29 July 2015

Pemecatan TPM: Perhimpunan Agung Khas UMNO dan BN perlu diadakan

Mesyuarat Majlis Tertinggi yang sepatutnya diadakan pada hari Jumaat ini telah dibatalkan. Begitu juga perjumpaan tertutup diantara Presiden parti dan pimpinan Bahagian yang juga sepatutnya diadakan di Dewan Tun Hussein Onn pada hari yang sama dibatalkan. Setiausaha Agung UMNO T Adnan Mansor tidak pula memberitahu apakah sebabnya perjumpaan-perjumpaan itu dibatalkan.

Pembatalan itu dikatakan kena-mengena dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dua hari lepas. Apa kaitan dengan pemecatan itu sama-sama kita buat persepsi masing-masing.

Tetapi seperkara yang wajar difahami, yang dipecat itu adalah pemimpin nombor dua negara dan mesyuarat itu tidak sepatutnya dibatalkan. Malahan Najib sepatutnya memanggil perhimpunan Agung khas UMNO kerana yang terlibat itu adalah pemimpin besar dalam parti dan kerajaan. Moralnya perhimpunan Agong khas parti wajar dipanggil serta merta bagi mendapatkan pandangan perwakilan dari seluruh negara.

Lebih dari itu Najib sebagai pengerusi BN sepatutnya memanggil mesyuarat majlis tertinggi BN kerana ia melibatkan Timbalan Pengerusi kepada BN. Najib tidak boleh memecat seperti membunuh nyamuk sahaja. Yang beliau pecat itu adalah Timbalan Perdana Menteri bukannya timbalan pengerusi JKKK.

Jika Najib benar-benar bermoral manusianya, kedua-dua perhimpunan Agung Khas UMNO serta perhimpunan Majlis BN wajar diadakan kerana itu sahaja caranya bagi Najib mendapat sokongan secara legitimasi dari pimpinan BN dan perhimpunan agung UMNO.

Perlantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri itu adalah dengan 'endorsement' BN, maka adalah salah moralnya jika BN dan perwakilan UMNO tidak diberitahu secara resmi tentang pemecatan yang beliau lakukan terhadap timbalannya. Jika semasa perlantikan Muhyiddin sebagai timbalannya dahulu di restui oleh perhimpunan UMNO dan BN maka pemecatan beliau itu perlu dirujuk kembali kepada perhimpunan khas UMNO dan BN juga.

Jika semasa meminang anak dara orang untuk dinikahi maka jika sampai waktu bercerai Najib perlu kembalikan isteri yang hendak diceraikan itu kepada ibu bapanya. Najib tidak boleh mencapakkan begitu sahaja timbalannya itu apabila sudah tidak diperlukannya lagi. Itu Melayu tidak beradab dan beradat namanya.Bukankah Melayu itu hidup mereka dikandung adat? Agama dijunjung adat dikendung, kata orang-orang yang beradat hidupnya.

Najib wajar memberitahu dengan berani bahawa beliau memecat Timbalanya itu diatas dasar dan sebab yang kukuh. Ahli-ahli UMNO serta BN wajar diberitahu melalui perjumpaan dan perhimpunan khas dan beliau tidak boleh hanya pandai memecat tetapi tidak tahu dan tidak berani untuk mengendalikan tindakan beliau memecat Timbalannya itu.

Lebih dari itu Najib perlu mendapatkan sokongan dari perhimpunan agung khas tentang perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti kepada Muhyiddin itu. Jika Najib tidak berani memanggil perhimpunan agung khas UMNO dan perhimpunan Barisan Nasional, persepsi umum yang pemecatan yang dilakukan oleh Najib itu adalah di dasarkan kepada kepentingan peribadi beliau sahaja dan bukannya diatas kepentingan partinya. Persepsi ramai yang beliau memecat Muhyiddin dan melantik Zahid Hamidi itu adalah semata-mata untuk melindungi beliau dari 'consequence' isu 1MDB semata-mata.

Ahli-ahli UMNO dan BN wajar mendesak Najib untuk memanggil perhimpunan agung khas itu kerana itu adalah tindakan yang sewajarnya dilakukan setelah melakukan pemecatan terhadap pemimpin nombor dua negara itu.

Kelalaian Najib dalam isu ini akan menguatkan persepsi ramai yang beliau seorang pemimpin yang tidak tahu adat dan adab dan hanya pandai mendapatkan dan seterusnya mengekalkan kuasa tanpa moral yang tinggi.

