang lagi telah dilapurkan mengeluarkan kata-kata yang sama.

Menghalau orang dan menyiahkan pandangan ramai sudah menjadi budaya baru dan akan melarat tidak lama lagi. Dalam bulan Ramadan yang lalu seorang lagi Menteri, yang namanya Hasan Malek memberitahu rakyat jika harga ayam mahal, jangan makan ayam. Beberapa minggu lalu seorang lagi Menteri, Wahid Omar, berkata kalau tol mahal gunakan jalan alternatif, jangan guna lebuhraya.

Inilah dia contoh-contoh setara mana nilai dan kualiti Menteri-Menteri sekarang ini. ‘Political language’ mereka tidak langsung melambangkan mereka adalah ‘material’ sebagai seorang pemimpin, yang layak nya duduk di tepi jalan atau dalam hutan sahaja dan bercakap seorang diri jika terlalu gian untuk bercakap.

Sekarang ini apa pula akan dikatakan oleh Hasan Malek dengan rungutan orang ramai yang harga barangan yang menjadi isu Kementeriannya sekarang ini terlalu mahal. Dua hari lepas saya ada terdengar beliau meminta orang ramai jangan merungut dan terima sahaja hakikat yang barang akan naik mengikut masanya.

Saya percaya jika orang ramai masih merungut kerana persediaan anak sekolah terlalu tinggi, mungkin beliau akan meminta mereka itu jangan hantar anak ke sekolah pula. Yang penting bagi pemimpin sekarang jangan bersungut, kerana mereka sangat rimas mendengar rakyat bersungut sebab mereka tidak tahu cara menjawab persoalan rakyat itu.

Sesungguhnya rakyat yang menghalau mereka lari keluar negara kerana mereka tidak tahu memimpin negara. Sebenarnya mereka yang tidak berguna kepada negara, kerana mereka hanya menjadi beban kepada kita semua. Memangnya satu hakikat pimpinan yang lemah itu adalah beban kepada negara. itulah bebanan rakyat sebenarnya.

Ada pula pemimpin itu sudahlah menjadi beban kepada negara, ahli keluarga mereka pun dibawanya bersama untuk membebankan kita rakyat ini. Setengah pemimpin, isterinya menjadi beban kepada negara, ada pemimpin wanita suaminya menjadi beban kepada negara dan yang lain-lain pula anak-anak dan ipar duainya menjadi beban kepada rakyat serta negara.

Sepatutnya pemimpin yang memikul beban untuk menjaga negara dan rakyat, tetapi apa yang berlaku sekarang mereka pula yang membebankan rakyat dan negara. Bukti terpampang di depan mata yang menunjukkan pemimpin-pemimpin membebankan rakyat masih lagi ramai yang tidak faham dan merasakannya.

Malapetaka yang dihadapi oleh rakyat seperti banjir dan bah di Kuantan dan tempat-tempat lain itu adalah hasil dari bebanan yang dihempapkan kepada kita oleh pemimpin yang kita berikan mandat dalam setiap pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Bah dan banjir di Kuantan baru-baru ini adalah disebabkan oleh limpahan air yang sudah tidak tertakung lagi oleh baki dan saki baki hutan dan pokok-pokok balak yang ditebang tanpa had.

Pemimpin-pemimpin kita telah menebang dan membersihkan balak-balak dan hutan yang telah menakung limpahan air. Tuhan telah menjadikan hutan dan rimba serta pokok-pokok dan pohon-pohon dan bukit bukau itu untuk menjadi pasak kepada bumi ini. Apabila ditebang dan dibotakkan hutan belantara itu maka air yang turun melalui hujan atau yang tersedia ada tertakung itu akan mengalir ke tanah rendah, maka banjirlah Kuantan dan tempat-tempat yang lain.

Apabila sampai ketahap ini masih tidak belajar lagi kah yang kesemua bencana ini berlaku adalah disebabkan oleh manusia yang nmempunyai pemimpin. Jika pemimpin dan sesiapa yang berkuasa tidak prihatin dan menebang semua penakung-penakung dan tadahan air ini, maka banjir akan menjadi ‘acara’ tahunan di tempat-tempat yang terlibat.

