25 October 2014

Ahli Parlimen tertidur itu adalah 'non-issue', yang lain pun tidur

Saya hanya hendak memberikan komen tentang isu Ahli Parlimen Batu Sapi Linda Tsen yang didapati tertidur dalam parlimen semasa Dewan itu bersidang awal minggu lepas. Beliau telah dibela oleh bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu (DAP), Hiew King Cheu,  yang kini telah berhijrah ke BN dan kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Luyang, Sabah.

Hiew berkata apabila mata itu tertutup ia tidak semestinya tidur kerana pangalaman beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen dahulu pun ada terjadi dimana matanya tertutup tetapi telinganya masih terbuka. Adegan ‘tidur’ Linda Tsen itu tersiar dalam U-Tube dan dilihat oleh ramai pengunjung internet.

Tetapi itu adalah perkara biasa kerana di dalam Dewan Parlimen itu sekarang ini, tidak seperti dahulu dalam mana Ahli-Ahli Parlimen tekun mengikuti perbahasan kerana semasa itu isu yang dibahaskan adalah isu-isu yang relevan dan menjadi tumpuan rakyat.

Isu pemimpin tidur ini sudah menjadi isu yang lumrah. Ia bukan sahaja berlaku kepada Ahli Parlimen, tetapi ia pernah berlaku kepada seorang Perdana Menteri yang berimejkan kaki tidur walaupun dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.

Malahan hampir kesemua Ahli Parlimen kita sedang nyenyak tidur. Jika mereka tidak tertidur masakan banyak isu yang tidak dapat diselesaikan dan berbagai-bagai undang-undang dan akta digubal dengan tidak berapa tepat dan betul dengan matlamatnya. Ahli-Ahli Parlimen kita selalu tidur dan tidak menumpukan perkara-perkara penting untuk dibahaskan di dalam Dewan Persidangan itu walaupun mata mereka luas terbuka.

Tidur tidak semestinya tertutup mata. Ramai yang tidak tertidur dan jaga kelopak mata mereka tetapi keputusan dan tindakan mereka seperti keputusan orang tidur sehinggakan tidak terasa bahana dan bahaya terhadap keputusan yang diambil oleh Dewan Parlimen itu.

Jika benar pun YB Linda Tsen tidur dalam Parlimen itu, mungkin itu ada perkara yang patut beliau lakukan kerana yang tidur dan yang jaga pun memberikan ‘consequence’ yang sama juga. Jika hasil di antara mereka yang jaga dan yang tidur itu sama sahaja maka lebih baik tidur dan merehatkan mata yang telah terlalu terbeban melihat banyak perkara yang tidak senonoh berlaku didalam kepimpinan negara mahu pun dari kepimpinan pembangkang.

Tertidur ini bukan sahaja berlaku dalam Parlimen. Dalam masjid semasa khatib membaca khutbah pun ramai yang tidur. Malahan ada beberapa guru-guru fekah agama (ustaz) menyindir jika sesiapa yang mempunyai masalah tidur, pergilah bersolat fardhu Jumaat dan semasa khutbah itu ramai yang tertidur dengan mudah, tidak ada masalah.

Saya berpendapat Linda Tsen batalkan sahaja niatnya untuk menyaman mereka yang memuatkan adegan beliau tertidur dalam Parlimen di U-Tube itu. Linda Tsen bukan keseorangan, ramai lagi yang tertidur dengan mata mereka terbuka dalam Dewan itu.

Dimana-mana pemimpin tidur nyenyak tanpa mengetahui apa yang mereka lakukan. Bagi mereka yang terjaga tetapi tidak tahu apa yang mereka lakukan itu, sama sahaja seperti orang tidur. Malahan semua pimpinan kerajaan sekarang ini semuanya tidur kerana tidak terasa apa yang sedang dirasakan oleh rakyat. Orang tidur sememangnya tidak nampak dan terdengar apa yang sedang berlaku kepada rakyat yang dipimpin mereka.