Isu ini isu besar. Najib perlu didesak dan mengambil isu ini sebagai isu besar kerana ia merupakan elemen penting dalam demokrasi, iaitu memperkayakan budaya dan semangat demokrasi itu.

Jika tidak dilakukan ini, Najib akan berhadapan dengan cemuhan dan interpretasi masing-masing dari rakyat jelata. Najib perlu bertanggungjawab diatas pemecatan timbalannya ini. Jika tidak betul kendaliannya, Najib tidak mustahil tersungkur dihadapan mata rakyat jelata yang semakin jemu dengan tindakan-tindakan pengecut beliau itu.

11 comments:

sudir said...


Tak berani Najib panggil perhimpunan agong khas tu bang. Nahaslah dia..

Mns said...

Mat Hassan pun dah berkata kata, Najib dalam bahaya. Jika Najib letak jawatan, UMNO akan berjaya dan terus berjaya. Ya ALLAH tunjukkan lah kebenaran.

awang batu burok said...

Semua Allah SWT melindungi rakyat dan negara tercinta dari kehancuran yang semakin hampir...
aminn.....

Anonymous said...

Pilih tarzan jdi pemimpin..xsalah la kalau ambik buang berok 'cheetah' sesuka hati dia....

ayam janta said...

Pertembungan diantara dua kejadian. Satu orang utan satu lagi beruang...sama aje pak Aspan.

Mana depa paham apa yg pak Aspan cakap. Depa tahu mengopek dan membaham harta benda orang sahaja.

bob yo said...


Ya.. perhimpunan penyamun dan penyangak...panggillah..

H A Hamid said...


Pak AA,

Tak kira Muhyiddin atau Najib atau sesiapa dalam Umno itu, parti itu sudah rosak. Parti itu dikuasai oleh pembelot perjuangan org melayu. Semua mereka itu pembohong belaka. Parti ini beransur ansur menjadi kotor sejak Mahathir lagi. Hanya skrg ia menjadi lebih teruk sahaja.

Saya sejak Mahthir menjadi president hanya tiga tahun sahaja sya bergiat. Selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak menyokong parti itu sampai skrg.

Mereka semua tu gampang belaka.

Anonymous said...


Tuan AA, kenapa Tun Mahathir diam saja ah? Dia demam kah? Atau dia dah pekak atau bisu??? Kenapa diam tak terus bersihkan taik peninggalannya?

mad said...

mungkin begitulah caranya org bugis memecat timbalannya. adat org melayu dgn adat org bugis tidak sama tuan aspan.

Anonymous said...

Keturunan lanun bugis ni memang tak berte...r kerana pengecut guna kuasa tanpa peri kemanusiaan dengan memecat orang nombor dua tanpa asas sedangkan TPM tu dilantik olih ahli2 umno bukan dilantik olih lanun bugis .UMNO memang nazak dan lagi cepat bungkus jika dibiarkan lanun ni berkuasa.Yang patut dipecat lanun itu kerana mencuri duit rakyat tetapi yang berkata benar itu adalah penjenayah.Memang biadab dan tidak berbudi bahasakerana tidak menghormati ahli2 UMNO yang memperjuangkan mantan TPM untuk jawatan nombor dua tersebut .
Walau bagaimanapun kita sebagai rakyat memang beri kehormatan yang cukup tinggi kepada mantan TPM kerana bolih menerima ujian yang bagitu besar dan kurang hajar .Rakyat tahu siapa yang beban kepada negara jadi sama2 kita doakan supaya Allah beri petunjuk untuk selamatkan negara
Petang tadi saya naik teksi dari Damai komplek dijalan ipoh ke Sogo KL yang dipandu olih orang melayu macam bekas tentera berumur lima puluhan cakap cukup bersopan tetapi menyumpah kepada kerajaan yang tidak bertanggung jawab kerana katanya anak2 melayu dengan ijazah merempat tanpa kerja termasuk benarkan pendatang bekerja disini sedangkan pemimpin berebut harta dan kuasa. Kali ini katanya UMNO akan hancur mohon Allah panjangkan umurnya untuk sampai kePRU 14 .Sebelum turun dia bersalam dengan saya dan memuji mantan TPM atas kesabarannya tetapi bila nak turun dia macam tak nak lepaskan saya tetapi masa dalam teksi tu saya apikan dengan 1MDB dll dengan kata akhir saya mantan TPM tu adalah anah Ustaz masih ingat Allah tak seperti lanun bugis dikelilingi hantu ALtantuya dipenuhi ketakutan apabila nampak manusia...

Anonymous said...

Power abuse