Maka masalah-masalah yang berkaitan dengan banjir ini adalah disebabkan oleh kerakusan pihak yang berkuasa dan berpengaruh mendapatkan wang ringgit secara mudah dengan banyak melalui penebangan hutan belantara ini. Mereka menggunakan wang mudah melalui hutan dan belantara ini dengan tidak memikirkan apa yang akan mereka wariskan kepada generasi mereka yang akan datang. Wang yang didapati dengan mudah inilah yang dibelanjakan di kasino-kasino besar didunia ini serta berbelanja untuk membeli belah barangan yang mahal-mahal untuk hidup dalam ‘glamour’ itu.

Sesungguhnya rakyat menghadapi masalah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Kini rakyat terpaksa meminta projek tambatan banjir dengan kos yang begitu tinggi merata-rata di negara ini. Selalunya mereka yang akan dapat kontrak-kontrak besar ini adalah dikalangan mereka yang menebang hutan belantara tadi juga. Mereka adalah ‘rent seekers’ yang hampir dengan kuasa. Pendeknya yang memberi masalah itu adalah pemimpin dan yang menggunakan kesempatan untuk mendapatkan kontrak besar ini juga adalah di kalangan mereka juga.

Pemimpin dan kroni mereka membelasah rakyat dari kiri dan kanan dan dalam proses ini mereka juga yang akan mendapat laba besar darinya.

Itu sebabnya saya selalu berkata rakyat yang lurus dan bersih jiwanya dan di sertai dengan sifat ‘naive’ mereka telah menjadi modal kumpulan pemimpin dan yang berkuasa untuk memperniagakan rakyat yang ramai-ramai ini.

Itulah sebabnya mereka tidak akan melepaskan jawatan-jawatan yang memberikan mereka kemudahan dan keistimewaan untuk memperniagakan rakyat buat selama-lamanya. Rakyat itu adalah modal perniagaan mereka sahaja.

Apabila rakyat sedar dan mahu memberontak kerana kejahilan kepimpinan ini, maka rakyat pula dipersalahkan dan dianggap sebagai petualang kepada negara pula. Hanya rakyat lurus itu sahaja yang bersalah, ‘penyamun’ tidak pernah bersalah di negara ini.

Ada pihak yang berusaha untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan kini, melalui parti yang ditubuhkannya, tetapi kumpulan ini juga adalah dari kumpulan yang sama suatu ketika dahulu. Masakan mereka ini boleh menjadi penyelamat kepada negara dan rakyat ini.

Sesungguhnya semua pemimpin di kedua-dua belah pihak ini memberikan masalah besar dan terus-terusan menjadi beban kepada kehidupan rakyat, empunya negara ini yang hakiki.

26 comments:

lan lah said...

Dato,Saya membaca tulisan dato hampir setiap hari. Saya sangat meyukai pendapat dato. Tetapi seolah-olah tidak sesiapa lagi yang boleh kita letak pengharapan di negara ini. Please make your stand ,kerana saya yakin semua orang wajar untuk di beri peluang kedua termasuklah AI.

Aspan Alias said...

lan lah,

I appreciate your comment dearly.
Saya percaya pemimpin yang sebenarnya akan timbul dan saya tidak bercadang untuk memberikan 'indication' apa-apa terhidap isu ini kerana masing-masing belum lagi menerima hakikat yang pimpinan pada hari ini tidak betul dan pembangkang pun belum membetulkan sikap mereka.

yang dianggap tidak baik itu wajar diganti dengan yang baik dan disinilah masalahnya bermula dalam penggantian pimpinan ini.

Isu ini sangat sulit, tetapi sebagai kita yang beragama kita wajar mempunyai keyakinan yang jika benar Melayu ini bangsa yang berkeramat seperti yang kita semua akhui, insyaallah yang Maha Adil akan menimbulkannya.

Bukankah semuanya ini adalah afa'al Tuhan semata-mata.

Nature akan memberi peluang kepada siapa yang mereka kehendaki termasuklah nama yang anda sebutkan tadi.

Isu negara ini isu besar dan bukannya isu kecil. Keadaan sekarang tidak lagi boleh diselesaikan oleh manusia seperti kita ini.

Kita bermohon dari Maha penetu untuk menetukan siapa yang dipilihNya.

Mungkin nama yang anda sebutkan tadi dipilihNya. Siapa nak tahu.

kata orang tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia termasuk yang anda sebutkan tadi tiada siapa yang tahu.

Kita boleh merancang kerana itu tuntutan syariat agama kita, tetapi yang menetukan akhirnya ialah yang Maha Penentu itu.

Salam

Sabina45 said...

