25 December 2013

Pilihan diantara yang berkurap dan berpanau

Saya masih berpendirian yang berhimpun untuk menggulingkan kerajaan bukan cara yang boleh diterima ramai. Lebih dari 50 peratus rakyat mahukan perubahan kerajaan tetapi lebih dari 50 peratus dari rakyat juga tidak bersetuju menggulingkan kerajaan dengan cara berhimpun.

Tidak siapa yang tidak bersetuju yang kerajaan hari ini wajar diketepikan tetapi untuk mengajak rakyat berhimpun secara besar-besaran bukanlah caranya untuk perubahan itu. Pertamanya tindakan itu merupakan tindakan yang kurang baik kerana cara berhimpun dan memaksa kerajaan itu berubah itu bukanlah satu tindakan demokratik yang baik.

Keduanya kita telah berusaha untuk menggulingkan kerajaan melalui pilihanraya tetapi keputusannya masih berpihak kepada penyandang walaupun begitu hebat gerakan untuk mengenepikan kerajaan hari ini. Kekalahan dan kegagalan pihak yang ingin mengambil alih kerajaan tentunya bersebab.

Saya sendiri telah menjelajah keseluruh negara membantu usaha untuk menggantikan kerajaan ini sebelum pilihanraya yang lepas.. Tetapi dalam proses itu saya seperti orang lain juga dapat mengenal pasti sebab kenapa pihak yang membangkang masih gagal untuk mencapai niat menggantikan kerajaan yang rasuah dan tidak bermoral sekarang ini.

Sebagai rakyat kita harus memahami isu sebenar kenapa pembangkang menghadapi kegagalan dalam usaha mereka.

Kita cuba lakukan analisis yang realistik dalam isu ini. Apabila kita mengatakan pimpinan kerajaan sekarang ini perlu diganti, persoalan yang pertama yang harus dijawab ialah, siapa yang hendak menggantikan pimpinan negara sekarang ini? Benar pimpinan hari ini amat tidak sesuai untuk meneruskan pimpinan mereka, malahan kesemua yang ada dalam barisan kepimpinan UMNO yang tertinggi itu menjadi persoalan besar kepada rakyat.

Tetapi jika hendak menggantikannya siapa yang akan menggantikan mereka yang hendak diganti ini? Adakah pasti nama-nama yang di sebut untuk menggantikan itu mempunyai moral dan kewibawaan yang secukupnya untuk menunjukkan kelainannya dari kepimpinan yang ada pada hari ini?

Apa kelainan yang perlu ada kepada pihak yang hendak menggantikan mereka yang sekarang ini?

Pertamanya moral pemimpin yang hendak menggantikan pemimpin yang kurang moral itu mestilah tinggi tanpa ada pihak yang mempersoalkan kewibawaannya. Yang hendak dipimpin ini adalah negara bukannya memimpin syarikat kilang padi atau persatuan sepak takraw.

Jika ramai dikalangan rakyat mempersoalkan kewibawaan dan ramai yang mempunyai persepsi buruk terhadap pemimpin itu, maka adalah terlalu tidak sesuai untuk dijadikan calon pengganti kepada seorang Perdana Menteri. Ini isu serius. Isu moral jangan sekali-kali diambil ringan dalam menentukan kepimpinan sesebuah negara.

Perjuangan dan apa yang terjangka jika pembangkang memenangi pilihanraya serta mengambil alih negara ini ialah dari segi asas perjuangan dalam pengisian kemerdekaan itu sendiri mesti berlainan. Jika isu yang dibangkitkan terhadap kerajaan itu isu perkauman yang telah di perbesarkan terhadap UMNO dan BN itu, penggantinya perlu membuktikan ianya benar-benar lain dari apa yang terhasil dari perjuangan UMNO dan BN itu.

