01 October 2014

Azmin akan menghadapi cabaran besar

Anwar dengan penuh ‘politeness’ telah memberitahu kita secara halus yang beliau lah yang berkuasa di Selangor. Anwar telah mengumumkan yang beliau telah meminta atau mengarahkan Menteri Besar baru untuk membongkar semua ‘salah laku’ semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu.

Ada dua perkara pokok yang terlihat dengan kenyataan Anwar itu. Pertamanya beliau telah memberitahu kita rakyat biasa ini yang beliau sudah merasa ‘enlightened’ dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar kerana beliau boleh mengarahkan Azmin untuk melakukan sesuatu yang beliau kehendaki. Ini tidak dapat dirasanya semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu.

Maka nyata yang matlamat untuk meletakkan isteri beliau menjadi Menteri Besar itu adalah masalah kuasa, tidak kira secara ‘direct’ atau secara ‘indirect’. Anwar seolah-olah mahu memberitahu supaya Khalid serta siapa yang beliau maksudkan supaya berhati-hati dengan beliau kerana beliau sudah mempunyai kuasa atau pengaruh melalui Menteri Besar yang baru ini.

Kalau dia gagal untuk meletakkan isterinya sekarang beliau ada orang kuatnya menjadi Menteri Besar. Kata setengah orang, kalau tak dapat meletakkan isterinya, dapat orang kuatnya menjadi MB itu sudah memadai. ‘Tak dapat dagingnya, dapat kuahnya pun rasa daging juga’. Tentu Azmin merasakan masalah sedang mula menghampiri beliau walaupun baru beberapa hari sahaja menjadi pengganti Khalid Ibrahim.

Inilah sebenarnya kemahuan Anwar yang tidak dapat dipenuhi oleh Khalid dahulu. Anwar perlukan tempat untuk memberikan beliau perangsang dengan mempunyai tempat untuk menyara kemahuannya untuk berkuasa. Untuk itu beliau mahukan semua orang terutamanya dalam partinya untuk menyokong beliau tanpa berbelah bagi dengan menggunakan isu-isu yang diada-adakan untuk menurunkan Khalid Ibrahim. Selain dari menjadi pemimpin de facto PKR beliau mahu menjadi Menteri de facto di Selangor.

Lebuhraya Kidex, pengambil alihan projek air serta berbagai-bagai lagi yang beliau fikirkan boleh diterima dan dibeli oleh pemikiran ramai. Pengumumannya untuk mencungkil segala-gala perjanjian dengan semua pihak semasa pentadbiran Khalid itu merupakan isyarat kepada semua, ‘I am in control of Selangor , and you better watch out’. Beliau sedang menunjukan ototnya kepada kita semua.

Kita tidak tahu apa untungnya kepada beliau dengan menunjukan ototnya itu. Yang pastinya sekarang ini Pakatan Rakyat sedang di ambang kesusahan untuk menghadapi rakyat selepas ini. Beliau tidak lagi mendapat sokongan ramai semasa berada di Seberang Jaya tiga hari yang lepas kerana masalah penyokong PAS yang kecewa dengan tindakan Anwar selama ini.

Bagi setengah pihak, inilah caranya untuk memberikan perbezaan di antara beliau dengan Khalid Ibrahim. Khalid telah melakukan yang terbaik, lebih baik dari mana-mana MB atau Ketua Menteri di negeri-negeri yang lain. Untuk menambah-baik keadaan pentadbiran adalah susah untuk menandingi Khalid, maka untuk menunjukan kelebihan dari Khalid ialah dengan mencungkil dan tercari-cari kesalahan Khalid, 'ibarat orang mencari kutu'.

Selalunya badan yang mempunyai tanggungjawab untuk mencari kesalahan sesiapa yang berkuasa, seperti MACC dan badan penguat kuasa yang lain yang bercakap tentang isu ini, bukannya pemimpin politik. Ahli politik merupakan penggubal dasar dan perlaksaan dasar dan penguatkuasaan dasar-dasar itu adalah tanggungjawab pihak pelaksana dasar.