Jangan komlin dan merunggut ,dulu semasa PRU13 BN bagi BRIM dan pelbagai semua setuju yang BN pandai mengurus wang rakyat sekarang terima saja ,tunggu lima tahun lagi BN akan bayar lagi entah apa nama pula lepas tu pangkah lagi untuk beri penyangak dan lanun paksa rakyat bayar apa yang telah mereka beri dan belanjakan sebelum PRU

lily chong said...


Aspan Alias,

Sir, you are spot on!!!

mo said...


salam semua,

Jelas apa yg mnjadi isu adalah respond dari pak mnteri kita yg mewakili kita di msia. Jelas juga berhak mmbuat apoa juga respond dan hujjah. Namun dlm kita mnilai, sangat jelas pak mnteri yg juga melayu dari bn umno, tdk mmpunyai kebolehan yg baik dan berwibawa dlm respond dlm setipa isu yg mnjadi isu hangat di msia.


Hakikat yg ada, kita harus terima, apa yg ada di kelangan pmimpin kita dari bn umno, jelas tdk mmpunyai kualiti sebagai mnteri. Ini termasuk lah dgn PM dan TPM sendiri tdk mmpunyai kualiti yg kita harapkan. Semakin lama kita bertahan dgn pmimpin yg ada, semakin bercalaru lah msia dan rakyat.

Dlm keadaan sebegini, wakil rakyat yg ada, baik dari bn atau dari pr, seharus mmberikan sedikit perhatian dlm mnjanakan keadah baru dan perubahan baru. Mereka seharus bngkit dlm mnjanakan , kuasa yg ada pada mereka ini. Mereka seharus berani bertindak mmbawa satu perkara yg bijak demi negara dan rakyat. Sebab kerajaan yg ada kini, sebenar ujud dari dokongan wakil rakyat yg ada kin. Apakah wakil rakyat yg ada kini, tdk mmpu mmbuat satu anjakan yg lebih bijka dlm mnjanakan idea yg lebih kretis dan berani demi negara dan rakyat. Kita TELAH MERDEKA 56 TAHUN, seharus nya wakili rakyat yg ada baik dari bn atau pr...melangkah pada keadaan yg bersesuaian, demi msia. Jelas dlm era najib kini, keadaan msia amat tdk baik dan bercalaru.

Kita tdk mmerlukan PRU lagi dlm masa terdekat ini, Apa yg rakyat mahu ada tindakkan yg matang dan bijak dari wakil rakyat yg ada, dlm kita melihat satu bentuk kemajuan dan kematangan. Kita tdk mmpu lagi berfikir secara kampungan dan desaan ? Makna nya bila sudah wakil dari bn maka harus taat pada bn dan sebalik hya pr ??

Ini makna nya perubahan yg mungkin berlainan dari keadah PRU, namun perubahan demi kebaikan negara kita msia. Wakil rakyat bijak sepatut sudah mulakan satu bentuk reform di msia ini, di mana bn sebenar adalah kerajaan yg jelas minoriti. PM jelas tdk mmpu mmbawa reform dan transformasi yg hanya sebagai lidah laongan di media pemgampu msia.

Perubahan bukan shj boleh di jana melalui PRU..bahkan perubahan dokongan pada PM kini..Kematangan wakil rakyatr seharus di realisasi pada masa yg sangat tenat kini .

Terlalu banyak indicator yg kita masih jauh ketingalan kebelakang. Pendidkan kini kita sudah ketinggalan oleh bn, index kurap semakin hebat, ekonomi jelas dlm keadaan yg tdk mnntu.

TQ,
rakyat mahu melihat satu bentuk perubahan dari wakil rakyat yg bijak. Bukan setakat mnjadi wakil rakyat, yes men dan wakil rakyat pengampu no 1.

Anonymous said...

Kejayaan paling nyata oleh BN terutamanya UMNO dengan dipasaknya dalam minda dan jiwa kebanyakan kita bahawa, hanya BN sahaja mampu memerintah negara. Dengan memiliki paradigma itulah menjadikan kita ada perasaan ragu terhadap perubahan, seterusnya menjadikan UMNO kekal menjarah kuasa untuk terus melakukan penyelewengan serta penindasan. Kita perlu kepada satu 'anjakan paradigma' yang berani kearah yang lebih positif. Sekiranya kita mengekalkan paradigma negatif di dalam pemikiran atau takut untuk berubah, janganlah diharap perubahan akan berlaku. Jika dikaji, UMNO terdiri dari unsur racun dan virus berbahaya dan tidak akan terpisah dari UMNO. Jika dipisah maka UMNO akan layu dan terus melayu. Ibarat pakaian terkena najis anjing, najis anjing tidak akan dapat dibersihkan dengan apa kaedahpun, tetapi pakaian itu boleh dibersihkan. Najis anjing dalam ibarat ini merupakan satu umpama bagi UMNO.