Isu perjuangan ‘multiracialism’ merupakan isu besar dan ada komponen di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri tidak lekang mulut pimpinan mereka mengakui partinya sebagai parti berbilang kaum, tetapi apa yang kita nampak jelas ia merupakan pembohongan yang amat besar dan terlalu jelas. Parti itu tetap dengan parti Cinanya dan ada sebuah negeri yang dikuasai oleh parti ini, tidak mempunyai seorang pun wakil Melayu di dalam Dewan Undangan Negeri nya yang mewakili partinya

Isu ini adalah isu berat kerana ia menjelaskan pada pandangan dan persepsi ramai yang melayu dan bangsa lain dalamnya hanyalah diperguna untuk menampal poster dan banting sahaja semasa pilihanraya sahaja. Melayu dikaburi dengan jumlah peruntukan lebih dari RM60 juta untuk majlis Agamanya. Sebuah negeri yang kaya tidak menjadi isu besar untuk memberikan peruntukan besar untuk agama Islam itu, waimma untuk memperuntukan RM100 juta sekali pun.

Yang mereka kehendaki ialah untuk memegang kuasa politik ditangan kaum nya sahaja. Mereka memahami sikap dan nilai orang melayu yang akan terpengaruh dengan peruntukan kewangan yang banyak itu sudah memadai untuk menyenangkan hati dan jiwa mereka. Pada pendapat parti itu, tidak seorang pun Melayu di negeri itu yang layak untuk duduk di dalam Dewan Undangan Negeri nya. Melayu di negeri itu semuanya dianggap bodoh dan tolol dan layak disuruh arah untuk menjadi penampal poster sahaja.

Maka tuduhan setengah pihak yang mengatakan orang Melayu akan terpinggir itu sudah mula menampakkan kebenarannya jika pembangkang dijadikan alternatif kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Oleh itu dengan persepsi ini, mana mungkin pihak ini dengan mudah boleh meminta orang melayu khususnya untuk bertindak dengan risiko yang amat tinggi bagi mereka itu? Melayu akan terus berfikir, ‘dari bangkong biarlah nangka’, maka terus mengambil sikap tidak mahu melakukan perubahan yang mereka anggap amat berisiko itu.

Orang melayu hampir terjerat dengan strategi parti ini. tetapi hikmahnya bukan tidak ada. Hikmahnya, tuduhan setengah pihak yang parti ini hanya bermain dengan retorik murahan itu sudah ternyata benar dan kali ini amat payah bagi mereka melanjutkan janji dan retorik mereka itu dalam pilihanraya yang akan datang.

Orang Melayu yang berduyun-duyun mengekori mereka dalam pilihanraya lalu tidak akan keluar lagi seperti yang mereka lakukan dalam PRU yang lalu, melainkan mereka berjaya mencari isu lain untuk mengelirukan orang melayu dalam pilihanraya yang akan datang.

Parti ini telah menjadikan PAS sebagai mangsanya. Isu nama Tuhan yang dimainkan oleh DAP dalam pilihanraya yang lalu menjadikan PAS terpaksa berkedudukan ‘defensive’ dan sehingga habis pilihanraya, isu ini tidak mampu ditangai oleh PAS kerana isu itu merupakan isu yang sangat sensitif terutama sekali diluar bandar.

Oleh itu PAS terpaksa memilih untuk mempercayai orang lain dari orang Islam untuk berurusan siasahnya atau pihak Islam yang lemah didalam UMNO  dan BN itu jika PAS masih bermimpi untuk meningkat syiar agama Islam itu.

Setengah pihak sudah ada yang berkata, lemah dan busuk mana pun UMNO itu, ia masih ada bau Melayu dan Islamnya. ‘Cincang air tidak akan putus’, atau ‘sebusuk-busuk daging jika di basuh boleh juga dimasak’.

Yang perlu 'daging yang terlalu busuk dalam UMNO itu wajar dibuang' agar ia berhenti dari membawa wabak penyakit rasuah, boros dan salah guna kuasa itu berterusan berlaku.

Kepimpinan kedua-dua pihak tidak meyakinkan. Teruskan berintrospeksi. Buat yang ada sekarang pilihan kita adalah diantara yang pekak dan yang bisu, atau diantara yang berkurap dan yang berpanau.

13 comments:

Anonymous said...

Penghalang kepada kemajuan politik kita ialah Najib dan barisan pimpinannya , Anwar, dan Lim Kit Siang. berhenti dia orang ni, baru selamat negara.

Anonymous said...