Seperti apa yang berlaku dalam isu pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi oleh berpuluh orang pegawai kastam negara sekarang ini adalah tugas pelaksana untuk mengumumkan apa-apa yang sedang berlaku. Kita boleh saksikan sekarang tidak ada pihak politikus untuk memberikan komen. Yang boleh mengolah keadaan dalam isu Kastam dan Eksais di Raja sekarang ini ialah pihak MACC sahaja dan ini menunjukan kematangan pimpinan pihak kerajaan yang jarang-jarang kita lihat berlaku.

Biar pihak MACC membuat apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pertuduhan pegawai Kastam itu. Begitu jugalah dengan isu Khalid Ibrahim. Biarkan pihak MACC mengendalikan kes Khalid Ibrahim jika ada kesnya. Anwar dan ahli politik yang lain tidak perlu membuat kenyataan kerana jika ahli-ahli politik yang membuat kenyataan, maka berbagai-bagai persepsi akan timbul dengan kenyataan mereka itu.

Saya tidak percaya ada kes terhadap Khalid, tetapi jika ada pun biarlah pihak penguatkuasa dan pihak pelaksana undang-undang untuk membuat kenyataan berhubung dengan isu yang dibangkitkan Anwar ini. Khalid sendiri meminta beliau disiasat dan Anwar boleh memulakan tindakan menyiasat ini.

Khalid pula dalam reaksinya telah memberitahu semua yang beliau pun mahu disiasat oleh mana-mana agensi termasuk MACC bagi membersihkan nama beliau dari tuduhan jahat pihak yang mahukan beliau digantikan dengan Wan Azizah. Tuduhan itu hanya tiba apabila sudah ada usaha untuk menggantikan beliau dan tercari-cari kesalahan yang di cipta oleh Anwar dan konconya semasa beliau (Khalid) menjadi Menteri Besar.

Khalid tentulah mahu namanya dibersihkan setelah dicemar oleh rakan dalam partinya sendiri yang akhirnya mendapat surat pemecatan yang pastinya dengan kehendak Anwar itu.

Samada Azmin mampu untuk menolak tekanan dari Anwar ini, sama-sama kita saksikan nanti. Jika semasa sebelum pilihanraya umum yang lalu Anwar telah memberikan amaran yang beliau akan mengambil tindakan kepada mana-mana agensi yang beliau mahu sebaik sahaja mendapat tempat di Putrajaya itu, menunjukan yang beliau mempunyai dendam kesumat yang tidak dapat disorokkan lagi.

Tetapi malang bagi beliau cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 itu tidak kesampaian dan telah menyalahkan semua pihak diatas kegagalan beliau dan PR untuk memperoleh mandat yang cukup untuk mentadbir Putrajaya. Hajatnya tidak kesampaian walaupun ada beberapa doanya telah termakbul oleh Allah s.w.t..

Azmin sudah pasti berhadapan dengan dilemma yang besar, iaitu untuk akur kepada Anwar atau akur kepada keperluan moral dan politik rakyat Selangor. Apabila Anwar dengan yakinnya memberikan kata dua kepada Khalid itu, ia bermakna yang beliau seolah telah mendapat kuasa melalui Azmin dan akan bertindak terhadap mereka yang beliau sudah membencinya itu.

Jika Azmin lemah dalam menghadapi kerenah Anwar ini, maka tidak dapat dipersalahkan sesiapa dihari muka jika Azmin terpaksa memikul beban Anwar lagi. Di mana-mana rakyat sedang memikul bebanan yang dicetuskan oleh Anwar kerana matlamat beliau bukannya untuk memperbaiki keadaan negara dan negeri tetapi sebaliknya untuk menunjukan yang beliau mempunyai otot yang besar dan boleh memulas sesiapa sahaja yang beliau mahukan.