kampong lad said...

sekiranya pemerintah (bukan pemimpin) dapat mengurangkan perbelanjaan harian setiap keluarga hanya rm5.00 (memang boleh dibuat tapi depa tak mau buat kerana dok stim tengok penderitaan rakyat - dah jadi ketagih) ini bererti rm1,825 setahun. adakah pemerintah cuma ada kuasa memberi br1m & tidak ada kuasa menghalang kenaikan kos sara hidup & tidak ada kuasa menurunkan harga barang2 terutamanya keperluan asas? br1m membuktikan pemerintah tidak competent & gagal dlm pemerintahan. rakyat terus menderita & pemerintah terus bermewah2an.

1Crony said...

As Salam Tuan Aspan.

Amat setuju sangat pendapat Tuan. Malah para pemimpin negara atau politikus pemerintah sekarang ini dilihat seperti "bangkai" jika disimpan terlalu lama di negara ini akan busuklah ke serata alam baunya.

Mereka semua dilantik sebenarnya untuk menjaga kepentingan para pemodal(kapitalis) bukannya menjaga kebajikan rakyat. Berapa banyak wang rakyat dan negara dihabiskan untuk membayar segala elaun dan upah supaya "bangkai-bangkai" ini terus merebakkan ulat dan bau busuknya?

Malangnya ramai daripada kalangan rakyat di negara ini yang amat suka menghidu bau busuk "bangkai-bangkai" tersebut dan selagi busuk baunya selagi itu rakyat suka untuk menghidunya.

Anonymous said...

Saudara Aspan,
semasa saudara dlm Umno dulu menteri yg tak ada pendidikan tinggi pun cerdik,mereka sangat berhati2 semasa mengeluarkan statement, sekarang Menteri dan ahli kabinet adalah dari calun yg tangkap muat dan senator pun org yg kononnya pandai didalam mengurus GLC , yg saya sendiri malu seorang yg menjual asset MAS dilantik sebagai Senator dan dijadikan Menteri yg menguruskan Teraju, kalau dia pandai didalam soal urus mengurus kenapa dia tidak beli balik Bangunan MAS yg dijualkan kpd PNB tanpa tender terbuka, apa org ini pandai?.
Kalau jaga GLC dan membuat profit hanya menjual asset saya boleh berbuat demikian sekiranya diberi peluang. Menteri dan pemimpin sekarang hanyalah pak turut dan pak yes man ,banyak kaki bodek.

Rodovan Ivan said...

Sir AA, just to share with you and bloggers; extract of an article on Ludwig Von Mises Inst.portal :"When the rich get richer by rigging the political process, that is objectionable, but it is not a market failure. It is a government failure, imposed by undermining the benefits competitive markets provide for all participants. And the solution is to get the government out of the theft business (as capitalism would require), not to first enable favorites to garner ill-gotten gains from restricting competition, then use government’s abuses as an excuse to more heavily tax (and thus discourage) those who actually benefit others."

ahmadyaniDotCom said...

Cuba bayangkan sekiranya semua pimpinan umno sekarang ini insaf dan sedar akan keburukan yang telah mereka lakukan. Dengan pengalaman memerintah dan keinsafan yang merajai hati, Malaysia ini akan menjadi 'syurga dunia'.

Apa yang berlaku sekarang ini ialah perubahan yang pemerintah ingin lakukan tanpa disertai keinsafan. Ia semakin memburukkan keadaan.

Sebab itu betapa marah sekalipun, sesekali atau banyak kali, kita wajar mendoakan agar keinsafan hadir dalam diri mereka.

Nordin Razak said...

Sepatutnya wakil-wakil rakyat (Aahli Parlimen dan ADUN yang tidak berada dalam kerajaan) sekarang berani menyuarakan sesuatu deboleh demi kebaikan rakyat. Apa gunanya mereka dipilih kalau tidak berani menyuarakn keluhan rakyat. Jika tidak berani lebih baik berhenti saja. Tidak semestinya kita dari BN/UMNO tidak boleh bersuara untuk kebaikan rakyat.

