25 June 2016

Benarlah kata perbilangan, 'the good is for the good, the bad is for the bad'


Pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir serta penggantungan keahlian Shafie Apdal dari UMNO merupakan satu tindakan yang tidak mengejutkan oleh sesebuah parti yang mempunyai kepimpinan yang ‘fakir’ kepimpinannya. Tindakan ini sudah pastinya membawa padah yang tidak baik kepada parti pemerintah itu. Kita tidak menyalahkan UMNO dengan pemecatan bekas Timbalan Presiden serta Bekas Menteri Besar Kedah itu kerana itulah cara kepimpinan yang bobrok mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak berserta dengan perlakuan buruk kepimpinan parti pemerintah itu.

UMNO yang begitu baik partinya sudah tidak lagi mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah dan parti itu akan sukar untuk mendapatkn penghormatan dari rakyat kerana parti itu kini sedang di tunjangi oleh pemimpin yang tidak ‘semenggah’ dan telah ,melakukan perkara dan tindakan yang begitu memburukkan negara dalam erti kata yang sebenarnya. Pemimpin yang bobrok seperti sekarang inilah yang akan menjadikan parti yang begitu disegani suatu ketika dahulu sebagai parti ‘haprak’ dan tidak mampu untuk mengendalikan perbezaan pendapat dan pandangan dalam hal mentadbir negara ini.

PM Najib yang sedang menghadapi berbagai-bagai masalah dalam banyak isu kepimpinan dan moral kepimpinannya telah menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dan beliau tidak akan menjadi pemimpin yang disegani lagi oleh pimpinan negara-negara didunia ini terutamanya kepada kepimpinan negara yang maju.

Seluruh dunia memandang Najib sebagai pemimpin yang tidak mempunyai moral untuk memimpin sebuah negara demokrasi kerana beliau tidak berdaya untuk menerima budaya demokrasi itu. Dr Mahathir dan ramai lagi pemimpin tidak sehaluan dengan Najib kerana Najib tidak mengindahkan moral dalam kepimpinan beliau. Isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan amat menyakitkan ramai rakyat dan sekarang beliau hanya boleh melakukan tindakan-tindakan yang diluar budaya demokrasi yang tulin.

Najib dan kroninya menyalahkan pembangkang dan semua yang tidak bersetuju dengan beliau dalam hal perpecahan dikalangan rakyat yang sangat serius ini. ‘There must be a cause for a cause’ kata setengah orang bijak pandai. Najiblah yang melakukan perpecahan ini kerana dibawah kepimpinannya terlalu banyak perkara dan insiden-insiden yang terlalu buruk yang tidak boleh diterima oleh rakyat ramai.

UMNO tidak mampu lagi menonjolkan kepimpinan yang baik dan bermoral untuk negara dan parti yang begitu besar  jasanya kepada negara telah dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral yang menyebabkan UMNO itu sudah tidak dihormati lagi oleh rakyat. Kalau ada pun sokongannya, sokongan itu datangnya dari mereka yang takut dan telah menjadi alat kepada budaya buruk untuk negara itu.

Seluruh dunia sedang memerhatikan kepimpinan Najib dan seluruh media didunia ini tidak memberikan penghormatan kepada Najib lagi. Seluruh dunia memandang Najib dengan begitu jengkel, hanya media dan sisa-sisa kuasa yang ada kepada parti itu yang masih boleh menjadikan parti itu terus berkuasa sekarang ini.

Media antarabangsa tidak dapat melarikan pandangan mereka terhadap pesepsi buruk Najib ini dan wajahnya tersebar didalam media antarabangsa seperti penjenayah dan ini amat memalukan rakyat yang begitu insaf dengan keperluan seorang PM yang berimej bersih untuk memberikan kepimpinan kepada negara kita ini.