Tetapi buat masa ini orang ramai masih menaruh harapan terhadap Azmin. Jika sebaliknya berlaku, itu bukan salah siapa lagi, tetapi semua kesalahan itu adalah kesalahan Azmin kerana rela memikul beban pimpinan yang bermasalah dalam PKR itu.

Bagi rakyat biasa yang menumpang berteduh di Selangor ini, kita hanya mampu untuk berdoa agar Azmin akan terbuka hatinya untuk bersifat luhur dan mengurangkan tindakan bermusuhan dengan mana-mana pihak. Mencari musuh itu, kata orang, hanya mengecilkan padang kita sendiri.

Bersifat adil dan saksama itu sepatutnya menjadi matlamat kepimpinannya. Nelson Mandela tidak pernah memenjarakan lawan dan musuh beliau yang telah memenjarakan beliau hampir tiga dekad oleh kerajaan Arpatheid Afrika Selatan dahulu.

Kita berharap Azmin mempunyai jiwa besar dan akan menyatukan semua pihak seperti Mandela lakukan. Semakin berumur kita sepatutnya kita akan menambah kekayaan jiwa kita. Jangan terikut-ikut dengan pemimpin atau sesiapa yang melayani nafsu amarah mereka yang sentiasa meletakkan seseorang itu berada di dalam kefakiran jiwa.

Mencari ‘reconciliation point’ di antara kehendak pemikiran dan hati itu merupakan perjuangan besar bagi Azmin Ali. Itulah dia yang dinamakan pengorbanan, jangan setakat sedap bercakap sahaja.

Azmin perlu mengimbangi amal dan ibadahnya dan sentiasa merujuk kepada mereka yang berjiwa kaya dan elakkan dari menerima rujukan dari mereka yang terlalu ‘obsessed’ bisikan khatir yang sentiasa mahu melihat kita berpecah di antara kita.

Pemimpin yang lemah selalunya akan berjaya menguasai kita jika mereka lihat di antara kita berpecah belah. Jika keadaan aman, pimpinan yang buas nafsu untuk berkuasa semata-mata untuk kuasa itu tidak akan ke mana-mana.

13 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kedudukan Anwar sama sepeti Mahathir..berpengaruh tanpa kuasa.

Anwar pun akan berang dengan Azmin seperti Mahathir kecewa dengan Najib.

maae said...

Tepat sekali Sdr AA. Kewarasan berfikir boleh melenyapkan kebencian, menjadi rasional dan berkemampuan membuat keputusan TANPA di pengaruhi setelah segala maklumat terperinci di bahas dan di kaji. Ia mesti bersifat majoriti yang bukan dalam paksaan.

Cuma sedikit nasihat dari rakyat biasa untuk Azmin. Kita tahu beliau dalam dilemma juga. De facto. Jika beliau bertindak sebagaimana beliau menyayangi Ibu nya kini, maka beliau juga dekat kepada Yang Esa. Jika beliau memilih keseimbangan politik beliau, ini lah masa membuka tingkap2 dan pintu utama rumah. Ini lah masa membasuh dan membersih rumah, supaya ibadat dan amalan di terima Allah SWT dari harta yang halal.

Islam melarang kita tunduk(taksub) kepada manusia. Maka perkara pokok nya ialah NIAT yang suci bersih. Demi Islam. Demi Melayu Bangsa ku, Demi Rakyat Selangor dan beramanah kepada Ikrar dan Sumpah yang bersaksikan Allah(Al Quran dan sebutan )untuk menjaga Selangor dan Negara Malaysia tercinta.

Semua nya di pertanggung-jawabkan.

Anonymous said...

Jika ini berterusan pkr akan tumbang di selangor dalam pru14 nanti.
Sebenarnya rakyat dah meluat dwngan anwar ibrahim.

Anonymous said...

Mahathir dan Anwar perosak negara. Buktinya isu mengurangkan kuasa raja2 melayu 1983 dulu. Kerja dua ekor nilah.