Setengah pihak sudah ada yang berkata, lemah dan busuk mana pun UMNO itu, ia masih ada bau Melayu dan Islamnya. Apa bau yang ada pada Melayu dan Islamnya UMNO itu?
a. Melayu gadai tanah rizab melayu
b. Melayu memanaskan sentimen kaum
c. Melayu yang mengamalkan rasuah
d. Melayu yang suka memfitnah dan memecahbelahkan melayu
e. Melayu yang tidak membela melayu yang bukan kroni
f. Melayu yang tidak telus tindakannya
g. Melayu yang bobrok pemikirannya
h. Melayu yang mementingkan hiburan
i. Melayu yang mempermainkan agama islam
j. Melayu yang menghina raja-raja melayu
Ada banyak lagi jika disenaraikan bau-bau gred A melayu UMNO ini, itukah yang hendak dijadikan jatidiri melayu dan boleh dibangga-banggakan? ABU.

suaramuhajirin said...

Pandangan tuan memang benar dan tepat. Apa yang sedang terjadi ialah PAS seperti kehilangan fokus. Ini yang dilihat umum. Mungkin seperti yang tuan katakan PAS menghadapi dilema. Dalam banyak isu melibatkan kepentingan agama tetapi terpaksa 'mengguris' hati DAP, Pas terpaksa bernada kendur. PAS tersepit. Secara umum kecurigaan orang Melayu Islam terhadap kemampuan Tuan Guru Haji Hadi dan Dato' Seri Anwar menangani karenah DAP sangatlah berasas. Umum melihat DAP lebih dominan di semua negeri yang dikuasai Pakatan kecuali Kedah. Memang benar, harapan untuk Pakatan membawa rakyat kepada gelombang kebangkitan bagi PRU 14, sudah tidak ada. Buatlah macamanapun, BN tidak akan tumbang lagi. Inilah keyakinan BN setakat ini sebab itu mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak, barang, tarif letrik, kadar tol dan lain-lain. Mereka sudah lihat Pakatan sudah tidak mampu menakutkan mereka lagi. Mengaumlah sekuat manapun, mereka tahu, pakatan tidak akan sampai mampu menukar kerajaan sampai bila-bila. Saya Lihat kegagalan Dato Seri Anwar menangani karenah DAP dan kegagalan menguruskan sebarang kekecohan di Selangor sebagai petanda lemahnya kepimpinan beliau sebagai pemimpin alternatif. Beliau dilihat lebih kurang serupa. Mereka yang ikut hiruk pikuk di sebelah Pakatan untuk berhimpun dan terus berhimpun hanyalah golongan yang masih terpana dengan karisma Dato' Seri Anwar - terutama orang muda. Demonstrasi bukanlah suatu yang realistik. Ianya mungkin perlu untuk mengekalkan momentum tapi tidak berupaya meledak secara praktis dalam dewan mengundi. Muhasabah sangat perlu dilakukan kerana jika sesuatu yang berani tidak dibuat sekarang, PAS tentulah akan mengambil keputusan yang lebih utama dalam siasah syar'iahnya. Tahaluf siyasi yang dilaksanakan PAS sekarang tertakluk pada situasi yang ada. Jika mudaratnya banyak terhadap Islam dan Melayu, tidak mustahil PAS akan bertindak terhadap Pakatan. Kita tunggulah apa yang akan berlaku. Tuan Guru Haji Hadi telah buktikan PAS berjaya melepasi beberapa ujian dalaman yang tidak kecil sepanjang beliau menerajui PAS. sama-sama kita lihat keupayaan sebenar beliau selepas ini terhadap Pakatan. mohon ampun maaf dari "PakLang" (suaramuhajirin313.blogspot.com)

Nordin Razak said...

Yang perlu dilakukan sekarang bukan untuk menukarkan UMNO sebagai pemerintah tetapi pemimpin-pemimpin UMNO yang korup dan bangang. UMNO masih lagi releven tetapi pemimpin nya yang tidak releven lagi. Mengapakh pemimpin yang tua bangka itu masih disimpan lagi?

Anonymous said...

Good write up AA. Negara kita ni agak nya has been cursed atas banyak kemungkaran yang berlaku dimasa lampau. Kerap kali pemimpin2 kita tak kira dari pemerintah atau pembakang mempersendakan atau memperalatkan agama Islam khususnya untuk kepentingan dunia. Ianya bermula dari era Alkutty yang menghalalkan rasuah and to a certain extent Anwar dengan retorik agama dimana akhirnya Allah menghukum beliau seaib2 nya. Selepas itu Allah menghantar Dollah dan Najib yang kita tahu
tidak ada kelas untuk jadi pemimpin. Bila kepimpinan tidak ada negara pasti hancur.