Najib boleh memecat sesiapa sahaja tetapi beliau tidak akan berjaya memperbaiki imej beliau sebagai pemimpin yang baik dan jujur lagi. Beliau sudah masuk kategori pemimpin dictator yang tidak boleh bercakap yang benar dan berbeza dengan kehendak beliau. Beliau mahu semua pihak menyokong tindakan kotor beliau dalam isu 1MDB misalnya dan beliau mahu semua pihak memberikan sokongan kepada semua tindakan aib beliau yang lain-lainnya.

Najib mahu semua orang percaya kepada pembohongan beliau yang beliau lakukan walaupun berbohong didalam Parlimen sekali pun. Beliau mahu semua rakyat memberikan sokongan kepada beliau untuk menjahanamkan negara kita ini sampai sudah tidak dapat dikenali lagi. Beliau mahu rakyat menyokong beliau walaupun dibawah kepimpinan beliau semua agensi yang kaya dan mempunyai kewangan yang banyak sudah hampir ketandusan. Sebut sahaja agensi-agensi itu: KWSP, KWAP, Tabung Haji, Felda dan banyak yang lain seperti pemegang amanah raya dan sebagainya. Semuanya terlibat dengan ketirisan yang begitu ketara. Sebut sahaja mana-mana agensi, semuanya dalam keadaan yang amat menakutkan rakyat.

Sesungguhnya rakyat sudah terlalu jemu dengan ‘poorly bred leaders’ yang kini menguasai kerajaan dan kuasa. Kesemua pemimpin yang menguasai kerajaan hari ini tergulung kedalam gulungan yang saya sebutkan ini, Itu sebabnya mereka bermati-matian mempertahankan kepimpinan Najib walaupun beliau nyata tidak mempunyai moral lagi untuk memimpin negara.

Maka benarlah kata perbilangan, ‘the good is for the good and the bad is for the bad’. Kalau tidak masakan kita mendapat kepimpinan seperti yang kita ada pada hari ini.

5 comments:

dt rahman pekan said...

kalau ds zahid cintakan Negara ,dia harus bertindak segara.

saya amat yakin bahawa dia sedar n mengetahui mengenai kemungkaran yg sedang berlaku sekarang.

polis n SB d bawah kem. beliau.

Anonymous said...

Mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya terhadap mereka. Mungkinkah sumpah laknat yang di buat Najib sudah dan sedang berlaku keatas diri nya dan kemuncaknya bakal tiba.....pada kita kebetulan tapi pada Allah tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Syabas orang2 yang menegakkan kebenaran! Teruskan berjuang! #UMNO Pagoh

SalamHamKa said...

Surat Terbuka buat YAB Timbalan Perdana Menteri.
Assalamualaikum YAB, juga salam Ramadhan Al Mubarak.

YAB Saudara Zahid. Saudara buat masa ini ada lah orang no 2 dalam hiraki kepimpinan Negara tercinta ini, lebih2 lagi apa bila YB saudara Muhyiddin di pecat dari UMNO, parti yang dikatakan Parti Keramat orang Melayu.

Saudara YAB juga adalah Menteri yang bertanggung jawab terhadap Keselamatan Dalam Negeri, yang membawa maksud mempunyai kuasa keatas keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dan yang ke3 Saudara YAB juga adalah dari kalangan insan yang dikelasifikasikan sebagai saorang "interlectual" bukan sahaja Akademiknya tapi juga Agamanya.

Maafkan saya kalau apa yang akan saya perkatakan selanjutnya diluar adab kesopanan seorang Melayu.

Sebagai saorang Pemimpin yang dipilih dan diangkat olih Rakyat ketempat dimana Saudara YAB berada sekarang, berarti Saudara YAB di berikan SATU AMANAH yang amat besar dan berat.
Soalanya, sudahkan Saudara YAB menunaikan tanggungjawab amanah itu atau pun secara sedar ataupun tidak Saudara YAB telah dan sedang mengkhianati amanah itu.

Saya rasa pengalaman lalu yang pernah Saudara YAB lalui, banyak memberi pengajaran dalam hidup Saudara YAB. Dan saya kira tentu Saudara tak mahu lagi kepahitan pengalaman itu berulang kembali.