Anonymous said...

Apa masalah sebenar yang menyebabkan DSAI begitu geram sangat dengan TSKI. Kawan itu telah selamat meletakkan jawatan MB dan telah ada pengganti itu pun daripada PKR ( bukan PAS atau DAP), apa lagi yang DSAI mahu daripada TSKI, kan kita sesama Islam dan bangsa Melayu. Yang sudah tu sudahlah. Tutup akaun.

Diharap MB baru ini buat kerja untuk rakyat dan bukan menyusahkan rakyat. Tingkatkan semangat PENGORBANAN bersempena Hari Raya Korban dan bukan MENGORBANkan orang lain.

Tuduhan yang ada dalam fail peribadi DSAI itu serahkan kepada SPRM/POLIS atau mana-mana agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk menyiasat sampai ke lubang cacing.

MB baru buat kerja untuk kepentingan rakyat dan yang paling utama memesrakan semula PKR, PAS dan DAP jika ingin melihat PR adalah bakal pengganti kepada BN.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Apa masalah sebenar yang menyebabkan DSAI begitu geram sangat dengan TSKI. Kawan itu telah selamat meletakkan jawatan MB dan telah ada pengganti itu pun daripada PKR ( bukan PAS atau DAP), apa lagi yang DSAI mahu daripada TSKI, kan kita sesama Islam dan bangsa Melayu. Yang sudah tu sudahlah. Tutup akaun.

Diharap MB baru ini buat kerja untuk rakyat dan bukan menyusahkan rakyat. Tingkatkan semangat PENGORBANAN bersempena Hari Raya Korban dan bukan MENGORBANkan orang lain.

Tuduhan yang ada dalam fail peribadi DSAI itu serahkan kepada SPRM/POLIS atau mana-mana agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk menyiasat sampai ke lubang cacing.

MB baru buat kerja untuk kepentingan rakyat dan yang paling utama memesrakan semula PKR, PAS dan DAP jika ingin melihat PR adalah bakal pengganti kepada BN.

Sekian, terima kasih.

mat ketum said...

Ini salah PAS, Anwar dan Mahathir adalah maksum tidak mungkin buat salah

Anonymous said...

Itu semua salah PAS....Anwar dan Sifu Mamak kutty adalah maksum

Anonymous said...

Best tuan AA tulis ni.

Apa yg saya lihat dan dengar, orang makin menyampah tengok ketum dan bini.
Yg dia duduk sibuk kat bumi selangor ni ape ka jadah nya.? Takde locus standi, title de facto leader pun tah apa makna nya. Jgn lah nk tunjuk kuasa. Jgn lah nak jadi de facto MB selangor pulak. Kami warga selangor tak izin. Dan Jgn lupa kita ada Sultan tau.

Anonymous said...

Salam Pak aspan,

Apa bezanya dengan PM kita sekarang,pertukaran MB Terengganu pun ditentukan oleh PM.
Bagi saya tak salah kalau azmin kena ikut arahan DSAI.Sebagai ketua mesti lah anak2 buah ikut cakap ketua.

Anonymous said...

Tugas MB adalah kepada Sultan Selangor dan rakyat Selangor.

Tugas MB bukan kepada Anuar.

Anonymous said...

Tugas MB adalah kepada Sultan Selangor dan rakyat Selangor.

Tugas MB bukan kepada Anuar.

Anuar bin Safian said...

Tugas mb atau km untuk memenuhi manifesto... Mb dan km juga perlu mematuhi arahan ketua mereka presiden parti.., tiada masalah itu.. Samada bn atau pr. Adakah mb atau km dari parti bn menjadi balachi kpd najib? Kenapa isu balachi timbul jika melibatkan pembangkang? Sebahagian besar statement anda tak jujur dan lebih prasangka aspan.. Maaf... Biar berikan hujah dgn jelas tanpa membuat andaian sprt balachilah,.. Nak sapu duit rezab dsbnya...