Anonymous said...

Selagi Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Cina Christian menguasai PR jangan haraplah PR nak menang. Saya yang meluat dengan pimpinan BN (read UMNO) sekarang ni dan mahu the leaders diubah lebih meluat dan benci dengan PR.

Jalan kat Selangor ni sana sini berlubang dan retak. Duit dari federal government bukan PR guna untuk baiki jalan. Dia simpan buat rezab... lepas tu tup tup naikkan gaji sendiri. Madam Speaker (a Christian preacher yang suka bertudung) dapat kenaikkan gaji 300%!!

Saya setuju dengan kenyataan saudara Aspan, kita sebagai rakyat Malaysia sekarang memang berdepan dengan pilihan yang teruk. Dua-dua pun tak boleh pakai! Semua kaki pembohong!

ahmadyaniDotCom said...

Pakatan Rakyat (PR) harus bermula sekarang untuk mentadbir 'negara bayangan' dalam PR. Bila ianya nampak diurus dengan baik baharulah semua rakyat Malaysia ada keyakinan mahu PR mentadbir negara sebenar.

Tidak boleh beri alasan, dapat negara baru dapat tadbir dengan baik. Sekarang ini isu-isu remeh seperti 'telatah nyanyuk peguam tua' pun dilihat tidak dapat diurus. Bagaimana rakyat mahu letak keyakinan supaya PR uruskan Malaysia?

Saya sokong untuk tidak menjatuhkan kerajaan secara paksa. PR masih tidak buat cukup banyak untuk meyakinkan rakyat.

Anonymous said...

... bro.. sapa lebih pembohong? PR ka UMNO? Kalau Anwar Ibrahim jadi PM patut le kena maki... tapi Bini Rosmah yg jadi PM!!! memang tu keturunan penipu... hasil judi genting dah jadi darah daging dia!!!
.... kalau terasa statement ni... nasib ler...

Anonymous said...

... ho ho ho... mai la kita panggil Jepun masuk balik... biaq kena penampaq sekoq-sekoq ... ha ha ha...
Melayu oooo Melayu... dari dulu kini dan selamanya... cukup susah nak berubah!!! Macam bole mati kebuluq kalau buat perubahan...

Anonymous said...

Salam Pak AA,

Inilah kelemahan yang nyata yang sering disebut ramai orang termasuk Pak AA sendiri. Menangani karenah BN yang membebankan Rakyat dan boros dalam negurus ekenomi negara satu hal, namun barangkali menangani karenah pimpinan PR satu hal yang lain.Persepsi (jika mahu ianya disebut persepsi) termasuk Pak AA sendiri yang boleh saya kategorikan sebagai "pemimpin" - sekurang2nya sbg pemimpin kecil yang menganggotai sebuah parti komponen PR.

Kelemahan ketara ialah apa yang disebut sebagai sindrom lemah prinsip perjuangan. Jika Pak AA menyebut telah berusaha dgn menjelajah seluruh negara berkempen sepanjang PRU13 tempoh hari sudah membulatkan maksud "perjuangan" Pak AA,maka maaf saya cakap ye Pak, itulah adalah perjuangan separuh masak. Perjungan bersifat perjuangan politik tiada jangka hayat-tiada tarikh luput. Bukan untuk pilihanraya dan bukan utk kemenangan mahupun mempertahankan kemenagan. Ianya bersifat membantu meningkat taraf hidup Rakyat, memperbaiki dan mengangkat martabat. Ia nampak seperti terlalu ideal, namun kita mahu menuju ke sana.