Mustahil Saudara tidak melihat apa yang sedang berlaku didepan mata Saudara,
Keruntuhan sebuah Tamadun Bangsa yang dibina selama lebih 6 dekad kini menghadapi keruntuhan. Keruntuhan ini akan membawa kesan yang amat parah terhadap Bangsa Malaysia khususnya MELAYU.

Lihatlah di sekeliling Saudara kemana hanyutnya Bangsa Melayu sejak akhir2 ini, dimana tersadainya Bangsa Melayu dalam perlumbaan mencari kehidupan, Jangan Saudara mendengar seconhand info, tapi dekatilah Bangsa Melayu secara tanpa protokol, sesekali jadilah OMAR Al Khatab.

Tahuka Saudara YAB, berapa ramai Bangsa Melayu hilang pekerjaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tahukan Saudara YAB berapa ramai Graduan dan lepasan Bangsa Melayu yang mengnganggor, tahukah Saudara YAB berapa ramai Anak Bangsa Melayu sedang bergelut untuk membaya hutang PTPTN dan tahukan Saudara YAB berapa ramai lagi Anak Bangssa Melayu yang diekplotasi olih kuncu2 Saudara YAB dalam segenap perniagaan dan pertubuhan.
Saudara YAB Zahid.
Saya ingin ingatkan kembali apa yang kita lalui sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

1. Kita Kehilangan 3 buah pesawat (MAS dan AA) korban hampir 800 jiwa.
2. Kecelakaan 2 buah Heli mengorbankan sahabat dan kenalan2 SAudara YAB sendiri.
3. Gempa sebanyak 2 kali d Negeri Sabah juga memakan korban jiwa.
4. Ribut dan hujan (Batu) serta banjir besar yang tak pernah kita alami, dimana kesan nya masih menghimpit rakyat sehingga kehari ini.
5. Orang yang kiata sayangi pergi meninggalkan kita secra tiba2.

Sebagai saorang yang dalam agamanya, tidakkah saudara merasakan the Bell is ringing, the writing is on the Wall, Mahukah saudara menunggu dan melihat sesuatu yang lebih dahsyat, dan mungkin melibat saudara dan keluarga kita.
Naauzubillahuminzalik, Barang dijauhkan ya Allah.

Saya hanyalah saorang rakyat marhaen yang kini mencecah 70 tahun, saya telah melihat tamadun Negara tercinta ini selama 7 dekad. Melihat peluh dan airmata yang dikorbankan olih mereka terdahulu. Olih itu angggaplah saya sebagai Saudara Tua sahaja kepada YAB.

Saudaraku YAB Zahid,
Dalam kesempatan kita mencari LAILATULQADR di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, saya memohon kepada Saudara YAB bangunlah dari tidor mu, pijaklah di alam nyata, lihat lah disekeliling akan sisa2 keruntuhan, tiada apa yang harus di takuti melainkan ALLAH SWT. Gembelinglah segala tenaga yang ada untuk memperbetulkan keruntuhan yang berlaku ini sebelum terlambat.
Percayalah seluruh Bangsa Malaysia akan berdiri bersama saudara YAB, dan yang paling penting ALLAH juga akan meredhai dan bersama Saudara.

Jangan sampai ada diantara cucu cicit kita yang akan datang menuntut hak mereka yang hilang diatas pusara kita nanti.

Wassalamualaikum, Salam Idul Fitri Maaf Zahir Batin.



carlos said...

Saya amat bersetuju dgn pendapat saudara. Mungkin 'kejayaan' yg najib ada skrg adalah satu bala bencana yg amat besar utk beliau

1Crony said...

Tulisan Aspan Alias kali ini agak berasas dan tepat ke sasaran. Tapi mengapa tiada ulasan untuk parti penasihat PAS...? Tak kan kerana anti DAP dan pernah diberi peluang berceramah di pentas PAS, maka segala pertimbangan politik sudah jadi senget..? Penulis yang baik hanya untuk pembaca yang baik......