Perkara ini adalah ‘non-issue’ dan tidak perlu dijadikan isu politik. Sekarang ini kita sedang memperkayakan slogan 'Malaysia Boleh'. Berbohong boleh, menipu pun boleh dan tentulah tidur dalam Dewan itu lebih boleh lagi. Tidak ada hal...

Dalam tidur mereka pun boleh lagi mereka menggunakan kuasa untuk mendapatkan 'ill gotten wealth' dengan begitu banyak....semuanya mereka lakukan semasa tidur.

6 comments:

XUMNO said...

Benar apa yang sdra katakan. Bagaimana kuat sekali pun pihak pembangkang mengetengahkan isu2 rakyat dan negara, pemimpin dan ahli2 parliamen BN tidak akan melayan. Perangai MP2 BN ini samalah seperti mereka tidur nyenyak tidak mendengar dan merasa apa2 pun.Bahkan pemimpin2 dan ahli2 parliamen BN lagi teruk dari tidur; mata terbuka tetapi hati dan otak mereka nyenyak tidur.

Anonymous said...

Orang yang tidor pura pura tidak bolih dibangun.

maae said...

Masaalah besar bukan tertidur ! Maaf, isu nya TIDAK BOLEH DI TEGUR. Ia amat sinonim dengan etnik cina, terutama LGE, LKS dan orang-orang mereka. Terpijak ekor sedikit, mula lah hendak SAMAN ! Perlakuan di saksikan ribuan orang terus sahaja di nafikan. Bijak, bodoh atau angkuh ? Sebenar nya memang jenis HIPOKRIT !

Sebagai Wakil Rakyat Dun/ Parlimen dengan status yang di beri, perlukah melenting ? "U ulang, I saman !" , " U publish I saman !" , "U question, I saman!" . Habis nya, apa hak rakyat ?

Berbeza dengan individu-individu Umno, kematangan berpolitik menjadikan mereka tidak sesuka hati bertindak demi kawan atau lawan dan paling utama keterlibatan rakyat. Berpolitik tidak boleh melompat kecuali dalam keadaan sudah membahayakan Rakyat dan Negara !

Bukan kah berpolitik itu mesti bersikap adil ? Jika perangai seperti gangster layak kah di panggil demokrasi berpolitik ?

Bab tertidur terlalu subjektif. Mungkin sindrom sakit. Mungkin kepenatan. Mungkin tidak cukup tidur sebab bebanan kerja, keluarga, orang ramai dan berbagai-bagai berkaitan. Mungkin juga KAKI TIDUR ! Selalu nya orang politik memang sibuk.

Perbezaan cuma yang tua dan yang muda. Jika masih muda, malu lah tertidur dalam Parlimen. Orang muda sepatut agresif, aktif dan berprestij. Tambah dalam dunia politik. Karisma dan penampilan, gaya bercakap dan berbahas telah di tonjolkan dalam kempen-kempen pilihanraya sebelum nya. Kenapa sudah menang, tidur pula ? Lebih-lebih lagi tertidur dengan janji-janji manis di laungkan ! Tertidur lagi dengan manifesto yang bukan manifesto, konon nya.

Memang manusia ini angkuh dan sombong. Melantik diri menjadi 'hamba rakyat' alih-alih ingin menjadi Raja !

He..he.. "where got road" ..he..he "drop waterface" je...

Anonymous said...

Di negeri yg pembangkang tadbir (selangor,p.penang & kelantan) bn yg jadi pembangkangpun adakah hujah mereka diangkat dijadikan dasar atau diketrngahkan mana ada kerajaan yg memerintah mengunakan idologi pihak pembangkang carilh mana2 negra demkrasi di dunia klu ada.

Anonymous said...

Hujah saudra mmg sgt masuk akal logik..klu ttdurpon apalah brat sngat nk mengaku..rasanya rmai yg fham kesibukan orang politik mgapa tk boleh bertindak adil sekurang kurangnya untuk diri sendiri ahli politik juga manusia biasa tiada yg sampurna.

TAK SERIUS ISU RAKYAT said...

KALU DI ENGLAND... APA TINDAKAN RAKYAT ATAU PARTI ATAU PERSEPSI ORG RAMAI TERHADAP PEMIMPIN YG TERTIDUR..