Anonymous said...

Kita mendpat PM yg benak & penakut ikut telunjuk. Penasihat2 mata sepet di sebelah bahu najib makin naik tocang

Anonymous said...

Jika rakyat sudah tidak disenangi untuk bersuara lebih baik rakyat diam saja, PRU14 kita akan satukan segala suara, kita rehatkan pemimpin yang membebankan rakyat.

justine, p pinang said...


It's not that I love Anwar less, but I love Pakatan Rakyat more. I hope Anwar understands this...and he should give way to Nurul, Tian Chua, Rafizi and quite a number of budding good leaders in PKR and PR. I hope Anwar is not hampering our quench for change. Thus is serious issue, and hope Anwar is serious too. thnx

Tinta Hitam said...

Sampai bila pemimpin jadi beban rakyat? Jawapannya ialah sampai melayu boleh menggunakan otak mereka..

Mr. Deen said...

Edit perlelbagaan pilihanraya. Cdgn sya parti yg memerintah ridak blh bertanding dlm PRU kecuali setelah berehat sepenggal berikutnya. Jd rakyat blh rs yg mn parti memerintah lbh baik. System skrg mmg xde peluang parti lain nak mng.

Anonymous said...

Dgn pengalaman memerintah yg dipenuhi dgn rasuah serta penyelewengan yg lain dan kemudiannya tiada ribut atau badai tiba2 para pemimpin UMNO insaf sepenuh hati menjadi zuhud, hanya boleh berlaku jika tercipta alat yg boleh mengembalikan masa kini 2013 kpd 1981. Selagi tiada alat itu, hanyalah magik shj boleh disandarkan harapan. Tetapi tidaklah menjadi satu kesalahan jika hanya untuk dibayangkan shj, malah menghiburkan pula tanpa dikenakan bayaran dan cukai.

Anonymous said...

Jika kita ikut telunjuk umno apalagi perkakasnya perkasa, kita akan jadi buta dan tuli.Politik dimalaysia diolah oleh umno umpama suatu perang mempertahankan agama dan bangsa sedangkan agama & bangsa sudah terjamin dalam perlembagaan malaysia.Ini sebenarnya bukan perang agama atau perang bangsa tapi perang menentang penindasan terhadap rakyat.Penindasan ekonomi -umno dan kroni mengejar kekayaan negara, Penindasan kuasa - Pemimpin kebal undang-undang, Penindasan politik/ekonomi/ekonomi/sosial - membutakan orang melayu.Pemimpin-pemimpin yang sedang menindas inilah yang menjadi beban kepada rakyat.

Anonymous said...

Perkasa sudah melebarkan sayapnya ke sabah, termasuk kedaerah saya, pada pandangan saya perkasa ini hanya umpama kain buruk yang tidak boleh dipakai hanya menyemak, langsung tidak menyumbang apa-apa kebaikan untuk rakyat.

Anonymous said...

mari kita fitnah Aspan Alias byk2 pula, tgk AA tahan kena gasak ke tak. Talk the talk, not walk the talk...

ahmad salleh said...

Anon 14:18
Tidak bersetuju dgn cadangan anda. AA cuma menyediakan forum untuk perbincangan mengenai sesuatu perkara, bukan menyediakan dirinya untuk diserang.

Anonymous said...

Anon 14:18,kau nak fitnah AA,kau x kenal Aspan Alias lagi,kalau kau betul jantan dan Bapak kau jantan tulis nama penoh la jgn anon pulak kau nak fitnah Aspan maana nye kau ni Kafir lahnat bukan islam,orang kafir saja suka fitnah orang, ni lah dia spisis yang baca Utusan Melayu.

Anonymous said...

Looks like smuanya sama saja...cuba baca blog mso pulak...pas dan keadilan dgn masalahnya...sbg rakyat marhaen....la ni harga kopi o pun rm1.20 gelas kecikkat mamak restoran wooooo....

Naib Nabi said...

Dato
Jgn pening2 kan sgt akal kita. Dunia memang menipu & sandiwara saja. Dunia ini habis2 pun hidup max 100 thn je. Fikir2 lah manusia kubur menunggu kedtgan kita semua utk berada dlm nya selama 40,000 thn

imam imam said...

Nabi Nabi, pasal kubur menunggu kita itulah yang kita tidak boleh kita mesti lakukan yang baik sebelum mati. Melakukan kerja baik itu akan menjadi bekalan kita ke kubur