Isu dan keraguan ramai terhadap
1MDB ini sudah kita dengar bertahun dahulu, malahan ramai juga yang memberitahu
saya yang kita tidak perlu susah-susah membongkar ketidak-jujuran kerajaan kita
dalam isu ini. Mereka berpendapat ia akan terbongkar sendiri. Kata mereka, jika
kita melakukan kemungkaran, walaupun dalam batu yang pejal sekali pun, batu itu
akan akhirnya pecah dan akan menampakkan segala-galanya tanpa bersusah payah
untuk memecahkan batu-batu pejal itu. Perbuatan mungkar tetap akan diketahui
umum juga akhirnya.
Sekarang nyata nasihat
rakan-rakan saya itu mula menampakkan kebenarannya kerana ia sekarang sudah
mula terbongkar sedikit demi sedikit dan saya percaya ia akan terlambak tanpa
dapat dihalang lagi. Malahan isu 1MDB ini merupakan isu yang menjadi ‘immediate
cause’ untuk kejatuhan pimpinan yang tidak mempunyai moral lagi untuk memimpin
kita. Setengah orang penyebab kematian mereka ialah kerana serangan jantung,
setengahnya kerana serangan asma dan ramai kerana penyakit kencing manis yang
serius.
Mungkin yang bertambah jelas
sekarang, 1MDB akan menyebabkan kejatuhan pimpinan yang terlalu banyak persoalan
dan keraguan terhadap mereka. Tidak ada apa-apa lagi yang pimpinan sekarang
untuk mencari benteng pertahanan terhadap isu yang dibangkitkan terhadap
mereka. Laporan Polis yang dibuat oleh pemimpin UMNO, Khairudin, Timbalan Ketua
UMNO Bahagian Batu Kawan, P Pinang dua hari lepas membuktikan yang isu 1MDB ini
sudah membarah dan isu ini merupakan penyakit terminal bagi ‘set’ kepimpinan
UMNO sekarang ini.
Seorang Ahli Parlimen Malaysia
berkata, “Najib sedang diambang kejatuhan dan tidak siapa yang akan
mempertahankan beliau lagi kerana mempertahankannya merupakan beban yang
teramat berat bagi kita”. Beliau menambah yang sesiapa yang menyokong dan mempertahankan
Najib dalam isu ini akan juga bersama-sama rebah dan tidak akan ada sesiapa
yang akan mengambil pusing terhadap mereka lagi.
Sesiapa yang serius untuk
memperbetulkan keadaan negara mempertahankan Najib merupakan agen penggagal
terhadap usaha penambah-baikan negara. Setengah pihak mahu melihat segala usaha
penambah-baikan negara itu gagal kerana mereka mendapat kepentingan yang besar
jika keadaan itu terus berlaku.
Mereka berseronok dan tidak
mungkin mereka mendapat apa-apa keuntungan jika negara dibaik-pulih keadaannya.
Penambah-baikan dan pepulihan negara itu bermakna mereka terpaksa keluar dan
berundur dan akan hilang segala nikmat yang mereka perolehi semasa negara
sedang dalam keadaan buruk seperti sekarang ini.
Jika negara ditadbir dengan baik
masakan khazanah negara akan merelakan pelaburan terhadap wang rakyat itu
dibuat di Caymen Island , misalnya, dan masakan wang
sebanyak itu boleh dibelanjakan tanpa pulangan yang baik diperolehi. Masakan
negara terpaksa membayar faedah yang begitu tinggi jika negara ditadbir dengan
betul dan jujur.
Mereka bukan tidak tahu yang 1MDB
itu membuat pelaburan yang tidak baik di Cayman Island itu, tetapi oleh kerana
ada pihak yang mendapat laba yang besar dengan menggunakan pelaburan yang bodoh
itu, maka ia dilakukan juga walaupun mereka tahu yang perbuatan mereka itu
pasti akan merugikan negara kita. Mereka merupakan penjenayah putih yang tidak
ada tolok bandingnya dan tidak mempunyai ‘conscience’ walau pun sedikit di
dalam jiwa mereka dan mereka berlindung di sebalik kuasa yang mereka pegang
hasil dari amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memegang kuasa itu.
Pimpinan kita tidak boleh
dipercayai lagi walaupun begitu giat usaha untuk mengembalikan keyakinan ramai.
Rakyat tahu niat dan tujuan mereka membuat pelaburan ditempat yang sangat
meragukan itu dan tidak ramai selain dari mereka yang curang terhadap negara
mereka sahaja yang mahu melalui risiko pelaburan yang besar di Cayman Island
itu.
Walaupun masing-masing bercakap
seolah tanpa was-was tentang Tuhan, tetapi jelas mereka tidak percaya dan
menyakini, Law of Nature, yang merupakan perkara yang hakiki dan nyata
kebenarannya.
Namun perkara ini terpulang
kepada individu-individu untuk menerima atau menolak isu ini, kerana tiada
siapa yang memaksa sesiapa untuk mempercayainya.
2 comments:
Terpulang????
Pak aspan, belum ada lagi dalam sejarah, orang bangkit dari kematian dan hidup semula untuk menceritakan detik dihakimi dosa dan pahla.oleh itu alam kematian sangat kabur dan sementara masih hidup biarlah kesenangan kemewahan kekuasaan dikecapi secara 100%."hidup hanya sekali" dan itulah ayat yang sering kita dengar dan ironinya mungkin menjadi pedoman kepada sesiapa saja yang hidup didunia ini samaada untuk berbuat baik atau berbuat jahat.
Post a Comment