Maka kencenderungan utk masih memilih dan mengakui BN/Umno dgn sifat Melayu dan Islam kosmetiknya sbg "sekurang2nya" masih Melayu/Islam walaupun dengan senarai panjang apa yang telah mereka lakukan terhadap Rakyat (baca:kami) dan MENOLAK PR yang terdiri dari PAS/DAP/KeAdilan yang dakwa Pak AA sbg penuh tipu muslihat 'multiracial' pimpinan mereka atau dgn masalah moral (baca maksud dakwaan moral:tidakkah Pak AA melihat pelbagai sejarah panjang mana-mana mereka yang berlawan rejim memerintah yang membebankan Rakyat telah dihina,didakwa atau difitnah dengan pelbagai macam2 dakwaan)sbg sesuatu yang lebih baik? Itu belum Pak AA sendiri yang terpenjaran, dibelenggu fitnah dan pelbagai mcm fitnah lagi - apakah mungkin Pak AA mampu bertahan dgn prinsip perjuangan yang dilaungkan?

Ya. Karismatik DSAI memukau anak-anak muda masa kini. Mereka melihat beliau sbg pemimpin yg mampu menggantikan PM. Siapa pilihan hati Pak AA , saya tak tahu siapa. Tetapi dari senarai pemimpin parti yang dianggotai Pak AA sendiri juga Tg Guru Hadi Awang yang dilihat lemah dan 'defensive', lalu saya terfikir apakah Pak AA masih 'mencintai' UMNO dalam diam. Dan masih mengharap mana-mana pemimpin dlm UMNO selain Najib sbg PM masa depan utk Rakyat Malaysia slps PRU14 akan dtg?

Tiada yang mahu mengguling kerajaan yang memerintah melalui tunjuk perasaan di jalan raya wlupun itu adalah maksud demokrasi yang dipersetujui negara-negara Komanwel termasuk M'sia. Dan setelah berhempas-pulas Rakyat dan pimpinan PR serta BN mengharungi detik paling mecemaskan dalam PRU13 yang lalu, apakah Rakyat berpuas hati dgn prestasi kerajaan memerintah hari ini? Menulis di blog dan mana-mana media sosial malah medium ceramah2 mahupun forum2 oleh Rakyat dan pimpinan PR telah dibidas dengan cara paling rendah intelektual oleh pemimpin BN menjadikan pilihan turun di jalanraya dengan aman dan tenang merupakan usaha dlm sebuah perjuangan yang panjang ini. Jika Pak AA ada ideal lain selain menulis dan hanya mengkritik - mohon usahakan barang sepakara-dua. Rakyat penat. Rakyat letih. Kami letih ditipu, diperbodohkan taraf intelektual kami. Kami bosan dgn kehidupan bermewah, boros belanja oleh BN sedangkan dlm masa yng sama,kami-Rakyat- terbeban setiap kali bangun tidur. Namun, kami-saya-Rakyat lebih bosan dgn mana-mana pimpinan mahupun sesiapa sahaja yang duduk dibawah khemah yang sama,pihak yang sama spt Pak AA yang asyik menyalahkan dan mengkritik namun bila ditanya apakah yang telah dilakukan utk mengurangkan beban hidup kam-Rakyat-ini?Jawapannya-tepuk dada tanya lah diri sendiri.Sekurang2nya mereka dari pimpinan PR yang serba-serbi tak sempurna itu telah dan sedang buat apa yang mereka termampu instead of menunding jari dan memijak kaki sesama sendiri.

Mohon maaf jika terkasar bahasa.

Salam Pak AA

Moga ketemu lagi.

Anonymous said...

Since long ago, I doubted anwar's ability to garner support of the malays. What more he carries huge political baggages after being kicked out my mahathir. I am not fond of his political antics, and it has got nothing to do with fabricated charges. But the way he presents himself on political arena is weak. I never heard of him taking serious stance in any issue facing by malaysia, and his approaches seem to be desperate enough for power. Post 13th GE, I noticed that he was like other UMNO goons, a power monger who could not resist himself to it, and apparently he failed to convince people at large that the election was fixed. His statement only proved himself an impatient and further tarnishing his image and raising doubt about his ability to lead. For me, how can we trust someone who was said to be championing Islam chose to join UMNO in his early years? History tells us, political ambition is bigger than political struggle.

The country will not get better with the current leadership set up, be it in the current government or the opposition. They are both impotent or do not possess all the traits to bring the country forward. I trust some PAS leaders that they are sincere and honest, but they lack of administrative and managerial skills. Islam is bigger than Feqah, it encompasses everything in life, economics, laws, politics and whatnot. Sometimes I think, Scandinavian nations who probably never read Quran know better what is transparent, good governance, just and impartial, charity, compassion and well being of their peoples. These countries also are amongst the top ten on Corruption Perception Index and among the happiest countries in the world according to the survey. Forget about their free lifestyle, their governments are far off better than we are.

On political reality, the opposition must do something to garner support amongst the rural malays. We shall not forget that this country was built on racial premises with the blessing of the colonial power, and it stays that way until today. We don't have to cheat ourselves that we are getting integrated, and if we are honest for one second, look around us, it's actually getting polarized. There's no genuine trust amongst the malays, chinese and indians. Truth hurts but that is the reality. For some DAP hardcore, probably they would say, we are getting closer to our goal. As Pak Aspan said, they are extremely dominant in Penang and very influential in some other states, Selangor, Perak, Johor, to mention a few. For some malay political proponents would think it's not a good sign at all, and it's a kind of threat to the malay political survivability. The malays are the pillar of strength of the nation stability. If they were pushed to the wall, I have no doubt that some malay political extremists would play up racial sentiments that will eventually shake up the stability.

Therefore, the opposition leaders shall work harder to win the malays especially who live in kampungs. If the government changes, it's good for UMNO too to get rid off some of their rotten leaders, only then we will see some honest and sincere malay heroes rise, for they have nothing to lose.

my 2 cents worth

Anonymous said...

Pmimpin mlayu jd bangsat n kurap bila...gembiranya kita tanh ktm di singapura d ambil ...mengalah bila singapura berkeras pertahankan tambak johor tapi anak lee kuan yew gembira benar bila najib setuju projek bullet train kl-singapork......renung2lah wahai melayu muslim.....'tangan ghaib' manakah yg mncatur politik negara2 diprsisir selat melaka....selat terpenting ekonomi dunia. Beribu tahun dulu hingga kini......kita buat buta n tuli.

Anonymous said...

Sdr. AA dan rakan2 diluar sana.

Cuba renungkan tabiat sebahagian orang2 Melayu dari semua gulungan dulu dan sekarang bagaimana mereka "mencintai dan mengadai" tanah air Tanah Melayu mengikut kronologi sejarah dan tamadun orang Melayu.

Mungkin juga cuba padankan peristiwa2 yg dipaparkan dengan pelakun2 yang utama.

1. Tahun 1820 - Temasik/Singapura tergadai ketangan British- Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi = Pengadai Raja Melayu. (org Melayu masa itu tak belajar ilmu sains/teknologi tak ada Prof. kangkong

2. Tahun 1967 - Singapura terlepas dari cengkaman Malaysia ketangan orang Cina. Sedih orang Cina pendatang dapat negeri Melayu = pelakun2 utama cari dlm lipatan sejarah. Orang2 Melayu dah ramai belajar universiti dlm dan luar negeri dan ramai pangkat besar dan tinggi serta ramai prof. kangkong, jatidiri orang Melayu macam Si Tuah tidak spt. Si Jebat.

3. Tahun 2006, Pulau Batu Putih terlepas ketangan Singapura, Cina dapat tanah tambahan = Lipatan sejarah boleh menyenaraikian pelakun2 utama Melayu yang derhaka kpd. bangsanya.
Masa ini ramai Melayu yg. kaya jadi lebih kaya, ramai lagi belajar di Universiti2, jadi ahli politik dan ramai dapat gelaran2 dan Profesor kangkong.

4. Tahun 2011 tanah Tanjung Pagar d Singapura tergadai lagi ketangan Cina Singapura. Kepala keretapi KTM dipandu balek ke Malaysia oleh Sultan, macam Panglima Perang menyerah kalah dan balek negeri = Pelakun2 utama boleh cari. Orang2 Melayu bijak pandai/kayaraya/tamak/zalim/bodoh sombong sangat ramai tetapi tanah air tergadai.

Tahun 2013 dan tahun2 mendatang mungkin ada lagi tanah2 Melayu tergadai digadai oleh Melayu2 yang tamak dan zalim, lihat sahaja yang berlaku di Negeri Johor banyak hartatanah/tanah tegadai ketangan orang Cina Singapura.

Renungkan kelakuan setengah orang Melayu dulu dan sekarang, Masihkah bangsa Melayu AKAN kekal didunia? Jawapannya ada di akal/tangan/kesedaran dan kebijaksanaan orang Melayu SEKARANG.